Peraturan Am Dalam Makmal Dan Bilik Persediaan SK

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERATURAN AM DALAM MAKMAL DAN BILIK

PERSEDIAAN
A.

Guru mestilah memberitahu secara bertulis (dalam buku


atau boring pesanan untuk kerja amali ) kepada
kakitangan makmal keperluan peralatan sains. Bahan
kimia atau bahan biologi sekurang-kurangnya 2 hari
sebelum peralatan atau bahan diperlukan.

B.

Tidak sesiapa pun boleh makan, minum atau merokok


dalam makmal atau bilik persediaan.

C.

Tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam makmal


atau bilik persediaan tanpa urusan rasmi.

D.

Semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi


hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya setelah
digunakan.

E.

Kelas amali yang masih berjalan di makmal tidak boleh


ditinggalkan sedemikian tanpa sebarang pengawasan.

F.

Makanan dan minuman adalah dilarang simpan dalam peti


sejuk di bilik persediaan untuk kegunaan persendirian.

G.

Kakitangan makmal haruslah berpakaian sesuai dan


kemas semasa dalam makmal dan bilik persediaan.

H.

Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang


berada di dalam makmal dan bilik persediaan tidak boleh
dibawa keluar tanpa kebenaran.

I.

Langkah-langkah keselamatan makmal mesti dipatuhi


semasa semasa berada dalam makmal atau bilik
persediaan.

J.

Jangan menjadikan
rekreasi.

bilik

persediaan

sebagai

tempat

PERATURAN MAKMAL BAGI PELAJAR


Peraturan ini hendaklah ditampal pada setiap
makmal
A.

Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan.


Tidak sesiapa pun dibenarkan masuk tanpa kebenaran.

B. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi dalam


makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.
C. Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanya boleh
digunakan atas arahan dan panduan guru.
D. Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang
telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya.
E. Semua radas hendaklah dibersihkansebelum dan selepas
digunakan.
F. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan
kebenaran guru.
G. Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah
dilaporkan dengan segera kepada guru ataupun kakitangan
makmal.
H. Dilarang bermain-main dengan
kelengkapan di dalam makmal.
I. Tidak dibenarkanberpindah
dikhaskan ke tempat lain.

dari

segala
tempat

peralatan

dan

duduk

yang

J. Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan


dalam makmal hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-tiap
waktu makmal.

K. Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api


penunu Bunsen.
L. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara
mesti dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
M. Kayu mancis, kertas turasataupun sebarang sampah dalam
bentuk pepejal tidak boleh dibuang ke dalam ataupun ke
bawah sinki, tetapimesti dibuang ke dalam tong sampah
yang disediakan.
N. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke
dalam bilik makmal.
O. Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik
makmal.
P.

Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.

You might also like