Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

FAKULTI PENDIDIKAN

HBMT 2013 v2
TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS PART 1
MEI 2015

MOHD FAUZI BIN MD RAWI


690101108469001
690101108469
0122210171
fauzi8469@gmail.com
Tutors name: NOOR KHALIZA BT MOHAMED KHAIRUDDIN
PUSAT PENGAJIAN : SHAH ALAM
Semester Mei 2015
1

ISI KANDUNGAN
1.0

MUKA SURAT

Pengenalan Penggunaan Bahan Manipulatif Dalam


Pembelajaran Matematik

2.0

Contoh Penggunaan Kaedah Bahan Manipulatif


dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran serta bukti
kajian daripada carian secara literature

3.0

Kesesuaian Bahan Manipulatif dan Aktiviti Yang Dilaksanakan

4.0

Kesimpulan

5.0

Bibliografi

11

1.0

Pengenalan Penggunaan Bahan Manipulatif Dalam Pembelajaran Matematik


Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi pelbagai mata pelajaran amat
memerlukan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berfungsi sebagai alat pembantu
kepada seorang guru dalam mencapai objektif pembelajaran. Selain daripada itu ia juga
akan membantu murid-murid untuk lebih memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan Bantu Mengajar juga turut
berfungsi sebagai satu medium yang akan menarik perhatian dan minat murid untuk
menumpukan perhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang
berlangsung.
Kita sedia maklum bahawa murid akan mudah merasa bosan, mengantuk dan
kurang memberi tumpuan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sekiranya ia
dilaksanakan dalam situasi yang kurang menarik dan membosankan. Sebagai seorang
guru adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk merancang satu sesi pengajaran
yang menarik dan berkesan. Namun demikian, dalam konteks penggunaan bahan
manipulatif sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik pula, bahan-bahan manipulatif
tersebut lebih kepada bermotifkan untuk mencapai objektif pembelajaran dan seterusnya
menghasilkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam mata pelajaran
Matematik.
Seperti mana yang telah dikatakan oleh Sowell 1989, Suydam dan Higgins 1977
iaitu pembelajaran yang efektif terhadap konsep dan teknik Matematik ialah penggunaan
bahan-bahan manipulasi. Maka, penggunaan bahan-bahan manipulatif seperti attributes
block, colourful unifix cubes, kiub saling pautan dan bongkah atau blok kayu adalah
sangat penting. Ini kerana, ia bukan sahaja Bahan Bantu Mengajar tetapi juga sebagai
satu teknik yang digunakan oleh guru agar murid dapat sekurang-kurangnya dapat
menguasai konsep sesuatu topik Matematik yang diajarkan.
Bahan manipulatif adalah sebagai model konkrit yang melibatkan konsep
Matematik untuk menarik kepada beberapa deria serta boleh disentuh dan digerakkan
oleh murid-murid, Heddens (2005). Di sini bolehlah dinyatakan bahawa penggunaan
bahan manipulatif ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik pada ketika ini
telah diguna pakai sebagai satu kaedah bagi membantu murid-murid belajar Matematik
3

dengan lebih bermakna lagi. Penggunaannya juga boleh turut membantu dalam
pembinaan imej mental yang lebih jelas dalam memahami idea-idea dan konsep-konsep
Matematik, Weiss (2006).
Manakala Swan dan Marshall (2010) pula menyatakan bahawa bahan manipulatif
Matematik merupakan objek yang dikendalikan individu melalui deria yang membawa
maksud pemikiran Matematik akan dipupuk dalam keadaan seseorang individu secara
sedar atau pun tidak. Penggunaan deria tersebut ialah deria sentuh dan lihat dan bahan
manipulatif yang digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini
mampu untuk mendorong ke arah kesedaran, pembangunan konsep dan idea yang
dikaitkan dengan Matematik. Bahan Manipulatif yang direka pula mempunyai kegunaan
dan tujuan khas yang terrsendiri berdasarkan topik yang diajar.
Minat boleh menentukan kecemerlangan atau kemunduran seseorang pelajar di
dalam matematik (Minat tentukan", 2002, m.s. 1). Akibat tidak berminat terhadap
matematik, sudah tentulah murid tersebut tidak akan memberikan tumpuan yang
sepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Mereka juga tidak akan
menyiapkan kerja atau latihan yang diberi oleh guru untuk disiapkan sama ada di dalam
kelas mahu pun di rumah dan sebagainya.
Senarai Bahan Bantu Belajar(BBB) yang dapat digunakan oleh guru matematik
tidak terbatas. Ia hanya terhad oleh inisiatif dan kreativiti guru. Bahan bantu belajar
(BBB) Matematik atau bahan manipulatif yang biasa digunakan dalam pembelajaran
matematik termasuklah:
a. Bahan-bahan pembilang seperti manik-manik berwarna, blok-blok kayu
pelbagai bentuk, penyedut minuman, butang, kayu aiskrim dan sebagainya.
b. Bahan berbentuk kertas seperti kad, carta, kertas graf dan sebarang kertas.
c. Alat-alat pengukuran seperti cawan mainan, tin dan botol.
d. Alat permainan dan teka teki matematik.
e. Alat elektronik seperti komputer, kalkulator dan internet
f.

Model-model pertalian geometri seperti papan paku atau geoboard, tangram,


model geometri kayu ataupun plastik.

Dalam kajian yang dilakukan oleh pensyarah matematik Baharudin Omar,


Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat dari Universiti Pendidikan Sultan Idris
(tahun tidak dinyatakan, dalam Norazila Ariff & Norazlina Yusop, 2003, m.s. 12) ,
menunjukkan kurangnya minat pelajar terhadap mata pelajaran matematik adalah
berpunca daripada anggapan mereka yang mengatakan bahawa matematik itu susah.
Persepsi negatif ini menyebabkan mereka tidak memberi peluang kepada diri untuk
menerima mata pelajaran itu sebagai suatu yang mudah untuk difahami.
Adnan Khamis (1986, m.s. 22) juga menyokong kenyataan ini. Kajiannya
menunjukkan bahawa pelajar tidak suka belajar matematik kerana matematik merupakan
satu mata pelajaran yang sukar dan membosankan. Bagi mengatasi masalah ini, pelajar
mempelajari matematik secara hafalan. Akibatnya, ramai pelajar hilang minat untuk
belajar matematik. Kesannya pencapaian terhadap matematik kurang memuaskan.
Sementara itu, Crow dan Crow (1986, dalam Ismail Abd. Hamid, 1999, m.s.18)
pula menyatakan minat sebagai punca kepada sesuatu kegiatan dan hasil dari penyertaan
dalam kegiatan itu. Oleh itu minat yang sedia ada pada seseorang disertai dengan
motivasi, akan meningkatkan daya usahanya untuk mempertingkatkan lagi minat dalam
sesuatu perkara. Penggunaan bahan manipulatif Matematik yang menarik akan dapat
membantu menarik minat murid mempelajari mata pelajaran yang dianggap sukar oleh
sebilangan individu murid ini.
2.0

Contoh Penggunaan Kaedah Bahan Manipulatif dalam Proses Pengajaran dan


Pembelajaran serta bukti kajian daripada carian secara literatur
Penggunaan bahan manipulatif dalam pengajaran dan pembelajaran boleh
membantu guru untuk memberi pemahaman konsep kepada murid. Selain daripada itu ia
juga boleh dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan. Sebagai contoh saya
akan memilih tajuk wang bagi menunjukkan keberkesanan penggunaan bahan
manipulatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru ingin mengajar konsep penukaran
wang selepas setiap pembelian bagi sesuatu barang untuk murid Tahun 2. Guru
menggunakan wang dalam permainan Saidina untuk murid menguasai konsep
penggunaan wang dalam situasi harian.
5

Guru mengarahkan murid untuk membuat gerai jualan bagi menjual barangan
yang mereka telah dipilih sendiri oleh murid dalam kumpulan belajar masing-masing.
Murid bagi setiap kumpulan akan diberi satu set wang masing yang terdiri dari pelbagai
nilai untuk digunakan dalam proses jual beli. Guru akan bertindak sebagai pemantau
kepada kumpulan peniaga dan pembeli agar wang digunakan dan dikembalikan adalah
dalam kuantiti yang betul. Sekiranya berlaku kesilapan menjadi tugas guru untuk
memberi bimbingan secara individu untuk setiap kumpulan. Dengan penggunaan wang
Saidina ini murid akan dapat merasai konsep penggunaan wang yang sebenar.
Selain itu, konsep nombor juga boleh diterapkan dengan baik kepada murid
dengan menggunakan bahan manipulatif yang sesuai. Sebagai contoh kaedah membilang
dua-dua ke hadapan atau ke belakang boleh dilaksanakan dengan jayanya menggunakan
permainan Dam Ulat dan penggunaan batu berwarna-warni. Langkah pertama dalam
pelaksanaan tindakan adalah menjalankan pemerhatian berstruktur bagi mengetahui tahap
minat responden dalam mempelajari kemahiran membilang dua-dua secara menaik.
Seterusnya, guru boleh melaksanakan ujian pra bagi mengetahui tahap kefahaman murid
dalam turutan nombor sebelum penggunaan bahan manipulatif yang dipilih.
Setelah ujian pra dijalankan, guru menjalankan intervensi sebanyak empat kali
kepada responden. Semasa intervensi dijalankan, guru boleh mengaplikasikan bahan
manipulatif yang berwarna-warni dalam pengajaran tersebut. Pada akhir kajian, guru
mengharapkan responden dapat menguasai kemahiran membilang dua-dua secara menaik
dari 1 hingga 100. Pengkaji mengajar turutan nombor yang berlainan setiap kali sesi
misalnya sesi pertama; 1 hingga 10, sesi kedua; 1 hingga 20, sesi ketiga; 1 hingga 50 dan
sesi keempat; 1 hingga 100. Selain itu, semasa sesi keempat, pengkaji telah menerapkan
elemen bermain dalam pengajaran bagi mengukuhkan lagi ingatan responden iaitu
dengan permainan Dam Ulat.
Pada fasa memerhati, guru akan mengenal pasti hasil dapatan. Hal ini bermaksud
guru perlu mengumpul dan menganalisis data yang diperoleh daripada ujian, lembaran
kerja dan pemerhatian. Guru menggunakan ujian pos bagi mengetahui perubahan
pencapaian responden berbanding ujian pra. Lembaran kerja digunakan bagi melihat
peningkatan tahap ingatan murid daripada sesi pertama, kedua, ketiga dan keempat.
Manakala pemerhatian melalui senarai semak adalah untuk melihat peningkatan minat
6

responden terhadap pengajaran kesan daripada penggunaan bahan manipulatif iaitu batubatu kecil yang berwarna-warni.
3.0

Kesesuaian Bahan Manipulatif dan Aktiviti Yang Dilaksanakan


Sejauh manakah penggunaan bahan manipulatif yang dipilih dapat
meningkatkan minat murid dalam kemahiran membilang turutan nombor dua-dua
secara menaik?
Menurut Norma binti Haji Hassan (2004), salah satu ciri bahan bantu mengajar
yang baik adalah warna yang menarik. Bahan manipulatif dalam kajian ini menggunakan
warna yang pelbagai dan menarik. Ini sangat membantu menarik minat responden. Bahan
manipulatif yang diperkenalkan dapat merangsang deria penglihatan responden kerana
warnanya yang berwarna-warni. Apabila deria murid dirangsang, secara tidak langsung
minat murid terhadap aktiviti yang dijalankan meningkat. Deria sentuh responden dapat
dirangsang apabila responden perlu memegang, membilang dan menyusun bahan
manipulatif tersebut. Selain itu, deria pendengaran juga dapat dirangsang dengan bunyi
batu apabila disusun. Ini bertepatan dengan kenyataan Mok Soon Sang (1996) bahawa
penggunaan bahan bantu mengajar sebenarnya turut memberi peluang kepada murid
memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan,
deria sentuh dan deria pendengaran.
Hasil dapatan juga mendapati dengan penggunaan bahan manipulatif secara
berkesan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik, persepsi negatif responden
terhadap subjek Matematik adalah merupakan mata pelajaran yang susah dan
membosankan telah dapat diubah. Hal ini adalah kerana dengan penggunaan bahan
manipulatif dalam sesi pengajaran mampu memberikan keseronokan serta menjadikan
pemahaman terhadap sesuatu konsep Matematik menjadi lebih mudah.

Sejauh manakah penggunaan bahan manipulatif yang dipilih dapat meningkatkan


minat murid dalam kemahiran menukar wang?
Penggunaan wang Sayidina merupakan penggunaan benda maujud dalam
pengajaran dan pembelajaran. Ia menambahkan kecenderungan dan minat murid dengan
nilai mata wangnya yang pelbagai disertai pula warna wang kertas yang berbagai-bagai
menambah minat murid untuk memiliki wang kertas tersebut. Adalah menjadi
tanggungjawab guru untuk menjadikan situasi jual beli barangan menjadi lebih menarik
dan dapat dilaksanakan dengan lancar.
Konsep penukaran wang boleh diterapkan dengan baik kerana pelbagai nilai mata
wang yang digunakan dapat memupuk minat dan kreativiti murid menggunakan nilai
mata wang yang besar bagi mendapatkan bilangan not yang banyak. Ini kerana
kebanyakan anak-anak kecil selalu beranggapan mempunyai bilangan helaian not yang
banyak bermaksud mempunyai duit yang banyak. Di sini peranan guru amatlah penting
untuk menerangkan kepada murid berkaitan konsep wang yang sebenarnya.

4.0

Kesimpulan
Dalam apa juga sesi pengajaran dan pembelajaran apa-apa sahaja mata pelajaran,
sasaran guru adalah untuk mencapai objektif pembelajarannya. Contohnya, menjawab
dengan tepat empat daripada lima soalan yang diberikan. Selain itu, guru juga
mengharapkan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran yang dirancang serta yang telah
dilaksanakannya itu adalah berkesan serta mampu membantu meningkatkan kefahaman
murid terutamanya berkaitan dengan topik yang diajarkan itu. Malahan, guru juga mahu
agar murid dapat memahami konsep topik yang diajar serta mampu mengaplikasikannya
dengan betul. Justeru, penggunaan bahan manipulatif merupakan jalan paling mudah
untuk mencapai hasrat tersebut, terutamanya dalam proses pembelajaran matematik di
kalangan murid-murid tahun 1, 2 dan 3. Dengan menggunakan bahan-bahan manipulatif
ini, murid akan lebih memahami konsep sesuatu topik yang diajar oleh guru. Bahan
manipulatif ini berperanan sebagai medium yang akan membantu guru meningkatkan
8

kefahaman murid terhadap konsep-konsep matematik yang agak kompleks bagi muridmurid berumur 7 hingga 11 tahun.
Selain itu, penggunaan bahan manipulatif ini juga dapat membantu murid-murid
menguasai Kemahiran Kognitif seperti dalam pengkelasan, konsep ruang, konsep
nombor, melakukan proses sains dan membuat penyelesaian masalah. Bagi murid
pemulihan Matematik khasnya, penggunaan bahan manipulasi ini sememangnya
memberi impak yang sangat besar terhadap pemahaman dan pencapaian mereka. Oleh
itu, pihak-pihak seperti Jabatan Pelajaran Negeri dan Daerah serta pihak pentadbir
sekolah perlulah peka akan kepentingan penggunaan bahan-bahan manipulatif ini dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran matematik khasnya. Pihak-pihak tersebut juga perlu
menyedari bahawa penggunaannya juga akan mampu membawa kepada impak yang
positif.
Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah.
Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) telah menyatakan bahawa;
kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid
supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan
pengajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari persekitaran kreatif dalam bilik
darjah ialah:
-Pertambahan minat murid-murid dalam mata pelajaran yang diajar.
-Murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama lain.
-Murid-murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam pembelajaran dan anda
sebagai seorang guru akan menyukai kerja anda.
Berdasarkan apa yang dinyatakan itu, maka sudah tentulah amat penting sekali
bagi guru-guru Matematik untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kreatif serta
sesi pengajaran yang menarik. Ini akan menarik minat murid untuk terus belajar dengan
penuh keyakinan.
Secara amnya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru
itu menggunakan Bahan Bantu Belajar. Melalui penggunaan Bahan Bantu belajar,
seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya
9

dengan baik (Kamal et.al, 1987, m.s. 227). Dale (1963, m.s. 218 ), telah menyatakan
tujuh nilai penting tentang penggunaan bahan bantu belajar :
1.

merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat satu faktor yang
penting dalam pembelajaran mereka.

2.

menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak


pemikiran dan oleh itu mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan
daripada pelajarnya.

3. membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran murid-murid dan


oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.
4. menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperoleh dengan mudahnya
melalui cara lain dan menolong menjadikan pembelajaran pelajar-pelajar lebih
mendalam dan pelbagai.
5. menolong dalam kefahaman, oleh itu mempercepatkan perkembangan
perbendaharaan kata.
6. menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan
kegiatan seorang pelajar.
7. mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan
bacaan sukarela.
Para pendidik perlu berubah daripada cara pengajaran tradisional yang masih
diamalkan oleh sesetengah guru dalam aspek pengajaran pembelajaran perlu dikaji
semula dan diubahsuai jika perlu.

10

BIBLIOGRAFI
1.

Baharin Shamsudin (1990).Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk Sekolah


Rendah Buku 1. Kuala Lumpur : Berita Publishing Sdn.Bhd.

2.

Computing Technology for Math Exellence (2009) Math Manipultive. Retrived from
http://www.ct4me.net/math_manipulatives.htm

3.

Mok Soon Sang (1986). Pengajian Matematik untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

4.

Mok Soon Sang, Lee Shok Mee. (1989). Latihan Mengajar Untuk Maktab Perguruan.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

5.

Kamii, C., Lewis, B.A., & Kirkland, L. (2001). Manipulatives: When are they useful?
Journal of Mathematical Behavior, 20, 21-31.

6.

Khoo Phon Sai (1986). Belajar Untuk Mengajar Matematik Sekolah Menengah. Kuala
Lumpur : Berita Publishing Sdn.Bhd.

7.

Mok Soon Sang (1986). Pengajian Matematik untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

8.

Mok Soon Sang, Lee Shok Mee. (1989). Latihan Mengajar Untuk Maktab Perguruan.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

9.

Reys, R., Lindquist, M. M., Lambdin, D. V. & Smith, N. L. (2009). Helping children
learn mathematics. 9th ed. Hoboken, NJ: John Wiley.

10.

Sobel, M. A. & Maletsky, E. M. (1991). Teaching mathematics. A sourcebook of aids,


activities, and strategies. 2nd ed. Needham Height, MA: Allyn and Bacon.

11.

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2007/

12.

ahmadkhairulamin.blogspot.com

11

You might also like