ARKIB Ipta

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

ARKIB : 26/09/2013

Kuota khas untuk pelajar lelaki?


SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan, Seremban

TAHNIAH dan syabas diucapkan kepada pelajar yang telah berjaya menyambung
pengajian mereka ke pusat-pusat pengajian tinggi di negara ini. Begitu juga
mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan memperoleh
pelbagai sumber biasiswa atau tajaan.
Ribuan pelajar telah mendaftar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan
institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang bermula September ini. Rata-rata
kelihatan pelajar perempuan yang mendaftar lebih ramai daripada pelajar lelaki.
Difahamkan jumlah pelajar wanita melebihi 70 peratus sedangkan pelajar lelaki
hanya kurang daripada 30 peartus.
Apakah silapnya atau ke mana perginya remaja lelaki yang tidak tersenarai
untuk menyambung pengajian mereka itu sedangkan mereka juga memohon
untuk mendapatkan tempat dan layak untuk mengikuti segala kursus yang
ditawarkan?
Apakah tiada kuota tertentu yang perlu disediakan untuk pelajar lelaki kerana
diperhatikan setiap tahun seolah-olah pelajar lelaki tercicir untuk melanjutkan
pengajian mereka ke IPTA atau kolej-kolej yang diiktiraf oleh kerajaan.
Masalah sebegini sepatutnya diatasi kerana apabila tidak seimbang di dalam
pengambilan pelajar di antara lelaki dan perempuan menyebabkan kemungkinan
berlakunya berbagai-bagai masalah sosial.
Kaji semula pengambilan dan tawaran yang hendak diberikan kepada pelajar
dengan diberikan kuota sama rata. Ramainya mengikut merit jantina dan
bukannya mengikut merit subjek yang terbaik daripada yang terbaik.
Begitu juga diharapkan apabila mengambil atau menawarkan pekerjaan
hendaklah juga seimbang di antara lelaki dan perempuan. Diperhatikan juga
tenaga kerja terutama sekali di jabatan-jabatan kerajaan dan swasta didominasi
oleh kaum hawa sahaja.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Forum/20130926/fo_05/Kuotakhas-untuk-pelajar-lelaki#ixzz4MbjWI87y


Utusan Melayu (M) Bhd

ARKIB : 19/06/2008
IPTA pupus pelajar lelaki?
Oleh AHMAD KAMIL MOHAMED
KE MANA perginya pelajar lelaki? Pertanyaan ini memang kerap saya lontarkan
dalam semua kelas yang saya masuki pada setiap kali semester baru bermula.
Soalan ini tidak dapat saya elak- kan kerana senario beginilah yang menangkap
perhatian saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Umumnya, daripada sejumlah 30 pelajar di dalam sesebuah kelas misalnya,
yang pasti 70 peratus pelajar perempuan dan selebihnya lelaki, malah ada
ketikanya tiada pelajar lelaki langsung?
Dengan nada sinis dan nakal segelintir pelajar perempuan yang mendominasi
bilangan pelajar dalam kelas pantas menjawab bahawa lelaki lebih bertumpu di
pusat serenti. Namun, adakah itu jawapan sebenarnya. Mungkin ada sedikit
kebenarannya justeru lelaki memang majoriti di sana.
Beberapa orang pelajar lelaki yang be- rat untuk bersetuju dengan pandangan
nakal ini melahirkan rasa bosan dan tidak begitu selesa dengan sistem
pendidikan negara yang didakwanya tidak praktikal.
Sistem persekolahan bermula dari sekolah rendah yang disogokkan dengan
'belajar setakat hendak lulus periksa" se- lain daripada pembelajaran yang lebih
tertumpu kepada membaca dan hafal dilihat tidak relevan dan tidak memenuhi
minat mereka.
Kaedah pembelajaran lelaki sebenarnya lebih menjurus kepada hands on dan
tidak setakat membaca dan menghafal yang seterusnya dimuntahkan dalam
kertas jawapan peperiksaan. Selepas itu, dalam banyak keadaan apa yang
dipelajari selama empat tahun di universiti sebenarnya tidak membantu
langsung dalam pemilihan dan perkembangan kerjaya mereka.
Justeru itu, kebanyakan penuntut lelaki mencari jalan keluar dengan memilih
bidang pekerjaan atau melanjutkan pengajian di institusi lain seperti Institut
Kemahiran, Institut Latihan Perindustrian (ILP), politeknik dan sebagainya.
Ini disokong oleh fakta bahawa bilangan pelajar lelaki yang mengikuti pengajian
vokasional atau teknikal di Politeknik dan Kolej Komuniti mewakili 60 peratus.
Menyedari keadaan ini, Kementerian Pengajian Tinggi sepatutnya membina lebih
banyak institusi serupa ini agar dapat memenuhi keperluan pelajar lelaki.
Bagaimanapun, ini tentunya berbeza dengan pelajar perempuan yang
kelihatannya lebih berminat serta tekun untuk membaca dan menghafal segala
fakta dan teori yang terkandung dalam buku teks. Walaupun dianggap kes
terpencil, namun pelajar yang hebat dalam akademik tidak dinafikan banyak
yang gagal dalam mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam dunia pekerjaan
sebenar. Kaedah pembelajaran "kakaktua" ini bukanlah sesuai lagi dalam
keadaan sekarang.
Apabila isu kekurangan penuntut lelaki di institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
ini ditimbulkan sekali lagi oleh Naib Canselor Universiti Pendidikan Sul- tan Idris
(UPSI), Prof. Dr. Aminah Ayob jurang perbezaan yang semakin melebar memang

sudah dijangka kerana sejak tempoh lima tahun lalu, dominasi penuntut
perempuan di IPTA memang sudah ketara.
Cuma apa yang lebih mengejutkan kini ialah trend penguasaan pelajar lelaki dalam bidang teknikal termasuk kejuruteraan di universiti awam kian merosot
tetapi didominasi pula oleh pelajar perempuan.
FenomenaFakta bahawa bilangan lelaki yang memang lebih sedikit berbanding
perempuan di negara ini sekarang walaupun boleh diterima sebagai sebahagian
daripada penyumbang kepada fenomena ini, faktor- faktor lain yang berkait
rapat sewajarnya dikenal pasti dan seterusnya ditangani.
Meletakkan pelajar lelaki dalam kelompok yang bermasalah sosial tentunya tidak
adil justeru bilangan mereka yang terbabit dalam jenayah dan penagihan dadah
begitu kecil jika dibandingkan dengan penduduk negara ini yang berjumlah 26
juta orang.
Masalah keluarga yang kurang berkemampuan untuk membiayai pengajian
universiti selain daripada tekad pelajar lelaki yang lebih cenderung untuk
mencari pekerjaan bagi menanggung adik beradik yang lain juga turut
menyumbang kepada keadaan ini.
Pandangan sebahagian besar ibu bapa bahawa anak perempuan wajar
mempunyai kerjaya yang boleh memperuntukkan lebih masa dengan keluarga
juga turut menyumbang kepada jurang perbezaan ini. Justeru itu anak-anak
perempuan digalakkan untuk memilih bidang yang bersifat akademik dan tidak
menghairankan jumlah mereka terus meningkat di universiti.
Malah ada pandangan yang menyatakan sistem meritokerasi yang di amalkan
sejak beberapa tahun lalu menjadi punca kepada jurang yang semakin melebar
ini. Walaupun ada saranan supaya sistem kuota digunapakai bagi membendung
fenomena ini, namun ia bukanlah langkah terbaik.
Membenarkan pelajar lelaki masuk ke IPTA atas alasan menyempitkan jurang
dengan mengorbankan aspek kualti dan minat hanya akan meruntuhkan imej
universiti sebagai penjana graduan cemerlang dan berkualiti.
Kecemerlangan pelajar perempuan seharusnya menyuntik semangat kepada
pelajar lelaki untuk bersaing secara sihat, bukan mempertikaikan pemilihan
jumlah pelajar perempuan yang ramai di IPTA. Persaingan secara sihat untuk
mendapat tempat di mana-mana IPT harus diteruskan kalau kita mahu
melahirkan modal insan yang benar-benar cemerlang.
Namun begitu apa yang digusarkan ialah masalah ini jika dibiarkan berlarutan
bakal melahirkan masalah ketidakseimbangan dari segi pekerjaan pula. Ramai
lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena
pelajar perempuan menguasai IPT terus berlaku.
Suka tidak suka dan mahu tidak mahu satu hari nanti wanita yang berkerjaya
tinggi akan berkahwin dengan mana-mana lelaki yang lebih rendah taraf
kerjayanya hatta termasuk mereka yang tidak bekerja.
Akhirnya, akan berlaku fenomena lelaki duduk di rumah menjaga anak dan
rumah tangga manakala wanita keluar bekerja. Fenomena ini telah pun berlaku
sekarang walaupun kelihatannya tidak manis dan menyalahi adat.

Kalau tidak pun bilangan wanita yang berjawatan tinggi akan semakin ramai
kekal bujang kerana tidak menemui lelaki yang setaraf dengan mereka dan
fenomena ini sedang berlaku dengan pesatnya!
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=0619&sec=Rencana&pg=re_01.htm#ixzz4MbmDACKz
Utusan Melayu (M) Bhd

TAJUK KARANGAN:
Kekurangan bilangan pelajar lelaki di IPTA dan IPTS di negara kita semakin serius. Mengapakan fenomena ini
berlaku dan cadangkan usaha-usaha untuk mengatasinya.
Isu pelajar wanita lebih ramai di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada IPTA aatu IPTS semakin
membimbangkan banyak pihak. Hakikatnya, isu itu bukanlah perkara baru. Saban tahun, setiap kali tiba sesi
kemasukan pelajar baru ke IPT, isu ketidakseimbangan jantina menjadi antara topik utama yang dibincangkan
atau diutarakan. Kebimbangan terhadap trend pelajar wanita yang menguasai IPT pernah disuarakan sebelum
apabila nisbah menunjukkan pelajar lelaki dan perempuan ialah 60:40, iaitu 60% bagi pelajar perempuan dan
40% bagi lelaki. Tidak dinafikan bahawa pelbagai punca telah menyebabkan fenomena ini berlaku dan langkahlangkah yang sepatutnya harus diambil untuk mengatasinya.
Pada pendapat saya, kekurangan bilangan pelajar lelaki di IPT adalah disebabkan oleh masalah
kekeluargaan. Pada masa sekarang, kos hidup masyarakat semakin meningkat. Hal ini menyebabkan
kebanyakan keluarga kekurangan kemampuan untuk membiayai pengajian anak mereka di universiti. Oleh itu,
kebanyakan pelajar lelaki terpaksa berdikari untuk mencari peluang pekerjaan bagi menanggung kos hidup
keluarga. Selain itu, ibu bapa yang berfikiran bahawa anak perempuan wajar mempunyai kerjaya yang boleh
memperuntukan lebih banyak masa dengan keluarga juga turut menyumbang kepada jurang perbezaan ini. Anak
perempuan digalakkan untuk memilih bidang yang bersifat akdemik. Oleh itu, tidak menghairankan apabila
jumlah mereka terus meningkat di universiti. Ringkasnya, kekurangan bilangan lelaki di IPT adalah disebabkan
oleh masalah kekeluargaan.
Selain itu, sikap pelajar lelaki sendiri juga merupakan salah satu punca yang meyebabkan masalah kekurangan
pelajar lelaki di IPT. Kajian awal mendapati bahawa sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan
memberi kelebihan kepada pelajar perempuan berbanding dengan lelaki. Hal ini demikian kerana konsep
pendidikan tersebut memerlukan ketekunan dan semangat mengulang kaji pelajaran yang tinggi. Lelaki sekarang
tidak ramai yang ulat buku, sebaliknya lebih selesa mengembangkan bakat dan kemahiran diri secara praktikal.
Mereka lebih gemar belajar di Kolej Komuniti seperti Institut Kemahiran Belia Negara dan Institut Kemahiran
Mara(IKM), biarpun sebenarnya berkelayakan melanjutkan pelajaran di IPT. Pendek kata, masalah kekurangan
bilangan pelajar lelaki di IPT adalah disebabkan oleh sikap pelajar lelaki sendiri.
Selain itu, sistem meritokerasi yang diamalkan sejak beberapa tahun lalu juga menjadi punca kekurangan
bilangan pelajar lelaki di IPT. Walaupun ada saranan supaya sistem kuota digunapakai bagi membendung
fenomena ini, namun ia bukanlah langkah terbaik. Kebanyakan IPT membenarkan pelajar lelaki masuk ke IPT
atas alasan menyempitkan jurang dengan mengorbankan aspek kualiti dan minat. Keadaan ini akan
meruntuhkan imej universiti sebagai penjana graduan cemerlang dan berkualiti. Kecemerlangan pelajar
perempuan seharusnya menyuntik semangat kepada pelajar lelaki untuk bersaing secara sihat. Pelajar
perempuan tidak harus mempertikaikan pemilihan jumlah pelajar perempuan yang ramai di IPT. Tuntasnya,
sistem meritokrasi yang dilaksanakan telah menjadi salah satu punca menyebabkan kekurangan pelajar lelaki di
IPT.
Di sebaliknya, langkah yang wajar yang perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah kekurangan bilangan
pelajar lelaki di IPT ialah melalui peranan pihak IPT.Mereka harus menawarkan lebih banyak kursus yang
digemari oleh pelajar lelaki.Pada masa sekarang, kebanyakan lelaki tadak minat belajar. Oleh itu, pihak IPT
harus menawarkan lebih banyak kursus yang istimewa dan dapat menarik minat pelajar lelaki untuk melanjutkan
pelajaran ke IPT. Selain itu, pihak IPT tidak harus hanya menerima pelajar perempuan yang lebih mahir daripada
pelajar lelaki. Pihak IPT juga harus memberi peluang kepada pelajar lelaki yang ingin melanjutkan pelajaran ke
IPT. Pendek kata, pihak IPT telah memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah kekurangan
pelajar lelaki di IPT.
Selain itu, kerajaan juga harus mengadakan kempen dan ceramah kesedaran terhadap pelajar lelaki. Kerajaan
harus mengadakan ceramah di sekolah untuk menggalakkan pelajar lelaki melanjutkan pelajaran ke IPT. Melalui

cara ini kita dapat memupuk semangat belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh dalam kalangan pelajar
lelaki. Dengan ini, pelajar lelaki dapat bersaing secara sihat dengan pelajar perempuan di IPT. Pelajar lelaki
harus sedar bahawa mereka akan dipandang rendah apabila taraf pendidikan mereka labih rendah daripada
kaum wanita. Oleh itu, dengan mengadakan kempen dan ceramah kita dapat mengatasi masalah ini.
Bukan itu sahaja, penawaran pelbagai ganjaran dan kemudahan kepada pelajar lelaki juga dapat mengatasi
masalah kekurangan bilangan pelajar lelaki di IPT.Tawaran khas seperti membekalkan biasiswa, pinjaman dan
tempat tinggal harus ditawarkan khusus kepada pelajar lelaki. Keadaan ini dapat menarik minat pelajar lelaki
melanjutkan pelajaran ke IPT. Penawaran biasiswa dan pinjaman kepada keluarga mereka pasti dapat
membantu pelajar lelaki tersebut membiayai pengajian semasa belajar di universiti. Mereka tidak perlu risau
mengenai masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka. Dengan ini, keadaan kekurangan pelajar di
IPT dapat diatasi. Oleh itu, strategi ini merupakan salah satu langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah
kekurangan bilangan pelajar di IPT.
Kesimpulannya, masalah kekurangan pelajar lelaki merupakan satu masalah yang serius dan akan membawa
kesan buruk terhadap masyarakat pada masa hadapan jika tidak diatasi mulai dari sekarang. Hal ini
demikian kerana ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar
perempuan menguasai IPT terus berlaku. Oleh itu, pihak yang berkenaan harus berganding bahu bagi
mengatasi masalah ini. Mahu tidak mahu, kita hendaklah terus berhadapan dengan dunia yang penuh
persaingan dan mereka yang berpendidikan akan terus maju ke hadapan. Hal ini seterusnya dapat melahirkan
modal insan berminda kelas pertama yang memang diperlukan negara untuk merealisasikan Wawasan 2020.

SABTU, 9 JANUARI 2016 @ 3:49 PM Tiada dasar, kuota bantu lelaki masuk universiti Oleh
Ziauddin Sharuddin zia@bh.com.my MAHDZIR beramah mesra bersama murid-murid pada
majlis penyampaian bantuan pakaian sekolah dan anugerah pelajar cemerlang kepada
pelajar daerah Jempol, hari ini. - Foto Hazreen Mohamad BANDAR SERI JEMPOL:
Kementerian Pendidikan tidak bercadang memperkenalkan dasar yang memberi kelebihan
kepada pelajar lelaki untuk berjaya memasuki universiti. Menteri, Mahdzir Khalid, berkata
perkembangan sejak beberapa tahun lalu menunjukkan pelajar perempuan mengatasi lelaki
dalam persaingan gender untuk mengikuti pengajian tinggi. Sebagai contoh, katanya kirakira 70 peratus daripada pelajar baharu Fakulti Perubatan di Universiti Malaya adalah
perempuan dan keadaan itu adalah sama di kebanyakan universiti awam dan swasta lain.
"Kementerian tidak bercadang mewujudkan dasar yang memberi kelebihan kepada pelajar
lelaki, tetapi memantau keadaan yang berlaku di peringkat sekolah seperti Sekolah
Berprestasi Tinggi. "Kita mengekalkan keadaan sedia ada yang menetapkan bahawa
mereka yang rajin dan berusaha dapat memasuki universiti dan kebetulan adalah
perempuan," katanya selepas menyampaikan bantuan pakaian sekolah dan anugerah
pelajar cemerlang kepada pelajar daerah Jempol di sini, hari ini. Pada majlis itu anjuran
UMNO bahagian Jempol dan Yayasan Pelajaran dan Kebajikan Jempol (YKPJ), beliau turut
memberi bantuan kebajikan kepada golongan kurang berkemampuan daerah ini. Mahdzir
berkata, ketidakseimbangan gender di universiti juga berlaku akibat sikap masyarakat yang
masih memandang tinggi terhadap aspek akademik, berbanding aspek kemahiran. Katanya,
pelajar lelaki didapati lebih cenderung terhadap aspek teknik dan vokasional menyebabkan
kementerian berusaha menaikkan taraf pendidikan berasaskan kemahiran supaya
menerima pengiktirafan yang tinggi, sama seperti bidang akademik.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/112616

Isnin

, 18 Julai 2011

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KuotapelajarIPTAdiseimbang/Article
Oleh Osman Lisut dan Kalam Hadi
bhjb@bharian.com.my
Kementerian sasar tingkat pengambilan lelaki mulai September
JOHOR BAHRU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyifatkan isu kekurangan mahasiswa lelaki berbanding
wanita di universiti awam negara ini belum mencapai tahap kritikal walaupun sering diperkatakan dengan
perangkaan menunjukkan pelajar wanita mencakupi 60 peratus berbanding lelaki.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya menyasarkan mulai September ini,
pengambilan pelajar lelaki dan wanita memasuki universiti awam akan lebih seimbang, kerana golongan lelaki
mempunyai lebih permintaan di pasaran kerja.
Kementerian juga ada ketikanya menghadapi kesukaran memenuhi kuota pelajar lelaki dalam jurusan tertentu
kerana kekurangan calon layak menyebabkan kekosongan terpaksa ditampung pelajar wanita.
Jadi, pemimpin masyarakat, ibu bapa dan guru di sekolah menengah berperanan memberi penjelasan dan
penerangan kepada pelajar yang bakal memasuki universiti awam dan swasta selepas menamatkan pembelajaran
mereka di peringkat sekolah menengah, katanya selepas menyampaikan bantuan kepada penduduk miskin dan
ibu tunggal sempena Program Nadi Kasih Peringkat Parlimen Pasir Gudang anjuran Jawatankuasa Peti Undi
Pandan dan Taman Molek di Dewanraya Kampung Melayu Pandan di sini, pagi semalam.
Mengulas pelajar menyertai perhimpunan haram pada 9 Julai lalu, Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen
Pasir Gudang, berkata, pihaknya belum menerima maklumat pelajar universiti tempatan yang terbabit.
Bagaimanapun, katanya, kementerian sudah mengenal pasti beberapa pelajar tajaan menyertai perhimpunan di
luar negara walaupun jumlah mereka tidak ramai dan tidak mengancam keselamatan.
Sementara itu, pada sidang media selepas merasmikan Program Latihan 1Malaysia bersama Komuniti Hulu
Langat dan menyaksikan Majlis Menandatangani MoU Dokumen Persefahaman Sosio Ekonomi Komuniti di
Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL), di Kajang,
Mohamed Khaled berkata, rakyat boleh menjadi taksub dan enggan berusaha jika negara berasaskan kebajikan
diwujudkan.
Ini kerana, katanya, sistem itu hanya memberi rakyat bantuan kewangan semata-mata, tetapi tidak menyalurkan
pendidikan, kemahiran atau bantuan lain bagi membaiki diri.
Jika berlaku, kerajaan itu tidak menjurus matlamatnya untuk membantu rakyat mengubah nasib kerana mereka
tidak diberi ilmu pengetahuan atau kemahiran, sebaliknya terlalu bergantung kepada kerajaan kebajikan yang
kononnya tanpa berusaha, nasib mereka tetap terbela, katanya.
Mohamed Khaled berkata, kekuatan negara pada modal insan dan kerajaan sudah mengubah pendekatannya
dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat.
Kita mahu menanam budaya ilmu di kalangan masyarakat, malah kerajaan memperuntukkan RM80 juta bagi
melaksanakan Program Latihan 1Malaysia dan rakyat diharap merebut peluang berkenaan di 72 Kolej Komuniti
di seluruh negara, malah 12 kolej lagi sedang dalam pembinaan, katanya.

Kajian Arnot, David dan Weiner (1995) misalnya telah melaporkan bahawa
pelajar perempuan yang
berusia 7, 11 dan 14 tahun memperoleh pencapaian yang lebih baik dalammata
pelajaran Bahasa Inggeris berbanding dengan pelajar lelaki dalam usia yang
sama. Halini selaras dengan dapatan kajian Harding (1979) yang mendapati
bahawa pelajar perempuanlebih dominan dalam mata pelajaran sastera
manakala pelajar lelaki pula lebih berprestasitinggi dalam mata pelajaran seperti
Matematik dan Fizik. Kajian Borkin dan Burrows (1990) turut mendapati bahawa
pelajar lelaki mempunyai pencapaian yang lebih baik dalam semuamata
pelajaran berbanding dengan pelajar perempuan, kecuali Bahasa Inggeris
danKesusasteraan.Data daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (2000)
mengenai keputusan peperiksaan awam dari tahun 19961999 menunjukkan pelajar perempuan memperoleh prestasi akademik yang lebi
h baik berbanding pelajar lelaki dalam peperiksaan awam di peringkat sekolah re
ndah (UPSR), menengah rendah (PMR) dan menengah (SPM) dalamkebanyakan
mata pelajaran terutamanya Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
danMatematik.Antara faktor yang dikaitkan dengan isu mengapa pelajar
perempuan lebih baik berbanding
pelajar lelaki termasuklah dakwaan bahawa stail pengajaran dan pengujian yangl
ebih berpihak kepada pelajar perempuan. Dapatan kajian yang ditinjau juga
mendapati pelajar perempuan lebih positif dan memberi perhatian yang
lebih serius kepada kerja-kerjasekolah berbanding pelajar lelaki (Dwyer 1974;
Fennema 1987; Halpern 1992). Mereka jugamenunjukkan minat membaca yang
lebih baik (McKenna 1997). Pelajar lelaki
dan perempuan juga dikatakan menggunakan stail pembelajaran yang berbeza (
Picou, Gatlin-Watts & Packer 1998)
5.0 ISU-ISU JANTINA DALAM PENDIDIKAN5.1 Isu minat pelajar dalam Mata Pelajaran
Faktor jantina juga memainkan peranan dalam kesaksamaan peluang pendidikan di Malaysia.Ini
kerana, kebanyakan murid perempuan dan lelaki lebih cenderung untuk memilih
mata pelajaran yang bersifat lebih ke arah mereka. Seorang penyelidik, Aminah Ahmad ( 2000)menya
takan bahawa penglibatan wanita menggalakkan tetapi masih wujud segregasi
7mengikut gender terutamanya dalam pendidikan sekolah menengah teknik atau vokasional,dan juga
institusi pengajian tinggi seperti di politeknik.Kajian Mohd Uzi Dollah, (2003) yang menjalankan
kajian minat pelajar ke atas mata pelajaran matematik bagi murid tingkatan empat di tiga buah
sekolah menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih cenderung untuk fokus pada subjek matematik
berbanding subjek bahasamelayu yang didominasi oleh pelajar perempuan. Kajian ini dijalankan
dengan
kaedah pemerhatian di setiap kelas dan juga melalui keputusan peperiksaan pelajar tersebut. kajianini
menyimpulkan bahawa minat kepada subjek adalah bergantung kepada jantina seseorang pelajar.
5.2 Isu Unsur bias
Jika dikaitkan dengan jantina, isu yang timbul dari segi pendidikan ialah isu-isu yangmelibatkan unsur
bias kepada jantina atau dikatakan pilih kasih. Sebagai contoh, guru perempuan bias kepada murid
perempuan dan sebaliknya. Isu ini perlu dielakkan kerana akanwujudnya jurang di antara murid. Guru
sememangnya harus mengelakkan dari melakukan perkara-perkara begini.Dr. Zalizan bin Mohd Jelas
(2001) dalam kajiannya, mengkaji perbandingan persepsiguru lelaki dan guru perempuan terhadap
pelajar lelaki dan pelajar perempuan yangmempengaruhi pencapaian kedua-dua jantina pelajar. Hasil
kajian menunjukkan bahawa gurulelaki secara keseluruhannya mempunyai persepsi positif terhadap
pelajar lelaki dan
juga pelajar perempuan berbanding guru perempuan. Dengan lain perkataan, guru lelaki tidakmempun
yai persepsi yang berbeza terhadap pelajar lelaki dan perempuan. Mereka tidak biasdalam melabelkan

kebolehan pelajar, baik pelajar lelaki mahupun pelajar


perempuan, berbanding guru perempuan. Keadaan ini turut dikukuhkan lagi dalam kajian Brophy dan
Evertson (1981) dan Bank (1987). Guru perempuan pula mempunyai pandangan yang kurang positif
terhadap pelajar lelaki. Keadaan ini boleh mempengaruhi tingkah laku dan sikap guruterhadap pelajar.
Menurut, Zalizan, et.al (2005), guru perempuan kurang memberi perhatiankepada pelajar lelaki yang
dianggap bermasalah di dalam kelas. Guru lebih
memberi perhatian kepada pelajar perempuan yang sering mengikut arahan guru dan mudah untukdik
awal. Pelajar lelaki sering kali dikatakan hilang fokus di dalam kelas, mengganggu rakan
8lain serta tidak membuat kerja rumah. Guru perempuan akan mengambil tindakan
untukmengabaikannya sekiranya segala amaran dan peringatan yang diberikan tidak
dihiraukan.Dengan mengabaikan pelajar lelaki di dalam kelas, sudah semestinya akan
mengganggu pencapaian mereka dalam Matematik kerana mereka tidak dapat menguasai pelajaran ya
ngdiajar. Maka wujudlah perbezaan pencapaian Matematik di antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan.
5.3 Isu Tidak ada kesaksamaan peluang dalam mata pelajaran
Selain itu, dalam sesetengah mata pelajaran, wujud jurang tidak ada kesaksamaan peluangantara
pelajar perempuan dan pelajar lelaki. Contohnya, dalam bidang berkaitan kejuruteraan, pelajar lelaki
lebih ramai terlibat berbanding pelajar perempuan. Begitu juga sebaliknya,contohnya dalam mata
pelajaran Ekonomi Rumah Tangga (ERT) kebanyakan hanya
pelajar perempuan sahaja yang banyak diberi peluang berbanding lelaki. Walaupun, terdapatsesetenga
h pelajar lelaki yang mempunyai kecenderungan dalam bidang masakan tetapi tidakdiberikan peluang.
Oleh itu guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yangmengikut kecenderungan
pelajar. Ini dapat membuka peluang untuk pelajar perempuan untuk berkecimpung dalam bidang yang
dimonopoli oleh lelaki dan sebaliknya.
5.4 Isu kaedah pengajaran guru
Isu teknik dan kaedah pengajar guru yang tidak menarik juga menentukan
pencapaian pelajar mengikut jantina. Menurut Dr. Zalizan bin Mohd Jelas (2001),
pengajaran guru meliputi aspek-aspek strategi pengajaran, penggunaan sumber,
penerapan kemahiran berfikir, penerapan nilai, penampilan, pengurusan bilik
darjah, penggunaan ganjaran dan hukuman, keprihatinan dan penilaian. Menurut
Norawati binti Hashim (2004), strategi pengajaran yang biasa digunakan oleh
guru adalah kaedah tradisional yang biasa dilaksanakan oleh guru-guru sebelum
ini iaitu guru hanya memberi penerangan tanpa melakukan sebarang aktiviti
yang menarik. Kaedah ini tidak sesuai untuk pelajar lelaki kerana mereka akan
mudah hilang fokus dan tidak menumpukan perhatian kepada pembelajaran
kerana berasa jemu. Berlainan dengan pelajar perempuan yang boleh menerima
pengajaran secara tradisional ini. Pelajar perempuan dikatakan lebih bersedia
untuk menghadiri kelas dan mereka akan fokus dengan pengajaran guru. Walau
apa kaedah yang digunakan sekali pun, pelajar perempuan tetap fokus.
Menurut Norawati binti Hashim (2004) dalam kajiannya, beliau menyatakan
bahawa guru seharusnya kreatif dalam pengajaran supaya dapat menarik minat
pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untuk
mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah. Leonard M.S et. al. (1996) dalam
Norawati binti Hashim telah menyatakan bahawa kreativiti di dalam bilik darjah
boleh dan seharusnya memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan
mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran.

5.5 Isu pencapaian akademik pelajar perempuan lebih baik berbanding pelajar
lelaki
Kajian yang dijalankan oleh Ab Manan. et.al (2003) yang mengenal pasti sama
ada jantina mempunyai perkaitan atau tidak dengan pencapaian akademik ke
atas para pelajar yang telah berada di semester akhir program ijazah sarjana
muda bagi pengambilan Jun 2000. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
terdapatnya jurang antara pelajar lelaki dan wanita di UiTM dari segi pencapaian
akademik mereka. Berhubung soal pencapaian akademik, yang diukur dengan
melihat perolehan Cumulative Grade Points Average (CGPA) dan"on-time
performance", pelajar wanita telah menunjukkan pencapaian akademik yang
lebih baik jika dibandingkan dengan pencapaian pelajar lelaki. Menurut Zalizan
bin Mohd Jelas (2001), pelajar perempuan akan belajar bersama dan berkongsi
pendapat sekiranya terdapat sebarang keraguan. Dengan aktiviti seperti ini,
pelajar perempuan lebih menguasai pelajaran yang dipelajari dan mendapat
pencapaian yang lebih baik. Berbanding pelajar lelaki, mereka lebih gemar
berkawan dengan rakan yang lebih tua. Pergaulan sosial yang melampau seperti
melepak, berlumba haram, dan macam-macam lagi mudah diikut kerana bagi
mereka perkara itu sesuatu yang bebas untuk dilakukan berbanding mengulangi
pelajaran. Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), segala gerak-geri dan
tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebaya. Disebabkan pergaulan
dengan rakan-rakan yang tidak minat untuk menimba ilmu, pelajar lelaki tidak
menguasai pelajaran yang dipelajari kerana tidak membuat latihan yang diberi
dan hilang fokus dalam kelas. Maka, pencapaian mereka adalah lebih rendah
berbanding pelajar perempuan
5.6 Isu hak wanita dalam pendidikan
Isu-isu berkaitan dengan hak wanita dalam pendidikan adalah isu-isu yang
bersangkut paut dengan kebebasan, keupayaan dan peluang yang terbuka
kepada golongan wanita untuk mengikuti pendidikan yang terdapat, baik secara
formal mahupun tidak formal. Ia jugamerangkumi keupayaan golongan wanita
meningkatkan tahap pendidikannya mengikut potensi atau kebolehan sendiri.
Pertimbangkan hak timbul kerana secara perbandingan ia diberi kepada
golongan lelaki. Sebagai contoh, jika seorang mahasiswa lelaki boleh mengikuti
program pengajian teknologi angkasa lepas, dan naik ke bulan sebagai
angkasawan, maka dari segi teorinya perempuan adalah juga berhak mengikuti
program ini. Oleh itu, jika pelajar lelaki lulusan universiti boleh bekerja sebagai
seorang eksekutif kanan di sebuah syarikat, maka prinsipnya, pelajar perempuan
dengan kelulusan yang sama berhak bekerja sebagai seorang eksekutif. Inilah
contoh-contoh pelaksanaan hak-hak dalam pendidikan yang dijamin oleh
undang-undang (Robiah, 1998).
sesuai dengan pelajar serta menghapuskan halangan pembelajaran. Guru boleh
mengubahsuai suasana di dalam bilik darjah seperti mobiliti, bunyi dan
persekitaran bilik darjah tersebut memenuhi profil gaya pembelajaran yang lebih
digemari pelajar lelaki dan juga pelajar perempuan. Justeru, guru perlu
mengambil kira keadaan serta ruang belajar di dalam bilik darjah yang lebih
kondusif serta selesa dengan keperluan pembelajaran pelbagai pelajar mereka.
Dapatan kajian Zalizan dan rakan-rakannya (2005) menunjukkan bahawa
keperluan dan gaya pembelajaran pelajar lelaki adalah berbeza dengan pelajar
perempuan. Pelajar perempuan lebih mengamalkan gaya pembelajaran yang

bersifat abstract sequential dan concrete sequential . Besarnya bilangan guru


perempuan dan gaya pengajaran mereka yang lengkap dengan gaya
pembelajaran pelajar perempuan menyebabkan pelajar perempuan memperoleh
kelebihan secara kebetulan. Dengan kata lain, pelajar lelaki mengalami
diskriminasi yang tidak disengajakan. Justeru itu, guru perlu sedar tentang
perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Guru
juga perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya lebih
sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
6.2 Kursus pendidikan guru perlu beri fokus dalam perbezaan jantina
Kursus pendidikan guru dan latihan dalam perkhidmatan yang dijalankan
sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pelajaran negeri perlu memberi
fokus terhadap perbezaan jenis sekolah dan gaya pembelajaran mengikut jantina
bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Pendidikan guru juga di cadang memberi penekanan kepada kurikulum
pendidikan yang lebih sensitif kepada jantina dan kepelbagaian pelajar.
Keprihatinan mengenai kepelbagaian gaya pembelajaran anak lelaki dan
perempuan ini juga membolehkan ibu bapa menyediakan persekitaran lebih
sesuai serta memberi motivasi dan galakan pembelajaran bersesuaian.
6.3 Penggubalan dan Pengisytiharan Dasar National Policy on Women (NPW)
Hak-hak wanita dapat dilihat dengan lahirnya Dasar mengenai Wanita atau
National Policy on Women(NPW) digubal dan diisytiharkan pada tahun 1989.
Tujuan utama dasar ini ialah untuk menentukan bahawa sumber-sumber negara,
maklumat yang diedarkan dan peluang, merebut kemajuan adalah diberikan
secara sama rata antara lelaki dan wanita. NPW memastikan bahawa semua
wanita, daripada pelbagai sektor pekerjaan, di satu padukan dan menyumbang
mengikut kebolehan, keupayaan dan keperluan ke arah memajukan kaum wanita
keseluruhan. Aspek-aspek yang dikenal pasti yang perlu di atasi adalah
kemiskinan, gejala buta huruf (literasi), cetek pengetahuan dan kurang
pendedahan dan lain-lain. Jadi dari segi undang-undang hak wanita untuk
mendapatkan pendidikan dan menggunakan peluang-peluang pendidikan
sepenuhnya adalah terjamin.
6.4 Peranan pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga Kerajaan
Pihak IPT haruslah menawarkan lebih banyak kursus yang digemari oleh pelajar
lelaki. Pada masa sekarang, kebanyakan lelaki tidak minat belajar. Oleh itu, pihak
IPT harus menawarkan lebih banyak kursus yang istimewa dan dapat menarik
minat pelajar lelaki untuk melanjutkan pelajaran ke IPT. Selain itu, pihak IPT
tidak harus hanya menerima pelajar perempuan yang lebih mahir daripada
pelajar lelaki. Pihak IPT juga harus memberi peluang kepada pelajar lelaki yang
ingin melanjutkan pelajaran ke IPT. Kerajaan juga harus mengadakan ceramah di
sekolah untuk menggalakkan pelajar lelaki melanjutkan pelajaran ke IPT. Melalui
cara ini kita dapat memupuk semangat belajar dengan tekun dan bersungguhsungguh dalam kalangan pelajar lelaki. Dengan ini, pelajar lelaki dapat bersaing
secara sihat dengan pelajar perempuan di IPT. Pelajar lelaki harus sedar bahawa
mereka akan dipandang rendah apabila taraf pendidikan mereka lebih rendah
daripada kaum wanita. Bukan itu sahaja, .tawaran khas seperti membekalkan
biasiswa, pinjaman dan tempat tinggal harus ditawarkan khusus kepada pelajar
lelaki. Keadaan ini dapat menarik minat pelajar lelaki melanjutkan pelajaran ke

IPT. Penawaran biasiswa dan pinjaman kepada keluarga mereka pasti dapat
membantu pelajar lelaki tersebut membiayai pengajian semasa belajar di
universiti. Mereka tidak perlu risau mengenai masalah kewangan yang dihadapi
oleh keluarga mereka. Dengan ini, keadaan kekurangan pelajar di IPT dapat
diatasi. Oleh itu, strategi ini merupakan salah satu langkah yang berkesan untuk
mengatasi masalah kekurangan bilangan pelajar di IPT.
7.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, di Malaysia tidak terdapat catatan dalam mana-mana
dokumen yang membezakan hak pendidikan kaum lelaki dan perempuan. Dalam
Perlembagaan Malaysia, artikel 8, ada disebutkan juga bahawa semua
warganegara adalah sama dari segi undang-undang dan mereka berhak diberi
perlindungan undang-undang yang sama. Walau bagaimanapun, isu jantina
dalam pendidikan tidak seharusnya di pandang remeh. Enrolmen pelajar lelaki
dan perempuan di IPT masih memerlukan kajian yang serius. Pelbagai pihak
yang berkenaan haruslah berganding bahu bagi mengatasi masalah ini. Mahu
tidak mahu, kita hendaklah terus berhadapan dengan dunia yang penuh
persaingan dan mereka yang berpendidikan akan terus maju ke hadapan. Hal ini
seterusnya dapat melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang
memang diperlukan negara untuk merealisasikan Wawasan 2020.

You might also like