Laporan Kajian Tindakan, BI

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu

1.0

Saya mengajar di kelas 4 UKM bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Masalah utama
bagi pelajar saya ialah perbendaharaan kata yang terhad, Hal ini dapat dibuktikan
daripada semakan latihan dan keputusan ujian murid. Analisa yang didapati daripada
keputusan Ujian Formatif adalah seperti berikut:
Berikut contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa pelajar menjawab soalan
ujian :
1. Sulaiman haradworking clever
2. The Sulaiman evening palay to friends
3. Masalah ini berlaku dalam kalangan murid kerana mereka tidak faham makna
perkataan dan perbendaharaan kata yang terhad .Masalah ini berlaku juga
berpunca daripada saya kerana tidak membantu murid saya menguasai lebih
banyak perbendaharaan kata Bahasa Inggeris.

2.0

Fokus Kajian
Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan dan menguasai
kemahiran:
(a) Membina ayat
(b) Kesilapan ejaan

Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan terus tidak berminat
dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan
markah kerana kesilapan struktur ayat. Bagi mengatasi masalah ini saya akan mencuba latih
tubi substitution table.
3.0

Objektif Kajian:

Secara amnya akan dapat menambah perbendaharaan kata murid.


Secara khususnya:
1. Murid dapat mengeja dengan betul.
2. Murid dapat membina ayat dengan tepat.
3. Murid seronok belajar Bahasa Inggeris.
4. Guru dapat membimbing murid dengan lebih mudah.
4.1
Kumpulan Sasaran:
Kajian ini melibatkan 5 orang pelajar daripada 35 orang murid.
4.0

Pelaksanaan Kajian:

Saya telah mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan kaedah:


1. Ujian Pra
2. Soal selidik
Pelaksanaan tindakan yang telah saya jalankan pada 14 Mei 2015 ialah:
i.

Aktiviti 1: Words & Pictures

Langkah 1: Murid membaca perkataan yang bergambar berulang kali.


Langkah 2: Murid menyesuai padan gambar dengan perkataan yang betul.
Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini membantu murid faham
makna perkataan yang dibaca.
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa
gambar sangat membantu murid memahami makna perkataan.
ii.

Aktiviti 2: Substitution Table dijalankan pada 16 Jun 2015

Langkah 1: Secara lisan, murid membina ayat berpandukan substitution table


Langkah 2: Murid menulis ayat berpandukan substitution table yang sama.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini membantu murid
memahami penggunaan singular dan plural.
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa murid
dapat membezakan singular dan plural dengan mudah menggunakan substitution table.

iii.

Aktiviti 3: Picture to sentences dijalankan pada 2 Julai 2015

Langkah 1: Murid senaraikan perkataan yang mereka tahu daripada gambar yang diberi.
Langkah 2: Murid bina ayat mudah
Langkah 3: Murid baca ayat yang dibina.
Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini menganalisa gambar.
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa murid
dapat bina ayat mudah dengan betul.

Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisa yang telah dilaksanakan , saya mendapati ,
teknik substitution table yang diperkenalkan kepada pelajar terpilih untuk kajian merupakan
kaedah yang dapat membantu murid membina ayat mudah.
Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang positif iaitu
murid lebih berminat belajar Bahasa Inggeris.
Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya
berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran
terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami oleh pelajar. Oleh itu saya bercadang untuk

menjalankan kajian yang seterusnya berkaitan the right usage of simple past & simple
present tense

ABSTRAK
Kekangan masa akibat banyak program yang dijalankan di sekolah menyebabkan
kami agak sukar untuk melaksanakn aktiviti yang dirancang dengan sempurna. Ada aktiviti
yang tidak dapat dijalankan mengikut tarikh yang telah dirancang. Namun kerjasama yang
baik antara guru-guru Bahasa Inggeris membolehkan aktiviti yang telah dirancang dijalankan
semampunya. Melalui keputusan Ujian Formatif 1 murid-murid 4 UKM, saya menyedari
keputusan mereka di bawah penguasaan minima gred C. Murid-murid tidak dapat membuat
ayat untuk Bahagian A (Bahasa Inggeris Kertas 2) dengan struktur ayat yang tepat. Murid
juga didapati kurang berminat dengan pelajaran Bahasa Inggeris. Objektif kajian ialah dapat
menambah penbendaharaan kata murid. Justeru itu murid dapat mengeja dengan tepat,
membina ayat dengan betul selain berasa seronok belajar Bahasa Inggeris. Secara tidak
langsung, guru akan dapat membimbing murid dengan lebih mudah. Sasaran untuk Kajian
Tindakan ini adalah seramai 5 orang murid dari 4 UKM. Antara kaedah pelaksanaan yang
dijalankan ialah words & pictures , substitution table dan pictures to sentences. Secara
ringkasnya murid dapat menambah perbendaharaan kata mereka dan mula belajar mambuat
ayat mudah berdasarkan gambar yang diberi dengan betul.

KANDUNGAN
Bil

Isi kandungan

Muka surat

1
2
3
4
5
6
7
8
9

Penghargaan
Abstrak
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
Focus kajian
Objektif kajian
Kumpulan sasaran
Pelaksanaan kajian
Cadangan seterusnya
Lampiran

1
2
2
2
3
3
4
5
6-8

PENGHARGAAN
Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih dirakamkan kepada rakan-rakan guru
Bahasa Inggeris yang bersusah-payah mencari ruang dan waktu untuk melengkapkan Kajian
Tindakan yang telah dirancang bersama.
Tidak ketinggalan ucapan terima kasih daun keladi kepada barisan pentadbir
khususnya PK Pentadbiran yang sentiasa membantu untuk memastikan kajian ini berjalan
semampunya.

Akhir kalam, kerjasama yang diberikan oleh kumpulan sasaran iaitu seramai 5 orang
murid dari 4 UKM turut menyuntik semangat kami untuk menyudahkan kajian ini.

SEKOLAH KEBANGSAAN IJOK


45600 BESTARI JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

NAMA PENYELIDIK:

SUZIE BT ABDULLAH
ASMIRA BT MOHD ALIAS
HJH HARLINA BT GHAZALI
ZAITON FATIMAH BINTI ABDUL MAJID

TAJUK KAJIAN
FRIENDLY COLLOCATION

You might also like