Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

PANDUAN

PEMBAYARAN BALIK
PINJAMAN PELAJARAN JPA

Kata-kata Aluan
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan inayahNya, maka Buku Panduan JPA Edisi Keempat dapat diterbitkan
sebagai satu usaha murni ke arah meningkatkan sistem
penyampaian perkhidmatan.
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dibentangkan oleh
Y.A.B. Perdana Menteri meletakkan harapan yang tinggi terhadap
keupayaan perkhidmatan awam sebagai penggerak kemajuan
negara. Ia dizahirkan melalui teras kedua dan kelima RMK-9 yang
menekankan aspek modal insan yang berminda kelas pertama dan
meningkatkan keupayaan organisasi.
Realitinya, persekitaran perkhidmatan awam tidak lagi seperti biasa.
Justeru, JPA perlu terus relevan melaksanakan peranan untuk
menjelmakan manifestasi stakeholders kepada rakyat. JPA harus
sentiasa mengamalkan prinsip kaizen bagi memastikan
perkhidmatan yang disampaikan adalah berkualiti dan melangkaui
kebiasaan.
Saya berharap agar semua usaha JPA dapat diterjemahkan melalui
penerbitan Buku Panduan JPA Edisi Keempat ini. Semoga dengan
penerbitan Buku Panduan JPA, segala urusan antara pelanggan
dengan JPA dapat dipermudahkan dan dipercepatkan.
Sekian, terima kasih.

(TAN SRI ISMAIL ADAM)

1.

PENGENALAN
Semua pelajar tajaan JPA yang menerima tajaan dalam
bentuk pinjaman adalah dikehendaki membayar balik
pinjaman mereka kepada Kerajaan.
Semua peminjam
diminta mengambil perhatian bahawa tiada sebarang
peruntukan yang membolehkan status Pinjaman diubah
kepada
Biasiswa
walaupun
pelajar
memperolehi
keputusan yang cemerlang.

2.

DEFINISI
Pinjaman ialah bantuan kewangan yang diberikan kepada
pegawai/pelajar yang mengikuti kursus di Institusi
Pengajian di dalam dan luar negara dan perlu dibayar
balik sepenuhnya.
Pinjaman Boleh Ubah ialah bantuan kewangan yang
diberi kepada pegawai/pelajar yang mengikuti kursus
yang boleh diberi pengurangan jumlah bayaran balik
sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.

3.

PINJAMAN BAGI PERINGKAT IJAZAH PERTAMA


(a)

Pelajar bagi peringkat ijazah yang menerima


Pinjaman Boleh Ubah boleh dipertimbangkan
pengurangan bayaran balik pinjaman sebanyak
75%
dari
jumlah
pinjaman yang diluluskan
sekiranya
memenuhi
syarat iaitu mendapat
keputusan peperiksaan dengan baik, sekurangkurangnya CGPA 2.75 dan dapat menamatkan
pengajian dengan jayanya dalam tempoh tajaan
tanpa sebarang pelanjutan; dan

(b)

4.

PINJAMAN BAGI PERINGKAT SIJIL/INTEGRASI/


DIPLOMA/PROGRAM
LUAR
JANGKA/PINJAMAN
BIASA/SKIM BANTUAN KEWANGAN
(a)

5.

Bagi pelajar yang ditaja melalui Pinjaman Boleh


Ubah, yang tidak mencapai keputusan seperti yang
dinyatakan
di atas
atau gagal menamatkan
pengajian atau ditamatkan penajaan sebelum
menamatkan
pengajian
adalah
diperlukan
membayar balik keseluruhan pinjaman yang
diterima/diluluskan tanpa sebarang pengurangan.

Bagi pelajar yang ditaja di peringkat


Sijil/Integrasi/
Diploma/Program Luar Jangka/Pinjaman Biasa/
Skim Bantuan Kewangan, mereka dikehendaki
membayar balik keseluruhan pinjaman yang
diterima tanpa sebarang pengurangan.

PERMOHONAN PENGURANGAN BAYARAN BALIK


PINJAMAN IJAZAH
(a)

Pinjaman
bagi
peringkat
ijazah,
layak
dipertimbangkan pengurangan bayaran sebanyak
75% dari jumlah pinjaman yang diluluskan. Bagi
tujuan
tersebut,
peminjam
dikehendaki
mengemukakan permohonan berserta salinan
transkrip akademik dan ijazah yang diakui sah,
kepada jabatan ini dengan kadar segera; dan

(b)

6.

Peminjam dinasihatkan supaya meneruskan


bayaran ansuran bulanan dengan kadar yang telah
ditetapkan sementara permohonan pengurangan
dipertimbangkan.

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH PEMINJAM


(a)

Pemegang pinjaman pelajaran JPA yang telah


menamatkan pengajian dikehendaki membayar
balik pinjaman selepas 6 bulan menamatkan
pengajian atau mendapat pekerjaan mengikut mana
yang terdahulu;

(b)

Peminjam
dikehendaki
melapor
diri
atau
memaklumkan tarikh tamat pengajian secara
bertulis serta mengemukakan salinan transkrip
pengajian yang lengkap dan ijazah yang disahkan
kepada JPA, khususnya peminjam di peringkat
Ijazah Pertama;

(c)

Peminjam akan diberikan Notis Tuntutan Bayaran


Balik Pinjaman selepas 6 bulan menamatkan
pengajian. Walau bagaimanapun, sekiranya dalam
tempoh tersebut tidak menerima notis, peminjam
dinasihatkan menghubungi JPA dengan segera
supaya notis tuntutan dapat dikeluarkan. Peminjam
dikehendaki menjelaskan bayaran mengikut jadual
yang ditetapkan seperti yang terkandung dalam
Notis Tuntutan tersebut;

7.

(d)

Bagi tujuan mengemaskini maklumat, peminjam


dikehendaki mengisi Borang JPA(L)PP1-Pin 1/98
yang
dihantar
bersama Notis Tuntutan dan
mengembalikan beserta bayaran ansuran pertama
kepada JPA. Borang ini juga boleh juga didapati di
laman web JPA;

(e)

Peminjam
bertanggungjawab
memaklumkan
kepada JPA sebarang perubahan alamat termasuk
alamat dan maklumat penjamin-penjamin beserta
nombor telefon (rumah dan pejabat) dan e-mel (jika
ada) melalui surat menyurat, telefon atau e-mel; dan

(f)

Sila catatkan nombor rujukan JPA iaitu JPA(L)


diikuti dengan nombor kad pengenalan seperti yang
tercatat dalam perjanjian, apabila berurusan dengan
JPA berhubung bayaran balik pinjaman pelajaran
JPA.

KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN


(a)

Bayaran balik yang ditetapkan pada masa ini adalah


seperti berikut :
Bayaran Secara Tunai
Bayaran boleh dilakukan di kaunter Bayaran
Balik Pinjaman, Jabatan Perkhidmatan Awam
di Aras
4, Blok C1, Kompleks C, Pusat
Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan,
62510
W.P Putrajaya ataupun di SUITE 5.4 LEVEL 5,
Maju Junction Mall, 1001Jalan Sultan Ismail, 50250
Kuala Lumpur. Resit bayaran akan dikeluarkan
selepas bayaran dilakukan.

Potongan Gaji
JPA akan mengeluarkan surat arahan potongan gaji
kepada majikan peminjam berdasarkan kepada maklumat
dalam Borang JPA(L)PP1-Pin. 1/98 yang dilengkapkan oleh
peminjam.
Peminjam juga boleh menghubungi terus
pegawai berkaitan melalui telefon atau e-mel sekiranya
berhasrat menjelaskan pinjaman melalui kaedah potongan
gaji atau sekiranya ingin memaklumkan sebarang
perubahan alamat majikan. Adalah diingatkan supaya
peminjam menghubungi JPA sekurang-kurangnya 3 bulan
dari tarikh akhir bayaran untuk membolehkan jabatan ini
mengemukakan surat arahan pemberhentian potongan gaji
kepada majikan masing-masing bagi mengelakkan terlebih
bayar.
Arahan Kepada Bank (Standing Instruction)
Peminjan perlu berurusan dengan bank masing-masing
yang menyediakan kemudahan tersebut. Bayaran
hendaklah dibuat atas nama Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam, Malaysia.
Bayaran Melalui Pejabat Pos
Setiap peminjam yang menerima notis tuntutan akan
menerima bil tuntutan dalam tempoh 2 bulan dari Tarikh
Mula Bayar. Bagi peminjam yang telah menerima bil,
pembayaran boleh dibuat secara tunai di setiap Pejabat
Pos berkomputer dan caj perkhidmatan sebanyak RM2
akan dikenakan oleh Pejabat Pos Malaysia bagi setiap
urus niaga.

Peminjam adalah dinasihatkan supaya menyimpan


keratan bil sebagai bukti bayaran.
Perkhidmatan Maybank2u.com
(a)

Peminjam boleh juga membuat bayaran


balik pinjaman melalui internet dengan
melayari
http://www/maybank2u.com.
Peminjam yang memilih kaedah ini perlu
mempunyai akaun Maybank dan menerima
bil tuntutan yang dikeluarkan oleh Datapos
Malaysia dan caj perkhidmatan sebanyak
RM1 akan dikenakan oleh Maybank bagi
setiap urus niaga. Sekiranya peminjam tidak
menerima bil tuntutan, maklumat tersebut
boleh
didapati
di
alamat http://www.
interactive.jpa.gov.my.
Peminjam
adalah
dinasihatkan
supaya mencetak resit
bayaran;

(b)

Peminjam yang telah menerima notis


tuntutan, boleh menyemak bayaran dan
maklumat bil di alamat http://www.interactive.
jpa.gov.my dengan memilih :
(i)

Penyata Akaun
Bagi mendapatkan maklumat bayaran.

(ii)

Penyemakan Bil Bulanan Bayaran


Bagi mendapatkan maklumat bil.

8.

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI


Sekiranya pemohon mempunyai sebarang kemusykilan
mengenai pembayaran balik pinjaman pelajaran, sila
hubungi pegawai berikut :
Bidang Tugas

Nama Pegawai

Pengarah Bahagian
Pembangunan Modal
Insan

Datin Madinah bt Mohamad


03-88853005
(madinah@jpa.gov.my)

Ketua Unit
Penguatkuasaan
Perjanjian

Encik Ross Rafizal bin Rosli


03-88853062
(ross@jpa.gov.my)

UM/UTM

Puan Siti Zalina bt Mohd. Yusoff


03-8885 3456
(zalina.yusoff@jpa.gov.my)

UKM/UIA/UiTM

Puan Suriati bt Halim


03-88853455
(suriyati@jpa.gov.my)

UPM/UMS/UNIMAS

Puan Halimahton bt Suheimi


03-88853460
(halimaht@jpa.gov.my)

UUM/POLITEKNIK

Cik Shahrina Izwa bt Abd Rahni


03-88853458
(izwa.rahni@jpa.gov.my)

PPP UiTM (Program


SAM, AUSMAT & ALEVEL), UK, Mesir,
Canada, Turki, UTP &
MMU, Ireland, Jordan,
Morocco

Puan Rohaidah bt Othman


03-88853459
(rohaidah@jpa.gov.my)

Bidang Tugas

Nama Pegawai

PPP UiTM (Program AAD), USA,


INDO, India, Pakistan, NZ, UNITEN,
USM

Puan Saleha bt Roslan


03-8885 3461
(saleha.roslan@jpa.gov.my)

Urusan terlebih bayar dan


pemberhentian potongan gaji

Puan Elina bt Abd Rahim


03-8885 3454
(elina.rahim@jpa.gov.my)

Urusan terimaan bayaran melalui


cek/bank draf/ kiriman wang

Puan Hasmah binti Hassan


03-8885 3448
(hasmah@jpa.gov.my)

Kaunter
Maju Junction

Puan Lena binti Mohd. Said


03-26934120
(lena@jpa.gov.my

You might also like