CASE STUDY: SULONG BIN NAIN V PUBLIC PROSECUTOR

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

KAJIAN KES

SULUNG BIN NAIN V. PENDAKWA RAYA


(1947) 13 MLJ 138
NOORASHIDA BINTI ARASID
A151479
DALIHAN : SILAP FAHAM
DR WAFA

UU JENAYAH PERBANDINGAN

FAKTA KES
Kes ini adalah berkaitan dengan rayuan perayu iaitu Sulong bin Nain terhadap
kesalahan yang disabitkan kepadanya iaitu kesalahan membawa senjata api iaitu
membawa dua bom tangan yang bertentangan dengan seksyen 3 (1) di bawah
Arahan Awam dan Pengisytiharan Keselamatan 1946. Fakta kes ini adalah semasa
perayu ditangkap, beliau sedang membawa beg, dan di dalam beg tersebut
terdapat dua bom tangan bersama dengan dua sumbu yang sempurna dengan
peledak. Semasa perbicaraan, perayu memberi keterangan bahawa semasa
ditangkap, beliau membawa dua bom tangan dengan niat untuk menyerahkannya
kepada pihak polis.

UU JENAYAH PERBANDINGAN

Pada waktu kejadian, pergolakan sedang berlaku di Tanah Melayu


dan sedang berada di bawah pemerintahan Malayan Union. Kekacauan dan
peperangan sering berlaku pada ketika itu. Oleh itu, satu undang-undang
telah diwujudkan iaitu Arahan Awam dan Pengisytiharan Keselamatan yang
mana merujuk kepada seksyen 3 (1), sesiapa yang memiliki senjata api dikira
melakukan kesalahan dan bertanggungan keras. Perayu telah ditahan di
bawah Undang-undang Darurat yang melarang pemilikan senjata api ketika
ditangkap. Beliau didapati memiliki 2 bom tangan dan menurutnya, beliau
berniat hendak membawa beg yang mempunyai bom itu ke balai polis. Tetapi
mahkamah menolak dakwaan dan beliau disabitkan.

UU JENAYAH PERBANDINGAN

ISU KES
KES SULONG NAIN V PP

Samada seseorang yang


membawa senjata dengan
niat untuk menyerahkannya
kepada pihak polis didapati
bersalah

UU JENAYAH PERBANDINGAN

Samada seksyen 76 dan


79 Kanun Keseksaan
terpakai dan boleh
digunakan sebagai dalihan
di dalam kes kesalahan
jenayah tanggungan keras.

Mahkamah mendapati bahawa tertuduh tidak mempunyai sebarang


silap faham mengenai apakah barang yang berada dalam
milikannya iaitu dua bi bom tangan maka dalihan di bawah
seksyen 79 ini tidak boleh digunakan.
Selain daripada membuktikan silap faham nyataan, tertuduh
juga perlu membuktikan bahawa tindakan yang dilakukannya
adalah dilakukan dengan suci hati. Seksyen 52 mentakrifkan suci
hati sebagai melakukan atau mempercayai sesuatu dengan hemat
dan cermat.

UU JENAYAH PERBANDINGAN

ALASAN PENGHAKIMAN
DAN KEPUTUSAN
Mahkamah

dalam penghakimannya terhadap rayuan perayu


terhadap pensabitan bagi kesalahan membawa senjata iaitu dua
bom tangan yang bertentangan dengan Seksyen 3 (1) Arahan
Awam dan Pengisytiharan Keselamatan. Fakta yang tidak dipertikai,
iaitu semasa ditangkap, perayu membawa beg, dan di dalamnya
terdapat dua bom tangan beserta dua sumbu yang lengkap
dengan bahan peledak. Perayu dalam keterangannya kepada pihak
mahkamah menyatakan bahawa semasa ditangkap beliau
membawa dua bom tangan dengan niat untuk menyerahkannya
kepada pihak polis.
UU JENAYAH PERBANDINGAN

Hakim dalam alasan penghakimannya menyatakan bahawa perayu


didapati bersalah kerana membawa senjata. Ini kerana, pada masa
tersebut, Undang-undang Darurat melarang pemilikan senjata api dan
tujuannya adalah bagi menghalang pemilikan senjata api secara berleluasa
setelah tamat perang dan sesiapa yang melakukannya, dikira
bertanggungan keras (SL).

Bagi alasan perayu yang menyatakan bahawa beliau berniat untuk


menyerahkan bom tangan tersebut kepada pihak polis, Mahkamah tidak
menerima alasan ini. Hakim dalam penghakimannya menyatakan bahawa
tidak syak lagi bahawa tertuduh membawa bom tangan tersebut ke
Seremban bagi tujuan dirinya sendiri, dan beliau tiada niat untuk
menyerahkannya kepada pihak polis. Beliau juga mengetahui bahawa
barang yang beliau miliki merupakan senjata api dan dengan ini beliau
didapati bersalah.

UU JENAYAH PERBANDINGAN

Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan bahawa perayu didapati


bersalah kerana memliki senjata api iaitu dua bom tangan yang
bertentangan dengan seksyen 3 (1) Arahan Awam dan Pengisytiharan
Keselamatan. Beliau telah disabitkan dan datuhkan hukuman penjara bagi
satu tempoh yang ditentukan.

UU JENAYAH PERBANDINGAN

ANALISIS
KES SULONG BIN NAIN LWN PP

UU JENAYAH PERBANDINGAN

Kes ini berkaitan dengan OKT yang menghadapi tuduhan

membawa senjata api yang bertentangan dengan seksyen 3(1) di


bawah Arahan Awam dan Pengisytiharan Keselamatan 1946.
Kesalahan tersebut ialah satu larangan keras dan mutlak. Perayu
dalam hujahnya mengemukakan dalihan silap fakta di bawah
Seksyen 76 Kanun Keseksaan. Namun, mahkamah menolaknya
dan menyatakan bahawa sekiranya seseorang dengan sengaja
telah membawa senjata, dengan ini tiada lagi kesilapan fakta yang
boleh diterima dalam perundangan. Oleh itu seseorang itu memang
telah tahu dia membawa senjata dan sekaligus sememangnya
berniat membawa senjata itu. Oleh itu, bagi sesuatu kesalahan
jenayah yang bertanggungan keras, maka elemen mens rea
ternyata tidak diperlukan dan memadai dengan wujudnya elemen
actus reus sahaja.

UU JENAYAH PERBANDINGAN

10

Bagi dalihan am pula, perayu cuba menggunakan seksyen

76 dan 79 sebagai dalihan. Di dalam kes ini, dalihan silap faham


fakta atau nyataan tidak diterima. Ini kerana, perayu memang telah
mengetahui bahawa beliau sedang membawa senjata api ketika
ditangkap. Oleh itu, tiada salah faham fakta yang boleh dibuktikan
bagi membuktikan bahawa beliau tidak mengetahu akan barang
yang sedang dibawa itu. Seksyen 79 pula tidak boleh digunakan
dalam kes ini kerana perayu sememangnya mengetahui akan
kesalahan membawa atau memiliki senjata api pada waktu itu dan
mustahil beliau tidak mengetahui akan undang-undang tersebut. Ini
kerana semua orang dianggap mengetahu akan kewujudan
undang-undang

UU JENAYAH PERBANDINGAN

11

SEKIAN TERIMA KASIH


SEMOGA BERMANFAAT

UU JENAYAH PERBANDINGAN

12

You might also like