Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

PENGENALAN

Jepun adalah sebuah negara yang mempunyai pembangunan industri ekonomi yang sangat
cepat dan maju. Jika dilihat, Jepun adalah antara negara-negara asia yang pertama
memegang status Negara Industri. Secara umumnya, pembangunan ekonomi Jepun
mempunyai kaitan besar dengan Zaibatsu. Namun demikian, ada pendapat mengatakan
bahawa kedatangan Amerika Syarikat selepas perang turut memberikan sumbangan kepada
pembangunan ekonomi negara tersebut.1
Zaibatsu adalah gabungan syarikat-syarikat keluarga, dimana pada asalnya ianya adalah
sebuah syarikat kecil dan syarikat kecil tersebut digabungkan membentuk satu kumpulan
yang bernaung diatas satu arahan dan dana setiap aset syarikat turut dikumpulkan untuk
dijadikan sumber kewangan dalam mempergiatkan keseluruhan perniagaan. Kumpulan ini
telahpun bermula sejak pemerintahan Tokugawa. Pada zaman restorasi Meiji, kumpulan ini
menjadi semakin terkenal dan menjadi pemonopoli ekonomi Jepun. Terdapat empat
kumpulan awal yang popular dalam Zaibatsu iaitu Mitsui, Mitsubishi, Yasuda dan Sumimoto.
Terdapat pelbagai bidang yang diterajui bagi kumpulan perniagaan ini antaranya industri
kimia, pembuatan senjata dan industri elektronik.2
Selepas Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat telah cuba untuk memansuhkan
Zaibatsu kerana berpendapat bahawa kumpulan tersebut menjadi pembekal senjata dan
kelengkapan tentera Jepun. Tetapi kuasa pemerintahan ketika itu yang seperti cuba untuk
memusnahkan Zaibatsu sememang sukar untuk memadamkan erti kewujudan Zaibatsu yang
telah sinonim dengan ekonomi Jepun. Maka dengan itu juga Zaibatsu masih kekal bertahan
sehingga kehari ini dan dengan cara kerja, sistem pengurusan organisasi dan kepakaran yang
sentiasa dikekalkan terhadap bidang-bidang yang penting dalam kemajuan teknologi pada
hari ini menjadi kunci kejayaan Zaibatsu.

1 Abu Talib Ahmad, 2005, Tamadun Jepun, Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur, Hal. 300301.
2 Ibid, Hal. 303-304.
1

PERKEMBANGAN ZAIBATSU SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA


Jepun sememangnya terkenal dengan sektor perindustriannya yang maju dan unik berbanding
dengan negara-negara lain sehinggakan firmanya dikenali sebagai Firma Jepun (Japanese
Firm). Selepas 1945, ekonomi Jepun telah mencapai zaman ajaibnya berdasarkan kepada
purata pertumbuhan ekonomi sebanyak 10% pada 1960-an, 5% pada 1970-an dan 4% pada
1980-an. Pertumbuhan yang unik ini telah meletakkan Jepun sebagai kuasa ekonomi dunia
kedua terbesar di belakang Amerika Syarikat sehingga kini.3
Menurut Kanji Haitani (1976), sektor perindustrian moden Jepun boleh dibahagikan
kepada dua fasa. Iaitu fasa prapeperangan dan fasa pascapeperangan. Fasa prapeperangan
bermula pada penghujung Perang Dunia Kedua. Wujud beberapa firma besar milik keluarga
yang merupakan kombinasi sektor perindustrian dan perbankan dikenali sebagai Zaibatsu.
Empat buah Zaibatsu yang terbesar pada ketika itu adalah Mitsui, Sumitomo, Mitsubishi, dan
Yasuda. Mencapai zaman kegemilangan selepas Perang Dunia Kedua, apabila bersama
dengan 6 buah zaibatsu yang lain menguasai 1/3 jumlah perdagangan negara Jepun.
Kebanyakannya bertindak sebagai firma oligopoli dan terlibat dalam sektor pembuatan,
perlombongan, perdagangan dan kewangan. Setiap Zaibatsu terdiri daripada beberapa anak
buah syarikat yang diterajui oleh anak syarikat utama iaitu honsha.4
Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua membuatkan Jepun terpaksa
menstrukturkan semula sistem kewangannya melalui Suruhanjaya Penyusunan Semula
Syarikat (HCLC) di bawah pengawasan Pemerintah Tertinggi bagi Kuasa-Kuasa Bersekutu
diketuai Amerika Syarikat. Di bawah Akta Anti Monopoli, kebanyakan Zaibatsu dibubarkan
dan distrukturkan semula kepada firma-firma lebih kecil dengan sektor perbankan cuba
diasingkan dari sektor perindustrian sehingga tahun 1952. Sebagai contoh, pada 1946, 83
buah firma dijadikan sebagai syarikat berhad.5
Penghujung 1947, 42 firma dibubarkan, 16 firma mengalami muflis, 26 firma
berpisah kepada syarikat-syarikat kecil dan bakinya (41 buah) dikekalkan sebagai syarikat
3 http://www2.tganu.uitm.edu.my/upena/.../01.SEJARAH%20FIRMA%20JEPUN.doc.
4 Ibid.
5 Ibid.
2

berhad selepas dipersetujui oleh HCLC. Ini kerana Zaibatsu telah dituduh oleh Pemerintah
Tertinggi bagi Kuasa-Kuasa Bersekutu sebagai punca utama pembekal kelengkapan
ketenteraan Jepun pada 1930an dan 1940an yang seterusnya membawa kepada Perang Dunia
Kedua.6
Berakhirnya reformasi sistem kewangan ini, menandakan Jepun mula memasuki fasa
pasca peperangan. Jepun mula melonggarkan kawalan terhadap penstrukturan semula
industrinya. Ini menyebabkan banyak anak-anak syarikat bekas Zaibatsu bergabung kembali
dan menggunakan semula nama syarikat mereka dengan nama lamanya.7 Contohnya, pada
1959 sebanyak 3 buah bekas anak syarikat Zaibatsu Mitsui Busan bergabung kembali
membentuk Keiretsu Mitsui and Corporation. Dalam masa yang sama wujud beberapa pihak
bank dan industri baru (bukan bekas zaibatsu) yang menubuhkan kumpulan mereka sendiri
pada pertengahan 1950an.8
Ini bermakna sektor perbankan dan sektor perindustrian digabungkan kembali (sama
ada secara warisan ataupun baru) dan membentuk kumpulan konglomerat yang besar yang
dikenali sebagai Keiretsu. Enam buah Keiretsu terbesar di Jepun selepas Perang Dunia
Kedua sehingga kini antaranya Mitsubishi, Mitsui, Sumitomo (bekas Zaibatsu) dan Fuyo,
Sanwa, Dai-chi (Keiretsu baru). Mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti Zaibatsu,
cumanya Keiretsu mengalami kekurangan dari segi ketiadaan syarikat induk seperti honsha
yang dimiliki oleh Zaibatsu pada zaman sebelum perang. Honsha merupakan syarikat induk
yang mempunyai kuasa mutlak dalam pembuatan keputusan keseluruhan aktiviti zaibatsu.9

KEIRETSU
Para keiretsu adalah mereka yang muncul di Jepun selama "keajaiban ekonomi" selepas
Perang Dunia Kedua. Sebelum Jepun menyerah, industri Jepun dikendalikan oleh keluarga
6 http://en.wikipedia.org/wiki/Zaibatsu.
7 Joginder Singh Jessy (disunting oleh Ghazali Basri), 1978, Sejarah China dan Jepun, Kuala Lumpur :
Anthonian Sdn. Bhd., Hal. 157-158.

8 Ibid.
9 Ibid.
3

besar menegak monopoli yang disebut zaibatsu. Selama pendudukan Jepun, di bawah
Panglima Tertinggi Bersekutu, Jeneral Douglas MacArthur, separuh daripada usahanya
berjaya dilakukan untuk membubarkan Zaibatsu di akhir 1940-an. Enam belas Zaibatsu
menjadi sasaran pembubaran lengkap dan dua puluh enam lagi untuk penyusunan semula
selepas pembubaran. Namun, syarikat yang dibentuk dari penghapusan Zaibatsu kemudian
melakukan penyatuan semula.10
Keiretsu membuat penjualan saham untuk membentuk perikatan melintang berintegrasi
dalam pelbagai industri. Dalam pada itu, syarikat keiretsu juga akan saling membekalkan
satu sama lain, membuat perikatan juga berintegrasi secara menegak. Pada tempoh ini, dasar
rasmi kerajaan mempromosikan pembentukan syarikat perdagangan yang kuat yang dapat
menahan tekanan berat dari persaingan dunia perniagaan diintensifkan sepenuhnya.
Keiretsu utama masing-masing berada di belakang sebuah bank dan meminjamkan
wang kepada ahli syarikat keiretsu. Setiap bank mempunyai kawalan besar terhadap syarikat
dalam keiretsu dan bertindak sebagai entiti pemantauan dan sebagai entiti kecemasan
khususnya apabila berlaku kemelesetan kewangan kepada sesebuah syarikat. Salah satu
kesan dari struktur ini adalah untuk meminimumkan kehadiran pengambilalihan bermusuhan
di Jepun, kerana tidak ada entiti boleh mencabar kekuatan bank. Terdapat dua jenis keiretsu
iaitu menegak dan melintang.
Menegak keiretsu menggambarkan organisasi dan hubungan dalam syarikat
(contohnya semua faktor pengeluaran dari suatu produk tertentu akan disambungkan),
sementara keiretsu melintang menunjukkan hubungan antara syarikat dan industri, biasanya
berpusat di sekitar bank dan syarikat perdagangan. Keduanya saling bekerjasama dan
mempertahankan diri satu sama lain.
Kemelesetan ekonomi Jepun pada tahun 1990-an membawa kesan yang mendalam
terhadap keiretsu ini. Banyak bank yang besar terkena dengan portfolio pinjaman yang buruk
dan terpaksa untuk menyertai atau keluar dari perniagaan. Hal ini mempunyai pengaruh
untuk menggabungkan bank-bank antara keiretsu. Sebagai contohnya Sumitomo Bank dan
Mitsui Bank, bergabung menjadi Sumitomo Mitsui Banking Corporation tahun 2001, selain
itu Sanwa Bank menjadi sebahagian dari Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ.11

10 http://en.wikipedia.org/wiki/Keiretsu
4

Terdapat juga pelbagai syarikat dari luar sistem keiretsu, seperti Sony, mula
melangkah maju kehadapan. Secara umum, penyebab ini memunculkan sebuah gagasan
yang kuat dalam komuniti perniagaan bahawa sistem keiretsu lama bukanlah model
perniagaan yang berkesan dan terdapat cubaan untuk melonggarkan keseluruhan perikatan
keiretsu. Hal ini telah mengakibatkan pertumbuhan industri pengambilalihan syarikat di
Jepun, kerana syarikat tidak lagi dapat diselamatkan oleh bank-bank mereka dan saham pihak
luar adalah sangat tinggi hingga menyebabkan autonomi pihak pengurusan semakin kurang
serta pengawalan terhadap perjalanan perniagaan menjadi rendah.12
Model keiretsu juga muncul di luar Jepun. Syarikat-syarikat tersebut di luar daripada
Jepun ini banyak digambarkan sebagai keiretsu seperti Virgin Group (Inggeris), Tata (India)
dan Cisco Systems (USA). Perikatan penerbangan seperti Oneworld dan Star Alliance juga
telah digambarkan sebagai keiretsu. Konglomerat Korea Selatan yang disebut Chaebol,
sering dibandingkan dengan keiretsu, tetapi kumpulan Chaebol jauh lebih mirip dengan
kumpulan Barat seperti General Electric atau praPerang Dunia Kedua Zaibatsu.13

11 Charles J. McMillan (Diterjemah Oleh Nazlifah Md. Ali), 1994, Sejarah Perindustrian Jepun,
Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur, Hal. 23 53.
12 Ibid.
13 http://www.sjsu.edu/faculty/watkins/keiretsu.htm.
5

FAKTOR PERKEMBANGAN DAN KEJAYAAN ZAIBATSU/KEIRETSU


1) Sistem Ie
Kepentingan kontemporari konsep IE mencerminkan banyak aspek kehidupan korporat
Jepun. Begitu juga dalam aspek perniagaan dan dengan itu masyarakat terbiasa untuk
mengguanakannya serta mempraktikkannya dalam kehidupan. Konsep IE sebenarnya lebih
merujuk kepada konsep budaya masyarakat Jepun. Namun demikian, dalam konteks ini
wujud keterkaitan yang amat ketara dalam bidang perniagaan dan zaibatsu itu sendiri.14
Ie merujuk kepada keluarga yang kemudiannya melahirkan Dozoku iaitu set keluarga. Ie
adalah hubungan bapa dan anak manakala Dozoku pula sebuah set keluarga atau masyarakat
yang wujud dalam sesebuah kampung. Dengan itu juga, lahir istilah Iemoto dimana hasil
interaksi sosial dalam perkampungan tersebut dianggap sebagai perhubungan sukarela.
Selepas itu, wujud pula sifat On iaitu satu penyataan tentang kewajipan atau terhutang budi.
Dengan keseluruhan itu, hadir istilah Oyabun-Kobun, bermaksud hubungan ibu, bapa,
pemilik, pelanggan dengan penuh rasa tangunggjawab.15
Daripada istilah-istilah tersebut, setiapnya mempunyai motif yang menggambarkan bahawa
seseorang itu harus berinteraksi atau bersifat sebagaimana mengikut istilah yang tersedia.
Hubungan yang wujud dengan konsep perniagaan Zaibatsu dapat dilihat khususnya dalam
konsep On, Oyabun-Kobun dan lain-lain. Konsep zaibatsu menggunakan istilah On dimana
sifat tanggungjawab dan hutang itu perlu ada pada seseorang ahli perniagaan. Walaupun
sesama keluarga, Oyabun-Kobun.16

14 Charles J. McMillan, Hal. 46 48.


15 Ibid.
6

2) Hubungan Perniagaan Dengan Kerajaan


Seperti semua negara kapitalis, Jepun mengamalkan ekonomi campuran. Peranan kerajaan
dalam mengaktifkan lagi perniagaan di Jepun sememangnya telah menjadi perhatian sama
ada pihak luar dan juga dalam Jepun itu sendiri. Hubungan kerajaan dan perniagaan telah
wujud sejak pemerintahan Tokugawa dan keadaan tersebut sentiasa berterusan sehinggalah
pada masa kini.
Zaibatsu-zaibatsu yang sebelum ini menjadi penyokong utama parti-parti politik Jepun telah
dipisahkan dengan parti tersebut. Sebagai contohnya, Mitsubishi yang menyokong Parti
Demokrat, Mitsui penyokong kepada parti Persatuan Sahabat Politik. Namun selepas perang
sokongan tersebut dihapuskan. Kemudiannya, selepas perang hubungan perniagaan atau
keiretsu dengan kerajaan telah dihidupkan semula.
Melalui Pertubuhan Keidanren, hubungan antara keduanya semakin besar kerana
terdapat pelbagai konglomerat ekonomi berada di bawah Keidanren. Antaranya Dewan
Perdagangan dan Industri Jepun dan Nikkeiran (Bidang Pendidikan). Keidanren ditubuhkan
pada tahun 1946, suatu kumpulan utama perusahaan bebas. Pertubuhan ini memiliki
kekuasaan dalam membuat keputusan dasar kerajaan. Terutamanya dalam penggubalan
polisis-polisi perniagaan. Dalam erti kata lain, Jepun adalah antara negara yang memiliki
pertubuhan atau persatuan yang sangat konservatif dalam melahirkan pendapat terhadap
kerajaan dan mampu mempengaruhi dasar-dasar yang akan digubal oleh kerajaan.17

3) Sistem Pengurusan dan Organisasi


Dari aspek ini dapat dilihat bahawa sistem pengurusan atau organisasi Zaibatsu itu
mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Antaraya dalam pengumpulan dana atau modal
bagi meluaskan dan memperkembangkan bidang perniagaan. Zaibatsu sememangnya
dikenali dengan sistem pengabungan syarikat-syarikat yang akhirnya menjadi satu entity
perniagaan yang besar. Dengan penggabungan tersebut, maka setiap keuntungan yang
16 W. Scott Morton dan J. Kenneth Olenik, 200, Japan : Its History and Culture (Edisi Keempat), New York :
McGraw Hill Inc, Hal. 96.

17 Charles J. MicMillan, op. cit., Hal. 54.


7

diperolehi akan bahagikan sama ada untuk masuk kedalam bidang perniagaan baru serta
berpotensi memberi keuntungan, dana yang terkumpul digunakan untuk membantu syarikatsyarikat yang berada di bawah kawalan pusat untuk bertambah efektif dan sebagainya.
Selain itu, walaupun zaibatsu/keiretsu mempunyai organisasi induk pusat, namun pembuat
keputusan atau autoriti dibahagi-bahagikan agar syarikat yang bernaung di bawahnya mampu
menjalankan pengurusan sendiri dan masalah membuat keputusan akan lebih cepat. Tetapi
dalam mengelakkan autoriti yang diberikan tidak disalah gunakan atau mungkin keputusan
yang dibuat tidak sesuai, pengurusan induk akan sentiasa membuat peyeliaan. Sistem
pengurusan zaibatsu ini bermula khususnya selepas perang dunia kedua. Dimana sebelum ini
autoriti dipegang oleh organisasi pusat, khususnya sebelum Perang Dunia Kedua.18

4) Kepakaran/Latihan Perniagaan
Dalam aspek ini, seperti yang diketahui zaibatsu akan menghantar pekerja-pekerja keluar
negara yang mempunyai kepakaran untuk menjalankan latihan. Sebagai contohnya,
menghantar pekerja-pekerjanya ke Jerman khususnya dalam meningkatkan bidang automotif
kerana Jerman mempunyai kepakaran automotif yang sangat tinggi dan antara negara terawal
mencipta automotif. Dapat dikatakan juga bahawa Jepun adalah negara asia yang terawal
menggunakan sistem ini dalam mengekalkan dan mengetahui kekurangan kepada bidang
yang mereka terajui. Selain itu, bagi meningkatkan prestasi perniagaan dan mendapatkan
sumber tenaga kerja mahir, zaibatsu akan menjalankan servey kepada setiap universitiuniversiti dan menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang mempunyai potensi.19

18 http://www.keiretsuforum.com/frontend/index.aspx
19 http://www.google.com.my/search?
hl=ms&q=keiretsu+economy&meta=&aq=f&aqi=&aql=&oq=&gs_rfai=
8

SEJARAH MITSUBISHI
Sebagai negara dengan ekonomi terkuat kedua di dunia, kemajuan Jepun turut disokong oleh
kewujudan perusahaan-perusahaan Jepun berskala internasional. Kebanyakan, perusahaan
tersebut menjadi besar dan terhasil bukan dengan cara spontan dan dalam waktu singkat,
melainkan kerana telah menjalani sejarah dan tradisi sejak lebih dari seratus tahun yang
lalu.Salah satu perusahaan tersebut adalah syarikat Mitsubishi.
Mitsubishi merupakan sebuah komuniti yang terdiri daripada pelbagai perusahaan
bebas (multitude of independent companies). Hampir semua nama perusahaan tersebut
memiliki unsur nama Mitsubishi, namun ada pula yang sebaliknya. Jumlah total anggota
kelompok Mitsubishi yang ada saat ini sekitar 400 perusahaan yang bergerak dalam berbagai
bidang di seluruh dunia. Perniagaan tersebut memiliki pengurusan yang tersendiri. Namun,
perusahaan-perusahaan ini memiliki prinsip, semangat dan profil perniagaan yang sama iaitu
tiga prinsip yang telah dibuat oleh Koyata Iwasaki (presiden keempat Mitsubishi yang
lama).20
Mitsubishi yang didirikan oleh Yataro Iwasaki pada tahun 1870, merupakan
perusahaan yang dikembangkan oleh keluarga Iwasaki. Beliau turut dibantu oleh ahli
keseluruhan keluarga seperti adik-beradik dan anak saudara dalam melebarkan sayap
perniagaan Mitsubishi kepada berbagai bidang. Pada awal penubuhannya, Mitsubishi
hanyalah merupakan perniagaan yang bergerak dalam bidang perkapalan dengan aset tiga

20 http://www.sjsu.edu/faculty/watkins/mitsubishi.htm
9

buah kapal wap. Namun ketika ini, Mitsubishi telah menjadi kelompok perniagaan raksasa
yang terdiri lebih dari 400 anggota perusahaan.21
Kewujudan Mitsubishi tidak dapat dilepaskan dari sejarah dan perkembangan sejarah
Moden Jepun, terutama sejak akhir Pemerintahan Tokugawa. Dengan kata lain, Mitsubishi
telah lahir sejak 139 tahun hingga kehari ini. J ika dilihat sejarah dan perkembangannya,
setelah Perang Dunia Kedua organisasi Mitsubishi sempat dibubarkan oleh Amerika Syarikat
kerana mempunyai kaitan dengan ketenteraan. Kemudiannya, Misubishi bergerak dalam
bentuk yang tidak memonopoli.22

Yataro Iwasaki
Yataro Iwasaki merupakan usahawan utama yang mendirikan Mitsubishi. Yataro pada
awalnya bekerja di pelabuhan di daerah Nagasaki sebagai anak kapal. Namun, pasca
Restorasi Meiji 1868, Osaka menggantikan posisi Nagasaki sebagai pelabuhan perdagangan
utama. Selain itu, pemerintahan Jepun yang baru melarang para anggota klan untuk
menjalankan perniagaan. Oleh itu, Yataro mengambil alih perusahaan perkapalan tersebut.
Pada tahun 1870, ia mendirikan perusahaan perkapalan sendiri dengan nama Tsukumo
Shokai, dengan aset tiga buah kapal wap. Perusahaan tersebut mula menggunakan nama
Mitsubishi pada Mac 1873 yang dimana pada ketika itu Yataro secara rasmi menjadi
pemimpinya. Simbol Mitsubishi melambangkan tiga berlian dan Mitsubishi merupakan
kombinasi dari kata mitsu dan hishi. Mitsu bererti tiga dan hishi bererti water chestnut yang
digunakan masyarakat Jepun untuk melambangkan bentuk berlian. Simbol tiga berlian yang
menjadi simbol Mitsubishi berasal dari three-leaf crest milik klan Tosa (tempat dimana
Yataro pertama kali bekerja) dan juga melambangkan three stacked rhombuses dari
keluarganya (Iwasaki).23

21 Ibid.
22 Ibid
23 http://www.mitsubishi.com/e/history/
10

Selama menjalankan perniagaannya, Yataro dipercayai telah melakukan banyak


perniagaan dan projek dari pemerintah Jepun yang baru, sehingga ia dapat mengembangkan
perusahaanya dengan membeli lebih banyak kapal serta mendapatkan subsidi daripada
pemerintah yang besar. Projek-projek tersebut antaranya menyediakan kapal untuk
membawa pasukan tentera Jepun ke Taiwan, serta pengangkutan persediaan dan peralatan
yang diperlukan oleh pemerintah. Sejak saat itu, Mitsubishi berkembang cepat. Dengan
adanya sokongan dari pemerintah, Yataro telah mengembangkan bidang syarikatnya kepada
bidang-bidang yang lain.24
Dalam perjalanan sejarah Mitsubishi, perusahaan milik Yataro mengalami banyak
perubahan nama, antaranya Mitsukawa Shokai, Mitsubishi Shokai, Mitsubishi Jokisen Kaisha
(Mitsubishi Steamship Company), serta Yubin Kisen Mitsubishi Kaisha (Mitsubishi Mail
Steamship Company). Mitsubishi Mail Steamship Company yang bergerak di bidang
pelayaran dan perdagangan ke China, menjadi perusahaan Jepun pertama yang membuka
melebarkan sayap perniagaan ke luar negera.25
Pada tahun 1880-an, terjadi perubahan angin politik dimana kuasa pemerintah yang
telah mendokong Mitsubishi menjadi lemah. Keadaan ini sangat memberikan pengaruh yang
besar kepada Mitsubishi. Pada tahun yang sama juga ada perusahaan yang bergerak di
bidang perkapalan, sehingga menjadi pesaing utama bagi Mitsubishi. Dengan adanya
persaingan ini, ianya hampir memusnahkan kedua-dua syarikat. Untuk mengatasinya,
digabungkan kedua-dua perniagaan tersebut. Namun, lapan bulan sebelum penggabungan
dilaksanakan, Yataro meninggal dunia akibat kanser perut pada tahun 1885.

Yanosuke Iwasaki
Setelah kematian Yataro, Yanosuke Iwasaki yang merupakan adik kandung Yataro,
menggantikannya sebagai presiden Mitsubishi. Sebagai tugas pertamanya, Yanosuke
bertanggungjawab untuk mengatasi krisis persaingan perniagaan yang sebelum ini tidak
sempat diselesaikan oleh Yataro. Pembentukan gabungan antara Mitsubishi dan pesaingnya
24 Ibid.
25 Ibid.
11

disokong oleh kerajaan pada tahun 1885 dan gabungan tersebut digelarkan sebagai Nippon
Yusen (kini NYK Line).26
Yanosuke membuatkan Mitsubishi semakin maju dan mantap dibawah kepimpinan
beliau hingga menjadi perusahaan yang sangat besar. Yanosuke telah melakukan pengalihan
fokus usaha Mitsubishi dari perniagaan di perairan kerana persiangan yang semakin tinggi
dan menerokai perniagaan lain.
Ia juga membentuk organisasi Mitsubishi sebagai perusahaan moden. Yanosuke
merancang untuk memodenkan kembali organisasi dalam bidang pengangkutan air dan
pembuatan kapal. Selain itu, Yanosuke juga memperluas perniagaan dalam bidang perbankan
dengan mengambil alih pengurusan The 119th National Bank (yang kemudian menjadi
Mitsubishi bank), insurans dan warehousing (Mitsubishi Logistics, Tokyo Warehouse).
Semua hal ini menjadi titik tolak bagi pertumbuhan dan perkembangan Mitsubishi pada masa
kemudiannya.27
Pada tahun 1890, ia membeli lapan puluh hektar tanah di Imperial Palace yang
dikenal sebagai Marunouchi. Marunouchi merupakan business street modern Jepun yang
pertama, sehingga dikatakan sebagai a block of London. Kerana prestasin tersebut, Yanosuke
diberikan jawatan dalam kerajaan. Ia mewakili komuniti perniagaan di Imperial Assembly,
dan atas sokongan dari perdana menteri, Yanosuke menjadi gabenor jeneral The Bank of
Japan. Yanosuke meninggal pada tahun 1908, ketika berumur lima puluh tujuh tahun.

Hisaya Iwasaki
Selepas Yanosuke meninggal dunia, anak kepada Yataro Iwasaki, Hisaya Iwasaki, menjadi
presiden Mitsubishi ke-tiga pada tahun 1893. Hisaya adalah lulusan dari luar negera, iaitu
the University of Pennsylvania. Beliau berperanan sebagai pemoden dan perancang
organisasi Mitsubishi dan meneruskan perniagaan yang telah diwujudkan oleh ayahnya.
Modernisasi tidak hanya dilakukan kepada kualiti produk yang sedia ada, tetapi juga kepada
26 Ibid.
27 http://www.mitsubishi-cars.co.uk/company/history.asp
12

penggunaan teknologi dan budaya korporat yang sangat berkait-rapat dengan perkembangan
industri Jepun dengan cepat demi mengejar barat.28
Beberapa perniagaan peribadi milik Hisaya turut dijadi sebahagian dari Mitsubishi.
Sebagai contoh, ia membeli perusahaan seperti Kobe Paper Mill (kini dikenali sebagai
Mitsubishi paper Mills), perusahaan batu serta tembaga yang diperlukan untuk menjalankan
industri, serta Osaka Refinery yang dimiliki oleh kerajaan pada awalnya untuk memproses
tembaga. Usaha dalam mengeksport produk mineral Mitsubishi ini menjadi sumber penting
bagi menjadi sumber dana Mitsubishi yang lebih banyak. Hisaya juga telah mendirikan
perbankan dan estet. Selain itu juga terdapat perniagaan yang berbentuk penyediaan ruang
pejabat di Tokyo atau ruang infrastruktur.29
Bagi bidang perkapalan yang menjadi perniagaan awal Mitsubishi, Hisaya
melebarkan usaha ini dengan menyuntikkan dana untuk memoden dan melebarkan Nagasaki
Shipyard dengan membuka dua cabang di Kobe dan Shimonoseki. Usaha tersebut
menjadikan Mitsubishi sebagai perusahaan swasta dalam sektor pembuatan perkapalan
terbesar di Jepun. Hisaya juga sangat aktif dalam menjalani industri yang baru seperti produk
makanan dan minuman. Ia memulakan usaha produk tersebut dengan minuman coke, yang
merupakan perusahaan pertama yang berbentuk karbon kimia dan di luar negera Mitsubishi
mendirikan steel plant di Korea Utara.
Hisaya menjadi pelopor dalam mendirikan Kirin Brewery dan membantu sepupunya,
Toshiya Iwasaki untuk mendirikan Asahi Glass yang merupakan perusahaan Jepun pertama
yang berjaya dalam industri plate glass. Kemudian, demi mengembangkan perusahaan yang
dipimpinnya, Hisaya melakukan kajian dan penelitian mengenai prinsip-prinsip atau kod
etika dalam proses perjanjian perniagaan. Beliau juga berjasa pada Tokyo dengan mendirikan
taman iaitu taman Rikugien dan Kiyosumi Teien. Selain itu, Hisaya mendirikan Toyo Bunko,
sebuah perpustakaan.
Pada tahun 1916, kedudukannya sebagai presiden Mitsubishi diganti oleh Koyata
Iwasaki, anak kepada Yanosuke Iwasaki. Setelah itu, Hisaya menumpukan perhatian pada
perniagaan peribadinya dalam bidang pertanian dan cattle projects yang tersebar di Korea,
28 http://www.mitsubishi.com/e/history/series/hisaya/
29 Ibid.
13

Taiwan, Sumatra, Semenanjung Malaya, Brazil dan tempat-temat lainnya. Pada akhirnya,
Hisaya kehilangan hampir semua kekayaan pribadinya kerana keruntuhan Zaibatsu dan
industri di Jepun setelah Perang Dunia Kedua. Beliau kemudiannya menetap di Suehiro
Farm hingga meninggal pada tahun 1955.30

Koyata Iwasaki
Seperti yang telah disebutkan sebelumnya, Koyata Iwasaki menggantikan Hisaya pada tahun
1916, sebagai presiden keempat sekaligus terakhir dari Mitsubishi khususnya sebelum
pemansuhan Zaibatsu. Koyata juga memiliki pendidikan dari luar negera iaitu University of
Cambridge. Ia memimpin organisasi Mitsubishi selama 29 tahun dan turut memainkan
peranan yang penting dalam membentuk perkembangan industri di Jepun.31
Koyata membawa Mitsubishi sebagai public share company dan menjadikannya
sebagai perusahaan raksasa yang berfokus pada heavy and chemical industries, yang
mengembangkan perniagaan automotif dan lain-lainnya. Koyata juga berperanan sebagai
penggubal prinsip-prinsip perniagaan Mitsubishi yang menjadi panduan bagi perusahaan
Mitsubishi hingga saat ini. Di bawah kepimpinannya, Mitsubishi menjadi antara kelompok
syarikat yang terdiri daripada tujuh puluh cabang perusahaan di bawah payung Mitsubishi.32
Koyata telah memperbagaikan perniagaan Mitsubishi sehingga menjadikannya
kumpulan perniagaan yang berukuran skala besar. Dengan adanya pengurusan yang baik,
memberikan kesempatan pada kumpulan ini untuk lebih tumbuh dan berkembang.
Perkembangan industri juga sangat cepat terjadi di Jepun ketika Eropah memasuki era
Perang Dunia Pertama yang memerlukan industri berat dan kimia. Oleh yang demikian,
Mitsubishi menjadi pemimpin dalam industri-industri mesin elektronik, aircraft, oil refining,
chemicals, dan steel making. Mitsubishi juga sangat aktif dalam perniagaan internasional.
Koyota menganggap bahwa belajar dari negara lain adalah sangat penting. Di bawah
30 Ibid.
31 http://www.mitsubishi.com/e/history/series/koyata/index.html
32 Ibid.
14

kepemimpinannya, Mitsubishi mengasimilasikan teknologi, perbankan serta sistem


pengurusan dari perniagaan terbaik di dunia. Ia juga menjalin hubungan perniagaan dengan
berbagai perusahaan di seluruh dunia. Mitsubishi turut megambil teknologi yang diimport
dari luar, kemudian menghasilkan teknologi baru yang original. Keunggulan teknologi ini
menjadi kekuatan utama bagi Mitsubishi.33
Setelah melalui perjalanan yang jauh bagi Mitsubishi, Koyata menyedari bahawa
dengan mengurangkan kawalan langsung dari keluarga Iwasaki pada Mitsubishi dapat
membantu perkembangan organisasi ini. Beliau mula menjualkan saham-saham Mitsubishi
kepada umum. Dengan itu, hampir semua saham Mitsubishi lebih banyak dipegang oleh
umum berbanding dengan ahli keluarga Iwasaki.
Sistem pemgurusan yang digunakan oleh Koyata merupakan gabungan permintaan
kerajaan dengan idealisme barat. Kemudian, beliau mencipta tiga prinsip perniagaan yang
amat penting dalam perjalanan kumpulannya dan menjadi dasar semangat serta nilai-nilai
Mitsubishi. Prinsip ini disebut Sankoryo, dicipta pada tahun 1930an. Iaitu ;
1. Shoki Hoko ; corporate responsibility to society
2. Shoji Komei ; integrity and fairness.
3. Ritsugyo Boeki ; international understanding through trade (an international
perspective)34

Sejarah Mitsubishi Pasca Perang Dunia Kedua Hingga Kini


Dengan berakhirnya Perang Dunia kedua, peguasaan keluarga Iwasaki dalam sejarah
Mitsubishi terpaksa berakhir. Pasukan Amerika Syarikat yang memenangi perang
menginginkan kelompok industri besar Jepun yang dijalankan oleh keluarga Zaibatsu
dibubarkan. Koyata sememangnya telah menolak dan membantah pemansuhan tersebut,

33 Ibid.
34 Ibid.
15

namun beliau telah meninggal pada Desember 1945. Mitsubishi dibubarkan pada 30
September 1946 dan kumpulan Mitsubishi berpecah menjadi perusahaan yang lebih kecil.35
Apabila Dibubarkan Mitsubishi, turut membuat Mitsubishi holding company lenyap
daripada ekonomi Jepun kumpulan perusahaan ini telah terbahagi menjadi ratusan perniagaan
yang bebas. Kebanyakan bekas kumpulan Mitsubishi tersebut dilarang menggunakan nama
dan simbol perusahaan Mitsubishi, terutamanya selama berada di bawah penguasaan Amerika
Syarikat. Namun begitu, setelah disahkan oleh The San Fransisco Peace Treaty tahun 1952,
Jepun mendapatkan kembali tempatnya dalam komuniti perniagaan antarabangsa, yang
bererti industri dan perniagaan yang ada diberi kesempatan untuk bangkit kembali.
Tahun 1954, lebih dari 100 perniagaan yang sebelum ini menjadi kumpulan
Mitsubishi corporation, bergabung untuk membangun kembali perniagaan tersebut.
Komponen-komponen perusahaan utama dari Mitsubishi Heavy Industries bergabung
kembali pada 1964. Selain itu, Mitsubishi yang namanya dilarang setelah perang, telah mula
menggunakan nama dan simbol tiga berlian.36
Jepun berjaya membangunkan kembali ekonomiannya pasca Perang Dunia Kedua
pada tahun 1950-1960an, keadaan tersebut berlaku kerana wujudnya kumpulan-kumpulan
Zaibatsu dan telah bertukar menjadi Keiretsu, termasuk Mitsubishi. Hingga saat ini,
Mitsubishi corporations tetap berjaya dalam membangunkan ekonomi Jepun. Serta syarikatsyarikat yang ada dibawah naungannya terus berjalan, bahkan menjadi peneraju bagi
beberapa bidang industri di dunia.37

35 http://www.slideshare.net/kaichew/tajuk-4-pembangunan-ekonomi-presentation
36 http://www.mitsubishicorp.com/
37 Ibid.
16

PENUTUP
Kesimpulannya, zaibatsu atau keiretsu mampu berjaya sehingga kehari ini kerana mempunyai
satu sistem pengurusan dan organisasi yang sangat efektif. Dalam pada itu juga ianya
memiliki cara mengumpulkan modal yang mudah dan kepakaran juga sentiasa dikekalkan.
Daripada itu juga, perkara yang menjadi aspek utama kepada zaibatsu adalah budaya
perniagaan atau kerja yang sangat professional sehingga menjadikannya satu entiti
perniagaan yang terkenal di seluruh dunia seperti Mitsubishi pada hari ini.

17

BIBLIOGRAFI

Abu Talib Ahmad, 2005, Tamadun Jepun, Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur
http://en.wikipedia.org/wiki/Zaibatsu.
Joginder Singh Jessy (disunting oleh Ghazali Basri), 1978, Sejarah China dan Jepun, Kuala Lumpur :
Anthonian Sdn. Bhd., Hal. 157-158.

18

http://www2.tganu.uitm.edu.my/upena/.../01.SEJARAH%20FIRMA%20JEPUN.doc.

19

You might also like