Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Analisis laporan TIMSS 2011 dan

pencapaian Malaysia
January 29, 2013

Malaysia kini berada di persimpangan di antara standard pendidikan


nasional dan standard pendidikan antarabangsa.

(Bahagian 1)
Oleh Zul Fikri Zamir dan Anas Alam Faizli
Seorang ahli akademik dari Brazil telah berjaya membawa satu pembaharuan
kepada konsep pedagogi kritis. Paulo Freire gigih menyangkal konsep
pendidikan ala-ala simpanan di bank yang menurutnya pelajar dilihat seperti
akaun kosong yang akan di isi oleh cikgu.
Pelajar cuba dipenuhi dengan maklumat. Ini bukan pendidikan tetapi storan
maklumat! Freire mencadangkan hubungan dua hala yang rapat di antara guru
dan pelajar dimana kedua-duanya saling lengkap melengkapi. Beliau
menekankan bahawa guru seharusnya mengajar dan juga belajar dari pelajar;
manakala pelajar pula belajar dan juga mengajar kembali guru mereka.
Sebagai sebuah negara membangun dengan iklim budaya dan bangsa yang
pelbagai, Malaysia kini berada di persimpangan di antara standard pendidikan
nasional dan standard pendidikan antarabangsa.
Pertama, perlukah negara unik seperti Malaysia melihat kepada model luar
seperti Finland ataupun Korea Selatan dan kedua, adakah model-model tersebut
sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia? Malah model Finland dan Korea Selatan
adalah jauh berbeza dari satu ekstrim pendidikan bebas dan terbuka kepada
pendidikan tertutup dan berstruktur. Jadi bagaimanakah ia boleh disesuaikan
untuk konteks Malaysia?
Dalam hal ini kami sependapat dengan pandangan Malek Bennabi (1905-1973)
sebagaimana dinukilkan di dalam makalahnya Asas Pendidikan Sosial iaitu;
Sebenarnya adalah satu kerugian sekiranya menolak untuk mendapat panduan
daripada pengalaman orang lain atau mendapat faedah daripada kejayaan

mereka. Bagaimanapun mana-mana peminjaman mestilah disesuaikan dengan


dasar budaya dan asas sosial negeri yang meminjam itu. Lebih menarik beliau
meneruskan; Dengan kata lain, kita sendiri mestilah mencipta dalam negara kita
syarat dan keadaan yang perlu untuk menggunakan mana-mana penyelesaian
yang difikirkan untuk masalah sosial kita.
Malaysia muncul corot di dalam tiga kajian yang dilakukan oleh indeks-indeks
antarabangsa. UN Education Index meletakkan Malaysia di kedudukan 98
daripada 181 negara. Manakala kajian Programme for International Student
Assessment (PISA) pula mengukur kadar literasi pelajar-pelajar berumur 15
tahun terutamanya Matematik, Sains dan kadar kebolehan membaca. Di
samping itu PISA turut menguji kebolehan pelajar menyelesaikan masalah
secara kritis berbanding menghafal. Malaysia corot di tangga 55 daripada 74.
Belum sempat bernafas muncul pula keputusan kajian Trends in Mathematics
and Science Study (TIMSS) 2011 yang telah menunjukkan penurunan prestasi
Matematik dan Sains mendadak sepanjang empat kali penilaian daripada tahun
1999.
Laporan TIMMS 2011 ini juga mendedahkan trend kejatuhan kedudukan
Malaysia untuk subjek Matematik iaitu 16 (1999), 10 (2003), 20 (2007), dan 26
(2011) sementara subjek Sains pula ialah 22 (1999), 20 (2003), 21 (2007), dan
32 (2011). Begitu juga dengan trend kejatuhan markah purata bagi subjek
Matematik iaitu 519 (1999), 508 (2003), 474(2007) ke 440 (2011); jatuh 79 mata
sementara subjek Sains iaitu 492 (1999), 501 (2003), 471 (2007) ke 426 (2011);
jatuh 66 mata dengan penilaian markah di bawah 500 dikira sebagai prestasi
corot.
Walaupun begitu hairannya, Gred Purata Nasional (GPN) untuk peperiksaan
PMR meningkat ketara untuk 5 tahun yang lalu iaitu 2.83 pada 2008, 2.78 pada
2009, 2.74 pada 2010 dan terbaru 2.71 pada 2011. Lebih spesifik, bilangan
pelajar yang mendapat A di dalam Matematik meningkat dari 26.7 peratus pada
2010 kepada 28.9 peratus pada 2011 manakala untuk subjek Sains pula
meningkat dari 18.5 peratus dari 2010 kepada 21.7 peratus pada 2011. Untuk
peperiksaan SPM pula, pencapaian 2011 dikatakan pencapaian terbaik dalam
masa 5 tahun dengan peningkatan GPN meningkat dari 5.19 pada 2010 kepada
5.04 pada 2011.
Apakah yang telah berlaku?
Analisis Awal
Kami melihat masalah teknikal seperti penguasaan gaya bahasa Inggeris dalam
TIMSS, penyelarasan perbezaan masa untuk menjawab peperiksaan dan
penyusunan soalan yang lebih rawak berbanding kertas peperiksaan Malaysia
mempengaruhi pencapaian negara di peringkat global. Trend yang semakin corot
ini jelas menunjukkan masalah yang lebih besar dari itu. Setelah melakukan
penilaian dan perbandingan ringkas sampel-sampel soalan kami simpulkan
beberapa perkara yang mungkin boleh menyebabkan perbezaan ini:
Pertama; sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia berlandaskan sistem
peperiksaan. Pengajaran disediakan untuk peperiksaan terutamanya PMR dan
UPSR. Maka dengan mudahnya pelajar yang mendapat keputusan cemerlang

diberi fokus lebih dan malangnya pemantauan keatas pelajar-pelajar corot secara
sengaja atau tidak, dijadikan prioriti kedua.
Kedua; kaedah persampelan TIMSS dan PISA adalah secara rawak maka
keputusannya akan mewakili kedua-dua pelajar cemerlang dan juga pelajar
corot. Malaysia mempunyai jurang yang luas di antara pelajar paling cemerlang
dan paling corot. Maka secara relatifnya ini menyebabkan keputusan Malaysia
dalam TIMSS dan PISA corot berbanding keputusan hebat PMR dan UPSR.
Ketiga; soalan-soalan PMR dan UPSR tidak dinafikan telah diterapkan elemenelemen penyelesaian masalah dengan kritis seperti KBKK, tetapi peratus soalansoalan sedemikian hanya sedikit. Hal ini membenarkan pelajar-pelajar
menggarap markah sepenuhnya melalui soalan-soalan awal yang hanya
memerlukankan penghafalan fakta dan sebagainya. Sub-soalan KBKK yang lebih
mendalam di penghujung soalan utama boleh diabaikan atau ditinggalkan tanpa
menjejaskan markah keseluruhan pelajar ataupun menggagalkan pelajar.
Keempat; kebanyakan soalan PMR dan SPM kerap disusun dengan cara yang
begitu predictable melalui penghafalan topik dan subtopik. Tusyen berbayar
juga membantu murid menghafal jawapan berdasarkan ramalan soalan. Murid
yang dapat mengahafal set jawapan paling banyak akan memperoleh keputusan
lebih cemerlang. Amalan pusat tusyen ini kemudian dibantu bengkel menjawab
soalan berbayar yang kemudian juga berfungsi untuk membantu murid
menghafal set-set jawapan yang telah ditentukan. Bezanya, pelajar kita tidak
dilatih untuk menjawab soalan TIMSS dan PISA di mana aras soalannya
berbentuk analisis dan sintesis, tetapi setakat PMR dan SPM yang arasnya
hanyalah kefahaman dan aplikasi.
Kelima; standard soalan-soalan PMR dan SPM tidaklah begitu jauh ketinggalan
berbanding soalan-soalan PISA dan TIMSS. Justeru itu sepatutnya jika pelajar
kita corot di PISA dan TIMSS maka logiknya tidak akan mendapat keputusan
cemerlang di dalam PMR dan SPM. Jadi, adakah gred PMR dan SPM telah
direndahkan untuk menunjukkan keputusan yang cemerlang?
Secara keseluruhannya, kami melihat pencapaian ini berkadar terus dengan
usaha berterusan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
membantu menaikkan prestasi murid-murid berkeperluan khas yang terdiri
daripada murid kelas corot, anak miskin, anak yatim, minoroti dan orang asli.
Malangnya di dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM 2013-2025), isu murid berkeperluan khas sebegini hanya disebut di
dalam bab 3 iaitu prestasi semasa, kualiti pendidikan dan ekuiti dalam pendidikan
tetapi tidak disentuh di dalam bab 8 iaitu pelaksanaan dan pelan tindakan. Kami
percaya jika fokus utama pencapaian nasional dengan meletakkan peningkatan
prestasi murid berkeperluan khas sebegini sebagai tanda aras, prestasi
pencapaian nasional akan meningkat dengan seiring.
Lebih malang juga jika pendidikan terus berorientasikan peperiksaan, tidak
dinamik serta tidak berteraskan perkembangan ilmu untuk menghasilkan
pemikiran kritis.

1. KSSR / KSSM
Elemen baharu, iaitu inovasi dan kreativiti dengan subjek keusahawanan dan
teknologi maklumat komunikasi (ICT). KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)
diperkenalkan pada tahun Januari 2011 dan akan diteruskan dengan KSSM
(Kurikulum Standard Sekolah Menengah) pada tahun 2017.

2. i-Think
Kerjasama antara KPM dengan Agensi Inovasi Malaysia. Kaedah pembelajaran dengan menggunakan 8
Peta Pemikiran. Dirintis pada tahun 2012 di 10 buah sekolah, dan dilaksanakan di seluruh Malaysia
pada 2014.

3. Kajian Susulan
KPM menjalankan kajian kes di sekolah yang mendapat keputusan yang cemerlang
pada Ujian PISA 2009. Hasil dapatan daripada kajian kes tersebut akan dikongsikan
sebagai amalan terbaik pengajaran.

4. PPPM
Hasil kajian PISA dan TIMSS juga menjadi input utama dalam merangka Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini kerana PISA dan TIMSS merupakan
penandaaras kepada pencapaian pelajar seluruh dunia dalam penguasaan
Matematik, Sains dan Membaca.
Peperiksaan peringkat sekolah dan kebangsaan akan diubahsuai dengan
menambahkan bilangan soalan aras tinggi yang menggunakan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT).

5. Task Force TIMSS dan PISA


Pasukan khas ini ditubuhkan bagi memberi tumpuan dalam
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid dan guru.

Mudah-mudahan artikel mengenai PISA dan TIMSS ini, mampu memberi ruang kepada kita untuk
memahami dan menilai semula rasional di sebalik transformasi pendidikan yang sedang dilakukan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

TIMSS dan PISA


TIMSS

TIMSS dimulakan pada tahun 1995 dan berlangsung sehingga hari


ini. TIMSS akan dijalankan setiap 4 tahun dan penyertaan bagi setiap
tahun berubah bergantung kepada kesanggupan dan kemahuan sesebuah

negara untuk mengambil bahagian. Malaysia tidak mengambil bahagian


pada tahun yang pertama iaitu tahun 1995 tetapi mula mengambil
bahagian pada tahun yang kedua, 1999 dengan pelajar dari gred 8 atau
Tingkatan 2. Semasa TIMSS mula dijalankan di Malaysia, negara kita tidak
menghantar bagi menguji pelajar gred 4 kita atas faktor-faktor tententu.
150 buah sekolah diserata pelusuk semenanjung dan Sabah serta Sarawak
dipilih secara rawak bagi memastikan ujian dapat dijalankan secara adil
Menurut laman web rasmi TIMSS tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk
mengukur prestasi pencapaian matematik dan sains para pelajar dari Gred
4 dan Gred 8(Tingkatan 2) di peringkat antarabangsa. Objektif lainya
adalah untuk membuat penilaian pencapaian pelajar antarabangsa
bertujuan untuk meningkatkan pengajaran dalam matematik dan sains
TIMSS mementingkan keadilan dan kebolehpercayaan sistem
ujian mereka yang dijalankan disemua negara yang terlibat. Sudah pastu
IEA mempunyai sebuah sistem dan cara pemilihan sampel yang sesuai.
Jika di Malaysia populasi yang dipilih adalah murid tingkatan2 disemua
jenis sekolah di bawah KPM. IEA menggunakan teknik Stratified Multi
Stage Cluster Sampling yang membuat pemilihan sekolah yang menyertai
disaring dengan beberapa kriteria. Beberapa saringan dibuat yang
mengambil kira kawasan( semenanjung utara, barat, selatan dan barat),
sekolah bandar, luar bandar, dan jenis-jenis sekolah. Pemilihan sampel
murid pula diambil secara rawak. Sebuah kelas dipilih dari satu tingkatan
didalam sekolah tersebut untuk menjalani ujian. Pihak KPM tidak boleh
terlibat secara langsung didalam pemilihan sekolah bagi mengelakkan
berlaku pemilihan yang tidak adil.
Selain cara pemilihan sampel, cara pengujian dan instrumen
ujian perlu dijalankan dengan secara adil dan teliti. IEA menggunakan
beberapa instrumen didalam TIMSS iaitu buku ujian, soal selidik murid,
soal selidik guru dan soal selidik sekolah.. Buku ujian yang dibina
mengandungi 12 jenis yang berlainan tetapi setara tahapnya. Buku ujian
disediakan oleh panel pakar dari seluruh dunia dan berbentuk aneka
pilihan dan terbuka. Ia juga disediakan dalam dwi-bahasa , Bahasa Inggeri
dan Bahasa Malaysia bagi memudahkan pelajar yang diuji menjawab
soalan yang disediakan. Setiap negara yang mempunyai bahasa rasmi
mereka selain dari bahasa inggeris juga akan disediakan dwi-bahasa. Soal
sedlidik pula terbahagi kepada soal selidik murid, guru dan sekolah. Soal
selidik murid menekankan tentang sikap dan konsep kendiri murid
terhadap matematik dan sains, harapan ibu bapa dan aktivit murid
didalam dan diluar sekolah.. Soal selidik guru matematik pula ditanya
tentang latar belakang guru tersebut dan proses pengajaran dan
pembelajarannya didalam kelas. Selain itu, pihak sekolah juga diberi
boring soal selidik yang menekankan bilangan staf, enrolmen, peralatan,
kemudahan sekolah dan jumlah masa pengajaran.

Jadual 1 dibawah menunjukkan Benchmark atau tahap yang


disediakan IEA untuk menilai tahap sesebuah negara. Benchmark
tersebut terbahagi kepada 4 kategori Low, Intermediate, High dan
Advance Benchmark. Untuk kelas yang terendah pelajar hanya
mempunyai asas sedikit tentang asas pengetahuan matematik. Bagi kelas
sederhana pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan yang mereka
belajar dan bagi kategori tinggi pelajar dapat mengaplikasikan
kefahamana dan pengetahuan dalam pelbagai situasi yang lebih
kompleks. Bagi benchmark yang tertinggi pelajar sudah boleh
mengorganisasikan dan membuat kesimpulan serta menyelesaikan soalan
bukan rutin.
Low
International
Benchmark

Intermediate
International
Benchmark

High International

Advanced

Benchmark

International
Benchmark

(400)

(475)

(550)

(625)

Gred 4
Pelajar
mempunyai
sedikit
pengetahuan
asas
Matematik.

Pelajar boleh
Pelajar boleh
mengaplikasikan
mengaplikasikan
pengetahuan asas
pengetahuan dan
Matematik dalam
kefahaman dalam
soalan yang mudah. menjawab soalan.

Pelajar dapat
mengaplikasikan
kefahaman dan
pengetahuan dalam
pelbagai konteks
soalan yang kompleks
dan dapat
menjelaskan setiap
jawapan yang
diberikan.

Gred 8
Pelajar
mempunyai
sedikit
pengetahuan
mengenai
nombor bulat
dan titik
perpuluhan,
operasi dan
graf asas.

Pelajar dapat
Pelajar dapat
Pelajar boleh
mengaplikasikan
mengaplikasikan
mengorganisasikan
pengetahuan asas
kefahaman dan
dan membuat
Matematik dalam pengetahuan dalam kesimpulan daripada
soalan yang mudah. pelbagai konteks
maklumat, membuat
situasi yang
generalisasi dan
kompleks.
menyelesaikan soalan
bukan rutin.

Jadual 1

Bagi memastikan keadilan dan kebolehpercayaan ujian ini pihak IEA


merangka pentaksiran berdasarkan dua domain. Domain yang pertama
adalah domain kandungan. Domain kandungan dibahagikan kepada
nombor 30%, algebra 30%, geometri 20% dan data and chance 20%.
Seterusnya domain kognitif pula terbahagi kepada pengetahuan 35%,
aplikasi 40% dan penaakulan 25%. Domain kognitif yang paling tinggi
adalah aplikasi. Pelajar di Malaysia hanya mahir pengetahuan tetapi tidak
menguasai aplikasi pengetahuan itu.

PISA

PISA dianjurkan oleh satu pertubuhan negara-negara maju dan


membangun iaitu Organisation for Economic Cooperation and
Development (OECD) yang bertujuan mengukur pencapaian murid
berumur 15 tahun ke atas dalam domain literasi matematik, literasi sains
dan juga literasi bacaan untuk menilai pengetahuan dan kemahiran
remaja untuk menjadi ahli masyarakat yang berjaya. Pada asalnya OECD
ditubuhkan untuk mentadbir rancangan penstrukturan semula negara
Eropah selepas Perang Dunia Kedua. PISA dilakukan atas desakan negaranegara ahli untuk mendapatkan data yang relevan dan boleh dipercayai
tentang pengetahuan dan kemahiran pelajar serta system pendidikan
negara mereka.

Pada pertengahan tahun 1990, OECD mula merancang


pembentukan PISA dan kemudiannya dirasmikan pada tahun 1997.
Namun begitu, pelaksanaan PISA buat pertama kalinya diadakan pada
tahun 2000. Tempoh pelaksanaan PISA adalah selang tiga tahun sekali
bermula pada tahun 2000 dan diikuti tahun 2003, 2006, 2009 dan 2012.
Malaysia mula menyertai PISA pada tahun 2009 iaitu tahun keempat
pelaksanaannya. Pada PISA 2015 yang bakal dijalankan pada bulan Jun
2015 ini merupakan penyertaan Malaysia buat kali ketiga. Ketika PISA
pertama kali diadakan, sebanyak 43 negara telah mengambil bahagian
antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Korea Selatan,
Jepun dan juga beberapa negara lain.

PISA ditaja, ditadbir dan diselaraskan oleh OECD manakala reka


bentuk ujian, pelaksanaan dan analisis data diwakilkan kepada konsortium
antarabangsa di institusi penyelidikan dan pendidikan yang diterajui oleh
Majlis Penyelidikan Pendidikan Australia (ACER). Tugas umum ACER ialah

membangunkan dan melaksanakan prosedur persampelan dan memantau


hasil pensampelan di seluruh negara. Selain itu, instrumen penilaian PISA
juga dibina dan ditapis oleh ACER. Di samping itu, ACER telah
membangunkan sebuah perisian yang dikenali sebagai KeyQuest untuk
membantu pensampelan dan perolehan serta penganalisisan data.
OECD berpendapat bahawa PISA merupakan satu kaedah ujian
yang sangat unik. Hal ini demikian kerana PISA memberi manfaat daripada
ciri-cirinya yang bersifat universal iaitu dilakukan di hampir seluruh negara
di dunia dan kekerapan pelaksanaannya. Terdapat lebih daripada 70 buah
negara di dunia yang mengambil bahagian dalam pelaksanaan PISA
setakat ini dan kaji selidik yang diberi setiap tiga tahun membolehkan
setiap negara untuk mengesan kemajuan mereka dalam memenuhi
matlamat utama pembelajaran. PISA juga adalah satu-satunya kajian
pendidikan antarabangsa untuk mengukur pengetahuan dan kemahiran
daripada remaja yang berumur 15 tahun iaitu usia pelajar di kebanyakan
negara yang sudah hampir kepada penghujung tahun wajib persekolahan.

Di Malaysia, sampel kajian dipilih dalam kalangan murid yang


berumur 15 tahun ke atas di semua jenis sekolah di seluruh Malaysia.
Kaedah pemilihan sampel sekolah adalah dengan menggunakan
kaedah Stratified Multi Stage Cluster Sampling. Melalui kaedah pemilihan
ini, sebanyak 150 buah sekolah dipilih secara rawak dan kebarangkalian
untuk setiap negara menghantar semua sampel yang terdiri daripada
sekolah yang cemerlang adalah sangat tipis. Oleh yang demikian, satu
sampel yang mempunyai kepelbagaian sama ada dari segi latar belakang
sekolah atau latar belakang sosioekonomi dapat dihasilkan sekaligus
menjadikan penilaian prestasi antara negara lebih berkesan. Untuk sampel
murid pula, sebanyak 35 orang murid dipilih secara rawak dengan
menggunakan aplikasi yang dibangunkan oleh ACER iaitu aplikasi
KeyQuest.

Keunikan PISA juga dapat dilihat daripada pemeriksaan


penguasaan kurikulum tertentu di sekolah yang menilai keupayaan pelajar
untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajian
utama dan menganalisis, menjelaskan dan berkomunikasi dengan
berkesan di samping mereka meneliti, mentafsir dan juga menyelesaikan
masalah. Selain itu, pelajar tidak boleh mempelajari kesemua perkara
yang mereka perlu tahu hanya di sekolah. Dalam usaha untuk menjadi
pelajar yang mengamalkan kaedah pembelajaran sepanjang hayat
(lifelong learners) yang berkesan, pelajar bukan hanya memerlukan
pengetahuan dan kemahiran tetapi juga kesedaran yang tinggi tentang
tujuan dan kaedah mereka belajar. Oleh yang demikian PISA menguji dan

menilai prestasi pelajar di dalam literasi bacaan, literasi Matematik dan


juga literasi Sains di samping memupuk pelajar tentang motivasi dalam
diri mereka, kepercayaan kepada diri sendiri dan juga strategi
pembelajaran.

Sehingga kini, PISA telah menjalankan ujian menggunakan kaedah


pensel dan kertas ujian (pencil-and-paper tests). Soalan ujian terdiri
daripada kedua-dua bentuk iaitu soalan objektif dan soalan yang
memerlukan pelajar untuk membina jawapan mereka sendiri. Bentukbentuk soalan selalunya terdiri daripada beberapa potong ayat yang
disertakan dengan gambar, graf atau jadual yang menyatakan situasi
kehidupan sebenar. Setiap pelajar menduduki ujian selama dua jam
tempohnya. Pada tahun 2009 dan 2012, hanya beberapa negara telah
memilih untuk menumpukan masa untuk penilaian berasaskan komputer
manakala pada tahun 2015 pelaksanaan PISA juga akan melibatkan
simulasi ujian berkomputer tanpa ada pengecualian.

Untuk pemilihan soalan PISA, semua negara peserta dijemput


untuk mengemukakan soalan kepada kontraktor atau lebih dikenali
sebagai konsortium antarabangsa. Di samping itu, konsortium
antarabangsa juga turut menulis beberapa soalan dalam masa yang sama.
Kemudiannya, soalan-soalan yang dikemukakan akan dikaji semula oleh
konsortium antarabangsa untuk memastikan soalan tidak bias kepada
sesuatu negara. Pemilihan dan penentuan soalan PISA dilakukan atas
dasar sebuat suara dan akan digunakan dalam PISA. Seterusnya, soalan
yang telah dipilih akan dijalankan secara percubaan bagi untuk
mengenalpasti sama ada terdapat soalan yang terlalu sukar atau terlalu
mudah bagi sesebuah negara. Sekiranya terdapat soalan yang terlalu
sukar atau terlalu mudah, ACER bertanggungjawab menggugurkan
daripada ujian PISA sebenar.

Instrumen kajian PISA terdiri daripada empat perkara iaitu ujian


bertulis, soal selidik murid, ujian berkomputer dan juga soal selidik
pengetua. Bagi ujian bertulis, masa diperuntukkan kepada pelajar adalah
selama 2 jam untuk menjawab soalan yang terdiri daripada item-item
aneka pilihan dan juga soalan terbuka. Item-item tersebut disusun dalam
kumpulan berdasarkan teks yang menggambarkan situasi dalam
kehidupan sebenar. Ujian berkomputer pula merangkumi sebanyak 18
hingga 20 soalan berbentuk penyelesaian masalah. Murid akan
menggunakan komputer untuk membuat simulasi sebelum menjawab
soalan PISA. Soal selidik murid dilakukan untuk mengkaji latar belakang

murid, persepsi dan juga sikap murid terhadap subjek Sains, Matematik
dan juga kemahiran membaca. Selain itu, soal selidik ini juga menilai
tahap motivasi dan amalan strategi pembelajaran murid. Soal selidik
pengetua
pula
bertujuan
mengumpul
maklumat
berkenaan
sekolah.Maklumat soal selidik membantu negara untuk melihat perkaitan
antara keputusan PISA dengan faktor yang mempengaruhinya seperti
jantina, perpindahan sekolah, latar belakang sosioekonomi, sikap pelajar
tentang sekolah dan pendekatan pembelajaran yang digunakan.

Setiap negara peserta mesti menyediakan sampel sekurangkurangnya 5000 pelajar. Namun begitu, sekiranya negara tersebut
mempunyai bilangan penduduk yang sedikit, maka keseluruhan kohort
akan diuji manakala bagi negara yang mempunyai bilangan penduduk
yang ramai, maka sampel lebih besar diperlukan untuk perbandingan
antara wilayah. Untuk penskalaan data pula, markah diskalakan supaya
purata setiap domain adalah 500 dan sisihan piawai adalah 100. ACER
telah melantik beberapa orang penanda ujian PISA yang ditauliahkan bagi
setiap negara untuk menanda skrip jawapan PISA menggunakan panduan
yang telah ditetapkan oleh pakar PISA. Penandaan skrip disilang periksa
oleh pakar lain bagi meminimumkan kesalahan yang dilakukan ketika
melakukan penandaan. Data akhir akan dihantar ke OECD untuk
menentukan kedudukan PISA bagi negara yang mengambil bahagian.

PISA tidak diberikan markah secara kolektif sebaliknya markah


diberi untuk setiap subjek dan kedudukan negara-negara disenaraikan
mengikut skor purata setiap domain. Malaysia mula menyertai PISA pada
tahun 2009 dan berada pada tempat ke-57 daripada 74 negara peserta
dengan skor sebanyak 404. Skor min antarabangsa pada tahun 2009 ialah
458 dan hal ini menunjukkan pencapaian Malaysia masih di bawah tahap
memuaskan dan perlu lebih banyak penambahbaikan. Pada tahun 2012,
Malaysia berada pada kedudukan ke-52 daripada 65 negara peserta
dengan skor 421 berbanding skor antarabangsa iaitu sebanyak 494.
Berdasarkan kedudukan dan skor yang diperoleh Malaysia, terdapat
banyak lagi penambahbaikan yang perlu dilakukan agar tahap pendidikan
Malaysia berada setaraf dengan negara-negara lain seperti China,
Singapura, Korea Selatan, Jepun dan juga Finland.

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PRESTASI MALAYSIA

Dalam kajian Kementerian Pendidikan, kedudukan yang tersorot


berbanding negara-negara lain, disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu:

Sikap Murid
Dalam hal ini, ramai murid yang menyertai PISA tidak bersungguhsungguh menjawab soalan PISA kerana mereka menganggap penilaian ini
tidak penting. Oleh yang demikian, semasa pelaksanaan ujian PISA
dijalankan, banyak soalan yang tidak dijawab oleh murid.

Format Soalan PISA


Jika dilihat dan diteliti, soalan PISA lebih berbentuk teks panjang yang
memerlukan pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan kehidupan
sebenar. Soalan peperiksaan awam adalah lebih ringkas dan berdasarkan
rajah serta jadual. Oleh sebab itu, pelajar lebih menunpukan perhatian
kepada perperiksaan awam dan kurang serius ketika menjawab soalansoalan ujian PISA. Juga bentuk jawapan dalam Perpereksaan Awam
tertumpu kepada jawapan pilihan dan tidak banyak berbentuk penulisan
seperti dalam ujian PISA.

Keutamaan Guru
Faktor penyumbang yang seterusnya adalah keutamaan guru yang mana
kebanyakan guru lebih mengutamakan untuk menghabiskan sukatan mata
pelajaran dengan cepat dan mereka tidak mengambil masa untuk
memahamkan murid dengan konsep. Guru juga menggunakan banyak
jalan pintas iaitu menyuruh murid supaya menghafal terutamnya melalui
latihan latih tubi. Oleh sebab itu, murid hanya menghafal tetapi tidak
memahami konsep.

STRATEGI BAGI MENGATASI MASALAH KEMEROSOTAN PISA

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


Sejak beberapa tahun yang lepas Kementerian Pendidikan berusaha
menangani masalah kemerosotan ini, salah satunya dengan mengenalkan
Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS). Sistem PBS ini telah agak
lama diperkenalkan di peringkat antarabangsa dan banyak dikaji dan
dibincang di Bangsa-bangsa bersatu. Ianya telah dilaksanakan di banyak

negara di dunia termasuk negara-negaru maju seperti Australia, Britain,


Hong Kong dan juga mulai diperkenalkan di Singapura. Pada masa kini
pentadbiran sistem PBS dipermudahkan lagi dengan adanya sistem
telekomunikasi dan ICT yang canggih di sesebuah negara. Tujuan utama
sistem PBS ialah untuk menambah-baik hasil daripada institusi pendidikan
negara. Ianya bertujuan mengeluarkan graduan-graduan yang lebih baik
bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga di segi akitiviti ko-kurrikulum
disamping mengumpul data tentang kelebihan dan kelemahan seseorng
pelajar. Ia bertujuan mengubah sistem sekarang yang berorientasikan
peperiksaan kepada yang lebih berorientasikan prestasi seseorang pelajar
berasaskan pentaksiran dibuat diperingkat sekolah.

KSSR/KSSM
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan pada
tahun Januari 2011 dan Kurikulum Standarrd Sekolah Menengah (KSSM)
pula diperkenalkan pada tahun 2017. KSSR dan KSSM ini merupakan
elemen baru iaitu inovasi dan kreativiti dengan subek keusahawanan dan
teknologi maklumat komunikasi (ICT).

i-Think
i-Think bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan
untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam
kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan
inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di
10 buah sekolah iaitu 6 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah
menengah sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Dapatan
pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan
Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik.
Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk
mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-Think ialah adalah
bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai
pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.

Kaedah pembelajaran i-Think ialah dengan menggunakan 8 Peta


Pemikiran. Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam
8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan
difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal
usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan iaitu peta

bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir,
peta pelbagai alir dan akhir sekali ialah peta titi.

Kajian Susulan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan kajian kes di
sekolah yang mendapat keputusan yang cemerlang pada Ujian PISA 2009.
Hasil dapatan daripada kajian kes tersebut akan dikongsikan sebagai
amalan terbaik pengajaran.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)


Hasil kajian PISA dan TIMSS juga menjadi input utama dalam merangka
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini kerana PISA dan
TIMSS merupakan penanda aras kepada pencapaian pelajar seluruh dunia
dalam penguasaan Matematik, Sains dan Membaca. Peperiksaan peringkat
sekolah dan kebangsaan akan diubahsuai dengan menambahkan bilangan
soalan aras tinggi yang menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT).

Berikut merupakan 11 anjakan yang terkandung


Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:

dalam

Pelan

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan


berkualiti bertaraf antarabangsa.
2.
Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia
dan bahasa Inggeris.
3.
Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4.
Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5.
Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di
setiap sekolah.
6.
Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan
penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7.
Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
Malaysia.
8.
Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian
pendidikan.
9.
Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
secara meluas.
10.
Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11.
Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam
(Higher Order Thinking Skills) HOTs atau pun Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam
1.

pengajaran Sains dan Matematik pada masa kini. Tambahan pula, pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan
kursus dan taklimat menerangkan mengenai HOTs bermula pada Januari
2013.

Task Force PISA dan TIMSS


Task Force PISA dan TIMSS telah ditubuhkan selepas mendapat arahan YAB
Menteri Pelajaran dalam mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pendidikan
(JPP) dan diketuai oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Task
Force ini memberi tumpuan untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (HOTS) dalam kalangan murid dan guru.

RUMUSAN
Secara kesimpulannya, apa yang dapat dilihat ialah prestasi murid
Malaysia adalah lemah, khususnya dalam Matematik, yang mana keadaan
ini amat membimbangkan memandangkan penguasaan dalam mata
pelajaran ini dianggap oleh OECD sebagai kunci kepada masa depan yang
positif, kerana ia mempengaruhi keupayaan remaja untuk mengambil
bahagian dalam pengajian tinggi di samping mencapai pendapatan yang
diingini. Tambahan pula, Kajian Kemahiran Dewasa oleh OECD juga
menunjukkan bahawa kemahiran matematik yang lemah akan
menghalang ketercapaian masyarakat kepada gaji yang lebih tinggi serta
pekerjaan yang lebih memuaskan.
Hal ini bermaksud Malaysia sedang menghadapi krisis yang
membimbangkan dalam pendidikan dan sekiranya tidak ditangani, maka
ia akan membawa kepada kesan jangka panjang yang negatif ke atas
pembangunan ekonomi.

You might also like