Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PEMANTAPAN VLE-FROG DAN PENAIKTARAFAN INTERNET JALUR


LEBAR KEPADA TM UNIFI
PENDAHULUAN
Projek pemasangan internet jalur lebar di Sekolah Kebangsaan Bukit
Rimau adalah bertujuan untuk memudahkan warga pentadbir, guru dan murid
memperoleh maklumat menggunakan capaian intenet berkelajuan tinggi dengan
kelebihan teknologi Wi-Fi. Sekarang ini sekolah menggunakan Penyedia
Perkhidmatan Internet (ISP) daripada pihak YTL Communications di bawah
projek 1BestariNet. Namun proses capaian sedia ada adalah sangat perlahan
dan sukar kerana pusat capaian yang terhad iaitu di makmal komputer sahaja.
Capaian jalur lebar yang baik di sekolah memainkan peranan penting
dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran selain membantu
pengurusan pentadbiran sekolah. Penggunaan portal pendidikan pembelajaran
secara alam maya (VLE Frog) terbukti meningkatkan prestasi murid dalam
semua matapelajaran. Begitu juga data maklumat sekolah dan guru-guru yang
sentiasa perlu dikemskini setiap masa melalui aplikasi web seperti Emis online,
SKPM, Nilam dan sebagainya yang mana semua ini mustahil dilakukan tanpa
adanya capaian internet yang baik.
APAKAH ITU VLE FROG
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem
pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar
dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah

maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak
tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan
menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak
sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan
mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.
Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional.
Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa. Sistem Frog
yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui
hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan
membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang
kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber
pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh
diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.
MATLAMAT
Meningkatkan capaian internet yang stabil ke seluruh bangunan sekolah yang
meliputi makmal komputer, semua bilik darjah, pejabat pentadbiran dan bilik-bilik
khas.
OBJEKTIF
1.

Dapat meningkatkan lagi KPI VLE Frog sekolah.

2.

Memudahkan warga pentadbir, guru dan murid memperoleh maklumat


dari dunia siber.

3.

Memudahkan komunikasi di antara warga sekolah dan pihak luar


seperti Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pelajaran Daerah dan lain-lain.

4.

Menggalakkan perkongsian maklumat di kalangan warga sekolah.

5.

Informasi terkini dapat diperoleh dengan lebih pantas.

6.

Semua tempat di kawasan sekolah diliputi capaian internet

STRATEGI PERLAKSANAAN
1. Mengadakan mesyuarat AJK berbincang mengenai penaiktarafan capaian
internet
2. Pembahagian tugas
3. Menyiapkan kertas kerja program
4. Mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran
5. Melaksanakan projek
6. Pengujian dan penilaian
7. Penambahbaikan
8. Penyelenggaraan berkala
SASARAN
1.

Pihak pentadbir sekolah

2.

Guru-guru

3.

Staf sokongan

4.

Murid sekolah

KEWANGAN
1.

Sumber kewangan diperoleh daripada peruntukan Persatuan Ibu Bapa


dan Guru, SK Bukit Rimau.

2.

Anggaran Perbelanjaan adalah seperti berikut :

BIL
1.

PERKAKASAN/TUJUAN

RM

Pakej UniFi 30 Mbps


-

299

Termasuk caj pemasangan

*Bayaran bulanan
JUMLAH

299

PENUTUP
Semoga pihak sekolah dapat meluluskan permohonan untuk penaiktarafan
internet jalur lebar sedia ada kepada UNIFI ini. Kami dahulukan dengan ucapan
ribuan terima kasih.
Disediakan oleh,

(RAJA FIRDAUS BIN RAJA SULAIMAN)


PENYELARAS BILIK ICT
SK BUKIT RIMAU
Disahkan oleh,
..
(TN. HAJI ABD. AZIZ BIN HJ. SAIDIN)
GURU BESAR
SK BUKIT RIMAU

You might also like