Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

TUGASAN 1

TAJUK :
KESALAHAN-KESALAHAN TERHADAP FAKTA SEJARAH ISLAM YANG PERLU
DIPERBETULKAN
Pendahuluan
Sejarah Islam amat sinonim dengan masyarakt Arab. Hal ini kerana ajaran Islam
telah disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu seorang rasul yang dipilih oleh Allah
dalam kalangan bangsa Arab. Bahkan wahyu yang diturunkankan adalah dalam bahasa
Arab. Hal ini menunjukkan terdapat beberapa keutamaan masyrakat Arab kerana dipilih oleh
Allah untuk mengutuskan rasul yang terakhir dalam kalangan masyarakat Arab dan
menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran. Sejarah Islam boleh dirujuk dalam
beberapa ruang lingkup masa yang tertentu. Antaranya ialah semasa zaman jahiliah dan
zaman selepas kedatangan Islam di Mekkah dan Madinah. Terdapat beberapa kesalahan
terhadap fakta sebenar yang berlaku pada zaman tersebut.
Kesalahan-kesalahan terhadap fakta sejarah islam yang perlu diperbetulkan.
Antara kesalahan-kesalahan terhadap fakta sejarah Islam ialah tentang keperibadian
bangsa Arab sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan menjadi seorang Rasul. Salah
satunya seperti laporan yang telah dikemukakan oleh Gostov Lubon. Beliau telah
mengambil pandangan majoriti ahli-ahli sejarah Eropah dan dimasukkan dalam bukunya
bertajuk Hadarah al-Arab bahwa, kebanyakkan penulis sejarah Eropah berpendapat,
bangsa Arab tidak mempunyai sejarahnya yang tersendiri sebelum kedatangan Muhammad
SAW. Mereka hanya terdiri dari berbagai-bagai puak yang sering berpindah randah dari satu
tempat ke satu tempat yang lain. Mereka adalah bangsa yang kasar, yang lansung tidak
pernah mencatatkan rekod cemerlang di dalam sejarah1.
Oleh kerana sejarah bangsa Arab di zaman jahiliyah tidak pernah ditulis kecuali
setelah munculnya Islam maka ramai penulis yang menulis dengan merendah-rendahkan
kedudukan jahiliyah kononya atas dasar dorongan oleh semangat beragama dan bangsa.
Sedangkan perkara tersebut disebabkan oleh dasar semangat asabiyah bangsa dan etnik
yang ingin menaikkan kedudukan bangsa mereka sendiri. Kebanyakan ahli sejarah Eropah
menggambarkan kedudukan bangsa Arab di zaman Jahiliah. Dalam keterangan mereka
didapati bahawa sumber utama mereka untuk menulis ialah daripada tulisan-tulisan yang
1

D r. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan
Semula, Periagaan Jahabersa Sdn Bhd, , hlm. 5.

dikemukakan oleh ahli-ahli sejarah Arab yang merendah-rendahkan kedudukan Arab


Jahiliyah. Seterunya disebabkan oleh dorongan semangat abasiyah dengat meletakkan
bangsa Arab sebagai bangsa yang hina diperingkat permulaanya lagi.
Sebaliknya terdapat bukti yang mengatakan bahawa bangsa Arab di zaman jahiliyah
juka memiliki tamadun mereka yang tersendiri. Melalui bukti ini, kita dapat melihat
perkembangan tamadun Arab zaman purba yang dilupakan masyarakat zaman ini. Bangsa
Arab disebutkan sebelum ini telahpun muncul di pentas sejarah sejak beberapa kurun
sebelum kemunculan tamadun bangsa Rom mereka telah berjaya membina bandar-bandar
besar. Gostav Lobon juga menyatakan bahawa orang-orang Arab pedalaman sebenarnya
adalah cabang dari orang-orang Arab terdahulu. Muncul bangsa Arab yang telahpun maju
yang menetap di bandar-bandar dan mahir dalam bidang pertanian.
Selain daripada itu, sebagai cara menjatuhkan kedudukan Nabi Muhammad SAW
sebagai seorang pembawa risalah Allah, mereka memfitnah baginda sebagai seorang yang
mempunyai nafsu seks yang kuat. Mereka menggunakn hujah apabila Rasulullah
mengahwini saidatina Aisyah RA yang masih kanak-kanak ketika itu. Pertuduhan yang
dilakukan berdasarkan kisah yang ditulis oleh Ibn al-Athir dalam kitabnya al-Kamil. Dalam
kitab tersebut mengisahkan pada hari perkahwinan Aisyah RA, beliau masih kecil lagi dan
baru saja berumur 6 tahun. Kemudian tinggal bersama Rasulullah SAW di Madinah ketika
berusia 9 tahun dan ketika kewafatan Rasulullah SAW, Aisyah RA baru berumur 18 tahun2.
Penyelewengan fakta ini semestinya dapat memberikan presepsi yang buruk kepada
keperibadian Rasulullah SAW sebagai seorang lelaki yang mulia.
Namun terdapat beberapa hujah lain yang menunjukkan fakta saidatina Aisyah RA
berkahwin dengan Rasulullah semasa berusia 6 tahun adalah tidak tepat. Hujah yang
pertama ialah melihat kembali perkara yang telah disepakati oleh para sejarawan iaitu
Aisyah RA pernah dipinang oleh seorang lelaki sebelum berkahwin dengan Rasulullah SAW.
Lelaki tersebut ialah Jubir bin Mutim bin Adi yang masih tetap dalam agama kaumnya
sehinggalah tahun ke 10 Hijrah. Persoalannya bilakah Aisyah dipinang oleh Jubir bin
Mutim? Peminangan seharunya berlaku semasa keluarga Abu Bakar belum memerima
Agama Islam dan sebelum berlakunya peristiwa hijrah. Menurut anggaran yang dibuat
peminangan tersebut berlaku sebelum nabi diangkat menjadi rasul. Jika Rasulullah SAW
tinggal bersama saidatina Aisyah RA semasa tahun kedua hijrah, maka saidatina Aisyah RA
ketika itu telah berusia 14 tahun.
Seterusnya berdasarkan saranan daripada Khawlah binti Hakim isteri kepada
Uthman bin Mazun agar Rasulullah berkahwin semula bagi menghilangkan kesedihan yang
2

Ibid, hlm. 89.

baginda alami selepas kewafatan saidatina Khadijah RA. Rasulullah bertanya kepada
Khawlah siapakah yang dimaksudkan oleh Khawlah dan dijawab olehnya Saudah binti
Zamah atau Aisyah binti Abu Bakar3. Hal ini menunjukkan bahawa Khawlah melihat
saidatina Aisyah RA ketika itu sebagai seorang gadis yang sudah sesuai untuk dikahwini.
Selain daripada itu, keperibadian saidatina Aisyah RA yang sesuai untuk berkahwin juga
dapat dinilai melalui apabila ibunya Sayyidah Ummu al-Ruman berasa sedih dengan
pembatalan pertunangan antara anaknya dan Jubir al-Mutim serta berasa gembira saat
mengetahui Rasulullah SAW sudi berkahwin dengan saidatina Aisyah RA ketika itu 4.
Seorang ibu semestinya mengetahui kematangan fikiran dan fizikal anaknya untuk memikul
tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Daripada

seruan-seruan banginda

Rasulullah SAW

baagaima sepatutnya

memperlakukan kaum wanita merupakan bukti bahawa Rasulullah seorang yang sangat
menghormati dan melindungi kaum wanita. Jauh sekali seperti apa yang didakwakan oleh
golongan yang telah menuduh baginda dengan tuduhan yang tidak sepatutnya diberikan
kepada seorang utusan Allah yang maksum5. Antara Seruan Rasulullah SAW ialah berlaku
baik dan lemah lembut kepada isteri. Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya orang
Islam yang paling baik ialah yang paling baik kepada isteri mereka.. Rasulullah SAW juga
memerintahkan suami agar berhias diri untuk isterinya dan menunjukkan perwatakan yang
menarik hatinya. Terdapat banyak lagi arahan daripada baginda yang menyeru kaum lelaki
khususnya dan Umat Islam secara amnya untuk memuliakan kaum wanita dan menjauhi
perkara yang boleh menindas dan merendahkan maruah kaum wanita.
Tidak terhenti sekadar pada latar belakang dan kehidupan baginda Rasulullah
sahaja tetapi terdapat fakta-fakta yang berkisar dengan kisah para sahabat Rasulullah SAW
turut dipalsukan. Para musuh Islam berusaha mengaibkan para sahabat Rasulullah agar
generasi awal yang mendokong dakwah Rasulullah sebenarnya memiliki sikap yang buruk.
Antara perkara yang diselewengkan ialah kisah sebenar yang berlaku di Balai Bani Saidah.
Selepas kewafatan Rasulullah SAW, perbincangan atau mesyuarat telah diadakan di balai
Bani Saidah untuk melantik seorang Khalifah yang akan menggantikan baginda Rasulullah
SAW sebagai seorang pemimpin umat Islam pada ketika itu. Diriwayatkan juga telah berlaku
perselisihan faham yang keterlaluan antara al-Habbab bin al-Munzir bin al-Jamuh dengan
Umar bin al-Khattab. Kisah ini menunjukkan sikap yang tidak sepatutnya ditunjukkan oleh
para sahabat dalam keadaan jenazah Rasulullah SAW belum dimakamkan. Para sahabat
dikatakan masing-masing tidak berpuas hati dengan perbincangan tersebut kerana masing3
4
5

Ibid, hlm. 90.


Ibid, hlm. 91.
Maksum bermaskud Allah SWT memelihara daripada melakukan dosa.

masing menyimpan impian ingin memegang jawatan sebagai Khalifah. Namun ternyata
perkara tersebut tidak berlaku dan sengaja dibesar-besarkan oleh pihak kafir Quraisy bagi
tujuan menunjukkan kekurangan akhlak para sahabat yang akan menggantikan Rasulullah
SAW sebagai pemimpin umat Islam. Dalam kisah ini sebenarnya, perbincangan berjaya
ditamatkan dan mencapai keputusan dengan melantik Abu Bakar RA sebagai Khalifah.
Kehadiran saidina Ali RA dalam perbincangan tersebut berjaya menenangkan keadaan dan
musyawarah dapat diakhiri dengan satu keputusan yang dipersetujui bersama.
Penutup
Kesimpulannya, kesalahan-kesalahan yang terdapat pada fakta sejarah Islam
merupakan suatu yang disengajakan dan dirancang dengan tujuan yang tertentu. Mereka
cuba membuatkan kita lupa pada keagungan sejarah Islam dengan menyajikan pelbagai
keaiban dan keburukan Islam kepada umum serta menonjolkan kisah dan peristiwa
perbalahan sesama orang Islam. Hal ini akan menyebabkan orang yang mendengar atau
membaca kisah-kisah tersebut tanpa melakukan penyelidikan yang teliti akan membuat
tafsiran sesuka hati mengikut hawa nafsu sendiri. Maka akhirnya sejarah Islam yang
dipelajari tidak dapat menjadikan kita bangga dan mulia dengan kehebatan Islam yang
sesungguhnya.
Matlamat inilah yang ingin dicapai oleh para musuh-musuh Islam. Hal ini juga
disebabkan kerana sikap iri hati mereka terhadap keutamaan dan kemuliaan yang dimiliki
oleh bangsa Arab, ketakutan pada kebangkitan semula kekuasaan khalifah Islamiyah yang
pernah menguasai dunia suatu masa dahulu dan banyak lagi. Kita yang mengetahui akan
perkara ini seharusnya menyedari bahawa pentingnya mempelajari dan memperbetulkan
semula fakta-fakta yang salah dalam sejarah Islam agar kita dapat mengambil iktibar yang
banyak daripadanya kemudian mencontohi dan meneladani kehebatan sejarah Islam lepas.
Tidak mustahil bahawa dengan itu, kegemilangan Islam akan dapat direalisasikan kembali.

TUGASAN 2

TAJUK :
KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ SEORANG ULAMA DAN UMARA

1.0 PENGENALAN
Khalifah merupakan gelaran kepada pemimpin yang memimpin wilayah Islam selepas
kewafatan Rasulullah SAW. Khalifah pertama yang dilantik selepas kewafatan Rasulullah
SAW ialah saidina Abu Bakr as-Siddiq RA kemudian diikuti oleh Umar al-Khattab RA,
Uthman bin Affan RA dan Ali bin Abu Talib RA. Zaman pemerintahan ini disebut sebagai
kerajaan Khulafa ar-Rasyidin. Seterusnya tampuk pemerintahan diteruskan oleh kerajaan
Bani Umayyah, berpindah kepada kerajaan Bani Abasiyah, sehingga berakhirnya
pemerintahan khalifah semasa zaman pemerintahan kerajaan Bani Uthmaniyah. Selepas
itu sehinggalah hari ini sistem pemerintahan khalifah belum pernah berulang lagi.
Tempoh wilayah Islam diperintah oleh seorang khalifah memakan masa lebih daripda
1000 tahun sekaligus menjadikan tamadun islam merupakan salah satu tamadun yang
mampu bertahan dalam tempoh yang lama berbanding tamadun lama seperti tamadun Rom
dan Parsi. Dalam tempoh tersebut, tamadun Islam mengalami beberapa fasa kegemilangan
dan kejatuhan. Antara zaman kegemilangan yang pernah dicapai oleh tamadun Islam ialah
semasa zaman pemerintahan Bani Umayyah iaitu semasa berada dibawah pemerintahan
khalifah Umar Ibn Abdul Aziz. Peranan dan sumbangan yang beliau berikan sebagai
seorang ulama dan umara telah menjadikan tamdun Islam ketika itu berkembang dan
berada pada zaman kegemilangannya dalam kerajaan Bani Umayyah.
2.0 PERMASALAHAN KAJIAN
Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan khalifah yang dilantik semasa kerajaan Umayyah.
Kehebatan peribadi dan kepimpinannnya diakui oleh ramai ulama tersohor dan para ilmuan.
Kehebatannya tidak hanya terserlah saat beliau dilantik menjadi khalifah tetapi juga bermula
daripada kehidupannya sejak kecil, remaja, dewasa sehinggalah selepas kewafatannya.
Maka persoalan yang akan cuba dirungkai dalam penulisan ini ialah keperibadian Khalifah
Umar Abdul Aziz sebagai seorang ulama dan umara.

3.0 OBJEKTIF PENULISAN

Berdasarkan permasalah kajian, objektif penulisan kajian ini ialah untuk:


1. Menyatakan latar belakang Khalifah Umar Abdul Aziz.
2. Menjelaskan keperibadian dan sumbangan Umar Abdul Aziz sebagai seorang ulama.
3. Menjelaskan keperibadian dan sumbangan Umar Abdul Aziz sebagai seorang umara.
4.0 TINJAUAN LITERATUR
Bahagian ini akan melihat kajian-kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan tajuk
Khalifah Umar Abdul Aziz. Kajian-kajian lepas ini dapat membantu sebagai bahan rujukan
untuk menjawab permasalahan kajian dan mencapai objektif penulisan. Oleh itu, beberapa
penulisan yang ada menjelaskan tentang Khalifah Umar Abdul Aziz akan diteliti dan
dibincangkan sebagai rujukan.
Dalam buku Ikhtisar Perkembangan Islam yang ditulis oleh Haji Dasuki Haji Ahmad
(1987) membincangkan tentang persoalan-persoalan yang berkaitan tentang penyebaran
agama Islam, kebangkitan umat Islam, serta perkembangan dan kejatuhan khilafah
Islamiyah. Dalam bab Kerajaan Umayyah dijelaskan latar belakang kewujudan kerajaa
Umayyah sehingga pemberontakan yang berlaku. Sehingga berlakunya perpindahan
pemerintahan kepada kerajaan Abbasiah.
Seterusmya, dalam buku Umar Abdul Aziz yang ditulis oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
(2014) menjelaskan secara keseluruhan kisah hidup Khalifah Umar Abdul Aziz. Buku ini turut
menjelaskan latar belakang Umar Abdul Aziz bermula daripada nasab keturunannya,
kehidupannya sebagai seorang ulama kemudian pembaharuan yang dilakukannya semasa
menjadi khalifah.

5.0 ANALISIS dan HASIL KAJIAN


5.1 PENGENALAN
6

Perubahan kerajaan Khulafah Al-Rasyidin kepada kerajaan Bani Umayyah apabila


Muawiyah bin Abu Sufian dipilih menjadi khalifah dan sistem pemilihan khalifah
seterusnya dilakukan melalui sistem warisan 6. Selepas kematian khalifah Uthman bin
Affan, tempat beliau telah

digantikan oleh khalifah Ali bin Abu Talib. Namun

penggantian tersebut telah mencetuskan konflik apabila orang Syam yang diketuai oleh
Muawiyah tidak mengakui perlantikan tersebut kerana menuduh Ali sebagai orang yang
bertanggungjawab terhadap pembunuhan khalifah Uthman. Hal ini telah mencetuskan
peperangan Siffin yang dimenangi oleh pihak Ali. Seterusnya perbincangan antara
kedua-dua pihak diteruskan dalam Perundingan Tahkim dan pihak Muawiyah telah
menang dalam perundingan ini.
Beberapa waktu kemudian, saidina Ali telah dibunuh dan saidina Hasan telah berjaya
dilantik menjadi khalifah menggantikan ayahnya. Namun saidina Hasan merasakan
tidak dapat memikul tanggungjawab tersebut atas beberapa alasan. Saidina Hasan
bersetuju untuk meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan khalifah kepada
Muawiyah dengan beberapa syarat yang perlu dipersetujui terlebih dahulu. 7. Muawiyah
bersetuju dengan syarat tersebut seterusnya Muawiyah telah berangkat ke Kufah untuk
menerima ikrar setia daripada orang Iraq dengan sokongan daripada saidina Hasan dan
Husein maka sempurnalah penyerahan kuasa khalifah kepada Muawiyah. Tahun
penyerahan kuasa ini dinamakan sebagai Tahun Penyatuan (Amul Jamaah), kerana
pada tahu ini umat Islam telah menerima seoarang khalifah untuk memerintah seluruh
jajahan takluk Islam. Masyarakat Islam yang sebelumnya terpecah kepada dua
golongan iaitu mereka yang menyokong Muawiyah dan golongan yang menyokong
Hasan sebagai khalifah akhirnya bersatu dengan memberikan ikrar janji setia kepada
khalifah Muawiyah bin Abu Sufian.
Sepanjang tempoh kerajaan Umayyah meneraju tampuk pemerintahan, kerajaan ini
telah melalui beberapa tahap atau zaman iaitu zaman kelahiran, zaman kemajuan dan
zaman kehancuran. Kerajaan Umayyah telah mencapai kemajuan dibawah pimpinan
beberapa orang khalifah antaranya termasuklah khalifah al-Walid bin Abdul Malik,
Sulaiman bin Abdul Malik, Umar bin Abdul Aziz dan Yazid bin Abdul Malik 8. Penulisan ini
akan memberikan tumpuan semasa zaman kemajuan kerajaan Umayyah dibawah
pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz. Bermula dengan mengenali latar belakang
beliau sehinggalah peranan dan sumbangannya sebagai seorang ulama dan umara.
6

Khalifah Muawiyah telah melantik anaknya Yazid bin Muawiyah sebgai Putera Mahkota yang akan
menggantikannya nanti.
7
Haji Dasuki Haji Ahmad, Ikhtisar perkembangan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1974, hlm.
203.
8
Ibid, hlm. 201.

Sebelum itu definisi ulama dan umara perlu difahami terlebih dahulu. Ulama
merupakan mereka yang arif tentang hukum hakam Allah SWT berbanding dengan
orang lain. Manakala umara ataupun seorang pemimpin merupakan mereka yang
mempunyai mandat dan kuasa untuk membuat orang lain mematuhinya. Ulama juga
merupakan mereka yang pakar dalam

ilmu dan bertanggungjawab mengajarkanya

kepada orang lain. Umara pula merupakan pemimpin yang bertanggungjawab


menjalankan urusan pentadbiran dan berkuasa menguruskan perundangan negara
pimpinanya.
5.2 LATAR BELAKANG KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
Nama sebenarnya ialah Umar Ibn Abdul Aziz bin Marwan bin al-Hakam bin Abi alAsh bin Umayyah bin Abdu Syams bin Abdul Manaf. Beliau telah dilahirkan pada tahun
61H. Beliau merupakan sepupu kepada khalifah Sulaiman Ibn Abdul Malik iaitu khalifah
yang memerintah sebelumnya.
Bapa beliau Abdul Aziz bin Marwan merupakan salah satu golongan bangsawan
Bani Umayyah dan memiliki sifat yang berani dan mulia. Bapanya juga seorang yang
memiliki cita-cita besar iaitu ingin memegang jawatan sebagai Gabenor Mesir dan citacitanya telah tercapai. Bapanya telah dilantik menjadi gabenor Mesir dan telah
memerintah lebih daripada 20 tahun.

Bapanya juga seorang yang warak. Antara

buktinya, beliau meminta pembantunya untuk memilih 400 Dinar daripada harta yang
baik kerana ingin berkahwin daripada keluarga yang baik. Ibunya Ummu Asim binti Asim
bin Umar bin al-Khattab r.a pula daripada keturunan yang mulia iaitu cucu kepada
khalifah Umar al-Khattab r.a. Hasil perkongsian hidup ayah dan ibunya mereka
dikurniakan empat orang anak iaitu Umar, Abu Bakar, Muhammad dan Asim.
Manakala Umar Abdul Aziz sendiri memiliki 14 orang anak lelaki iaitu, Abdul Malik,
Abdul Aziz, Abdullah, Ibrahim, Ishaq, Yaakub, Bakar, al-Walid, Musa, Asim, Yazid,
Zabban, Zayyan dan Abdullah. Selebihnya tiga anak perempuannya bernama Aminah,
Ummu Ammar dan Ummu Abdullah. Beliau mempunyai empat orang isteri. Hasil
perkongsian hidup bersama isteri pertama iaitu Fatimah binti Abdul Malik yang juga
merupakan sepupunya mereka dikurniakan anak iaitu Abdul Aziz, Ishaq, Yaakub dan
Musa. Seterusnya dengan isteri kedua Lamis binti Ali bin al-Harith mereka dikurniakan
Abdullah, Bakar, dan Ummu Ammar. Sementara dengan isterinya Ummu Uthman binti
Syuaib bin Zayyan dikurniakan seorang anak iaitu Ibrahim. Manakala dengan isteri
keempat iaitu Ummu al-Walad mereka dikurniakan Abdul Malik, al-Walid, Asim, Yazid,
Abdullah, Abdul Aziz, Zayyan, Aminah dan Ummu Abdullah.

Khalifah Umar Abdul Aziz memiliki akhlak yang sangat tinggi dan mulia. Beliau sering
berdamping dengan ramai ulama, orang-orang tua dan kurang berminat dengan remaja.
Ketika kewafatannya, beliau tidak meninggalkan harta yang banyak buat keturunannya.
Bahkan anak lelakinya hanya berhak mendapatkan 19 dirham sahaja.
5.3 KEPERIBADIAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ SEBAGAI SEORANG ULAMA
Keturunan yang mulia,didikan dan persekitaran yang baik merupakan antara faktor
yang menyumbang kepada pembentukan peribadi Umar Abdul Aziz sebagai seorang
ulama yang hebat dan terkenal. Pentingnya memilih pasangan untuk dikahwini kerana
ibu bapa yang baik akan melahirkan anak yang baik 9. Bermula dengan kisah semasa
zaman khalifah Umar al-Khattab RA yang sedang melakukan rondaan untuk
memerhatikan rakyatnya kemudian secara kebetulan terdengar perbualan antara ibu
dan seorang anak perempuannya. Mereka sedang berbual tentang kuantiti susu yang
sedikit untuk dijual. Kemudian ibu tersebut menyarankan agar mereka menambahkan
air pada susu tersebut. Namun anaknya menolak dan mengatakan bahawa Tuhan
Amirul

Mukminin

(Umar

RA)

mengetahui

walaupun

Amirul

Mukminin

tidak

mengetahuinya. Khalifah Umar yang mendengar perbualan tersebut kemudian pulang


ke rumah dan menawarkan kepada sesiapa anaknya untuk mengahwini wanita
tersebut. Akhirnya anak saidina Umar RA Asim bersetuju untuk mengahwini wanita
tersebut dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan dan
daripada anak perempuan tersebutlah lahirnya Umar Abdul Aziz.
Khalifah Umar Abdul Aziz semasa kecilnya sentiasa berdampingan dengan
pembesar, para ulama dan orang-orang soleh 10. Oleh kerana khalifah Umar Abdul Aziz
telah dibesarkan

di Madinah maka beliau berpeluang untuk berdampingan dengan

ramai ilmuan dan ulama hebat yang ada semasa zaman tersebut. Beliau telah menimba
ilmu yang banyak daripada ramai ulama yang hebat. Antara ulama terkemuka yang
menjadi guru beliau ketika itu ialah bapa saudara beliau kepada ibunya sendiri iaitu
Abdullah bin Umar. Selain daripada itu ulama hebat yang menjadi gurunya adalah
dalam kalangan para sahabat Rasulullah,Nabi Muhammad SAW seperti Anas bin Malik
RA, Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib RA, Amru bin Abi Salamah al-Makhzumi, al-Saib
bin Yazid, Yusuf bin Abdullah bin al-Sallam, Ubadah bin Somit, Uqbah bin Amir, Aisyah,
Khaula binti al-Hakim dan banyak lagi. Maka tidak hairanlah Khalifah Umar Abdul Azizi
kemudian membesar dan menjadi seorang ulama yang hebat dan bijaksana.
9

Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri, Umar Abdul Aziz, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Negeri Sembilan, 2014, hlm.
17.
10

Ibid, hlm.21.

Kehebatan dan kewarakan Umar Abdul Aziz sebagai seorang ulama tidak dapat
dinafikan lagi dan hal ini dapat dibuktikan melalui pujian yang telah diberikan oleh ulama
lain terhadapnya. Contohnya dalam aspek ibadah, Anas bin Malik RA berkata Tidak
aku solat di belakang mana-mana imam selepas Rasulullah SAW yang lebih
menyerupai cara solat Rasulullah SAW seperti imam kamu ini, iaitu Umar bin Abdul
Aziz.11. Dalam aspek syair pula, Umar Abdul Aziz banyak menghafal syair dan
mengkritik syair tersebut. Disamping beliau sendiri gemar menghasilkan bait-bait syair
yang indah. Tambahan lagi Umar Abdul Aziz merupakan seorang yang menegakkan
sunnah. Dalam bidang fiqh pula, beliau memiliki ilmu yang banyak kerana selalu
berdampingan ramai ahli Fiqh. Beberapa ulama fiqh turut memberikan pujian kepada
Umar Abdul Aziz. Antara termasuklah, Mujahid Rahimahullah berkata Kami datang
kepada Umar Ibn Abdul Aziz dengan beranggapan bahawa beliau berhajat kepada
kami, tetapi apabila kami keluar daripadanya, kami lebih berhajat kepadanya. , begitu
juga dengan Imam Malik Rahimahullah berkata Umar Ibn Abdul Aziz adalah seorang
imam12.
Ilmu yang tinggi, akhlak yang terpuji menjadikannya memiliki kezuhudan 13 dan
kewarakan14 yang sentiasa menjadikan beliau memilih hidup dalam kesederhanaan
walaupun kehebatan dan kemuliannya sebagai seorang ulama diakui oleh ramai ulama
terkemuka sepanjang zaman.
5.4 KEPERIBADIAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ SEBAGAI SEORANG UMARA
Umar Abdul Aziz telah dilantik menjadi khalifah untuk menggantikan khalifah
Sulaiman Ibn Abdul Malik yang jatuh sakit. Beliau telah dilantik menjadi khalifah atas
cadangan Raja Ibn Hawah kepada khalifah Sulaiman Ibn Abdul Malik yang sedang
sakit dan ingin mencari pengganti. Keperibadiannya sebagai seorang umara yang hebat
dapat dilihat daripada prinsip pemerintahannya 15. Antara prinsip pemerintahannya ialah
berpegang teguh kepada kitab dan sunnah, tidak minat kepada perdebatan kecil,
menolak bidah serta pemikiran baru yang bercanggah dengan sunnah. Sifat ketegasan
beliau merupakan kelebihan kepada seorang khalifah yang akan menjadi pemimpin
utama negara Islam.

11

Ibid, hlm. 28.


Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri, Umar Abdul Aziz, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Negeri Sembilan, 2014,
hlm. 29.
13
Zuhud ialah meninggalkan sesuatu yang dapat melalaikannya dari mengingat Allah.
14
Warak ialah menjauhi perkara-perkara yang haram dan yang syubhah.
15
Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri, Umar Abdul Aziz, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Negeri Sembilan, 2014,
hlm. 45.
12

10

Pelbagai perubahan yang telah dilakukan oleh khalifah Umar Abdul Aziz dalam
pemerintahannya. Sebagai seorang ulama yang memainkan peranan umara antara
usaha utama beliau ialah melaksanakan usaha memulihkan akhlak. Berbeza dengan
khalifah-khalifah sebelum ini yang lebih berperanan sebagai raja dan pentadbir
sehingga tidak ada masa untuk mengambil berat mengenai moral dan sosial rakyatnya.
Umar Abdul Aziz menghapuskan sikap tersebut dan membuktikan bahawa beliau amat
menitikberatkan pembaharuan moral dan agama daripada hal ehwal pentadbiran
semata-mata dengan mengeluarkan surat yang mengandungi arahan-arahan yang
panjang. Antara isi surat beliau ialah, beliau telah membandingkan keadaan sosial dan
moral rakyat di zamanya dengan keadaan yang wujud pada zaman Nabi SAW, dan para
khalifah yang awal, serta menghuraikan sistem pentadbiran dan kewangan yang
diperlukan

untuk

menghidupkan

semula

Islam

dan

masyarakat.

Beliau

juga

menekankan kepada gabenor dan panglima perang mengenai kepentingan solat tepat
pad waktunya serta mengimamkan solat berjemaah tersebut16.
Seterusnya, Umar Ibn Abdul Aziz juga amat menekankan usaha pengumpulan hadis.
Hal ini kerana beliau bimbang ilmu hadis akan hilang apabila para muhaddithin
meninggal. Dalam usaha ini, beliau telah menugaskan gabenor-gabenor wilayah dan
ulama-ulama terkenal agar mereka mengumpulkan semua hadis Rasulullah SAW
dimana sahaja hadis-hadis tersebut dapat ditemui 17. Saguhati akan diberikan agar
mereka melaksanakan tugas dengan sepenuh hati. Usaha ini juga merangkumi usaha
beliau dalam menyusun dan menyebarkan ilmu. Menyedari kewajipan sebuah kerajaan
untuk memudahkan dapatan dan carian ilmu bagi semua yang mampu. Oleh itu antara
tindakan yang dilakukan untuk tujuan ini ialah dengan menghantar seorang ulama
Madinah yang terkenmuka, Nafi Rahimahullah iaitu maula kepada Ibn Umar ke Mesir
untuk mengajar mereka ilmu sunnah. Selain itu beliau menghantar 10 orang fuqaha
Mesir di kalangan tabiin ke negeri Afrika untuk mengajar mereka dan menyebarkan
hadis Rasulullah dan banyak lagi. Selain daripada memberikan saguhati, Khalifah Umar
Ibn Abdul Aziz juga menggalakkan orang ramai untuk mencintai ilmu, duduk dalam
halaqah ilmu serta mendengar majlis ilmu. Hal ini telah menjadi salah satu pendorong
kepada kejayaan usaha-usaha beliau.
Khalifah Umar Ibn Abdul Azizi juga bertindak tegas terhadap anasir-anasir yang
boleh memecah belahkan kesatuan umat Islam. Apatah lagi terhadap perkara yang
menjejaskan konsep persaudaraan dalam Islam dan sistem sosial yang cuba
direalisasikannya. Apabila beliau menerima laporan bahawa beberapa ketua qabilah
16
17

Ibid, hlm. 64.


Ibid, hlm. 66.

11

dan orang bangsawan Bani Umayyah telah menghidupkan semula adat jahiliyah
dengan membuat pakatan saling bantu membantu ketika berlaku perang, berdasarkan
semangat Abassiyah18. Khalifah Umar Abdul Aziz menyedari akan kesan buruk daripada
amalan tersebut dan telah mengarahkan Dahhak Ibn Abdul Rahman untuk
membendung kejahatan tersebut. Dalam arahannya yang panjang beliau memberikan
amaran tentang ancaman bancana yang akan menimpa mereka jika tidak bertindak
menurut ajaran al-Quran dan mengajak mereka untuk menjauhkan diri daripada
larangan Allah SWT yang dinyatakan dalam kitab-Nya.
Dalam aspek ekonomi pula, Umar Abdul Aziz telah melaksanakan melakukan
pembaharuan dengan menghapuskan pelbagai cukai yang diharamkan oleh syarak.
Pembaharuan tersebut tidak menyebabkan masalah kewangan atau kekurangan dalam
perbendaharaan negara. Sebaliknya rakyat hidup dengan makmur sehingga sukar
untuk menjumpai pengemis dan fakir miskin yang berhak menerima zakat. Beliau juga
serius dalam usaha menangani masalah rasuah dengan memberikan arahan kepada
pegawai berjawatan tinggi untuk menyediakan aduan secara peribadi tentang
penyelewengan mana-mana pegawai atau memberikan cadangan berguna akan
dihadiahkan sebanyak seratus hingga tiga ratus dinar.
6.0 KESIMPULAN
Ternyata khalifah Umar Abdul Aziz merupakan seorang ulama dan umara yang memiliki
prinsip yang jelas dan tegas. Latar belakangnya sebagai ulama kemudian menjadi seorang
umara tidak menjadikannya menggadaikan prinsip atau matlamatnya. Jawatan khalifah yang
pada awalnya tidak diterima oleh beliau telah digunakan semaksimum mungkin sebagai alat
untuk menegakkan syiar Islam disegenap wilayah pemerintahannya. Ketokohannya
seharusnya diteladani oleh pemimpin pada masa kini. Khusunya para pemimpin negaranegara Islam telah dibuktikan bahawa seorang umara yang berjiwa ulama telah berjaya
mengorganisasi dan meneraju kepimpinan kepada satu tahap yang unggul dan gemilang.

7.0 RUJUKAN SUMBER


D r. Yazid Abdul Manap,

2015. Jadi Pemimpin Hebat. Negeri Sembilan. GRUP BUKU

KARANGKRAF Sdn. Bhd.

18

Ibid, hlm.67.

12

D r. Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2013. Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah


Yang Perlu Diperbetulkan Semula. Johor Bahru. PERNIAGAAN JAHABERSA Sdn.
Bhd.
Dasuki bin Ahmad, 1987. Ikhtisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka,Kementerian Pelajaran Malaysia.
Herry Mohammad, 2008. 44 Teladan Kepimpinan Muhammad SAW. Indonesia. Percetakan
Gema Insani.
Mahyudin Hj. Yahaya, 2001. Tamadun Islam. Selangor. Fajar Bakti Sdn Bhd.
Mohd Nahar Mohd Arshad, 2007. Hidup Kaya Tanpa Riba

Negeri Sembilan. PTS

PUBLICATION & DISTRIBUTORS Sdn. Bhd. .


Prof. Dr. Ibrahim Ali Syawat, 2014. Umar Abdul Aziz. Negeri Sembilan. PUSTAKA CAHAYA
KASTURI Sdn. Bhd.

13

You might also like