Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KEJOHANAN GOLF 2001

JABATAN TANAH DAN UKUR, NEGERI SABAH


( KELAB TANKUR )

DALIT BAY GOLF AND COUNTRY CLUB


DALIT, TUARAN

[ Borang Penyertaan ]

Buat pertama kali Jabatan Tanah dan Ukur, negeri Sabah menganjurkan Kejohanan Golf
dibawah kelolaan Kelab Rekreasi TANKUR, bertujuan untuk menambah tabungan kewangan Kelab
Rekreasi disamping menjadikan acara ini sebagai acara tahunan.

Kejohanan yang akan berlangsung pada 05hb. Ogos, 2001 di Kelab golf Dalit Bay Golf and
Country Club, jam 7.30 pagi (gun-shot) menawarkan pelbagai hadiah menarik, antaranya iaaalah
sebuah Apartment, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan satu unit PC Komputer Penthium
III, disediakan untuk hadiah Hole-In-One, serta hadiah-hadiah sampingan yang begitu menarik,
menunggu untuk dimenangi.

Kepada yang ingin menyertai dan mendapatkan keterangan lanjut Kejohanan ini, bolehlah
menghubungi Pengerusi Penganjur ataupun AJK Kejohanan di talian :-

1.

088-283885

(Encik Safar Untong)

2.

088-283855

(Encik Mohd. Yusrie Abdullah) - Pengarah Pertandingan

3.

088-283726

(Encik Abdul Salim Abdullah) - Timbalan Pengarah Pertandingan

4.

088-283827

(Encik Denzil Ondoi)

Bayaran yuran penyertaan termasuk bull eyes

- Pengerusi Penganjur

- Setiausaha Pertandingan

RM 190.00

bagi ahli Kelab DBGCC dan

RM 250.00

bagi bukan ahli Kelab DBGCC.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28hb. Julai, 2001.

PERATURAN DAN PERTANDINGAN KEJOHANAN GOLF JABATAN TANAH DAN


UKUR, NEGERI SABAH
( TANKUR ) KE-1,2001

1.

PENTADBIRAN

Ahli Jawatankuasa Penganjur adalah bertanggungjawab keatas perjalanan Kejohanan


Pertandingan ini dan berhak untuk menghadkan bilangan penyertaan atau mengubah syaratsyarat pertandingan apabila difikirkan perlu.

2.

TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

Kejohanan Pertandingan Golf ini akan berlangsung pada 05hb. Ogos, 2001di Padang
Golf Dalit Bay Golf and Country Club.

3.

PENYERTAAN

Penyertaan ke Pertandingan Golf ini mestilah dengan mengisi Borang Pertandingan


yang telah disediakan oleh Ahli Jawatankuasa Penganjur. Ahli Jawatankuasa
Penganjur berhak untuk menolak sebarang penyertaan yang lewat.

4.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Semua penyertaan hendaklah sampai kepada Ahli Jawatankuasa Penganjur, selewat-lewatnya


satu minggu sebelum pertandingan.

5.

HANDIKAP

Setiap pemain mestilah mempunyai Handikap yang sah dan diperakui oleh USGA
atau berhandikap 24 kebawah. Handikap pemain itu mestilah disahkan oleh Kapten
atau Setiausaha bagi kelabnya. Mana-mana pemain yang mempunyai lebih daripada
satu handikap hendaklah mengistiharkan handikap terendahnya atau menukar
handikap dan memberitahu kepada Ahli Jawatankuasa Penganjur sebelum
pertandingan bermula.

6.

CABUTAN NAMA DAN MASA PERMULAAN

Cabutan nama dan masa permulaan pertandingan akan dinotiskan di Papan Kenyataan
Kelab
Notis tersebut dianggap sebagai pemberitahuan secara umum. Ahli Jawatankuasa
berhak mengubah mana-mana cabutan nama dan masa permulaan atas pertimbangan

yang mutlak. Permulaan permainan adalah secara GUN SHOT. Peserta mestilah
melaporkan diri kepada petugas pertandingan 10 minit sebelum masa sebenar TeeOff. Masa untuk Tee-Offialah jam 7.30 pagi.

7.

Denda - kerana melanggar peraturan DISKUALIFIKASI

PENENTUAN TEMPAT ( COUNT BACK )

Penentuan tempat, jika terdapat persamaan markah pukulan (scores) berasaskan jadual
berikutnya :-

Gross

Nett

18 Lubang Terakhir

Handikap Penuh

09 Lubang Terakhir

Handikap

06 Lubang Terakhir

Handikap 1/3

03 Lubang Terakhir

Handikap 1/6

01 Lubang Terakhir

Handikap 1/18

Dan Lubang ke lubang bermula dari Lubang 18 untuk Gross dan Nett.

8.

HADIAH-HADIAH

Ahli Jawatankuasa Penganjur telah menyediakan 3 kategori hadiah seperti berikut :-

Terbuka
Nett

- 8 hadiah

Gross - 7 hadiah

Jemputan
Nett

- 5 hadiah

Tertutup
Nett

- 3 hadiah

Gross - 3 hadiah

HOLE-IN-ONE

Sebuah Apartment, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan satu unit PC
Komputer Penthium III akan dimenangi, jika mana-mana pemain yang dapat
membuat pukulan HOLE-IN-ONE pada PAR 3. Sekiranya ,pemenang lebih
daripada seorang, maka hadiah tersebut akan dibahagi sama rata.

(Whoever striking the HOLE-IN-ONE once shall constitute a share and a player
striking the HOLE-IN-ONE more than once during the championship shall be
accorded the corresponding number of shares)

Peserta pertandingan tidak dibenarkan untuk memenangi lebih daripada satu hadiah
bagi Acara Utama ( Main Events). Kecuali hadiah-hadiah tambahan seperti HOLEIN-ONE dan BULLS EYE.

BULLS EYE
Sekiranya lebih daripada seorang pemenang ( Strike ), maka pembahagiannya sama
rata.(A player striking the Bulls Eye more than once in the same round shall be
accorded the corresponding number of shares ).

HADIAAH TEKNIKAL/NOVELTIES

Nearest to the pin


Ria Resort
Nearest to the line

Penginapan satu malam + sarapan pagi di Rasa Ria


Sumbangan Dalit Bay Golf and Country Club.

Satu dozen bola golf Sumbangan Dalit Bay Golf and

Resort
Longest Drive
Country Club.

9.

Penginapan satu malam + sarapan pagi di Rasa


Sumbangan Dalit Bay Golf and Country Club.

BOLA GOLF YANG DIBENARKAN

Jenama bola yang digunakan hendaklah yang telah disahkan oleh USGA dan berukuran tidak
kurang 1.68 inci garis pusat lintang (diameter).

*Denda

- jika melanggar peraturan tersebut ialah DISKUALIFIKASI.

10.

CUACA

Jika keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk meneruskan permainan disebabkan hujan lebat,
pemberitahuan menggunakan bunyi siren yang panjang akan dibuat. Bila mana terdengar
bunyi
siren tersebut, semua pemain dikehendaki menandakan bola dan balik ke Rumah
Kelab dan tunggu sehingga ada arahan lanjut dari Ahli Jawatankuasa Penganjur. Jika
keadaan cuaca terus tidak berubah untuk membolehkan permainan diteruskan,
keputusan untuk menangguhkan permainan akan dibuatoleh Ahli Jawatankuasa Kecil
Panel Pengadil dan Peraturan Permainan.

11.

INTERPRETASI

Ahli Jawatankuasa Kecil Panel Pengadil dan semua peraturan yang dibuat adalah
satu-satunya kuasa mutlak dalam interpretasi kepada keadaan keseluruhan Peraturan
Kejohanan Pertandingan ini dan keputusan yang akan dibuat adalah muktamad.

12.

MELAMBAT-LAMBATKAN PERMAINAN

Masa untuk menghabiskan permainan ( pertandingan ) telah dihadkan 4 jam bagi 18


lubang.
Course Marshall yang ditugaskan telah diberi kuasa untuk menegur mana-mana
pemain dalam kumpulannya untuk mempercepatkan permainan. Jika gagal, denda
akan diberikan keatas pemain tersebut.

13.

SYARAT PERMAINAN

Semua acara Pertandingan Golf mestilah menepati Peraturan-Peraturan USGA dan PeraturanPeraturan setempat bagi Kelab DBGCC. Kejohanan Golf ini telah ditetapkan secara
System 36/Stroke Play bagi 18 lubang. Juara bagi kejohanan Golf ini akan ditentukan
dengan jumlah pukulan NETT yang terendah sekali bagi 18 lubang. Manakala yang kedua
terendah adalah pemenang naib-juara dan seterusnya.

Jika terdapat persamaan jumlah pukulan bagi acara ini ( Handicap Event )dan untuk
menentukan tempat-tempat pemenang, maka penentuannya telah ditetapkan secara
Countback.

14.

LOCAL RULES

The game of Golf will be played in accordance with the rules currently adopted by the Royal
and Ancient Golf Club of St. Andrews, the USGA and the rules of Dalit Bay Golf and
Country Club.

SELAMAT BERTANDING

You might also like