Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pendidikan merupakan elemen terpenting bagi sesebuah negara dalam mencorak hala tujunya.

Ini kerana melalui pendidikan, sesebuah negara dapat melahirkan rakyat yang berkualiti tinggi
dan dapat menyumbangkan jasa kepada negara. Pernyataan ini menjadi rujukan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dalam penetapan matlamat mereka iaitu untuk menghasilkan satu
sistem pendidikan yang bermutu dan bertaraf dunia demi merealisasikan potensi individu
sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia (KPM, 2001).
Salah satu daripada usaha kerajaan untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai kualiti
yang tinggi adalah dengan memperkenalkan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah. Sejarah
merupakan mata pelajaran yang penting kerana ia dapat membantu menerapkan nilai-nilai
patriotisme dalam kalangan murid. Malah, ia juga dapat meningkatkan pengetahuan pelajar
mengenai asal-usul Malaysia dan dapat memberi iktibar daripada peristiwa-peristiwa lampau.
Hasil daripada pemerhatian di sekolah praktikum pengkaji iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan
Stella Maris (M), kebanyakan murid sukar mengingat kembali fakta-fakta yang telah dipelajari
dalam matapelajaran Sejarah. Pengkaji ditugaskan mengajar Sejarah bagi kelas 5 Kamil, 5
Harmoni dan 4 Mulia. Murid-murid 5 Kamil dikategorikan sebagai murid-murid yang cemerlang
dalam akademiknya di SRK Stella Maris (M). Jadi, semasa pengkaji berhadapan dengan muridmurid 5 Kamil, tidak banyak masalah yang melibatkan pembelajaran dan juga disiplin berlaku.
Semua murid dalam kelas ini terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan
dan kemahiran serta semuanya boleh membaca dan menulis dengan baik. Sepanjang pengkaji
mengajar kelas 5 Kamil, murid sangat aktif dalam pembelajaran mereka serta murid aktif
menawarkan diri dalam setiap aktiviti yang telah dirancangkan oleh pengkaji. Walaupun
kebanyakan murid dalam kelas ini sangat aktif dalam proses pembelajaran, sampai di akhir
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid-murid menjadi kaku. Apabila pengkaji
menyoal murid-murid tentang isi pelajaran yang telah dipelajri, murid susah untuk mengingat
kembali dan kebanyakan mereka tidak dapat menjawab dengan betul. Kebanyakan murid
terpaksa merujuk kembali nota yang telah dicatat ketika pengkaji menerangkan pada sesi
pengajaran yang sebelumnya. Perkara ini dengan jelasnya menunjukkan bahawa murid-murid
tersebut sukar mengingat kembali fakta-fakta sejarah yang telah dipelajari.
Oleh itu, pengkaji mengambil keputusan untuk menggunakan kata kunci berwarna sebagai
salah satu cara bagi meningkatkan daya ingatan murid-murid terhadap fakta-fakta sejarah yang
telah dipelajari. Menurut Tyler & Marcus Renner (2003), kurikulum ialah sesuatu yang diarah,
dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan
yang ditetapkan. Oleh itu, guru hendaklah menyediakan pelbagai pendekatan, teknik dan
strategi dalam membantu murid-murid melibatkan diri dalam proses PdP dengan lebih aktif.

You might also like