Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

i.

ii.

Pengenalan
Kuala Lumpur atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
ialah ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah
Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 bt persegi),
diduduki 1.63 juta orang mengikut banci tahun 2010.Kuala Lumpur
tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi
sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah
kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang, dan juga kawasan
metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan
penduduk dan ekonomi.

Iklim dan cuaca di Kuala Lumpur, terlindung oleh Banjaran Titiwangsa di timur dan
pulau Sumatera, Indonesia di barat, Kuala Lumpur beriklim hutan hujan tropika yang
panas dan cerah dengan curahan hujan yang lebat sepanjang tahun, terutamanya
ketika musim monsun timur laut dari bulan Oktober hingga Mac.
ii. Objektif
iii. Analisa kandungan
a) Pembangunan
Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang.
Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. 87
pencari gali Cina telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di
daerah Ampang. Ini menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang
keperluan asas kepada pelombong-pelombong untuk mendapatkan
sebahagian dari biji timah. Pedagang membina kedai di kuala sungai Klang
dan Gombak. Oleh kerana itu, sebuah bandar telah dilahirkan.

Jalan Brickfields 1870

1900 - Kuala Lumpur - Sungai Gombak


Pada tahun 1881, berlakunya malapetaka kebakaran besar disusuli banjir
besar, memusnahkan struktur kayu atap bangunan-bangunan Kuala Lumpur.
Residen British di Selangor, Frank Swettenham, bertindak dengan
mewajibkan semua bangunan dibina daripada batu-bata dan jubin sahaja.
Kapitan Yap Ah Loy telah membeli hartanah di sebuah tanah pinggiran kota
dan menyarankan penghasilan batu-bata untuk pembinaan semula kota
Kuala Lumpur.

Tempat tersebut kini dikenali Brickfields. Kesannya, bangunan-bangunan atap


daun nipah telah digantikan batu-bata. Kebanyakan bangunan batu-bata baru
menyerupai rumah kedai di China Selatan, dengan ciri-ciri "kaki lima" dan
juga hasil kemahiran pertukangan kayu Cina, maka menyerlahkan seni bina
eklektik rumah kedai tersendiri yang biasa terdapat di rantau ini.

1890 - Kuala Lumpur - Jalan Ampang


Pengangkutan ke bandar ini dipermudahkan lagi dengan landasan keretapi.
Selepas itu, Kapitan Yap Ah Loy telah membelanja wang sejumlah $20,000
untuk membina jalan raya. Jalan-jalan tersebut merangkumi Jalan Ampang,
Jalan Pudu, Jalan Petaling (Petaling Street) yang kini merupakan arteri utama

kota KL. Sekolah pertama Kuala Lumpur juga diasaskan sekitar masa ini oleh
Kapitan Yap Ah Loy.

1897 - Kuala Lumpur - Sultan Abdul Samad Building


Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, Kuala Lumpur menjadi ibu negara
Persekutuan Tanah Melayu dan bersambung menjadi ibu negara kepada yang
dinamakan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Untuk peristiwa
kemerdekaan, sebuah stadium besar, Stadium Merdeka, dibinakan, di mana
Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman
b) Infrastruktur
Menara Petronas yang direka oleh jurubina Csar Pelli dari Argentina ini,
siap dibina pada tahun 1998 setelah menelan masa tujuh tahun sehingga
menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu disiapkan. Menara ini dibina di
atas tapak lumba kuda Kuala Lumpur. Kedalaman batuan dasar menjadikan
bangunan ini dibina pada tapak yang paling dalam di dunia. Tapak sedalam
120 meter itu memerlukan sejumlah konkrit yang berlebihan untuk dibina
dalam masa 12 bulan oleh Bachy Soletanche.

Tapak pembinaan KLCC pada tahun 1990

Bangunan Stesen Kuala Lumpur gambar pada tahun 1892 , dikenali sebagai
Stesen Residen
Stesen Keretapi Kuala Lumpur merupakan sebuah stesen kereta api yang
terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Selepas siap dibina pada tahun 1910
untuk menggantikan sebuah stesen yang lebih lama pada tapak yang sama,
Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang pertama, digelar sebagai Stesen Residen
stesen ini pernah dijadikan hab kereta api di bandaraya ini bagi Keretapi
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Bahasa Inggeris: Federated Malay States
Railway) dan Keretapi Tanah Melayu, sebelum Kuala Lumpur Sentral
mengambil alih banyak peranannya pada tahun 2001. Stesen ini terkenal
dengan gaya pembinaannya, mempunyai campuran rekaan Barat dan Timur.
Stesen Keretapi Kuala Lumpur merupakan sebuah stesen kereta api yang
terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Selepas siap dibina pada tahun 1910
untuk menggantikan sebuah stesen yang lebih lama pada tapak yang sama,

stesen ini pernah dijadikan hab kereta api di bandaraya ini bagi Keretapi
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Bahasa Inggeris: Federated Malay States
Railway) dan Keretapi Tanah Melayu, sebelum Kuala Lumpur Sentral
mengambil alih banyak peranannya pada tahun 2001. Stesen ini terkenal
dengan gaya pembinaannya, mempunyai campuran rekaan Barat dan Timur.

1960 - Jalan Tun HS Lee


Perbandaran Kuala Lumpur bermula pada sekitar tahun 1884 - Undangundang Bangunan diperkenalkan yang mengkehendaki setiap pemilik
bangunan membina semula bangunan mereka daripada batu bata,
beratapkan genting tanah liat dan mengadakan kaki lima berbumbung di
hadapan rumah kedai di sepanjang jalan. Pembinaan semula bangunan
rumah kedai perlu dibina selari dengan jalan mengikut susun atur yang telah
disediakan. 1886 - Frank Swettenham telah memulakan perancangan
pembinaan jalan keretapi di antara Kuala Lumpur ke Kelang. 1890 - Sanitary
Board ditubuhkan bertanggungjawab untuk mentadbir pasar,
menguatkuasakan pembersihan, membersihkan jalan, lorong,membina
longkang, mendirikan lampu-lampu jalan dan papan-papan tanda serta juga
bertindak untuk mengawal pembangunan bandar 1890 - Jalan keretapi
menghubungi Kuala Kubu dan Sungai Besi siap dibina. Pembinaan jalan
keretapi telah meningkatkan lagi perkembangan ekonomi Kuala Lumpur dan
kawasan sekitarnya kerana ia memendekkan masa perjalanan untuk
mengekspot komoditi timah dan hasil pertanian.

Ibupejabat Polis Bukit Aman pada tahun 1970-an.


Kompleks Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia terletak di Bukit Aman. Di sinilah
juga pejabat Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara dan PengarahPengarah PDRM Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan
Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Jabatan
Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK),
Cawangan Khas dan juga Pasukan Petugas Khas. Dari Bukit Amanlah polisipolisi, arahan-arahan atau perintah-perintah untuk seluruh pasukan polis
digubal dan dikeluarkan. Disamping itu, yang penting lagi ialah letaknya
Pusat Kawalan Malaysia (Malaysia Control Centre - MCC) yang dapat
disifatkan sebagai nadi Negara.
Bukit Aman dulunya dikenali sebagai Bluff Road Hill. Sebelum wujudnya
pasukan polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Bluff Road Hill merupakan Ibu
Pejabat Pasukan Polis Selangor. Kapten H.C. Syers, Penguasa Polis Selangor
telah memindahkan Ibu Pejabat Pasukan Polis Selangor dari Kelang ke Bluff
Road kerana pembangunan yang pesat di Kuala Lumpur di samping adanya
pelbagai kemudahan yang memudahkannya mengawal pasukan polis dengan
lebih berkesan lagi.
iv. Kesimpulan

v. Pembahagian tugas ahli pasukan

Tugas

Pengenal
an

Nama
Radzi
Hakim
Haziq
Suhail
Imran
Roy

Analisa
Objektif

kandung
an

Pembahag
Kesimpul

ian tugas

an

ahli
pasukan

Video

You might also like