Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 67

1.

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran yang amat penting untuk dikuasai
oleh semua individu. Membaca merupakan asas dalam menimba ilmu pengetahuan
dalam kehidupan setiap manusia. Pemantapan penguasaan membaca perlu diberikan
penekanan daripada awal lagi supaya murid-murid tidak menghadapi sebarang
masalah dalam menguasai kemahiran ini. Kemahiran membaca juga merupakan
salah satu aspek pembelajaran bahasa dan kemahiran ini juga merupakan lanjutan
daripada kemahiran mendengar dan bertutur (Kamaruddin Hj Husin, 1993).

Kanak-kanak di awal usia persekolahan perlu didedahkan dengan


pengalaman membaca dan menulis yang sebenar secara bersepadu (Mahzan Arshad,
2003). Murid-murid peringkat prasekolah khasnya perlu diberikan pendedahan awal
sebelum proses transisi ke tahun satu. Kemahiran asas bahasa seperti kemahiran
membaca perlulah dikuasai supaya murid-murid tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Menurut Jamilah Ahmad (1999), menjelaskan bahawa perkembangan bahasa
seseorang kanak-kanak mempunyai pertalian yang rapat dengan pertumbuhan
pemikirannya. Oleh yang demikian pendedahan awal asas bacaan kepada kanakkanak prasekolah perlulah disediakan supaya dapat mengelakkan daripada menjadi
buta huruf.

Proses pembelajaran bahasa sentiasa berterusan dan tiada had batasnya.


Kebanyakan murid-murid akan mempelajari bahasa melalui interaksi dan juga
pengalaman yang dilalui. Menurut Jamilah Ahmad (1999), Kanak-kanak yang berada
di alam persekolahan prasekolah telah mempunyai asas bahasa yang kukuh walaupun
dipengaruhi oleh bahasa ibunda ataupun dialek masing-masing. Menurut Piaget dan
Inhelder (1969), dalam Jamilah Ahmad (1999), turut melihat dari segi pandangan
kognitif di mana beliau berpendapat bahawa kanak-kanak belajar menguasai bahasa
secara berperingkat-peringkat.

Kesimpulannya, membaca adalah aktiviti penting dalam kehidupan manusia.


Melalui pembacaan, mereka akan memperolehi maklumat dan ilmu yang boleh
digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan. Justeru, membaca merupakan satu
proses pembelajaran yang perlu dikuasai oleh setiap individu diperingkat awal lagi.

1.2

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Mengenal huruf kecil a-z adalah asas utama bagi semua murid untuk membolehkan
mereka membaca dan mengenal perkataan dengan betul. Ini adalah kerana mengenal
huruf kecil merupakan asas bagi seseorang murid membaca dan mempelajari sesuatu
pelajaran dengan baik. Mengenal abjad membolehkan murid membaca suku kata,
membaca perkataan, membaca ayat dan membina ayat.

Guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran bagi tunjang bahasa


dan komunikasi iaitu mengenal huruf kecil a-z. Guru meminta murid-murid
membaca huruf kecil a-z dengan menyoal murid-murid untuk memastikan mereka
mengenal huruf yang di sebut. Namun, tidak semua murid dapat mengenal huruf
2

dalam lingkungan a-z. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, guru menyemak
kefahaman murid dalam mengenal abjad dengan menyoal secara lisan berkaitan
huruf a-z. Hasilnya, tidak semua murid dapat menjawab dengan betul.

Masalah mengenal huruf merupakan satu masalah yang dihadapi oleh muridmurid prasekolah yang lambat menguasai kemahiran membaca. Ini akan
menimbulkan masalah kepada murid tersebut apabila mereka melangkah kaki ke
tahun satu nanti. Apabila saya mengajar di dalam kelas, saya akan menggunakan
kaedah soal jawab untuk membuat pemerhatian ke atas murid-murid saya seterusnya
membuat penilaian sama ada mereka telah menguasai huruf atau sebaliknya.

Terdapat beberapa orang murid telah menguasai huruf dengan baik dan telah
dapat membaca ayat-ayat pendek. Permasalahannya ialah masih terdapat segelintir
murid yang masih belum menguasai huruf dengan baik. Apabila saya menyuruh
mereka menyebut huruf kecil murid yang tidak tahu akan menunjukkan reaksi
terpingga-pingga dan ada juga murid akan mengambil masa yang lama untuk
menyebut huruf yang ditunjukkan.

Masalah inilah yang menyebabkan saya memikirkan kaedah yang sesuai


untuk dilaksanakan ke atas murid-murid prasekolah ini agar mereka semua dapat
menguasai abjad lantas arif membaca.

1.3

Refleksi Sorotan Literatur

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat
perhatian di semua peringkat masyarakat kerana ia merupakan pendidikan awal
3

dalam perkembangan hidup seseorang selain pendidikan yang diterimanya di rumah.


Membaca adalah bahagian paling utama dalam proses pendidikan. Rudy Yuniawati
(2008), mengatakan bahawa pada tahap awal perkembangan membaca, kanak-kanak
harus belajar terlebih dahulu mengenal abjad, seperti nama abjad, bentuk huruf
ataupun bunyi yang dihasilkannya.

Arshid Abdullah (2004), menyatakan, akibat dari tidak dapat menguasai


kemahiran membaca, murid ini gagal dalam mata pelajaran yang diajar di sekolah
termasuk mata pelajaran bahasa Melayu. Mok Song Sang (2008), mengatakan faktor
masalah pembelajaran adalah kerana strategi dan kaedah yang digunakan kurang
sesuai dan bahan pengajaran yang digunakan kurang menarik minat murid-murid.

Pendapat Tajul Azhar (2009), menyatakan usaha yang berterusan oleh guru
diperlukan untuk mengatasi masalah menguasai asas dan mengenal abjad. Dengan
itu, Hasnalee (2008), menyatakan guru perlu lebih berfokus kepada murid dan
aktiviti dalam kelas. Sebelum belajar membaca, murd-murid harus terlebih dahulu
pandai mengeja dan mengenal abjad dan ini di sokong oleh Mustain (Sitti Pratiwi,
2009), kaedah mengeja merupakan satu cara mengajar membaca dengan
memperkenalkan abjad satu persatu terlebih dahulu dalam melafazkan bunyinya,
kemudian menghafalkan bunyi rangkaian abjad atau huruf menjadi satu suku kata.

Alam persekolahan prasekolah merupakan satu proses transisi yang


disediakan khusus kepada murid-murid berumur lima dan enam tahun sebelum
memasuki alam persekolahan formal. Walau bagaimanapun, diantara murid-murid itu
sendiri, mereka mempunyai kemahiran dan kecerdasan yang pelbagai. Menurut

Piaget dalam Abdul Aziz (2000), faktor yang menentukan cepat atau lambatnya
kanak-kanak menguasai perkembangan bahasa ialah dipengaruhi oleh faktor
keturunan atau baka, interaksi sosial dan juga interaksi dengan alam sekitar.

Masalah berkaitan dengan kegagalan murid menguasai kemahiran membaca


juga dikaji oleh Charlotte J Bolling (2008), dalam artikelnya yang bertajuk
Reading Success In The Intervension Classroom, dalam artikel tersebut, beliau
menyatakan masalah kegagalan membaca menjadi semakin serius jika tiada langkah
sistematik dilakukan ke atas subjek. Kajiannya mendapati bahawa masalah membaca
memang timbul pada murid lemah dan mereka memerlukan lebih tumpuan daripada
gurunya.

Kajian yang dibuat oleh Holly M Menzies (2007), yang dipetik dari Hasnelee
(2008), dalam jurnal yang bertajuk Early Intervention In Reading : From Research
To Practice mendapati bahawa ada peningkatan sebanyak 75% murid semakin
boleh membaca jika mereka diberikan kaedah rawatan yang betul.

Statistik yang dipetik dari laman web memberikan kita pendedahan kepada 60
peratus pelajar tahap satu di sekolah seluruh negara masih belum dapat menguasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Ahli-ahli akademik
menyatakan mereka sangat terkejut dengan pendedahan tersebut dan berharap satu
tindakan yang serius dan komprehensif perlu diambil oleh kerajaan bagi mengatasi
masalah itu. Hal ini menunjukkan, masalah kemahiran membaca, menulis dan
mengira menjadi masalah dalam kalangan murid-murid sekolah sehingga

menyebabkan prestasi akademik mereka merosot. Keadaan ini juga menjadi satu
tanggungjawab kepada guru untuk mengatasi masalah ini daripada terus berlarutan.

Staiager dan O. Anderson (1968), yang dipetik dari Mazlina (2010),


memberikan gambaran bahawa reading is a key to communication and contributes
to the solution of world problems of poverty and animosity. Oleh hal yang demikian,
guru hendaklah menggunakan pendekatan yang sesuai supaya asas kemahiran
membaca dapat dibentuk sebelum memasuki persekolahan formal.

Berdasarkan sorotan literaturs dan kajian yang lalu satu kajian harus dibuat
bagi mengatasi masalah murid mengenal dan menyebut huruf kecil supaya proses
pembelajaran murid berjalan dengan lancar. Apabila murid tidak dapat menguasai
kemahiran mengenal dan menyebut, maka dengan sendirinya murid tidak dapat
menguasai kemahiran membaca. Situasi ini akan menyebabkan murid akan tertinggal
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh hal yang demikian, pengkaji menggunakan pendekatan yang sesuai


supaya asas kemahiran membaca dapat dibentuk sebelum memasuki persekolahan
formal. Maka kaedah ansur maju KALAM yang cuba diketengahkan dalam
pengkajian ini diharap dapat menjadi satu kaedah bagi membantu murid menguasai
abjad lantas arif membaca.

2.0

FOKUS KAJIAN

Walaupun pengkaji mendapati murid-murid prasekolah ada yang masih belum


mengenal nombor, tetapi pengkaji hanya akan memfokuskan kepada masalah
mengenal abjad seterusnya dapat membaca ayat pendek. Antara masalah yang timbul
dalam menguasai abjad adalah mereka tidak boleh mengenal dan mengecam huruf.
Murid-murid yang lemah ini hanya boleh menyebut huruf melalui kaedah hafalan
lagu, tetapi murid-murid tidak dapat mengenal dan mengecam huruf dengan baik
apabila ditanya secara rawak.

2.1

Tinjauan Masalah

Pengkaji telah menjalankan pengajaran di dalam kelas Prasekolah Ibnu Qayyim di


Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang Kuala Terengganu. Dalam pengajaran yang
telah dijalankan, pengkaji menghadapi masalah apabila terdapat beberapa orang
murid yang masih belum mengenal dan menyebut huruf dengan baik walaupun sudah
berusia enam tahun. Dalam menjalankan kajian tindakan ini, fokus kajian
ditumpukan kepada masalah yang dihadapi oleh pengkaji ketika menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan kepada pemerhatian yang lalu masalah yang dihadapi oleh


beberapa orang murid prasekolah Ibnu Qayyim ialah berkaitan dengan kemahiran
mengenal dan menyebut huruf. Masalah yang dihadapi ini dianggap serius
7

memandangkan hal ini berkait rapat dengan asas bacaan. Sekirannya keciciran dalam
pelajaran ini tidak diatasi, ia akan memberikan impak yang besar kepada murid
apabila memasuki alam persekolahan formal.

Pada pandangan pengkaji, masalah murid-murid prasekolah tidak dapat


menguasai dan menyebut huruf haruslah diatasi sebelum murid-murid ini memasuki
tahun satu. Masalah ini dianggap penting kerana ia akan memberikan kesan kepada
prestasi sekolah dan juga pencapaian murid-murid dalam pelajaran. Masalah ini juga
penting untuk diatasi kerana prasekolah merupakan tapak pembelajaran asas dalam
proses transisi ke tahun satu.

Melalui ujian pra yang dilakukan pada peringkat awal, murid-murid ini
didapati boleh menyebut huruf mengikut turutan sahaja, tetapi apabila diminta untuk
menyebut huruf secara rambang dan ditunjuk bentuk huruf, murid-murid didapati
menyebut secara salah dan masih lagi tidak mengenal huruf tersebut. Melalui ujian
pra ini juga, seorang murid mengalami masalah mengenal huruf yang ketara di mana
hanya memperolehi 3 markah daripada 26 markah penuh. Sekiranya masalah ini
tidak diatasi dengan cepat, sudah pasti akan memberikan masalah kepada muridmurid untuk menguasai kemahiran membaca.

Masalah membaca yang dihadapi oleh sesetengah murid-murid juga boleh


diatasi apabila ibu bapa dan guru memainkan peranan masing-masing. Asas bacaan
boleh diasah dan dipupuk sendiri oleh ibu bapa memandangkan mereka merupakan
insan yang paling dekat dengan anak-anak mereka. Namun kesibukan ibu bapa juga
merupakan salah satu faktor berlakunya keciciran murid-murid dalam pelajaran.
Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa sangat diperlukan sebagai penyuntik
8

semangat kepada murid-murid untuk sentiasa belajar dengan yakin. Sebagai guru,
penyediaan kelas yang kondusif serta boleh meransang pembelajaran kanak-kanak
amat diperlukan.

2.2

Analisis Tinjauan Masalah

Fokus kajian pengkaji ialah berkaitan masalah mengenal dan menyebut huruf dalam
kalangan murid-murid Prasekolah Ibnu Qayyim. Masalah ini memang wujud dalam
kalangan murid-murid prasekolah dan masalah mengenal huruf ini akan mengganggu
proses pengajaran sekiranya tidak diatasi dengan segera. Tinjauan masalah ini
dikenalpasti terlebih dahulu adalah bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Tinjauan
masalah ini telah dijalankan melalui beberapa langkah iaitu melalui pemerhatian,
ujian lisan, senarai semak dan ujian pra.

2.2.1

Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa proses pengajaran di dalam kelas, muridmurid yang dikenalpasti didapati tidak dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya
dalam pembelajaran. Mereka juga didapati susah untuk mengingat dan mengecam
setiap abjad yang ditunjukkan.

Pengkaji juga mendapati bahawa tempoh murid-murid ini untuk mengingat


adalah dalam tempoh yang amat singkat. Apabila disoal, murid-murid akan
menjawab dengan jawapan yang tidak tepat.

2.2.2

Ujian Pra

Dalam membuat tinjauan masalah ini, pengkaji telah membuat beberapa ujian untuk
mengenal pasti tahap dan kebolehan murid-murid. Pengkaji telah menjalankan ujian
pra. Melalui ujian pra ini, pengkaji mendapati murid-murid hanya boleh menyebut
huruf-huruf melalui kaedah hafalan lagu, tetapi murid-murid tidak dapat mengenal
dan menyebut huruf dengan baik apabila ditanya secara rawak.

Masalah ini dapat dikesan apabila pengkaji meminta murid-murid untuk


menyebut huruf yang ditunjukkan. Respon yang diberikan daripada murid-murid
menandakan mereka belum menguasai kemahiran mengenal huruf dengan baik.
Melalui ujian ini juga, murid-murid dilihat mengalami masalah untuk mengingat
huruf dalam jangka masa yang panjang.

2.2.3

Senarai semak

Senarai semak digunakan bertujuan untuk melihat pemahaman dan ingatan muridmurid terhadap apa yang telah dipelajari. Senarai semak ini digunakan semasa ujian
lisan dijalankan. Melalui ujian lisan, murid-murid didapati tidak dapat menyebut
huruf yang ditunjukkan secara rawak. Data yang diperoleh semasa ujian lisan akan
ditandakan dalam borang senarai semak. Melalui soalan yang diajukan, pengkaji
mendapati murid-murid akan mengalami masalah tertukar huruf apabila disoal
banyak kali. Di sini, didapati konsep pengekalan dan pengamatan murid-murid
terhadap pembelajaran tidak berkembang dengan baik.

10

Pada pandangan pengkaji, masalah berkaitan kemahiran mengenal dan


menyebut huruf hendaklah diselesaikan kerana ia akan memberi kesan untuk jangka
masa yang panjang. Selain kesan jangka panjang, hal ini turut mempengaruhi prestasi
sekolah.

Bagi membantu murid-murid yang telah dikenalpasti, pengkaji akan


menggunakan kaedah ansur maju KALAM sebagai satu kaedah bagi membantu
murid-murid tersebut. Secara tidak langsung, ia dapat mengesan sejauh mana
keberkesanan kaedah ini dalam membantu murid-murid yang lambat menguasai
kemahiran mengenal dan menyebut huruf.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

11

3.1

Objektif Kajian

Selepas selesai kajian ini, diharapkan murid-murid prasekolah dapat mencapai


objektif berikut:

a) Objektif Umum
Meningkatkan peratus murid-murid supaya dapat menguasai kesemua huruf
kecil.

b)

Objektif Khusus
Pada akhir kajian diharap murid-murid prasekolah dapat :
i)
Mengenal dan menyebut semua huruf kecil menggunakan kaedah
ansur maju KALAM.
ii)

Mengenal dan menyebut setiap huruf kecil dengan mengikut urutan


dan juga secara rawak menggunakan kaedah ansur maju KALAM.

iii)

Membantu meningkatkan prestasi murid dan mengurangkan masalah


pembelajaran

dalam

mengenal

dan

menyebut

huruf

kecil

menggunakan kaedah ansur maju KALAM.

3.2

Persoalan Kajian

i) Adakah murid dapat menyebut dan mengenal semua huruf kecil menggunakan
kaedah ansur maju KALAM?
ii) Bagaimanakah murid dapat menyebut dan mengenal setiap huruf kecil yang
ditunjuk sama ada secara turutan atau rawak menggunakan kaedah ansur
maju KALAM?

12

iii) Sejauh manakah masalah pembelajaran murid dapat dikurangkan seterusnya


membantu meningkatkan prestasi murid dalam menyebut dan mengenal huruf
kecil menggunakan kaedah ansur maju KALAM?

3.3

Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini amat berguna kepada guru-guru bagi mengenal pasti apakah
kaedah dan pendekatan pengajaran yang dapat mempengaruhi tahap penguasaan
mengenal dan menyebut huruf dalam kalangan murid-murid prasekolah. Dengan ini
guru dapat menyediakan persekitaran yang bersesuaian dan kondusif agar dapat
meransang proses membaca di peringkat awal murid-murid di sekolah.

Dengan adanya kajian ini, ianya merupakan satu sumbangan yang besar
dalam membantu bidang pendidikan awal kanak-kanak menguasai huruf abjad.
Kajian ini menjadi landasan bagi membolehkan kajian-kajian seterusnya dalam
kemahiran bacaan dijalankan secara berterusan di Malaysia.
Kajian ini juga penting bagi meningkatkan prestasi murid-murid dalam
pembelajaran dan membantu mencari penyelesaian kepada masalah membaca dalam
kalangan murid-murid melalui penggunaan pendekatan pengajaran yang sesuai.
3.4

Definisi Operasional

3.4.1

KALAM

KALAM merupakan akronim bagi Kuasai Abjad Lantas Arif Membaca. Pengkaji
telah mengadaptasi kaedah ansur maju KALAM dengan menjadikannya sebuah
percetakan ilmiah dalam bentuk sebuah buku yang dinamakan buku KALAM. Buku
KALAM ini mengandungi 27 halaman bercetak termasuk kulit hadapan. Setiap
13

helaian muka surat (1-25) mengandungi huruf kecil yang telah disusun secara rawak
dengan huruf yang difokuskan. Huruf yang difokuskan diletakkan dibahagian atas.
Manakala helaian muka surat 26 mengandungi huruf kecil yang disusun secara
turutan menaik a-z dan turutan menurun z-a.
Buku KALAM ini dicetak dengan pelbagai warna bagi menarik minat murid
mengenal dan menyebut huruf kecil seterusnya boleh memotivasikan murid untuk
terus menggunakannya. Huruf-huruf kecil yang terdapat di dalam buku KALAM ini
juga telah diwarnakan dengan dwiwarna. Huruf yang difokuskan diwarnakan dengan
warna merah manakala huruf yang lain berwarna hitam. Selain itu, buku KALAM
ini mudah dan senang digunakan serta mesra pengguna.
3.4.2

Kaedah

Kaedah ansur maju KALAM yang digunakan di dalam buku KALAM adalah kaedah
mengenal dan menyebut huruf kecil a hingga zsecara ansur maju. Setiap helaian
muka surat, huruf yang difokuskan disusun secara rawak dan berulangkali. Bahagian
bawah muka surat huruf disusun secara turutan menaik. Bahagian akhir muka surat
buku KALAM, huruf kecil disusun secara turutan menaik a hingga z dan turutan
menurun z hingga asebagai aktiviti pengukuhan.
3.4.3

Proses Pembelajaran

Menurut Kamus Dewan (2005), pembelajaran ialah proses belajar dan menerima
pengetahuan daripada pengajaran guru. Melalui pembelajaran secara formal seorang
kanak-kanak akan mengguna dan menajamkan deria penglihatan, pendengaran, rasa,
hidu dan sentuh. Mereka juga dapat berinteraksi dengan alam sekitarnya sesuai
dengan minat dan daya kreatif mereka.
3.4.4

Murid Prasekolah

14

Murid prasekolah yang dimaksudkan adalah mereka yang berusia antara tiga hingga
enam tahun. Mereka biasanya mengikuti program prasekolah dan kinderganten,
umumnya mereka mengikuti program Taman Asuhan Murid-Murid (3 bulan 5
bulan) dan kelompok bermain (usia 3 tahun), sedangkan pada usia empat hingga
enam tahun biasanya mereka mengikuti program Taman Didikan Murid-Murid.
Menurut

teori

Eric

Ericsson

yang

membincangkan

perkembangan

tingkahlaku seseorang dengan berperingkat pada perkembangan psikososial umur 01 tahun, berada pada tahap oral sensori dengan krisis emosi antara trust versus
mistrust, umur 3-6 tahun, mereka berada dalam tahap dengan krisis autonomy
versus shame & doubt (2-3 tahun). initiative versus guilt (4-5 tahun) dan tahap usia
umur 6-11 tahun mengalami krisis industry versus inferiority.
Perkembangan daripada tahap sensorimotor (0-2 tahun), praoperasi (2-7
tahun), operasi konkrit (7-12 tahun), dan operasi formal (12-15 tahun), maka
perkembangan kognitif murid prasekolah berada pada tahap praoperasi.
3.5

Batasan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah ansur maju KALAM
dalam meningkatkan kemahiran mengenal dan menyebut huruf dalam kalangan
murid-murid prasekolah. Data kajian ini diperoleh di Prasekolah Ibnu Qayyim,
Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Seramai 25 orang murid
Prasekolah Ibnu Qayyim terlibat dan subjek kajian dipilih melalui cara pelaksanaan
ujian pra dan pemerhatian pengkaji itu sendiri. Subjek kajian adalah mereka yang
terdiri daripada murid prasekolah Ibnu Qayyim yang mengalami masalah dalam
prabacaan iaitu menguasai abjad a hingga z. Kajian ini juga terbatas dari segi
masa. Dapatan kajian ini hanya boleh digunapakai oleh sekolah ini sahaja dan tidak
boleh mewakili keseluruhan murid-murid di sekolah-sekolah Terengganu.

15

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dilaksanakan terhadap murid-murid prasekolah kelas Prasekolah Ibnu


Qayyim Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang. Sekolah ini terletak di kampung Teluk
Ketapang di daerah Kuala Terengganu. Kajian ini melibatkan sasaran yang terdiri
daripada 25 orang murid prasekolah yang berbangsa Melayu. Kumpulan sasaran ini
terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan di kelas
Prasekolah Ibnu Qayyim Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang, Kuala Terengganu.
Muridmurid prasekolah ini terdiri daripada pelbagai latar belakang dengan pelbagai
tahap kecerdasan.
Bagi menjalankan kajian tindakan ini, seramai lima orang murid telah dipilih.
Murid ini terdiri daripada tiga orang lelaki dan dua orang perempuan. Subjek Kajian
untuk kajian ini dipilih berdasarkan pencapaian dalam ujian pra yang dilakukan dan
juga semasa sesi soal jawab semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

16

5.0

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1

Prosedur Tindakan

Sebelum memilih model kajian tindakan dalam perancangan tindakan , pengkaji


telah meneliti beberapa model kajian tindakan yang sesuai dengan kajian tindakan
yang ingin dijalankan. Pengkaji telah meneliti dan membuat keputusan untuk
memilih dan membuat kajian tindakan menggunakan perancangan tindakan
mengikut Model Kajian Tindakan yang telah dibangunkan oleh Kemmis &
McTaggart (1988). Mengikut model ini, kajian tindakan

yang dilaksanakan

terbahagi kepada empat langkah iaitu pertama mereflek (reflect), kedua merancang
(plan), ketiga bertindak (action) dan keempat memerhati (observe).

Rajah 1 : Model konseptual kajian


Rasional pengkaji memilih Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart
(1988), ini adalah kerana pengkaji terlebih dahulu perlu membuat refleksi dalam
mencari permasalahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku agar
permasalahan itu dapat diatasi menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Melalui
tinjauan refleksi yang telah dibuat oleh pengkaji didapati bahawa terdapat murid
17

yang mengalami masalah mengenal huruf kecil a hingga z dan permasalahan ini
dikesan berdasarkan refleksi lepas yang mengaitkan masalah murid prasekolah dalam
menguasai prabacaan. Selepas itu, barulah pengkaji dapat menyediakan dan
membuat satu rancangan awal yang difikirkan sesuai seperti memilih beberapa
instrumen yang digunakan untuk kajian seperti pemerhatian, ujian lisan (borang
senarai semak) dan ujian pra dalam mengatasi permasalahan yang berlaku semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, dalam perancangan ini pengkaji perlu melaksanakan cara


mengatasi masalah yang berlaku seperti penggunaan kaedah-kaedah tertentu yang
difikirkan sesuai untuk murid prasekolah seperti kaedah ansur maju KALAM.
Setelah semua perancangan telah siap dibina, pengkaji perlu melaksanakan tindakan
yang difikirkan perlu dan sesuai dengan murid mengikut kaedah-kaedah yang telah
dibina oleh pengkaji. Semasa proses pelaksanaan berlaku, pengkaji perlu membuat
pemerhatian sepanjang proses pelaksanaan untuk memastikan keberkesanan
pelaksanaan tindakan yang dilakukan.

Disamping itu, penggunaan model ini juga menekankan perancangan sebelum


melakukan tindakan. Perancangan sesuatu tindakan adalah penting agar tindakan
yang ingin dilakukan oleh pengkaji berjalan lancar mengikut jadual dan segala
maklumat dan data yang ingin dikumpulkan diperoleh sepenuhnya. Perancangan juga
amat penting dalam memastikan setiap langkah tindakan yang ingin dilakukan oleh
pengkaji sesuai mengikut permasalahan kajian. Perancangan adalah langkah utama
sebelum melaksanakan sesuatu tindakan agar tindakan yang dilakukan oleh pengkaji
sentiasa mengikut landasan dan langkah-langkah yang telah diatur supaya tindakan

18

yang hendak dilakukan itu tidak dikesampingkan menyebabkan kekurangan


maklumat dan data yang diperlukan.

Rasional lain pengkaji memilih Model Kajian Tindakan Kemmis &


McTaggart(1988), adalah kerana model ini juga menekankan pemerhatian selepas
tindakan yang dilakukan dengan cara pengkaji dapat melihat keberkesanan
pelaksanaan tindakan yang dilakukan agar berjalan dengan lancar dan mengikut
kehendak kajian. Ini memberi kelebihan kepada pengkaji untuk melakukan
penambahbaikan dalam tindakan yang dilakukan agar lebih berkualiti dan memberi
kesan yang pascaitif.

Selain itu, pengkaji memilih Model Kajian Tindakan Kemmis &


McTaggart(1988), adalah kerana pengkaji dapat memulakan semula proses kajian
tindakan kepada Gelungan Kedua iaitu mengulangi proses yang sama semula untuk
menjalankan kajian tindakan yang seterusnya sekiranya masalah tersebut tidak dapat
ditangani. Gelungan Kedua dilakukan setelah penambahbaikan dilakukan agar
tindakan seterusnya yang diambil lebih berkualiti dan memberi kesan yang pascaitif.
Dengan itu, pengkaji dapat mengulangi tindakan yang dilakukan dalam menangani
masalah mengenal huruf kecil a hingga z agar tindakan yang diambil dapat
menyelesaikan permasalahan murid dalam mengenal huruf kecil a hingga z.
5.2

Perancangan Tindakan

Kaedah kualitatif dan kuantitatif digunakan dalam pelaksanaan kajian ini. Reka
bentuk kajian adalah merupakan teknik dan kaedah tertentu untuk memperolehi
maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah. Kajian yang dijalankan
adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran mengenal huruf dalam
19

kalangan murid-murid prasekolah. Sepanjang menjalankan kajian ini, beberapa


faktor yang mempengaruhi pembelajaran turut dikaitkan.

Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini, pengkaji telah merangka langkahlangkah yang perlu dilakukan supaya pengkaji tidak melakukan sebarang kesalahan
dalam menjalankan pengutipan data.

Langkah yang akan dilaksanakan sepanjang kajian ini adalah dengan


mengikut Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart(1988), seperti gambar rajah
2 disebelah:

LANGKAH 1 : MEREFLEK
Membuat tinjauan masalah :

Membuat pemerhatian
Kenal pasti masalah

LANGKAH 4 : MEMERHATI

LANGKAH 2 : MERANCANG

Analisis pencapaian :

Mengumpul data :

Ujian pasca 1, ujian lisan,

senarai semak
Ujian

Ujian lisan, senarai semak,


ujian pra
Pilih subjek kajian
20

LANGKAH 3 : BERTINDAK
Intervensi :

Menggunakan kaedah KALAM


Ujian pasca 1

Gelung pertama
LANGKAH 5 : MEREFLEK
Kenal pasti masalah :

Analisis data

LANGKAH 8 : MEMERHATI

LANGKAH 6 : MERANCANG

Analisis pencapaian :

Ulang perancangan :

Ujian pasca 2, ujian lisan,

Ujian lisan, senarai semak

senarai semak
Ujian
LANGKAH 7 : BERTINDAK
Intervensi kedua :

Gelung kedua

Menggunakan kaedah KALAM


Ujian pasca 2
Rajah 2 :

Langkah Kajian mengikut Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988)
5.2.1

Langkah 1 : Membuat tinjauan masalah

Ini merupakan langkah yang paling awal dilakukan dalam perancangan tindakan
kajian. Tinjauan masalah ini adalah bertujuan untuk mencari masalah dalam kalangan
murid-murid prasekolah. Oleh hal yang demikian, satu sesi refleksi telah dilakukan

21

untuk menganalisa dan mengenalpasti masalah yang berlaku. Tinjauan masalah ini
dilakukan melalui pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

5.2.2

Langkah 2 : Menjalankan ujian pra untuk mengumpul data awal

Setelah masalah dikenalpasti, pengkaji merangka satu bentuk ujian untuk membuat
ujian saringan di peringkat awal dalam kalangan murid prasekolah. Ujian pra
dilakukan sebagai langkah pertama dalam membuat kajian. Ujian pra adalah
bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemahiran mengenal dan menyebut huruf kecil
dalam kalangan murid dan untuk mencari murid yang lemah untuk dijadikan subjek
kajian dalam kajian ini.

Dalam ujian pra ini, murid dikehendaki menyebut huruf kecil yang ditunjukkan
secara rawak menggunakan kad huruf kecil yang disediakan pengkaji. (rujuk
lampiran A). Dalam langkah ini juga pengkaji menggunakan borang ujian (rujuk
lampiaran B). Maklumat yang diperoleh akan dipindahkan ke borang kemahiran
mengenal huruf kecil (rujuk lampiran C) untuk ditanda pada ruang huruf yang telah
dikuasai murid-murid. Disamping itu pengkaji turut menggunakan borang senarai
semak ( rujuk lampiran D) bagi melihat keberkesan kaedah ansur maju KALAM
yang digunakan. Melalui ujian pra ini pengkaji akan memilih murid yang belum
menguasai kemahiran mengenal dan menyebut huruf untuk menjalani sesi rawatan
seterusnya menjadi subjek kajian kepada pengkaji. Pemilihan subjek kajian
berdasarkan markah yang diperoleh mengikut skala menguasai kemahiran huruf yang
ditetapkan oleh pengkaji iaitu, (0-12 markah - belum menguasai) dan (13-26 markah
- telah menguasai).

22

5.2.3

Langkah 3 : Intervensi

Subjek kajian diperkenalkan dengan pengajaran mengenal huruf kecil menggunakan


kaedah ansur maju KALAM. Melalui kaedah ini, pengkaji akan mengambil masa
setiap hari 15-20 minit bagi mengukuhkan pemahaman subjek kajian dalam
mengenal huruf kecil. Untuk itu pengkaji akan menggunakan masa Kurikulum Khas
Pintar Quran (KKPQ) pada awal pagi, masa sebelum rehat dan sebelum balik untuk
membuat sesi pengukuhan kepada subjek kajian dalam mengenal huruf kecil.

Subjek kajian membaca buku KALAM (rujuk lampiran E) yang dimulakan


dengan mengenal abjad. Kaedah bacaan yang digunakan di dalam buku KALAM
adalah kaedah mengenal dan menyebut huruf kecil a hingga zsecara ansur maju.
Setiap helaian muka surat, huruf yang difokuskan disusun secara rawak dan
berulangkali. Bahagian bawah muka surat huruf disusun secara turutan menaik.
Bahagian akhir muka surat buku KALAM, huruf kecil disusun secara turutan menaik
a hingga z dan turutan menurun z hingga asebagai aktiviti pengukuhan.
Intervensi ini adalah bertujuan memberikan pengukuhan dan untuk melihat
perbezaan pencapaian subjek kajian dalam ujian pra dan ujian pasca.
5.2.4

Langkah 4 : Ujian pasca 1

Menjalankan ujian pasca 1 ialah merupakan langkah terakhir yang dilakukan oleh
pengkaji dalam melaksanakan kajian ini dalam gelungan pertama. Ujian ini
dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid setelah dilaksanakan sesuatu
kaedah atau program bagi melihat tahap pencapaian dan keberkesanan kaedah atau
program yang dilaksanakan itu.
23

5.2.5 Langkah 5 : Kenal pasti masalah

Satu sesi refleksi telah dilakukan untuk menganalisis pencapaian subjek kajian.
Hasilnya

terdapat

peningkatan

berlaku

kepada

semua

subjek

kajian.

Walaubagaimanapun pengkaji masih belum berpuas hati tahap pencapaian subjek


kajian kerana masih terdapat dua orang subjek kajian yang belum melepasi skala
menguasai kemahiran mengenal huruf iaitu 13 markah. Oleh hal yang demikian,
pengkaji akan mengulangi sesi rawatan kali kedua.

5.2.6 Langkah 6 : Merancang pengumpulan data

Pengkaji akan menjalankan sesi ujian lisan dengan menggunakan borang kemahiran
mengenal huruf dan borang senarai semak bagi mendapatkan data terkini pencapaian
yang diperoleh dalam ujian pasca 2.

5.2.7 Langkah 7 : Intervensi kedua

Subjek kajian diperkenalkan dengan pengajaran mengenal huruf kecil menggunakan


kaedah ansur maju KALAM untuk kali kedua. Pengkaji akan menggunakan masa
Kurikulum Khas Pintar Quran (KKPQ) pada awal pagi, masa sebelum rehat dan
sebelum balik untuk membuat sesi pengukuhan murid-murid dalam mengenal huruf

24

kecil. Melalui kaedah ini, pengkaji akan mengambil masa setiap hari 15-20 minit
bagi mengukuhkan pemahaman subjek kajian dalam mengenal huruf kecil. Subjek
kajian membaca buku KALAM yang dimulakan dengan mengenal abjad mengikut
pencapaian subjek kajian pada ujian pasca 1. Intervensi ini adalah bertujuan
memberikan pengukuhan dan untuk melihat perbezaan pencapaian subjek kajian
dalam ujian pra dan ujian pasca 2.

5.2.8 Langkah 8 : Ujian pasca 2

Menjalankan ujian pasca 2 adalah merupakan langkah terakhir yang dilakukan oleh
pengkaji dalam melaksanakan kajian ini dalam gelungan kedua. Ujian ini dijalankan
bertujuan untuk melihat pencapaian murid setelah dilaksanakan sesuatu kaedah atau
program bagi melihat tahap pencapaian dan keberkesanan kaedah atau program yang
dilaksanakan itu.

Sebagai seorang pengkaji, jadual perlaksanaan tindakan telah disediakan


lebih awal. Ini bertujuan untuk memastikan segala proses yang dilakukan dalam
kajian ini berjalan dengan lancar dan sistematik. Berikut adalah jadual perancangan
tindakan yang telah disediakan oleh pengkaji (rujuk jadual 1).
Jadual 1: Perancangan Tindakan

Bil

Aktiviti

Tarikh

1
2

Mendapat soalan kajian tindakan daripada pensyarah


Memilih dan mencari masalah untuk kajian melalui

Pelaksanaan
Mac
Mac

pemerhatian semasa PdP


Membuat analisis daripada refleksi untuk kajian

Catatan

April
25

4
5
6

Membuat dan mencari fokus kajian


Mengumpul maklumat berkaitan dengan kajian
Ujian Pra

Jun
Julai
Ogos

Membuat ujian rawak dalam mengenal huruf a-z


7
8
9
10
11
12
13

Mengenalpasti dan memilih subjek kajian


Menjalankan intervensi
Ujian Pasca 1
Menjalankan intervensi 2
Ujian Pasca 2
Menganalisis data
Menulis laporan kajian
Membentangkan hasil kajian

6.0

CARA PENGUMPULAN DATA

6.1

Instrumen Kajian

September
September
September
September
Oktober
Oktober
November

Sepanjang menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji telah membuat beberapa


rujukan berkaitan dengan pemilihan instrumen yang sesuai digunakan. Instrumen
yang digunakan amat penting bagi memastikan data yang diperoleh tepat dan
memudahkan pengkaji mengutip data. Untuk kajian ini, pengkaji telah memilih
instrumen seperti yang berikut :

6.1.1

Ujian Pra

26

Ujian pra diberikan kepada subjek kajian sebelum proses intervensi dijalankan.
Ujian ini dijalankan kepada semua murid yang terlibat untuk mengetahui sejauh
mana mereka dapat menguasai kemahiran mengenal dan menyebut huruf kecil pada
peringkat asas. Dalam ujian pra ini, murid-murid dikehendaki menyebut setiap huruf
kecil yang ditunjukkan oleh pengkaji secara rawak.

Dapatan daripada ujian pra dapat membantu pengkaji menganalisis


kemahiran mengenal huruf yang telah dikuasai oleh subjek kajian. Oleh hal yang
demikian, beberapa tindakan boleh dikenalpasti bagi memulihkan murid-murid ini.

6.1.2

Senarai Semak

Borang senarai semak digunakan oleh pengkaji semasa menjalankan sesi ujian lisan
terhadap subjek kajian. Melalui borang senarai semak ini juga, pengkaji akan
mencatat setiap respon yang diberikan oleh subjek kajian dalam borang yang
disediakan.

6.1.3

Ujian Pasca

Ujian pasca diberikan kepada subjek kajian setelah proses rawatan selesai dijalankan.
Subjek kajian dikehendaki menjawab soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Perbezaan pencapaian antara ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk mengesan
kemajuan dan pencapaian subjek kajian.

27

6.2

Kesahan dan Kebolehpercayaan Data

6.2.1

Ujian Pra

Semua murid wajib menjalani ujian pra yang disediakan oleh pengkaji bagi melihat
pencapaian semua murid dalam kemahiran mengenal huruf. Murid-murid akan
diberikan markah bagi setiap penilaian yang dijalankan. Markah yang diperoleh
mengikut skala menguasai kemahiran huruf yang ditetapkan oleh pengkaji adalah,
(0-12 markah - belum menguasai) dan (13-26 markah - telah menguasai). Muridmurid yang mendapat markah yang kurang daripada 13 akan dijadikan subjek kajian.

6.2.2

Ujian Pasca

Ujian Pasca merupakan ujian yang dijalankan selepas sesi rawatan dijalankan.
Markah yang diperoleh dalam ujian pasca ini akan dibandingkan dengan ujian pra
bagi melihat kemajuan murid. Perbandingan markah antara kedua-dua ujian ini
diinterpretasikan dalam bentuk jadual dan gambar rajah.

6.2.3

Senarai Semak

Senarai semak yang digunakan, mengandungi tem yang dinilai melalui ujian lisan
membaca huruf secara rawak. Pengkaji menggunakan instrumen ini sebagai salah
satu teknik pengumpulan data yang boleh menyokong data yang dikumpul.

28

7.0

ANALISIS DATA

Analisis data merupakan langkah yang dilakukan setelah data-data dikumpul


menggunakan beberapa instrumen yang telah ditetapkan. Data yang diproses adalah
bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berguna melalui kajian yang
dijalankan. Semasa analisis data dijalankan, kejayaan terhadap sesuatu kajian boleh
dikenal pasti.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian pra, senarai semak,
dan ujian pasca. Data yang diperoleh akan dianalisis dengan menulis semula dalam

29

bentuk keterangan supaya mudah untuk difahami. Analisis data perlu dibuat dengan
teliti dan berkali-kali supaya data yang sahih dan jitu diperoleh.

Sementara itu, dapatan yang diperoleh dalam ujian pra akan dianalisis ke
dalam bentuk jadual dan gambar rajah secara manual. Hal ini adalah kerana, bilangan
subjek kajian yang digunakan tidak terlalu ramai. Perbezaan antara markah ujian pra
dan ujian pasca serta min diinterpretasikan dalam bentuk jadual dan gambar rajah
supaya lebih mudah untuk difahami.

7.1

Melihat tahap pencapaian murid dalam menguasai kemahiran mengenal

dan menyebut huruf dengan menggunakan kaedah ansur maju KALAM.

Analisis ujian pra dan ujian pasca dilakukan bagi menjawab objektif kajian yang
berkaitan dengan pencapaian murid melalui penggunaan kaedah ansur maju KALAM
dalam pengajaran. Perbezaan markah ujian pra dan ujian pasca dianalisis untuk
menilai tahap pencapaian subjek kajian. Selain itu, pengkaji turut membuat analisis
peratusan peningkatan pencapaian dan min ujian yang diperoleh dalam ujian yang
dilakukan.

7.1.1

Analisis Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2

Jadual 2 : Markah Ujian Pra

30

Subjek

Bilangan Soalan

Markah

Skala kemahiran

Kajian

0-12 belum menguasai

(SK)

26

13-26 telah menguasai

SK1

26

belum menguasai

SK2

26

belum menguasai

SK3

26

12

belum menguasai

SK4

26

10

belum menguasai

SK5

26

belum menguasai

Jadual 2 yang ditunjukkan di sebelah adalah hasil analisis yang dibuat bagi lima
orang subjek kajian yang terlibat. Data dianalisis untuk melihat markah yang
diperoleh oleh setiap subjek kajian dalam ujian pra yang dijalankan. Markah penuh
bagi setiap ujian yang dijalankan adalah sebanyak 26 markah. Setiap soalan yang
dijawab betul akan diberikan 1 markah.

GRAF MARKAH UJIAN PRA


14
12
10
8
MARKAH UJIAN 6
4
2
0

12
10

9
6

SK1

SK2

SK3

SK4

Column2

SK5

SUBJEK KAJIAN

Rajah 3 : Graf Markah Ujian Pra


31

Berdasarkan rajah 3, dalam ujian pra yang dilakukan , markah yang paling rendah
diperoleh oleh subjek kajian (SK) ialah SK5 iaitu 3 markah dan diikuti oleh SK1iaitu
6 markah. Dua subjek kajian berada pada tahap yang sederhana iaitu SK2 dan SK4.
Subjek SK3 mendapat markah yang paling tinggi iaitu 12 markah berbanding dengan
subjek kajian lain.

Jadual 3 : Markah Ujian Pasca 1

Subjek

Bilangan Soalan

Markah

Kajian

Skala kemahiran
0-12 belum menguasai

(SK)

26

13-26 telah menguasai

SK1

26

11

belum menguasai

SK2

26

15

telah menguasai

SK3

26

20

telah menguasai

SK4

26

17

telah menguasai

SK5

26

belum menguasai

Jadual 3 pula menunjukkan markah yang diperoleh subjek kajian dalam ujian pasca 1
yang dijalankan. Markah penuh bagi ujian ini adalah sama dengan ujian pra, iaitu 26

32

markah. Dapat diperhatikan bahawa terdapat peningkatan dari segi perolehan markah
dalam ujian ini.

GRAF MARKAH UJIAN PASCA 1


25

20

20
15
MARKAH UJIAN 10

17

15
11

Column2

5
0

SK1

SK2

SK3

SK4

SK5

SUBJEK KAJIAN

Rajah 4 : Graf Markah Ujian Pasca 1

Berdasarkan rajah 4, dalam ujian pasca 1 yang dilakukan , markah yang paling
rendah diperoleh oleh SK5 iaitu 7 markah dan diikuti oleh SK1iaitu 11 markah.
Kedua-dua subjek kajian ini berada ditahap belum menguasai kemahiran mengenal
dan menyebut huruf yang telah ditetapkan dalam skala kemahiran. Tiga subjek kajian
yang lain berada pada tahap telah menguasai kemahiran mengenal dan menyebut
huruf yang telah ditetapkan dalam skala kemahiran iaitu SK2, SK3 dan SK4. Subjek
SK3 mendapat markah yang paling tinggi iaitu 20 markah berbanding dengan subjek
kajian lain. Bagi melihat dengan lebih jelas lagi perbezaan peningkatan kedua-dua
ujian ini, jadual peratusan telah disediakan.

33

Jadual 4 : Perbezaan Peratusan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca 1

Subjek Kajian(SK)

Ujian Pra (%)

Ujian Pasca 1(%)

Peningkatan (%)

SK1

23.1%

42.3%

19.2%

SK2

34.6%

57.7%

23.1%

SK3

46.2%

76.9%

30.7%

SK4

38.5%

65.4%

26.9%

SK5

11.5%

26.9%

15.4%

Jadual 4 menunjukkan perbezaan markah yang diperoleh oleh subjek kajian dalam
bentuk peratusan. Setelah analisis dibuat dalam bentuk peratusan, markah yang
diperoleh dalam ujian pra oleh SK1 ialah (23.1%), SK2 (34.6%), SK3 (46.2%), SK4
(38.5%) dan SK5 sebanyak (11.5%). Manakala markah yang diperoleh dalam ujian
pasca 1 pula ialah, SK1 meningkat kepada (42.3%), SK2 (57.7%), SK3 (76.9%),
SK4 (65.4%) dan SK5 (26.9%).

SK1 menunjukkan peningkatan sebanyak (19.2%), SK2 (23.1%), SK3


(30.7%), SK4 (26.9%) dan SK5 (15.4%). Keseluruhan pencapaian setiap subjek
kajian menunjukkan ada peningkatan.

34

Jadual 5 : Markah Ujian Pasca 2

Subjek

Bilangan Soalan

Markah

Kajian

Skala kemahiran
0-12 belum menguasai

(SK)

26

13-26 telah menguasai

SK1

26

17

telah menguasai

SK2

26

22

telah menguasai

SK3

26

26

telah menguasai

SK4

26

24

telah menguasai

SK5

26

14

telah menguasai

Jadual 5 yang ditunjukkan di atas adalah hasil analisis yang dibuat bagi lima orang
subjek kajian yang terlibat. Data dianalisis untuk melihat markah yang diperoleh oleh
setiap subjek kajian dalam ujian pasca 2 yang dijalankan. Markah penuh bagi setiap
ujian yang dijalankan adalah sebanyak 26 markah. Setiap soalan yang dijawab betul
akan diberikan 1 markah.

35

Dapatan ini juga jelas menunjukkan semua subjek kajian telah berjaya
menguasai kemahiran mengenal huruf kecil mengikut skala kemahiran yang telah
ditetapkan iaitu (13-26- telah menguasai).

Jadual 6 : Perbezaan Peratusan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca 2

Subjek Kajian(SK)

Ujian Pra (%)

Ujian Pasca 2(%)

Peningkatan (%)

SK1

23.1%

65.4%

42.3%

SK2

34.6%

84.6%

50%

SK3

46.2%

100%

53.8%

SK4

38.5%

92.3%

53.8%

SK5

11.5%

53.8%

42.3%

Jadual 6 menunjukkan perbezaan markah yang diperoleh oleh subjek kajian dalam
bentuk peratusan. Setelah analisis dibuat dalam bentuk peratusan, markah yang
diperoleh dalam ujian pra oleh SK1 ialah (23.1%), SK2 (34.6%), SK3 (46.2%), SK4
(38.5%) dan SK5 sebanyak (11.5%). Manakala markah yang diperoleh dalam ujian
pasca 2 pula ialah, SK1 (65.4%), SK2 (84.6%), SK3 (100%), SK4 (92.3%) dan SK5
(53.8 %).

36

SK1 dan SK5 menunjukkan peningkatan sebanyak (42.3%), SK3 dan SK4
menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dengan peningkatan peratus
sebanyak (53.8%). SK2 menunjukkan peningkatan yang sangat baik iaitu sebanyak
(50%). Keseluruhan pencapaian setiap subjek kajian menunjukkan ada peningkatan.

GRAF PERBEZAAN PERATUSAN


MARKAH UJIAN PRA, UJIAN PASCA 1 DAN UJIAN PASCA 2
120
100
80

PERATUS

ujian pra
ujian pasca 1
ujian pasca 2

60
40
20
0

SK1

SK2

SK3

SK4

SK5

SUBJEK KAJIAN

Rajah 5 : Graf Perbezaan Peratusan Markah Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan
Ujian Pasca 2

Rajah 5 menunjukkan perbezaan peratusan markah ujian pra, ujian pasca 1 dan ujian
pasca 2. Setelah analisis dibuat dalam bentuk peratusan, markah yang diperoleh
dalam ujian pra oleh SK1 ialah (23.1%), SK2 (34.6%), SK3 (46.2%), SK4 (38.5%)
dan SK5 sebanyak (11.5%). Markah yang diperoleh melalui ujian pasca 1 ialah SK1
37

meningkat kepada (42.3%), SK2 (57.7%), SK3 (76.9%), SK4 (65.4%) dan SK5
(26.9%). Keseluruhan peratusan pada ujian pasca 1 menunjukkan ada peningkatan.

Manakala markah yang diperoleh melalui ujian pasca 2 ialah SK1 meningkat
kepada (65.4%), SK2 (84.6%), SK3 (100%), SK4 (92.3%) dan SK5 (53.8%). SK3
dan SK4 menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dengan peningkatan
peratus sebanyak 53.8%. SK2 menunjukkan peningkatan sebanyak 50%. Manakala
SK1 dan SK5 masing-masing peningkatan sebanyak 42.3%.

25
20.6
20
12.6
15

10

8.2

Ujian Pra

Ujian Pasca 2

Rajah 6 : Graf Perbezaan Min Ujian Pra dan Ujian Pasca 2

Min markah ujian pra = 6 + 9 + 12 + 10 + 3 = 40 = 8


5
5
Min markah ujian pasca 2 = 17 + 22 + 26 + 24 + 14 = 103 = 20.6
5
5

38

Perbezaan Min Ujian pasca 2 dan Ujian pra = 20.6 8 = 12.6

Berdasarkan rajah 6 di atas, min ujian yang diambil adalah berdasarkan min markah
yang diperoleh setiap subjek. Setelah dianalisis, didapati bahawa min markah ujian
pra ialah 8 manakala min markah ujian pasca 2 ialah 20.6. Daripada min markah
antara kedua-dua ujian tersebut dapat dilihat bahawa terdapat peningkatan dalam
ujian pasca 2 sebanyak 12.6 markah.
Peningkatan yang berlaku ini menunjukkan bahawa penguasaan murid-murid
dalam kemahiran mengenal dan menyebut huruf telah berlaku, sekali gus
membuktikan keberkesanan penggunaan kaedah ansur maju KALAM sebagai satu
medium pengajaran yang baik kepada murid.

7.2

Menilai keberkesanan penggunaan kaedah ansur maju KALAM dalam

membantu murid-murid menguasai kemahiran mengenal dan menyebut huruf


dengan baik

Selain analisis data daripada ujian pra dan ujian pasca yang dilakukan, analisis
senarai semak melalui ujian lisan juga digunakan bagi melihat keberkesanan
penggunaan kaedah ansur maju KALAM ini dalam membantu subjek.

Jadual 7 : Senarai semak ujian lisan membaca huruf secara rawak sebelum rawatan
FOKUS
Kelancaran

mengenal

RESPON SUBJEK KAJIAN


dan SK1

menyebut huruf (a-z) yang Menunjukkan reaksi terpinga-pinga apabila ditunjukkan


ditunjukkan secara rawak

huruf,

melihat

rakan

sebelah

seolah-olah
39

meminta

pertolongan. Subjek Kajian ini hanya boleh menyebut 6


huruf sahaja. (a, c, i, o, u, z).
SK2
Tidak lancar dalam menyebut huruf walaupun ada keyakinan
untuk menyebut huruf yang ditunjukkan. Banyak huruf yang
disebut salah dan dapat mengenal 9 huruf dengan baik. (a, c,
e, i, o, s, u, y, z).
SK3
Ada keyakinan dalam menyebut huruf. Walaubagaimanapun,
subjek kajian dapat mengenal sebanyak 12 huruf. (a, c, g, i,
m, o, p, s, u, w, y, z).
SK4
Ada keyakinan walaupun sedikit tergagap dalam menyebut
huruf. Pencapaian yang boleh dipertingkatkan lagi. Dapat
mengenal 10 huruf sahaja. (a, b, c, h, i, j, k, o, p, s).
S5
Mengambil masa yang lama untuk menyebut huruf yang
ditunjukkan. Tumpuan kurang dan hanya boleh mengenal 3
huruf sahaja. (c, o, z).

40

Jadual 8 : Senarai semak ujian lisan membaca huruf secara rawak selepas rawatan
FOKUS
Kelancaran
menyebut

RESPON SUBJEK KAJIAN

mengenal
huruf

(a-z)

ditunjukkan secara rawak

dan SK1
yang Menunjukkan keyakinan untuk menyebut huruf dengan
baik. Tidak lagi meminta pertolongan rakan. Berlaku
peningkatan apabila berjaya mengenal dan menyebut 17
huruf dengan baik.
(a, b, c, d, g, i, j, k, m, o, s, t, u, v, x, y, z).
SK2
Membaca dengan agak lancar walaupun perlu lagi dibaiki.
Mengenal dan menyebut 22 huruf dengan baik tanpa
bimbingan guru. (a, b, c, d, e, g, h, i, j, k, l, m, o, p, r, s, t, u,
w, x, y, z).
SK3
Mempunyai keyakinan yang lebih tinggi dalam menyebut
huruf. Peningkatan yang baik di mana dapat mengenal dan
menyebut 26 huruf dengan baik dan lancar. (a, b, c, d, e, f, g,
h, i, j, k, l, m, n, o, p, q, r, s, t, u, v, w, x, y, z).
SK4
Berlaku peningkatan kepada 24 huruf yang dapat dikenal
berbanding sebelum rawatan diberikan.
41

(a, b, c, d, e, f, g, h, i, j, k, l, m, n, o, p, r, s, t, u, v, x, y, z).
SK5
Ada sedikit perubahan. Subjek masih lagi mengambil masa
yang agak lama. Berlaku peningkatan yang agak baik dalam
mengenal dan menyebut huruf. Dapat menyebut 14 huruf.
(a, c, e, g, i, k, m, o, r, s, t, u, y, z).
Jadual 7 dan 8 di atas, menunjukkan data yang dikutip melalui instrumen senarai
semak yang digunakan semasa ujian lisan membaca huruf secara rawak. Berdasarkan
ujian yang dilakukan, pengkaji mendapati terdapat perbezaan di antara respon yang
diberikan oleh subjek kajian sebelum dan selepas sesi rawatan diberikan.
Kebanyakan subjek kajian menunjukkan kemahiran mengenal dan menyebut huruf
pada tahap yang kurang memuaskan sebelum rawatan diberikan.

Keadaan mula menunjukkan perubahan apabila rawatan diberikan. Keadaan


ini menunjukkan perubahan setelah beberapa minggu sesi rawatan diberikan kepada
subjek kajian. Hasilnya tiga daripada lima subjek kajian menunjukkan peningkatan
yang memberansangkan. SK1 dan SK5 juga menunjukkan peningkatan walaupun
tidak terlalu banyak.

7.3

Kesimpulan

Hasil daripada analisis data melalui senarai semak jelas menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan dan peningkatan di antara sebelum dan selepas sesi rawatan

42

diberikan. Data yang dikumpulkan ini menguatkan lagi keberkesanan tindakan kajian
yang dijalankan sekali gus menyakinkan pengkaji bahawa penggunaan kaedah ansur
maju KALAM merupakan satu kaedah pengajaran yang berkesan kepada muridmurid.

Kajian yang telah dijalankan ini menunjukkan satu peningkatan dalam


kalangan subjek kajian. Peningkatan ini memberikan satu penanda aras yang positif
ke arah keberkesanan kaedah ansur maju KALAM yang telah dijalankan. Dengan
adanya kajian ini, ianya merupakan satu sumbangan yang besar dalam membantu
bidang pendidikan awal kanak-kanak menguasai huruf abjad. Kajian ini menjadi
landasan bagi membolehkan kajian-kajian seterusnya dalam kemahiran mengenal
dan menyebut huruf dijalankan secara berterusan di Malaysia.

Kajian ini juga penting bagi meningkatkan prestasi murid-murid dalam


pembelajaran dan membantu mencari penyelesaian kepada masalah mengenal dan
menyebut huruf dalam kalangan murid-murid melalui penggunaan pendekatan
pengajaran yang sesuai.

8.0

DAPATAN KAJIAN
43

8.1

Pengenalan

Dalam dapatan kajian, pengkaji akan membincangkan dapatan daripada kajian yang
telah dijalankan. Dapatan kajian ini akan memberikan huraian kepada hasil data yang
diperoleh dan dapatan kajian ini juga akan membincangkan hasil dapatan kajian
secara keseluruhan. Oleh hal yang demikian, pengkaji telah menganalisis data
berdasarkan persoalan kajian dan juga instrumen yang digunakan dalam menjalankan
kajian. Walau bagaimanapun, dapatan kajian akan lebih dibincangkan dengan
terperinci berdasarkan soalan kajian yang telah dibina di bahagian awal.

8.2

Soalan Kajian 1 : Adakah murid dapat mengenal dan menyebut semua

huruf kecil menggunakan kaedah ansur maju KALAM?

Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, pengkaji mendapati memang terdapat


peningkatan pencapaian melalui kaedah ansur maju KALAM dengan pertambahan
bilangan huruf yang dapat disebut oleh subjek kajian dalam kajian ini.

Peningkatan yang paling ketara dapat dilihat melalui ujian dan dijalankan
dimana tahap pencapaian subjek kajian dalam ujian pra dan ujian pasca menunjukkan
perbezaan dan peningkatan markah. Peningkatan paling ketara dapat dilihat selepas
rawatan diberikan kepada subjek kajian yang terlibat. Peningkatan ini berlaku setelah
subjek kajian didedahkan dengan penggunaan buku KALAM semasa rawatan
diberikan.

44

Hasil ujian pra dan ujian pasca yang dilakukan terhadap subjek kajian
menunjukkan peningkatan yang agak memberangsangkan. Tiga orang subjek kajian
telah mencapai peningkatan melebihi 50%. Hal ini menunjukkan bahawa,
pendekatan ini memberikan impak yang besar kepada pencapaian subjek kajian
sekali gus menunjukkan adanya peningkatan yang pascaitif melalui penggunaan
buku KALAM. Hal ini kerana setelah rawatan diberikan, subjek kajian menunjukkan
peningkatan pencapaian dalam kemahiran mengenal dan menyebut huruf kecil
dengan baik.

Pengkaji lebih berfokuskan kemahiran mengenal dan menyebut huruf kecil


kerana kemahiran tersebut merupakan asas pembelajaran yang amat penting untuk
dikuasai. Penggunaan kaedah ansur maju KALAM adalah sebagai satu medium
untuk membantu subjek kajian daripada tercicir dalam pelajaran. Kaedah yang
digunakan juga adalah sebagai satu pendekatan untuk menberikan peringkat
kesediaan membaca kepada subjek kajian.

Pendapat ini selari dengan Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (1986),
yang menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca adalah salah satu peringkat
apabila faktor-faktor persekitaran, keadaan mental dan tubuh badan telah
menyediakan murid-murid untuk menerima pengajaran bacaan.

Pencapaian yang diperoleh oleh subjek kajian dalam kajian ini mungkin
disebabkan minat dan tertarik dengan kaedah ansur maju KALAM yang digunakan.
Hal ini kerana kaedah ansur maju KALAM menjurus kepada ansur maju sebutan dan
memudahkan mereka menguasai kemahiran mengenal dan menyebut huruf kecil

45

dengan cepat. Penggunaan kaedah ansur maju KALAM ini juga telah menarik minat
dan memotivasikan subjek kajian setelah mereka dapat menguasai sesuatu huruf ke
huruf yang berikutnya.

Penggunaan tulisan dua warna dapat mengekalkan ingatan murid terhadap


huruf yang dibaca dan menjurus kepada memudahkan subjek kajian menguasai
kemahiran. Menurut Yahya Osman (2007), minat dan motivasi sangat berperanan
dalam membina tabiat dan keupayaan membaca, minat yang mendalam keatas bahan
bacaan memudahkan seseorang itu untuk mengalami proses pembacaan.

Pengajaran yang berkesan adalah pengajaran yang melibatkan murid-murid


secara fizikal dan juga mental. Kaedah ansur maju KALAM telah menunjukkan satu
hasil yang memberangsangkan dalam membantu subjek kajian. Dapatan kajian ini
juga sependapat dengan Abdul Aziz Abdul Talib (2000), dalam kajiannya yang
bertajuk Masalah Murid -Murid Mengenal Abjad: Satu Kajian Diagnostik dimana
beliau menyatakan bahawa pengetahuan mengenai bentuk dan nama huruf pada
peringkat awal tahun satu adalah menjadi asas dan faktor penting bagi meramalkan
pencapaian murid-murid membaca pada peringkat akhir tahun satu. Hal ini
menunjukkan betapa pentingnya penguasaan asas 3M (membaca, menulis dan
mengira ).

Menurut kajian Olson (1958), yang dipetik dari Abdul Aziz (1989), yang
menggunakan sampel seramai 1172 murid telah menunjukkan bahawa terdapat
kolerasi yang agak tinggi di antara kebolehan menamakan huruf-huruf abjad kecil
dengan kebolehan membaca. Dapatan ini disokong juga oleh Gavel (1958), yang

46

menjalankan kajian keatas 1506 orang murid dan mendapati bahawa terdapat
kolerasi yang tinggi diantara kebolehan murid-murid mengenal nama-nama huruf
kecil dengan kebolehan membaca pada pertengahan tahun satu.

Secara tuntasnya, penggunaan kaedah ansur maju KALAM ini telah


menunjukkan tahap peningkatan pencapaian subjek kajian dan mempunyai hubungan
antara penggunaan kaedah ansur maju KALAM dengan bilangan abjad yang boleh
dibaca oleh subjek kajian.

8.3

Soalan Kajian 2 : Bagaimanakah murid dapat mengenal dan menyebut

setiap huruf kecil yang ditunjuk sama ada secara turutan atau rawak
menggunakan kaedah ansur maju KALAM?

Kajian ini mendapati bahawa terdapat perubahan dalam peratusan mengenal dan
menyebut huruf sama ada subjek kajian membaca secara turutan menaik atau
menurun selepas menggunakan kaedah ansur maju KALAM. Dapatan kajian ini
menyokong kajian lepas Sitti Pratiwi (2010), mengatakan kelemahan murid-murid
dalam bacaan adalah kerana kaedah membaca yang diterapkan tidak tepat dan kurang
Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunakan oleh guru. Oleh itu, pengkaji telah
menggunakan kaedah yang sesuai dan tepat dalam membantu murid prasekolah
mengenal dan menyebut huruf kecil. Melalui kaedah ansur maju KALAM, susunan
huruf di dalam buku KALAM bukan sahaja disusun secara turutan menaik atau
menurun, bahkan ianya meliputi kedudukan huruf secara rawak.

47

Kajian ini mendapati terdapat perubahan dalam peratusan menyebut dan


mengenal huruf kecil secara rawak apabila berlaku peningkatan selepas
menggunakan kaedah ansur maju KALAM. Murid dapat mengenal dan menyebut
huruf tersebut walaupun huruf berada dikedudukan mana sekalipun. Mengenal huruf
merupakan pengukuhan asas bagi kanak-kanak dan ini disokong oleh kajian lalu di
mana Rudy Yuniawati (2008), mengatakan tahap awal perkembangan membaca,
kanak harus belajar terlebih dahulu mengenal abjad, seperti nama abjad, bentuk huruf
ataupun bunyi yang dihasilkannya. Oleh itu, melalui kaedah ansur maju KALAM ini,
pengkaji memastikan subjek kajian dapat menyebut dan mengenali setiap huruf
dalam kedudukan susunan menaik a hingga z atau susunan menurun z hingga
a dan kedudukan huruf secara rawak.

8.4

Soalan Kajian 3 : Sejauh manakah masalah pembelajaran murid dapat

dikurangkan seterusnya membantu meningkatkan prestasi murid dalam


menyebut dan mengenal huruf kecil menggunakan kaedah ansur maju
KALAM?

Berdasarkan anlisis data yang telah dibuat oleh pengkaji, pengkaji mendapati
bahawa terdapat peningkatan yang memberangsangkan dalam ketiga-tiga instrumen
yang digunakan. Terdapat peningkatan yang amat baik apabila tiga orang subjek
kajian telah mendapat markah yang tinggi selepas ujian pasca dilakukan. Hal ini
menunjukkan bahawa penggunaan kaedah ansur maju KALAM ini adalah amat
berkesan untuk diaplikasikan dalam bilik darjah kerana dapat membantu subjek
kajian dalam menguasai kemahiran mengenal dan menyebut huruf bagi membina
peringkat asas bacaan.

48

Melalui penggunaan kaedah ansur maju KALAM ini juga dapat diperhatikan
bahawa subjek kajian tidak lagi bergantung kepada hafalan lagu dalam mengingat
huruf. Hal in adalah kerana, berlakunya proses pembelajaran yang efektif melalui
penggunaan kaedah ansur maju KALAM. Penggunaan kaedah ansur maju KALAM
juga adalah sebagai satu inisiatif bagi membantu subjek kajian yang lemah dengan
cara menarik perhatian subjek kajian untuk mengikuti sesi pembelajaran dengan
baik. Penggunaa buku KALAM ini selari dengan Rahimah Haji Sabran dan Rahim
Syam (1986), yang turut menyatakan bahawa alat-alat bant mengajar sebagai satu
inisiatif boleh digunakan bagi menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran
agar murid-murid tidak merasa bosan.

Berdasarkan data yang diperoleh dan respon yang diberikan oleh subjek
kajian, pengkaji berasakan kaedah ini sangat memberikan kesan yang baik kepada
pencapaian subjek kajian dalam pembelajaran. Hal in adalah kerana, subjek kajian
sudah boleh mengenal dan menyebut huruf dengan baik. Ini selari dengan pendapat
Atan Long dalam Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (1986), membaca
melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambanglambang itu semula kepada bunyi bahasa dan memahami makna atau tanggapan yang
disampaikan oleh tulisan itu.

Oleh hal yang demikian, kemahiran mengenal dan menyebut huruf haruslah
dikuasai sedalam-dalamnya kepada murid-murid sejak awal lagi supaya ia boleh
dipupuk dengan baik. Menurut Piaget dalam Abdul Aziz (2000), perkembangan
bahasa yang berlaku dengan pesat pada tahap umur 5 hingga 6 tahun akan

49

mempengaruhi perkembangan mental kanak-kanak. Pendapat ini disokong oleh


pengkaji kerana penguasaan kemahiran mengenal dan menyebut huruf haruslah
ditangani sejak awal lagi. Jika kemahiran mengenal dan menyebut huruf tidak
ditangani secara berhemah dengan kaedah-kaedah yang berkesan, ianya akan
mengakibatkan kesan yang tidak baik terhadap perkembangan mental murid-murid.

Pengkaji berasakan penggunaan kaedah ansur maju KALAM dalam


pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu kaedah yang boleh diguna pakai
oleh guru. Hal ini selari dengan Abdul Aziz (1989), menyatakan bahawa pemilihan
kaedah, teknik, bahan dan alat bantuan pengajaran pemulihan bacaan hendaklah
berdasarkan kepada teori dan prinsip yang telah teruji tentang keberkesanannya.

Dapatan kajian ini juga selari dengan hasil kajian Abdul Aziz (1989), dalam
tajuk kajiannya Teknik Kloz Sebagai Alat Menilai Dalam Bidang Pendidikan
Bacaan Bahasa Malaysia, beliau berpendapat bahawa Teknik Kloz adalah lebih
bermakna dan praktikal bagi kegunaan guru-guru yang mengajar bacaan di sekolah.
Menyedari hakikat itu sewajarnya kaedah ansur maju KALAM ini diketengahkan
oleh pengkaji bagi menyokong dakwaan tersebut. Hasilnya memang terbukti kaedah
ansur maju KALAM mampu memupuk minat untuk menyebut dan mengenal huruf
dengan baik. Secara tidak langsung hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 untuk meningkatkan kadar celik huruf pada masa akan datang
akan dicapai dengan jayanya.

Kesimpulannya kesemua dapatan kajian yang diperoleh telah menjawab


soalan kajian dengan baik. Pengkaji dapat merumuskan bahawa penggunaan kaedah

50

ansur maju KALAM sebagai satu kaedah pengajaran yang dapat membantu
meningkatkan pencapaian subjek kajian dalam kemahiran mengenal dan menyebut
huruf. Di samping itu, pengkaji berpendapat amat penting bagi seseorang guru untuk
melihat dan memahami tahap kecerdasan pada setiap murid. Hal ini selaras dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Begitu juga dengan aspirasi National Key Result Area (NKRA) pendidikan
yang memberi penekanan kepada peningkatan pencapaian pelajar secara menyeluruh
meliputi intelektual, emosi, rohani dan jasmani dalam usaha melonjakkan imej
sistem pendidikan negara. Peningkatan pencapaian pelajar pada semua peringkat
penting dalam membangunkan modal insan cemerlang bagi menghasilkan tenaga
kerja mahir supaya hasrat menjadi negara membangun menjelang 2020 tercapai.

Inspirasi NKRA turut memastikan pendidikan berkualiti dan berkemampuan


dikecapi semua pihak bagi meningkatkan taraf hidup secara menyeluruh. NKRA
Pendidikan menetapkan dua fokus utama dijadikan asas kepada transformasi iaitu
memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan asas berkualiti dan
membangunkan budaya pencapaian untuk memacu transformasi dalam sistem
pendidikan.

51

9.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Sebagai

seorang

pengkaji,

banyak

perkara

yang

perlu

diteliti

sebelum

mengemukakan sesuatu pendapat, teori dan juga data yang diperoleh. Ini adalah
penting supaya tidak berlaku bias dalam kajian dan hasil kajian adalah sahih dan
tepat. Sebagai seorang pengkaji, cadangan dan sokongan untuk kajian akan datang
boleh dikemukakan supaya dapat membantu meningkatkan prestasi akademik muridmurid pada masa akan datang. Secara tidak langsung, kajian yang dijalankan juga
dapat membantu memartabatkan lagi profesion perguruan di Malaysia.

9.1

Cadangan Kepada Guru

Guru merupakan medium perantaraan dalam penyampaian ilmu pengetahuan. Tugas


dan tanggungjawab guru hendaklah sentiasa dipertingkatkan agar prestasi murid
sentiasa berada di landasan yang sepatutnya. Guru digalakkan untuk lebih kreatif
dalam menyampaikan pengajaran kepada murid-murid.

Pendekatan dan kaedah yang pelbagai hendaklah digunakan kerana tahap


kecerdasan murid adalah berbeza. Menurut Edward M. Anthony (1963), dalam
Kamarudin Hj Husin (1993), menyatakan bahawa pendekatan ialah satu set andaian
yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh hal yang
demikian, pendekatan yang dipilih hendaklah sesuai supaya isi pengajaran dapat
disampaikan dan difahami dengan mudah oleh murid. Kepelbagaian teknik dan
52

kaedah pengajaran dan pembelajaran sudah semestinya akan memberikan impak


yang besar kepada kefahaman murid-murid.

Pengkaji mencadangkan guru supaya sentiasa menjaga kebajikan muridmurid dan memberikan dorongan motivasi kepada murid-murid. Motivasi adalah
penting bagi memastikan murid-murid sentiasa bersemangat dalam pelajaran.
Motivasi pascaitif hendaklah sentiasa diberikan supaya murid-murid merasakan diri
mereka dihargai. Pujian, ganjaran dan nasihat yang diberikan secara tidak langsung
memberikan motivasi instrinsik kepada semua murid. Layanan yang adil dan sama
rata hendaklah diberikan supaya tidak berlaku sikap pilih kasih dan bias dikalangan
murid. Guru tidak digalakkan untuk melabel murid-murid dengan panggilan yang
boleh memalukan diri mereka. Contohnya lembab, lembam, bodoh dan sebagainya.

Pengkaji juga menyarankan guru supaya sentiasa memberikan penekanan


kepada asas 3M (membaca, menulis dan mengira), yang merupakan asas
pembelajaran pada peringkat awal persekolahan. Pengkaji turut menyarankan guru
yang ingin meneruskan kajian yang berkaitan, guru hendaklah peka terhadap
beberapa faktor yang sentiasa menganggu pembelajaran murid-murid. Hal in adalah
kerana, setiap murid-murid mempunyai tahap kecerdasan pelbagai yang dipengaruhi
oleh faktor yang berbeza. Oleh sebab itu, setiap kajian yang akan dilakukan oleh
guru hendaklah mengikut tahap dan aras yang dicadangkan dalam Taksonomi
Kognitif Bloom (1956).

53

9.2

Cadangan Kepada Kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan pihak yang sentiasa bertanggungjawab


bagi memastikan tahap pendidikan negara sentiasa berada di mercu kejayaan.
Pengkaji menyarankan pihak kerajaan agar sentiasa menjalankan kajian bagi
mengenal pasti dan membantu masalah keciciran pembelajaran dalam kalangan
murid. Pengkaji juga menyarankan pihak kerajaan supaya menyediakan lebih banyak
program yang boleh membantu murid-murid dalam masalah mengenal huruf.
Contohnya program bulan membaca, didik hibur, pertandingan teka kata dan
sebagainya.

Pihak kerajaan juga hendaklah merangka satu modul yang khas kepada
murid-murid yang mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran mengenal huruf
dan juga memberikan latihan yang sepatutnya kepada guru untuk mengajar muridmurid yang lemah dalam kemahiran mengenal huruf. Hal ini adalah bertujuan untuk
meningkatkan pencapaian akademik murid-murid sekali gus memartabatkan sistem
pendidikan negara.

9.3

Cadangan Kepada Ibu bapa

Persekitaran di rumah banyak memainkan peranan penting dalam menentukan


kebolehan membaca. Ini termasuklah dorongan dan sokongan yang diberikan oleh
ibu bapa kepada murid-murid. Ahli keluarga terutamanya ibu bapa hendaklah
menjadi model dalam membentuk tabiat dan sikap suka membaca dalam kalangan
murid di rumah.

54

Ibu bapa berperanan mewujudkan suasana membaca yang boleh meransang


serta penyediaan bahan perlu wujud dalam persekitaran membaca mereka. Oleh hal
yang demikian, ibu bapa juga disarankan agar memiliki buku KALAM di rumah
masing-masing memandangkan buku ini senang untuk digunakan.

Minat dan kesungguhan murid-murid akan lebih meningkat sekiranya


mendapat sokongan daripada ibu bapa mereka. Penggunaan buku KALAM di rumah
boleh membantu dalam mengukuhkan lagi tahap penguasaan mengenal huruf dalam
kalangan murid.

9.4

Cadangan Untuk Kajian Lanjutan

Melalui kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, terdapat beberapa aspek lagi
yang perlu diberikan tumpuan untuk kajian lanjutan. Berikut adalah beberapa saranan
yang boleh digunakan untuk kajian lanjutan:

9.4.1

Kajian yang telah dijalankan ini menggunakan sampel kajian yang terhad

sahaja yang hanya melibatkan lima orang subjek kajian daripada sebuah sekolah dan
kelas yang sama. Oleh hal yang demikian, dapatan kajian dan data kajian hanya
terbatas kepada lima orang subjek kajian. Kajian lanjutan perlu diberikan penekanan
dengan menggunakan sampel yang lebih besar dan melibatkan sekolah diluar bandar
dan juga bandar. Secara tidak langsung, gambaran yang lebih menyeluruh dapat
diperoleh dengan membuat perbandingan tahap penguasaan mengenal huruf dalam
kalangan sampel luar bandar dan bandar.

55

9.4.2

Kajian ini hanya menggunakan tiga instrumen sahaja dalam proses

pengumpulan data. Bagi kajian lanjutan, pengkaji mencadangkan pengkaji yang


seterusnya supaya menggunakan lebih banyak instrumen yang sesuai dengan kajian
yang dilakukan. Hal in adalah kerana, instrumen yang digunakan akan
mempengaruhi data yang diperoleh sekali gus mempengaruhi kesahan dan
kebolehpercayaan data kajian. Oleh itu, pengkaji menyarankan agar kajian yang akan
datang dapat menggunakan instrumen yang lebih banyak dalam mendapatkan
kejituan maklumat. Sebagai contoh, dalam menjalankan ujian pra dan ujian pasca
kepada subjek kajian, pengkaji hendaklah menggunakan soalan-soalan mengikut
tahap yang disarankan dalam Taksonomi Kognitif Bloom(1956).

Jadual 9 : Jadual Taksonomi Kognitif Bloom(1956)


PENILAIAN
SINTESIS
ANALISIS
APLIKASI
KEFAHAMAN
PENGETAHUAN

9.4.3

Memperbanyakkan kaedah mengenal huruf bagi murid-murid yang

bermasalah dalam menyebut dan mengenal huruf supaya mereka boleh dipulihkan
dengan kadar segera. Pengkaji juga menyarankan guru prasekolah boleh
berkolaboratif dengan guru pemulihan bagi menjalankan kajian pada masa akan
datang. Diharap agar kajian ini memberikan manfaat kepada semua golongan yang
terlibat dalam dunia pendidikan terutamanya dalam pendidikan prasekolah.
56

SENARAI RUJUKAN

Abd Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd.
Abdul Aziz . (1989). Pengajaran Bahasa Dan Pengujian Bahasa. Kuala Lumpur :
Nurin Enterprise.
Arshid Abdullah. (2004). Pemerolehan Dan Penguasaan Bahasa : Satu Analisis
Keberkesanan Strategi Pemulihan Bahasa Melayu Di Kalangan MuridMurid Primary Di Sebuah Sekolah Rendah. Thesis (M.A) National Institute
of Education, Nanyang Technological University
Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan : Edisi Keempat. Selangor Darul
Ehsan : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Hasnalee bin Tubah. (2008). Tahap Penguasaan dan Kesukaran Membaca Dan
Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M. Jurnal Penyelidikan IPTAR 2008.
Jamilah Ahmad. (1999). Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu. Shah
Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Kamarudin Hj. Husin. (1993). Perkaedah Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mahorani Yusoff. (1999). Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mahzan Arshad. (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu : Satu Pendekatan
Bersepadu. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Mok Song Sang. (2008). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI : Psikologi Pendidikan Dan
Pedagogi. Subang Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

57

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2009). Teori Bahasa : Implikasinya Terhadap
Pengajaran Tatabahasa. Tanjong Malim : Penerbit Universiti Sultan Idris.
Rahimah Hj Sabran dan Rahim Syam. (1986). Kaedah Pengajaran Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur : Vinlin Press Sdn Bhd.
Rudy Yuniawati. (2008). Pelatih Bermain Kata Untuk Meningkatkan Kemampuan
Membaca Pada Sisiwa Kelas I Sd Di Kab. Semarang. Program Pendidikan
Magister Profesi Psikologi Falkultas Psikologi Universitas Muhammadiyah
Surakarta.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri Pendidikan guru Bahasa Melayu. Selangor :
Oxford Fajar Sdn Bhd.
Sitti Pratiwi. (2009). Implementasi Pembelajaran Dengan Metode Membaca Cepat
Kubaca Untuk Meningkatan Kemampuan Membaca Awal. Falkultas
Keguruan Dan Ilmu Pendidikan Universitas Muhammadiyah Surakarta.
Tajul Azhar Bin Abdul Wahab. (2009). Kenali Abjad. Seminar Penyelidikan. IPGM
Kbl.
Yahya Othman. (2007). Mengajar Membaca : Teori dan Aplikasi. Kuala Lumpur :
PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

58

a LAMPIRAN
b c d e
f g h i

k l m n o p
LAMPIRAN A

Kad Huruf Kecil (a-z)

r s t u

v w

x y z
59

Belum Menguasai

Telah
Menguasai

LAMPIRAN B

LAMPIRAN B
PENTAKSIRAN B M_ KEMAHIRAN MEMBACA/FASA1
SK TELUK KETAPANG 2013

SOALAN 1
NAMA MURID
TARIKH
ITEM

: Ujian Pra/ Ujian Pasca


:
:
: Kemahiran Membaca
BM 3.1.3 Menyebut huruf secara rawak
BM 3.1.5 Mengenal pasti bentuk huruf kecil

Menyebut huruf secara rawak

Catatan

c o a d g q
r
l

n h m u y
i

b p

* Skala
0 -12 - Belum
Menguasai
13-26 - Telah
Menguasai

60

w x

z
LAMPIRAN C
Borang Kemahiran Mengenal Huruf Kecil (a -z)

MURI

a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z

D
M1
M2
M3
M4
M5
M6
M7
M8
M9
M10
M11
M12
M13
M14
M15
M16
M17
M18
M19
M20
M21
M22
M23
M24
M25

JU
M

Skala :

0 12 markah Belum Menguasai


13 26 markah Telah Menguasai
LAMPIRAN D
61

BORANG SENARAI SEMAK KEMAHIRAN


MENGENAL DAN MENYEBUT HURUF KECIL
(Ujian lisan)
Nama pengkaji : __________________________________________________
Tempat : ________________________________________________________
FOKUS
RESPON SUBJEK KAJIAN
Tarikh
: _________________________________________________________
Kelancaran mengenal dan M1
menyebut huruf (a-z) yang ---------------------------------------------------------------------------ditunjukkan secara rawak

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------M2
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------M3
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------M4
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------M5
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------LAMPIRAN E

KALAM
62

(KUASAI ABJAD LANTAS ARIF MEMBACA)

CARA CEPAT BELAJAR


MENGENAL DAN MENYEBUT HURUF
KECIL
DISEDIAKAN OLEH :
WAN MOHD KHAIRU BIN WAN MUDA

KALAM

b
63

KALAM

c
64

KALAM

25

z
z

y
65

KALAM

26

secara turutan menaik


a

i
66

secara turutan menurun


z

67

You might also like