Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Pengenalan

Topik 5
Munakahat

HASIL
PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat :


1. Menyebut asas pemilihan calon bakal suami dan isteri;
2. Menyatakan aspek keharusan dalam melihat bakal isteri;
3. Menyebut maksud, dalil dan hikmat perkahwinan;
4. Membezakan hukum-hukum dalam perkahwinan; dan
5. Menyenaraikan rukun dan syarat bagi setiap rukun
perkahwinan.

TOPIK 5

PENGENALAN MUNAKAHAT

PENGENALAN
Pernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat semasa akad
nikah sedang dilakukan? Tentu anda melihat antaranya bakal suami, bakal isteri
dan saksi. Timbul persoalan, kenapa mereka mesti ada dalam majlis akad nikah
tersebut? Untuk menjawabnya, kita mesti memahami konsep asas perkahwinan
dalam Islam. Justeru, dalam topik ini kita akan mulakan dengan membincangkan
beberapa asas pemilihan calon bakal suami dan isteri. Setelah itu, kita akan
meneliti aspek keharusan dalam melihat calon bakal isteri semasa peminangan.
Kemudian, kita akan membincangkan maksud, dalil, hukum dan hikmat
perkahwinan dalam Islam. Topik ini akan diakhiri dengan perbincangan tentang
rukun serta syarat perkahwinan. Anda pasti akan boleh menjawab persoalan di
atas apabila tamat mempelajari topik ini.

Rajah 5.1 : Majlis Akad Nikah


[Sumber: Wikipedia Ensiklopedia Bebas
http://ms.wikipedia.org/wiki/Imej:Semenyih_akad_nikah.jpg]

AKTIVITI 5.1
Apakah perbezaan antara nikah dengan kahwin?
Ceritakan pengalaman anda semasa satu majlis akad nikah anda
sendiri atau akad nikah sahabat-sahabat yang pernah anda hadiri.

TOPIK 5

PENGENALAN MUNAKAHAT

5.1 MUKADDIMAH PERKAHWINAN


Munakahat adalah istilah daripada Bahasa Arab. Ia bermaksud pernikahan atau
perkahwinan dalam masyarakat kita. Syariat munakahat merupakan salah satu
lambang Islam, agama yang lengkap bagi seluruh kehidupan manusia. Islam
hadir untuk menjaga agama, nyawa, keturunan, harta dan akal manusia. Melalui
penjagaan keturunan, Islam menetapkan syariat perkahwinan. Ini bagi
memenuhi kehendak naluri nafsu dan kasih sayang manusia di samping
mengelakkan perlakuan sumbang seperti zina.
Firman Allah SWT :



Dan antara tanda-tanda kekuasaan dan rahmatNya, (Allah)
menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan
dijadikan antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
(Surah al-Rum : 21)

Malah, Islam telah menggariskan suatu panduan khas dalam kita mendirikan
perkahwinan. Ia bermula daripada aspek memilih calon bakal suami isteri,
meminang dan berkahwin hinggalah persoalan perceraian dan nafkah.
Justeru, setiap calon suami atau isteri perlulah mengambil beberapa langkah
sebelum diadakan sebarang ikatan perkahwinan. Ini bagi memenuhi tuntutan
dan matlamat perkahwinan bagi mendapat keredhaan Allah. Antara langkah
yang perlu diambil adalah :
(a) Memilih bakal suami dan isteri yang memenuhi sifat yang dituntut dalam
Islam;
(b) Melihat bakal isteri; dan
(c) Meminang.

5.1.1

TOPIK 5

PENGENALAN MUNAKAHAT

Asas Pemilihan Bakal Suami dan Isteri

Sebagai suami, kita diberi kebebasan untuk memilih calon isteri. Namun, Islam
menganjurkan kita agar memilih calon isteri yang mempunyai sifat-sifat baik. Ini
kerana kebahagiaan rumah tangga dan kelahiran anak yang solih terletak pada
asas pemilihan bakal calon isteri atau suami. Ini bagi mencapai kebahagiaan di
dunia dan akhirat.
Menurut al-Khin (1987), sifat yang baik bagi calon suami dan isteri adalah :
(a) Beragama dan berakhlak mulia;
(b) Berketurunan baik;
(c) Bukan kaum kerabat dan saudara terdekat;
(d) Sekufu; dan
(e) Perawan (masih dara).
Bagi suami, sebaiknya dipilih daripada kalangan mereka yang bertanggung
jawab, rajin berusaha dan berilmu agama bagi membimbing isteri serta anakanak. Calon isteri pula sebaiknya mereka yang masih dara, subur dan memiliki
harta serta rupa paras yang cantik.
Islam menitik beratkan calon suami dan isteri mestilah seorang yang beragama
supaya dapat menjamin kebahagiaan hidup sepanjang hayat. Di samping itu,
rumah tangga yang dibina memperolehi ketenangan serta mendapat keredaan
Allah.
Rasulullah SAW bersabda :
Wanita dikahwini kerana empat sifat, kerana hartanya;
keturunannya; kecantikkannya; dan agamanya. Pilihlah yang
beragama, bahagialah kamu. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Perkahwinan kerana pangkat, kekayaan atau rupa semata-mata tidak bernilai jika
tidak disertai dengan asas asas agama. Rumah tangga mungkin runtuh jika
pangkat dan kekayaan sudah tiada. Rumah tangga juga mungkin goyang jika
rupa paras sudah berkedut dan usia telah lanjut.
Justeru, asas utama dalam pemilihan calon suami isteri adalah seorang yang
mempunyai kekuatan agama dan akhlak yang tinggi. Ciri suami isteri solih
seperti inilah yang sangat disukai Allah. FirmanNya :

Wanita yang solih ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri
ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara
(mereka). (Al-Nisa : 34)

TOPIK 5

PENGENALAN MUNAKAHAT

Terdapat beberapa golongan perempuan yang haram dikahwini, sama ada haram
selama-lamanya atau haram sementara. Perempuan yang haram dikahwini
selama-lamanya adalah disebabkan faktor keturunan, penyusuan dan
persemendaan. Rajah 5.2 berikut menjelaskan golongan perempuan yang haram
dikahwini tersebut.

Perempuan Yang Haram Dikahwini

Haram Selama-lamanya

Haram Sementara

Keturunan

Penyusuan

Persemendaan

Ibu, nenek hingga ke


atas
Anak perempuan,
cucu hingga ke bawah
Adik-beradik
perempuan seibu
sebapa, sebapa atau
seibu
Emak saudara sebelah
bapa atau sebelah ibu
hingga ke atas
Anak saudara
daripada adik-beradik
seibu sebapa, seibu
hingga ke bawah

Ibu susuan hingga ke


atas
Anak susuan hingga
ke bawah
Adik-beradik susuan
Emak saudara susuan
sebelah ibu susuan
atau suaminya
Anak saudara
daripada adik-beradik
susuan hingga ke
bawah

Ibu tiri hingga ke atas


Menantu perempuan
hingga ke bawah
Ibu mertua hingga ke
atas
Anak tiri dan ke
bawah jika disetubuhi
ibunya (isteri)

Perempuan yang tidak


beragama Samawi
Perempuan yang masih
bersuami
Perempuan yang masih
dalam iddah
Perempuan yang ditalak
tiga
Perempuan yang sedang
hamil hasil perzinaan
Mengumpul isteri
dengan mahramnya
dalam satu masa
Perempuan kelima bagi
lelaki yang telah beristeri
empat

Rajah 5.2: Perempuan yang haram dikahwini

SEMAK KENDIRI 5.1

TOPIK 5

PENGENALAN MUNAKAHAT

Bezakan antara hukum wajib dan makruh dalam perkahwinan.


Senaraikan lima hikmah perkahwinan kepada Islam.
Nyatakan dua golongan perempuan yang haram dikahwini
sementara.

5.1.2

Aspek Keharusan Melihat Bakal Isteri

Islam menekankan batasan dan adab pergaulan antara lelaki dengan perempuan
yang bukan mahram. Namun, Islam mengharuskan seseorang lelaki yang berniat
mengahwini seorang perempuan supaya melihat perempuan itu sendiri. Ini
dilakukan untuk mengelakkan sebarang kekecewaan dan memupuk kasih
sayang selepas perkahwinan. Sabda Rasulullah SAW kepada Mughirah bin
Syubah ketika beliau hendak meminang seorang perempuan :
Lihatlah kepadanya (perempuan), ia akan mengekalkan kasih
sayang antara kamu berdua. (Riwayat al-Tirmidhi, Al-Nasaie
dan Ibn Majah)
Sesetengah ulamak meletakkan hukum melihat tunang bukan sahaja suatu
keharusan, malah ia dianggap sesuatu yang sunat dilakukan sebelum ke alam
perkahwinan. (Al-Khusht, t.t)
Islam membenarkan perempuan itu dilihat beberapa kali. Malah, kita disaran
tidak memberitahu perempuan itu bagi mengelakkan dia berhias terlebih
dahulu. Jika berhias, tentulah berlawanan dengan tujuan melihat perempuan
tersebut. Abu Humaid RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Jika sesiapa antara kamu meminang seorang perempuan, dia
tidaklah berdosa jika melihat kepadanya (perempuan) untuk
meminangnya, sekalipun perempuan itu tidak mengetahui (hal
itu). (Riwayat Ahmad)
Walaupun Islam membenarkan lelaki melihat seorang perempuan untuk
dikahwininya, namun mereka dibenarkan melihat muka dan tapak tangannya
sahaja. Menurut al-Khin (1988), muka biasanya melambangkan kecantikan dan
tapak tangan melambangkan kesuburan serta kelembutan.

TOPIK 5

5.1.3

PENGENALAN MUNAKAHAT

Meminang

Meminang adalah lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan


untuk dijadikan isterinya. Meminang merupakan tanda persetujuan kita
terhadap seorang perempuan yang kita sukai dan hendak dijadikan isteri.
Peminangan boleh berlaku dengan lafaz yang terang (soreh) seperti perkataan
meminang atau melamar. Ia juga boleh berlaku dengan perkataan kiasan
(kinayah) seperti menyunting.
Namun, bukan semua perempuan boleh kita pinang. Terdapat beberapa
perempuan yang haram kita pinang, iaitu :
(a) Isteri orang;
(b) Mahram kepada lelaki;
(c) Perempuan yang berada dalam tempoh iddah;
(d) Perempuan yang haram dikahwini; dan
(e) Perempuan yang telah dipinang orang.
Walaupun seorang lelaki dan perempuan telah bertunang, mereka masih bukan
suami isteri. Oleh itu, perhubungan dan pergaulan mereka masih sebagai ajnabi.
Mereka haram bersetubuh, bergaul bebas dan berdua-duaan tanpa mahram.
Malah, mereka mesti menjaga aurat dan tidak boleh melihat aurat pasangan
masing-masing. Ibn Abbas RA meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bersabda
:
Janganlah seseorang kamu berkhalwat dengan seorang wanita
melainkan bersama-sama mahram. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

SEMAK KENDIRI 5.2


(a)
(b)

Sila dapatkan maklumat tambahan berkaitan konsep


pertunangan melalui laman web :
http://cybermosque.mpsj.gov.my/pinang.html
Bagaimanakah keadaan pergaulan lelaki dan perempuan
yang masih dalam tempoh pertunangan di tempat anda?

TOPIK 5

PENGENALAN MUNAKAHAT

5.2 PERKAHWINAN
5.2.1

Pengertian Perkahwinan

Menurut fitrah, manusia memerlukan pasangan dalam hidupnya. Manusia juga


memerlukan hidup berkeluarga dan seterusnya memperolehi zuriat untuk
mengambung keturunan. Justeru, Allah SWT mensyariatkan perkahwinan untuk
memenuhi semua fitrah manusia ini.
Perkahwinan atau nikah dari segi bahasa adalah bercantum dan himpun.
Kadang-kadang perkataan nikah digunakan dengan maksud akad atau
persetubuhan. (Al-Husayni, 1992)
Dari segi syarak, nikah atau perkahwinan adalah akad yang menghalalkan lelaki
dan perempuan melakukan persetubuhan dengan menggunakan lafaz nikah
atau bahasa lain bermakna nikah.

5.2.2

Dalil Perkahwinan

Perkahwinan disyariatkan berlandaskan dalil al-Quran, hadith serta ijmak para


ulamak.

TOPIK 5

PENGENALAN MUNAKAHAT

(a) Dalil al-Quran :


Firman Allah :



Kahwinilah perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat,
tetapi jika tidak dapat berlaku adil hendaklah (berkahwin) seorang
sahaja (Surah al-Nisa : 3)
(b) Dalil Hadith :
Sabda Rasulullah SAW :
Wahai para pemuda! Sesiapa yang mampu hendaklah ia kahwin, kerana
(kahwin) akan menutup pandangan dan menjaga kehormatan. Sesiapa
yang tidak mampu, hendaklah ia berpuasa, sesungguhnya ia (puasa)
adalah pendinding. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
(c) Ijmak Ulamak :
Semua ulama di sepanjang zaman telah bersepakat bahawa perkahwinan
merupakan syariat Islam.

5.2.3

Hukum Perkahwinan

Hukum asal bagi perkahwinan adalah harus. Namun hukum ini boleh bertukar
kepada wajib, sunat, haram dan makruh mengikut situasi seseorang. Jadual 5.1
berikut adalah hukum perkahwinan serta situasinya.
Jadual 5.1: Hukum Perkahwinan

Hukum

Situasi

Harus

Orang yang tiada sebab mendesak untuk kahwin dan tiada


perkara yang mengharamkan untuk dia berkahwin

Wajib

Orang yang mampu beri nafkah zahir dan batin dan dikuatiri
terjerumus kepada zina jika tidak berkahwin

Sunat

Orang yang mampu beri nafkah zahir dan batin, namun tidak
dikuatiri terjerumus kepada zina jika tidak berkahwin

10

TOPIK 5

PENGENALAN MUNAKAHAT

Haram

Orang yang tidak mampu beri nafkah zahir dan batin serta
diyakini melakukan kezaliman terhadap pasangannya

Makruh

Orang yang tidak mampu beri nafkah zahir dan batin tetapi
berkeinginan untuk berkahwin

5.2.4

Hikmah Perkahwinan

Perkahwinan mempunyai banyak hikmah kepada Islam dan ummah.


Kelebihannya banyak disebutkan dalam ayat al-Quran dan hadith Rasulullah
SAW. Antara kelebihannya adalah :
(a) Memenuhi fitrah dan dan naluri manusia
Setiap manusia, sama ada lelaki atau perempuan mempunyai naluri dan
fitrah seksual. Oleh itu, Islam menjadikan perkahwinan sebagai jalan
terbaik menyalurkan tuntutan tersebut. Malah, Islam tidak menggalakkan
umatnya membujang dan hidup bersendirian. Abu Samrah RA berkata,
Nabi SAW melarang hidup membujang. (Riwayat al-Tarmidhi)
(b) Menjauhi diri daripada maksiat dan perkara haram
Melalui perkahwinan, kita boleh mengelakkan diri daripada melakukan
maksiat dan perzinaan. Keperluan nafsu akan dapat disalurkan melalui
jalan yang betul dan bukannya dengan cara yang haram. Sabda
Rasulullah SAW :
Apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang (untuk
meminang), hendaklah kamu mengahwinkannya, sekiranya kamu tidak
berbuat demikian, akan timbul fitnah dan kerosakkan di atas bumi.
(Riwayat al-Tarmidhi)
(c) Memupuk kasih sayang dan memberi ketenteraman jiwa
Perkahwinan akan memupuk kasih sayang antara lelaki dan perempuan
melalui jalan yang betul. Ini secara langsung memberi ketenangan jiwa
dalam kehidupan suami isteri. Firman Allah :

TOPIK 5

PENGENALAN MUNAKAHAT

11



Dan antara tanda-tanda kekuasaan dan rahmatNya, (Allah)
menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan
dijadikan antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
(Surah al-Rum : 21)

(d) Mendapat zuriat yang sah, salih dan meramaikan umat


Melalui perkahwinan, kita akan mendapat zuriat yang sah mengikut
hukum syarak. Ini merupakan permulaan yang baik bagi melahirkan
ramai anak yang solih serta remaja yang berbakti kepada ummah. Sabda
Rasulullah SAW :
Kahwinilah perempuan yang mampu melahirkan ramai anak,
sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari
kiamat. (Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)
(e) Mengikut sunnah para rasul
Perkahwinan merupakan sunnah para nabi dan rasul. Dengan berkahwin,
kita sudah memenuhi dan mendapat pahala sunnah. Sabda Rasulullah
SAW :
Empat perkara yang merupakan sunnah rasul-rasul, iaitu malu,
memakai wangian, bersugi dan berkahwin. (Riwayat al-Tarmidhi)

AKTIVITI 5.2
Jika anda telah berkahwin, apakah asas dan sifat pasangan anda hingga
anda jatuh hati padanya?
Anda bersetuju Cinta sebelum kahwin atau Cinta selepas kahwin.
Bincangkan.

12

TOPIK 5

PENGENALAN MUNAKAHAT

RUKUN NIKAH DAN SYARAT5.3 SYARATNYA


Rukun nikah adalah seperti berikut :
(a) Bakal suami
(b) Bakal isteri
(c) Wali
(d) Dua orang saksi
(e) Ijab dan qabul

Setiap rukun nikah tersebut mempunyai syarat-syarat tertentu. Di bawah


ini kita akan membincangkan syarat bagi setiap rukun tersebut.

5.3.1

Bakal Suami / Isteri

Lelaki dan perempuan yang ingin berkahwin mesti memenuhi syarat seperti
yang dinyatakan di bawah.
(a) Syarat bakal suami :
(i)
Islam;
(ii)
Lelaki;
(iii)
Tidak beristeri lebih empat dalam satu masa;
(iv)
Bukan dalam ihram haji atau umrah; dan
(v)
Bukan mahram kepada perempuan yang ingin dikahwini.
(b) Syarat bakal isteri :
(i)
Islam atau ahli kitab;
(ii)
Perempuan;
(iii)
Bukan isteri orang;
(iv)
Bukan dalam ihram haji atau umrah;
(v)
Bukan dalam tempoh iddah rajie; dan
(vi)
Bukan mahram kepada lelaki yang ingin dikahwini.

TOPIK 5

5.3.2

PENGENALAN MUNAKAHAT

13

Wali

Wali nikah adalah orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan.


Terdapat beberapa syarat menjadi seorang wali dalam perkahwinan, iaitu :
(a) Islam;
(b) Lelaki;
(c) Baligh;
(d) Berakal;
(e) Merdeka;
(f) Tidak dalam ihram haji; dan
(g) Tidak terhalang daripada membelanjakan hartanya.
Wali nikah terbahagi kepada dua :
(a) Wali Nasab, iaitu mereka yang berkuasa mengahwinkan seseorang
perempuan mengikut keturunan. Terbahagi kepada dua, wali mujbir dan
wali bukan mujbir; dan
(b) Wali Hakim, iaitu mereka yang diberi kuasa oleh pemerintah untuk
mengahwinkan perempuan yang tiada wali atau walinya hilang
kelayakkan.
Rajah 5.3 di bawah menunjukkan pembahagian wali dalam perkahwinan.

WALI
Nasab
Mujbir

Hakim
Bukan Mujbir

Rajah 5.3: Pembahagian Wali

Jika seorang perempuan ingin berkahwin, beliau mesti mengambil wali nasab
mengikut susunan keutamaan. Jika wali nasab tiada langsung atau tidak
memenuhi syarat, barulah boleh berpindah kepada wali hakim.
Susunan wali nasab mengikut keutamaan adalah seperti berikut :

14

TOPIK 5

PENGENALAN MUNAKAHAT

Bapa;
Datuk;
Saudara lelaki seibu sebapa;
Saudara lelaki sebapa;
Anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa hingga ke atas;
Anak saudara lelaki daripada saudara lelaki sebapa hingga ke atas;
Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas;
Bapa saudara sebapa hingga ke atas;
Anak lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa (sepupu); dan
Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa (sepupu).

Bapa dan datuk adalah wali mujbir, sementara bakinya adalah wali bukan
mujbir. Wali mujbir merupakan mereka yang boleh mengahwinkan anak gadis
tanpa persetujuannya. Namun, kuasa mereka bukanlah mutlak. Ini kerana
terdapat syarat seorang wali mujbir yang ingin mengahwinkan anaknya, iaitu :
(a) Anak itu masih gadis, bukannya seorang janda;
(b) Bakal suami sekufu dengan anaknya, iaitu setaraf dari segi keturunan,
pendidikan, pekerjaan dan sebagainya;
(c) Bakal suami bukan daripada orang yang sukar untuk bergaul seperti
lelaki buta atau uzur;
(d) Tiada permusuhan yang jelas antara wali mujbir dengan anak gadisnya;
dan
(e) Tiada permusuhan antara anak gadis dengan bakal suaminya;
Jika wali mujbir melanggar syarat-syarat tersebut, hukum perkahwinan adalah
sah. Namun, perbuatan wali tersebut adalah haram dan berdosa. ( Al-Syarbini,

1978)
Wali nasab adalah berbeza dengan wali hakim. Jadual 5.2 berikut menjelaskan
perbezaan tersebut :
Jadual 5.2: Perbezaan Wali Nasab dan Wali Hakim

Wali Nasab
Orang yang berkuasa
mengahwinkan seseorang
perempuan mengikut
keturunan.

Dari segi
Maksud

Wali Hakim
Orang yang diberi kuasa oleh
pemerintah untuk
mengahwinkan perempuan
yang tiada wali.

TOPIK 5

PENGENALAN MUNAKAHAT

Bapa dan datuk

Contoh

Kadi dan imam

Wali mujbir boleh memaksa


gadis untuk berkahwin

Kuasa

Tidak boleh paksa sesiapa


untuk berkahwin

15

Seperti yang disebutkan di atas, kuasa mengahwinkan seorang perempuan boleh


berpindah kepada wali hakim dengan beberapa sebab. Berikut adalah sebabnya :
(a) Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan;
(b) Wali tidak dapat dikesan atau tidak diketahui hidup atau mati;
(c) Wali tinggal jauh lebih dua marhalah dan tidak dapat dihubungi;
(d) Wali dalam tahanan;
(e) Wali dalam ihram haji atau umrah;
(f) Wali enggan mewalikan perempuan itu tanpa sebab yang munasabah
mengikut hukum syarak.

AKTIVITI 5.3
(a)
(b)

5.3.3

Siapakah wali perkahwinan anda atau perkahwinan keluarga


anda yang terdekat?
Pernahkah anda melihat majlis perkahwinan yang melibatkan
wali hakim? Jika pernah, sila ceritakan.

Saksi

Perkahwinan memerlukan dua orang saksi yang melihat akad nikah itu
berlangsung. Saksi diperlukan untuk menjamin sesuatu perkahwinan itu sah dan
dapat mengelak daripada berlaku fitnah. Mereka boleh memberi keterangan
sekiranya berlaku pertikaian berhubung dengan kesahan majlis akad nikah
tersebut.
Seseorang yang ingin menjadi saksi mesti memenuhi beberapa syarat, iaitu :
(a) Islam;
(b) Lelaki;
(c) Baligh;
(d) Berakal;
(e) Adil, iaitu tidak melakukan dosa besar;
(f) Sempurna pancaindera, iaitu tidak buta, pekak atau bisu; dan

16

TOPIK 5

PENGENALAN MUNAKAHAT

(g) Memahami lafaz ijab dan qabul.

5.3.4

Ijab dan Qabul

Ijab dan Qabul adalah akad nikah. Perkahwinan dianggap sah apabila diakadkan
oleh wali atau wakilnya dan dipersetujui oleh bakal suami atau wakilnya.
Ijab adalah lafaz yang diucapkan oleh wali. Contohnya wali atau wakil wali
berkata, Aku nikahkan engkau dengan anakku Wafa binti Wafi dengan maskahwin
RM100 tunai. Qabul pula adalah jawapan penerimaan yang diucapkan oleh
bakal suami. Contohnya ia berkata, Aku terima nikah Wafa binti Wafi dengan
maskahwin RM100 tunai
Ijab biasanya mendahuli qabul. Namun, sah akad jika menyebut qabul dahulu.
Ijab dan qabul mempunyai syarat-syarat tertentu, iaitu :
(a) Ijab dilafazkan oleh wali atau wakilnya, sementara qabul dilafazkan oleh
bakal suami atau wakilnya;
(b) Lafaz ijab dan qabul mestilah disebut dengan jelas;
(c) Ijab dan qabul berlaku dalam satu majlis;
(d) Ijab dan qabul tidak diselangi diam yang lama atau perkataan yang tidak
berkaitan;
(e) Ijab dan qabul tidak disertai dengan lafaz taklik seperti Aku terima nikah
jika aku mendapat pekerjaan;
(f) Ijab dan qabul tidak dibataskan dengan tempoh masa; dan
(g) Bahasa yang digunakan jelas difahami oleh wali, suami dan dua orang
saksi;

SEMAK KENDIRI 5.3


(a)
(b)

Sila dapatkan maklumat tambahan berkaitan ijab dan qabul


ini
melalui
laman
web
:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Akad_nikah
Kenapakah ada di kalangan pengantin lelaki yang banyak
mengucapkan qabul semasa akad nikah?

SEMAK KENDIRI 1.5

TOPIK 5

PENGENALAN MUNAKAHAT

17

Asas pemilihan bakal calon suami dan isteri mestilah di kalangan yang
beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
Lelaki diharuskan melihat muka dan tapak tangan isterinya sebelum
bertunang dan berkahwin.
Meminang adalah lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang
perempuan untuk dijadikan isterinya.
Lelaki dan perempuan yang bertunang mempunyai batasan aurat dan
pergaulan seperti orang lain yang ajnabi.
Perkahwinan adalah akad yang menghalalkan lelaki dan perempuan
melakukan persetubuhan dengan menggunakan lafaz nikah atau bahasa
lain bermakna nikah
Hukum asal perkahwinan adalah harus, tetapi berubah kepada wajib,
sunat, haram atau makruh mengikut situasi.
Perkahwinan merupakan syariat Islam yang mempunyai banyak dalil dan
hikmah kelebihannya.
Rukun nikah adalah calon suami, calon isteri, wali, dua orang saksi dan ijab
serta qabul.
Setiap rukun nikah mempunyai syarat-syaratnya yang tersendiri bagi
melayakkan lelaki dan perempuan bergelar suami isteri.

Memilih calon suami isteri


Perempuan yang haram dikahwini
Melihat calon isteri
Maksud meminang
Batasan semasa pertunangan
Maksud perkahwinan
Dalil perkahwinan
Hukum perkahwinan

Hikmah perkahwinan
Rukun nikah
Syarat suami dan isteri
Syarat wali
Wali nasab dan hakim
Wali mujbir
Syarat saksi
Syarat ijab dan qabul

18

TOPIK 5

PENGENALAN MUNAKAHAT

Abu Bakar al-Jazari. (1994). Minhaj al-Muslim. Madinah : Maktabah alUlum wa al-Hikam.

Ali Asad. (1988). Fath al-Muin. Klang : Klang Book Centre.

Haron Din. (1988). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur : Percetakan Watan.

Muhammad Uthman al-Khusht. (t.t). Fatawa al-Marah al-Muslimah. Kaherah


: Maktabat al-Quran.

Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali al-Shurbaji. (1987). Al-Fiqh alManhaji. Damsyik : Matbaah al-Sobah.

Al-Sayyid Sabiq. (1983). Fiqh al-Sunnah. Beirut : Dar al-Fikr.

Taqiuddin al-Husaini. (1992). Kifayah al-Akhyar fi Hal Ghayah al-Ikhtisar.


Beirut : Dar al-Khair.

You might also like