Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

HBML 3303 -SOALAN DAN JAWAPAN

TUESDAY, MARCH 29, 2011

Soalan ulangkaji HBML 3203


1. Jelaskan maksud morfologi?
Morfologi ialah ilmu yang membincarakan struktur,bentuk dan golongan kata serta cara
perktaan diwujudkan pd bunyi bahasa dan pengaruhnya terhadap makna kata.
2. Jelaskan maksud sinbtaksis.
Sintaksis ilah ilmu yg membicarakan proses pembinaan ayat,cara perkataan itu disusun
menjadi ayat dan cara hubungan antara kata dalam ayat iaitu dalam membentuk
frasa,klausa dan ayat.
3. Bincangkan golongan perkataan.Golongan kata terdiri daripada :
Kata nama- nama khas,nama am,ganti nama
Kata kerja kata yg menjadikan inti dlm frasa kerja,samada yg berlaku atau dilakukan.
Contoh ,berjln,makan memakan,dimakan dsb.
iii.
Kata adjektif kata yg menjadi dlm frasa adjektif spt manis sekli,sudah lama
sungguh,masih lebat
Kata2 dlm golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau
frasa nama.Blh dibahagikan kpd 9 sub golongan
iv.
Kata tugas - hadir dlm ayat utk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis tertentu.
v.
Kata hubung- bertugas utk menghubungkan klausa,ayat,frasa atau perkataan utk
membentuk ayat majmuk. Dlm bhasa melayu terdapat dua ayat majmuk iaitu ayat
majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu kata hubung dpt dibahagikan
kpd 2 jenis iaitu kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan.
a. Kata hubung gabungan : menghubungkan klausa yg sama tarafnya :- dan,atau
serta,tetapi,malahan,sambil sementara,sebaliknya,seterusnya.
b. Kata hubung pancangan :-pancangan relatif- menghubungkan klausa utama dgn
klausa pancangan(kecil) yg menggunakan kata yang.
pancangan komplemen,-menghubung satu klausa komplimen kpd satu klausa utama.
(pelengkap klausa utama) kata hubung yg berperanan begitu adalah bahawadan untuk.
pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan dgn klausa
utama:- kerana,atau meskipun,sekiranya dsb.
i.
ii.

i.
ii.
iii.
iv.

4. Kenal pasti dua tujuan wacana.


Memilih teknik penyampaian wacana
Menentukan bentuk wacana
Utk mdptkan maklumat
Untuk menyampaikan maklumat

5. Jelaskan maksud kohesi dalam wacana.


Kohesi merupa aspek formal dlm wacana. Kohesi merupakan hubungan di antara ayat
di dlm sesebuah wacana samada dr segi strata gramatikal atau strata leksikal terterntu.
6. Terangkan konsep tautan.
Tautan berbeza dgn keteraturan fikiran,ia merupakan konsep semantic yg juga merujuk
kpada perkaitan kebahasaan yg didapati pada satu ujaran yg membentuk wacana.
Menurut Halliday dan Hassan (1976) tautan adalah satu set kemungkinan yg wujud dlm
bahasa utk menjadikan sesatu teks itu berkesatuan.
7. Mengapakah kohesi penting dalam wacana?
Kohesi sngt penting kerana ia merupakan organisasi yg sintatik yg meruipakan wadah
ayat yg disusun secara padu dan padat yg menghasilkan tuturan.Wacana yang baik
dihasilkan melalui penguasaan kohesi yg baik.
8. Bincangkan istilah kohesi dalam wacana.
Kohesi yang bermakna tautan merupakan aspek formal dalam bahasa wacana.Tautan
berbeza dgn keteraturan fikiran. Kohesi atau atautan merupakan konsep semantic yg
juga merujuk kepada perkaitan kebahasaan yg di dapati pada suatu ujaran yg
membentuk wacana.
9. Bagaimana anda mencerakinkan kohesi dalam wacana?
10. Jelaskan ciri2 kohesi dalam wacana.
Ciri2 kohesi dalam wacana :
11. Bincangkan keutuhan wacana dalam penulisan.
keutuhan wacana adalah untuk:

Menentukan sama ada sesebuah wacana itu berkualiti ataupun tidak.

Hubungan dilihat dalam bahagian-bahagian wacana, iaitu dari segi semantik, fonologi,
leksikal dan gramatikal.
12. Terdapat 7 unsur komunikasi dalam wacana.Nyatakan empat daripada unsur tersebut.

i.satuan bahasa
2. Terlengkap
3. Mengatasi ayat/klausa
4. teratur/tersusun rapi 5. Berkesinambungan
6. Kohesi lisan/tulisan awal/akhir yg nyata.
13. Analisis maksud penanda wacana berdasarkan 3 contoh.
14. Berikan empat perbezaan antara format surat kiriman tidak rasmi dan format surat
kiriman rasmi.
Surat kiriman tidak rasmi
1. Alamat di sebelah kiri
2. Tidak ada garisan memanjang
3. Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim.
4. Tidak ada tajuk
Surat kiriman rasmi

Alamat di sebelah kanan


2. Tdpt garisan memanjang di bawah alamat pengirim
3. Tarikh ditulis di sebelah kanan sebaris dengan baris dengan alamat penerima
4. Tarikh ditulis dgn huruf besar
5. Ada tajuk surat
15. Huraikan morfem bebas dan morfem terikat beserta contoh yang sesuai.
a. morfem bebas- berdiri sendiri dan mempunyai makna tersendiri.
cth: minum,makan,cuti,periksa
b.morfem terikat - btk imbuhan iaitu mem,pem,per,kan dan bertidak mempunyai makna tetapi
mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu yg blh mengubah makna sesuatu kata seterusnya makna
ayat.
16. Jelaskan jenis-jenis penanda wacana.
1.

.Tiga Jenis Penanda Wancana


Menunjukkan pertautan dari segi kronologi.
Memperjitu organisasi penulisan.
Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea lain.

b
Menunjukan pertautan dari segi kronologi
.
Memberi pengertian kepada persoalan berkaitan waktu.
Contoh:
Lepas itu, lantas, semenjak itu, kini, mula-mula, kemudian, sebelum, pada zaman dahulu, pada hari esoknya
dan sebagainya.
Tidak ada tanda koma (,) selepas contoh-contoh di atas.

c.Memperjitu organisasi penulisan


Berfungsi untuk menghubungkan bahagian wacana dengan bahagian wacana yang lain.
Memberitahu pembaca apa-apa yang dibuat / didedahkan kepada bahagian tertentu.
Contoh:
sebagai kesimpulan
untuk merumuskan
contohnya
tegasnya
dapat dinyatakan bahawa pertama
akhir sekali
dengan kata lain
dalam hal ini
dalam hubungan ini
untuk menjelaskan lagi
Nota: Bagi seperti contoh-contoh di atas, diwajibkan bagi anda meletakkan tanda koma selepas setiap frasa
(rujuk Rajah 4.1).

Rajah 4.1: Tanda koma berfungsi sebagai jeda


Sumber: www.sochurch.org/newabout.html

d
Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea yang lain
.
Leman Ahmad (1984) membahagikan jenis penanda wacana kepada tiga bahagian, iaitu:
Menambah atau memperluas idea
Contoh:
dan
selanjutnya
di samping itu
selain itu
lebih-lebih lagi
tambahan pula
begitu juga
seterusnya
satu lagi
dan sebagainya
Menunjukkan pertentangan idea
Contoh:
tetapi
sebaliknya
pada masa yang sama
walaupun
walau bagaimanapun
walaupun demikian
sama ada
sebenarnya
dan sebagainya

Menunjukkan hubungan antara sebab-akibat dan tujuan-syarat


Contoh:
jadi
oleh sebab itu
disebabkan
oleh yang demikian
untuk tujuan itu
maka (kata pangkal ayat)
berikutan itu
dengan demikian
kecuali
dengan syarat
tetapi Sekiranya tetapi terletak pada permulaan ayat, penggunaannya mestilah diikuti
dengan tanda koma.
Contoh: Tetapi, buku itu bukan buku saya.
sebaliknya Sekiranya di pertengahan ayat, tanda koma sebelum perkataan 'sebaliknya'.
Contoh: Buku itu bukan buku saya, sebaliknya ia adalah buku Ariff.
pangkal ayat Antara contoh-contoh pangkal ayat seperti berikut: hatta, arakian, sebermula
dan alkisah.

17. Mengapakan penanda wacana penting dalam penulisan?


18.Tunjukkan tiga contoh perenggan pendek yang terdapat kepelbagaian penanda wacana.
19.Bincangkan fungsi-fungsi penanda wacana.
FUNGSI-FUNGSI PENANDA WACANA

Terdapat empat fungsi penanda wacana.


Fungsi menunjukkan maksud:
Tambahan;

Sebaliknya;

Sebab; dan

Ketika.

A. PENANDA WACANA UNTUK MENUNJUKKAN MAKSUD TAMBAHAN


Antara penanda wacana yang membawa maksud tambahan ialah:

Ini bererti;
Sejajar dengan ini;
Pendek kata;
Justeru; dan
Sebagai tambahan.

B. PENANDA WACANA UNTUK MENUJUKKAN MAKSUD SEBALIKNYA


Antara penanda wacana yang menunjukkan maksud sebaliknya ialah:
Sungguhpun;
Berbanding dengan;
Dalam masa yang sama;
Sebaliknya; dan Walau bagaimana sekalipun.

C. PENANDA WACANA UNTUK MENUNJUKKAN SEBAB


Antara penanda wacana bagi menunjukkan sebab ialah:
Berdasarkan;
Berpegang pada;
Sekiranya begitu;
Akibatnya; dan
Kesudahannya.

D. PENANDA WACANA YANG MENUNJUKKAN MAKSUD KETIKA


Antara penanda wacana yang menunjukkan maksud ketika ialah:
Merujuk;
Berbalik kepada;
Akhirnya;
Sementara itu; dan
Sejenak kemudian.
Keterangan:
Oleh itu merupakan penanda wacana yang melanjutkan idea sebelum ini dengan
idea yang berikutnya.
Contoh: Oleh itu, haruslah kamu berdua bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan ini.
Dengan itu merupakan penanda wacana yang digunakan untuk melanjutkan idea.
Contoh: Dengan itu, tamatlah upacara kita pada pagi ini.
Dengan demikian ialah penanda wacana yang melanjutkan idea.
Contoh: Dengan demikian, karikatur politik menjadi lebih pedas, kasar, keterlaluan dan
langsung terkena batang hidung tokoh berkenaan selepas krisis politik tahun 1998.
Akhirnya merupakan penanda wacana yang menunjukkan kesimpulan kecil bagi
keseluruhan gagasan atau idea dalam perenggan tersebut.
Contoh: Akhirnya, dapat juga aku petik bunga harum mekar malam ini.
Penanda wacana yang terakhir ialah Sebagai kesimpulannya yang merupakan
simbol atau tanda yang menunjukkan bahawa penulis akan menamatkan perbincangan bagi
keseluruhan idea atau gagasan yang dibincangkan dalam tajuk.

Contoh: Sebagai kesimpulannya, sehingga kini, belum ada iklan yang boleh dikatakan
berjaya menyampaikan mesej yang cuba mengangkat bahasa Melayu dan mempertahankan
kedaulatannya dengan tepat.
Penanda wacana Jelaslah merupakan penegasan sekali lagi idea keseluruhan yang
terdapat dalam perenggan pertama. Penegasan ini pula diikuti dengan huraian lanjutan.
Contoh: Jelaslah, pada era siber ini, bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda dunia yang lain
terdedah dengan pelbagai ancaman dan cabaran.
Sungguhpun merupakan kata yang menunjukkan pertentangan idea atau gagasan
antara frasa kelihatan orang di negara maju seronok dengan keseronokan mereka tidak
berpunca daripada ketenangan jiwa.
Contoh: Sugguhpun begitu, hal ini tidak bermakna satu-satu bahasa tersebut adalah lebih
kaya atau lebih miskin daripada bahasa yang lain dari segi dalamannya.
Penanda wacana Maka itu merupakan kesimpulan kecil bagi perenggan yang
kedua.
Contoh: Maka itu, karikatur penghinaanm khususnya yang melibatkan soal akidah dan
kepercayaan, penerbitannya tidak patut dibenarkan sama sekali.

20. Apakah maksud dan konsep wacana berformat dlm tatabahasa?


Wacana berformat adalah penulisan berkesinambungan yg
mengandungi format2 tertentu utk menggariskan penampilan wacana
tatabahasa secara kohesif dan koheran.(Kamaruddin Husin,1988) konsep
wacana berformat dlm tatabahasa bahasa melayu merangkumi kompenen2 yg
bersepadu.
21. Huraikan keutuhan wacana dengan berpandukan EMPAT kaitan dari
aspek semantik. Berikan contoh bagi setiap hubungan.
Keutuhan wacana adalah utk menentukan sama ada ssbuah wacana berkualiti
atupun tidak. Kaitan dari aspek semantic adalah makna antara satu ayat
dengan ayat lain atau natara satu perenggan dgn peranggan yg lain:
Hubungan sebab dan akibat :- Dia sangat malas.Dia kurang bijak
Hubungan sebab dan hasil :- Ali rajin bekerja. Dia kaya.
Hubungan sebab dan tujuan :- Hassan bpakaian kemas. Dia mahu memikat
Aminah.
MOGA SAMA-SAMA DAPAT MANFAAT...AMIN..

You might also like