Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

1.

JENIS KATA PEMERI:


i. ialah : digunakan jika di depannya kata/frasa nama dan kata/frasa kerja sahaja.
ii. adalah : di gunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi sahaja.
2. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI:
i. ialah hanya boleh diikuti dengan kata nama atau frasa nama sahaja.
Salah:
-Nama kampung saya adalah Kampung Pinang Sebatang.
-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu adalah buah-buahan.
Betul:
-Nama kampung saya ialah Kampung Pinang Sebatang.
-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu ialah buah-buahan.
ii. adalah hanya boleh digunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi
Salah:
-Keadaan di pusat perkelahan itu ialah sangat cantik dan menarik.
-Tempat tinggalnya ialah di Kampung Pinang Sebatang.
-Pegawai itu ialah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.
Betul:
-Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik.
-Tempat tinggalnya adalah di Kampung Pinang Sebatang.
-Pegawai itu adalah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.
iii. kata nafi iaitu tidak dan bukan hanya boleh digandingkan dengan adalah. ( kata
pemeri adalah boleh ditiadakan untuk kata nafi)
Salah:
-Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali.
-Pemuda yang bermisai tebal itu ialah bukan abang kandungnya.
-Pakaian seperti itu ialah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
Betul:
-Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali.
-Kenyataan yang anda beri tadi tidak benar sama sekali.
-Pemuda yang bermisai tebal itu adalah bukan abang kandungnya.
-Pemuda yang bermisai tebal itu bukan abang kandungnya.
-Pakaian seperti itu adalah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
-Pakaian seperti itu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
Posted by mohd nazri at 9:53 PM

You might also like