Minit Mesyuarat 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

JKKK RUMAH GANGGA AK KUMBANG

BRUAN BESAR 96250 MATU, MUKAH

MINIT MESYUARAT JKKK RUMAH GANGGA AK KUMBANG

TARIKH

: 26.02.2015

MASA

: 8.00 PM 10.00 PM

TEMPAT

: RUMAH PANJANG GANGGA AK KUMBANG


BRUAN BESAR 96250 MATU, MUKAH

TAJUK

: PERBINCANGAN KEGUNAAN DUIT JKKK RUMAH PANJANG GANGGA AK


KUMBANG

AGENDA MESYUARAT:
1) Ucapan Pengerusi
Kata-kata aluan daripada TR Gangga Ak Kumbang kepada semua penduduk
rumah panjang. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana hadir serta
dapat meluangkan masa bersama dalam mesyuarat. Beliau juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli JKKK yang telah
memberi sokongan ,dorongan serta kerjasama kepada beliau selama ini.
2) Perbincangan Tentang Kegunaan Duit JKKK Geran Tahunan JKKK Sebanyak
RM500.00
TR.Gangga mengumumkan peruntukan duit JKKK sebanyak RM500.00.
Setelah melalui perbincangan serta persetujuan dari semua penduduk telah
bersetuju duit JKKK untuk kegunaan membeli alat tulis dan membuat
permohonan seperti yang dinyatakan di bawah ini:
i.

Kepada : Penguasa Jabatan Tanah dan Ukur Bahagian Mukah


Tingkat 3,4 dan 5 Menara Pehin Setiaraja 96400 Mukah.
s.k YB Abu Seman bin Jahwie
s.k Pegawai Daerah Matu Abdul Samat
(a) Memohon Menyukat Tanah Perkuburan Orang Christian Rumah
Panjang Gangga Ak Kumbang Bruan Besar 96250 Matu
(b) Memohon Menyukat Membahagi Tanah Kepada Senarai 29 Orang
Nama Yang Dikepilkan Mengikut Dalam Peta Lot 5 Block 1 Jemoreng
District.

ii.

Kepada: SESCO matu Daro


s.k YB Abu Seman bin Jahwie
s.k Pegawai Daerah Matu Abdul Samat
(a) Memohon Menyambung Tali Pencawang Elektrik SESCO Dan
Memasang Meter Elektrik Ke Rumah Ibadat Atau Rumah Gereja
Rumah Gangga Ak Kumbang Bruan Besar Matu

iii.

Kepada : Jabatan D.I.D


s.k YB Abu Seman bin Jahwie
s.k Pegawai Daerah Matu Abdul Samat
(a) Memohon Meluas Sungai Parit Jalan Ke Rumah Panjang
(b) Memohon Meluas Sungai Bruan Rumah Panjang

iv.

Kepada : Jabatan Kerja Raya Matu, Mukah


s.k YB Abu Seman bin Jahwie
s.k Pegawai Daerah Matu Abdul Samat
(a) Memohon Menbaikpulih Jalan Raya Ke Simpang Rumah Panjang
Gangga
(b) Memohon Menyambung Paip Air Dan Menaikkan Meter Air Ke
Rumah Panjang Yang Belum Siap Dibina.

v.

Kepada : Pegawai Pertanian Matu Daro


Pegawai MPOB Mukah
s.k YB Abu Seman bin Jahwie
s.k Pegawai Daerah Matu Abdul Samat
(a) Memohon MPOB Meluluskan Boring Permohonan Kami Yang Telah
Diisi Dan Dalam Proses Telah Dihantar Ke Pejabat MPOB Dan Pejabat
Pertanian Matu Daro
(b) Memohon Senarai 29 Orang Peserta Tanam Semula Berkelompok
RISDA Bagi Tanah NCR Kawasan Mengikut Dalam Peta Yang
Dikepilkan Diluluskan Permohonan Kami.

3) Sebelum menutup mesyuarat TR Gangga Ak Kumbang mengucapkan ribuan


terima kasih kepada semua penduduk rumah panjang. Jasa amatlah dihargai

sama ada terlibat secara langsung mahupun tidak langsung demi menjamin
kesejahteraan dan kemajuan semua penduduk rumah panjang.

Yang menjalankan tugas,

Disahkan oleh:

.
ILI AK GINDAN

TR. GANGGA AK KUMBANG

(SETIAUSAHA)

(PENGERUSI)

Saksi Pertama

.
ANYANG AK BAGONG
(BENDAHARI)

Saksi Kedua

.
IRWANSHAH ABDULLAH
(TIMB. PENGERUSI)

You might also like