Konsep Dan Peranan Raja Di Tanah Melayu 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1.

Raja merupakan orang yang terpenting dalam institusi pemerintahan kerajaan


Melayu dan disifatkan sebagai orang mulia kerana mempunyai pelbagai kelebihan
dan keistimewaan. Jelaskan konsep dan peranan raja Melayu dalam institusi
pemerintahan.

Sistem beraja dalam masyarakat Melayu Tradisional merupakan satu bentuk sistem
pemerintahan yang menunjukkan raja mempunyai kuasa memerintah secara mutlak. Raja
bertanggungjawab dalam semua urusan pemerintahan, termasuk dalam menggubal dan
menguatkuasakan undang-undang, serta melaksanakan dasar-dasar pemerintahan. Pelantikan
raja di Tanah Melayu sebelum campur tangan British ialah secara warisan daripada raja-raja
terdahulu.
Konsep raja dalam masyarakat Melayu tradisional digubal berdasarkan sistem Feudal,
iaitu raja menjadi ketua negara yang menduduki peringkat tertinggi dalam hierarki sosial
sebuah negara atau kerajaan. Kedudukan raja yang tinggi dalam hierarki sosial menjadi
simbol keagungan dan kewibawaan sebagai pemerintah tunggal yang mempunyai kuasa
mutlak dalam pemerintahan. Kuasa mutlak bermakna jara berkuasa penuh dalam semua
urusan pentadbiran dan pemerintahan negara. Kedudukan raja sebagai pemerintah tertinggi
dikukuhkan lagi dengan dua nilai yang dikenali sebagai daulat dan derhaka. Konsep daulat
dalam sistem beraja membawa maksud kebolehan dan peranan raja dalam pelbagai aspek
kehidupan seperti ketinggian kuasa politik. Manakala konsep derhaka ialah satu tanggapan
yang dikaitkan dengan daulat. Derhaka dianggap sebagai melanggar perintah atau arahan
raja. Jika rakyat menderhaka atau mengingkari perintah raja , akibat yang bakal diterima ialah
dipercayai akan ditimpa tulah, iaitu kesan kekuasaan raja yang luar biasa. Penggunaan
gelaran raja dalam sistem beraja di Tanah Melayu dipengaruhi oleh agama Hindu, namun
sejak agama Islam diperkenalkan di Tanah Melayu gelaran raja bertukar kepada Sultan.
Raja berperanan sebagai pemerintah tertinggi. Raja bertanggungjawab dalam semua
urusan pemerintahan dan pemerintahan. Raja berperanan sebagai penggubal undang-undang
untuk memelihara dan mengekalkan keamanan dalam negeri serta menjami kesejahteraan
rakyat. Semua rakyat wajib mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan tanpa sebarang
persoalan. Selain itu, raja juga menjadi ketua hakim dalam membicarakan pesalah dan
menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh. Baginda juga berhak untuk memberi
pengampunan kepada sesiapa sahaja yang diinginkan. Bagi melicinkan pentadbiran negeri
raja melantik para pembesar negeri untuk membantu baginda dalam menjalankan
pemerintahan. Raja juga bertindak sebagai ketua angkatan tentera dan mengetuai tentera
dalam peperangan dengan negara luar. Raja tidak mempunyai pasukan tentera kebangsaan
tetapi boleh memanggil rakyatnya untuk melaksanakan perkhidmatan tentera. Oleh itu,
jelaslah bahawa raja memainkan peranan penting sebagai pemerintah tertinggi dengan
menyadang tugas-tugas utama seperti menggubal undang-undang.
Raja memainkan peranan penting dalam kegiatan ekonomi. Baginda menguasai
sumber ekonomi kerajaan seperti cukai terhadap hasil pertanian dan perlombongan. Baginda
juga berhak keatas sebahagian daripada hasil cukai yang dipungut di daerah-daerah di bawah
pemerintahan pembesar. Contohnya, Sultan Pahang memperoleh cukai import yang
dikenakan di muara Sungai Pahang berjumlah $50000 setahun.Manakala di Perak pula Sultan

Perak akan diberikan cukai oleh pembesar-pembesar daerah sebanyak $6.00 bagi setiap
bahara bijih timah yang dieksport keluar dari daerah masing-masing. Tegasnya, raja
mempunyai kuasa penuh dalam bidang ekonomi dengan menguasai segala hasil ekonomi
dalam negerinya seperti hasil perdagangan , cukai tanah dan hasil pertanian.
Akhir sekali, raja memainkan peranan sebagai ketua agama dan hal-hal yang
berkaitan dengan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap sebagai khalifah Allah di bumi dan
menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga memainkan peranan penting untuk
menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya. Baginda hanya
menghadiri beberapa istiadat sebagai pemerintah. Sebagai ketua agama, raja turut berperanan
melantik pemimpin-pemimpin agama seperti mufti dan kadi untuk membimbing rakyat dalam
urusan keagamaan serta memastikan rakyat sentiasa taat setia kepada raja. Contohnya,
golongan pemimpin agama ini telah dianugerahkan pelbagai gelaran seperti Dato Mufti
Diraja, Maharaja Kadi dan Imam Maharaja.
Kesimpulannya, peranan raja sebagai ketua tertinggi negara begitu penting dalam
institusi pemerintahan di Tanah Melayu. Hal ini kerana raja disifatkan sebagai orang yang
mulia dan menjadi lambang perpaduan kepada rakyat. Namun begitu, kuasa raja-raja Melayu
semakin berkurang setelah campur tangan British dalam pentadbiran di Tanah Melayu dan
digantikan dengan Sistem Residen selepas tahun 1874.

You might also like