Litar Sepang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

Kereta Formula Satu adalah antara kereta lumba yang terpantas di dunia, dan boleh mencapai

kelajuan lebih daripada 350 km/j, dan mampu menarik sehingga 5g di sesetengah selekoh.
Prestasi kereta bergantung kepada sistem elektronik, aerodinamik, ampaian dan tayar,
manakala sistem kawalan cengkaman dan alat bantuan lain telah diharamkan sejak tahun
2008.

Walaupun Eropah merupakan asas sukan ini, dan menjadi tuan rumah kira-kira separuh
perlumbaan setiap tahun, skop Formula Satu telah berkembang dengan ketara sejak
kebelakangan ini dan lebih banyak perlumbaan Grand Prix diadakan di benua lain. Formula
Satu mempunyai jumlah penonton televisyen global sebanyak 527 juta orang sepanjang
Kejuaraan Dunia Formula Satu 2010.[3]

Siri Formula Satu berasaskan lumba kereta Grand Prix Eropah pada tahun 1920-an dan 1930an. "Formula" tersebut ialah satu set peraturan yang perlu dipatuhi kesemua peserta. F1
merupakan formula baru yang dipersetujui setelah Perang Dunia Kedua pada tahun 1946,
iaitu tahun ketika perlumbaan bukan kejohanan dilangsungkan. Sebilangan pertubuhan
perlumbaan Grand Prix telah merangka peraturan bagi satu Kejohanan Dunia sebelum
perang, namun akibat penggantungan acara lumba ketika perang, Kejohanan Pelumba Dunia
tidak dirasmikan sehingga 1947. Perlumbaan kejohanan dunia pertama diadakan di
Silverstone, United Kingdom pada tahun 1950. Satu kejohanan bagi pembina kereta
menyusul pada 1958. Kejohanan negara wujud di Afrika Selatan dan UK pada 1960-an dan
1970-an. Perlumbaan F1 bukan kejohanan dilangungkan selama beberapa tahun, namun oleh

sebab kos penganjuran yang makin tinggi, perlumbaan sedemikian yang terakhir diadakan
pada 1983.
Gelaran sukan ini, Formula Satu, menandakan bahawa sukan ini dihendakkan menjadi
formula perlumbaan yang paling canggih dan kompetitif.

1950 1958 an

Juan Manuel Fangio memandu Alfa Romeo 159 ini utnuk merangkul kejuaraan pada tahun
1951. Stirling Moss di Nrburgring pada tahun 1961. Kejohanan Dunia F1 pertama dijuarai
oleh Giuseppe Farina dari Itali dengan kereta Alfa Romeonya pada tahun 1950, dengan
menang tipis atas rakan sepasukannya dari Argentina Juan Manuel Fangio. Namun begitu,
Fangio merangkul gelaran juara pada musim-musim 1951, 1954, 1955, 1956 dan 1957,
manakala Alberto Ascari dari pasukan Ferrari memenangi kejohanan pada thaun 1952 dan
1953. Meskipun Stirling Moss dari UK mampu bertanding dengan kerap, beliau tidak pernah

mampu menjuarai Kejohanan Dunia, maka kini banyak dianggap sebagai pemandu terhebat
yang tidak pernah merangkul gelaran itu. Sementara itu, Fangio dikenang kerana
mendominasi dekad pertama F1 maka sekian lama dipandang sebagai "grand master" F1.

Zaman ini didominasi oleh pasukan-pasukan yang dikendali oleh pembuat kereta jalanan Alfa Romeo, Ferrari, Mercedes Benz dan Maserati - keempat-empatnya pernah bertanding
sebelum tercetusnya perang. Musim-musim terawal menyaksikan penggunaan kereta yang
dibangunkan sebelum zaman perang seperti Alfa Romeo 158. Kereta-kereta ini berenjin di
bahagian hadapan, dengan tayar berjejak nipis dan enjin meruap 1.5 liter atau enjin
beraspirasi biasa 4.5 liter. Kejohanan dunia 1952 dan 1953 diadili meenurut peraturan
Formula Dua, lalu menyaksikan kereta yang lebih kecil dan kurang kuasanya, atas sebab
kebimbangan mengenai bilangan kereta Formula Satu yang ada. Apabila Formula Satu yang
baru, demgan enjin-enjin yang terhad kepada 2.5 liter, dipulihkan dalam kejohanan dunia
pada tahun 1954, Mercedes-Benz memperkenalkan W196 yang canggih, yang bercirikan
inovasi seperti injap desmodromik dan suntikan bahan api.
1959 - 1980 an
Perkembangan teknologi utama yang pertama, pengenalan semula kereta berenjin tengah oleh
Cooper's (mengikuti jejak pempeloporan Auto Union oleh Ferdinand Porsche pada 1930-an),
yang berevolusi daripada rekaan Formula Tiga yang berjaya daripada syarikat tersebut,
berlaku pada 1950-an. Jack Brabham dari Australia yang menjadi Juara Dunia pada musimmusim 1959, 1960 dan 1966, membuktikan kecanggihan rekabentuk baru tersebut.
Menjelang musim 1961, kesemua pasukan yang bertanding beralih kepada kereta berenjin
tengah.

Juara Dunia yang pertama dari United Kingdom World Champion ialah Mike Hawthorn,
yang memandu kereta Ferrari untuk merangkul gelaran tersebut pada musim 1958.
Bagaimanapun, apabila Colin Chapman menyertai F1 sebagai pereka rangka kereta dan
kemudiannya pengasas Team Lotus, warna hijau kereta lumba British mula mendominasi
pertandingan F1 bagi sedekad yang seterusnya. Antara Jim Clark, Jackie Stewart, John
Surtees, Jack Brabham, Graham Hill, dan Denny Hulme, pasukan British dan pemandu dari
negara Komanwel memenangi 12 kejohanan dunia antara 1962 dan 1973.

Pada musim 1962, Lotus memperkenalkan sejenis kereta dengan rangka monokok helaian
aluminium sebagai ganti kepada rekaan bingkai ruangan yang biasa. Ini terbukti sebagai
kejayaan teknologi paling cemerlang sejak pengenalan kereta berenjin tengah. Pada musim
1968, Lotus mengecat keretanya dengan warna seragam Imperial Tobacco, lalu mempelopori
penajaan kepada sukan ini.

Daya turun (downforce) aerodinamik lambat-launnya makin dipandang berat dalam


rekabentuk kereta sejak munculnya aerofoil pada akhir 1960-an. pada akhir 1970-an Lotus
memperkenalkan aerodinamik "kesan bumi" (ground effect) yang memeberi daya turun yang
amat kuat dan banyak meningkatkan kelajuan membelok (meskipun konsep ini pernah
digunakan oleh Chaparral 2J panduan Jim Hall pada 1970-an). Oleh sebab daya aerodinamik
aamt kuat sekali menekan kereta pada permukaan landasan, ada sesetengah kereta yang
menanggalkan spring dalam suspensinya dan menggantikannya dengan ketulan aluminium
pejal untuk meminimumkan perubahan dalam ketinggian pemandu akibat perubahan drastik

dalam daya turun dari kelajuan rendah ke kelajuan tinggi, inipun bergantung segalanya
kepada tayar bagi mana-mana amaun kecil perlindungan dalam kereta dan pemandu dari apaapa kelaurbiasaan dalam permukaan jalan.[perlu rujukan]

Pengasasan Fdration Internationale du Sport Automobile (FISA) pada tahun 1979


mencetuskan perang FISA-FOCA, apabila FISA dan presidennya Jean-Marie Balestre kerap
berselisih dengan Persatuan Pembina Kereta Formula Satu mengenai keuntungan siaran
televisyen dan peraturan teknikal.

19812000 an
Tahun 1981 menyaksikan penandatanganan Persetujuan Concorde yang pertama, satu kontrak
yang mewajibkan semua pasukan untuk bertanding sehingga tarikh luput kontrak itu dan
dijaminkan sebahagian daripada untung penjualan hak-hak penyiaran televisyen, maka
terlerailah Perang FISA-FOCA lalu membawa kepada kawalan kewangan menyeluruh
terhadap sukan ini oleh Bernie Ecclestone, itupun setelah banyak melalui rundingan.

FIA mengharamkan aplikasi areodinamik kesan bumi mulai musim 1983. Meskipun begitu,
pada masa itu enjin berkuasa turbo yang dipelopori Renault pada musim 1977, menghasilkan
lebih 700 bhp (520 kW) dan dijadikan penting untuk daya saing. Pada tahun-tahun kemudian,
terutamanya musim 1986, kereta turbo Formula One turbo menghasilkan lebih 1,100 bhp
(820 kW) pada hari perlumbaan (dan sebanyak 1,400 bhp / 1050 kW pada pusingan
kelayakan). Kereta-kereta ini menjadi kereta lumba litar beroda terbuka (open-wheeled)
paling berkuasa yang pernah wujud. Bagi mengurangkan hasil keluaran kuasa enjin dan
kelajuannya, FIA mengehadkan muatan tangki minyak pada musim 1984 dan tekanan
perangsang pada musim 1988 sebelum melarang penggunaan enjin berkuasa turbo sama
sekali pada musim 1989.

Pada awal 1990-an, pasukan-pasukan mula memperkenalkan bantuan pemandu elektronik


seperti ssupensi aktif (active suspension), kotak gear semi-automatik dan kawalan penarikan
(traction control). Ada juga ciri-ciri yang dipinjam dari kereta jalanan terkini.[perlu rujukan]
Sesetengah ciri-ciri baru itu, seperti suspensi aktif, dibangunkan terutama untuk kereta lumba
dan kemudiannya dipasang kepada kereta jalanan. Akibat rungutan sesetengah pihak bahawa
teknologi makin banyak menentukan keputusan perlumbaan berbanding kemahiran pemandu,
FIA melarang kebanyakan bantuan baru tersebut bagi musim 1994. Namun begitu,
kebanyakan pemerhati sukan ini merasa bahawa larangan terhadap bantuan pemandu setakat
larangan atas nama semata-mata kerana FIA tidak mempunyai teknologi atau kaedah
menghapuskan ciri-ciri ini dari pertandingan.

Pasukan-pasukan menandatangani Persetujuan Concorde yang kedua pada tahun 1992 dan
yang ketiga pada 1997, yang dijangka luput pada hari terakhir tahun 2007.

Di atas landasan perlumbaan, pasukan McLaren dan Williams mendominasi musim-musim


1980-an dan 1990-an. McLaren yang pernah dibantu oleh Porsche, Honda, dan MercedesBenz, memenangi 16 kejuaraan (tujuh untuk pembina, sembilan utnuk pemandu) selama
tempoh itu, manakala Williams memakai enjin sumbangan Ford, Honda, dan Renault untuk
juga mencapai 16 gelaran (sembilan untuk pembina, tujuh untuk pemandu). Persaingan antara
lagenda perlumbaan Ayrton Senna dan Alain Prost benjdai tumpuan utama F1 pada musim
1988, dan berterusan sehinggalah Prost bersara pada akhir musim 1993. Malangnya, Senna
yang mengambil alih penerajuan Prost pada musim 1994 itu kehilangan nyawa di San Marino
setelah melanggar tembok pada sudut keluar pada lengkok Tamburello yang bahaya itu. Turut
terkorban di tempat dan masa yang sama ialah Roland Ratzenberger yang turut terkorban
dalam kemalangan ketika pusingan kelayakan hari sabtu. Sejak insiden itu, FIA bekerja keras
untuk meningkatkan piawaian keselamatan sukan ini. Maka, sejak itu tiada seorang pun
pemandu yang terkorban di atas landasan dalam kereta F1, meskipun dua orang marsyal
landasan pernah diragut, seorang pada Grand Prix Itali 2000, dan seorang lagi pada Grand
Prix Australia 2001.
Sejak kematian Senna dan Ratzenberger, FIA telah mengetengahkan keselamatan sebagai
sebab mengenakan perubahan dalam peraturan yang sebaliknya, di bawah Persetujuan
Concorde, perlu dipersetujui oleh kesemua pasukan - terutamanya perubahan yang
diperkenalkan bagi musim 1998. Masa yang bergelar zaman 'trek sempit' ini menyaksikan
kereta mempunyai tayar belaakng yang lebih kecil, trek perlumbaan yang lebih sempit
keseluruhannya dan pengenalan tayar 'beralur' bagi emngurangkan cengkaman mekanikal.
Terdapat empat alur, pada bahagian hadapan dan belakang, yang berfungsi melalui seluruh
lilitan tayar. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kelajuan membelok dan untuk
menghasilkan keadaan perlumbaan yang serupa kerpada keadaan hujan dengan

menguatkuasakan a smaller tampalan sentuhan (contact patch) di antara tayar dan trek, bagi
memupuk kemahiran pemandu dan meningkatkan mutu persembahannya.

Kesannya banyak bercampur-campur setelah ketiadaan cengkaman mekanikal menyebabkan


pereka-pereka yang lebih bijak menutup kepincangan ini dengan cengkaman aerodinamik menolakkan lebih daya pada tayar melalui sayap, alatan aerodinamik dan sebagainya - yang
turut menyebabkan kurangnya pemotongan dalam perlumbaan kerana alatan-alatan ini sering
menyebabkan ekor kereta menjadi 'kotor' lalu menghalang kereta lain daripada merapatinya,
akibat pergantungannya kepada udara 'bersih' untuk memastikan kereta masih di atas trek.
Tayar beralur ini juga ada kesan sampingan negatif iaitu mula-mulanya dibentuk daripada
bahan kompaun yang lebih keras bagi memegang blok-blok pijakan alur, mengakibatkan
kemalangan teruk jika berlakunya kegagalan cengkaman aerodinamik, seperti kegagaan
sayap belakang, kerana bahan kompaun yang keras itu tidak boleh mencengkam trek dengan
sebaiknya.

Pasukan-pasukan yang lebih inovatif telah mencari ikhtiar untuk memaksimumkan perubahan
mendadak ini. McLaren, dengan kereta rekaan Adrian Newey, menggunakan brek 'fiddle'
pada kereta 1998-nya membolehkan pemandu menekan brek pada salah satu daripada dua
roda belakang keretanya untuk memberi mereka pembelokan yang lebih keams. Ini pun telah
diharamkan sebagai bantuan pemandu.

Pemandu-pemandu McLaren, Williams, Renault (dahulunya Benetton) dan Ferrari, bergelar


"the Big Four", telah menjuarai setiap Kejohanan Dunia dari musim 1984 hingga ke hari ini.

Akibat kemajuan teknologi pada 1990-an, kos bertanding dalam Formula Satu turut
meningkat secara mendadak. Ini telah menambahkan beban kewangan, dan beserta dengan
dominasi dominasi keempat-empat pasukan tersebut (yang banyak dibiayai oleh pembuat
kereta ternama seperti Mercedes-Benz), menyebabkan pasukan persendirian yang tidak
sekaya untuk bergelut bukan sahaja untuk memastikan daya saing, malah juga untuk terus
beroperasi. Masalah kewangan banyak memaksa beberapa pasukan untuk menarik diri. Sejak
musim 1990, 28 pasukan telah menarik diri daripada Formula Satu. Ini menyebabkan bekas
pemilik Jordan, Eddie Jordan untuk menyatakan bahawa zaman persaingan adil sudah tamat.

Para pengeluar (2000 2006)

Papan tanda menyatakan bahawa safety car (SC) sedang menjalankan tugas. Keselamatan
amat dipandang berat dalam F1.
Tanpa disangka-sangka, Michael Schumacher dan Ferrari bersama-sama memenangi lima
kejuaraan pemandu dan enam kejuaraan pengeluar berturut-turut antara 1999 hingga 2004.
Schumacher telah mencatat banyak rekod baru, termasuk jumlah kemenangan Grand Prix
terbanyak (91), kemenangan terbanyak dalam semusim (13 daripada 18), dan kejuaraan

pemandu terbanyak (7).[5] Tuah Schumacher berakhir pada 25 September 2005 apabila
pemandu Renault Fernando Alonso menjadi juara Formula Satu termuda. Pada tahun 2005
dan 2006, Renault dan Alonso merangkul kejuaraan pemandu dan pengeluar selama dua
tahun berturut-turut. Schumacher bersara pada akhir musim 2006, setelah 16 tahun
berkecimpung dalam Formula Satu.

Sepanjang tempoh ini peraturan kejohanan seringkali diubah oleh FIA yang bertujuan
meningkatkan aksi atas litar dan menurunkan kos.[6] Arahan pasukan yang dibenarkan sejak
kejohanan bermula pada tahun 1950, diharamkan pada tahun 2002 setelah berlakunya
beberapa kejadian di mana pasukan-pasukan memanipulasi keputusan perlumbaan secara
terbuka, lalu menarik publisiti negatif, terutamanya yang dilakukan oleh Ferrari sewaktu
Grand Prix Austria 2002. Perubahan-perubahan lain termasuk format kelayakan, sistem
pungutan mata, peraturan teknikal yang menentukan berapa lama enjin dan tayar perlu
bertahan. Satu 'perang tayar' yang meletus antara pembekal Michelin dan Bridgestone
menyaksikan masa pusingan jatuh, meskipun semasa Grand Prix Amerika Syarikat 2005 di
Indianapolis tujuh daripada sepuluh pasukan tidak berlumba setelah tayar Michelin yang
digunakan didapati tidak selamat digunakan. Pada akhir musim 2006 Max Moseley
menggariskan masa depan yang lebih mesra alam bagi Formula Satu, yang mana
penggunaan tenaga yang cekap akan menjadi faktor penting.[7] Dan perang tayar telah
berakhir, apabila Bridgestone menjadi pembekal tayar tunggal untuk Formula Satu untuk
musim 2007.

Sejak tahun 1983, Formula Satu telah didominasi oleh pasukan pakar perlumbaan seperti
Williams, McLaren dan Benetton yang menggunakan enjin yang dibekal oleh pengeluar

kereta besar seperti Honda, Renault dan Ford. Bermula pada 2000 dengan penciptaan Ford
pasukan Jaguar yang sebahagian besar gagal, pasukan-pasukan baru dimiliki pengeluar
menyertai Formula Satu buat kali pertama sejak pemergian Alfa Romeo dan Renault pada
hujung 1985. Pada tahun 2006, pasukan pengeluar Renault, BMW, Toyota, Honda dan
Ferrari mendominasi kejuaraan dengan merangkul lima daripada enam tempat teratas dalam
kejuaraan pengeluar kereta. Pengecualian tunggal itu adalah McLaren yang sebahagiannya
dimiliki oleh Mercedes Benz. Melalui Grand Prix Manufacturers Association (GPMA)
mereka berunding keuntungan komersil Formula Satu yang lebih besar dan hak untuk
memberi pandangan mengenai hal pengendalian sukan ini.

Grand Prix

Sebuah perlumbaan Grand Prix di Indianapolis Motor Speedway pada tahun 2003.
Bilangan Grand Prix yang diadakan dalam satu musim banyak berubah dari tahun ke tahun.
Hanya tujuh perlumbaan membentuk musim julung pada 1950; selama bertahun-tahun saiz
kalendar penganjurannya berganda tiga kali. Walaupun bilangan perlumbaan kekal pada
enam belas atau tujuh belas sejak 1980-an, mencecah 19 perlumbaan pada 2005.

Enam daripada tujuh perlumbaan original diadakan di Eropah; cuma satu perlumbaan bukanEropah yang d Kejuaraan Dunia dalam 1950 iaitu Indianapolis 500, dimana disebabkan oleh
kurang penyertaan dari pasukan F1, since it required cars with spesifikasi berlainan daripada
perlumbaan lain, adalah diganti dengan Grand Prix Amerika Syarika

Deruman enjin jentera Formula1 sentiasa menggamit peminat jentera berkuasa tinggi dan
terpantas tempatan berkunjung ke litar F1 tanahair di Sepang. Setiap tahun perlumbaan
jentera kereta termahal di dunia ini sudah menjadi kalendar acara tahunan yang singgah di
Malaysia bagi melengkapkan musim perlumbaan yang telah ditetapkan oleh Persekutuan
Automobil Antarabangsa (FIA). Pada musim 2010 ini, kalendar Formula1 bermula pada
bulan Mac 2010 di Litar Antarabangsa Bahrain manakala Petronas Grand Prix Malaysia akan
diadakan pada bulan April di litar kebanggaan Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Hujung minggu ini pula iaitu pada 11 Jun 2010, Grand Prix Formula1 Montreal, Canada
(Grand Prix du Canada) akan memulakan perlumbaan setelah terhenti seketika pada tahun
2008 akibat masalah politik dan ekonomi setempat
Persekutuan Automobil Antarabangsa mentakrifkan Formula1 atau F1 ialah perlumbaan
kereta kelas teratas bagi kereta yang mempunyai satu tempat duduk dengan tayar yang
terdedah keluar dari badan kereta. Kebiasaannya jentera kereta F1 berlumba pada kelajuan
tinggi sehingga melebihi 320 kilometer sejam (km/j) dan mampu menghasilkan tekanan
sehingga 5G (graviti) di beberapa selekoh sepanjang perlumbaan di litar. Perlumbaan F1
sememangnya bukan sahaja melibatkan pertarungan antara pemandu paling handal tetapi juga
perlumbaan teknologi antara syarikat-syarikat pengeluar kereta dalam memastikan kenderaan
mereka beroperasi semaksimum mungkin untuk memenangi perlumbaan.

F1 telah berkembang daripada sukan yang hanya memerlukan kecekapan dan kemahiran
memandu kepada sukan yang lebih bergantung kepada teknologi tinggi. Pasukan yang tidak
mempunyai peruntukan mencukupi dalam mendapatkan teknologi terkini, kebiasaannya akan
menghadapi masalah untuk bersaing.Teknologi F1 sebenarnya digunakan juga dalam
teknologi harian seperti teknologi automotif terkini, komunikasi tanpa wayar (wireless),
keselamatan, pengkomputeran dan sebagainya.

Dalam perlumbaan masa kini, keupayaan sesebuah pasukan untuk menyesuaikan reka bentuk
kereta dan mempertingkatkan kecekapan aerodinamik ketika perlumbaan misalnya
merupakan satu kelebihan untuk kereta meluncur dan memintas di hadapan. Justeru,
teknologi komputer canggih seperti reka bentuk bantuan komputer (CAD) dan pengeluaran
bantuan komputer (CAM) diperlukan untuk membolehkan jurutera merancang reka bentuk
terbaik dalam menghadapi setiap litar.

Selain teknologi rekabentuk kereta tersebut, teknologi telemetri ataupun sistem telemetri dua
hala misalnya telah digunakan untuk membolehkan prestasi kereta sentiasa dipantau oleh
kumpulan teknikal yang bertugas di pit. Sistem ini akan menyalurkan maklumat setiap masa
mengenai keadaan komponen utama kereta seperti keadaan enjin, pergerakan casis, tayar,
minyak dan sebagainya menggunakan teknologi tanpa wayar (wireless) .Maklumat-maklumat
ini dikumpulkan oleh sensor-sensor yang diletakkan pada setiap komponen utama kenderaan
dan data yang dihantar akan diproses oleh pusat pelayan komputer dan dipaparkan dalam
bentuk grafik bagi memudahkan jurutera membuat analisis.

Prestasi jentera kereta Formula1 bergantung pada teknologi rekabentuk elektronik,


aerodinamik, suspensi dan tayar. Perlumbaan yang paling mahal di dunia itu telah melalui
beberapa evolusi dan perubahan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1920-an dahulu di
Eropah. Eropah adalah pusat tradisi F1 apabila semua pasukan berpangkalan di benua
tersebut Namun, kini Grand Prix sudah mendapat tempat di hati peminat dan diadakan di
seluruh dunia. Perlumbaan di Eropah dan Amerika dikurangkan untuk memberi laluan kepada
litar baru di Bahrain, China, Turki dan Singapura yang menganjurkan perlumbaan malam
yang pertama pada tahun 2009.
Istilah Formula merujuk kepada satu set peraturan yang perlu dipatuhi semua peserta.
Gelaran Formula Satu menandakan sukan berkenaan perlu dijadikan formula perlumbaan
paling canggih dan kompetitif di dunia.

Sebilangan pertubuhan perlumbaan Grand Prix merangka peraturan bagi satu Kejohanan
Dunia sebelum perang Dunia Kedua, namun akibat penggantungan acara lumba ketika
perang, Kejohanan Pelumba Dunia tidak dirasmikan sehingga 1947.Perlumbaan kejohanan
dunia pertama disambung pada 1950 di litar Silverstone, United Kingdom sebelum satu
kejohanan bagi pembina kereta menyusul pada 1958.Kejohanan Dunia F1 pertama dijuarai
Giuseppe Farina dari Itali menerusi Alfa Romeo 159 pada 1950 selepas berjaya menewaskan
rakan sepasukannya, Juan Manuel Fangio dari Argentina. Namun begitu, Fangio berjaya
merangkul gelaran juara pada musim 1951, 1954, 1955, 1956 dan 1957 manakala Alberto

Ascari dari pasukan Ferrari memenangi kejohanan pada 1952 dan 1953. Fangio dikenang
kerana mendominasi dekad pertama F1 dan mendapat gelaran sebagai Grand Master F1.

Pada awal perlumbaan F1, ia didominasi pasukan pembuat kereta komersil seperti Alfa
Romeo, Ferrari, Mercedes Benz dan Maserati. Musim terawal menyaksikan penggunaan
kereta yang dibangunkan sebelum zaman perang seperti Alfa Romeo 158 dan berenjin di
bahagian hadapan, dengan tayar lebih nipis. Kebanyakan jentera hanya menggunakan enjin
serendah 1.5L sebelum peraturan baru diperkenalkan mengikut peraturan Formula Dua.
Apabila Formula Satu memasuki musim baru dengan enjin terhad kepada 2.5 liter, MercedesBenz memperkenalkan W196 yang canggih bercirikan inovasi seperti injap Desmodromik
serta suntikan bahan api selain pembuatan badan diperkemas dan tertutup.

Mercedes berjaya memenangi kejohanan pemandu selama dua tahun sebelum menarik diri
daripada semua sukan bermotor akibat bencana Le Mans 1955. Pengenalan semula kereta
berenjin tengah oleh Cooper's yang diilhamkan daripada rekaan Formula Tiga berjaya
membuktikan kepantasan kenderaan semakin meningkat sehingga pada 1961, semua pasukan
bertanding beralih kepada kereta berenjin tengah.Juara dunia pertama adalah Mike Hawthorn
dari United Kingdom yang memandu Ferrari, merangkul gelaran terbabit pada musim 1958.
Bagaimanapun, apabila Colin Chapman menyertai F1 sebagai pereka rangka kereta dan
kemudian menjadi pengasas Team Lotus, warna hijau kereta lumba British mula
mendominasi pertandingan F1 selama satu dekad.

Pada musim 1962, Lotus memperkenalkan jentera terbaru dengan rangka helaian aluminium
sebagai ganti kepada rekaan konvensional. Pada akhir 1970-an, Lotus memperkenalkan
aerodinamik kesan bumi yang memberi daya turun yang amat kuat dan banyak sehingga
meningkatkan kelajuan membelok.
Oleh kerana daya aerodinamik terlalu kuat sehingga menekan kereta pada permukaan
landasan, ada pasukan yang menanggalkan spring dalam suspensinya dan menggantikannya
dengan aluminium pejal untuk meminimumkan perubahan dalam ketinggian pemandu akibat
perubahan drastik dalam daya turun daripada kelajuan rendah ke kelajuan tinggi.

Bagaimanapun, FIA mengharamkan aplikasi aerodinamik kesan bumi terbabit mulai musim
1983 atas sebab keselamatan.Pasukan teknikal di pit melakukan penganalisaan data yang
disampaikan oleh sensor kepada sistem komputer memperbaiki prestasi kenderaan ketika
perlumbaan dan juga dikumpulkan bagi setiap perlumbaan untuk digunakan bagi kegunaan
perlumbaan musim depan.Jika perubahan spesifikasi ingin dilakukan, pusat teknikal di pit
akan memaklumkan kepada pemandu perkara tersebut dengan menghantar isyarat yang akan
dipancarkan melalui lampu-lampu tertentu di bahagian stereng kereta F1.Jika pemandu
bersetuju, ia hanya perlu menekan butang yang telah ditetapkan bagi membolehkan pasukan
teknikal membuat perubahan terhadap spesifikasi kereta mereka tanpa perlu memberhentikan
kenderaan tersebut. Bagaimanapun, jika perubahan besar perlu dilakukan, ia boleh dilakukan

ketika pemandu memberhentikan kenderaan mereka di pit bagi mengisi minyak.Menyentuh


mengenai teknologi aerodinamik, kebiasaannya apa yang dilakukan ketika proses mereka
bentuk dan diuji dalam pelbagai cara termasuk menggunakan komputer simulasi, memasuki
terowong angin dan ujian di litar.

Salah satu alat yang terpenting dalam mengukur prestasi aerodinamik kereta ialah
Computational Fluid Dynamics (CFD). CFD merupakan teknologi berasaskan komputer yang
mengkaji kedinamikan CFD mengikut ke semua arah angin terhadap badan kereta. Dalam
perlumbaan F1, CFD melibatkan pembinaan model simulasi komputer kereta lumba yang
kemudiannya dilaksanakan berdasarkan hukum fizik kepada prototaip maya tersebut.
Komputer akan mengesan kesan pelanggaran angin sama ada tolakan ke bawah atau atas bagi
setiap trek yang digunakan dan para mekanik boleh membuat penyesuaian mengikut trek-trek
yang disertai. Secara umumnya, pasukan F1 akan menggunakan teknologi pengkomputeran
sebagai langkah pertama dalam proses mereka bentuk kereta dan menjalani ujian
Sebenarnya terlalu banyak teknologi yang terlibat dalam perlumbaan F1 bermula dari
peringkat asas seperti `Air Jack' iaitu alat untuk mengangkat kereta untuk mempercepatkan
proses menukar tayar sehingga kepada proses ujian pelanggaran, unit kawalan elektronik,
kotak gear, cat, keselamatan, pemanasan enjin, terowong angin, reka bentuk dan
sebagainya.Syarikat-syarikat peserta perlumbaan F1 akan sentiasa memastikan teknologi
kenderaan mereka diperbaharui dan berupaya berada di barisan grid hadapan setiap kali
perlumbaan bermula dan juga yang pertama sekali menamatkan perlumbaan.Peningkatan
kepantasan jentera F1 mula berkembang apabila Renault memperkenalkan enjin berkuasa
turbo yang menghasilkan lebih 700 kuasa kuda (bhp) sebelum meningkat sehingga 1,400 bhp,

menjadikan jentera F1 sebagai kenderaan beroda terbuka paling berkuasa di dunia sehingga
ke hari ini.

SEPANG International Circuit (SIC) merupakan antara litar terbaik di dunia. Kompleks
seluas 2300 ekar ini turut beberapa kemudahan lengkap untuk tujuan penganjuran sukan
pemotoran dan beberapa jenis sukan lain di sekitarnya.

Selepas ia siap dibina pada tahun 1998, ia mencatatkan sejarah dengan menganjurkan acara
Grand Prix pertama pada tahun 1999.

Dalam kejohanan MotoGP, ketiga-tiga kategori akan membuat 20 lap yang akan menjadikan
jarak keseluruhan 111 kilometer. Selain terlibat dalam penganjuran Malaysian Motorcycle
Grand Prix, SIC turut menjayakan siri perlumbaan Formula One Malaysian Grand Prix, A1
Grand Prix dan beberapa kejohanan peringkat antarabangsa.

Litar tersebut telah direka oleh arkitek berbangsa Jerman, Hermann Tilke yang turut
bertanggungjawab mereka fasiliti perlumbaan di Shanghai, Bahrain, Turki, Valencia,
Singapura, Abu Dhabi, Korea, India dan Austin, TX.

SIC telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tun Dr
Mahathir Mohamad pada 7 Mac 1999. Selepas melancarkan litar bertaraf dunia itu, beliau
turut hadir menyaksikan saingan perlumbaan MotoGP pertama pada April dalam tahun yang
sama.

Insiden

Pada 23 Oktober 2011, dalam persaingan MotoGP Shell Advance Malaysian Grand Prix,
pelumba dari Itali Marco Simoncelli telah terlibat dalam kemalangan di selekoh 11 semasa
lap kedua. Kejadian tersebut telah menyebabkan Simoncelli meninggal dunia.Selepas tugu
peringatan Marco Simoncelli diabadikan, SIC dikejutkan lagi dengan peristiwa Muhammad
Izzat Abdul Hakim merempuh marsyal pada saingan Malaysian Super Series baru-baru ini.
Dalam insiden berkenaan, Izzat dikatakan telah hilang kawalan motosikal Kawasaki Ninja
250 yang ditunggang beliau dan merempuh marsyal perlumbaan, Satish Suppiah, yang turut
meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Ekoran daripada insiden
berkenaan, saingan Malaysian Super Series pusingan ketiga telah dibatalkan serta
merta.Selepas empat hari dimasukkan ke hospital, Izzat akhirnya menghembuskan nafas
terakhir pada 25 September tanpa sedar daripada koma.Sukan pemotoran negara telah
kehilangan satu bakat yang baru selepas kejadian berkenaan, namun nama Izzat cukup

dihormati kerana komitmen, dedikasi serta tahap disiplin yang ditunjukkan terhadap sukan
lumba motosikal.
Dorna Sports telah mengumumkan Sepang International Circuits (SIC) kekal sebagai antara
penganjur kejuaraan dunia MotoGP untuk tempoh tiga tahun lagi. Ini bermakna Malaysia
masihmenjadi tuan rumah kepada acara perlumbaan peringkat dunia sehingga tahun
2016.Litar Antarabangsa Sepang adalah antara litar yang paling popular di kalangan pelumba
dan pasukan perlumbaan sejak terbabit dalam penganjuran sukan pemotoran itu pada tahun
1999.Penambahan jumlah pengunjung saban tahun menjadikan ia sebagai alasan kukuh SIC
masih dapat mengekalkan tempat penganjuran. Rekod pengunjung Malaysian MotoGP
seramai 125,000 sepanjang tiga hari penganjuran acara perlumbaan itu pada tahun lalu telah
menjadikan SIC dipilih sebagai The Best Grand Prix of the Year.
Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpeleta berkata, Persetujuan lanjutan untuk tiga
tahun lagi merupakan satu berita yang sangat baik kepada semua yang terbabit dalam acara
MotoGP. SIC merupakan satu fasiliti pilihan dan sangat bernilai dalam kalendar kejohanan.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Dato Razlan Razali gembira dengan berita baik tersebut
selepas bekerja keras dalam menjayakan setiap acara yang berlangsung di SIC.
Pengumuman tempoh lanjutan tersebut menbuktikan kami berada dalam landasan yang
betul, ujar Razlan.
Pelanjutan tempoh penganjuran MotoGP telah mengiktiraf nama Malaysia di peringkat
antarabangsa. Sehubungan dengan itu, SIC telah diberi kepercayaan dalam menganjurkan
acara mencungkil bakat baru, Shell Advance Asian Talent Cup sejurus selepas tamatnya
kejohanan MotoGP.

You might also like