BIO 1 Tutorial

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN
(PPISMP)

SCE1034
BIOLOGI
SEMESTER : 1 (SESI JUN-NOV 2014)

NAMA

LIM YUIK SEAN

KELAS /
KUMPULAN

PPISMP SN

NO. MATRIK
NO. K/P

950923-07-5334

PENSYARAH

LOW SEOW FOONG

TARIKH SERAHAN

21/07/2014

1. Kumpulkan maklumat dari pelbagai sumber tentang pengelasan makanan


dan kepentingan kelas-kelas makanan kepada manusia
2. Sediakan satu esei yang merangkumi maklumat yang anda kumpulkan.
3. Panjangkan esei anada tidak melebihi dua muka surat.
4. Esei anda ditaip menggunakan font jenis Arial bersaiz 11 dan langkau 1.5
baris.
5. Lampirkan senarai rujukan. Cara menulis rujukan adalah mengikut sistem
APA (American Psychological Assiociation).
Pengelasan makanan dan kepentingan kelas-kelas makanan kepada manusia
Makanan merupakan sesuatu keperluan yang penting kepada manusia,
kerana makanan mempunyai banyak nutrien yang digunakan sebagai sumber
tenaga yang penting bagi manusia melakukan aktiviti.Demi kesihatan diri sendiri,
pelbagai nutrien adalah diperlukan oleh tubuh manusia. Nutrien yang mengandung di
dalam makanan boleh dikelaskan kepada tujuh kelas makanan, iaitu karbohidrat,
lemak, protein, garam mineral, vitamin, air dan pelawas. Selain itu, nutrien juga boleh
dibahagikan kepada mikronutrien dan makronutrien. Mikronutrien ialah nutrien yang
hanya diperlukan sedikit untuk badan manusia, manakala makronutrien ialah nutrien
yang diperlukan kuantiti yang banyak untuk badan manusia.
Karbohidrat merupakan sebatian organik yang mengandungi unsur karbon,
hidrogen dan oksigen yang bernisbah 1:2:1. Contoh makanan yang mengandungi
karbohidrat ialah nasi, roti, ubi dan pisang. Karbohirat terdiri daripada kanji, gula dan
selulosa dan dikategori kepada dua jenis karbohidrat, iaitu karbohidrat ringkas dan
karbohidrat kompleks. Karbohidrat ringkas ialah monasakarida dan disakarida seperti
gula dan buah-buahan. Karbohidrat kompleks ialah polisakarida (C6H10O5)n yang
seperti kanji, gandum dan sebagainya. Fungsi utama karbohidrat adalah untuk
membekalkan tenaga. Karbohidrat merupakan makanan simpanan yang penting
dalam tumbuhan dan haiwan. Manusia menyimpankan karbohidrat dalam bentuk
glikogen.
Protein ialah bahan organik yang kompleks dan unit asas protein ialah asid
amino. Semua asid amino mengandungi unsur karbon, hidrogen, oksigen dan
nitrogen. Unsur sulfur dan fosforus biasanya wujud dalam protein. Terdapat 25 jenis
asid amino dan setiap molekul asid amino mengandungi satu kumpulan amino (-NH 2)
dan satu kumpulan karboksil (-COOH). Protein terbentuk melalui percantuman
molekul asid amino. Sesetengah molekul protein terdiri daripada beribu-ribu asid
amino.Fungsinya ialah dalam pembentukan sel baru untuk menggantikan sel yang
rosak atau mati. Selain itu, protein juga menrupakan bahan utama yang diperlukan

untuk menisintesiskan enzim, hormon, hemoglobin, antibodi dan protein dalam


plasma darah. Sumber makanan protien ialah ikan, udang, susu, telur dan lain-lain.
Lemak ialah sebatian organik yang mengandungi unsur karbon, oksigen dan
hidrogen. Lemak hanya mengandungi perkadaran oksigen yang kecil dan tidak larut
dalam air tetapi larut dalam pelarut organik seperti eter dan alkohol. Lemak terdiri
daripada asid lemak dan gliserol dalam nisbah 3:1. Makanan yang kaya dengan
lemak ialah mentega, marjerin, minyak kacang soya dan sebagainya. Lemak dapat
dibahagikan kepada lemak tepu dan lemak tak tepu dengan mengikut jenis aisd
lemak yang terkandung dalam molekul lemak. Lemak juga merupakan sumber
tenaga penting. Setiap gram lemak terdapat menghasilkan kira-kira dua kali ganda
lebih banyak tenaga daripada karbohidrat. Lemak juga sebagai pelarut vitamin A, D,
E dan K. Selain itu, lemak juga memainkan peranan sebagai pelindung organ dalam
badan. Lapisan lemak di bawah kulit bukan sebagai penebat haba sahaja, malah
merupakan makanan simpanan yang utama.
Garam mineral ialah bahan tak organik yang diperlukan oleh tubuh badan
manusia. Lebih kurang 50% hingga 70% daripada mineral, terutamanya di dalam gigi
dan tulang. Kita dapat membekalkan mineral daripada haiwan dan tumbuhan yang
dimakan. Antara unsur yang penting ialah kalsium, magnesium, ferum, natrium,
kalium, iodin dan fosforus. Contohnya, kalsium berfungsi dalam pembentukan gigi
dan tulang yang sihat. Kalsium yang terdapat dalam plasma darah juga berfungsi
dalam pembekuan darah. Selain itu, magnesium berfungsi sebagai pengaktif enzim
untuk mengekalkan fungsi normal tisu saraf dan otot serta memangkinkan tindak
balas pembentukan tenaga.
Vitamin ialah molekul organik yang diperlukan oleh badann manusia dalam
kuantiti yang kecil. Vitamin mempunyai pelbagai jenis yang berbeza seperti Vitamin
A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin C,
Vitamin D Vitamin E dan Vitamin K. Vitamin memainkan peranan yang penting dalam
fungsi fisiologi badan manusia. Sebagai contohnya, Vitamin A membolehkan mata
manusia dapat melihat pada waktu senja yang bercahaya samar-samar. Manakala,
Vitamin C diperlukan untuk memelihara kesihatan salur darah, kulit dan gusi.
Kira-kira 60% hingga 70% daripada berat badan manusia terdiri daripada air.
Air merupakan pelarut yang baik dan juga penting untuk menetapkan suhu badan
melalui penyejatan peluh. Air berfungsi sebagai medium semasa tindakan enzim
dalam proses pencernaan. Selain itu, air juga penting dalam mengekalkan tekanan
osmosis darah.

Pelawas ialah bahan gentian yang hanya dapat dalam sayur-sayuran, buahbuahan dan bijirin. Pelawas diperlukan dalam gizi untuk merangsangkan peristalsis
dalam salur alimentari.
Kesimpulannya, pelbagai nutrien adalah diperlukan oleh tubuh manusia.
Sekiranya lebih ataupun kurang juga akan menjejaskan kesihatan badan kita. Jadi,
kita boleh merujukkan panduan pyramid makanan demi memperolehi makanan yang
seimbang supaya dapat mengekalkan badan kita sihat.

Rujukan

S.C. Lee & S.L. Liew (1998). Kuasai Peperiksaan Biologi STPM Jilid 1(6th ed.).
Malaysia: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Choong Kin Sang. Tutorial STPM Biologi Kertas 964. Malaysia: Feredal Publications
Y.H. Quek, L.H. Tan &T.F. Chin (1994). Biologi Tingkatan 4(2nd ed.). Malaysia:
Jiwabaru Sdn. Bhd.
S.K. Chia, Chek Ramlah bt. Abd Samad & P.C. Lim (2012). Sains Tingkatan 5.
Malaysia: Kembara Sdn. Bhd.
W.Y. Gan, Manoharan a/l Subramaniam & Azmah bt. Rajion (2005). Biology Form 4.
Malaysia: Bakaprep Sdn. Bhd.
Makanan dan kesejateraan anda. Retrieved July 11, 2014 from
http://www.Imsipda.net/ppg_Ims/file.php/1/SCE3101/Topik_2_MAKANAN_DAN_KES
EJATERAAN_ANDA.pdf

You might also like