Memo Terkini Tunai Di Kaunter

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

MAKLUMAN KEPADA MAHASISWA

PUSAT PENGAJIAN SEPARUH MASA, UTMSPACE


TARIKH

16 FEB 2016

PERKARA

KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN DI UTMSPACE

DARIPADA BAHAGIAN KEWANGAN UTMSPACE

Bermula 1

Mac 2016, Bahagian Kewangan UTMSPACE TIDAK LAGI menerima sebarang pembayaran

yuran menggunakan kaedah wang tunai di kaunter UTMSPACE. Ini disebabkan atas faktor-faktor
keselamatan yang amat berisiko tinggi kepada staf dan pengurusan UTMSPACE.
Pelajar boleh membuat pembayaran yuran menggunakan kad debit atau kad kredit di kaunter
kewangan UTMSPACE. Sekiranya ingin membuat pembayaran tunai, pelajar boleh mendapatkan slip
bayaran khas CIMB dan berurusan di kaunter cawangan CIMB untuk membuat pembayaran yuran
secara tunai.
Bahagian Kewangan UTMSPACE amat menggalakkan pelajar menggunakan pembayaran secara atas
talian (Online) di dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP).
Untuk maklumat lanjut, pelajar boleh merujuk kepada Buku Panduan Kewangan UTMSPACE bagi
pengajian separuh masa. Berikut merupakan petikan yang diambil dari buku panduan kewangan
berkenaan kaedah pembayaran yang diguna pakai oleh bahagian kewangan UTMSPACE

5. 0 KAEDAH PEMBAYARAN
5.1 Pembayaran secara Tunai
Boleh dilakukan di mana-mana cawangan CIMB dengan menggunakan
Slip Bank Khas yang telah dicetak oleh pihak UTMSPACE;
5.2 Pembayaran secara Atas Talian (Online)
Pembayaran dibuat secara Pindahan Akaun atau Kad Kredit melalui
laman web UTMSPACE (www.utmspace.edu.my/smp)
5.3 Pembayaran secara Kad Kredit
Boleh dilakukan di kaunter UTMSPACE, Johor Bahru dan Kuala Lumpur

Kerjasama oleh semua pihak didahulukan dengan ucapan terima kasih.


_____________________________________________________________________________________

You might also like