Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

9 Tip Pemilihan Pokok Sebagai Sumber

Nektar & Pollen Untuk Kelulut


Musa Yaacob Ahad, Oktober 05, 2014 Bunga Meliponikultur
Hasilan utama daripada haif lebah kelulut ialah madu, roti lebah dan propolis. Madu ialah
hasil dari pengumpulan nektar yang dicampur dengan enzim yang terdapat dalam perut lebah
kelulut. Roti lebah pula ialah hasil daripada pengumpulan debunga bunga. Propolis ialah
campuran lilin lebah dan damar (resin) dari pucuk atau bunga yang dikumpul oleh lebah
kelulut.
Jika kita memahami sifat-sifat lebah kelulut itu sendiri, ianya aktif sepanjang hari dan
sepanjang tahun, 365 hari setahun. Walau bagaimanapun, di atas halangan fizikal, lebah
kelulut tidak dapat terbang jauh pada masa musim hujan.

'Foraging'
Jika ianya memerlukan perjalanan yang jauh untuk mencari sumber makanan yang
diperlukan, kadangkala lebah kelulut pekerja ini tidak sempat pulang ke sarang pada waktu
senja. Lebah kelulut ini akan menumpang hinggap dipokok-pokok didalam perjalanan dan
meneruskan perjalanan balik ke sarang pada keesokan pagi.

Antara tumbuhan makanan yang dihinggapi kelulut

Sumber Makanan Lebah Kelulut


Menyedari hakikat ini antara perkara yang harus diambil kira sebelum membuat pilihan
tanaman sebagai sumber makanan kelulut adalah seperti berikut:
1. Keluasan ruang yang ada untuk tujuan penanaman dengan tanaman yang dipilih. Jika kita
mempunyai kawasan yang luas, yang terbaik kita pilih tanaman kekal yang mempunyai
kanopi yang lebar. Bagi kawasan ternakan yang terhad seperti ditaman, pokok yang
mempunyai kanopi yang kecil (dan boleh ditanam didalam pasu) hendaklah menjadi pilihan.
2. Tentukan tanaman yang dipilih memang dihinggapi oleh lebah kelulut. Setengah bunga
tidak dihinggapi oleh kelulut walaupun pokok tersebut mempunyai bunga yang banyak dan
berbunga sepanjang tahun
3. Pilih pokok yang berbunga sepanjang tahun. Jika kawasan ternakan ialah berhampiran
dengan dusun, ianya tidak menjadi masalah pada musim pokok buah-buahan seperti
rambutan, durian, jambu dan lain-lain berbunga. Tanaman yang dipilih seharusnya berbunga
diluar musim buah-buahan dusun ini berbunga.
4. Pilih tanaman yang kembang sepanjang hari kerana lebah kelulut bekerja sepanjang hari
mengangkut nektar dan pollen bermula seawal 7.00 pagi sehingga 7.00 malam. Kelulut
pekerja akan berulang alik dari sumber makanan ke sarang sepanjang hari. Jumlah ulangan
akan bergantung kepada jarak pokok tersebut dengan koloni. Ada setengah pokok seperti
kembang pagi (Turnera sp) hanya kembang diwaktu padi dan sebaliknya pokok markisa
kembang diwaktu petang sahaja
5. Sebaiknya pilih pokok yang hidup banyak musim dan tidak memerlukan penanaman dibuat
berulang kali. Sesetengah pokok akan mati selepas 3-4 bulan dan terpaksa menunggu
beberapa minggu sebelum yang ditanam baru berbunga semula.
6. Pilih pokok yang mudah untuk dijaga, tahan lasak dan mampu bertahan dalam keadaan
cuaca yang ekstrem seperti keadaan kering (dimusim kemarau) dan air yang berlebihan
dimusim hujan.
7. Pilih pokok yang struktur bunga yang berkelompok setempat. Ini bagi memudahkan
kelulut bergerak dari bunga ke bunga tanpa memerlukan jarak penerbangan yang jauh.
8. Pilih pokok yang memerlukan masa yang singkat untuk berbunga daripada mula menanam.
9. Pilih pokok yang memberi hasilan kepada penternak seperti buah yang terbentuk hasil dari
pendebungaan yang telah dijalankan oleh kelulut.

Antara tanaman pumbuhan perhiasan dan rumpai yang dihinggapi kelulut

Bunga Kesukaan Kelulut


Berdasarkan faktor di atas, tumbuhan yang penternak kelulut harus tanam sebagai sumber
nektar dan pollen bagi kelulut adalah seperti berikut:
a). Belimbing madu - disukai kelulut, tumbuhan kekal, bebunga sepanjang tahun/kembang
sepanjang hari, hasilan buah, bunga berkolompk.
b) Air mata pengantin - disukai kelulut, tumbuhan kekal, bebunga sepanjang
tahun/kembang sepanjang hari, bunga berkolompk.
c). Selasih - disukai kelulut, tumbuhan kekal, bebunga sepanjang tahun/kembang sepanjang
hari, bunga berkolompk.
d). Bunga biden - disukai kelulut, tumbuhan semusim, bebunga sepanjang tahun/kembang
sepanjang hari, bunga berkolompk.
e). Pokok markisa - disukai kelulut, tumbuhan kekal, bebunga sepanjang tahun/kembang
petang sahaja.
f). Turneria - disukai kelulut, tumbuhan kekal, bebunga sepanjang tahun/kembang pagi
sahaja, bunga berkolompk.

g). Ulam raja - disukai kelulut, tumbuhan semusim, bebunga sepanjang tahun/sepanjang
hari, bunga berkolompk.

You might also like