Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Teng-Teng

ASAL USUL

Permainan Teng-Teng, atau juga dikenali sebagai Ketinting ialah permainan yang
selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak begitu
lasak walaupun ia menggunakan tenaga yang banyak. Teng-teng juga tidak
memerlukan daerah yang besar.

Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat
orang didalam sebuah gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk
jumlah orang di dalam satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat pemain
didalam satu gelanggang, ia akan memdatangkan kesukaran untuk setiap pemain
untuk berteng-teng.

Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan


petak-petak di dalam satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu.
Gundu ialah satu objek yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak
gelanggang.

Cara Bermain:

Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan pergi
dahulu dan seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai lai li tam plong.

Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus mancampakkan gundu ke


dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Ini akan berlaku
dengan sama untuk pemain yang lain. Jika gundu tidak dapat masuk ke dalam
petak, giliran pemain itu dianggap mati dan pemain seterusnya yang akan
mengambil alih.

Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu


kaki sahaja, tetapi jika ada petak yang bersebelahan dengan petak yang lain,
pemain harus melompat ke dalam petak tersebut denga menggunakan kedua kaki
mereka.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak


kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri
mereka. Setelah itu, pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga denga
menggunakan sebelah kaki dan seterusnya, gundu harus dikutip di petak pertama.
Pemain, untuk menghabiskan giliran mereka, harus melompat balik ke petak
pertama dan terus ke garisan penamat.

WEDNESDAY, FEBRUARY 11, 2015 PERMAINAN TING TING DAN FAEDAHNYA KEPADA
KANAK KANAK COPY PASTE .... KETINTING PENGENALAN KETINTING
Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk mengimbang
badan ke padan/ paduk. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau tiga (3)
orang seregu sepasukan. Gelanggangnya adalah permukaan yang rata. Kanakkanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki.
Ini mungkin disebabkan permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan
tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak
kecil sahaja. Di kampung-kampung gelanggang di buat dengan mengoreskan
garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang
berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman
bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang
dapat dilukiskan di atas jalan bertar. Teng teng dimainkan oleh sekumpulan
kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada
peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya
melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan
kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng. GELANGGANG DAN GUNDU
Gelanggang Teng Teng Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas
tanah sahaja. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang.
Permainan dijalankan mengikut urutan. Gundu Selain daripada gelanggang,
gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu
atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang
diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu
yang leper.Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan
kedudukan mereka di petak-petak gelangang. CARA BERMAIN Sebelum
permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana
harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah
bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Bagi
memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak
pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah
berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan
gundu adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau
terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula.
Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki,
kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru
sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka
pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua.
Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan
ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan. Setelah
pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan
keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki
kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga
pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak
pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat. Setiap

pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya,


samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran
pemain seterusnya mengambil alih permainan. MEMBINA RUMAH Sebelum
pemain membina rumah, acara kopi O hendaklah dilakukan terlebih dahulu.
Pemain hendaklah memejam mata dan berjalan memijak semua petak sambil
menyebut kopi. Jika pemain memijak di petak yang betul, pengadil pertandingan
akan menyebut perkataan kopi dan jika pemain memijak petak yang salah atau
terpijak garisan, pengadil pertandingan akan menyebut O. Untuk mendapatkan
rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan
permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan
disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau
terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua
belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian.
Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua
belah kakinya ia dikira mati. KEPENTINGAN KEPADA PERKEMBANGAN FIZIKAL
Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagianbahagian anggota badan mereka untuk bermain. Kanak-kanak dapat
menyihatkan badan. Dapat meningkatkan kemahiran fizikal. Dapat
meningkatkan kemahiran mengimbang. Dapat menguji ketepatan mata dan
tangan. KEPENTINGAN KEPADA PERKEMBANGAN INTELEK Dapat merangsang
minda untuk merancang strategi pertandingan. Memupuk pemikiran inovatif,
kritis dan kreatif. Meningkatkan keupayaan berfikir. Memupuk sikap
bekerjasama. Menjadikan minda cergas dan cerdas. Kanak-kanak dapat
menambah pengalaman dan pengetahuan. KEPENTINGAN KEPADA
PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI Dapat merapatkan hubungan antara kawan-kawan.
Dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan. Mendapat ramai kawan.
Membina kemahiran sosial. Membina kemahiran kendiri yang positif. Bersikap
terbuka dan membentuk nilai-nilai murni dalam diri. Dapat berinteraksi dengan
positif. Dapat belajar mematuhi peraturan.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

You might also like