Inang

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Tarian inang atau dikenali sebagai Tarian Mak Inang suatu ketika dahulu dicipta semasa

zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tajuk lagu Mak Inang yang mengiringi tarian ini dititahkan
ciptaannya oleh Sultan Mahmud Shah yang sangat gemarkan kesenian melayu. Arahan ini telah
dikeluarkan oleh Sultan kepada ketua Inang atau ketua Dayang untuk diajar kepada para dayang
bagi dipersembahkan kepada Sultan semasa majlis keramaian.
Rentak tariannya bersesuaian dengan ciri-ciri di Istana Di-Raja kerana tarriannya sangat
gemalai. Tarian ini juga dinamakan sebagai tarian Si Kembang Cina kerana banyak terdapat
pengaruh cina terhadap muziknya
Inang memberi pengertian sebagai pengasuh. Tarian Inang memberi gambaran tentang
kelembutan dan sopan santunnya seorang wanita pengasuh. Penari lelaki pula merupakan
pasangan untuk menggambarkan keserasian dalam kehidupan keluarga atau masyarakat. Tempo
pergerakan tarian inang yang sederhana ialah 2/4 diselangi dengan paluan gong.

You might also like