Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Disediakan oleh :

NOORAFIZAH BORHAN
MARSITAH ABU SAMAH

TEORI KONFLIK

Teori konflik telah diasaskan oleh seorang ahli sains sosial dan ahli ekonomi
yang berasal dari Jerman. oleh Karl Marx yang kemudiannya diikuti oleh Weber.
Antara karya yang telah dihasilkan dalam memperkatakan mengenai teori konflik ini
adalah melalui karyanya terkenal iaitu the Communist Menifesto. Pandangan teori
konflik mengutamakan kaedahdeterminisme di mana ada kuasa yang meramalkan
sesuatu. Konflik bukanlah bermaksud di dalam keadaan yang ganas tetapi berlaku
dalam bentuk perjuangan parti-parti, persaingan dalam institusi agama dan
sebagainya.
Konflik ialah sesuatu yang semulajadi dalam sesuatu masyarakat. Sesuatu
konflik yang berlaku boleh mempercepatkan proses kesetiaan dan keharmonian di
dalam sesuatu kolompok sosial. Terdapat tiga andaian penting mengenai teori
konflik iaitu konsep dialektik, determinisme dan aktivisme sosial. Konsep dialektik
bermaksud evolusi bukan merupakan proses utama kepada perubahan sosial tetapi
sebab utama yang menghasilkan perubahan sosial ialah konflik. Determinisme
ekonomi pula bermaksud asas kepada perubahan sosial adalah ditentukan oleh
persaingan- persaingan ekonomi. Manakala aktivisme sosial bermaksud tugas
utama analisisi sosial adalah kritikan. Teori konflik terbahagi kepada dua iaitu aliran
Marx dan aliran Weber. T

a) Teori Konflik Aliran Marx

Pandangan teori konflik aliran Marx adalah berasaskan tarsiran-tafsiran


sosiologikal terhadap karya-karya Mark. Mengikut pandangan pengikut teori aliran
Marx, mereka berpandangan bahawa teori bukanlah semata-mata sebagai satu cara
menganalisis struktur masyarakat tetapi lebih kepada cara bagaimana sesuatu
reformasi sosial berlaku dalam masyarakat. Konsep sejarah materialisme Marx
mempunyai tiga elemen penting iaitu ia merupakan satu teori atau kaedah ilmiah,
merupakan satu ajaran politik dan satu pegangan hidup seakan agama . Fatimah
Daud (1992).
Teori konflik aliran Marx beranggapan asas kepada pembentukan sesebuah
masyarakat adalah disebabkan oleh faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal,
industri dan perdagangan. Asas kepada perubahan sesebuah struktur masyarakat
adalah disebabkan faktor-faktor berkaitan dengan pengeluaran ekonomi. Faktor lain
seperti agama, institusi politik, kekeluargaan dan pendidikan pula menjadi
superstruktur masyarakat. Sebarang perubahan yang berlaku pada superstruktur
masyarakat hanya akan berlaku jika terdapat perubahan pada asasnya.
b) Teori Pembelajaran aliran Webber
Tokoh yang membawa aliran teori konflik aliran ini ialah Max Weber.
Walaupun teori konflik berasaskan daripada teori konflik Marx, namun pandangan
aliran ini banyak bercanggah pendapat dengan teori konflik aliran Marx. Weber
menghujahkan bahawa perubahan sosial masyarakat bukanlah hanya disebabkan
oleh faktor konflik kelas sosial yang berpunca daripada faktor ekonomi semata-mata
tetapi turut berpunca daripada pelbagai faktor. Perkembangan kapitalisme di barat
bukanlah disebabkan faktor pengeluaran sahaja tetapi disebabkan oleh faktor
keagamaan ( Weber (1958).
Dalam proses menganalisis, Weber mengelaskan tiga dimensi konsep iaitu
kelas, status dan parti. Konsep kelas weber menyerupai konsep Marx kerana turut
dihubungkan dengan faktor ekonomi tetapi tidak bersetuju dengan pandangan Marx
yang menyatakan kuasa hanya berpunca daripada faktor ekonomi, tetapi turut
dipengaruhi oleh faktor lain iaitu status dan parti. Status merupakan penghormatan
sosial yang terdapat dalam struktur sosial yang tersendiri.

Status bukanlah dinilai berdasarkan kekayaan, kuasa dan kelas sosial tetapi
ditentukan oleh gaya hidup. Kuasa pula merupakan bentuk kepimpinan yang
menyebabkan seseorang individu memaksa orang lain bagi mencapai matlamat
individu ataupun organisasi.
Dapat disimpulkan kelas wujud dalam hubungan ekonomi, status wujud
dalam hubungan sosial dan parti wujud dalam hubungan politik. Kumpulan status
dan kelas akan menggunakan parti sebagai organisasi bagi memperjuangkan
objektif mereka. Dapat disimpulkan di sini bahawa aliran Weber menyatakan konflik
dan perjuangan yang berlaku alam masyarakat bukanlah disebabkan faktor ekonomi
semata-mata tetapi disebabkan memperjuangkan hak masing-masing supaya
dipandang tingi oleh masyarakat.

PENGERTIAN KONFLIK
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
Konflik bermaksud perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan
Konflik sebagai proses interaktif diwujudkan dalam Ketidakcocokan, percanggahan,
atau disonansi dalam atau entiti sosial (iaitu, individu, kumpulan, organisasi, dll). (M.
Afzalur Rahim, 2002)

JENIS JENIS KONFLIK


Dalam membicarakan perihal berkaitan konflik teradpat 3 bentuk konflik yang
dikenalpasti. Konflik tersebut alah Konflik interpersonal iaitu konflik yang bersifat
persendirian dan konflik dalaman. Konflik dalaman biasanya berlaku disebabkan
dalam tugas dan kehidupan seharian individu itu perlu dan terpaksa membuat
keputusan yang melibatkan banyak alternatif dan kesan tersendiri.

Konflik interpersonal merupakan konflik antara seorang dengan seorang


yang lain dan juga konflik yang yang melibatkan antara individu dengan kumpulan.
Konflik ini boleh berlaku dimana-mana terutama di tempat kerja dan di dalam
sesebuah komuniti masyarakat. Antara penyebab yang menimbulkan konflik
berpunca dari sumber yang tidak mencukupi. Contoh yang paling jelas berkaitan
dengan kenaikan pangkat. Dua orang pengurus bersaing untuk kenaikan pangkat
sedangkan jawatan tersebut disediakan untuk hanya seorang individu sahaja.
Konflik kumpulan adalah konflik yang tercetus antara satu kumpulan dengan
kumpulan yang lain dalam sesebuah organisasi. Sebagai contoh kumpulan yang
menguruskan kerja-kerja dibahagian sumber manusia dengan kerja-kerja unit
kewangan sering bercanggah pendapat tentang perkara berkaitan perbelanjaan dan
faedah kakitangan . Konflik jenis ini perlu diurus dengan baik demi kenaikan dan
peningkatan prestasi pasukan dan organisasi.

SEBAB SEBAB BERLAKUNYA KONFLIK

Pelbagai sebab telah dikenalpasti sebagai fator dan penyebab berlakunya


sesebuah konflik. Terdapat empat sebab yang utama dikenalpasti iaitu :

Persaingan mendapatkan sumber yang terhad merupakan faktor yang

utama. Ini kerana sumber yang terhad dalam sesuha organisasi merangkumi
jawatan , kewangan, kelengkapan pejabat, dan kelengkapan peribadi. Setiap unit
dalam organisasi cenderung cenderung untuk mendapatkan pengagihan kepada
jabatan masing-masing hinggakan timbul ketidakadilan dalam pengagihan sumber.
Kadangkala terdapat individu yang nhanya mementigkan jabatan atau unit mereka
sendiri tanpa menyedari hak jabatan atau unit lain.

Faktor yang kedua penyebab konflik ilaha terdapatnya matlamat yang

berbeza. Ini biasanya terdapat matlamat yang berbeza antara unit-unit atau jabatan

dalam sesebuah organisasi. Matlamat yang berbeza juga boleh dilihat daruipada
individu dan kumpulan . Perbezaan ini wujud disebabkan oleh individu yang bekerja
di unit berbeza dan mempunyai matlamat sendiri.

Faktor yang ketiga ialah perbezaan pendapat . Pendapat yang berbeza

anatara individiu tentang sesuatu perkara sama ada berhubung dengan kerja atau
sebaliknya. Inaya juga boleh menimbulkan konflik dalam sesebuah organisasi.
Perbzaan pendapat ini biasanya akan berlaku disebabkan mereka mempunayai
latarbelakang yang berbeza.

Faktor yang terakhir inalah kesamaran dalam menjalankan tugas.

Kesamaran bermaksud dalam sesebuah organisasi terdapata natara pekerja dan


pengurus sendiri yang kurang pasti dalam melaksanakan tanggungjawap yang
diamanahkan.
Ini disebabkan ada di antara mereka yang sentiasa mengharapkan orang lain
melakukan tugas tersebut. Jadi apa bila berkakunya sesuatu masalah yang timbul
dalam menyelesaikan sesuatu tanggung jawap.jika berlaku sesuatu kesiapan, akan
berlaku tunding menunjing dan seterusnya menimbulankan konflik.

Pandangan Tentang konflik

Walaupun konflik sering dikaitkan dengan kesan negatif, tetapi konflik yang berlaku
dalam organisasi kadangkala mempunyai kebaikan yang tersendiri. Berikut adalah
pandangan ahli pemikir tentang konflik
yang melibatkan pandangan tradisi dan pandangan semasa.

a) Padangan Tradisi
Konflik dalam sesebuah kelas atau sesi pembelajaran boleh dielakkan. Ini
boleh berlaku sekiranya guru

bijak mengawal keadaan dan murid dalam

sesebuah kelas berkemungkinan tidak akan berkalu konflik dalam organisasi.


Ia menggambarkan peranan guru amat penting dalam mengawal serta
mengelakkan berlakunya sebarang konflik.
b) Pandangan semasa
Konflik tidak dapat dielakkan. Walaupun pihak guru boleh memainkan
peranan penting dalam sesebuah kelas untuk mengawal sesuatu keadaan tertentu,
tetapi menurut pandangan semasa konflik dalam sebuah kelas sememangnya tidak
dapat dielakkan.
Konflik berpunca daripada pelbagai sebab seperti struktur organisasi,
perbezaan matlamat , persepsi dan nilai-nilai personal. Berbeza dengan pandangan
tradisi, pandangan semasa berpendapat konflik berpunca daripada banyak lagi
faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan konflik seperti perbezaan pendapat
antara pekerja dan juga disebabkan struktur organisasi.
Prestasi yang optimum memerlukan tingkat konflik yang sederhana. Untuk
mendapatkan presatasi yang baik bagi sesebuah organisasi, konflik masih lagi
diperlukan. Walaubagaimana pun tahap konflik yang diperlukan adalah konflik yang
sederhana.

KESIMPULAN

Konflik boleh berlaku dimana sahaja dan ianya memberi kesan yang berbeza
beza terhadap individu tertentu. Konflik biasanya wujud dalam organisasi dan boleh
membawa kesan yang negatif jika tidak dikawal dengan bijak. Konflik bukan sahaja
berlaku di kalangan orang dewasa sahaja tetapi sudah bermula di peringkat sekolah
rendah lagi.

Guru seharusnya memainkan peranan yang penting dalam

menguruskan konflik di kalangan pelajar. Guru juga memainkan peranan penting


dalam mewujudkan koordinasi antara murid dalam sesuatu kelas atau pembelajaran
supaya dapat mengurangkan konflik disamping menggunakan cara yang betul
dalam menguruskan konflik yang berlaku. Sesungguhnya saranan teori konflik oleh
Marx dan Weber boleh diaplikasikan oleh guru dalam menangani konflik dalam
pengajaran mereka.

Disediakan oleh :
NOORAFIZAH BORHAN
MARSITAH ABU SAMAH

You might also like