Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 54

Irob

Kepada yang baru bermula belajar atau baru nak mula belajar arab Al-Quran, cuba hafalkan asas
ilmu i'rab ini. APA ITU I'RAB?
Definasi secara layman : I'RAB ialah ilmu untuk menentukan HUJUNG perkataan katanama,
(kebiasaannya) tentang barisnya samada baris hadapan, baris atas atau baris bawah.
(INGAT : Hujung sahaja, bukan di permulaan dan bukan di tengah. Baris di hujung sahaja)
Contohnya : Nak kata muhammadun ke, atau muhammadan ke, atau muhammadin ke..
KENAPA PERLU DITENTUKAN HUJUNG BARIS ITU?
Tujuannya ialah untuk menentukan fungsi perkataan itu di dalam ungkapan atau di dalam ayat.
Mungkin kita hanya belajar memahami bahasa Al-Quran dengan kaedah hafalkata (kerana jumlah
kosakata di dalam Al-Quran tidak banyakpun, sekitar 6000 lebih sahaja). Tetapi tanpa pengatahuan
asas i'rab dan nahu, kita akan terkeliru dalam memahami makna ungkapan ataupun ayat di dalam
Al-Quran, walaupun kita tahu makna setiap kosakata-kosakata di dalam ayat tersebut. Maka ilmu
i'rab dan asas nahu ini sangat penting untuk memahami Al-Quran.
Kita akan bincangkan tentang perbezaan fungsi hujung baris ini kemudian. Untuk permulaan
hafalkan dulu istilah-istilah ini - PENTING!
Isim (katanama) itu apabila :
Hujung berbaris hadapan = isim marfu'
Hujung berbaris atas = isim mansub
Hujung berbaris bawah = isim majrur
Cukup tiga ini dahulu, hafalkan semantap-mantapnya.
Sebenarnya saya tidak suka menggunakan istilah arab untuk belajar nahu arab pada peringkat
paling asas ini tetapi di dalam bahasa melayu tidak ada istilah seumpama, maka terpaksalah kita
guna istilah arab juga. Nak guna english terms pun ramai tak faham... Hehe.

Di dalam bahasa inggeris :


I'rab = Declension of noun
Marfu' = Nominative
Mansub = Accusative
Majrur = Genitive
============================================================================

Sambungan kepada APA ITU I'RAB?

Semoga semua telah kenal dan menghafal makna asas i'rab, marfu', mansub dan
majrur. Kali ini kita ulang sedikit dan sambung dengan FUNGSI-FUNGSI I'RAB.

Sebelum itu kita kemaskan sedikit definasi i'rab :

"I'RAB ialah perubahan kepada hujung perkataan bergantung kepada peranan atau
fungsi perkataan itu di dalam ungkapan atau ayat. Perubahan itu adalah samada
pada baris terakhir ataupun pada huruf-huruf terakhirnya".

Terdapat banyak fungsi i'rab ini di dalam ayat. Isim Marfu' terdapat lebihkurang 6
fungsi atau keadaan. Isim Mansub 11 dan Isim Majrur 2. Buat permulaan ini kita
fokus dulu kepada fungsi pertama dan utama sahaja. Iaitu :

1) Perkataan MARFU' sebagai SUBJEK.


2) Perkataan MANSUB sebagai OBJEK.
3) Perkataan MAJRUR sebagai PEMILIKAN.

Apakah itu SUBJEK dan OBJEK?

SUBJEK ialah pelaku kepada perbuatan. Manakala OBJEK ialah yang kena dilakukan
dengan perbuatan itu.

Contoh ayat BM: "Ahmad makan nasi".


Ahmad = Subjek. Makan = Perbuatan. Nasi = Objek.

Di dalam bahasa arab, umumnya SUBJEK itu adalah MARFU' (hujung berbaris
dhommah).
Manakala OBJEK pula ialah MANSUB (hujung berbaris fathah).

Beginilah suatu cara nak kenal SUBJEK atau OBJEK di dalam ayat bahasa arab.

Perhatian :

1. Tidak seperti bahasa lain, di dalam bahasa arab susunan di dalam ayat tidak
semestinya SUBJECT-VERB-OBJECT (S-V-O). Ia boleh juga S-O-V, V-S-O, V-O-S, O-S-V
ataupun O-V-S. Oleh itu peranan i'rab sangat penting untuk mengenali fungsi setiap
perkataan di dalam ayat.

(Contoh-contoh akan diberikan pada bahagian comment, sila semak di situ


kemudian).

Apakah PEMILIKAN?

Contoh : "Baitu Muhammadin" = "Rumah Muhammad" = "The house of


Muhammad".
Muhammad = pemilik (the possessor) . Rumah = yang dimiliki (the possession).

I'rab Pemilik mesti dalam keadaan jarr (MAJRUR).

(Contoh-contoh akan diberikan pada bahagian comment kemudian).

Selain pemilikan atau sandaran, katanama juga menjadi MAJRUR apabila perkataan
itu datang selepas katasendi (huruf jarr). Kita akan bincang tentang katasendi
kemudian.
==================================================
===================================

Sambungan... tentang asas I'RAB

Perkataan-perkataan isim (katanama) bahasa arab dalam keadaan aslinya


(bersendirian) adalah dalam bentuk rafa' (marfu'). Contohnya :

kitbun (sebuah buku)


masjidun (sebuah masjid)
sayyratun (sebuah kereta)

Perubahan kepada mansub atau majrur hanya berlaku apabila perkataan itu berada
bersama perkataan lain (yang datang sebelumnya) di dalam sesuatu ayat atau
ungkapan.

kitbun ---> yakra-u kitban (dia sedang membaca sebuah buku)


masjidun ---> zahaba ilal masjidi (dia telah pergi ke masjid)

Perhatikan contoh-contoh i'rab pada lafaz shahadah, selawat dan ayat yang kita
biasa sebut (lihat grafik).

Kita telah pun berbincang tentang konsep i'rab paling asas.

Sebelum kita berbincang lebih lanjut lagi tentang i'rab ini, saya ingin mengesyorkan
kepada saudara/saudari yang belum pernah belajar bahasa arab supaya menyemak
dan mempelajari sedikit konsep dari nota-nota berikut terlebih dahulu :
1) Nota Nahu 1 - Kalimah Bahasa Arab - Pengenalan mengenai ISIM, FI'IL DAN HARF

https://www.facebook.com/notes/jom-belajar-arab/nota-nahu-1-kalimah-bahasaarab/1384633945115836

2) Nota Nahu 2 - Mufrad, Muthanna, Jamak

https://www.facebook.com/notes/jom-belajar-arab/nota-nahu-2-mufrad-mutsannajama/1389644144614816

3) Nota Nahu 3 - Muzakkar & Muannas

https://www.facebook.com/notes/jom-belajar-arab/nota-nahu-3-mudzakkarmuannats/1397278887184675

4) Nota Nahu 4 - Tanda-tanda Muannas

https://www.facebook.com/notes/jom-belajar-arab/nota-nahu-4-tanda-tandamuannas/1398080050437892

5) Nota Nahu 5 - Tanda-tanda Muannas II

https://www.facebook.com/notes/jom-belajar-arab/nota-nahu-5-tanda-tandamuannas-ii/1401261083453122

6) Nota Nahu 6 - Tanda-tanda Vokal (Al-Harakat)

https://www.facebook.com/notes/jom-belajar-arab/nota-nahu-6-tanda-tanda-vokal-alharakat/1406912109554686

7) Nota Nahu 7 - Annakirah & Almakrifah

https://www.facebook.com/notes/jom-belajar-arab/nota-nahu-7-jenis-jenis-katanama-annakirah-almarifah-1/1408306276081936

8) Nota Nahu 8 - Annakirah & Almakrifah II

https://www.facebook.com/notes/jom-belajar-arab/nota-nahu-8-jenis-jenis-katanama-annakirah-almarifah-2/1409046402674590

Nota-Nota nahu di atas adalah ringkas dan pendek sahaja. Fahamkan baik-baik
setiap satunya. InsyaAllah kita akan sambung dengan perbincangan lanjut tentang
I'RAB selepas beberapa hari nanti.
==================================================
===================================

Nota Nahu 1 - Kalimah Bahasa Arab


November 20, 2013 at 11:25pm

Ini adalah pelajaran 'Nahu Bahasa Arab' kita yang sulong! Senang sahaja... belajar sikit-sikit,
perlahan-perlahan tapi istiqomah, ok?
Sila lihat rajah...

Kalimah (Perkataan / Word) dalam bahasa Arab terbahagi kepada 3 :


Kata Nama (Noun)


Kata Kerja (Verb)

Harf / Huruf (Particle)


Semua perkataan-perkataan arab (ataupun kalimah-kalimah) yang kita telah belajar sebelum ini
ialah isim (kata nama - Noun).
Definasi ringkas isim ialah "sesuatu yang bermakna dan difahami yang tidak terikat dengan masa".

Contoh isim yang telah kita belajar :


Setakat ini dulu.... ikuti Nota Nahu berikutnya... Assalamu 'alaikum.
============================================================================

Nota Nahu 2 - Mufrad, Mutsanna, Jama'


November 26, 2013 at 6:45am

Pelajaran nahu kita yang kedua ini ialah mengenai pembahagian Isim (Kata Nama) dari segi
bilangan. Kita belajar konsep paling asas dahulu.... sangat-sangat senang! (err.... senang sangatsangat?)
Dari segi bilangannya, bentuk-bentuk Isim dibahagi tiga:
1) ISIM MUFRAD (singular) - kata benda yang hanya satu atau tunggal.
2) ISIM MUTSANNA (dual) - kata benda yang jumlahnya dua.
3) ISIM JAMA' (plural) - kata benda yang jumlahnya tiga atau lebih.

Terdapat perubahan/perbezaan sebutan dan ejaan pada sesuatu Isim dalam 3 bentuk ini.

Sebenarnya kebanyakan orang Melayu dah pun kenal dan familiar akan satu contoh perubahan isim
ini dalam kehidupan seharian, iaitu pada perkataan 'rakaat' dalam lafaz niat solat.

Lihatlah contoh perubahan sebutan dan ejaaan perkataan 'rakaat' bila keadaannyamufrad,
mutsanna dan jama'.

Maka, senang sajakan nak faham asas konsep mufrad, mutsanna dan jama' ni... hehe...

Setakat ini dulu... kita akan sambung kemudian InSyaAllah.


Sesiapa yang sudi add friend dengan admin dialu-alaukan, jazakamullahu khairan... Assalamu
'alaikum warahmatullah.
============================================================================

Nota Nahu 3 - Mudzakkar, Muannats


December 10, 2013 at 11:22pm

Semua benda atau semua Isim (Nama/Noun) dibahagi dua, samada Mudzakkar (Lakilaki/Maskulin) atau Muannats (Perempuan/Feminin).

Ingat, pembahagian ini tidak terhad kepada manusia dan haiwan sahaja malah termasuk segala
benda, digolongkan kepada samada Mudzakkar atau Muannats.

Contoh perkataan-perkataan yang telah dipelajari - Muzakkar

Contoh perkataan-perkataan yang telah dipelajari - Muannats

Hmmm.... perkataan-perkataan muannats yang telah kita pelajari tak berapa pelbagai.... tak apalah
lain kali kita bagi contoh-contoh lain.
InsyaAllah, dalam pelajaran kita seterusnya nanti kita akan belajar macam mana nak mengenal
tanda-tanda mudzakkar dan muannats (yang mana satu lelaki dan yang mana satu perempuan...)
Sampai bertemu lagi, ilalliqa'.... assalamu a'alaikum wa rahmatullah.
Halim Bede

=============================================================================

Nota Nahu 4 - Tanda-Tanda Muannas


December 12, 2013 at 7:40pm



Dalam nota kita sebelum ini kita telah belajar dua istilah iaitu muzakkar dan muannas -

Sebagai ulangan, muzakkar ialah maskulin dan muannas ialah feminin. Di dalam bahasa arab
setiap isim (samada orang atau bukan orang) itu semuanya digolong kepada
samadamaskulin atau feminin.
Pelajaran kita kali ini ialah mengenal tanda-tanda muannas. Apabila kita kenal muannas, dengan
sendirinya kita akan kenal apa-apa yang tiada tanda-tanda muaanas itu adalah muzakkar. Logiknya
begitulah...
1) Tanda pertama dan tanda paling umum ialah perkataan muannas berakhir dengan huruf ta
marbutah ( )
Ta marbutah itu maknanya ialah 'ta simpul' atau 'ta terikat' atau 'ta sanggul'

Hmm.... banyak vocab muannas hari ini yang boleh di hafal, insyaAllah.

Untuk tanda-tanda muannas berikutnya... (bersambung...)



============================================================================

Nota Nahu 5 - Tanda-tanda Muannas II


December 19, 2013 at 11:54pm


2) Tanda Muannas kedua ialah Alif Maqsurah (
) . Bentuk Alif Maqsurah ini

adalah seperti huruf ya tetapi tanpa titik ( ) .

3) Tanda Muannas ketiga ialah Alif Mamdudah (




) . Bentuknya iaitu hujung
perkataan berakhir dengan huruf alif yang diikuti dengan huruf hamzah ( ) .

Selain daripada tanda-tanda muannas yang disebutkan sebelum ini (Ta Marbutah, Alif Maqsurah
dan Alif Mamdudah), terdapat juga perkataan-perkataan lain yang tanpa tanda-tanda tersebut
tetapi diterima sebagai muannas - dinamakan sebagai Muannas Majazi ( )
seperti :

1) Anggota-angota badan yang berpasangan :

mata =

telinga =

tangan =

kaki =

2) Nama-nama Tempat/Negara :
Mesir =

Sham =

= Baghdad

= bumi

3) Lain-Lain :

= pasar

= api

= neraka

= matahari

= arak

= )perang (war

==================================================
===================================

Nota Nahu 6 - Tanda-tanda Vokal (Al-Harakat)


January 3, 2014 at 10:32pm

Assalamu 'alaikum wa rahmatullah.

Sebelum kita membicarakan tentang hal-hal nahu seterusnya, mari kita review sedikit namatandatanda vokal dalam bahasa arab.
Ya, semua yang boleh membaca Al-Quran dan belajar tajweed memang sudah arif tentang ini.

Tapi mungkin ramai dah sebati dengan istilah melayu seperti 'baris atas, baris bawah, baris depan,
sabdu, dua baris di atas/bawah/depan dan sebagainya, tetapi kurang familiar dengan istilah-istilah
arabnya seperti fathah, kasrah, dhammah dan sebagainya. Yang dah mahir tu, alhamdulillah.

Penting untuk tahu istilah-istilah ini di dalam bahasa arab, kerana di dalam pelajaran nahu
seterusnya kita akan rujuk tanda-tanda tersebut dalam bahasa arabnya, InsyaAllah.
'Tanda-tanda vokal' - Dalam bahasa Inggeris disebut 'vowel marks', atau dalam bahasa arab di

sebut
.

Just some extra knowledge - Makna-makna literal bagi tanda-tanda tersebut ialah :
fathah ertinya 'pembukaan' / 'an opening'
kasrah ertinya 'pemutusan' / 'a breaking'
dhammah ertinya 'penutupan' / 'a closing'
sukun ertinya 'diam' / 'static'


============================================================================

Nota Nahu 7 - Jenis-jenis Kata Nama (Annakirah & Alma'rifah) 1


January 7, 2014 at 10:48pm

Assalamu a'laikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Dalam Nota Nahu kita kali ini kita akan membicarakan sedikit tentang Aqsaamul ismi
iaitu Jenis-jenis Kata Nama atau Types of Noun.

Jenis-jenis Kata Nama dibahagi dua :


1. Kata Nama Umum (Indefinite noun) - Annakirah - .
- Ia merujuk kepada sesuatu yang tidak spesifik.
- tanwin dihujung perkataan.
(apa itu tanwin? Sila rujuk Nota Nahu 6)
2. Kata Nama Dikenali/Tertentu (Definite noun) - Alma'rifah - .
- Ia merujuk kepada sesuatu yang spesifik.
- Alif.lam diawalan perkataan.
- Tidak berakhir dengan tanwin.

)(InsyaAllah bersambung...

==================================================
===================================

Nota Nahu 8 - Jenis-jenis Kata Nama (Annakirah & Alma'rifah) 2


January 9, 2014 at 7:03pm

Sedikit sambungan mengenai Aqsaamul ismi iaitu Jenis-jenis Kata


Namaatau Types of Noun.

Jika Kata Nama tergolong dalam Kata Nama Umum (annakirah), Kata Sifat mesti juga tergolong
dalam Kata Nama Am (annakirah).
Jika Kata Nama tergolong dalam Kata Nama Dikenali (alma'rifah), Kata Sifat mesti juga tergolong
dalam Kata Nama Dikenali (alma'rifah).

Contoh :

rojulun thowilun
Seorang lelaki tinggi - A tall man

arrojuluththowilu
Lelaki yang tinggi (tersebut) - The tall man
Lain-lain contoh :

--------------------------------------------Kalau seperti di bawah ini pula, jadilah ayat lengkap jumlah ismiyyah (nominal sentences). Kita
akan bincangkan berkenaan ini kemudian. Dipaparkan di sini sekarang sekadar untuk perbandingan
dengan contoh-contoh di atas mengenai perbezaan maknanya.

Semoga ilmu bahasa arab kita bertambah dari hari ke sehari, sedikit-sedikit lama-lama banyaklah...
Semoga bertemu lagi, .

==================================================
===================================

Siri #4 (sambungan tentang I'RAB)


Pada 3 siri yang lalu kita telah mengenal tentang asas i'rab bagi isim. Kita juga telah mengetahui
tentang apa itu MARFU', MANSUB dan MAJRUR. Mudah-mudahan semua telah menghafal istilahistilah ini dengan mantap.
Apa yang kita telah pelajari di siri-siri lalu itu ialah tanda-tanda i'rab dengan baris dihujung
perkataan, iaitu :
MARFU' dengan DHOMMAH
MANSUB dengan FATHAH
MAJRUR dengan KASRAH
***
Tentu kita biasa dengan perkataan muslimun dan muslimin. Kenapa kadang-kadang kita baca
muslimun dan kadang-kadang kita baca muslimin? Bagitu juga perkataan mukminun dan mukminin,
manafiqun dan munafiqin, kafirun dan kafirin dan sebagainya. Di bawah ini adalah jawapannya...
***
Sebenarnya selain daripada tanda-tanda baris, terdapat juga I'RAB dengan tanda-tanda huruf. I'RAB
jenis ini adalah khusus kepada isim MUTHANNA (katanama yg menunjukkan bilangan dua) dan
juga isim JAMAK MUZAKKAR SALIM (katanama plural maskulin tetap)
Bagi MUTHANNA :
1. Dalam keadaan rafa'nya (MARFU') huruf hujung mufradnya dibariskan fathah kemudian ditambah
alif.nun.
Contoh : muslim -- > muslimni
Contoh : kitab ---> kitabni
2. Dalam keadaan nasab (MANSUB) dan jarr (MAJRUR) pula huruf hujung mufradnya dibariskan
fathah kemudian ditambah ya.nun.

Contoh : muslim -- > muslimaini


Contoh : rakaat -- > rakaataini
Bagi JAMAK MUZAKKAR SALIM :
1. Dalam keadaan rafa'nya (MARFU') huruf hujung mufradnya dibariskan dhommah kemudian
ditambah waw.nun.
Contoh : muslim -- > muslimna
2. Dalam keadaan nasab (MANSUB) dan jarr (MAJRUR) pula huruf hujung mufradnya dibariskan
kasrah kemudian ditambah ya.nun.
Contoh : muslim -- > muslimna
(Sila lihat contoh-contoh di ruang comment)

4a
Pada siri-siri yang lalu kita belajar tentng i'rab dengan tanda baris... kali ini kita akan mengenal i'rab dengan huruf
pula...

4b
Dalam keaddan mufrad isim kebiasaannya i'rab dengan baris... manakala muthanna dan jamak muzakkar salim
dengan huruf.
Jamak lainnya (jamak taksir) dengan baris juga... kita akan sentuh lebih lanjut tentang ini pada siri-siri akan datang
insya-Allah

.....

Latihan Mengenali I'RAB (Siri #1 hingga Siri #4)


Cara paling berkesan untuk menguasai sesuatu yang baru dipelajari adalah dengan melakukan
latihan mengenainya. Cuba lakukan latihan mudah ini dengan menulis nombor dan jawapannya
samada marfu' / mansub / majrur di ruangan comment.
Bagi yang pernah belajar bahasa arab, cuba translate juga setiap ungkapan / ayat tersebut.
InsyaAllah kita akan discuss jawapannya selepas 24 jam
1) majrur
2) marfu'
3)mansub
4)mansub
5)marfu'
6)marfu'
7)mansub
8)marfu"
9)majrur

============================================================================

Siri #5 (Huruf Jarr)


Bagi meraikan rakan-rakan yang mula belajar bahasa arab, kita ulangkaji sedikit tentang pelajaran
paling asas secara sepintas lalu...
Di dalam bahasa Arab perkataan (kalimah) di bahagi hanya kepada tiga kategori iaitu:
1) Katanama / Noun (Isim)
2) Katakerja / Verb (Fi'il)
3) Katatugas / Particle (Huruf)
Pada siri ini kita akan tekankan kepada Katatugas yang paling utama iaitu Katasendi (Huruf Jarr).
Katatugas ialah perkataan yang tidak dapat difahami secara bersendirian, melainkan apabila ianya
bersama katanama dan katakerja barulah maknanya itu membawa pengertian tertentu.
Katasendi (Huruf Jarr) adalah termasuk di bawah kategori Katatugas. Di dalam bahasa inggeris

ianya dipanggil Preposition.


Terdapat banyak Katasendi di dalam bahasa arab. Lihat sebahagiannya pada ruangan comment di
bawah.
Terdapat dua jenis Katasendi - iaitu yang bersambung dengan isim yang datang selepasnya dan
yang tidak bersambung. (Lihat contoh pada ruangan comment).
Perkara paling penting tentang Katasendi atau Huruf Jarr ini ialah ia akan meMAJRURkan katanama
yang datang selepasnya.
Contoh : Masjidun ----> Fi Masjidin.
Bagi yang selalu membaca Al-Quran tentu familiar dengan Huruf Jarr ini, kerana ia terdapat di
mana-mana di dalam ayat Al-Quran, cuma mungkin belum kenal istilahnya sahaja dan fungsinya.
InsyaAllah sekarang sudah mulai kenal, Alhamdulillah.
Point penting kali ini ialah... Jumpa Huruf Jarr, maka isim selepasnya adalah MAJRUR.
Nota : Cuma ambil perhatian, terdapat juga perkataan-perkataan yang walaupun majrur tetapi
barisnya tidak semestinya kasrah, dan sesetengahnya pula perkataannya tidak berubah. InsyaAllah
kita akan belajar tentang perkataan-perkataan ini pada siri-siri akan datang.

.....

5a

Sebahagian dari Katasendi.. (Huruf jarr)


Sila ambil perhatian tentang makna bagi katasendi adalah bergantung kepada kebiasaan penggunaannya di dalam
ayat bahasa arab. Sesuatu katasendi mungkin membawa banyak makna mengikut konteks penggunaannya, maka
kadang-kadang tidaklah boleh diterjemah secara terus.
Biasakan melihat contoh penggunaannya di dalam Al-Quran.

...

5b

Perkataan dan jenis-jenisnya (asas)

5c

huruf jar tidak akan menambahkan atau mengurangkan baris.


Bila asalnya bertanwin (dhommatain) maka ia menjadi kasratain, bila asalnya dhommah, maka ia menjadi kasrah
cuma.
Lihat perbezaan maknanya pada gambar

Siri #6 (Dhomair)
Alhamdulillah sejak disiarkan Siri #1 pengenalan tentang I'RAB, dalam masa seminggu sahaja lebih
daripada 1500 orang request untuk mengikuti pelajaran asas bahasa arab melalui facebook ini.
Ramai sungguh yang berminat dan bersemangat mempelajari bahasa Arab Al-Quran, Alhamdulillah.
Saya dapati majoritinya tiada apa-apa asas bahasa arab ataupun tidak pernah belajar ataupun
jikapernah belajarpun, terberhenti, sudah lama lupa dan sebagainya. Semoga semangat baru
mereka ini berterusan dan Allah pertingkatkan, beri jalan kefahaman serta dipermudahkanNYA.
Maka bagi meraikan rakan-rakan yang baru ini, saya rasa baiknya kita tangguh dahulu sambungan
i'rab dengan mengulangkaji asas-asas kefahaman yang lain secara ringkas. Bagi yang baru, diharap
dapat membaca nota-nota ringkas yang saya link pada siri #3 yang lalu, sebagai pengenalan kepada
asas nahu bahasa arab. Bagi yang lama, bagus juga kita mengulangkaji semula, dan jika boleh
berkongsi pengalaman dan teknik memahami dan menguasai perkara-perkara asas ini.
*****
Dhomair (Gantinama) di dalam bahasa arab ni sangat penting. Dhomair terdapat di mana-mana di
dalam ayat bahasa arab. Ia datang bersama isim (katanama) atau huruf (katatugas) secara terpisah
ataupun secara bersambung, dan ia juga datang bersama fi'il (katakerja) secara jelas atau
tersembunyi.
Antara perkara pertama dan paling penting yang wajib dihafal dan dikuasai dengan mantap jika kita
mahu belajar bahasa arab ialah menghafal kesemua 14 dhomair ini.
Terdapat berbagai-bagai teknik menghafal, ada yang guna 'simbol' pada jari, ada yang mengguna
lagu dan sebagainya. Kepada sesiapa yang pandai mencipta lagu, silakan...
Bagi yang pernah belajar tentang dhomair ini bolehlah berkongsi cara dan teknik dengan rakanrakan baru di sini.
*****
Senarai dhomair yang terdapat pada grafik siri ini adalah senarai dhomair terpisah. Kebiasaannya
dhomair terpisah ini menjadi subjek dalam sesuatu ayat, maka ianya dianggap marfu'. (Ingat lagi
tentang konsep i'rab? SUBJEK adalah MARFU').

InsyaAllah kita akan sambung tentang dhomair ini pada siri-siri akan datang... sementara itu hafallah
yang ini dahulu.

6a

Istilah-istilah. Simpan atau salin sebagai rujukan. Tak perlu hafal, tetapi jika hafal lagi baik.. smile emoticon

Siri #7 (Dhomir Muttasil)


Pada siri yang lalu kita telah mengenali apa itu gantinama (dhomir). Kita telah mengenali senarai 14
gantinama terpisah yang secara umumnya ia berfungsi sebagai SUBJEK di dalam ayat. Dan dari
segi i'rab ia adalah MARFU'.
Contohnya (lihat comment) : Huwa al-Awwalu wal-Akhir
Pada siri ini kita akan mengenali pula jenis gantinama yang satu lagi iaitu Gantinama Bersambung
(Dhomir Muttasil). Ia dikatakan bersambung kerana ia bergabung (ataupun terdapat bersama)
dengan perkataan lain samada katanama, katakerja atau katasendi.
Setiap katakerja mengandungi gantinama SUBJEK padanya samada boleh nampak ataupun
tersembunyi (tetapi difahami).
Contohnya :
1. kataba = "dia telah menulis" (gantinama dia dalam kataba adalah tersembunyi tetapi difahami)
2. katabtu = "saya telah menulis" (gantinama saya diwakili oleh huruf ta berbaris dhommah dihujung
perkataan)
Sesetengah katakerja juga boleh bersambung dengan gantinama lain yang berfungsi sebagai
OBJEK kepada perbuatan itu.
Contohnya :

1. ro-aituhum = "saya telah melihat mereka".


Pada perkataan ini terdapat kedua-dua subjek dan juga objek (subjek=saya dan objek=mereka).
Gantinama bersambung dengan katanama menjadi MAJRUR dan ia berfungsi sebagai PEMILIK
kepada perkataan tersebut.
Contoh : Diinukum = "agama kamu"
Apabila gantinama bergabung dengan katasendi pun dipanggil MAJRUR.
Contoh : Minhum = "... dari mereka"
***
PERHATIKAN : Gantinama adalah perkataan yang tidak berubah (mabni) maka dalam keadaan ia
menjadi marfu' atau mahsub atau majrur, barisnya tidak berubah.
(Sila lihat senarai dan contoh dhomir muttasil di ruangan komen).
p/s jika anda kurang faham tentang katakerja (fi'il), jangan bimbang kerana kita belum lagi sampai ke
topik mengenai katakerja.

.....

7a

Sebutan betulnya begini : bismillahi awwalahu wa akhirahu ataupun boleh juga bismillahi fi awwalihi wa akhirihi. (Yg
second tu ada fi)

7b

Senarai dhomir - sebahagiannya saya skip kerana dhomir berkenaan 'kurang popular' dan tidak banyak terdapat di
dalam Al-Quran. Anda boleh figure out sendiri kemudian dan update senarai masing-masing smile emoticon

7c

Contoh senarai dhomir pada 'fiil' - Jika anda kurang faham tentang fi'il, jangan bimbang, kita akan belajar detail
mengenainya kemudian...

Latihan kefahaman mengenai GANTINAMA (Dhomair)... smile emoticon


Soalan : Apakah i'rab bagi dhomir yg berhighlight kuning?

, , , , , , , , ,

.....

Siri #8 (Murokkab)
Jika kita berniat mempelajari bahasa arab untuk memahami apa yang kita baca dari Al-quran,
ketahuilah bahawa di dalam Al-Quran cuma terdapat lebihkurang 6000 kosakata (perkataan) sahaja,
yang kerap diulang-ulang. Tidak banyak pun..
Tidak dapat tidak, langkah pertama kita perlu berusaha mengenalpasti dan menghafal kosakata-

kosakata ini di samping membaca Al-Quran dengan tartil beserta membaca terjemahannya dan
tafsirnya. Bermula dengan surah-surah yang mudah, dan yang selalu kita baca.
Janganlah kita menghafal terjemahan keseluruhan ayat tanpa cuba mengenalpasti makna setiap
kosakata di dalam ayat tersebut, beserta jenisnya. Kita selalu dengar, perkataan-perkataan di dalam
bahasa arab cuma terbahagi kepada tiga jenis iaitu isim, fi'il dan huruf (katanama, katakerja dan
katatugas) -- Pastikan juga kita kenal jenis setiap perkataan di dalam ayat tersebut, adakah ianya
isim, fi'il atau huruf, selain maknanya.
Teknik ini sesuai sebagai langkah pertama. Tetapi janganlah kita merasa cukup dengan langkah
pertama ini sahaja. Langkah berikutnya sangatlah perlu supaya kita tidak terkeliru dalam memahami
makna yang dibawa oleh susunan perkataan di dalam ayat Al-Quran. Kerana setiap bahasa tidak
sama tatabahasanya iaitu kaedah penyususan perkataan dalam membentuk ayat yang memberi
makna.
Langkah berikutnya ialah belajar asas-asas nahu dan sorof bahasa arab. Secara mudahnya, ilmu
nahu adalah ilmu untuk memahami maksud yang disampaikan oleh gabungan serta susunan
perkataan-perkataan yang membentuk ayat.
Ayat yang lengkap (atau ungkapan yang lengkap) terdiri daripada sekurang-kurangnya gabungan
dua perkataan yang memenuhi kreteria subjek dan predikat.
Contoh ayat lengkap paling ringkas ialah : Al-Quranu kitabun. Yang bermakna : 'Al-Quran ialah
sebuah kitab' atau 'Al-Quran is a book'.
Namun gabungan sebarang dua perkataan sahaja tidak semestinya menjadi ayat yang lengkap.
Gabungan dua perkataan yang tidak menjadi ayat lengkap ini dipanggil ungkapan tidak lengkap
(murokkab naqis). Ungkapan yang tidak lengkap ini pula akan disusun atau digabung bersama
ungkapan lain dan mugkin juga disertai dengan katakerja dan katatugas supaya menjadi ayat yang
lengkap dan mudah difahami dengan tepat.
Secara ringkasnya ayat lengkap dibentuk daripada susunan ungkapan-ungkapan dan perkataanperkataan.

Di dalam ilmu nahu, terdapat beberapa jenis ungkapan yang struktur dan i'rabnya mesti kita ketahui
supaya kita faham makna yang dimaksudkan olehnya di dalam sesuatu ayat, antaranya :
1) Ungkapan bersifat (murokkab tausifi / mausuf wa sifah / man'ut wa na'at)
2) Ungkapan pemilikan (murokkab idhofi / al-idhofah / mudhof wa mudhofun ilaih)
3) Ungkapan berkatasendi / berhuruf jarr (murokkab jarri / shibhul jumlah /jarr wa majrur)
4) Ungkapan penunjuk (murokkab ishari)
(Sila lihat ruang komen untuk senarai istilah-istilah ini - tidak perlu hafal dulu, jadikan ia sebagai
rujukan)
InsyaAllah akan bersambung pada siri-siri akan datang dengan huraian setiap satunya di atas...

.....

8a

Daftar istilah - tidak perlu hafal dulu, gunakan ia sebagai rujukan... smile emoticon

..

Siri #9 (Murokkab Tausifi)


Ungkapan Bersifat ialah frasa di mana perkataan kedua menerangkan tentang kualiti atau sifat
kepada perkataan pertama.
Dalam bahasa melayu contohnya :
Rumah besar.
Kereta baru.
Bunga cantik.
Besar, baru dan cantik adalah katasifat (adjective) yang menerangkan tentang rumah, kereta dan
bunga di dalam contoh di atas.
Di dalam istilah bahasa arab, perkataan pertama dinamakan ismulzat atau mausuf dan perkataan
kedua dinamakan ismussifah atau sifah.
Oleh itu, murokkab tausifi juga selalu dipanggil mausuf wa sifah (Yang disifatkan dan sifatnya).
PENTING : Empat ciri utama isim sifah yang perlu diambil perhatian. Iaitu sifah akan mengikut
mausuf pada :
1. Nakirah atau Makrifah.
Jika mausuf itu nakirah, sifah juga mestilah nakirah. Jika mausuf itu makrifah maka sifah juga
mestilah makrifah.
(Jika anda kurang pasti apa itu nakirah dan makrifah sila kembali ke siri ketiga dan ikut link yang

diberi)
2. Maskulin dan Feminin.
Jika mausuf maskulin, sifah juga mesti maskulin. Begitulah juga jika mausuf feminin, sifah mestilah
feminin.
(Melainkan jika mausuf adalah plural tidak berakal, maka sifahnya adalah feminin singular)
3. I'rab (marfu', mansub atau majrur)
Sifah akan mengikut i'rabnya mausuf. Contohnya jika mausuf itu majrur maka sifah juga mestilah
majrur.

4. Bilangan (singular, dual atau plural)


Sifat mesti mengikut bilangan mausuf. Contohnya jika mausuf itu plural (jamak) maka sifah juga
mestilah jamak.
(Lihat contoh-contoh ungkapan bersifat yang dipetik dari Al-Quran pada ruangan komen).
PERHATIAN :
1. Jika mausuf adalah katanama PLURAL yang tidak berakal (seperti benda dan haiwan) maka
sifahnya adalah feminin SINGULAR.
2. Mausuf boleh mempunyai lebih daripada satu sifat berturutan selepasnya.
(lihat contoh-contoh pada ruangan komen)

..

9a

Jika mausuf adalah katanama PLURAL yang tidak berakal (seperti benda dan haiwan) maka sifahnya adalah feminin
SINGULAR.

..

9b
Mausuf boleh mempunyai lebih daripada satu sifat berturutan selepasnya.

..

9c
Mausuf boleh mempunyai lebih daripada satu sifat berturutan selepasnya.

..

9d
Dan yang ini....
Bagaimana nak sebut
'In the beautiful houses'?

..

Summary of Siri#9

..

Sebelum kita beralih ke tajuk seterusnya, jom kita lakukan sedikit latihan kefahaman yang paling
mudah ini.
Cuma pilih yang betul dengan menandakan A atau B.

..

Siri #10 (Murokkab Idhofi)


Ungkapan Idhofi ialah frasa di mana katanama pertama disandarkan kepada katanama kedua untuk
menjadikannya khusus (makrifah).
Ia disebut sebagai Ungkapan Pemilikan yang bermakna katanama pertama dimiliki atau disandarkan
atau dinisbahkan kepada katanama kedua.
Contoh:


(kitabullahi)
Katanama pertama ( ) dipanggil mudhof (Yang Dimiliki/Yang Disandarkan)
Katanama kedua ( ) dipanggil mudhofun ilahi (Pemilik/Penyandar)
Adapun ciri-ciri asas bagi MUDHOF ialah :
1) Tanwin padanya digugurkan
2) Ia tidak boleh beraliflam dipangkalnya (tidak boleh makrifah)
3) Jika ianya dual (muthanna) atau jama' muzakkar salim, maka huruf nun pada hujungnya
digugurkan
4) Mudhof boleh dalam apa-apa keadaan i'rab (yakni ianya boleh sebagai marfu', mansub ataupun
majrur)
Adapun ciri-ciri asas bagi MUDHOFUN ILAIH ialah :
1) Ia mesti MAJRUR <---penting
2) Ia boleh dalam keadaan nakirah ataupun makrifah (contoh : boleh beraliflam ataupun tidak
beraliflam)
(Sila rujuk bahagian komen untuk contoh-contoh bagi ciri-ciri di atas)
***
Setakat ini kita telah mempelajari dua jenis ungkapan yang utama iaitu Ungkapan Bersifat
(Murokkab Tausifi) dan Ungkapan Pemilikan (Murokkab Idofi). Adalah sangat penting untuk
mengenali dan membezakan kedua-dua jenis ungkapan ini.
PERHATIAN : Di dalam sesuatu ayat ungkapan-ungkapan ini boleh bergabung dan boleh berangkai

antara satu sama lain, maka jika kita tidak dapat membezakannya kemungkinan kita akan tersalah
tafsir makna keseluruhan ayat walaupun kita tahu makna setiap perkataan di dalam ayat tersebut.
Oleh itu berlatihlah mengenali dan memahami makna yang dibawa oleh ungkapan-ungkapan ini,
terutamanya contoh-contoh daripada Al-Quran.

..

10a
Jika ianya dual (muthanna) atau jama' muzakkar salim, maka huruf nun pada hujungnya digugurkan

..

10b

Mudhof boleh dalam apa-apa keadaan i'rab (yakni ianya boleh sebagai marfu', mansub ataupun majrur)

..

10c
Contoh daripada Al-Quran. Kenalpasti apakah mudhof dan mudofun ilahi dalam ayat-ayat berikut?

..

10d
Contoh muthanna (dual) pada mudhof di dalam Al-Quran

..

Siri #11 (Murokkab Idhofi) - Sambungan


Pada siri yang lepas kita telah mengenali apa itu Ungkapan Pemilikan (atau juga disebut dengan
nama Murokkab Idofi atau Al-Idhofah). Jika anda merujuk buku Nahu Arab di dalam Bahasa
Inggeris, maka istilahnya biasa di sebut sebagai 'The Relative Phrase' atau 'The Idafa Phrase' atau
'The Genitive of Possession'.
Perlu diingatkan juga bahawa semua katanama yang bersambung dengan gantimana (dhomir
muttasil) adalah termasuk juga dalam kategori Ungkapan Pemilikan (Murokkab Idhofi).
Gantinama bersambung itu walaupun tidak berubah barisnya, ia adalah dlm keadaan jarr sebagai
mudhofun ilaih.
Contohya :

(bukunya)

(amalan mereka)
****
Di dalam satu Ungkapan Pemilikan boleh terdapat lebih dari satu Mudhof dan Mudhofun Ilaih.
Contohnya :

'Maliki' ialah mudhof, 'Yaumi' adalah mudhofun ilaih.

'Yaumi' juga adalah mudhof, di mana 'Addin' menjadi mudhofun ilaih.


Di situ perkataan 'Yaumi' memainkankan dua peranan serentak. Ia mesti menepati kedua-dua syarat
mudhof dan juga syarat mudhofun ilaih. Yakni :
Syarat mudhof :
1. Ia tidak boleh bertanwin
2. Ia tidak boleh beraliflam.
Syarat mudofun ilaih :
1. Ia mesti majrur (eg. hujung berbaris di bawah)

..

11a
Bagi Gantinama Diri Ketiga : Jika hujung mudhofnya kasrah, gantinama itu (mudhofun ilaih) pun ikut berbaris kasrah
juga.
Jika hujung mudhofnya dhommah atau fathah, maka gantinama itu (mudhofun ilaih) tidak berubah (yakni tetap
dhommah).

Soalan : siapa boleh terangkan kenapa 'maliki' itu majrur di dalam ayat 'maliki yaumiddin' ?
Like Reply December 13, 2015 at 12:33am

Mokhtar Ahlan Krn ia kepada ustaz

..

Siri #12 (Murrokkab Idhofi) - Sambungan


Kita telah ketahui bahawa mudhofun ilaih datang selepas mudhof. Mudhof dahulu, barulah
mudhofun ilaih. Sama sekali tidak boleh bertukar tempat. Jelas?

(pintu masjid itu / the door of the masjid)
babu = mudhof
al-masjidi = mudhofun ilaih
Satu lagi peraturan yang penting untuk diketahui ialah : TIDAK boleh ada suatu pun perkataan
berada di antara keduanya. Yakni, mudhof dan mudhofun ilaih mestilah duduk sebelah-menyebelah,
tidak boleh terpisah oleh apa-apa perkataan lain.
Bagaimanakah pula kita nak katakan jika perkataan-perkataan mudhof atau mudhofun ilaih atau
kedua-duanya mempunyai sifah padanya? Contoh :
1. Pintu baru masjid itu... (The new door of the masjid..)

2. Pintu masjid baru itu... (The door of the new masjid..)


3. Pintu baru masjid cantik itu... (The new door of the beautiful masjid...)
4. Pintu cantik masjid baru itu... (The beautiful door of the new masjid...)
Oleh kerana tidak boleh ada sebarang perkataan di antara mudhof dan mudhofun ilaih, maka sifah
kepada mudhof hendaknya disebut selepas mudhofun ilaih.
Jika mudhofun ilaih juga mempunyai sifah, maka sifah kepada mudhof hendaklah disebut selepas
sifah kepada mudofun ilaih.
Latihan : Cuba buat murrokkab 1 hingga 4 perpandukan peraturan di atas.

..

12a

Latihan : Cuba buat murrokkab :


1. Pintu baru masjid itu... (The new door of the masjid..)
2. Pintu masjid baru itu... (The door of the new masjid..)
3. Pintu baru masjid cantik itu... (The new door of the beautiful masjid...)

4. Pintu cantik masjid baru itu... (The beautiful door of the new masjid...)

..

Mari kita lakukan sedikit latihan mudah mengenai tatabahasa idhofah (murokkab idhofi). Cuma
tandakan betul atau salah.
Pada yg salah, nyatakan apakah kesalahannya.
Boleh cuba terjemahkan juga ungkapan tersebut...

1. Salah
2. Salah ( )
3. Betul
4. Betul
5. Salah
6. Salah ( Alif lam tidak harus ada Dan harus marfuk kalau tidak dikaitkan dgn huruf jar pada ayat dlm surah Al - Fiil

)
7. Betul
8. Salah. ( . dihilangkan huruf dan mudhof ilaihi majrur dengan dhommah )
9. Salah
10. Betul. ( . tergolong dlm isim2 yang dilarang bubuh tanwin dan ia majrur dengan fathah.. kalau saya tak salah..
sebab ustaz belum cover this topic)

..

Siri #13 (Al-Mu'rob wa Al-Mabni)


Dari segi i'rab semua perkataan di bahagi kepada dua kelompok iaitu :

1. Al-Mu'rob - ialah perkataan-perkataan yang 'baris akhirnya' boleh berubah mengikut kedudukan
dan peranannya di dalam ayat.
2. Al-Mabni - ialah perkataan-perkataan yang tetap, tidak berubah.
Al-Mu'rob pula terbagai kepada dua jenis iaitu Fleksibel dan Semi-Flexibel.
Ringkasnya, kita boleh bahagikan katanama kepada 3 kategori mengikut tindakbalasnya terhadap
i'rob, iaitu :
1. Katanama Fleksibel (Munsorif)
2. Katanama Semi-Fleksibel (Ghair Munsorif)
3. Katanama Tetap (Mabni)
1. Fleksibel bermakna katanama itu boleh berubah baris akhirnya pada setiap i'rabnya. Contohnya :
Marfu' --- Muhammadun
Mansub --- Muhammadan
Majrur --- Muhammadin
Majoriti katanama adalah di bawah kategori ini.
2. Pada perkataan Semi-Fleksibel pula, Marfu' dan Mansubnya berbeza, manakala Majrurnya
serupa dengan Mansub.
Contohnya :
Marfu' --- Ahmadu
Mansub --- Ahmada
Majrur --- Ahmada
PENTING : Katanama Semi-Fleksibel TIDAK boleh bertanwin.
Jika katanama Semi-Fleksibel diawali oleh AlifLam ataupun bila kedudukannya sebagai mudhof,
maka ia boleh majrur dengan kasrah (baris bawah).

3. Perkataan Tetap/Tidak Berubah (Mabni) adalah perkataan yang langsung tidak berubah dalam
semua keadaannya samada ianya marfu', mansub atau majrur, sama saja bentuk zahirnya.
Apakah ciri-ciri dan jenis perkataan-perkataan yang temasuk di dalam kategori Fleksibel, SemiFleksibel atau Mabni?
Sila rujuk bahagian komen dari masa ke semasa kerana ciri-ciri tersebut beserta dengan contohcontohnya akan disenaraikan di situ. InsyaAllah

..

13a
Istilah mamnu' minal sorf adalah sama maknanya dgn istilah ghoiru munsorif.

..

13b

..

13c
Katanama Semi-Fleksibel : Kategori Nama Khas (isim alam)

..

13d
Katanama Semi-Fleksibel : Kategori Katasifat (isim sifah)

..

13e
Katanama Semi-Fleksibel : Kategori No. 3

..

13f
Katanama Semi-Fleksibel : Kategori No. 4 - Katanama plural daripada timbangan-timbangan berikut :

..

13g
Katanama MABNI (Tetap / Tidak Berubah)

..

Siri #14 (Murokkab Isyari)


Tentu ramai familiar dengan 'hadza', 'hadzihi' dan sebagainya mengenai isim isyarah (katanama
penunjuk) kerana di dalam kebanyakan pelajaran bahasa Arab, inilah yang pertama-tama diajarkan.
Misalnya :

Hadza kitabun.
Ini sebuah buku.
This is a book.
Perlu ditegaskan bahawa contoh di atas itu adalah suatu ayat lengkap, yang mengandungi subjek
dan predikat.
'Hadza' (ini) = subjek. 'Kitaabun' (sebuah buku) = predikat.
***
Apa yang kita hendak pelajari pada siri ini ialah berkenaan Murokkab Isyari (Ungkapan Penunjuk).
Murokkab Isyari bukanlah ayat lengkap. Ia hanyalah frasa ataupun ungkapan.
Ciri-ciri murokkab isyari ialah seperti berikut :

1. Ia adalah gabungan dua bahagian - Pertama ialah 'Isim Isyarah'. (Sila lihat senarai isim isyarah di
ruangan komen).
2. Bahagian kedua dinamakan 'Musyar Ilaih' (Katanama yang ditunjuki)
3. 'Musyar Ilaih' mestilah ber'aliflam', ataupun ianya idhofah (mudhof & mudhofun ilaih).
4. Jika 'Musyar Ilaih' adalah idhofah, maka Isim Isyarah hendaklah berada selepas mudhofun ilaih.
5. Isim Isyarah dan 'Musyar Ilaih' mestilah menepati antara keduanya dari segi bilangan, jantina,
pengkhususan dan i'rob.
(Sila semak contoh-contoh pada ruangan komen).

..

14a
Isim Isyarah INI - semua isim isyarah adalah MABNI kecuali untuk dual (mutsanna)

..

14b
Isim Isyarah ITU - semua isim isyarah adalah MABNI kecuali untuk dual (mutsanna)

..

14c
Perhatikan perbezaan-perbezaan berikut dari segi maknanya...

..

You might also like