Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Hasil daripada pemerhatian di sekolah praktikum pengkaji iaitu Sekolah Rendah

Kebangsaan Stella Maris (M), kebanyakan murid sukar mengingat fakta-fakta dalam
matapelajaran Sejarah. Pengkaji ditugaskan mengajar Sejarah bagi kelas 5 Kamil, 5 Harmoni
dan 4 Mulia. Murid-murid 5 Kamil dikategorikan sebagai murid-murid yang cemerlang dalam
akademiknya di SRK Stella Maris (M). Jadi, semasa pengkaji berhadapan dengan murid-murid
5 Kamil, tidak banyak masalah yang melibatkan pembelajaran dan juga disiplin berlaku. Semua
murid dalam kelas ini terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan
kemahiran serta semuanya boleh membaca dan menulis dengan baik. Sepanjang pengkaji
mengajar kelas 5 Kamil, murid sangat aktif dalam pembelajaran mereka serta murid aktif
menawarkan diri dalam setiap aktiviti yang telah dirancangkan oleh pengkaji. Walaupun
kebanyakan murid dalam kelas ini sangat aktif dalam proses pembelajaran, sampai di akhir
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid-murid menjadi kaku. Apabila pengkaji
menyoal murid tentang isi pelajaran yang telah diajar, murid susah untuk mengingat kembali
dan kebanyakan mereka tidak dapat menjawab dengan betul. Kebanyakan murid terpaksa
merujuk kembali nota yang telah dicatat ketika pengkaji menerangkan pada sesi pengajaran
yang sebelumnya. Perkara ini dengan jelasnya menunjukkan bahawa murid-murid tersebut
sukar mengingat fakta-fakta sejarah yang telah dipelajari.

You might also like