Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

Bincangkan peperangan China-Jepun pada penghujung abad ke 19

PENGENALAN
Perang China-Jepun pertama bermula pada tahun 1894 sehingga 1895.
Perang ini berlanjutan selama satu tahun yang menjadi titik tolak kepada
sejarah Asia Timur Moden.1 Perselisihan antara kedua-dua negara ini
berpunca

daripada

keinginan

untuk

memperluaskan

kuasa

di

Korea.

Peperangan antara China dan Jepun ini berlaku sejak abad ke-7 lagi yang
disebabkan oleh persengketaan antara tentera China dan Jepun. Peristiwa ini
turut berlaku pada abad ke-13 dan ke-16. 2 Manchuria telah menjadi negara
tumpuan Jepun yang paling penting sejak zaman pemerintahan Hideyoshi
kerana Jepun telah merancang untuk membina empayarnya sendiri yang
meliputi Benua China.3 Manakala, China pula telah dianggap sebagai kuasa
agung di Korea namun apabila Jepun mula hendak campur tangan dalam
urusan Korea, China telah mengambil tindakan untuk menakluk Korea bagi
pertahankan kuasanya.
Peperangan ini turut tercetus akibat daripada keadaan huru-hara di
Korea,kepentingan Jepun di Korea dari segi politik,ekonomi dan sosial, faktor
dalam negeri Jepun itu sendiri, faktor dalam negara China, faktor ekonomi
serta ancaman daripada kuasa Rusia. 4 Perang di antara China-Jepun pertama
telah dimenangi oleh pihak Jepun. Hal ini dapat dibuktikan dengan kekuatan
tentera Jepun kira-kira 120,000 orang berbanding dengan tentera China
1 Mutsu Munemitsu.1982.Kenkenroku A Diplomatic Record Of The Sino-Japanese War, 189495.Tokyo:University Of Tokyo Press.hlm.xi.
2 Maswari Rosdi.1985.Sejarah China Dan Jepun Moden 1800-1955.Kuala Lumpur:Adabi Publishing
Sdn.Bhd.hlm.103.
3 Joginder Singh Jessy.Disunting Ghazali Bin Basri..1982.Sejarah China Dan Jepun.Kuala
Lumpur:Anthonian Sdn.Bhd.hlm.55.
4 Ibid.hlm.57.

seramai 50,000 orang serta angkatan tentera Jepun memiliki senjata yang
berkualiti dan semangat perjuangan yang tinggi. Peristiwa ini berakhir
dengan perjanjian damai pada 17 April 1895 yang dikenali sebagai Perjanjian
Shimonoseki.5 Kemenangan ini telah menjadikan Jepun sebagai sebuah
empayar yang terkuat di Asia menjelang abad ke-19.

HUBUNGAN AWAL JEPUN DAN CHINA

Secara asasnya, Jepun sememangnya mempunyai perkaitan yang rapat


dengan negara China terutamanya dalam aspek ketinggian kebudayaan iaitu
kebanyakan budaya Jepun adalah berasal dari China. Hal ini demikian kerana
kebudayaan Jepun itu sendiri telah dianggap sebagai daughter of Chinese
civilization sama seperti negara-negara di Eropah Utara yang menjadi
daughter of Mediterranean civilization.6 Walau bagaimanapun, penerimaan
kebudayaan China ini adalah rasional kerana bukan sahaja Jepun yang
menerima pengaruh daripada kebudayaan China ini, tetapi negara-negara di
Zon Asia Timur yang lain seperti Korea dan Taiwan turut menerima pengaruh
yang sama memandangkan keadaan ini adalah impak daripada dominasi
China di

Asia

Timur

sejak

sekian

lama.

Namun

begitu,

pengaliran

kebudayaan dari luar ke dalam masyarakat Jepun ini tidak diterima sematamata tetapi akan digabungkan dengan tradisi ringkas penduduk Jepun untuk
membentuk satu budaya baharu yang bersesuaian dengan keadaan geograf
mereka.
Pengaliran masuk pengaruh China ke Jepun secara rasmi bermula pada
tahun 552 iaitu pada tahun yang sama ajaran Buddha diperkenalkan kepada
5 Edwin O. Reischauer.Terjemahan Azhar Mad Aros.2006.Jepun Sejarah Sebuah Negara.Kuala
Lumpur:Universiti Malaya.hlm.106.
6 Edwin O. Reischauer, (Diterjemah oleh Azhar Mad Aros), Jepun: Sejarah Sebuah
Negara, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006, hlm. 3.

pemerintah Yamato daripada kerajaan beraja di Korea Selatan. 2 Walau


bagaimanapun, sebelum tarikh rasmi ini terdapat kumpulan perutusan dan
ahli perniagaan yang telah berulang-alik antara Jepun dan China pada abad
ke-4 S.M sehingga abad pertama Masihi. Selain itu, pengaruh kebudayaan
China

juga meresap ke Jepun melalui bidang pendidikan dan ilmu

pengetahuan. Hal ini demikian kerana pemerintah Jepun telah melaksanakan


pemilihan sekumpulan anak-anak muda bagi mempelajari ilmu pengetahuan
dalam bidang kesusasteraan China, falsafah, sejarah atau teologi Buddha,
kemahiran dalam seni lukis, puisi dan muzik di negara China. Tindakan ini
bukan sahaja dapat menjadi bukti bahawa pemerintah Jepun pada ketika itu
mempunyai keupayaan dan kebijaksanaan yang hebat tetapi secara tidak
langsung telah membantu perkembangan Jepun sebagai sebuah tamadun.
Selain itu, tindakan ini juga telah menjadi pemangkin kepada pembaharuan
yang pantas di Jepun iaitu melalui Reformasi Taika.
KEPENTINGAN CHINA DAN JEPUN KE ATAS KOREA
Sebelum kita menyelusuri peristiwa Perang China-Jepun 1894-1895 ini, adalah baik
kiranya kita terlebih dahulu menyedari tentang sebab-musabab bagi kedua-dua kuasa ini
bertelagah untuk menguasai negeri Korea. Hal ini amat mustahak untuk difahami terlebih dahulu
memandangkan China dan Jepun dikatakan mempunyai kepentingan masing-masing di bumi
Korea. Sementara Suffian Mansor dalam bukunya Sejarah China Moden meringkaskan hal ini
sebagai soal untuk mendapatkan wilayah naungan. 7 Negeri Jepun sememangnya mempunyai
banyak kepentingan di Korea, malah kepentingan ini boleh di bahagikan kepada beberapa
kepentingannya iaitu dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Kepentingan Politik Jepun.
Dalam aspek politik, Jepun sejak zaman pemerintahan Hideyoshi lagi sebenarnya telah
merancang untuk menubuhkan empayarnya sendiri meliputi benua China. Maka dengan tujuan
ini, Korea menjadi tumpuannya yang paling penting.8 Penguasaan Jepun terhadap Korea bererti
7 Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur:Universiti Malaya. hlm 70.
8 Jaginder Singh Jessy. 1978. Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Anthonian Sdn.Bhd . hlm 56.

keselamatan. Keadaan ini dilihat benar kerana Korea merupakan negara yang paling dekat
dengan Jepun. Dengan demikian, sekiranya Korea dikuasai oleh kuasa asing maka sudah tentu
Korea akan digunakan sebagai tapak untuk menakluki Jepun. Jepun juga bimbang terhadap
kebolehan China dalam mentadbir hal ehwal Korea terutama sekali yang berkaitan dengan
perhubungan dengan kuasa luar. Hal ini memang bersesuaian dengan sikap Jepun yang tidak
pernah mengakui kekuasaan China ke atas Korea. Malah kebimbangan Jepun juga melangkau ke
atas kekuasaan Rusia kerana kita harus sedar bahawa pada masa ini Rusia mengamalkan polisi
meluaskan wilayah.9
Polisi perluasan kuasa Rusia ini bukanlah suatu perkara yang sukar difahami kerana kita harus
sedar bahawa Rusia pada ketika ini aktif dalam perdagangan di pelabuhan Vladivostock.
Bagaimanapun Rusia pada ketika ini tidak dapat menjalankan aktiviti perdagangannya dengan
pelabuhan ini akibat daripada pembekuan laut sebagai laluannya berdagang dengan
Vladivostock. Oleh hal yang demikian, Rusia menanamkan minat untuk menguasai Korea bagi
menggantikan pelabuhan ini. Hal ini memang jelas apabila pada tahun 1884, Rusia cuba
memberikan pertolongan kepada Korea untuk menyusun angkatan tentera daratnya.10
Konsekuensinya, Rusia kemudiannya meminta kebenaran untuk menggunakan pelabuhan Port
Lazareff dan seterusnya pada tahun 1891 Rusia pula ingin melebarkan pertapakannya dengan
sekali lagi meminta keizinan untuk membina sebuah landasan kereta api di Korea yang di kenali
sebagai Trans Seirian Railway. Usaha Rusia ini membimbangkan Jepun sekiranya permohonan
izin tersebut diterima oleh pihak Korea. Bagi Jepun, hal ini sudah tentu akan membolehkan
Rusia bergerak lebih pantas ke kawasan Timur. Dengan demikian, Jepun merasa amat perlu
untuk melakukan sesuatu bagi mencegah kemaraan Rusia.
Kepentingan Ekonomi Jepun.
Dari sudut ekonomi, Jepun sememangnya amat memerlukan Korea dalam bidang
pengangkutan, perkapalan dan juga perdagangan. Perkara yang kita perlu ketahui adalah,
pengangkutan perkapalan Korea sebahagian besarnya dikuasai oleh pihak Jepun malah kira-kira
9 Maswari Rosdi. 1983. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing
Sdn. Bhd. hlm 104.
10 Ibid. hlm 105.

90% perdagangan asing Korea adalah melalui Jepun. Dengan demikian, bagi memastikan hasil
yang berpanjangan, Jepun semestinya perlu mengekalkan kewibawaannya ke atas Korea. Selain
daripada kepentingan ini, Korea juga sebenarnya amat penting sebagai pasaran barang-barang
dagangan Jepun. Oleh hal yang demikian, adalah menjadi suatu kewajaran bagi Jepun kiranya
dapat terus menguasai Korea bagi menjamin pasaran industrinya di seberang laut.
Kepentingan Sosial Jepun.
Apabila menyebut tentang kepentingan sosial Jepun, maka sudah tentu keadaan ini akan
menyentuh tentang pertambahan pesat dalam jumlah penduduk Jepun. Dalam tahun 1872 sahaja
jumlah penduduk Jepun telah mencapai 35 juta dan jumlah ini meningkat dalam tahun-tahun
yang berikutnya. Keadaan ini menekan kehidupan masyarakat Jepun apabila mereka mengalami
masalah kekurangan tanah pertanian bagi mengeluarkan bahan makanan untuk keperluan harian
mereka. Ironisnya, Jepun meletakkan harapan seperti mana yang dilakukan oleh Korea sebelum
ini untuk mengeksport kira-kira 40% hasil berasnya ke Jepun. Selain daripada keperluan ini,
Korea juga menjadi tempat perpindahan rakyat Jepun. Mereka yang berpindah ke Korea ini akan
berkerja sebagai petani dan adakalanya juga menjadi peneroka. Hasilnya ramai daripada rakyat
Jepun yang akhirnya meikmati hidup baru di Korea.
Kepentingan China ke atas Korea.
Jika tidak dengan niat manakan sanggup China bertumpah darah dengan Jepun. Hal ini
mungkin suatu perkara yang amat sinonim dengan Kerajaan China yang walaupun dalam
keadaan parah akibat daripada peperangan dengan Perancis dan juga pemberontakan rakyat
terhadap kerajaan tetapi masih mendirikan benteng untuk mempertahankan Negara daripada
serangan Jepun. Jika Jepun dengan kepentingan politik, ekonomi dan juga kepentingan sosialnya
maka China juga merasa bahawa mereka empunya hak terhadap wilayah naungan itu. Hal ini
sesungguhnya akan membolehkan kita dapat memahami sikap China yang enggan melepaskan
Korea kepada Jepun.
Kepentingan Politik.
Dalam hal ini, kita juga perlu mengetahui sudut geografi antara ketiga-tiga negeri ini
yakni Korea, Jepun dan China. Korea merupakan sebuah negara yang terletak di antara Jepun
dan China. Korea cuma terpisah dari Tanah Besar China dalam 400 batu sahaja. Sungai Yalu

merupakan pemisah antara kedua-dua kerajaan ini. Sekiranya Korea jatuh ke dalam kekuasaan
asing maka Korea boleh sahaja digunakan sebagai jambatan oleh mana-mana kuasa yang
menguasainya untuk menyerang China.11
Selain itu, kita juga perlu ingat bahawa China tidak pernah mengubah pendiriannya sebagai
Middle Kingdom. Malah China pada anggapannya, kuasa asing merupakan Barbarian yang
mana pada anggapan ini, Jepun merupakan kuasa yang lebih rendah daripadanya yang tidak
perlu di takuti apatah lagi mereka merasakan bahawa Jepun sebagai salah sebuah negara yang
terhutang budi dari segi budaya.12 Kerajaan China juga menganggap bahawa Korea merupakan
salah sebuah negara yang merdeka seperti mana yang telah dipersetujui dengan Jepun dalam
perjanjian Korea pada tahun 1882. Oleh yang demikian, sekiranya Jepun melanggar perjanjian
tersebut maka hal ini akan mencabar hak China dalam perjanjian tersebut.
Kepentingan Ekonomi China.
Satu perkara yang kita perlu ketahui dalam perkembangan ekonomi China adalah pada
abad yang ke-19 iaitu kita dapat menyaksikan perubahan yang ketara dalam kehidupan
masyarakat China. Taraf kehidupan penduduknya mulai merosot akibat daripada pertambahan
jumlah penduduk yang pesat yang tidak disertai dengan peningkatan dalam kesuburan tanah
untuk keperluan pertanian. Bagi mengetahui kebenaran ini, kita juga perlu menyedari bahawa
sejak pada tahun 1741 lagi kepadatan penduduk China mencecah seramai 143 juta orang dan
jumlah ini bertambah kepada 430 juta pada tahun 1850. Keadaan ini juga menekan kehidupan
masyarakat China. Hasil pertanian yang tidak mencukupi untuk keperluan harian mereka.
Keadaan ini seterusnya memerlukan China mencari pekerjaan lain di luar negara. 13 Oleh itu, kita
tidak hairan mengapa China enggan melepaskan Korea kepada kuasa lain atas kepentingan ini.
Kepentingan Sosial China.
Berbalik kepada kepentingan Jepun, China juga mempunyai maksud yang sama untuk
menguasai Korea. Hal ini jelas kesan daripada kemorosotan politik dan juga dalam bidang
11 Jaginder Singh Jessy. 1978. Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Anthonian Sdn.Bhd . hlm 55.
12 Ibid. hlm 52.
13 Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur:Universiti Malaya. hlm 42-43.

ekonomi. Sekiranya Korea dikuasai oleh negara matahari terbit itu, maka hal ini sudah tentu akan
menambahkan masalah pemberontakan rakyat terhadap kerajaan China. Dalam sudut ini, kita
perlu mengetahui bahawa China juga sedang berhadapan dengan pemberontakan daripada
mazhab Tong Hak di Korea dan juga golongan Pro dan anti-Li Hung-Chang di Peking sendiri.
Pemberontakan ini akibat daripada kegagalan kerajaan China mentadbir dengan baik. Dalam
aspek sosial juga,

China sebenarnya mahu menghapuskan pengaruh Jepun di bumi Korea. 14

Oleh hal yang demikian, adalah mustahak bagi China untuk menghalang kuasa Jepun yang
bertapak lebih kukuh di Korea.

KRONOLOGI PERISTIWA PERANG CHINA JEPUN 1894-1895


Dalam buku Sejarah China dan Jepun karya Jaginder Singh Jessy cetakan pertama pada
1978, Perang China-Jepun 1894-1895 yang berlaku selama lebih kurang dua tahun ini dikatakan
sebagai perang Perang China-Jepun Pertama.15 Hal ini nampaknya berbeza sedikit dengan
galuran peristiwa perang antara kedua-dua kuasa ini seperti mana yang dikemukakan oleh
Maswari Rosdi dalam bukunya Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955 yang menjelaskan
bahawa China dan Jepun sebenarnya telah pun melalui peristiwa perang sejak pada 663 masihi
lagi dan seterusnya bertentangan dengan apa yang dikatakan beliau sebagai persengketaan ini
cuma bermula pada abad yang ke-19. Mengikut beliau, Perang China-Jepun 1894-1895 ini
adalah peristiwa perang antara China dan Jepun yang mana Jepun buat kali pertamanya
melancarkan serangan terhadap ke atas Korea untuk melawan China di sana selepas beberapa
kali diserang China yang berjaya.16

14 Maswari Rosdi. 1983. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing
Sdn. Bhd. hlm 107-108.
15 Ibid. hlm 52.

Berdasarkan kepada beberapa catatan sejarah, perang yang tercetus antara China dan
Jepun pada tahun 1894-1895 ini merupakan siri yang ke-4. Hal ini kerana, perang antara keduadua kuasa ini sebenarnya telah berlaku sejak pada 633 masihi lagi. Pada tahun ini, China telah
menghantar satu pasukan tentera yang besar untuk menguasai Korea iaitu pada masa Korea di
bawah pimpinan Paikchee. Bagi mengelak Korea daripada jatuh ke tangan China, Paikchee
kemudiannya memohon pertolongan daripada kuasa Jepun. Walaupun dalam perang ini China
berjaya menundukkan sokongan Jepun dan menguasai Korea, tetapi peristiwa ini telah
menyebabkan Jepun menyimpan rasa dendam dan tidak puas hati yang mendalam.17
Selepas beberapa lama menduduki Korea, China pula menanamkan minat untuk terus
berkuasa ke atas Korea. Hal ini kemudiannya mendorong China untuk memaksa Jepun mengakui
kekuasaanya ke atas negara tersebut. Dengan demikian, pada akhir abad ke-13, kuasa ini telah
memerintahkan duta mereka di Korea berangkat ke Jepun dengan tujuan tersebut.
Bagaimanapun, Jepun yang sememangnya telah lama menyimpan perasaan dendam ke atas
China sewenang-wenangnya menolak niat tersebut. Penolakan ini telah membangkitkan perasaan
marah China terhadap Jepun sehingga pada tahun 1274 Armanda Mongol dengan menggunakan
kapal Korea yang telah bertindak menyerang Jepun di Hakata yang juga di kenali sebagai
Kyushu. Bagaimanapun, serangan itu telah gagal apabila angin ribut telah merosakkan Armanda
Mongol tersebut.
Kegagalan angkatan perang pada tahun 1274 ini tetap tidak mematahkan semangat
Mongol untuk menyerang Jepun. Arahan Kublai Khan untuk menyerang Jepun ini sekali lagi
diistiharkan tujuh tahun kemudian iaitu pada tahun 1281 selepas daripada kegagalan angkatan
yang pertama. Serangan kedua ini juga tertuju ke Kyushu melalui Tanah Besar China dan Korea
tetapi tetap gagal disebabkan oleh perkara yang sama seperti dalam kegagalan serangan angkatan
yang pertama. Kegagalan demi kegagalan ini menyebabkan China akhirnya membuat keputusan
untuk menghentikan serangan ke atas Jepun.18
16 Maswari Rosdi. 1983. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing
Sdn. Bhd. hlm 103-104.
17 Ibid. hlm 103.
18 Maswari Rosdi. 1983. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing
Sdn. Bhd. hlm.103.

Selepas tiga abad berlalu iaitu pada abad yang ke-16, Jepun pula melakukan serangan ke
atas Korea. Serangan ini merupakan serangan pertama Jepun selepas beberapa usaha serangan
yang dilakukan oleh pihak China ke atasnya. Serangan Jepun buat pertama kalinya dilancarkan
pada zaman Oda Nobunga iaitu sepanjang tahun 1534-1582. Sementara itu, serangan selanjutnya
telah dilancarkan pada 1592 tetapi Jepun tetap tidak mendapat sebarang hasilnya apatah lagi
dengan menduduki wilayah tersebut. Keadaan ini menyebabkan Jepun juga telah membekukan
serangannya ke atas China buat beberapa waktu. Bagaimanapun, salah satu perkara yang kita
perlu ketahui setelah Jepun membuat keputusan sedemikian adalah penguasaan Abahai, anak
Nurhaci iaitu ketua kepada puak Mongol dalam era Dinasti Ming terhadap Korea.19
Sungguhpun demikian, keputusan Jepun untuk membekukan serangannya terhadap China
tersebut bukanlah menjadi noktah kepada ketegangan antara tiga kuasa ini yakni Jepun, China
dan juga Korea. Hal ini kerana, pada tahun 1875 berlakunya peristiwa Kanghwa Bay iaitu suatu
peristiwa serangan terhadap kapal Jepun yang melakukan penyelidikan di pantai Korea telah
ditembak oleh tentera Korea dan China. Susulan daripada peristiwa ini pula ialah termeterainya
perjanjian Kanghwa yang secara rasminya ditandatangani pada bulan Jun 1876 yang mana
kerajaan China dan Jepun mengakui kekuasaan Korea.20
Pemeteraian perjanjian ini rupa-rupanya menjadi natijah buruk kepada kuasa Jepun. Hal
ini kerana, selepas perjanjian ini kuasa-kuasa barat yang lain pula mula mengambil peluang
untuk turut mengadakan perjanjian dengan Jepun. Hal ini terbukti benar apabila Jepun seterusnya
telah mengadakan perjanjian dengan Amerika Syarikat pada tahun 1883 dan setahun kemudian
pula dengan Inggeris dan Jerman. Manakala Itali dan Rusia pula menyusul pada tahun 1886 21
iaitu dua tahun lebih lewat selepas Perancis pada 24 Oktober 1884. 22 Perjanjian demi perjanjian
yang ditandatangani dengan kuasa barat ini telah menoktahkan polisi tutup pintu yang
diamalkan oleh Korea sebelum itu. Sungguhpun perjanjian Kanghwa ini telah dicapai, namun
19 Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur:Universiti Malaya. hlm 3.
20 Maswari Rosdi. 1983. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi
Publishing Sdn. Bhd. hlm 104.
21 Ibid.
22 Jaginder Singh Jessy. 1978. Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Anthonian Sdn.Bhd. hlm 19.

kerajaan China tetap menganggap negaranya sebagai kuasa agung terhadap Korea sementara
Jepun pula senantiasa berusaha untuk menghalang maksud China tersebut untuk menjaga
kepentingannya di Korea.
Sikap China yang tetap menganggap dirinya sebagai kuasa agung terhadap Korea ini
menimbulkan rasa tidak selesa Jepun. Hal ini menyebabkan Jepun sentiasa memerhatikan
sebarang perkembangan yang berlaku ke atas China. Sementara di Korea pula seringkali timbul
pemberontakan dan tentangan daridapa rakyat terhadap Maharaja Korea. Keadaan ini
menimbulkan rasa perlu bagi Korea untuk mendapat bantuan dari kuasa luar bagi menangani
kesulitan yang berlaku ke atasnya. Akhirnya, pada tahun 1894, Maharaja Korea telah membuat
keputusan untuk meminta bantuan China lalu Jepun menghantar pasukan tentera ke Korea bagi
menghalang China daripada membantu Korea.23 Dalam masa yang sama, China pula enggan
mengadakan perjanjian dengan Jepun yang akhirnya menjadi faktor serta-merta kepada
peperangaan. Peperangan ini telah berlaku pada bulan Ogos tahun tersebut.
Pertempuran dalam perang antara Jepun dan China ini berlaku di dua tempat yakni di
darat dan laut.24 Dari segi kekuatan tentera, Jepun sememangnya mempuanyai bilangan tentera
yang ramai iaitu seramai 120,000 orang setelah mengerahkan kesemua tenaga yang ada
berbanding dengan pihak China yang cuma memiliki seramai 50,000 orang tentera. Bilangan
tentera Jepun yang ramai ini pula dilengkapi dengan peralatan perang yang lebih canggih
berbanding dengan China yang cuma berbekalkan kepada senjata yang lapuk dan mundur.25
Bagaimanapun, seperti mana yang di katakana oleh Jaginder Singh Jessy ini, kita sebenarnya
perlu memahami dan mengetahui bahawa sebelum berperang dengan Jepun ini, China telah pun terlebih
dahulu berperang menentang Perancis tepat pada 23 Ogos 1884 sehinggalah pada tahun 1885. Dalam
perang ini, China telah menggunakan kekuatan tentera yang ramai dan juga telah banyak menggunakan
kelengkapan senjata yang ada. Malah dalam perang ini, Perancis telah menenggelamkan 11 buah kapal

23 W,Scott Morton. 2006. Jepun: Sejarah dan Budaya. Terjemahan Azhar Mad Aros. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya. hlm 180.
24 Maswari Rosdi. 1983. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi
Publishing Sdn. Bhd. hlm 112.
25 Jaginder Singh Jessy. 1978. Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Anthonian Sdn.Bhd. hlm 62.

perang China dan memusnahkan banyak Limbungan Kapal Foochow.26 Oleh hal yang demikian, adalah
mustahil bagi China untuk memulihkan jumlah dan kekuatan persenjataannya dalam masa yang singkat
ini.

Di darat tentera Jepun telah mara ke bumi Korea dan menawannya yang mana pada
anggapan China, angkatan tentera Jepun akan mara ke Manchuria. 27 Anggapan ini tidak tepat dan
menyebabkan pertahanan China terpecah. Tentera Jepun sebenarnya menyerang angkatan China
di Pyongyang dan mengalahkan mereka di sana. Tidak beberapa lama selepas menundukkan
angkatan China di Pyongyang, Jepun telah mendirikan kerajaan yang dikatakan sebagai proJepun di bawah pimpinan Taiwunkun. Kerajaan baru yang dibentuk ini telah mengisytiharkan
kemerdekaan dari kongkongan negeri China.28
Dalam pertempuran di laut pula, angkatan tentera laut Jepun telah dipimpin oleh
Laksamana Ting di muara Sungai Yalu dan mengalahkan angkatan perang China di sana pada
bulan September 1894. Walaupun dari segi bilangan tentera Jepun yang lebih sedikit daripada
angkatan laut China, namun kemusnahan yang lebih teruk memihak kepada angkatan China
apabila dalam pertempuran ini, angkatan laut China kehilangan empat buah kapal berbanding
pihak Jepun yang hanya kehilangan sebuah kapal sahaja.29
Jepun kemudiannya meneruskan kemaraan dan memusnahkan angkatan tentera China di
Weihaiwei, Shantung dan menawan Pelabuhan Athur di semenanjung Liaotung. China akhirnya
dapat dikalahkan dengan mudah dan terpaksa menandatangani perjanjian Shimonosheki yang di
tandatangani bersama pada tahun 1895. Perjanjian ini merupakan satu perjanjian yang agak
memihak kepada Jepun seperti mana yang disebutkan dalam lima syarat-syarat berikut:
1
2

Korea diiktiraf sebagai negeri yang merdeka oleh China dan Jepun.
China dikenakan bayaran ganti rugi sebanyak 200 000 000 task kepada Jepun sebagai
perberlanjaan peperangan dan kerugian-kerugian lain yang dialaminya.

26 Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur:Universiti Malaya. hlm 70.
27 Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur:Universiti Malaya. hlm 70.
28 Maswari Rosdi. 1983. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing
Sdn. Bhd. hlm 112.
29 Ibid.

China dikehendaki membuka 4 buah pelabuhan untuk perdagangan Jepun iaitu pelabuhan
Shasi, Chungking, Soochow dan Hangchow. Hal ini juga bermakna bahawa Sungai

Yangtze dibuka untuk perdagangan sehingga ke Chungking.


Jepun mendapat sanjungan sebagai Negara yang diberi kepentingan atau juga disebut
sebagai most-favoured nation yang mana Jepun akan mendapat semua feadeh telah

dirangkum oleh kuasa-kuasa barat terdahulunya.


Selain itu, Farmosa, kepulauan Pescadores, Semananjung Liaotung bersama-sama dengan
Pelabuhan Arthur akan diserahkan kepada pihak Jepun.
Lima syarat perjanjian ini tercatat dalam buku Sejarah China dan Jepun karya Jaginder

Singh Jessy.30 Bagaimanapun, syarat yang kedua pula dilihat sedikit berbeza dengan apa yang
dikemukakan oleh W. Scott Morton dalam karyanya Jepun: Sejarah dan Budaya
terjemahan Azhar Mad Aros. Dalam buku ini, W. Scott Morton mengatakan bahawa, kerajaan
China cuma dikenakan bayaran ganti rugi sebanyak 30 juta pound. 31 Pemeterian perjanjian
ini cukup menunjukkan kelemahan ketara dalam gerakan menguatkan diri yang dicanang
oleh kerajaan China dan juga menjadi peristiwa yang amat memalukan kuasa agung
tersebut.32

PUNCA KEKALAHAN CHINA


Kekalahan China berpunca daripada kelemahan negara China itu sendiri. Hal
ini dapat dilihat dalam aspek pentadbiran Li Hung Chang apabila beliau
30 Jaginder Singh Jessy. 1978. Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Academe Art & Printing
Services Sdn. Bhd. hlm 62.
31 W,Scott Morton. 2006. Jepun: Sejarah dan Budaya. (Azhar Mad Aros, terjemahan). Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya. hlm 180.
32 Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 71.

sendiri

telah

melakukan

kesilapan

dalam

membuat

pemilihan

para

pegawainya. Beliau telah melantik para pegawainya yang mempunyai


hubungan rapat dan taat setia kepadanya, bukan berdasarkan kebolehan
dan kecekapan dalam menguruskan sistem pentadbiran. 33 Selain Li Hung
Chang, kita juga boleh lihat kelemahan yang ditunjukkan oleh Maharani Balu
Tzu Hsi sendiri yang telah menggunakan wang yang diperuntukkan untuk
angkatan tentera sendiri bagi membaiki semula Istana Musim Panasnya 34
yang telah musnah ketika Perang Arrow. Keadaan ini telah menyebabkan
China tidak mampu menambah bilangan kekuatan tentera mereka sendiri.
Punca ini telah disokong dengan pendapat Powell yang menyatakan faktor
utama kekalahan China ialah pemimipinnya sendiri.35
Berbanding pula dengan Jepun yang mempunyai sistem pemerintahan
yang stabil. Hal ini kerana Maharaja Meiji telah berjaya melahirkan pemimpin
yang berwibawa serta berpendidikan tinggi. Pada zaman tersebut, Maharaja
Meiji telah membentuk satu sistem pelajaran dan pendidikan yang moden
sehingga dapat melahirkan rakyat yang bersifat kebangsaan berkhidmat
untuk maharaja, negara dan bangsa. Berdasarkan punca ini kita dapat lihat
bahawa China perlu melahirkan para pemimpinnya yang lebih berwibawa
dalam

pelbagai

aspek

terutamanya

pemerintahan

dan

pentadbiran.

Matlamat ini boleh dicapai sekiranya China meneruskan rancangan mereka


yang telah dihentikan pada tahun 1881 untuk menghantar rakyatnya belajar
ke luar negara bagi mendapat pendidikan yang lebih berkualiti dan menimba
lebih banyak ilmu pengetahuan. Sebaliknya Jepun masih lagi menghantar

33 Maswari Rosdi.1985.Sejarah China Dan Jepun Moden 1800-1955.Kuala Lumpur:Adabi Publishing


Sdn.Bhd.hlm.111.
34 Suffian Mansor.2009.Sejarah China Moden.Kuala Lumpur:Universiti Malaya.hlm.72.
35 Bruce A. Elleman.2002.Modern Chinese Warfare,1795-1989.New York:Routledge Taylor & Francis
Group.hlm.114.

rakyatnya belajar ke luar negara bagi mendapatkan pemimpin yang


berkebolehan serta pekerja mahir.36
Selain itu kekalahan China juga berpunca daripada sistem ketenteraan. Dari
segi kekuatan tentera ia memperlihatkan perbezaan yang sangat ketara
antara tentera China dengan Jepun. Tentera China mempunyai seramai
50,000 orang berbanding tentera Jepun yang mempunyai kekuatan anggota
seramai 120,000 orang. Manakala dari aspek kelengkapan senjata, tentera
China masih menggunakan senjata yang lama serta kekurangan tenaga
pekerja

yang

mahir

dalam

teknik

persenjataan

dan

China

terlalau

bergantung kepada tenaga mahir barat. Disamping itu alat kelengkapan


yang dihasilkan seperti kapal perang mempunyai mutu yang rendah atau
tidak berkualiti tinggi. Salah satu kilang yang terlibat dalam penghasilan
kelengkapan peperangan ialah Tseng Kuo-Fan. Walaupun mereka berjaya
membina lima buah kapal perang antara tahun 1868-1872, hasilnya masih
tidak bermutu serta tidak sesuai untuk digunakan dalam peperangan di laut.
Malah tentera China turut mengalami masalah daripada segi penggunaan
senjata yang tidak sesuai. Buktinya tentera Manchu tidak mampu melawan
Jepun yang menggunakan senapang moden dan apabila mereka menunggu
untuk bekalan senjata yang lebih, tentera Jepun telah menggunakan
bayonets.37
Manakala bagi negara Jepun kelengkapan tenteranya sangat moden,
ini dapat dibuktikan apabila Jepun berjaya membina dua buah kapal perang
di Nagasaki. Disamping itu Jepun juga telah menerima latihan daripada
pegawai-pegawai Inggeris dan telah membeli kapal perang dari Barrow,
Elswick serta Sheffield di England. Selain daripada bilangan anggota dan
36 Maswari Rosdi.1985.Sejarah China Dan Jepun Moden 1800-1955.Kuala Lumpur:Adabi Publishing
Sdn.Bhd.hlm.93.

37 Bruce A. Elleman.2002.Modern Chinese Warfaree,1795-1989.New York:Routledge


Taylor & Francis Group.hlm.101.

kelengkapan senjata yang bermutu, Jepun telah melancarkan satu slogan


Semangat ketenteraan yang bagi melahirkan semangat kepahlawanan, taat
setia dan mengikut perintah. Ini berbeza dengan China apabila pegawaipegawai tinggi China tidak mempunyai semangat nasionalisma dalam
dirinya.38Begitu juga dengan rakyat China yang turut mempunyai perasan ini
sehingga menyebabkan mereka tidak bersatu. Disamping itu keadaan ini
telah mengakibatkan wujudnya masalah perkauman dalam kalangan orang
China wilayah Selatan yang berdarah China dengan wilayah utara yang
berdarah campuran Manchu.39Oleh itu negara China perlulah melakukan
pembaharuan

dan

pemodenan

dalam

sistem

ketenteraan

seperti

meningkatkan mutu senjata dalam angkatan tentera dan juga menyemaikan


sikap nasionalisma dalam diri setiap anggota tentera. Hal ini kerana, melalui
kekalahan yang ditunjukkan jelaslah bahawa perjuangan yang hanya
berbekalkan semangat yang tinggi tanpa senjata yang bermutu adalah
usaha yang sia-sia kerana peperangan memerlukan kedua-dua aspek ini
sekali.
Negara China turut megalami kekalahan disebabkan oleh mereka terlalu
mengharapkan pihak Barat. Ketika peperangan ini berlaku, China sedar
bahawa mereka mempunyai kelemahan dan ini menyebabkan mereka
mengharapkan bantuan dari negara Barat. Mereka memohon bantuan barat
untuk menyelesaikan masalah ini dan ini dibuktikan dengan Li telah meminta
pertolongan dari Rusia bagi memaksa Jepun berdamai. Walaubagaimanapun
barat tidak mahu campur tangan dalam persengketaan ini kerana mereka
memikirkan mengenai status negara Korea yang merdeka dan ini telah
menyebabkan mereka berbelah bahagi . Barat sebenarnya tidak pernah
meragui tentang ketuanan China ke atas Korea sehingga berlaku perjanjian
perdagangan antara Korea dan Jepun pada tahun 1876 iaitu Perjanjian
38 Maswari Rosdi.1985.Sejarah China Dan Jepun Moden 1800-1955.Kuala Lumpur:Adabi Publishing
Sdn.Bhd.hlm.87.
39 Ibid.hlm.114.

Kanghwa. Di dalam perjanjian tersebut ada menyatakan pertukaran ahli


diplomatik dan pelabuhan di Korea telah dibuka kepada negara Jepun.
Namun yang menjadi perhatian ialah Korea telah dianggap sebagai sebuah
negara merdeka oleh Jepun dan ini memperlihatkan bahawa kekuasaan
China telah tamat.40 Barat turut menolak bagi membantu kerana mereka
mahu negara China semakin lemah. Hal ini kerana ia akan membuka peluang
kepada kuasa-kuasa barat untuk memaksa China memberikan segala
tuntutan mereka seperti kawasan perdagangan.41 Sebagai contohnya setelah
Jepun berundur dari Port Arthur dan Danny pada 1896, mereka mengambil
pelabuhan itu selama 25 tahun.
Berbanding dengan Jepun, mereka tidak bergantung kepada pihak barat
sebaliknya cuba memajukan serta membaiki kelemahan yang mereka ada.
Keadaan ini terjadi apabila mereka tidak mengikut budaya barat sepenuhnya
tetapi mengambil pihak barat sebagai contoh terbaik dalam aspek teknologi
dan

pentadbiran. Mereka telah menghantar pegawai tinggi serta pelajar

mereka ke luar negara bagi menuntut ilmu dan idea bagi memulakan
pembaharuan
mengalami

dalam
kemajuan

negara.42

Bidang

ssehingga

ketenteraan

menyebabkan

Jepun

juga

mereeka

telah

mampu

mengalahkan pihak China. Sebagai contohnya, pada 1870, Yamagata


Arimoto telah pergi ke Eropah bagi melihat sistem ketenteraan mereka.
Akhirnya beliau telah tertarik dengan sistem ketenteraan Jerman yang sesuai
dengan sikap Jepun. Selain itu, mereka juga mengambil pelatih dari Britain
bagi melatih tentera laut mereka dan membeli kapal perang dari negara
tersebut. Kesannya Jepun berjaya melahirkan angkatan laut yang kuat serta
moden.43 Berdasarkan ini, kita dapat lihat bahawa sekiranya sesebuah
negara itu terlalu bergantung kepada kuasa asing menyebabkan negara
40 Ginder Singh Jessy.1981.Sejarah China Dan Jepun.Kuala Lumpur:Anthonian Store Sdn.Bhd.hlm.56.
41 Suffian Mansor.2009.Sejarah China Moden.Kuala Lumpur:Universiti Malaya.hlm.66.
42 W,Scott Morton Terjemahan Azhar Mad Aros.2006.Jepun Sejarah Dan Budaya.Kuala
Lumpur:university Malaya.hlm.168.

tersebut menghadapi masalah. Hal ini menggambarkan bahawa negara itu


tidak boleh berdiri sendiri dan lemah serta dipandang rendah oleh kuasa
besar. Keadaan ini telah berlaku di China apabila barat tidak lagi
menghormati China sebagai sebuah kuasa besar Asia. Sepatutnya, China
harus berusaha sendiri bagi menunjukkan bahawa mereka adalah sebuah
kuasa besar yang kuat seperti yang dilakukan oleh pihak Jepun bukan hanya
mengharapkan bantuan tanpa mengaambil sebarang tindakan. Sekiranya
mereka terus bersikap begini maka tidak hairanlah jika mereka tidak
mengalami sebarang kemajuan.
Kekalahan China juga berpunca daripada tiadanya sikap kerjasama dalam
diri anggota tentera. Sebagai contohnya kapal armada Peiyang yang berada
di bawah kelolaan Li Hung Chang yang sedang bertempur dengan angkatan
laut Jepun pada tahun 1894 yang tidak mendapat bantuan daripada kapal
armada lain seperti armada Nanyang, Kwangtung dan Hokkien. 44 Hal ini
kerana mereka merasakan bahawa itu adalah urusan armada Peiyang bagi
menentang tentera Jepun. Disamping itu, mereka juga tidak mempunyai
komunikasi

yang

baik

sewaktu

menyampaikan

maklumat

mengenai

koordinasi sesebuah kapal tersebut semasa berperang. Keadaan ini turut


berlaku ekoran wujud semangat berpuak-puak dimana ada segelintir rakyat
China mempunyai sikap kedaerahan. Jadi terdapat pemimpin yang bersikap
tidak ambil tahu dan tidak mahu melibatkan diri dalam peperangan ini.45
Masalah ekonomi turut menyumbang kepada kekalahan pihak China
dalam peperangan ini. Hal ini kerana pada tahun ini, China telah mengalami
beberapa siri peperangan dan pemberontakaan seperti Perang Candu dan
43 Maswari Rosdi.1985.Sejarah China Dan Jepun Moden 1800-1955.Kuala Lumpur:Adabi Publishing
Sdn.Bhd.hlm.97-98.
44Maswari Rosdi.1985.Sejarah China Dan Jepun Moden 1800-1955.Kuala Lumpur:Adabi Publishing
Sdn.Bhd.hlm.87.
45 Ibid.hlm.114.

Pemberontakan

Taiping.

Keadaan

ini

telah

mengakibatkan

China

menanggung beban kewangan yang tinggi. Mereka perlu membayar ganti


rugi

yang

peperangan.

banyak

kepada

Sebagai

pihak

barat

contohnya,

setelah

dalam

berakhirnya

perang

Candu,

sesuatu
ketika

menandatangani Perjanjian Nanking salah satu syaratnya ialah mereka perlu


membayar $21 juta untuk ganti rugi dimana $12 juta bagi perbelanjaan
ketenteraan, $6 juta untuk candu yang musnah dan $3 juta pula sebagai
bayaran hutang Hong kepada golongan pedagang british. 46 Selain itu, China
juga menghadapi masalah dari segi hasil keluaran dalam bidang pertanian
ekoran daripada bencana alam yang berlaku seperti banjir dan kemarau.
Kesannya China tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk
melakukan sebarang pembaharuan serta kemajuan terutamanya dalam
bidang ketenteraan.47

KESAN PERANG CHINA-JEPUN 1894-1895


Secara umumnya, peperangan China dan Jepun ditamatkan dengan termeterainya
Perjanjian Shimonosheki pada tahun 1895. Antara isi perjanjian tersebut ialah Korea diiktiraf
sebagai negeri yang merdeka oleh China dan Jepun, China dikehendaki membayar ganti rugi
sebanyak 200 000 000 task kepada Jepun sebagai menggantikan nilai peperangan yang
dibelanjakan oleh Jepun ketika berperang dan lain-lain kerugian yang ditanggung oleh Jepun,
China perlu membuka 4 buah pelabuhan untuk tujuan perdagangan Jepun iaitu melibatkan
pelabuhan-pelabuhan seperti Shasi, Chungking, Soochow dan Hangchow, Jepun menerima
sanjungan sebagai negara yang diberi kepentingan atau most-favoured nation iaitu Jepun akan
mendapat semua faedah yang telah disusun oleh kuasa-kuasa barat sebelumnya dan yang paling
menguntungkan pihak Jepun ialah Formosa, Kepulauan Pescadores, Semenanjung Liaotung dan
Pelabuhan Arthur diserahkan kepada Jepun. Namun, perjanjian kelima itu hanyalah bersifat
46 Suffian Mansor.2009.Sejarah China Moden.Kuala Lumpur:Universiti Malaya.hlm.25.
47Maswari Rosdi.1985.Sejarah China Dan Jepun Moden 1800-1955.Kuala Lumpur:Adabi Publishing
Sdn.Bhd.hlm.88.

sementara kerana selepas Perjanjian Shimonosheki ditandatangani, Rusia bersama Jerman dan
Perancis telah bersekongkol dan memujuk Jepun untuk meninggalkan semula kawasan
Semenanjung Liaotung.48
Secara dasarnya pula, kesan Perang China dan Jepun pada tahun 1894 hingga tahun 1895
boleh dibahagikan kepada tiga iaitu kesan ke atas negara China itu sendiri, kesan ke atas negara
Jepun49 dan kesan ke atas kuasa-kuasa barat. Bagi kesan kepada negara China, peperangan
dengan Jepun telah memperlihatkan keadaan negara itu sendiri yang telah pun lemah dari segi
pentadbiran, pertahanan dan semangat juang dalam kalangan rakyat atau tenteranya sendiri.
Kekalahan tersebut juga merupakan satu penghinaan kepada China kerana China telah
ditewaskan oleh musuhnya yang paling ketat di Rantau Asia. 50 Keadaan tersebut berlaku kerana
rata-rata rakyat China masih memiliki semangat kewilayahan atau pun kedaerahan
memandangkan terdapat perbezaan keturunan antara penduduk di kawasan selatan yang
berketurunan Cina manakala penduduk yang tinggal di kawasan utara China pula berketurunan
Mancu. Keadaan tersebut diburukkan lagi dengan wujudnya perasaan berpuak-puak dalam
kawasan daerah di setiap wilayah.51 Justeru, timbul sikap curiga antara sesuatu kawasan dengan
sesuatu kawasan yang lain dalam kalangan rakyat China. Namun, faktor senjata perang China
yang lapuk dan mundur juga merupakan antara punca yang menyebabkan China tumpas di
tangan Jepun.52
Kesan seterusnya terhadap China ialah kuasa-kuasa Barat mula memandang rendah
terhadap keupayaan dan kekuatan yang dimiliki oleh China. Sebelum peperangan antara Jepun
dan China berlaku, kuasa Barat menganggap China mempunyai sistem pertahanan yang kukuh

48 Joginder Sigh Jessy. 1981. Sejarah China dan Jepun. Selangor: Anthonian Store Bhd. hlm 62-63.
49 Maswari Rosidi. 1985. Sejarah China dan Jepun 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn.
Bhd. hlm 114.
50 Joginder Sigh Jessy. 1981. Sejarah China dan Jepun. Selangor: Anthonian Store Bhd. hlm 63.
51 Maswari Rosidi. 1985. Sejarah China dan Jepun 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn.
Bhd. hlm 114.
52 Joginder Sigh Jessy. 1981. Sejarah China dan Jepun. Selangor: Anthonian Store Bhd. hlm 62.

dan mampu untuk menjadi pemimpin bagi bangsa Asia di timur.53 Namun, kekalahan China
terhadap Jepun telah melenyapkan sama sekali tanggapan bahawa negara China itu kuat
sebaliknya negara Jepun pula dipandang tinggi ekoran keupayaan dan kecanggihan teknologi
tentera lautnya. Kuasa-kuasa Barat mula mengakui akan kehebatan pertahanan Jepun di
peringkat antarabangsa malahan Jepun tidak lagi diabaikan dalam arena politik antarabangsa di
Asia Timur.54 Tambahan pula, bilangan tentera Jepun yang ramai dalam peperangan dengan
China menyebabkan kuasa-kuasa barat mula memberikan perhatian kepada Jepun. Dalam
peperangan dengan China, jumlah anggota tentera Jepun ialah seramai 120, 000 orang melebihi
jumlah anggota tentera China yang hanya berjumlah 50, 000 orang sahaja. Dengan alat
kelengkapan yang tinggi, semangat perjuangan yang membara menyebabkan Jepun mampu
mengalahkan China dengan mudah.55
Kesan seterunsya yang dihadapi oleh China ialah kuasa-kuasa luar terutamanya pihak
Barat mula mengambil kesempatan di atas kelemahan pertahanan dan pentadbiran China dengan
masing-masing mula melebarkan pengaruh dan cengkaman mereka ke atas negara yang terkenal
dengan gelaran negara tembok besar itu. China mula dibahagi-bahagikan oleh

kuasa-kuasa

barat bagai kucing yang kehilangan taring dan hanya boleh melihat tanpa mampu berbuat apaapa. Keadaan ini dapat dilihat dengan komplot yang dimainkan oleh Rusia untuk mengusir Jepun
keluar dari negara China. Rusia berpakat dengan Jerman dan Perancis untuk mengusir Jepun. 56
Kesannya, wilayah-wilayah tertentu China mula dibahagikan sesama oleh kuasa-kuasa asing
tersebut. Buktinya, Rusia mendiami kawasan Port Arthur dan Danny pada tahun 1896 diikuti
oleh Jerman di Teluk Kiaochow pada tahun 1897, British di We Hai Wei pada tahun 1898
manakala Perancis pula menduduki Annam dan kemudian menyewa pula Teluk Kwangchow
yang terletak berhampiran dengan selatan Canton pada tahun 1898.57

53 Ibid. hlm 115.


54 Ibid.
55 Maswari Rosidi. 1985. Sejarah China dan Jepun 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn.
Bhd. hlm 114
56Maswari Rosidi. 1985. Sejarah China dan Jepun 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn.
Bhd. hlm 114.

Selain itu, kesan imperialisme ke atas China turut menyedarkan rakyat China itu sendiri
untuk bangun dan memulihkan semula imej yangn sudah tercalar seterusnya melakukan
beberapa perubahan terhadap negara mereka. Antara pemimpin yang muncul untuk memimpin
China ke arah pemodenan ialah Kang Yu-wei dan pembantunya Liang Chih-chao. Mereka telah
melakukan beberapa usaha pembaharuan dan ia telah diumumkan oleh Maharaja China pada
tahun 1898. Usaha pembaharuan yang diperjuangkan oleh mereka dikenali sebagai
Pembaharuan 100 Hari.58
Bagi kesan peperangan terhadap Jepun pula ialah timbulnya semangat imperialisme
sebagai sebuah kuasa yang kuat di Asia Timur. Para pemimpin Jepun mula mempunyai
keyakinan yang tinggi untuk menjalankan dasar peluasan kuasa mereka terhadap wilayahwilayah lain seterusnya mampu untuk mendirikan satu empayar Jepun di Asia. Ketika itu, Jepun
telah pun berjaya menguasai beberapa kawasan seperti Volcano Island (1891), Formosa (1895),
Kepulauan Pescadores (1895) dan Pulau Marcus (1899). Liaotung pula terpaksa dikembalikan
kepada China setelah Rusia, Perancis dan Jerman meminta Jepun untuk berbuat sedemikian.
Akibat menerima kuasa yang lebih besar daripadanya, Jepun terpaksa menyerahkan kembali
Liaotung kepada China dan sanggup menerima ganti rugi.59 Korea pula yang telah lama menjadi
idaman Jepun telah dibebaskan oleh China dan pada bila-bila masa sahaja ia boleh diletakkan di
bawah kawalan dan cengkaman Jepun. Pada tahun 1910, Korea telah diletakkan di bawah kuasa
pemerintahan Jepun.60
Dari aspek ketenteraan Jepun pula, kuasa tentera dan golongan oligarki mula bangun
dengan ketara hingga meneybabkan kerajaan Jepun mengalami kesukaaran untuk menyekatnya.
Yamagata Arimoto yang merupakan pengasas tentera Jepun moden telah memohon kepada
Maharaja agar jawatan Menteri Perang hanya layak disandang oleh Jeneral dan Leftenan Jeneral

57Ibid. hlm 115- 116.


58 Ibid. hlm 116.
59 M.V., Harold. 1967. Sejarah Timor Jauh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 187.
60 M.V., Harold. 1967. Sejarah Timor Jauh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 116.

sahaja. Ini membuktikan bahawa beliau sememangnya tidak yakin akan keupayaan orang awam
untuk melaksanakan tugas tesebut.61
Perubahan dari segi pemikiran rakyat Jepun juga mula berubah selepas berlakunya
perang dengan China. Sebelum perang, keadaan poltik negara Jepun tidak stabil kerana pelbagai
masalah yang timbul.62 Mereka juga tidak bersatu. Walau bagaimanapun, keadaan tersebut
berubah apabila peperangan diumumkan malahan begitu banyak perbelanjaan yang dikeluarkan
untuk membiayai pasukan tentera Jepun. Perbelanjaan itu diluluskan setelah mendapat sebulat
suara di parlimen. Keadaan ini menunjukkan bahawa semangat cinta akan negara mula meresapi
diri penduduk hinggakan mereka sanggup menggadaikan kepentingan diri demi keselamatan dan
kebaikan negara mereka.63
Bagi kuasa-kuasa Barat, kekalahan China kepada Jepun telah memberi peluang kepada
mereka untuk bersaing dan menguasai ekonomi China. Pergelutan mendapatkan konsesi China
dimulakan oleh Perancis pada tahun 1895. 64 Setelah kuasa-kuasa Barat berjaya memilki kesemua
kawasan penting di sebelah pantai negeri China, negara England, Jerman, Perancis, dan Rusia
telah memulakan satu usaha untuk mengelak daripada wujudnya persengketaan sesama mereka
dengan membahagikan China kepada beberapa lingkungan kepentingan. Contohnya, Rusia
menguasai kawasan Mancuria dan Mongolia, England menguasai Lembah Yangtze, Jerman
menguasai wilayah Shantung, Perancis menguasai wilayah bersempadan Vietnam, Kemboja dan
Laos manakala Jepun pula menguasai kawasan Fukien.65 Walaupun terdapat beberapa bahagian
negara China telah dikuasai, namun China yang diperintah oleh kerajaan Mancu masih bertekad
menghalang negara tersebut daripada terus dikuasai oleh kuasa barat. Buktinya, mereka telah
menolak permohonan Itali untuk memajak Teluk Sanmen. Ini menunjukkan bahawa kerajaan
61 Maswari Rosidi. 1985. Sejarah China dan Jepun 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn.
Bhd. hlm 116.
62 Ibid.
63 Ibid. hlm 117.
64 Joginder Sigh Jessy. 1981. Sejarah China dan Jepun. Selangor: Anthonian Store Bhd. hlm 63.
65 Ibid. hlm 68-69.

Mancu yang memerintah China telah memberhentikan perebutan barat untuk mendapatkan
konsesi di China.66
Amerika Syarikat pula telah menemukakan satu usul kepada China pada bulan September
1899. Melalui Setiausaha Negara Amerika, John Hayes telah mencadangkan dasar pintu terbuka
dan memohon agar Negara-negara yang mempunyai konsesi di China seperti England, Jerman,
Rusia, Perancis dan Jepun memberi jaminan bahawa para pedagang mendapat kemudahan dan
layanan yang sewajarnya sama ada wilayah itu telah dipajak ataupun

termasuk dalam

lingkungan kepentingan kuasa-kuasa tersebut. Kesannya, Amerika mempunyai hak untuk


berdagang di China dan usul-usul yang dibawa oleh Hayes menyebabkan usaha-usaha untuk
membahagikan China secara sewenang-wenangnya telah terhalang.67

PENUTUP

66Joginder Sigh Jessy. 1981. Sejarah China dan Jepun. Selangor: Anthonian Store Bhd. hlm 69.
67Ibid. hlm 7.

Peperangan China-Jepun ini telah mengubah pandangan pihak barat


terhadap kuasa China. Kekalahan China ini telah menyebabkan negara ini
mula dipandang rendah manakala negara Jepun pula mula disegani oleh
negara luar ekoran daripada kekuatan tenteranya. Peristiwa ini merupakan
salah satu kejadian yang dianggap paling memalukan dalam sejarah negara
China kerana telah kalah dengan negara Asia juga. 68Peperangan ini berakhir
dengan termeterainya Perjanjian Shimonosheki pada 17 April 1895 69 yang
telah memberikan keuntungan kepada negara Jepun. Perjanjian ini telah
menjadi permulaan untuk pihak barat masuk ke negara China. Peruntukkan
yang membenarkan kuasa asing untuk melabur di kilang-kilang negara China
telah memenuhi keperluan mereka untuk mengeksport barang-barang ke
dalam negara tersebut.70 Selepas berakhirnya peperangan ini, China telah
menjalankan dasar buka pintu yang telah diisytiharkan oleh Amerika Syarikat
pada tahun 1898.71
Perjanjian Shimonosheki ini telah memberi banyak keuntungan kepada
negara Jepun. Hal ini kerana, Jepun telah mendapat kawasan Formosa dan
Liaotung72 serta kepulauan Pescadores dan Pelabuhan Arthur. Pada mulanya
Jepun menganggap mereka telah berjaya menjadi sebuah negara moden dan
industri yang diiktiraf. Walaubagaimanapun, pihak barat telah merasa
terancam dengan kuasa yang baru muncul ini. Jadi mereka tidak menerima
sebarang kuasa lain bagi mempunyai taraf yang sama dengan mereka.
Malah

mereka

telah

memaksa

pihak

Jepun

menyerahkan

kembali

68 Suffian Mansor.2009.Sejarah China Moden.Kuala Lumpur:Universiti Malaya.hlm.71.


69 Edwin O.Reischauer2006. Jepun Sejarah Sebuah Negara.Kuala Lumpur:Universiti Malaya.hlm.106.
70 Bai Shouyi.2002.An Outline History Of China.Beijing:Foreign Languages Press.hlm425.
71 Bruce A Elleman,.2002.Modern Chinese Warfaree,1795-1989.New York:Routledge
Taylor & Francis Group.hlm.115.
72 Walter Wallace McLaren.1965.A Political History Of Japan During The Meiji Era
1867-1912.London:Frank Cass & Co.Ltd.hlm.234.

Semenanjung Liaotung

kepada China. Kemudian ekonomi Jepun telah

berkembang maju dan mereka memerlukan kawasan yang lebih luas bagi
mengembangkan pasaran mereka. Oleh itu, mereka bercadang untuk
menguasai negara China73. Akhirnya berlakulah perang China-Jepun yang
kedua pada tahun 1937-1941.

BIBILIOGRAFI
Bai Shouyi.2002.An Outline History Of China.Beijing:Foreign Languages Press.
Elleman,Bruce A.2002.Modern Chinese Warfaree,1795-1989.New
York:Routledge Taylor &
Francis Group.
Ginder Singh Jessy.1981.Sejarah China Dan Jepun.Kuala Lumpur:Anthonian Store Sdn.Bhd.
Joginder Singh Jessy.Disunting Ghazali Bin Basri..1982.Sejarah China Dan Jepun.Kuala
Lumpur:Anthonian Sdn.Bhd.
Maswari Rosdi.1985.Sejarah China Dan Jepun Moden 1800-1955.Kuala Lumpur:Adabi
Publishing Sdn.Bhd.
McLaren Walter Wallace.1965.A Political History Of Japan During The Meiji
Era 1867
1912.London:Frank Cass & Co.Ltd.
Morton W,Scott.Diterjemah Oleh Azhar Mad Aros.2006.Jepun Sejarah Dan Budaya.Kuala
Lumpur:Universiti Malaya.
Mutsu Munemitsu.1982.Kenkenroku A Diplomatic Record Of The Sino-Japanese War, 1894
-95.Tokyo:University Of Tokyo Press.
M.V Harold.1967.Sejarah Timor Jauh.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.
73 Maswari Rosdi.1985.Sejarah China Dan Jepun Moden 1800-1955.Kuala Lumpur:AdabiPublishing
Sdn.Bhd.hlm.248.

Reischauer, Edwin O.Terjemahan Azhar Mad Aros.2006.Jepun Sejarah Sebuah Negara.Kuala


Lumpur:Universiti Malaya.
Suffian Mansor.2009.Sejarah China Moden.Kuala Lumpur:Universiti Malaya.

You might also like