Professional Documents
Culture Documents
Jps Method
Jps Method
Telah diperkenalkan pada tahun 1975 selepas negara mengalami bencana banjir. Garis
panduan ini digunapakai lebih 30 tahun dahulu oleh Jurutera bagi mereka bentuk sistem
saliran di kawasan pembangunan serta dirujuk oleh pelbagai agensi di peringkat Persekutuan
dan Negeri sebagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk sebarang pembangunan kawasan
bandar.
Kaedah garis paduan ini lebih menumpukan kepada pembuangan setempat (rapid
disposal) yang mana menjejaskan kawasan-kawasan di hilir pembangunan yang menjadi
mangsa banjir kilat akibat dari pertambahan dan peningkatan kadar alir puncak (Peak
disharge) dalam masa singkat. Kejadian seperti ini sentiasa meningkat dari segi kekerapan
dan bilangan kawasan yang terlibat dari tahun ke setahun.
Selain dari pertambahan air larian permukaan, masalah sungai serta saluran yang perlu
diperbesarkan dan dikonkritkan bagi menampung kadar alir yang bertambah memburukkan
lagi kesan terhadap alam sekitar dan kualiti hidup penduduk di kawasan bandar. Oleh yang
demikian garis panduan lama saliran bandar dengan kaedah pembuangan cepat tidak lagi
sesuai digunapakai.
2.0
Keadah Mesra Alam juga mengambilkira masalah air larian hujan diselesaikan di kawasan
yang dibangun dan di kenali sebagai kawalan pada punca yang merangkumi penggunaan
teknik pengstoran (detention/retention) menggunakan tangki pembersihan (purification).
Menerusi pendekatan ini air larian hujan dari kawasan pembangunan akan dapat dikekalkan
dari segi kuantiti dan kualitinya sebagaimana sebelum pembangunan dilaksanakan. Kawalan
Kuantiti Air Larian (Runoff Quantity Control) didalam pengurusan Saliran Mesra Alam
dimana sistem major dan minor hendaklah dirancang mengikut bentuk saliran sedia ada.
Air larian dari kawasan pembangunan di dalam sesuatu kawasan tadahan dikekalkan kepada
sistem saliran semuajadi sediaada di mana ianya hendaklah sama dengan kapasiti sistem
saliran dihilir. Air larian selepas pembangunan hendaklah sama atau kurang sebelum
pembangunan (Qpost development Qpre development) Kawalan Kualiti Air Larian(Runoff
Quality Control) perlu mematuhi semasa pembinaan (During Construction) kawalan hakisan
dan kelodak hendaklah disediakan untuk semua kawasan pembangunan bagi mengelakkan
Konsep Msma
MANUAL Mesra Alam ini telah mengubah kaedah pembuangan cepat kepada kaedah yang
lebih mesra alam sekitar yang perlu diperkenalkan dan digunapakal. Manual ini memberi
garis panduan khususnya kepada jurutera mengunakan kreativiti mereka merancang dan
merekabentuk sistem saliran yang lebih berkesan. Garis panduan ini juga menumpukan
kepada usaha kawalan, bertujuan memastikan keupayaan penyerapan air hujan di sesuatu
kawasan selepas dibangunkan kekal seperti sebelum ia dibangunkan.
4.0
(iv)
Kestabilan
Ketahanan
Faktor geoteknik
Fungsi
Pembinaan
Bahan-bahan binaan
Penyelenggaraan keselamatan
Guna tanah dan faktor persekitaran
Kos dan
Nilai estetika