Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Assalamualaikum saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang

diraikan Mantan Tuan Guru Besar Sek Keb Bukit Kapar, Tn Hj Ahmad
Shamsul Maarif b Md Sirat, Pn Hjh Roslina bt Alias, Guru Penolong Kanan
Kurikulum, Pn Adida bt Haidzir, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Bukit Kapar, Pn Yogawathi Subramaniam, Guru Penong Kanan
KoKurikulum SK Bukit Kapar, En Mohd Ayob b Ahmad, Guru Penolong
Kanan Petang SK Bukit Kapar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Terlebih dahulu, saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi
peluang

untuk

menyampaikan

sepatah

dua

kata.

Kita berkumpul di sini adalah untuk meraikan Guru Besar yang akan
bertukar ke Sek Keb Rantau Panjang, Klang. Sesungguhnya kami berasa
amat sedih dan berat hati kerana Mantan Tuan Guru Besar, Tn Haji Ahmad
Shamsul maarif b Md Sirat tidak akan bersama-sama kita di Sek Keb Bukit
Kapar mulai esok. Pertukaran beliau merupakan kerugian besar kepada
sekolah ini. Selama ini, Tuan Guru Besar telah banyak berjasa kepada
sekolah ini. Beliau telah menaikkan nama baik sekolah ini. Beliau telah
berusaha

mempertingkatkan

pencapaian

murid-murid

dalam

bidang

akademik, ko akademik dan kokurikulum. Sekolah ini telah meraih pelbagai


anugerah sama ada di peringkat daerah, negari mahupun kebangsaan. Selain
itu, beliau juga seorang pemimpim yang adil dan bertanggung jawab. Beliau
juga prihatin akan keperluan guru-guru dan murid-murid sekolah ini. Kami
sungguh

terhutang

budi

terhadap

beliau.

Sebagai ketua murid, saya mewakili rakan-rakan sekalian berdoa agar


Mantan Tuan Guru Besar sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga
tersayang. Kami memohon berbanyak kemaafan atas kesalahan yang

dilakukan sama ada yang kami sedari ataupun tidak. Sekali lagi kami
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mantan Tuan Guru Besar kerana
jasa-jasa yang dicurahkan kepada sekolah ini. Sekian, wabilahitaufiq
walhidayah, wasalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

You might also like