Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

PENGENALAN

Malaysia yang wujud pada hari ini mempunyai sejarah pembentukan yang panjang lebar.
Pada peringkat awal, ia dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya. Setelah mencapai
kemerdekaan, Parti Perikatan yang memerintah Tanah Melayu mendapati keadaan politik
yang tidak tenteram di negara-negara jiran boleh memberi kesan kepada kemerdekaan
Tanah Melayu. Justeru, Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama pada waktu itu, Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyuarakan idea pembentukan Gagasan Malaysia yang
melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei.

6.1

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA

6.1.1 MENGELAKKAN ANCAMAN DAN PENGARUH KOMUNIS

Pengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara, terutama Singapura


membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengaruh komunis mula menyusup
masuk ke dalam parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959, iaitu Parti Tindakan
Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew. Kegiatan dan pengaruh komunis semakin kuat
apabila bekas anggota PAP berhaluan kiri menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh
Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihanraya kecil
Pada tahun 1961 bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis
semakin merebak di Singapura. Perkembangan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman
kerana beliau khuatir Singapura akan dikuasai oleh pihak komunis dan keadaan ini boleh
mengancam
keselamatan
Tanah
Melayu.
Oleh
itu,
Tunku
berpendapat
penubuhan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh komunis daripada merebak di
Singapura.[1]
6.1.2 MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA

Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei


dan Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini
memandangkan negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British
semasa cadangan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkkan dalam
status negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.
Dalam perancangan penubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam
tempoh dua tahun. Tetapi jika Sabah dan Sarawak cubamencapai kemerdekaan secara
berasingan, besar kemungkinan kemerdekaan itu tidak akan tercapai biarpun dalam
tempoh lima tahun ataupun sebaliknya. Jadi, dengan menyertai Malaysia, Kemerdekaan
Sabah dan Sarawak boleh disegerakan.
Dalam tahun-tahun 1960-an, kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan
untuk memberi kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahannya. Namun Sabah
dan Sarawak merupakan wilayah jajahan British yang belum bersedia untuk merdeka
apatah lagi untuk berdikari kerana suasana ekonomi dan politiknya yang kurang
memuaskan. Tunku Abdul Rahman berpendapat kerajaan British tidak bercadang untuk
memberi kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak walaupun dalam masa lima tahun. Oleh
itu, Tunku percaya dengan membawa masuk Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia akan
lebih memudahkan dan mempercepatkan kemerdekaan dua wilayah ini disamping dapat
mengelakkan hasrat komunis untuk membentuk tampuk pemerintahannya.

Sekiranya kemerdekaan tidak diberikan kepada wilayah tersebut, pihak British khuatir
wilayah tersebut akan dipengaruhi oleh komunis dan akan menyebabkan British akan hilang
kepentingan ekonomi dan sosial pada masa yang akan datang. Disamping itu, terdapat juga
pengaruh-pengaruh luar seperti Filipina dan Indonesia yang berminat terhadap negeri
Sabah, Sarawak dan Brunei.
6.1.3 PERKONGSIAN FAEDAH EKONOMI

Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama


ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung, negara-negara
anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang
miskin dan kekurangan sumber ekonomi sekaligus ia dapat meningkatkan pembangunan
ekonomi, terutama di Sabah dan Sarawak yang masih belum maju dari segi ekonominya.
Manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pula akan menjadi penyumbang kepada
negara-negara berkenaan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan
mentah, Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Manakala Singapura pula akan lebih
selamat dari segi ekonomi sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia.
6.1.4 MEMBELA MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK.

Sebelum penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, nasib penduduk di wilayah ini
tidak sama dengan nasib penduduk di Semenanjung Tanah Melayu, terutama golongan
Bumiputera. Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut
dipegang oleh bangsa asing. Sebahagian besar penduduk pula terlibat dalam sektor
pertanian dan penggunaan tanah untuk sistem penanaman tetap hanya pada kadar 3%
sahaja. Jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan ke dalam Persekutuan Malaysia,
Kemungkinan layanan istimewa akan diberikan kepada penduduk Bumiputera Sabah
dan Sarawak adalah lebih besar. Malahan, kedudukan dan keistimewaan Bumiputera telah
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Sistem perhubungan di kedua-dua wilayah ini juga daif, infrastrukturnya masih bergantung
pada sungai-sungai dan perjalanan udara. Adalah sukar untuk mewujudkan perhubungan
darat secara besar-besaran. Selain itu, golongan Bumiputera di kedua-dua wilayah ini juga
tidak mendapat layanan yang baik daripada kerajaan British manakala orang-orang luar
yang datang ke wilayah ini diberi perhatian. Justeru, tahap pendidikan, penguasaan
ekonomi, kadar celik huruf dan pengisian jawatan kerajaan lebih tinggi di kalangan orang
luar. Kaum Bumiputera yang mempunyai pendidikan tinggi sangat sedikit dan faktor ini
membataskan peluang mereka untuk menjawat sebarang jawatan dalam kerajaan.
6.1.5 MENJAGA KEPENTINGAN DAN HAK KAUM BUMIPUTERA

Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan


wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada
Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum,
ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80%
penduduk bukan Melayu dan apabila dicantumkan dengan penduduk Persekutuan Tanah
Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar.
Apabila pencantuman berlaku antara Tanah Melayu dan Singapura sahaja, bilangan
masyarakat Cina akan menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana
anggaran penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, orang Melayu kira-kira 50% dan orang
Cina 36.9%. Justeru, apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum
Bumiputera termasuk Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%.

Ini bermaksud untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan Bumiputera tidak terancam,
kemasukkan Sabah dan Sarawakmembolehkan kumpulan Melayu dan Bumiputera kekal
sebagai kumpulan terbesar.[2]

6.2

REAKSI NEGARA-NEGARA JIRAN

Terdapat tentangan yang perlu dihadapi dari 2 negara iaitu Filipina dan Indonesia. Filipina
memprotes pembentukan Malaysia dan Indonesia pula cuba menghalang
pembentukan Malaysia.
6.2.1

FILIPINA

Presiden Macapagal mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada milik negaranya.Jadi,


pembentukan Malaysia akan menyulitkan lagi tuntutan Filipina terhadap Sabah. Filipina
terus membantah walaupun rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia. Filipina
kemudianya memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.
6.2.2

INDONESIA

Presiden Sukarno mengumumkan dasar konfrantasinya pada 20 Januari 1963 dengan


slogan Ganyang Malaysia. Alasan Sukarno ialah kerana Tanah Melayu
membelakangkan Indonesia semasa penubuhan Malaysia. Tindakan ini adalah kerana
penubuhan Malaysia mengancam idea pembentukan empayar Indonesia Raya. Ianya juga
merupakan taktik mengalih perhatian rakyatnya daripada beberapa masalah dalaman.
Dasar konfrantasi Sukarno memuncak dengan penghantaran Tentera Indonesia sempadan
Sabah dan Sarawak. Tentara Indonesia juga mendarat di pantai barat Johor untuk
pengintipan. Tindakan ini dapat dibendung sehingga rancangan konfrantasi ini menjadi
semakin lemah. Pada tahun 1965, Sukarno telah digulingkan oleh Jeneral Suharto. Menteri
Luar Indonesia, Adam Malik membuat perjanjian damai bagi mengakhiri konfrantasi pada
bulan ogos 1966.

6.3

PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA

Proses perbincangan dan perundingan kearah pembentukan Malaysia ini sebenarnya


sangat panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi
sebelum cadangan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi
memastikan pembentukanini memuaskan hati semua pihak.
6.3.1 JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (MSCC)

Pada bulan Julai 1961, satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan
Tanah Melayu dan Borneo telah diadakan di Singapura. Semasa mesyuarat ini, pemimpinpemimpin Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah mengambil peluang ini untuk
menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan Sabah, Sarawak dan Brunei yang hadir ke
mesyuarat tersebut.
Penerangan ini didapati telah mengurangkan salah faham, terutama di kalangan pemimpin
tiga wilayah tersebut tentang penubuhan Malaysia. Kesan daripada persefahaman ini,
mesyuarat
telah
bersetuju
untuk
menubuhkan
Jawatankuasa
Perundingan
Perpaduan Malaysia. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil dari semua wilayah yang

terlibat dalam pembentukan, sementara Donald Stephens dilantik sebagai pengerusi


jawatankuasa tersebut. Namun, perwakilan Brunei menganggap diri mereka hanya sebagai
pemerhati kerana ketidaksediaaan Brunei menyertai gabungan.
Secara amnya, jawatankuasa ini berfungsi untuk menerangkan dengan lebih jelas akan
konsep Malaysia kepada orang ramai, khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei.
Untuk tujuan ini, jawatankuasa akan mengumpul dan membandingkan idea-idea serta
pendapat yang dikemukakan berhubung Malaysia. Keterangan-keterangan dan
perbincangan akan dilaksanakan dengan lebih giat untuk menyegerakan rancangan
pembentukan Malaysia ini. Selain itu, jawatankuasa juga seboleh mungkin berusaha
mendapatkan kata sepakat daripada pemimpin-pemimpin politik di semua daerah terbabit.
Semenjak pembentukan jawatankuasa ini, mereka telah mengadakan perjumpaan
sebanyak empat kali, iaitu pertamanya di Jesselton (Kota Kinabalu sekarang) pada 21 Ogos
1961, kedua di Kuching pada 18 Disember 1961, ketiga di Kuala Lumpur pada 6 Januari
1962 dan keempat di Singapura pada 1 Februari 1962.
Dalam perjumpaan-perjumpaan jawatankuasa dan usaha-usaha yang dilaksanakan, ramai
tokoh dari Tanah Melayu dan Singapura seperti Tunku Abdul Rahman sendiri, Ismail Yusoff,
Datu Ong Yoke Lim dan Lee Kuan Yew memainkan peranan yang sangat penting.
Perjumpaan-perjumpaan yang mereka adakan dengan pemimpin-pemimpin Sabah
dan Sarawak telah mendatangkan hasil yang baik.
6.3.2 SURUHANJAYA COBBOLD

Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara atau Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan setelah
satu rundingan dibuat antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British
pada bulan November 1961. Suruhanjaya ini dilantik secara rasmi pada 16 Januari 1962.
Suruhanjaya ini dipanggil Suruhanjaya Cobbold sempena nama ketuanya, iaitu Lord
Cobbold seorang berbangsa Inggeris. Ahli-ahli suruhanjaya ini ialah Lord Cobbold, iaitu
bekas Gabenor Bank England sebagai ketua, Anthony Abell dan David Waterson yang
mewakili kerajaan British, sementara Dato Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali
Shafie sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Kerajaan United Kingdom dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa
dengan memasukkan Borneo Utara dan Sarawak (bersama-sama dengan lain-lain negeri)
ke dalam Persekutuan Malaysia yang dicadangkan itu, banyak faedah diperoleh rakyat
Negara-negara yang berkenaan. Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk
menyiasat fikiran rakyat Borneo Utara dan Sarawak berkenaan hal ini dan membuat syorsyor setelah menimbangkan fikiran itu.
Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula pada 19 Februari 1962
dan berakhir pada bulan April 1962. Dalam tempoh dua bulan tersebut, Suruhanjaya
Cobbold telah mengadakan 50 perjumpaan di 35 buah tempat, iaitu 20 di Sarawak dan 15 di
Sabah serta telah menemui lebih daripada 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah
kumpulan. Selain itu, suruhanjaya ini juga mempelawa dan menerima surat-surat atau
memorandum daripada orang ramai untuk menyuarakan pandangan mereka. Semasa
menjalankan tugasnya, suruhanjaya telah menerima lebih daripada 2000 (lebih kurang 600
pucuk surat dari Sabah dan selebihnya dari Sarawak ) memorandum yang dikemukakan
sama ada oleh lembaga-lembaga bandaran, ketua-ketua kaum, Majlis Daerah, parti-parti
politik, persatuan-persatuan, dewan-dewan perdagangan, pemimpin-pemimpin agama
mahupun orang perseorangan. Daripada keseluruhan kerja atau tugas yang dilaksanakan
oleh Suruhanjaya Cobbold ini, jelas mereka membuat tinjauan serta penyiasatan secara
menyeluruh dan mewakili sebahagian besar penduduk di kedua-dua wilayah tersebut.

Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan kemudian


mengemukakan sebuah laporan penyiasatan kepada kerajaan British kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu pada bulan Jun 1962. Menurut laporan suruhanjaya ini, lebih kurang 80%
daripada penduduk Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan ini dan sebahagian
besar daripada mereka ialah kaum Bumiputera. Secara keseluruhan, bentuk sokongan
masyarakat Sabah dan Sarawak terbahagi kepada tiga golongan iaitu:
a.
b.
c.

1/3 daripada dua buah negeri ini menyokong penuh penggabungan tanpa syarat
1/3 lagi turut menyokong, tetapi dengan syarat-syarat dan jaminan tertentu.
1/3 lagi separuhnya mahukan kemerdekaan dahulu sebelum bergabung dan separuhnya
yang menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan British. Bilangan yang menentang
ini dicatatkan hanya lebih kurang 20% sahaja.
6.3.3 JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN

Selepas Suruhanjaya Cobbold membuat laporan yang agak memuaskan, tugas untuk
merangka syarat-syarat Persekutuan secara terperinci telah dilakukan oleh sebuah
jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) yang diketuai oleh Lord
Landsdowne yang bertindak sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussein sebagai
Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan
Singapura.
Jawatankuasa ini telah membentuk satu perlembagaan khususnya yang melibatkan
permintaan Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima daripada partiparti politik di Sabah dan Sarawak.
Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa ini menggunakan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia sebagai asas. Perlembagaan yang
dibentuk ini telah disahkan oleh kerajaan British pada 9 Julai 1963. Antara perkara yang
menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah :
a.
b.
c.

d.
e.

Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah
dan Sarawak.
Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran
diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam perkaraperkara rasmi selama 10 tahun selepas kemasukan ke dalam Persekutuan.
Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri
masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan kerajaan pusat. Ini adalah
untuk memberi keyakinan kepada Sabah dan Sarawak bahawa tujuan Tanah Melayu
bukanlah untuk menjajah negara tersebut.
Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah
kerusi.
6.3.4 REFERENDUM SINGAPURA

Jika peristiwa di Sabah dan Sarawak melibatkan penyiasatan oleh Suruhanjaya Cobbold,
Singapura turut membuat satu pungutan suara yang dipanggil Referendum Singapura.
Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan referendum sebagai satu cara
meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat
Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Secara keseluruhan, pungutan suara ini bukan
bertujuan untuk membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi
menerima cadangan ini dengan pendirian mereka yang tertentu.

a.
b.
c.

Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin sebahagian besar parti politik di
Singapura menyokong cadangan Malaysia, cuma pandangan dan pendirian mereka juga
perlu diambilkira. Soal menolak sudah tidak wujud, tetapi soal penubuhan perlu
dibincangkan. Dalam pungutan suara ini, rakyat Singapura diberi tiga pilihan, iaitu :
Pilihan A rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh
kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan
November 1961 (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397 626 undi).
Pilihan B rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan
menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu (secara
keseluruhan, pilihan ini mendapat 9442 undi).
Pilihan C rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama
seperti yang diperoleh wilayah-wilayah Borneo dengan penyertaan ini (secara keseluruhan,
pilihan ini mendapat 144 077 undi).
Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan
pihak komunis yang tidak bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu
telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong. Namun selepas
referendum
selesai,
laporan
menunjukkan
71%
pengundi
menyokong
pembentukan Malaysia.
Penganalisis sejarah mendakwa sokongan Singapura ini adalah ekoran kejayaan kerajaan
PAP meyakinkan rakyat berhubung tiada kemungkinan taraf kerakyatan mereka akan
dilucutkan dengan penggabungan, perdagangan antarabangsa Singapura mungkin merosot
jika mereka tidak bergabung dan ancaman komunis akan dapat dibendung dengan jayanya
dengan pembentukan ini. Secara keseluruhannya, keputusan ini menunjukkan rakyat
Singapura bersetuju untuk menyertai Malaysia dengan memilih syarat A, iaitu pilihan yang
dicadangkan oleh kerajaan Singapura sendiri.[3]

6.4

PEMISAHAN SINGAPURA

Semenjak Singapura menyertai Malaysia, banyak perselisihan yang timbul antara kerajaan
Singapura dengan kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur. Perselisihan ini menjadi semakin
rumit dan melibatkan banyak isu yang tiada akhirnya. Malahan tidak mungkin untuk
Singapura terus kekal dalam Malaysia tanpa suasana tegang yang boleh mencetuskan
keganasan. Para pemimpin Malaysia, terutamanya Tunku Abdul Rahman berpendapat lebih
wajar Singapura berpisah daripada Malaysia sebagai jalan keluar terbaik untuk mengatasi
pelbagai krisis yang timbul, demi kepentingan perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan
menghindarkan konflik politik yang berterusan. Akhirnya Singapura berpisah
dari Malaysiapada Ogos 1965.
6.4.1 FAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA.
a.

Perlembagaan.

Kebanyakkan soal yang berkaitan dengan perlembagaan berkisar tentang isu ekonomi dan
kewangan. Mengikut perjanjian Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut cukai
kastam, cukai eksais dan cukai pendapatan. Selain beberapa kekecualian, semua hasil
yang dikutip akan dibahagikan berasaskan 60% untuk Singapura dan baki 40% lagi untuk
kerajaan Persekutuan. Oleh sebab beban cukai Singapura paling ringan dan bertambahnya
perbelanjaan pertahanan, akibat konfrontasi, kerajaan Persekutuan bercadang mengkaji
semula agihan hasil dan Singapura perlu menyerahkan 60% daripada jumlah hasilnya dan
bukanya 40% seperti yang dipersetujui sebelumnya. Cadangan ini dibantah oleh Singapura
kerana mengikut perjanjian Malaysia, terdapat satu persetujuan bahawa sehingga bulan
Disember 1968, kerajaan Persekutuan perlu mendapat kebenaran kerajaan Singapura

sebelum mengenakan cukai import yang baharu. Kebenaran itu boleh ditangguhkan, jika
sesuatu jenis cukai itu boleh menjejaskan perdagangan bebas Singapura.
Pada bulan Disember 1964, apabila kerajaan Persekutuan membentangkan belanjawan
bagi tahun 1965, terdapat pelbagai cukai baharu yang dikenakan. Kerajaan Singapura
membantah pengenalan cukai-cukai baharu kerana mereka dikatakan tidak dibawa
berunding terlebih dahulu. Pada akhir bulan Februari 1965, Menteri Kewangan, Tan Siew
Sin mengarahkan para pengusaha di Singapura berunding dahulu dengan kerajaan
Persekutuan tentang perlindungan tarif, sebelum membuka kilang. Arahan ini menimbulkan
kemarahan para pengusaha di Singapura sehingga mendapat liputan media yang meluas.
b.

Persaingan Politik Antara PAP dan MCA

Keadaan ini dapat dilihat apabila pada 9 September 1963, Lee kuan Yew telah menyatakan
bahawa kegiatan politik PAP hanya terbatas di Singapura dan PAP tidak bercadang untuk
mengambil bahagian dalam pilihanraya di anah Melayu dalam tempoh lima tahun selepas
penyatuan. Kemudianya, PAP mengubah keputusan itu dan bertanding dalam pilihanraya
umum di Tanah Melayu pada tahun 1964. Pada masa tersebut Tunku Abdul Rahman
menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu atas sifatnya sebagai sebuah
parti perkauman Cina. Penglibatan PAP yang terlalu awal dalam kegiatan politik di Tanah
Melayu juga menjejaskan perpaduan kaum, terutama hubungan UMNO dengan MCA.
Malahan, PAP dikatakan berminat untuk mengantikan MCA bagi mewakili kaum Cina dalam
Kerajaan Perikatan.
c.

Masalah Perkauman

Masalah perkauman ini dapat dilihat pada hubungan antara UMNO dengan PAP yang
menjadi semakin renggang akibat beberapa peristiwa yang berlaku di Singapura. Setelah
menyertai Malaysia, orang Melayu di negeri itu berasa diri mereka diabaikan dan kerajaan
Singapura tidak mengambil tindakan untuk membaiki kedudukan mereka. Oleh itu,
beberapa buah pertubuhan yang mewakili orang Melayu menemui Tunku Abdul Rahman
untuk melaporkan perkara itu. Keadaan menjadi semakin rumit selepas Setiausaha Agong
UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP, Lee Kuan Yew cuba memecahkan
perpaduan masyarakat Melayu di Singapura. Kerajaan Singapura sering mengencam
golongan yang disifatkan sebagai pelampau dalam kerajaan Persekutuan, terutama Syed
Jaafar Albar yang dituduh oleh para pemimpin PAP sebagai bertanggungjawab
menyebabkan tercetusnya rusuhan kaum di Singapura pada bulan Julai dan September
1964.
Sikap para pemimpin politik di Singapura yang memperjuangkan konsep Malaysian
Malaysia juga kurang disenangi oleh para pemimpin UMNO. Konsep ini seolah-olah
mengenepikan institusi dan mencabar kedudukan istimewa orang Melayu. Pada bulan Mei
1965, Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysian Solidarity Convention sebagai satu pakatan
dikalangan parti pembankang dengan slogan A democratic Malaysian Malaysiauntuk
menandingi parti Perikatan. Beliau menyeru diwujudkan satu persamaan hak bagi semua
melalui satu ideologi politik, sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum.
Kedudukan negeri-negeri di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak dalam
Persekutuan Malaysia juga ditimbulkan oleh para pemimpin Singapura. Mereka
menggalakkan negeri-negeri itu menimbulkan soal perbezaan taraf ekonomi dan prinsipprinsip perlembagaan yang telah dipersetujui sehingga sesetengah pemimpin di
Sarawak, Sabah dan negeri-negeri lain bertindak balas. Memandangkan sebahagian besar
pihak pembangkang terdiri daripada bukan Melayu, keadaan ini seolah-olah mencerminkan

penentangan mereka terhadap orang Melayu yang menguasai kerajaan. Keadaan yang
berlaku bukan lagi berbentuk pertikaian antara PAP dengan UMNO, tetapi lebih menjurus
rebutan kuasa politik antara kaum Melayu dengan bukan Melayu
d.

Perbezaan Pendekatan Parti Perikatan Dan PAP

PAP berhasrat untuk mewujudkan masyarakat bukan perkauman secara serta-merta dan
berpendapat konflik timbul akibat wujudnya dua bentuk masyarakat yang berlainan. PAP
berminat untuk berdebat secara terbuka dalam hampir semua isu politik dan melaksanakan
dasar-dasar baharu dengan segera. Parti Perikatan terutama UMNO merupakan parti yang
dibentuk dengan struktur perkauman berdasarkan masyarakat majmuk yang sedia wujud
di Malaysia. Parti Perikatan berpendapat perbincangan secara terbuka tentang perbezaan
kaum boleh mencetuskan ketegangan dan kekacauan. Perbezaan pendekatan dalam
menghadapi isu-isu perkauman ini mencetuskan pergeseran antara Parti Perikatan dengan
PAP.
Kesimpulan

Hubungan yang tegang antara Singapura dengan Kerajaan Persekutuan akhirnya tiba
dikemuncaknya menjelang Mei 1965 sehingga menimbulkan kebimbangan Tunku Abdul
Rahman yang berpendapat Singapura perlu disingkirkan dari Malaysia. Pada 9 Ogos 1965,
Tunku Abdul Rahman membuat pengumuman rasmi di Parlimen dan membentangkan rang
undang-undang pemisahan Singapura. Rang undang-undang tersebut diluluskan dan tiada
yang menentang atau berkecuali dan keputusan itu diambil tanpa dihadiri oleh perwakilan
Singapura. Pemisahan ini menamatkan pertikaian politik yang berlarutan antara kerajaan
Persekutuan dengan kerajaan Singapura. Pertikaian itu jika dibiarkan berterusan boleh
memburukkan lagi keadaan sehingga mencetuskan rusuhan kaum dan pertumpahan darah.
Setelah pemisahan Singapura, Malaysia hanya terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak.

Pengenalan
Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 setelah lebih 400 tahun
dijajah oleh pelbagai kuasa luar. Malaysia lahir enam tahun selepas Tanah Melayu
merdeka. Negara baru ini hasil gabungan Tanah Melayu dengan Singapura, Sabah (Borneo
Utara) dan Sarawak.
Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat oleh
Perdana Menteri Perselutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman.
1.1.1

Mengelakkan Ancaman dan Pengaruh Komunis


Di Singapura, Parti Tindakan Rakyat (People Action Party PAP) di bawah pimpinan Lee
Kuan Yew mengalami kemerosotan.
Fenomena ini jelas apabila PAP kalah dalam pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim pada
bulan Mei 1961 dan kawasan Anson pada bulan Julai 1961.
PAP juga telah dipengaruhi oleh anasir-anasir komunis sehingga mereka telah berpecah
dan membentuk Barisan Sosialis.
Banyak pihak yang khuatir dengan perkembangan ini kerana takut pemerintahan PAP akan
diambil alih oleh Barisan Sosialis yang dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin berideologi
komunis.
Persekutuan Tanah Melayu juga tidak mahu PAP digulingkan kerana hubungan baiknya
dengan Singapura yang meliputi urusan-urusan politik dan ekonomi akan terjejas.
Untuk membendung perkembangan ini dari terus menjadi buruk, kerajaan Perikatan
berusaha untuk menggabungakan Singapura, Sabah, Sarawak dan juga Brunei dalam satu
negara.
Pengaruh komunis yang aktif sejak tahun 1950-an telah merebak ke Sarawak. Misalnya,
Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut dan Persatuan Belia Maju Sarawak dipengaruhi
oleh anasir-anasir komunis. Mereka telah dihasut untuk menentang British[2]. Selain itu,
Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) juga telah terpengaruh dengan ideologi komunisme.

1.1.2

Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura


Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan
mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Dalam perancangan
penubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh lebih kurang
dua tahun.
Kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan untuk memberi kemerdekaan
kepada tanah-tanah jajahanya. Namun Sabah dan Sarawak merupakan wilayah jajahan
British yang belum bersedia untuk merdeka kerana suasana ekonomi dan politiknya yang
kurang memuaskan. Tunku percaya dengan membawa masuk Sabah dan Sarawak dalam
gagasan Malaysia akan mempercepatkan lagi kemerdekaan kedua-dua negeri ini.
Selain itu, pemberian kemerdekaan yang lebih cepat akan mengelakkan penyebaran
ideologi komunis. Ini kerana sekiranya kemerdekaan tidak diberikan dengan cepat, pihak
British khuatir negara tersebut akan dipengaruhi oleh komunis dan akan menyebabkan
British akan hilang kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan datang. Di samping
itu, terdapat juga pengaruh-pengaruh luar seperti Filipina dan Indonesia yang berminat
terhadap Sabah, Sarawak dan Brunei.

1.1.3

Perkongsian Faedah Ekonomi

Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama


ekonomi dan perdagangan. Negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi
boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi. Ini
bermaksud Sabah dan Sarawak yang belum maju dari segi ekonomi akan dibantu oleh
Tanah Melayu, Singapura dan Brunei.
1.1.4

Membela masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak


Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di Sabah dan Sarawak dipegang oleh bangsa
asing. Manakala penduduk peribumi hanya terlibat dalam sektor pertanian.

1.1.5

Menjaga hak dan kepentingan kaum Bumiputera


Pembentukan persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei
dan Singapura adalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum Bumiputera.
Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan
wilayah-wilayah Borneo kerana percantuman di antara Tanah Melayu dengan Singapura
sahaja akan menghilangkah majoriti penduduk Melayu. Ini kerana singapura mempunyai
80% penduduk bukan Melayu dan apabila dicantumkan ini akan menghlangkan majoriti
penduduk Melayu.
Apabila percantuman antara Tanah Melayu dengan Singapura berlaku bilangan masyarakat
Cina ialah 43.5% dan Melayu 43%[3]. Apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira,
bilangan bumiputera (Termasuk Melayu) akan menjadi 46.3% sementara Cina 42.4%.

1.2
1.2.1

REAKSI SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA


Sabah
Wujud banyak penentangan pada peringkat awal sehingga lahir bebrapa buah parti politik
yang meluangkan penubuhan atas sentimen pro atau anti-Malaysia. Parti politik pertama di
Sabah lahir pada bulan Ogos 1961 dengan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Sabah
Bersatu (United National Kadazan Organization-UNKO) yang dipimpin oleh Donald
Stephens. Parti ini secara jelas menentang pembentukan Malaysia, malah mula
memperjuangkan kemerdekaan Sabah. Pada bulan Jun 1962 Pasok Momogun
Kebangsaan Borneo Utara yang dipimpin oleh G.S. Sundang telah ditubuhkan untuk
memperjuangkan kemerdekaan Sabah.
Hanya Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (United Sabah National Organization
USNO) yang dipimpin oleh Tun Mustapha Datu Harun sahaja yang menyokong idea
penubuhan ini.[4] Namun menjelang lewat tahun 1962 dan awal 1963, sebahagian besar
penduduknya mula berubah fikiran setelah menerima penerengan mengenai pembentukan
Malaysia.

1.2.2

Sarawak
Parti Negara Sarawk (Sarawak United Peoples Party SUPP) dan Parti Kebangsaan
Sarawak (Sarawak National Party SNAP) secara jelas menentang cadangan
peggabungan ini. SUPP ditubuhkan pada 12 Jun 1959 dan dipimpin oleh Ong Kee Hui.
Manakal SNAP diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan. Hanya Barisan Rakyat Jati Sarawak
(Berjaya) sahaja yang menyokong cadangan tersebut.

1.2.3

Brunei
Secara peribadi Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong pembentukan
Malaysia. Rakyat Brunei juga pada peringkat awalnya berminat untuk menyertai gabungan
ini. Tetapi mereka berpendapat akan menyertai gabungan ini selepas mereka mencapai
kemerdekaan terlebih dahulu.

Namun Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M Azahari telah menentang cadangan
tersebut kerana beliau lebih berminat untuk menggabungkan Brunei, Sabah, Sarawak dan
Kalimantan Utara ke dalam satu kesatuan. Ini keran A.M. Azahari berpendapat,
pembentukan Malaysia merupakan satu cara kerajaan British untuk mengekalkan
pengaruhnya supaya mereka dapat menguasai ekonomi dan dapat menjamin keselamatan.
Selain itu, mereka juga khuatir Brunei akan kehilangan sebahagian besar kekayaanya jika
menyertai gabungan ini.
1.2.4

Singapura
Penduduk Singapura berminat dengan konsep Persekutuan Malaysia. PAP yang dipimpin
oleh Lee Kuan Yew menyambut baik rancangan ini kerana mendapati partinya terancam dan
kurang mendapat sambutan daripada rakyat Singapura sendiri. Sementara parti-parti lain
seperti Parti Buruh Singapura bersetuju dari segi prinsip tetap menganggap sebagai suatu
yang sukar untuk dilaksanakan. Parti Rakyat Singapura juga menentang gagasan Malaysia
kerana berpendapat ia merupakan rancangan British untuk mengekalkan pengaruhnya.

1.3
1.3.1

REAKSI NEGARA ASEAN INDONESIA DAN FILIPINA


Indonesia
Pada peringkat awal, Indonesia menyokong pembentukan Malaysia asalkan ianya tidak
melibatkan negaranya. Menteri luar Indonesia, Dr. Suhandiri (New York Times 13 Nov
1961) pernah menyatakan bahawa Indonesia tidak akan menghalang penubuhan ini
sebaliknya mendoakan supaya kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berjaya dalam
rancangannya.
Walau bagaimanapun, sokongan ini tidak tahan lama apabila Indonesia telah menentang
keras dan mengecam pembentukan ini. Malah mereka juga telah menyokong tindakan Parti
Rakyat Brunei menentang Pembentukan Malaysia pada 8 Disember 1962. Pada 20 Januari
1963, Indonesia telah menyuarakan tentangan dan mengumumkan konfrontasi dengan
melaungkan slogan Ganyang Malaysia.
Pada 11 Februari 1963, Dr. Subandrio mengisytiharkan dengan rasmi penentangan kerajaan
Indonesia terhadap pembentukan Malaysia. Mereka mendakwa bahawa tujuan penubuhan
Malaysia adalah untuk menyelamatkan getah, bijih timah dan minyak untuk British. Faktorfaktor pencetus penentangan ialah:

a) Sukarno berasa Tunku Adbul Rahman membelakangi jirannya apabila membuat


pengumuman tanpa berunding dengannya terlebih dahulu.
b) Penubuhan Malaysia dipercayai mengagalkan rancangan Sukarno untuk menubuhkan
empayar Indonesia Raya (Melayu Raya)
Namun penentangan Indonesia berakhir pada tahun 1965 apabila Sukarno digulingkan dan
tematnya diganti oleh Jeneral Suharto.
1.3.2

Filipina
Presiden Macapagal dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan Filipina menuntut hak Filipina ke
atas Sabah. Mereka juga sebenarnya pernah menuntut Sabah dari pada Kerajaan British
dengan menghantar sepucuk surat rasmi pada 22 Jun 1962. Tuntutan ini dibuat kerana
mereka mendakwa bahawa Sabah terletak di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu suatu
ketika dulu. Bagaimanapun, kerajaan British tidak melayan tuntutan ini dan malah
mengingatkan Filipina bahawa sebarang tuntutan mereka ke atas Sabah sama ada
daripada kerajaan Filipina atau orang perseorangan akan ditentang oleh kerajaan British.
Presiden Macapagal telah membuat kecaman secara terbuka terhadap penubuhan ini
semasa kongres Filipina pada 28 Januari 1963. Fenomena ini menyebabkan hubungan

diplomatik anatara Persekutuan Tanah Melayu dengan Filipina terjejas. Walaupun Filipina
meneruskan tuntutan mereka selepas penubuhan Malaysia, tuntutan ini gagal keran tinjauan
dan siasatan membuktikan penduduk Sabah sendiri rela untuk menyertai pembentukan
Malaysia.
1.4

PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA


Proses perbincangan dan perundingan ke arah pembentukan Malaysia sebenarnya sangat
panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum
cadangan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil kira bagi
memastikan pembentukan ini memuaskan hati semua pihak. Di bawah merupakan jadual
proses Pembentukan Malaysia.
Jadual 4.2 Proses Pembentukan Persekutuan Malaysia
Jawatankuasa
Peranan
1 Jawatankuasa
- Dipengerusikan oleh Donald Stephens
Perundingan
- Dianggotai oleh wakil-wakil dari semua wilayah terlibat
Perpaduan
Malaysia- Berfungsi untuk menerangkan konsep pembentukan
(JPPM)
Malaysia, khususnya kepada penduduk Sabah, Sarawak dan
Brunei.
- Penggunpul idea dan pendapat-pendapat mengenai
rancangan pembentukan Malaysia.
2 Suruhanjaya Cobbold - Diketuai oleh Lord Cobbold. Ahli lain ialah Anthony Abell,
David Waterson, Dato Wong Pow Nee dan Tang Sri Mohd
serta Ghazalie Shafie.
- Bertujuan untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan
Sarawak
- Suruhanjaya ini mendapati 80% penduduk Sabah dan
Sarawk
menyokong
pembentukan
Malaysia
yang
kebanyakannya terdiri daripada kaum Bumiputera
3 Jawatankuasa Antara- Diketuai oleh Lord Landsdowne. Tunku Abdul Razak
Kerajaan (JAK)
Hussein, wakil kerajaan British dan wakil dari Sabah,
Sarawak dan Singapura.
- Membentuk satu perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1957, Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia
- Perkara utama dalam perlembagaan ini ialah agama Islam,
bahasa Melayu, kawalan imigresen, pendidikan dan
perwakilan bagi Sabah, Sarawak dan Brunei
4 Referendum Singapura - Untuk meninjau pendapat penduduk Singapura
- Laporan ini mendapati 71% penduduk Singapura menyokong
pembentukan Malaysia melalui pilihan A. Mereka bersetuju
untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan
oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu

1.4.1

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia


Pada bulan Julai 1961, mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah
Melayu dan Borneo telah diadakan di Singapura. Dalam mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin
Tanah Melayu dan Singapura telah menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan
daripada Sabah, Sarawak dan Brunei. Penerangan ini telah mengurangkan salah faham
tentang penubuhan Malaysia. Hasilnya mesyuarat bersetuju menubuhkan JPPM yang
dianggotai oleh semua perwakilan dan Donald Stephens telah dilantik sebgai pengerusinya.
Brunei tidak menggangotai perwakilan dan hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja
kerana ketidaksedian Brunei menyertai pembentukan Malaysia.

Fungsi-fungsi JPPM ialah:


a) Menerangkan dengan lebih jelas konsep Malaysia kepada orang ramai.
b) Berusaha untuk mendapatkan kata sepakat daripada pemimpin-pemimpin politik di semua
daerah terbabit.

a)
b)
c)
d)

Semenjak pembentukan jawantankuasa ini, mereka telah mengadakan perjumpaan


sebanyak empat kali iaitu:
Jesselton (Kota Kinabalu) - 21 Ogos 1961
Kuching
- 18 Disember 1961
Kuala Lumpur
- 06 Januari 1962
Singapura
- 01 Februari 1961

1.4.2

Suruhanjaya Cobbold
Ditubuhkan pada bulan November 1961 setelah rundingan di antara Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu dengan kerajaan Btirish. Suruhanjaya ini ditubuhkan secara rasmi pada 16
Januari 1962 dan Lord Cobbold telah dilantik sebagai pengerusinya. Suruhanjaya ini
dianggotai oleh
a)
Lord Cobbold (Bekas gabenor Bank England)
b)
Anthony Abell dan David Waterson (Wakil kerajaan British)
c) Dato Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie (Wakil kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu)
Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk:
a) Menyiasat fikiran rakyat Borneo utara dan Sarawak berkenaan pembentukan Malaysia
b)
Membuat syor-syor setelah menimbangkan fikiran itu

Suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula pada 19 Februari
1962 dan berakhir pada bulan April 1962. Dalam tempoh suruhanjaya telah
a) Mengadakan 50 perjumpaan di 35 tempat, iaitu 20 di Sarawak dan 15 di Sabah.
b) Menemui lebih 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah kumpulan.
c) Mempelawa dan menerima surat-surat atau memorandum daripada orang ramai untuk
menyuarakan pandangan mereka.
Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan kemudian
mengemukakan sebuah laporan penyiasatannya keada kerajaan British dan Tanah Melayu.
Dalam laporan ini, 80% penduduk Sabah dan Sarawak ingin menyertai pembentukan
Malaysia. Secara keseluruhannya, bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak
terbahagi kepada tiga, iaitu:
a) menyokong penuh penggabungan tanpa syarat.
b) menyokong tetapi dengan syarat-syarat dan jaminan tertentu
c) mahukan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai gabungan dan separuhnya
menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan Brtish (20%).
1.3 JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN
a)
b)
c)
d)

JAK dibentuk untuk merangka syarat-syarat Persekutuan. JAK dianggotai oleh


Lord Landsdowne (Pengerusi)
Tun Abdul Razak Hussein (Tim. Pengerusi)
Wakil-wakil kerajaan British
Wakil-wakil Sabah, Sarawak dan Brunei.
Laporan yang dibuat menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan
laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan JPPM. Perlembagaan yang dibentuk telah
disahkan oleh kerajaan British pada 9 Julai 1963 (Rujuk lampiran). Antara perkara yang
menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah:

a) Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah dan
Sarawak.
b) Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran diberikan
kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam perkara-perkara
rasmi selama 10 tahu selepas kemasukan ke dalam persekutuan.
c) Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri
masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan kerajaan pusat.
d) Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
e) Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah
kerusi.
1.3.1 Referendum Singapura
Dibuat untuk meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian dan
pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Kerajaan Singapura membuat
keputusan ini keran yakin sebahagian besar parti politik di Singapura menyokong cadangan
Malaysia, Cuma pandangan dan pendirian mereka juga perlu diambil kira. Dalam pungutan
suara ini, rakyat Singapura diberi tiga pilihan, iaitu:
a) Pilihan A rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan
oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan
November 1961.
b) Pilihan B rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan
menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu.
c) Pilihan C rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama
seperti yang diperolehi wilayah-wilayah Borneo dengan menyertai gabungan ini.
Referendum Singapura telah diadakan pada 1 November 1962. barisan Sosialis dan pihak
Komunis yang tidak bersetuju dengan gabungan ini telah memulau pungutan suara dengan
membuang undi kosong. Namu selepas referendum ini selesai, laporan menunjukkan 71%
pengundi menyokong pembentukan Malaysia. Secara keseluruhannya, rakyat Singapura
bersetuju untuk menyertai Malaysia dengan memilih syarat A, iaitu pilihan yang dicadangkan
oleh kerajaan Singapura sendiri.
1.4 PEMISAHAN SINGAPURA
Selepas pembentukan Malaysia, Lee Kuan Yew menegaskan bahawa walaupun Singapura
bersetuju untuk menyertau Malaysia, namun hal-hal yang terkandung di dalam percantuman
tersebut mestilah ditentukan bersama-sama dengan rakyat Singapura.
Pada 23 Ogos 1961, satu mesyuarat telah diadakan di antara Singapura dengan
Persekutuan Tanah Melayu. Dalam mesyuarat ini persetujuan telah dicapai berhubung
beberapa perkara. Persetujuan yang termaktub di dalam Kertas Putih[5] ini menyatakan
bahawa
a) Aspek pertahanan, hubungan luar dan keselamatan akan menjadi tanggungjawab
Persekutuan.
b) Soal pendidikan dan tenaga buruh adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Singapura.
c) Jumlah perwakilan Singapura dalam Dewan Rakyat ialah seramai 15 orang.
Setelah dua tahun berada dalam Malaysia, hubungan Tanah Melayu dengan Singapura
mula retak. Banyak perselisihan mula timbul. Antara isu yang menjadi perdebatan hangat
ialah soal ekonomi, parti dan perkauman.
a) Tanah Meayu, Sabah, dan Sarawak bersetuju untuk memajukan sektor perindustian dan
perkilangan bersama. Barang-barang yang dihasilkan akan digunakan dalam negeri dan
bukannya untuk dieksport. Keuntungan ekonomi akan dikongsi bersama. Tetapi apabila

Malaysia ditubuhkan tidak banyak kemajuan ekonomi dicapai. Ini telah menyebabkan
Singapura berasa kecewa.
b) Parti Tindakn Rakyat cuba untuk untuk bertanding dengan Parti Perikatan. PAP cuba
menarik perhatian orang Cina bahawa MCA tidak mampu untuk membangun dan
memajukan orang Cina.
c) Singapura memperjuangkan persamaan hak dan melancarkan kempen Malaysia untuk
Orang Malaysia. Singpura telah ,e,bentuk United Opposition Front yang kuat untuk
memperjuangkan konsep persamaan hak dan Malaysia untuk Orang Malaysia.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Tunku Abdul Rahman untuk meredakan keadaan,
tetapi tidak berjaya. Akhirnya pada bulan Ogos 1965, Singapura telah dikeluarkan dari
Malaysia.
KESIMPULAN
Rancangan menubuhkan persekutuan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu,
Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei akhirnya telah berjaya dilaksanakan pada 16
September 1963 tanpa kemasukan Brunei. Namun Singapura telah keluar daripada
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1965. penubuhan Malaysia telah memberikan
banyak faedah kepada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

You might also like