Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KEPENTINGAN HUBUNGAN BAIK DALAM SESEBUAH NEGARA

Keluarga merupakan nukleus masyarakat. personaliti menjulang anka bermula daripada


didikan dan amalan daalm sesebuah keluarga yang disifatkan sebagai tempat bergantung anak-
anak. Kendatipun demikian, realiti pada hari ini jelas mempamerkan kelekaan ibu bapa
memburu dunia kebendaan sehingga terlepas pandang akan kedahagaan anak terhadap kasih
sayang dan perhatian ibu bapa. Rentetan itu, timbullah gejala sosial seperti punk, gothic,
penagihan dadah dan seumpamanya yang diibaratkan sebagai kudis masyarakat yang semakin
bernanah. Mahatma Gandhi pernah mengungkapkan bahawa kasih sayang merupakan pokok
yang perlu disirami setiap hari. Ungkapan ini mencerminkan saru hakikat yakni hubungna baik
dan ikatan kasih sayang antara ahli keluarga dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga.
Pokok persoalannya, apakah kepentingan hubungan baik dalam sesebuah keluarga yang
menjadi tempat bergantung setiap insan?

Dalam menelusuri topik yang diutarakan, ahli keluarga dapat menjadi pembimbing anak
ke arah kebaikan dengan memberikan nasihat unutk dijadikan penduan hidup. Dalam sebuah
keluarga yang harmoni, anak khususnya merka yang baru meniti alam remaja akan mendengar
nasihat inu bapa atau saudara mara seperti kakak dan abang kerana hati mereka diikat dengan
tali temali kasih sayang yang utuh. Lantaran itu, remaja tidak akan tergelincir daripada landasan
agama sehingga terjerumus dalam lembah maksiat. Atas nama kasih sayang inilah, anak akan
berpegang teguh kepada didikan ibu bapa tanpa hidup bergelumang dengan gejala lepak,
penagihan dadah, vandalisme dan seumpamanya. Tuntasnya, hubungan baik antara ahli
keluarga merupakan tombak dan perisai yang ampuh untuk membentengi segala unsur negatif
yang melalaikan.

Sekiranya ditinjau melalui perspektif yang berbeza, dalam sesebuah keluarga sakinah,
ahli keluarga dapat memberi sokongan antara satu sama lain menjelang masa kesusahan. Anak-
anak akan berasa selamat daalm dakapan mesra ibu bapa dan menyifatkan keluarga sebagai
tempat berteduh yang membentengi diri daripada taufan dan ribut yang melanda. Ahli keluarga
merupakan pendengar yang sedia berkongsi penderitaan dan masalah yang dialami. Segala
rintihan dan tekanan yang dilalui akan tenggelam dalam pujukan syahdu ahli keluarga kerana
keluarga merupakan tempat bergantung dan insan terdekat yang dapat berkongsi suka dan duka
dalam kehidupan. Maka, jelaslah bahwa hubungan baik antara keluarga merupakan penawar
mujarab kepada anggota keluarga yang dilanda kesusahan.

Dalam pada itu, institusi keluarga yang sihat juga merangsang komunikasi dua hala yang
positif antara ibu bapa dengan anak. Komunikasi penting untuk mengelakkan rekahan dalam
hubungan kekeluargaan. Sekiranya anak-anak rapat dengan ibu bapa, sudah pasti mereka sudi
meluangkan masa bersama-sama ibu bapa. Keakraban antara dua generasi ini sudah pasti akan
membiaskan konflik yang akan meranapkan kebahagiaan sesebuah keluarga. Komunikasi sihat
merupakan elemen penting untuk menenangkan jiwa remaja yang mudah memberontak,
sekaligus merapatkan hubungan antara anggota keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa sayugia
mengambil langkah proaktif dengan menggunakan hubungan baik dengan anak untuk
memahami tingkah laku dan fikiran anak. Rentetan itu, anak akan terdorong untuk
mencurahkan isi hatinya kepada ibu bapa yang sedia mendengar sehingga tidak mudah
menimbulkan temboh pemisah antara dua generasi. Izharnya, hubungan baik antara anggota
keluarga merupakan ramuan penting untuk menzahirkan komunikasi sihat antara ahli keluarga.

Seperkara lagi hubungan baik antara keluarga merupakan pendorong ke arah kejayaan.
Sudah tentu seorang ayah yang sayang akan keluarganya akan bersungguh-sungguh mencari
rezeki intuk memberi kehidupan sempurna kepadad keluarga tersayang. Anak-anak pula akan
gigih menerokai dunia ilmu untuk meningkatkan imej keluarga tersayang menerusi kejayaan
akademik yang unggul. Mengambil contoh daripadda Presiden Barack Obama, beliau
menyifatkan keluarga sebagai pendorong utama dalam proses beranding untuk jawatan
presiden Amerika Syarikat. Kasih sayang terhadap keluarga akan membangkitakam semangat
juang yang tinggi untuk memacu ke puncak kejayaan. Sesungguhnya, ahli keluarga merupakan
pendorong terbaik untuk menjana kecemerlangan individu sama ada dalam kerjaya atau dalam
kehidupan seharian.

Dengan ini, dapat dirumuskan bahawa hubungan baik antara ahli keluarga merupakan
ramuan utama dalam resipi pembentukan keluarga bahagia. Lantaran itu, setiap individu sayugia
menjelmakan kesungguhan untuk merapatkan hubungan baik dengan anggota keluarga kerana
ikatan kasih dan sayang akan membahagiakan sesebuah keluarga. Sesungguhnya, sokongan,
bimbingan, komunikasi sihat dan kasih sayang sesama anggota keluarga akan menzahirkan
keluarga sakinah yang berupaya menjamin keutuhan institusi masyarakat. ayuhlah kita
menghayun langkah sederap dalam usaha membina institusi kekeluargaan bahagia berteraskan
kasih sayang, keprihatinan dan keikhlasan.

You might also like