Laporan Penilaian Program Kerjaya

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

HASIL PENILAIAN GRAF PALANG

http://documents.tips/documents/analisa-borang-penilaian-program.html
http://ash3consultant.blogspot.my/2010/01/dce-3105-penilaian-latihan.html
BAB I
PENGENALAN
Pendahuluan
Sesuatu program latihan yang dijalankan sering kali mendapat perhatian dan
tumpuan ramai, yang mana hari ini ianya merupakan keperluan kelangsungan masa
depan bagi sesebuah organisasi. Latihan merupakan faktor yang penting bagi
sesebuah organisasi bagi menghadapi perkembangan dan cabaran. Di Amerika
Syarikat dianggarkan USD40 billion setahun dibelanjakan untuk program latihan oleh
syarikat syarikat untuk melatih eksikutif dan pengurus mereka, (Mann & Robertson).
Manakala di Malaysia sebanyak RM 400 juta di peruntukkan dalam Rancangan
Malaysia Kelapan untuk program latihan, (Junaidah, 2002), Malangnya
keberkesanan latihan yang dilaksanakan melalui program tertentu tidak dapat
disahkan kerana amalan penilaian terhadap program latihan dibuat dengan cara
yang formal tetapi tidak sistematik dan komprehensif (Shamsuddin, 1998). Maka
terdapat perbezaan diantara model yang disyorkan didalam literatur dengan amalan
penilaian latihan yang digunakan oleh agensi latihan

Tujuan Kertas Projek


Kertas projek ini merupakan perancangan kajian penilaian terhadap program latihan
yang dikendalikan oleh BTN Cawangan Negeri Kelantan berkaitan dengan
kenegaraan dan kepimpinan dikalangan mahasiswa intitusi pengajian tinggi awam
dan swasta di Kelantan. Kajian ini menggunakan Model Penilaian Kirtpatrick (1998)
melalui Penilaian Empat Tahap iaitu tahap reaksi, pembelajaran, perlakuan dan
keberhasilan

Kajian ini dibuat dengan menggunakan data sekunder dan primer, iaitu borang soal
selidik keatas 59 orang mahasiswa dan ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Malaysia Kelantan, yang terdiri daripada 29 orang lelaki dan 30 orang
perempuan, 3 orang Melayu dan 3 orang India yang telah mengikuti program latihan
anjuran BTN Cawangan Negeri Kelantan. Manakala temubual pula dilakukan
kepada 5 orang fasilitator, dan pemerhatian turut serta oleh perancang penilai sendiri

BAB II
LATAR BELAKANG PROGRAM LATIHAN YANG AKAN DINILAI
Kursus Bina Negara Mahasiswa Lanjutan MPP ini dianjurkan oleh Biro Tatanegara,
Jabatan Perdana Menteri Cawangan Negeri Kelantan. Ianya diadakan atas
permintaan pihak pengurusan UMK untuk melatih dan mendedahkan hal hal
kenegaraan dan kepimpinan kepada barisan AJK dan Pemimpin Pelajar Universiti
tersebut
Pengenalan Program Kursus / Latihan
Kursus ini telah diadakan sebagaimana pernyataan dibawah;
Tarikh ; 28 hingga 31 Mac 2009
Tempat ; Taman Negara Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan
Peserta ; Pemimpin Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Aturcara ; Sebagaimana jadual aturcara yang dilampirkan
Kepentingan Program Kursus / Latihan
Kursus ini berkepentingan untuk mencapai perubahan;
Kepimpinan
Pengukuhan Kumpulan (team building)
Kenegaraan
Motivasi tugas
Objektif Program Kursus / Latihan ( umum)
Menimbulkan kesedaran dan keinsafan tentang betapa perlunya pelajar mengubah

sikap dengan menjiwai serta mengamalkan nilai nilai murni demi kecermelangan diri,
organisasi, masyarakat dan negara
Memberi pengetahuan kepada pelajar tentang aspirasi serta hasrat pemimpin
negara terhadap masa kini dan masa depan negara
Mendedahkan kepada pelajar berkaitan pembelajaran menerusi pengalaman yang
bersepadu dan seimbang
Menyedarkan pelajar tentang perjalanan sebagai bakal pemimpin dan menghayati
budaya dan nilai kepimpinan yang berupaya merialisasikan wawasan negara
Matlamat Program Kursus / Latihan
Meningkatkan ilmu pengetahuan
Mengubah sikap
Meningkatkan kemahiran
Merialisasikan impian dan hasrat dikalangan pemimpin pelajar
Aktivi Program Kursus / Latihan
Kursus ini terbahagi kepada tujuh sesi;
Ceramah
Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Menuju Cahaya
Solo Drop
Jungle Tracking
Riadah
Tayangan Gambar Hati Malaya
Pelaksanaan Aktiviti
Ceramah
a) Survival Lesson
Para peserta diajar secara teori untuk mengenal jenis jenis buah buahan, daun
daunan, kulat, dan berbagai bagai hidupan hutan yang boleh dimakan dan yang
tidak boleh dimakan, dimana para jurulatih yang mahir dalam bidang kehutanan
akan menunjukkan bentuk dan jenis hidupan (binatang) dan tumbuhan hutan yang
berbisa atau pun tidak. Penggunaan khemah sebagai tempat berteduh juga
merupakan masalah kepada peserta yang tidak pernah menggunakannya, maka

satu sesi demontrasi di adakan untuk menunjuk cara cara memasang dan
mengguna kelengkapan perkhemahan.
b) Compass & Orientering Merching
Jurulatih akan menunjuk ajar cara cara bagaimana menggunakan kompas bagi
menentukan kedudukan sesuatu arah yang akan dituju dalam perjalanan dihutan
belantara, dimana para peserta diajar bagaimana menentukan kedudukan arah
utara, selatan, timur dan barat disamping kaedah bagaimana membaca arah bering
sesuatu kedudukan atau arah tuju.
Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
LDK terdiri daripada 5 slot iaitu;
LDK 1 - Takruf
LDK 2 Rumusan Survival Lesson
LDK 3 Praktikal dan rumusan Compass & Orientering Marching
LDK 4 - Kepimpinan (Kalah/Menang)
LDK 5 - Pidato (komunikasi berkesan)
Para peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil
LDK 1 Takruf
Para pesrta akan bersama fasilitator mengikut kumpulan masing masing untuk
berkenalan secara lebih dekat berkaitan pengenalan peribadi dan biografi masing
masing.

LDK 2 - Rumusan Survival Lesson


Peserta akan bercerita tentang falsafah dan pengajaran yang diperolehi daripada
pembelajaran berkaitan dengan survival, terutamanya dalam proses masak
memasak, memasang khemah dan hidup dalam suasana berpasukan. Setelah
selesai pembentangan daripada peserta, maka fasilitator akan merumuskan
berkaitan dengan survival sebagai seorang manusia, cabaran dan rintangan yang
perlu ditempuhi
LDK 3 Praktikal dan Rumusan Compass & Orientering Marching

Peserta diberi tugasan yang perlu dilaksanakan berdasarkan teori penggunaan


kompas. Mereka akan diberikan tiga point yang perlu diikuti berdasarkan bering dan
jarak yang perlu dituju. Pada mengamalkan pembelajaran ini mereka diberi arah tuju
yang perlu dilaksanakan iaitu arah untuk mencari tempat dimana bahan bahan
makanan tersimpan. Andainya mereka gagal menemui sasaran berasaskan
maklumat yang dibekalkan bererti mereka akan kelaparan
LDK 4 - Kepimpinan (kalah/menang) - Bingo
Dalam sesi ini para peserta dibahagi kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan wanita
dan lelaki. Mereka diasingkan sebelah menyebelah untuk melakukan tugasan iaitu
permainan berbentuk bingo, iaitu pertandingan atau perlawanan untuk mendapat
markah. Para pelajar diberi tiga set kertas petak 36 untuk bersaing diantara
kumpulan lelaki dan wanita dalam menentukan jumlah markah yang terbanyak.
Persaingan yang sehat tidak dilarang bahkan digalakkan, tetapi persaingan yang
terlampau dan diluar batas batas peraturan dan nilai nilai kemanusiaan adalah
terlarang dan tidak mendatangkan faedah kepada diri sendiri, kumpulan, organisasi,
masyarakat dan negara
LDK 5 Komunikasi berkesan (pidato)
Para peserta diarahkan berada dalam kumpulan masing masing (enam kumpulan
kecil) untuk menjalankan gerakerja selanjutnya. Setiap kumpulan diberikan tugasan
iaitu satu tajuk pidato berkaitan dengan kenegaraan khususnya patriotik dimana
setiap kumpulan dikehendaki menyediakan persembahan pidato berangkai. Setiap
ahli kumpulan wajib menyertai pidato dengan menyambung pidato yang telah
disampaikan oleh rakan sepasukannya.
Pencarian Cahaya ( Liminance Drill)
Pelajar dikehendaki berjalan malam berpasukan/berkumpulan kecil dalam keadaan
yang gelap gelita dan hujan renyai renyai dikawasan hutan yang berbukit melalui
denai/laluan yang kecil tanpa lampu dan hanya berpedomankan cahaya kelipan
lampu dihadapan (yang disediakan oleh jurulatih). Mereka akan dilepas selang 10
minit bagi setiap kumpulan dan dikehendaki menuju kepada cahaya yang malap dan
berkelipan.

Solo Drop
Sebagaimana Pencarian Cahaya, Solo Drop juga menguji ketahanan dan kesabaran
individu untuk berdepan dengan kegelapan malam dan suasana yang seram dan
menakutkan, dimana para pelajar dikehendaki berjalan malam secara berseorangan
yang dalam keadaan yang gelap gelita hanya berpandukan tali yang direntangi di
sepanjang laluan yang berhutan dan berbukit
Jungle Tracking
Sebagaimana yang terdapat dalam rakaman DVD, Jungle Tracking terbahagi
kepada tiga tahap, iaitu; menaiki/melalui kanopi yang tergantung tinggi, melalui dan
menuruni cerun dan kaki bukit dan tahap ketiga ialah menyusur sungai dengan cara
berakit atau menggunakakan pelampung tiup getah. Semasa melalui denai dan
cerun cerun dan menyemberangi anak anak sungai, para peserta terpaksa melalui
tiga check point yang berasingan, dan setiap check point akan disoal beberapa
soalan dan arahan sebelum peserta dilepaskan untuk meneruskan perjalanan
kepada check point selanjutnya. Di check point pertama, setiap kumpulan akan
ditanya berkaitan dengan kenegaraan, di check point kedua berkaitan dengan
keagamaan dan selanjutnya di check point ketiga setiap kumpulan diarahkan untuk
memilih salah seorang ahli kumpulan untuk disisih dan disingkirkan dari kumpulan
mereka.
Riadah
Para peserta kursus diajar cara cara berkawat dan beriadah untuk kesihatan fizikal
dan ketahan mental, dimana mereka sering diberi penekanan berkaitan disiplin dan
peraturan dalAm berkumpulan dan berpasukan. Mana mana yang melanggar
peraturan akan didenda dan dihukum dengan ketuk ketapi dan berbagai bagai
tekanan untuk menguji pelajar/pelatih samaada dapat mengawal perasaan atau
tidak
Tayangan gambar - HATI MALAYA
Di penghujung kursus, para peserta dihidangkan dengan satu tayangan gambar
yang bertajuk HATI MALAYA, yang merupakan sebuah filem yang berkaitan
dengan perjuangan menuntut kemerdekaan oleh para pejuang tanah air terhadap
penjajahan British.

BAB III
PENDEKATAN PENILAIAN YANG DIRANCANG
Objektif Penilaian
Penilaian ini mempunyai tiga objektif, iaitu;
i) Untuk mengukur tahap kepuasan peserta setelah mengikuti kursus Bina Negara
Mahasiswa Lanjutan MPP Universiti Malaysia Kelantan
ii) Untuk mengukur tahap perubahan pengetahuan (berkaitan kepimpinan) peserta
terhadap program latihan yang telah di ikuti
iii) Untuk mengukur tahap keberkesanan modul latihan yang diamalkan oleh BTN
Cawangan Kelantan
Model Penilaian yang akan digunakan
Kajian ini akan menggunakan Model Penilaian Kirkpatrick (1998) melalui Penilaian
Empat Tahap iaitu tahap Reaksi, Pembelajaran, Tingkah laku dan Keberhasilan

Rational penggunaan Model Kirkpatrick


Model ini telah digunapakai sebagai rekabentuk terawal susun atur untuk penilaian
latihan dalam for-profit organization lebih tiga puluh tahun yang lalu, dimana
pengaruh populariti model ini dapat dilihat daripada beberapa faktor;
i) Model ini telah memperkenalkan keperluan kepada keprofesionalan latihan untuk
memahami proses penilaian latihan yang berbentuk sistematik. (Shelton & Alliger,
1993). Ianya melengkapi sistem yang terus terang (straightforward system) atau
dalam bahasa yang mudah, model ini digunakan berkaitan dengan outcome latihan
dan jenis informasi yang membolehkan ianya melengkapi untuk menilai terhadap
keluasan mana mana program latihan bagi pencapaian matlamat
ii) Model ini telah menegaskan bahawa informasi terhadap outcome ditahap empat
merupakan tahap yang sangat bernilai atau informasi diskriptif berkaitan latihan yang
telah dicapai. Bagi para profesional latihan dalam organisasi, fokus keperluan yang
utama ini adalah begitu sepadan dengan orientasi keuntungan yang competatif dari
penajanya. Model empat tahap ini sesungguhnya telah memberikan
cara/kaedah/jalan kepada jurulatih dalam organisasi untuk pencapaian apa yang

mereka lakukan dalam terma perniagaan.


iii) Populoriti model empat tahap ini juga merupakan fungsi terhadap potensinya bagi
memudahkan proses yang komplek dalam penilaian latihan. Model ini melakukan
beberapa kaedah; menggambarkan panduan yang jelas berkaitan jenis jenis
persoalanan dan kriteria yang bersesuaian, dan mengurangkan tuntutan pengukuran
terhadap penilaian latihan
Model Kirkpatrick telah memberikan sumbangan yang sangat bernilai kepada
pemikiran dan pengamalan dalam bidang penilaian latihan. Ianya membantu
memfokuskan amalan dalam penilaian latihan bagi pencapaian outcome, (Newstom,
1995), telah menggalakkan penekanan bahawa pengukuran single outcome tidak
membayangkan kecukupan terhadap program latihan sesebuah organisasi yang
sangat komplek, dan menegaskan betapa pentingnya menyelidiki kepelbagaian
pengukuran bagi keberkesanan sesuatu latihan. Model ini juga memberikan
kesedaran betapa pentingnya memikirkan tentang penilaian dalam terma sesuatu
perniagaan, (Wang, 2003). Berdasarkan kepada Model Penilaian Kirkpatrick (1998),
pada asas nya keempat empat tahap adalah penting untuk memberikan informasi
yang bernilai. Meskipun tahap 1, dimana ianya kelihatan seolah olah
menggambarkan tahap kepuasan peserta sahaja, tetapi ia sebenarnya membantu
jurulatih (trainer) untuk menentukan bagaimana keberkesanan program latihan dan
bagaimana ianya boleh di pertingkatkan. Giber et al. (2000) telah menyelidiki
program pembangunan kepimpinan mendapati 93% diukur melalui reaksi, 33%
pembelajaran, 86% perlakuan, dan 73% hasil, dan menegaskan bahawa the
success of leadership development program should be observed in how
participants use their education and respond to it.
Yang lebih utamanya model ini membincangkan bagaimana dan mengapa (why)
atau sebab sesuatu penilaian itu perlu dilaksanakan, iaitu objektif penilaian itu
sendiri.
Daripada kajian literatur yang terkini adalah didapati bahawa;
a) Kirkpatricks model is the oldest and has been the most reviewed since its
inception in 1959 (Naugle, Naugle, & Naugle, 2000). Many more recent models may
be considered to be variations thereof (Tamkin, Yarnall, & Kerrin, 2002).
b) Kirkpatricks model is capable of reducing the risk of reaching biased conclusions
when evaluating training programs (Galloway, 2005). Although the model has been

in use for decades, scholars have criticized it for its over-simplification of what
evaluating training programs involves and its lack of consideration of the various
intervening variables that affect learning and transfer (Tamkin, Yarnall, & Kerrin,
2002; Reeves & Hedberg, 2003). Aldrich (2002) remarks that it focuses only on
whether outcomes have been achieved. In order to address these limitations, Clark
(2008) suggests that the model should have been presented by Kirkpatrick as both a
planning and an evaluation tool and should be flipped upside-down to re-organize
the steps into a backwards planning tool. Still, the model is seen as offering flexibility
to users as it permits them to align outcomes of training with other organizational
tools (e.g., company reports and greater commitment of employees) (Abernathy,
1999). Though the model has been used for decades in the evaIuation of
commercial training programs, some scholars have suggested its use for research
studies of academic programs and have used it for the purpose (Tarouco & Hack,
2000; Boyle & Crosby, 1997), while others have suggested a combination of the
model with other professional development tools (Grammatikopoulos, Papacharisis,
Koustelios, Tsigilis, & Theodorakis, 2004). In particular, level four of Kirkpatrick s
model is highly relevant to distance learning as it seeks tangible evidence that
learning has occurred, as does level two (Galloway, 2005). This researcher has
found the model to be relevant and useful in evaluating the impact of a distance
education program.
Kritikan Terhadap Pendekatan Penilaian D.L Kirkpatrick
1. Annabel Jackson Associates menyatakan bahawa kebanyakan penilaian untuk
Peringkat Reaksi menggunakan Borang Penilaian (happy sheets), maka terdapat
beberapa persoalanan yang timbul, iaitu;
Latihan boleh mencapai kadar yang positif tetapi masih gagal menemukan objektif
yang sebenarnya
Tindakbalas pelatih hanya berdasarkan perasaan dan persepsi pelatih sahaja
Reaksi merupakan sesuatu yang subjektif
Tindakbalas peserta merupakan tindakan superficial sahaja
Soalan soalan yang dikemukakan boleh menjuruskan kepada penulisan yang
lemah
Scoring tendency, mungkin berbeza diantara pelatih dengan pelatih yang lain
2 Fred Nickols (2000), melalui The Structure of the Training Evaluation Problem

mempersoalkan diperingkat Penilaian Pembelajaran What principle, facts and


techniques were understood and absorbed by the conferees?. Apakah yang pelatih
tahu atau buat boleh diukur disepanjang dan diakhir program latihan tersebut,
sebaliknya hasil pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi diukur hanya
disepanjang program latihan sahaja, Pelatih memasuki tahap pengetahuan dan
kemahiran mesti juga diketahui atau diukur, iaitu penilaian pembelajaran sepatutnya
diukur diperingkat sebelum, sepanjang dan selepas program latihan berjalan.
3 Diperingkat penilaian perlakuan, Nickols mengkritik bahawa perubahan perlakuan
dalam pekerjaan (on-the-job behavior), Kirkpatrick tidak sebenar benar
mengemukakan pentafsiran kepada elemen perubahan dalam kajiannya, namunpun
begitu, pentafsirannya yang ada hanya semata mata diambil dari kata demi kata
(verbatim) dari penulisan Kirkpatrick artikal keempat dan terakhir. Yang nyatanya,
setiap penilaian terhadap perubahan perlakuan dalam pekerjaan (on-the-job
behavior) mesti berlaku (occur) dalam tempat kerjanya, sedangkan mengikut
Kirkpatrick perubahan perlakuan berlaku dan dikuasai oleh pelatih semasa latihan,
samada mereka memindahkan atau tidak ketempat kerja.
4 Diperingkat kesan / hasil, Phillips (1997) menyatakan bahawa kesan diperingkat
organisasi umumnya bergantung kepada empat kategeri;
i) Peningkatan output
ii) Penjimatan masa
iii) Penambahan kualiti
iv) Penjimatan kos
Justeru itu, dalam membuat penilaian terhadap hasil / kesan adalah sukar jika
dibanding dengan penilaian terhadap peningkatan kemahiran. Masalah yang
besarnya dalam pengukuran perubahan hasil organisasi ialah membina rangkaian
kembali kepada program latihan.
BAB IV
PELAKSANAAN PENILAIAN
Kaedah Penilaian Yang Akan Dilaksanakan
Instrumen tinjauan telah dikenalpasti sebagai alat pengumpulan data yang sangat
populor dalam pengukuran outcome dan penilaian (Champagne, 2006; Newcomer &
Allen, 2008). Walau bagaimana pun tumpuan hanya kepada satu tool sahaja akan
menimbul masalah dalam terma untuk pencapaian persefahaman secara mendalam

terhadap fenomena yang menyebabkan penemuan yang condong (Lee & Pershing,
2002). Penyelidik adalah dinasihatkan agar menerima strategi yang pelbagai
(Reeves & Herdberg, 2003; Newcomer & Allen, 2008)
Justeru, kajian ini akan menggunakan gabungan tiga kaedah; kuantitatif dengan
reka bentuk tinjauan (survey) melalui data borang soal selidik, kaedah kualitatif
melalui data temubual terhadap responden; pelajar, fasilitator dan jurulatih yang
terlibat dalam komponen latihan dan kaedah pemerhatian turut serta, secara
penilaian sumatif dan formatif. Gabungan diantara kaedah kuantitatif dan kualitatif ini
merupakan pendekatan yang boleh mengkompensetkan/kambus (compensate)
kelemahan yang wujud diantara salah satu daripada pendekatan yang digunakan,
(Punch, 2005).

Alat pengumpulan data


Alat atau instrumen untuk pengumpulan adalah melalui tiga cara;
i) Borang soal selidik untuk tujuan mengumpul segala maklumat mengenai
demografi responden, persepsi responden terhadap kepuasan dan perubahan
pengetahuan
ii) Temubual dilakukan untuk mendapat maklumat berkaitan latar belakang dan
tujuan program latihan daripada pihak penganjur/pelaksana
iii) Pemerhatian Turut Serta dilakukan untuk mendapat maklumat yang terbentuk
atau berlaku secara semulajadi. Sesuai untuk mengkaji secara terus akan perlakuan
peserta latihan, fasilitator, jurulatih dan keadaan persekitaran pembelajaran. Item
penilaian ini dengan menggunakan borang checklist dan rakaman video
Strategi pengumpulan data
a) Data kuantitatif dikumpul melalui penerimaan balik borang soal selidik yang
diedarkan kepada responden selepas tamat program latihan, dimana peruntukan
masa diberikan selama satu jam bagi peserta mengisi borang tersebut sebelum
majlis perasmian penutupan program latihan dan penyampaian sijil penyertaan
b) Data kualitatif dikumpul melalui imbas kembali rakaman temubual yang
dilaksanakan semasa program latihan sedang berjalan
c) Data maklumat khusus pemerhatian turut serta dikumpul melalui imbas kembali

rakamam video, yang merangkumi rakaman temubual dan rakaman keseluruhan


perjalanan kursus

BAB V
ANALISA DATA
Kaedah penganalisaan data dengan menggunakan dua kaedah, iaitu kaedah
statistik deskriptif dan inferan.
i) Data yang dipungut melalui soal selidik akan dianalisa menggunakan pakej
perisian Statistical Packages For Socail Science atau SPSS versi 11.5. Statistik
Deskriptif akan digunakan untuk meringkaskan data dan memberi maklumat dalam
bentuk yang dapat menerangkan data dengan jelas dan mudah (Mohd. Majid
Konting, 1994). Ujian statistik yang akan digunakan dalam analisis hipertisis kajian
adalah korelasi Person r, untuk mendapat hubungan antara pemboleh ubah, Ujian-t
dan ANOVA sehala (one-way ANOVA) bagi mendapatkan perbezaan antara min.
Menurut Majid Konting (1994) ujian-t sangat berkuasa dalam menentukan
perbezaan antara dua min pemboleh ubah. Paras signifikan, p = 0.05 adalah
digunakan dalam kajian penilaian ini. Penggunaan paras signifikan 0.05 merupakan
amalan biasa kepada penyelidik sains sosial ( Ary, Jacob & Razavieh, 2003).
Menurut Sheridan & Lyndall (2003), andaian andaian perlu dibuat untuk
pemprosesan data kajian. Antaranya adalah dari segi jenis skala pengukuran yang
digunakan mestilah skala ordinal dan skala nominal. Skala Likert lima mata
digunakan dalam bahagian ini.
ii) Data yang di pungut melalui temubual akan di analisa dengan kaedah matrik (Mile
& Huberman, 1994), setelah data direkodkan dan ditulis kedalam transkrip secara
verbatim untuk pembentukan tema atau kategori
iii) Data pre-test dipungut melalui borang soal selidek yang telah dihantar kepada
responden seramai 30 orang pelajar yang tidak ikut serta dalam program latihan dan
dalam masa yang sama ianya dijadikan kajian rintis untuk memastikan instrument
kajian atau item soal selidik yang akan digunakan nanti adalah bersesuaian dari segi
kebolehpercayaan (reliability) dalaman dan (valid) kesahan (Sekaran, 2003).
Ketekalan dan kebolehpercayaan dalaman instrumen diuji dengan analisis Cronbach
Alpha. Nilai alfa yang menghampiri 1.0, menunjukkan kebolehpercayaan dalaman
yang tinggi, manakala nilai alfa yang kurang daripada 0.7 menunjukkan

kebolehpercayaan yang lemah.

BAB VI
LAPORAN PENILAIAN
Pendekatan laporan
a) Maklumat yang dikumpul melalui borang soal selidik akan dianalisis melalui
pendekatan penilaian kuantitatif secara statistik sebagaimana contoh dapatan
digambarajah 1 dan 2
Gambarajah 1
Bil Item Aras Min %
1 Persekitaran Kem 1 3.8 76.0
2 Pengurusan Latihan (logistik) 1 4.1 82.0
3 Perkhidmatan Makan minum 1 3.7 74.0
4 Keberkesanan Modul latihan 1,2,3 4.3 86.0
5 Keberkesanan Tenaga pengajar 1,2,3 4.1 82.0
6 Perubahan Pengetahuan 3 4.4 88.0
Gambarajah 2
Bil Aras Min %
1 Tahap Kepuasan Peserta 4.0 80.0
2 Tahap Keberkesanan Modul Latihan 4.2 84.0

3 Tahap Perubahan Pengetahuan (kepimpinan) 4.3 86.0

b) Maklumat yang dikumpul melalui temubual akan dianalisis melalui pendekatan


penilaian kualitatif berasaskan tema yang dibentuk sebagaimana contoh;
Soalan; Apakah pandangan anda terhadap kursus atau program latihan yang
dianjurkan oleh BTN ini?
Jawapan: Saya sangat bangga dengan terpilihnya mengikuti kursus ini, kerana ianya
dapat memberi pengalaman, pengajaran dan pembelajaran yang sangat berguna.
Ianya berbeza dengan tanggapan saya sebelum ini, bahawa kursus anjuran BTN
adalah berbentuk politik ala komando.
c) Catatan yang terdapat dalam kajian ini, yang bermula dari halaman 5-10 berkaitan
tajuk; Aktiviti Program Latihan dan Pelaksanaan Aktiviti merupakan dapatan kajian
penilaian Pemerhatian Turut Serta
Audien laporan
Laporan ini berkepentingan untuk perhatian dan tindakan;
i) Peserta Latihan
ii) Fasilitator dan Jurulatih
iii) Unit dan Bahagian Latihan (Agensi pelaksana dan penganjur - BTN dan UMK)
Perkara penting yang akan dilaporkan
Berdasarkan kepada penemuan penilaian adalah didapati bahawa;
a) Tahap kepuasan peserta terhadap Persekitaran kem dan Perkhidmatan makan
minum adalah rendah berbanding Modul latihan dan Tenaga pengajar
b) Pengurusan Latihan dan logistik adalah memuaskan
c) Tahap Kepuasan peserta, Perubahan pengetahuan dan Keberkesanan Modul
adalah memuaskan dengan purata 4.17 atau 83.33%
d) Terdapat perkaitan diantara Keberkesanan Modul Latihan dan Kepuasan Pelajar
dengan Perubahan Pengetahuan, dimana Modul yang baik dan Kepuasan Pelajar
yang memuaskan akan menghasilkan Peningkatan Pengetahuan Pelajar ( min: 4.17
atau 83.33%)

Cadangan Penilaan Lanjutan


Disebabkan penilaian ini mempunyai batasan yang tertentu, maka penilai
mengemukakan cadangan penilaian lanjutan untuk mendapatkan kesahan yang
tinggi terhadap penilaian ini. Penilaian ini menggunakan item soal selidik yang
berbentuk pernyataan, tanpa merujuk kepada tahap piawai (standard) atau kriteria.
Penilaian lanjutan boleh dilakukan dengan perbandingan tahap piawai untuk
mendapat result yang sebenar (sah)

BAB VII
PENUTUP
Ringkasan Perancangan Penilaian Latihan
Perancangan penilaian ini adalah berasaskan gabungan tiga kaedah, iaitu
kuantitatif, kualitatif dan pengunaan rakaman DVD. Keadaan ini menyebabkan
penggunaan masa dan wang agak besar bagi pencapaian matlamat dan objektif
penilaian
Kesimpulan Penilaian
Program Latihan yang dilaksanakan oleh BTN ini adalah berkesan dan memuaskan,
dimana perubahan pengetahuan berada ditahap memuaskan (min: 4.3 @ 86.0%)
dan ianya boleh diteruskan dengan beberapa penambahbaikan terhadap
Persekitaran kem dan Perkhidmatan makan minum.

RUJUKAN
Annabel Jackson (2002) Guide to Evaluating Training and Learning Programmes.
Annabel Jackson Associates . Lyncombe Hill
Asma Ahmad (2008) Rekabentuk Latihan. Jabatan Pemajuan Profesional dan
Pendidikan Lanjutan. Serdang : UPM
Berwyn Clayton (1999) What of Training Evaluation Beyond 2000?. Research and
Evaluation, Canberra Institute of Technology.
Blooms Taxonomy Learning Domains . Design and Evaluation Toolkit for Training
and Learning, from http://businesballs.com/trainingprogramevaluation.htm
Buku Program dan Peraturan Tetap (2004). Kursus Kenegaraan. BTN : Jabatan
Perdana Menteri, Putrajaya
Businessballs Space. Training Programme Evaluation: Training and Learning
Evaluation, Feedback Forms, Action Plans and Follow-Up, from
http://businessballs.com/trainingprogramevaluation.htm
Carter McNamara (Copyright 1997-2008). Complete Guidelines to Design Your
Training Plan, Authenticity Consulting. LLC. from
http://www.managementhelp.org/trng_gev_plan.htm
David D. Williams . Evaluation of Learning Objects and Instruction Using Learning
Objects.
Donald L Kirkpatricks (1994) Evaluation Training Program. The Four Levels . Berrett
Koehler. San Francisco
Dr. Shamsuddin Ahmad (2002) Program Evaluation : Theory and Practice. Universiti
Putra Malaysia
Fred Nickols (2000) Evaluation Training; There is no cookbook approach, from
http://home.att.net/~nickols/evaluation.htm
Ibrahim Mamat (1996) Reka Bentuk dan Pengurusan Latihan. Kuala Lumpur Dewan
Bahasa dan Pustaka
Jenny Neale & Karilyn Andrew. (2005) Evaluating an Evaluation Course. Evaluation
Journal of Australasia, Vol. 5 N0. 2, 2005, pp 32-40
Junaidah Hashim (2002). The Influence Of Training Evaluators Characteristics on
Evaluation Practices In Malaysia. The International Islamic University Malaysia. IIUM
Journal of Economics and Management 10, no 2 (2002)
Paul L. Schumann & Rakan rakan (2001). A Framework for Evaluating Simulations
as Educational Tools. Minnesota State University, Mankota. Develpoments in

Business Simulation and Experimential Learning, Vol. 28, 2001


P. Rajeev, M.S. Madan & K. Jayarajan (2009). Revisiting Kirkpatricks Model an
Evaluation of an Academic Training Course. Indian Institute of Spices Research,
Marikunnu PO, Calicut. India. Current Science, Vol. 96, NO 2, 25 January 2009
Reid Bates (2004). A Critical Analisis of Evaluation Practice : The Kirkpatrick Model
and the Principle of Beneficence. Lauisiana State University, Baton Rouge, LA, USA.
Evaluation ang Program Planning 27 (2004) 341-347
Ruth Aluko (2009). The Impact of an Advanced Certificate in Education (ACE)
Program on the Professional Practice of Graduates. University Of Pretoria, South
Africa. International Review of Research in Open and Distance Leraning, Vol. 10,
Number 4. ISSN: 1492-3831

You might also like