TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA
DASAR DAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
EDUCATION POLICY AND DEVELOPMENT PENDIDIKAN §
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MALAYSIA
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA
AARAS 8, BLOK EB, KOMPLEKS E
LEVEL 3, BLOCK E8, COMPLEX E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Tel
(62604 PUTRAJAYA Faks
MALAYSIA Portal
Ruj. Kami: KPMSP.100-11/2/76 Jid 2 (1 )
Tarikh 11 Oktober 2016
Semua Pengetua
Semua Guru Besar
YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
KAJIAN STOCKTAKE TERHADAP APLIKASI YANG DIGUNAKAN DI SEKOLAH-
SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
akan melaksanakan satu kajian stocktake tethadap aplikasi yang digunakan di
sekolah. Kajian ini akan dilaksanakan secara dalam talian merangkumi semua
aplikasi yang dibangunkan oleh Bahagian, JPN, PPD, sekolah dan pihak swasta.
3. Untuk makluman pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan, kajiarf” tersebut
bertujuan mengenal pasti perkara-perkara yang berikut:
i. aplikasi yang digunakan di sekolah;
ii. punca kuasa arahan penggunaan aplikasi tersebut;
ili, _ keperluan menggunakan aplikasi tersebut;
iv. guru yang terlibat dalam kemasukan data; dan
v. _ kekerapan penggunaan aplikasi tersebut.
4. Kajian ini akan dilaksanakan di seluruh negara bermula 11 Oktober 2016
sehingga 24 Oktober 2016 melalui laman sesawang di alamat
https:/www.surveymonkey.com/rlapsekolah.
5. Hasil kajian ini akan dapat memberi input kepada KPM berhubung aplikasi
yang benar-benar perlu digunakan di sekolah dan aplikasi yang perlu dihentikan
penggunaannya
MALAYSIA-RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
PEOPLE FIRST PERFORMANCE NOW6. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah
dimohon untuk = melengkapkan soal_selidik —_kajian_tersebut. YBhg.
Dato'/Datin/Tuan/Puan juga dimohon untuk memastikan kajian ini dilaksanakan di
sekolah mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
7. Bersama-sama dengan ini dilampirkan manual pengguna sebagai panduan
melaksanakan kajian tersebut. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila
berhubung dengan urus setia seperti yang berikut.
a. En. Sazril bin Murshid
Telefon —: 03-8872 1457
Emel : sazril_murshid@moe.gov.my
b. En, Mohd Isrul bin Esa
Telefon 1 03-8884 6358
Emel : Ierul.esa@moe.gov.my
Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan amatiah
dinargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
DATO’ Ss HAIRIL BIN HAJI AWANG
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia