Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT

DEPARTMENT OF QUANTITY SURVEYING

UICI 2022 SAINS, TEKNOLOGI DAN MANUSIA


ULASAN VIDEO PROJEK-PROJEK MEGA

NAMA PENSYARAH: DR. NORHIDAYU BINTI MUHAMMAD ZAIN

NAMA: CHONG XIAO QI


MATRIKS NO: A15BE0026
NO KAD PENGENALAN: 950328-07-5866

PENDAHULUAN
Video ini telah menceritakan projek-projek yang mega di seluruh dunia. Projek mega
merupakan projet yang mempunyai pelaburan yang banyak, iaitu berkos sebanyak US$ 1
billion ke atas. Projek yang mega juga boleh diiktiraf dengan projek tersebut teleh menarik
tarikan yang tinggi dari awam dan juga politik. Dalam era globalisasi ini, teknologi dalam
bidang pembinaan adalah semakin canggih kerana terdapat banyak projek yang mega seperti
Burj Khalifa telah dibina. Projek-projek mega di seluruh dunia memerlukan tenaga yang
banyak dan juga teknologi yang canggih supaya dapat dibina dengan lancar dan cantik.
Keunikan dan kecantikan bangunan dan infrastruktur yang dibincang dalam video ini
merupakan kebanggaan manusia kerana projek-projek tersebut susah untuk dilaksanakan
tanpa mempunyai ilmu tentang teknologi dan sains seta kebijaksaan manusia.

ISI KANDUNGAN
Dalam video tersebut, terdapat banyak projek-projek mega dilaksanakan ataupun dibinakan
untuk meningkatkan taraf hidup manisia, memberi kemudahan kepada penduduk dan juga
meningkatkan kedudukan ekonomi di seluruh dunia. Sebagai contohnya, projek Maglev High
Speed Train di Jepun. Maglev merupakan singkatan dari perkataan magnetic levitation. Speed
train ini menggunakan kuasa magnet untuk menggerakkan kenderaan tersebut tanpa
kenderaan tersebut menyentuh dengan landasan dan telah meningkatkan kelajuan speed train
ini. Projek ini telah meningkatkan taraf hidup manusia di Jepun kerana penduduk di Jepun
dapat bertolak ke satu tempat dari satu tempat dengan cepat dan selamat. Penduduk di Jepun
amat bergantung kepada speed train ini untuk pergi bekerja, belajar dan juga melancong.
Speed train mempunyai kelajuan sebanyak 603km/j telah menjimatkan masa penduduk di
Jepun dan juga meningkatkan taraf hidip mereka.

Gambar Rajah 1: Speed train (Shigansen) di Jepun

Terdapat faktor-faktor yang telah merangsangkan projek-projek mega ini, salah satu adalah
peningkatan manusia mempunyai kenderaan yang tersendiri. Hal ini berlaku di China dan
projek-projek mega telah dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah ini. Lebuh raya di
negara China merupakan sistem lebuh raya yang terbesar ataupun terpanjang di dunia, ia
telah melebihi panjang lebuh raya di Amerika. Peningkatan penduduk di China mempunyai
kenderaan sendiri telah menyebabkan kerajaan China melaksankan projek ini. Mengapakah
bilangan penduduk China dapat membeli kenderaan sendiri semakin tinggi? Ekonomi di
China yang telah meningkat terlampau tinggi pada tahun 1985 sehingga 2015 telah
meningkatkan kuasa beli penduduk China. Pelakasanaan projek lebuh raya di China ini telah
menyelesaikan masalah ini kerana kesesakan trafik telah diubahkan.

Gambar Rajah 2: Kesesekan Lalu Lintas di China

Di samping itu, projek-projek mega ini bukan sahaja tumpukan kepada sebuah bangunan
sahaja. Terdapat satu projek yang mega telah dilaksanakan dengan merangkumi sebuah
bandar, iaitu Songdo International Business District di Seoul, Korea Selatan. Pelaksanaan
projek ini menggunakan dua konsep utama, dan kedua-dua konsep ini amat menitikberatkan
infrastructure dan kemudahan dalam kawasan perdagangan ini. Konsep pertama ialah
Aerotropolis. Aerotropolis bermaksud membina lapangan kapal terbang di pusat bandar tetapi
bukan di pinggir bandar. Pembinaan lapangan terbang di pusat bandar akan memberi faedah
kepada para penduduk dan juga kepada pelabur asing di kawasan perdagangan ini. Mereka
hanya menggunakan masa yang singkat untuk bertolak ke lapangan terbang. Konsep yang
kedua adalah uniquitous city, iaitu menggunakan komputing wireless untuk menggabungkan
telefon pintar dan juga sistem di rumah. Sebagai contohnya, penduduk dapat mengawal alatan
ataupun perabot dengan melalui sistem komputing wireless ini. Kedua-dua konsep yang amat
mengutamakan dalam projek ini bukan sahaja memberi keselesaan kepada penduduk,
malahan juga memberi peluang bekerja kepada penduduk, meningkatkan ekonomi negara.
3

Selain itu, pelaksanaan projek ini telah menarik 4 universiti America Syarikat membuka
cawangan di Seoul dan ini telah meningkatkan peluang belajar dalam kalangan pelajar.

Gambar Rajah 3: Songdo di Korea Selatan

Projek mega yang tersusun akan membawa banyak kebaikan kepada sosial, politik, agama
dan juga manusia. Projek Masdar City ini yang terletak di UEA, telah memberi manfaat
ataupun faedah yang banyak kepada sosial dan juga manuisia. Untuk menggurangkan
pencemarana dan juga penggunaan tenaga, projek Masdar City ini menggunakan konsep zero
carbon dan juga zero waste untuk membina bandar ini. Pembaziran akan dikurangkan kerana
reka bentuk bangunan-bangunan di bandar ini menggunakan kaca dan juga dinding yang
berlubang supaya cahaya matahari dapat terus masuk ke bangunan. Selain itu, sistem
pengangkuatan seperti bas buukan sahaja memberi kemuadahan kepada penduduk dalam
bandar bahkan juga mengurangkan pengeluaran karbon monosida. Walaupun projek mega
dapat membawa kebaikkan kepada manusia, tetapi juga akan membawa keburukan kepada
aspek-aspek yang tertentu. Pembinaan terusan yang menggabung Eropah dan Asia di
Nicaragua telah menyebabkan pencemaran yang serius di tasik Cocibolca. Tasik ini
merupakan sumber air utama kepada penduduk di tengah Amerika. Pembinaan terusan ini
diketuai oleh seorang usahawan China iaitu Wang Jing. Terdapat satu demotrasi telah
diadakan oleh penduduk di Nicaragua yang berharap projek ini dapat dirancang semula
supaya masalah pencemaran tasik dapat diselesaikan.

Mega projek ITER, iaitu International Thermonuclear Experimental Reactor. Projek ini
merupakan kajian tentang mencipta tenaga sumber terbaru dengan menggunakan kuasa
magnet. Mesin ini yang dapat menghasil 500 megawatt dalam beberapa saat. Projek ini
disertai oleh 7 negara, iaitu Eropah Union, India, Jepun China, Russia, Korea Selatan dan
4

Amerika Syarikat. Terdapat satu organisasi tenaga atom di Iraq bersetuju untuk menyertai
ITER ini dan pihak Iraq ini telah menjalankan kerja permulaan bagi ITER pada tahun ini.
Tempoh untuk menyiapkan projek ini mungkin memerlukan masa yang panjang kerana
penghasilan kuasa ini merupakan satu projek yang rumit dan amat memerlukan masa dan kos
yang tinggi. Walaubagaimanapun, projek ini akan memberi manfaat kepada manusia seluruh
dunia sekiranya projek ini dapat berjaya dibina dan juga dihasilkan.

Gambar Rajah 4: Mesin penghasilan Tenaga

PENUTUP
Kesimpulannya, projek-projek mega yang berada di atas merupakan kebanggaan manusia.
Kepintaran manusia dalam teknologi, sains dan seni bina amat luas dan juga menarik. Selain
itu, sekiranya projek-projwk mega ini tidak dilaksanakan, ekonomi seluruh dunia mungkin
tidak akan maju. Dalam pendapat saya, sebahagian projek dalam video ini seperti Masdar
City dan King Abdullah Economic City mungkin terlalu tidak benar kerana konsep dan
design terlalu canggih jika berbanding dengan sekarang, namun begitu, saya masih berasa
projek-projek tertentu dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana konsep-konsep untuk
membina dan melaksanakan projek ini amat mengkagum dan juga akan memberi manfaat
yang banyak kepada manusia ataupun penduduk.
Selain itu, projek-projek mega seharusnya dirancang dengan baik seperti kemasan projek
tapak. Kontraktor seharusnya mempunyai rancangan yang baik dan memastikan tidak
merosakkan alam persekitaran. Pengawalan qualiti juga harus selalu dilaksanakan semasa
pembinaan untuk memastikan keadaan projek dan juga keselamatan pekerja dan awam.
Seterusnya, kerajaan seharusnya menetapkan undang-undang yang tegas dan berpatutan
kepada sektor pembinaan supaya pekerja-pekarja dalam sektor pembinaan dapat
melaksanakan kerja mereka dengan teliti dan tidak melanggar apa-apa undang.

Rujukan
1. BBC News. (2016). Nicaragua canal scheme 'must be dropped' - BBC News. [online]
Available at: http://www.bbc.com/news/world-latin-america-37654194 [Accessed 14
Oct. 2016].
2. En.wikipedia.org.

(2016).

Expressways

of

China.

[online]

Available

https://en.wikipedia.org/wiki/Expressways_of_China [Accessed 14 Oct. 2016].


3. En.wikipedia.org.
(2016).
ITER.
[online]
Available

at:
at:

https://en.wikipedia.org/wiki/ITER#Timeline_and_current_status [Accessed 14 Oct.


2016].
4. En.wikipedia.org.

(2016).

Maglev.

[online]

Available

at:

https://en.wikipedia.org/wiki/Maglev [Accessed 14 Oct. 2016].


5. Flyvbjerg.plan.aau.dk. (2016). What is a Megaproject? [online] Available at:
http://flyvbjerg.plan.aau.dk/whatisamegaproject.php [Accessed 14 Oct. 2016].
6. Gale International. (2016). SONGDO INTERNATIONAL BUSINESS DISTRICT Gale International. [online] Available at: http://www.galeintl.com/project/songdointernational-business-district/ [Accessed 14 Oct. 2016].
7. Goldenberg, S. (2016). Masdar's zero-carbon dream could become worlds first green
ghost

town.

[online]

the

Guardian.

Available

at:

https://www.theguardian.com/environment/2016/feb/16/masdars-zero-carbon-dreamcould-become-worlds-first-green-ghost-town [Accessed 15 Oct. 2016].


8. ITER. (2016). ITER - the way to new energy. [online] Available at:
https://www.iter.org/ [Accessed 15 Oct. 2016].
9. Japan-guide.com. (2016). Transportation in

Japan.

[online]

Available

at:

http://www.japan-guide.com/e/e627.html [Accessed 14 Oct. 2016].


10. Songdoibd.com. (2016). About. [online] Available at: http://songdoibd.com/about/
[Accessed 14 Oct. 2016].
11. YouTube. (2016). The World's Future MEGAPROJECTS (2015-2030's). [online]

Available at: https://www.youtube.com/watch?v=yOCpo10zQlM [Accessed 12 Oct.


2016].

You might also like