Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF

Latihan 1

1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar


peraturan sekolah.

2.Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.

3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya
memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.

4.Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.

5.Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.

6.Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.

7.Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.

8.Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha


industri kecil itu.

9.Ketua kampung menegur sikap Azman dan Derus yang suka menghabiskan
masa di warung.

10.Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak


pelupusan sampah.

11. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.

12. Hanisah membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.

13. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.

14. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.

15. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.

16. Rakyat Malaysia sangat mementingkan perpaduan.

MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF

Latihan 1

1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar


peraturan sekolah.
Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas pehimpunan kerana melanggar
peraturan sekolah.
2.Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.
Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi.
3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya
memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.
Pelajar itu dihadiahi oleh guru bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya
memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.
4.Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.
Penculik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.
5.Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.
Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman. (KGND II)
6.Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.
Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.
7.Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.
Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya dibanteras oleh pihak berkuasa.

8.Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha


industri kecil itu.
Beberapa langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk membantu pengusaha
industri kecil itu /
Beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu telah diambil
oleh pihak kerajaan.
9.Ketua kampung menegur sikap Azman dan Derus yang suka menghabiskan
masa di warung.
Sikap Azman dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung ditegur oleh
ketua kampung.
10.Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak
pelupusan sampah.
Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh
penduduk setempat.
11. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.
Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.
12. Hanisah membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.
Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanisah di kantin.
13. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.
Gambar itu saya lukis kelmarin setelah diminta oleh Farah. (KGND I)
14. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.
Tugasan yang diberi perlu kamu siapkan pada hari ini juga. (KGND II)
15. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.
Panglima Garang perlu tuan hamba temui segera. (KGND II)
16. Rakyat Malaysia sangat mementingkan perpaduan.
Perpaduan sangat dipentingkan oleh rakyat Malaysia

You might also like