Sarana Ibubapa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SJK (T) LADANG MAYFIELD,

13300 TASEK GELUGOR,


SEBERANG PERAI UTARA.
E-mail: PBD2049@jpnpp.edu.my

No Tel: 04-5737392

LAPORAN PERJUMPAAN IBUBAPA


A : MAKLUMAT PELAKSANAAN
Nama dan Alamat Sekolah

: SJK(T) LADANG MAYFIELD, TASEK GELUGOR

Nama Guru Besar

: PN. P.SUTHMOTHY

Tarikh Pelaksanaan

: 28 JULAI 2016

Masa

: 6.00 PETANG - 8.30 MALAM

Tempat

: DEWAN SEKOLAH, SJKT LDG MAYFIELD

Bilangan Guru Hadir

: (SILA RUJUK LAMPIRAN)

Bilangan IbuBapa Hadir

: (SILA RUJUK LAMPIRAN)

Ucapan Aluan:
Masa

: 6.00 petang - 6.15 petang

Penceramah

:Pn.Puspharani

Puan Puspharani, selaku Guru Penyelaras Sarana Ibubapa mengalu-alukan kedatangan


warga SJKT Ladang Mayfield ke majlis perjumpaan ibubapa. Beliau menerangkan tujuan
mengadakan perjumpaan ini sebagai sesi suai kenal Guru Besar baru dengan Ibubapa bagi
mengekalkan silaturahim yang mesra.
Ucapan Guru Besar
Masa

: 6.15 petang 7.00 malam

Penceramah

: Pn. P. Suthmothy

1. Puan P. Suthmothy selaku Guru Besar memperkenalkan diri kepada Ibubapa.


2. Beliau memperkenalkan para guru kepada Ibubapa.
3. Seterusnya beliau berbesar hati memberi sijil penghargaan kepada setiap guru sebagai
tanda menghargai jasa serta pengorbanan guru yang berdedikasi.
4. Puan P. Suthmothy tidak lupa untuk berterima kasih kepada para ibubapa yang sudi
meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke majlis ini.
5. Beliau memberi penekanan terhadap kepentingan masa dan menepati masa adalah suatu
yang tidak boleh dibeli dengan wang ataupun harta. Oleh itu, beliau meminta supaya
para Ibubapa memberi kerjasama dalam menepati masa untuk menghadiri perjumpaan
sekolah, memandangkan sekolah hanya mengadakan 2 atau 3 perjumpaan guru-guru dan
Ibubapa dalam setahun.
6. Guru Besar juga menerangkan sedikit sebanyak mengenai kepentingan ICT, sejajar
dengan gelombang kedua dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
7. Tambahan lagi anjakan ke-9, dalam PPPM menekankan kerjasama dikalangan Ibubapa,
sektor swasta, komuniti secara menyeluruh.
8. Beliau juga meminta Ibubapa supaya mematuhi peraturan dan piagam sekolah sewaktu
berada di kawasan sekolah.Misalnya, Ibubapa perlulah mendapatkan pas pelawat dari
pondok pengawal sebelum berjumpa dengan Guru Besar atau guru-guru.
9. Ibubapa perlu berganding bahu dengan pihak sekolah dalam pembentukan modal insan
iaitu pembangunan anak-anak sebagai pemangkin terhadap pembangunan sekolah.

10. Puan P. Suthmothy juga memberi serba sedikit informasi mengenai Sarana Ibubapa.
Menurut beliau, terdapat 5 aktiviti (orientasi tahun 1, target tahun 6, AGM, hari
pelaporan dan hari anugerah) yang perlu diisi dalam talian sesawang Sarana sebagai
bukti pelaksanan Sarana Ibubapa dan sekolah.
11. Ibubapa disarankan untuk mengemukakan sijil cuti sakit sekiranya anak-anak tidak
dapat hadir ke sekolah akibat sakit.
12. Selain itu, dari segi aspek disiplin murid-murid dikehendaki memakai lencana sekolah,
mengikat rambut dengan kemas, berpakaian seragam yang kemas.
13. Ibubapa dinasihatkan untuk memastikan anak-anak menyiapkan kerja sekolah dengan
memeriksa beg sekolah serta menandatangan buku laporan murid.
14. Dari segi aspek kesihatan pula, Guru Besar meminta Ibubapa membekalkan air
minuman yang secukupnya memandangakan cuaca panas yang tidak menentu.
15.

Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM)


1. Puan Letchmey selaku PKHEM memberi penerangan tentang Rancangan Makanan
Tambahan (RMT). Beliau menerangkan kriteria yang tertakluk dalam pemberian RMT
iaitu pendapatan dan tanggungan. Pendapatan Ibubapa seseorang murid mestilah kurang
daripada RM520 sebulan. Murid yang layak akan mendapat RM2.50 sehari. Terdapat 20
jenis makanan dalam menu RMT.
2. Beliau juga menerangkan Projek Susu 1Malaysia. Dibawah projek ini, hanya murid
RMT layak mendapat susu.
3. Selain itu, beliau juga memberi penerang tentang KWAMP dan e-Kasih. Menurutnya
murid yang layak mendapat bantuan tersebut adalah seseorang murid mestilah
warganegara Malaysia, berstatus miskin tegar, tidak mendapat bantuan lain dan
berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan. Cara memohon adalah menerusi pihak
sekolah dengan memberi maklumat yang jitu. Pemilihan ini tertakluk pada terma dan
syarat oleh KPM pada disember.
4. Dari segi aspek kesihatan, beliau menasihatkan Ibubapa agar menjaga kebersihan dan
kesihatan anak-anak berikutan dengan penyakit Difteria yang kian meruncing.
Ucapan Pengerusi PIBG
1. Encik Saravanan selaku pengerusi PIBG sekolah menyarankan semua Ibubapa untuk
mematuhi peraturan sekolah.

2. Beliau mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada semua guru
berdedikasi. Beliau berbesar hati untuk mengalu-alukan Guru Besar baru.
3. Tambahan lagi, beliau memberitahu rancangan yang akan dilaksanakan dengan kadar
yang segera.
4. Terdapat juga sumbangan berupa meja dan kerusi untuk kegunaan murid-murid dari
sukarelawan yang akan diedarkan secepat mungkin.
5. Beliau bagi pihak Ibubapa berjanji akan memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam
melaksanakan segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Kesimpulan

Majlis perjumpaan ini telah menyumbangkan pelbagai informasi kepada warga SJKT
Ladang Mayfield dan melahirkan silahturahim dikalangan guru-guru serta ibubapa untuk
pembangunan murid-murid SJKT Ladang Mayfield

Disediakan oleh

: .
( SUPERAMANIAM A/L SURESH @ HUSSAIN )

Disahkan oleh Guru Besar : .


(SUTHMOTHY A/P PAPPU PILLAY)
Tarikh

: 7 OGOS 2016

You might also like