Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN KLINIK BERGERAK BOT 1 MALAYSIA DAN JADUAL

PERGERAKKAN BOT 1 MALAYSIA PEJABAT KESIHATAN DAERAH


SEMPORNA SABAH

Klinik Bergerak Bot 1 Malaysia Pejabat Kesihatan Daerah Semporna beroperasi ke destinasi yang
dilawat mengikut jadual yang telah dirancang. Klinik Bergerak Bot 1 Malaysia ini bergerak setiap hari
kecuali pada hari sabtu, ahad dan cuti umum. Antara lokasi-lokasi atau kawasan yang dilawati adalah
seperti Pulau Mabul, Pulau Bohean, Pulau Omadal, Pulau Silawa, Pulau Sebangkat, Pulau Pababag,
Pulau Denawan, Pulau Bait dan lain-lain mengikut jadual yang dirancang dan bergantung kepada
faktor cuaca dan faktor keselamatan.

Klinik Bergerak Bot 1 Malaysia Pejabat Kesihatan Daerah Semporna beroperasi ke Pulau Mabul di
kawasan perairan Daerah Semporna setiap 2 minggu sekali setiap bulan. Ini disebabkan jarak dari
Pekan Daerah Semporna adalah jauh kira-kira 70.5 km (43.71 batu nokika). Operasi ke Pulau Mabul
adalah seperti berikut :BI
L
1

BULAN

TARIKH

JANUARI

FEBUARI

MAC

6.01.2016
20.01.2016
3.02.2016
17.02.2016
2.03.2016
23.03.2016

Pada bulan APRIL sehingga bulan OKTOBER operasi ke Pulau Mabul telah dihentikan buat
sementara waktu adalah disebabkan isu-isu keselamatan. Walaupun keselamatan telah diperketatkan
tetapi Klinik Bergerak Bot 1 Malaysia Pejabat Kesihatan Daerah Semporna tidak diiring oleh pihak
keselamatan. Apa yang berlaku anggota kesihatan dan krew kapal hanya melapor di Pengkalan Polis
Marin setiap kali beroperasi dan hanya dipantau dari jauh oleh pihak berkuasa.
Faktor yang lain adalah cuaca dan keadaan laut tetapi klinik bergerak tersebut tidaklah berhenti dari
beroperasi. Ia akan menukar lokasi yang dilawati. Klinik Bergerak Bot 1 Malaysia sentiasa
menjalankan tugas dari semasa ke semasa.

Disediakan Oleh
Mohammad Asli Bin Anani
Pen.Peg.Perubatan U 32 PKD Semporna

You might also like