Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 45

UNIT 1

PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL

1.1

KONSEP PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL (OBE)

Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based Education OBE)


merupakan proses yang melibatkan penstrukturan semula kurikulum,
penilaian dan laporan dalam pendidikan. Ini bagi membolehkan para
pelajar memperolehi pencapaian dan menguasai pembelajaran tahap
tertinggi setiap semester tanpa menunggu sehingga memenuhi kredit
program dan tamat pengajian di Universiti. Konsep OBE selalunya akan
fokus kepada hasil pelaksanaan sesuatu program yang ditawarkan di
Universiti.

OBE lebih menjurus kepada perancangan dan hasil yang bakal diperolehi
oleh setiap pelajar dalam setiap program yang diikuti. Hasil pembelajaran
lebih menitikberatkan terhadap persoalan apakah jangkaan yang perlu
para pelajar capai dari segi pengetahuan, kefahaman atau kebolehan
untuk membuat sesuatu ataupun kualiti yang perlu dibangunkan oleh
mereka sendiri semasa pengajian di Universiti.

Pendidikan berasaskan hasil (OBE) menekankan kepada pembelajaran


pelajar dengan:

a. Menggunakan pernyataan hasil pembelajaran yang jelas untuk


memudahkan para pelajar mengetahui dan memahami tentang
jangkaan hasil yang perlu mereka capai.
b. Menyediakan aktiviti pembelajaran tertentu dengan tujuan untuk
membolehkan para pelajar mencapai semua hasil yang dirancangkan.
c. Menilai tahap pencapaian pelajar berbanding kriteria penilaian yang
telah ditetapkan secara jelas dan berkesan.
1

Secara keseluruhannya, OBE akan memfokuskan kepada empat (4)


elemen yang utama dalam pelaksanaan sepanjang program akademik
iaitu (i) Perancangan (planning), (ii) Pelaksanaan (implementation), (iii)
Pemantauan (monitoring), dan (iv) Penilaian (assessment) sepertimana
digambarkan dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Pelaksanaan OBE secara menyeluruh

Segala penilaian yang dibuat akan dianalisis bagi membandingkan


perancangan dan kejayaan yang dicapai. Perancangan yang dirancang
haruslah menjurus kepada objektif dan hasil pembelajaran program yang
telah direkabentuk. Analisa hasil yang dicapai samada tercapai atau tidak
bergantung kepada indeks pencapaian utama (KPI) yang telah ditetapkan.
Kaedah penilaian juga menjadi alat yang penting dalam mengenalpasti
pencapaian setiap pelajar. Daripada penilaian ini, jika pencapaian berada
di bawah sasaran yang ditetapkan, proses Penambahbaikan Kualiti
Berterusan (Continuous Quality Improvement CQI) perlu dijalankan
dalam usaha meningkatkan pencapaian hasil program yang dirancang
secara berterusan. Pelaksanaan ini juga menggunakan konsep PDCA
(Plan, Do, Check dan Action) iaitu Rancang, Laksana, Periksa dan
Tindakan seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Proses Perancangan Pelaksanaan OBE

1.2

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)

Perlaksanaan pendidikan berasaskan hasil (OBE) mewajibkan setiap


program akademik perlu mempunyai Objektif Pendidikan Program
(Programme Educational Objectives) atau PEO. PEO perlu dibuat
penambahbaikan secara bersepadu dengan penglibatan pihak-pihak
berkepentingan (stakeholders) agar menepati keperluan dan kehendak
mereka. PEO yang disemak semula juga perlu dihubungkaitkan dengan
visi dan misi UTHM umumnya dan Fakulti/Pusat khasnya. Setiap program
disemak

semula

perlu

mempunyai

beberapa

pernyataan

PEO.

Pernyataan tersebut mestilah merangkumi domain Pengetahuan dan


Kemahiran Praktikal dan merangkumi gabungan tujuh (7) domain
Kemahiran Insaniah (KI).

Analisa pencapaian PEO samada tercapai atau tidak bergantung kepada


KPI yang telah ditetapkan. Lazimnya pencapaian PEO terhadap graduan
bagi sesuatu program dinilai atau diukur selepas 4 hingga 5 tahun setelah
pelajar bergraduat.

1.3

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO)

Setelah PEO disediakan, hasil pembelajaran program (Programme


Learning

Outcomes)

atau

PLO

perlu

disemak

semula

dengan

menghubungkaitkannya dengan PEO. PLO mestilah dinyatakan secara


jelas dan nyata tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu
dicapai oleh graduan. Secara umumnya, setiap program perlu mempunyai
sembilan (9) pernyataan PLO yang setiap satunya melibatkan domain
berikut:

a. Pengetahuan
b. Kemahiran Praktikal
c. Kemahiran Insaniah I: Kemahiran berkomunikasi (communication skill)
d. Kemahiran Insaniah II: Pemikiran kritis (critical thinking) dan
Penyelesaian Masalah (problem solving)
e. Kemahiran Insaniah III: Kemahiran kerja berpasukan (team working
skill)
f. Kemahiran Insaniah IV: Pembelajaran sepanjang hayat (life-long
learning) dan Pengurusan maklumat (information management)
g. Kemahiran Insaniah V: Kemahiran keusahawanan (entrepreneurship
skill)
h. Kemahiran Insaniah VI: Moral dan etika profesional (moral and
professional ethics) dan tanggungjawab sosial (social accountability)
i.

Kemahiran Insaniah VII: Kemahiran kepimpinan (leadership skill).

Penyelarasan domain PLO antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),


Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Badan Profesional perlu dilakukan
semasa pembangunan PLO.

Analisa pencapaian PLO samada tercapai atau tidak bergantung kepada


KPI yang telah ditetapkan. Lazimnya pencapaian PLO terhadap graduan
bagi sesuatu program dinilai atau diukur sebaik sahaja pelajar bergraduat.

1.4

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO)

Setelah PLO disediakan, hasil pembelajaran kursus (Course Learning


Outcomes) atau CLO bagi setiap kursus perlu disemak semula dengan
menghubungkaitkannya dengan PLO. Pernyataan CLO perlu jelas dari
aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang perlu dicapai oleh para pelajar
diakhir kursus.

Secara umumnya,

setiap kursus dalam mana-mana

program akademik mesti mempunyai tiga (3) hingga lima (5) pernyataan
CLO dan tiga (3) hingga empat (4) PLO. Walaubagaimanapun, adalah
digalakkan supaya mempunyai tiga (3) pernyataan CLO dan PLO sahaja.

Setiap pernyataan CLO mestilah boleh diukur dan dinyatakan dengan


jelas serta mengandungi elemen-elemen SMARTO iaitu:
a. spesifik (specific),
b. boleh di ukur (measurable),
c. boleh dicapai (achievable),
d. realistik (realistic),
e. mempunyai tempoh masa (time frame), dan
f. boleh ditinjau atau dipantau (observable).

Secara umumnya, pembinaan pernyataan CLO bagi setiap kursus perlu


mengambilkira perkara-perkara berikut:

a. CLO perlu dipastikan mengikut kursus yang ditawarkan oleh


Fakulti/Pusat dan Pengkhususan;
b. CLO mempunyai unsur Kata kerja (Verb), Syarat (Condition) dan
Piawai (Standard) (V, C & S);
c. CLO mestilah dapat diukur dan dicapai serta bersesuaian dengan
topik-topik yang terkandung dalam kursus yang diajar. CLO ini juga
perlu berpandukan kepada domain Kognitif iaitu merujuk kepada tahap
pemikiran tertinggi yang bakal dicapai. Domain Afektif & Psikomotor

pula lebih berpandukan kepada kaedah penyampaian (delivery


method) yang digunakan.

1.5

KEMAHIRAN INSANIAH (KI)

KI merangkumi kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi,


berfikiran

kritis

dan

penyelesaian

masalah,

kerja

berpasukan,

pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, moral dan etika


profesional, tanggungjawab sosial, keusahawanan dan kepimpinan.
Kemahiran tersebut perlu dikuasai oleh para graduan untuk memenuhi
tuntutan keperluan pekerjaan di pelbagai sektor sama ada di dalam dan
luar

negara.

Graduan

yang

memiliki

KI

tersebut

akan

lebih

berketerampilan dan berdaya saing dalam sektor pekerjaan dan


seterusnya menjadi modal insan kelas pertama yang dapat menyumbang
kepada kemajuan organisasi dan pembangunan negara.

Kesemua elemen KI boleh dimurnikan dan diperincikan kepada dua


kumpulan utama, iaitu Kemahiran lnsaniah Mesti - KIM (must have) dan
Kemahiran lnsaniah Tambahan - KIT (good to have). KIM adalah
kemahiran insaniah yang perlu dimiliki oleh setiap pelajar. Jika kemahiran
ini tidak dimiliki, pelajar dianggap tidak kompeten dalam aspek berkaitan.
KIT dianggap sebagai nilai tambah kepada pelajar. Jika kemahiran ini
dimiliki oleh pelajar di samping KIM, kompetensi pelajar dalam aspek
berkaitan dianggap cemerlang. Walaupun perhatian perlu diberi kepada
usaha membekalkan modal insan dengan KIM, penerapan KIT perlu
digalakkan. Semua elemen KI yang dicadangkan mesti dikuasai oleh
setiap pelajar dan perlu dinilai secara komprehensif dan berkesan.
Maklumat

lanjut

boleh

merujuk

kepada

Modul

Pembangunan

Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi


Malaysia (2006).

Keseluruhan

KI

ini

mesti

disepadukan

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran di IPTA. KI ini tidak harus lagi dianggap kurikulum


tersembunyi tetapi perlu dilaksanakan secara nyata dan ditaksir mengikut
sistem penaksiran dan penilaian yang ditetapkan dengan berkesan. Bagi
memudahkan

penaksiran,

penggunaan

rubrik

penilaian

KI

perlu

disediakan.

1.6

PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN (CQI)

Proses CQI merupakan satu keadaan yang perlu diwujudkan dalam setiap
program akademik yang ditawarkan. CQI boleh dilaksana dan dibuktikan
dengan memberikan satu laporan yang lengkap dengan data yang sah
hasil daripada analisa pencapaian yang dilakukan.

Dalam melaksanakan OBE, penambahbaikan atau semakan semula


program akademik yang sedang dijalankan akan melibatkan semua
elemen yang meliputi PEO, PLO, dan CLO. Ia berdasarkan kepada
analisis pencapaian yang dinilai dan dianalisa menurut KPI yang telah
ditetapkan untuk setiap elemen yang dinyatakan serta input daripada
pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) seperti digambarkan dalam
Rajah 1.3.

Rajah 1.3: Model CQI bagi penambahbaikan program/kursus

Di dalam pelaksanaan proses CQI, terdapat beberapa aspek yang perlu


ditekankan oleh semua ahli akademik. Aspek ini amat penting dalam
usaha untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan kualiti dan mutu
program yang ditawarkan. Aspek yang dimaksudkan adalah:

a. Cara pelaksanaan OBE itu sendiri;


b. Kaedah pengukuran, keputusan dan penilaian;
c. Pendekatan yang diambil dalam pelaksanaan CQI selepas keputusan
penilaian dianalisa;
d. Pencapaian analisa berbanding objektif atau sasaran;
e. Menilai keputusan yang dicapai (meningkat atau menurun).
f. Sistem pengrekodan

1.7

TAKSONOMI PEMBELAJARAN

Taksonomi pembelajaran terbahagi kepada kepada tiga domain iaitu


Kognitif, Psikomotor dan Afektif.
a. Domain Kognitif

Domain

kognitif

mencakupi

pengetahuan

dan

perkembangan

keterampilan intelektual. Domain ini meliputi: ingatan atau pengetahuan


tentang

fakta-fakta,

konsep-konsep

yang

menjadi

dasar

untuk

mengembangkan kemampuan dan keterampilan intelektual. Aras kognitif


melibatkan Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan
Penilaian.
b. Domain Afektif

Domain afektif mencakupi perasaan (feelings), nilai-nilai (values),


apresiasi

(appreciation),

antusiasme

(enthusiasms),

motivasi

(motivations), dan sikap (attitude). Aras afektif melibatkan menerima,


memberi maklum balas, menilai, mengorganisasi dan menghayati nilai.
c. Domain Psikomotor

Domain Psikomotor mencakupi gerakan fizikal (physical movement),


koordinasi

(coordination),

dan

kemahiran

motorik

(motor

skils).

Perkembangan kemahiran ini memerlukan latihan dan pengukurannya


mencakupi kecepatan, ketepatan, prosedur atau teknik. Aras psikomotor
melibatkan persepsi, set, respons berpandu, mekanisma, respons ketara
kompleks, adaptasi dan lakuan tulen.

1.8

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR (SCL)

Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses


interaksi yang berterusan di antara pelajar dan pensyarah. Proses
interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan pensyarah. Bagi
pembelajaran berpusatkan pensyarah, pensyarah bertanggungjawab
sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan
pembelajaran

dan

memilih

sumber

pembelajaran

bagi

muridnya.

Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan pelajar, pelajar adalah


autonomous dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan
hala

tuju

proses

pembelajaran.

Dalam

era

pendidikan

semasa,

pembelajaran berpusatkan pelajar menjadi keutamaan dalam proses


pengajaran dan pembelajaran. Antara kaedah paedah berpusatkan
pelajar ialah:
a. Tutorial
b. Amali
c. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)
d. PoPBL
e. Kajian Kes
f. Pembelajaran Kooperatif
g. Modular

1.8.1 Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan pelajar

Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan pelajar adalah bertujuan


untuk;
a. Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat
pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
b. Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan
dan kelas.

10

c. Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui


rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
d. Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber
dan aktiviti pembelajaran.
e. Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke
atas apa yang mereka pelajari.
f. Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan
pelajar.
g. Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

11

UNIT 2
MODUL PEMBELAJARAN & PENGAJARAN (P&P)

2.1

PENGENALAN

Bahan pembelajaran memainkan peranan yang begitu penting dalam


memastikan mutu pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan. Pendekatan
Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL) pula memerlukan pensyarah
menggunakan pelbagai kaedah penyampaian dalam aktiviti P&P;
perjumpaan bersemuka, tidak bersemuka atau kombinasi kedua-duanya.
Penggunaan modul pembelajaran dan pengajaran adalah satu kaedah
yang dapat membantu para pelajar menguasai pengetahuan dan
kemahiran yang telah digariskan dalam sesuatu kursus.
Unit ini akan menjelaskan secara sepintas lalu kaedah pembangunan
modul P&P yang berkesan dan menepati keperluan pembelajaran
berpusatkan pelajar dan juga pembelajaran berasaskan hasil (OBE).
Antara yang akan dibincangkan adalah perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian

dalam

membangunkan

modul,

bagaimana

modul

P&P

membantu pelajar dan pensyarah dalam proses P&P yang berkesan serta
keperluan proses penambahbaikan berterusan (CQI).

2.2

PEMBANGUNAN MODUL P&P

Modul P&P adalah bahan rujukan pembelajaran yang digunakan bagi


sesuatu kursus dan dibangunkan berdasarkan silabus yang telah
ditetapkan di peringkat jabatan dan fakulti. Bagi kebanyakan kursus,
modul yang dibangunkan menjadi sumber rujukan utama dalam aktiviti
P&P dan ianya digunakan secara kaedah bersemuka di bilik kelas.
Terdapat juga modul yang bersifat pembelajaran kendiri di mana dengan
12

mengikuti modul tersebut, pelajar mampu menguasai pengetahuan dan


kemahiran tertentu tanpa atau dengan bantuan minima pensyarah.
Biasanya, modul ini digunakan dalam mod pembelajaran jarak jauh (PJJ).
Perkara yang perlu diberi penekanan semasa membangunkan modul
P&P adalah berkaitan dengan proses penjajaran
a.

hasil pembelajaran yang ingin dicapai,

b.

isi kandungan yang disampaikan dan aktiviti pembelajaran dan


pengajaran yang akan diikuti oleh pelajar dan pensyarah, serta

c.

kaedah penilaian yang mengukur sejauh mana hasil pembelajaran


yang ingin dicapai telah dipenuhi.

Rajah 2.1 dan Jadual 2.1 di bawah menjelaskan bagaimana proses


penjajaran ini dilakukan.

Aktiviti pembelajaran
dan pengajaran
(Direka bagi
mencapai hasil
pembelajaran)

Kaedah Penilaian
HASIL
PEMBELAJARAN

(Direka untuk menilai


hasil pembelajaran)

Rajah 2.1: Proses Penjajaran

Jadual 2.1: Contoh Penjajaran Hasil Pembelajaran, Aktiviti P&P dan


Kaedah Penilaian
HASIL
PEMBELAJARAN

AKTIVITI P&P

KAEDAH PENILAIAN

Aras Taksonomi

Aras Taksonomi

Aras Taksonomi

Kognitif: Aras 4

Kognitif: Aras 4

Kognitif: Aras 4

Psikomotor: Aras 4

Psikomotor: Aras 4

Psikomotor: Aras 4

Afektif: Aras 3

Afektif: Aras 3

Afektif: Aras 3

13

Bagi memastikan modul yang dibangunkan terjamin kualitinya, penulis


perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:
a. Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran bagi keseluruhan modul mestilah dinyatakan
secara ekspilisit di awal modul. Hasil pembelajaran ini adalah
berdasarkan kepada hasil pembelajaran yang telah tetapkan di dalam
silabus kursus. Hasil pembelajaran bagi setiap topik juga perlu
dinyatakan dan hendaklah menyokong kepada pencapaian hasil
pembelajaran keseluruhan modul. Dalam membina hasil pembelajaran
yang memenuhi ciri pembelajaran berpusatkan pelajar dan konsep
OBE, taksonomi yang merangkumi kognitif, psikomotor dan afektif
perlu difahami dan dihayati oleh penulis.
b. Isi Kandungan
Isi kandungan yang disampaikan mestilah merangkumi perkaraperkara yang telah ditetapkan di dalam silabus kursus. Bahan-bahan
pembelajaran yang dimuatkan mestilah mengambil kira keperluan
pelajar mencapai hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Untuk itu,
penulis modul perlu memastikan maklumat seperti teori, contoh,
pengiraan dan formula yang dikemukakan adalah tepat dari segi
faktanya dan disusun secara sistematis. Lampiran serta bahan bacaan
tambahan yang berkaitan bagi meningkatkan penguasaan pelajar
dalam sesuatu topik juga boleh dimuatkan ke dalam modul. Penulis
juga mungkin boleh mengepilkan bahan-bahan mulimedia dari
pelbagai sumber sebagai rujukan dan panduan pelajar.
c. Aktiviti
Aktiviti atau latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran dan
penguasaan pembelajaran pelajar perlu dirancang bersesuaian
dengan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Aktiviti-aktiviti ini
boleh dilakukan oleh pelajar sama ada secara individu atau koloborasi
berkumpulan. Refleksi, tugasan berbentuk projek dan perbincangan
14

kumpulan adalah antara aktiviti yang boleh dipertimbangkan dalam


memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan
secara aktif dan dua hala.
d. Kaedah Penilaian
Penilaian kursus perlu dinyatakan dengan jelas supaya pelajar
mengetahui bagaimana mereka akan dinilai. Kaedah penilaian dan
pemberatan penilaian perlu dinyatakan di dalam modul. Skema dan
rubrik permarkahan juga boleh dimuatkan ke dalam modul agar proses
penilaian dapat berjalan dengan adil. Penilaian perlu merangkumi
domain kognitif, psikomotor dan afektif bagi setiap kursus.
e. Laras Bahasa
Bahasa yang digunakan, sama ada dalam Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris (ataupun lain-lain bahasa) mestilah mudah difahami
dan diikuti. Namun begitu, ketepatan tatabahasa juga perlu diambil
kira dalam membangunkan sesebuah modul P&P. Bagi mewujudkan
suasana komunikasi dua hala, gantinama anda adalah lebih baik
berbanding dengan perkataan pelajar.
f. Ilustrasi, Jadual, Rajah, Carta
Ilustrasi, jadual, rajah, carta serta bahan-bahan grafik yang dimuatkan
mestilah relevan dan mampu meningkatkan penguasaan pelajar.
Kualiti bahan-bahan ini, apabila dicetak, hendaklah jelas dapat dilihat
dan/atau dibaca oleh pelajar.
g. Sumber Rujukan
Penulis mestilah menyatakan semua sumber rujukan yang digunakan
dalam menghasilkan modul tersebut. Kegagalan untuk mematuhi
peraturan ini akan menyebabkan akauntabiliti dan kredibiliti penulis
terjejas.

15

h. Susun Atur dan Persembahan Modul


Susun atur keseluruhan meningkatkan lagi surface validity dan
kredibiliti modul yang dibangunkan. Kepatuhan format yang konsisten
mampu meningkatkan minat pelajar untuk mengikuti modul P&P ini.

2.3

KELEBIHAN PENGGUNAAN MODUL P&P

Bagi pelajar, penggunaan modul membantu mereka dalam perkaraperkara berikut:

a. Mengukuhkan

penguasaan

dan

kemahiran

mereka

berkenaan

kandungan kursus yang dipersembahkan melalui modul P&P.


b. Merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran sama ada secara
individu atau berkumpulan.
c. Mengetahui bagaimana proses penilaian dan pengukuran dijalankan.

Bagi pensyarah pula, penggunaan modul P&P mampu membantu mereka


untuk:
a. Menjalankan aktiviti P&P secara terancang dan sistematis.
b. Menyelaraskan isi kandungan yang disampaikan terutamanya bagi
kursus yang melibatkan ramai pelajar dan pensyarah.

2.4

PENAMBAHBAIKAN MODUL

Bagi menjamin kualiti dan ketepatan maklumat yang disampaikan, modul


P&P perlu ditambahbaik dari semasa ke semasa. Unit 3 akan
menjelaskan dengan terperinci prosedur semakan modul P&P yang
diamalkan di UTHM. Sesuatu modul perlu ditambahbaik apabila perkaraperkara berikut berlaku:

a. Terdapat perubahan silabus atau struktur kursus yang ditawarkan.


16

b. Terdapat perubahan fakta disebabkan oleh perkembangan ilmu atau


dapatan baru dalam sesuatu bidang yang perlu disampaikan kepada
pelajar.
c. Terdapat kesilapan dari segi maklumat, fakta, pengiraan, formula,
contoh, ilustrasi, gambar dan sebagainya.

Bagi memastikan sesuatu modul yang dibangunkan dan diguna pakai


oleh pelajar sebagai sumber pembelajaran sentiasa relevan dan menepati
keperluan kursus, borang maklumbalas modul perlulah disediakan di akhir
bahagian modul. Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh para pelajar
apabila mereka telah selesai mengikuti modul tersebut. Unit 4 akan
menerangkan bentuk dan contoh maklumbalas modul yang dinyatakan di
sini.
Satu lagi kaedah yang boleh dipraktikkan adalah dengan menggunakan
ulasan atau penilaian keserakanan (peer review). Melalui kaedah
penilaian pelajar serta penilaian keserakanan, penulis bukan sahaja
mengenalpasti kesilapan dan kelemahan yang ada pada modul tersebut,
malah ianya juga mampu menjamin tahap mutu modul serta memastikan
isi kandungan modul adalah relevan dan sesuai dengan keperluan
kursus.

2.5

PENUTUP

Unit ini telah menjelaskan secara sepintas lalu kaedah pembangunan


modul P&P yang berkesan dan menepati keperluan pembelajaran
berpusatkan pelajar dan juga pembelajaran berasaskan hasil (OBE).
Antara yang telah dibincangkan adalah perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian

dalam

membangunkan

modul,

bagaimana

modul

P&P

membantu pelajar dan pensyarah dalam proses P&P yang berkesan serta
keperluan proses penambahbaikan berterusan (CQI). Unit 3 dan Unit 4
akan

menjelaskan

secara

terperinci

kaedah

dan

garis

panduan

pembangunan modul P&P yang diamalkan di Universiti Tun Hussein Onn


Malaysia.
17

UNIT 3
PROSES PEMBANGUNAN MODUL P&P

3.1

PENGENALAN

Modul yang lengkap dan bermutu adalah penting bagi memastikan


proses

pengajaran

Pembelajaran
tersebut
dan

Kursus

Garis

pembelajaran

(CLO)

Panduan

Pengajaran

menghasilkan

dan

modul

yang

bagi

telah

ditetapkan.

Pembangunan

(P&P)

UTHM

yang

memenuhi

mencapai

ini

Modul

Bagi

tujuan

Pembelajaran

dibangunkan

piawaian

Hasil

kualiti

untuk

akademik

Universiti. Selain itu, garis panduan ini juga merupakan salah satu
mekanisma
masa

yang

pemantauan
sama

yang

memberikan

dapat

dilaksanakan

gambaran

yang

dan

jelas

dalam

berkaitan

proses kerja yang perlu dipatuhi oleh penulis dalam menghasilkan


sesebuah modul.

3.2

CARTA ALIR PROSES KERJA PEMBANGUNAN MODUL


PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (P&P)

Rajah 3.1 di bawah menunjukkan carta alir proses kerja pembangunan


modul pembelajaran dan pengajaran serta tindakan yang perlu diambil
oleh pihak yang terlibat dalam pembangunan modul P&P.

18

Rajah 3.1: Carta Alir Proses Kerja Pembangunan Modul P&P

19

3.2.1 TANGGUNGJAWAB
a.

Tanggungjawab Penulis
i.

Menyediakan manuskrip yang selaras dengan kandungan


silabus dan mengikut Garis Panduan Pembangunan
Modul Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) UTHM yang
telah ditetapkan.

ii.

Membuat penambahbaikan sekiranya terdapat sebarang


komen/cadangan dari JK Penerbitan Fakulti / Panel Penilai
/ CAD.

iii.

Mendapatkan semua kelulusan dan perakuan seperti yang


terkandung dalam Borang Permohonan Penerbitan Modul
Universiti. (Lampiran 3.1)

b.

Tanggungjawab
Fakulti/Pusat
i.

Jawatankuasa

Penerbitan

Peringkat

Mengenalpasti pakar bidang untuk menilai dan menyemak isi


kandungan manuskrip mengikut piawaian semasa silibus dan
kurikulum yang digariskan oleh universiti.

ii.

Memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan oleh pakar


penilai:
a.

Ketepatan fakta, istilah dan konsep.

b.

Susunan bahan dan bahasa adalah baik dan kesesuaian


gambar foto, rajah, peta yang membantu kefahaman
topik.

c.
iii.

Ketepatan soalan-soalan dan latihan yang diberikan.

Mencadangkan agar manuskrip diluluskan untuk penerbitan


setelah perkara (a) dan (b) dipenuhi.

20

c.

Tanggungjawab Timbalan Dekan (Antarabangsa & Akademik)


i. Mengesahkan manuskrip untuk tujuan penerbitan setelah
diluluskan

oleh

Jawatankuasa

Penerbitan

Peringkat

Fakulti/Pusat.
ii. Memperakukan tuntutan bayaran Penilai Modul. (Lampiran 3.2)

d.

Tanggungjawab CAD
i. Memastikan manuskrip mengikut format yang telah digariskan
dalam Garis Panduan Pembangunan Modul Pembelajaran
dan Pengajaran (P&P) UTHM.
ii. Menyemak dan memperakukan manuskip yang akan diterbitkan
adalah mengikut format penulisan yang telah digariskan oleh
universiti.

e.

Tanggungjawab Pejabat Penerbit


i. Menerbitkan modul yang telah disemak dan diperakukan oleh
CAD dalam tempoh masa yang terdekat.
ii. Mengedarkan modul yang siap dicetak bagi tujuan rekod
kepada pihak terlibat (CAD, Fakulti, Perpustakaan).

3.3

CARTA ALIR PROSES KERJA PENAMBAHBAIKAN MODUL


PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (P&P)

Rajah 3.2(a) dan 3.2(b) di bawah menunjukkan carta alir proses kerja
penambahbaikan modul pembelajaran dan pengajaran serta tindakan
yang perlu diambil oleh pihak yang terlibat dalam pembangunan modul
P&P.

21

Rajah 3.2(a): Carta Alir Proses Kerja Penambahbaikan Modul P&P


22

Rajah 3.2(b): Carta Alir Proses Kerja Penambahbaikan Modul P&P

23

3.3.1 TANGGUNGJAWAB
a.

Tanggungjawab Responden (pengguna modul P&P)


i.

Menghantar

cadangan

penambahbaikan

dari

segi

isi

kandungan modul P&P melalui borang maklum balas yang


disertakan dalam setiap terbitan modul

b.

Tanggungjawab Penulis
i.

Menganalisa cadangan pindaan responden

ii.

Membuat pindaan sekiranya perlu, jika tidak penulis boleh


mencetak semula. Sekiranya berlaku pindaan, penulis perlu
mengenalpasti peratusan pindaan.

iii.

Jika pindaan melebihi 30%, penulis perlu memohon penerbitan


modul baru, jika sebaliknya, penulis hanya perlu memohon
pindaan penerbitan modul.

iv.

Mendapatkan semua kelulusan dan perakuan seperti yang


terkandung dalam Borang Permohonan Penerbitan Modul
Universiti. (Lampiran 3.3)

c.

Tanggungjawab

Jawatankuasa

Penerbitan

Peringkat

Fakulti/Pusat

i.

Memastikan pindaan isi kandungan meliputi perkara-perkara


berikut
a. Ketepatan fakta, istilah dan konsep.
b. Susunan bahan dan bahasa adalah baik dan kesesuaian
gambar foto, rajah, peta yang membantu kefahaman topik.
c. Ketepatan soalan-soalan dan latihan yang diberikan.

ii.

Mencadangkan agar manuskrip diluluskan untuk penerbitan

24

d.

Tanggungjawab Timbalan Dekan (Antarabangsa & Akademik)


i.

Mengesahkan pindaan modul untuk tujuan penerbitan setelah


diluluskan

oleh

Jawatankuasa

Penerbitan

Peringkat

Fakulti/Pusat.

e.

Tanggungjawab CAD
i.

Memastikan manuskrip mengikut format yang telah digariskan


dalam Garis Panduan Pembangunan Modul Pembelajaran
dan Pengajaran (P&P) UTHM.

ii.

Menyemak

dan

memperakukan

manuskip

yang

akan

diterbitkan adalah mengikut format penulisan yang telah


digariskan oleh universiti.

f.

Tanggungjawab Penerbit
i.

Menerbitkan modul yang telah disemak dan diperakukan oleh


CAD dalam tempoh masa yang terdekat.

ii.

Mengedarkan modul yang siap dicetak bagi tujuan rekod


kepada pihak terlibat (CAD, Fakulti, Perpustakaan).

25

UNIT 4
FORMAT PENYEDIAAN MODUL P&P

4.1

PENGENALAN

Garis Panduan Pembangunan Modul Pembelajaran dan Pengajaran UTHM


merupakan garis panduan am serta khusus kepada penulis yang ingin
mendokumenkan

nota-nota pembelajaran dan pengajaran, latihan serta

aktiviti-aktiviti pembelajaran.

4.2

MATLAMAT

Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada penulis menyediakan


bahan pembelajaran dan pengajaran yang lebih kemas dan tersusun.
Penulis perlu mengikut format yang ditetapkan dalam penyediaan modul
pembelajaran dan pengajaran.

4.3

FORMAT UMUM PENULISAN

Penulis perlu menggunakan perisian Microsoft Words dengan font jenis


ARIAL 12 dan jarak baris 1.5 dalam menyediakan modul untuk diserahkan
kepada Penerbit UTHM. Sila rujuk Lampiran 4.1 4.9.

Format penulisan dalam kertas A4 perlulah menggunakan jidar berikut :-

a. Atas:

25 mm

b. Bawah:

25 mm

c. Kiri:

40 mm

d. Kanan:

25 mm
31

Modul akan dicetak secara depan belakang (double sided).

Penulis adalah diminta memastikan agar muka surat pertama bahagianbahagian berikut dicetak di bahagian rekto (sebelah kanan) modul dan
nombor muka suratnya adalah ganjil:

a. Halaman judul penuh


b. Isi kandungan
c. Permulaan topik

4.4

FORMAT KHUSUS PENULISAN

Penulis hendaklah mengikut format khusus seperti yang tersedia di


Lampiran 4.1 4.10.

a. Kulit Hadapan, Lampiran 4.1 dan Lampiran 4.2.

b. Muka Tajuk, Lampiran 4.3.


i. Kod Kursus
ii. Nama Kursus
iii. Nama Penulis
iv. Nama Jabatan dan Fakulti

c. Helaian Hakcipta, Lampiran 4.4.

d. Kandungan, Lampiran 4.5.

32

e. Bahagian Awalan, Lampiran 4.6.


i. Pengenalan Maklumat umum pembelajaran dan
pengajaran yang mana terkandung kod dan nama
kursus, nama fakulti dan universiti.
ii. Matlamat Tujuan modul diterbitkan.
iii. Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran yang perlu
dicapai berdasarkan Hasil Pembelajaran Program (PLO)
dan Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) yang mana terdiri
daripada

Psikomotor

domain

iaitu

(Kemahiran

Kognitif
Praktikal)

(Pengetahuan),
dan

Afektif

(Kemahiran Insaniah).
iv. Sinopsis Ringkasan modul berasaskan setiap topik.
v. Penilaian Refleksi dan aktiviti.
vi. Rujukan Senarai sumber maklumat perlu ada diakhir
setiap topik.

f. Topik, Lampiran 4.7.


i. Hasil

Pembelajaran

Hasil

pembelajaran

topik

berdasarkan CLO.
ii. Isi Kandungan Perincian topik secara menyeluruh
dalam bentuk teks berperenggan, ilustrasi, grafik, jadual,
carta alir dan gambarajah yang dapat membantu
pemahaman pelajar. Kualiti rajah, ilustrasi atau gambar
hendaklah terang dan jelas. Label bagi setiap bahan
bukan teks kecuali jadual hendaklah ditulis di bawah
bahan tersebut (rujuk contoh).
iii. Aktiviti Aktiviti perlu diadakan pada akhir setiap topik
atau

sub-topik

bahan

pembelajaran

mengikut

kesesuaian untuk menguji kefahaman pelajar dan perlu


menggambarkan konstruk hasil pembelajaran yang
dirancang. Antara aktiviti yang boleh digunakan adalah
seperti

perbincangan

dalam

kumpulan,

soalan ringkas dan menyelesaikan masalah.


33

menjawab

iv. Rujukan

Senarai

sumber

maklumat

diperolehi.

Penulisan rujukan perlu mematuhi format APA atau


Harvard.

g. Lampiran Bahan-bahan berkaitan dengan pembelajaran dan


pengajaran seperti formula, jadual dan sebagainya.

h. Borang maklum balas modul perlu diisi oleh pengguna;


pelajar/staf dan diserahkan kepada penulis modul. Lampiran 4.8.

i.

Kulit Belakang, Lampiran 4.9.

j.

Tulang Modul perlu ada jika melebihi 100 mukasurat, Lampiran


4.10.

4.5

REKA BENTUK KULIT

Reka bentuk grafik kulit hadapan, belakang dan tulang modul perlu mengikut
format yang telah disediakan seperti di Lampiran 4.1, Lampiran 4.2,
Lampiran 4.9 dan Lampiran 4.10.

4.6

SAIZ MODUL

Saiz sesebuah modul apabila siap adalah ditetapkan pada saiz A4 (Pihak
Penerbit tidak dapat menerima permohonan percetakan modul pengajaran
selain dari saiz tersebut atas faktor kos).

34

4.7

PENAMBAHBAIKAN MODUL (CQI)


a. Panel Penilai
Modul yang akan diterbitkan perlu melalui proses penilaian oleh
jawatankuasa di peringkat fakulti bagi memastikan;
i.

format penulisan yang ditetapkan dipatuhi.

ii.

kandungan selaras dengan silibus.

iii.

ketetapan aktiviti selaras dengan PLO, CLO dan KI.

iv.

tiada kesalahan ejaan dan tatabahasa.

b. Kekerapan Penilaian Modul


i.

Modul perlu dinilai semula dari masa ke semasa mengikut


keperluan bagi tujuan penambahbaikan.

ii.

Proses penambahbaikan juga berdasarkan maklumbalas


daripada pengguna; pelajar dan staf.

4.8

MAKLUMAT TAMBAHAN

Jika modul ditulis oleh lebih daripada seorang penulis, maka salah seorang
daripada penulis tersebut perlu dilantik sebagai ketua atau penyelaras modul
tersebut. Fungsi ketua/ penyelaras ini adalah seperti berikut:
a.

merancang dan menentukan susunan topik.

b.

menyunting dan menentukan keselarasan penulisan topik dari


segi tatabahasa, ejaan, tanda baca, nota kaki, rujukan, bibliografi
dan sebagainya.

c.

memastikan kandungan manuskrip dikemas kini dan tidak


berlaku pertindihan/ pengulangan kandungan.

d.

memastikan izin daripada penulis/ pemilik asal sesebuah nota/


bahan diperolehi sebelum bahan itu diserah untuk diterbitkan.

e.

memastikan bahan yang diserahkan ditaip menggunakan format


yang sama.

f.

memastikan kualiti rajah, ilustrasi atau gambar adalah terang dan


jelas bagi tujuan bacaan/ rujukan pelajar.

35

Lampiran 4.1

36

Lampiran 4.2

37

Lampiran 4.3

Jarak 3 baris

BBE 2062
PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN
Jarak 3 baris

(FONT ARIAL BOLD 20)

Sarebah binti Warman


(FONT ARIAL ITALIC 14)

JABATAN IKHTISAS PENDIDIKAN


FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL
(FONT ARIAL BOLD 18)

38

Lampiran 4.4
Cetakan Pertama (Modul Pembelajaran), 2011
Nama Penulis

Hak cipta terpelihara. Tidak Dibenarkan mengeluar ulang dalam apa-apa juga bentuk dan
juga cara baik secara elektronik, mekanik, rakaman, atau lain-lain, mana-mana bahagian
kandungan buku ini sebelum mendapat izin bertulis daripada Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia.

Diterbit dan dicetak oleh:

Penerbit UTHM
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Tazim.
Tel: 07-453 7454
Faks: 07-453 6145
E-mel: pt@uthm.edu.my
Laman Web: www.uthm.edu.my/pt

(FONT ARIAL 10)

39

Lampiran 4.5

Jarak 2 baris

KANDUNGAN

Jarak 1 baris

MUKASURAT

PENGENALAN

MATLAMAT

ii

....
Topik 1 Pengujian, Pengukuran Dan Penilaian

1.1

Konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran.

1.2

Perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian.

1.3

Prinsip-prinsip penilaian dalam pengajaran.

Topik 2 Jenis Penilaian

2.1

Penilaian pra kelayakan, formatif, diagnostik dan sumatif.

2.2

Konsep, ciri-ciri persamaan dan perbezaan.

40

....
Topik 11 Perangkaan Asas Dalam Penilaian

11.1

Kegunaan min, median dan mod.

11.2

Tafsiran taburan.

10

11.3

Tafsiran sisihan lazim.

11

11.4

Gred norma.

12

11.5

Pemarkahan.

13

11.6

Gred dan fungsinya.

14

11.7

Jenis markah dan laporan.

15

41

Lampiran 4.6

Jarak 2 baris

PENGENALAN
Jarak 1 baris

(FONT ARIAL BOLD 14)

Modul ini secara amnya merupakan satu panduan pembelajaran

pelajar bagi

kursus BBE 2062 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan yang ditawarkan
di Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
(FONT ARIAL 12)

Jarak 2 baris

MATLAMAT
Modul ini bertujuan untuk

membantu pelajar untuk mengetahui dan memahami

konsep-konsep pengujian, pengukuran dan penilaian yang dijalankan dalam bilik


darjah, bengkel dan makmal bagi pendidikan teknik dan vokasional.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul ini, pelajar dapat:
1.

menjelaskan bentuk, prinsip, kekuatan dan kelemahan jenis-jenis ujiandalam


pendidikan. (PLO2, C4, LLL2)

2.

mematuhi prosedur pembinaan soalan dan pentadbiran ujian. (PLO2, P5, TS)

3.

memulakan

membina

soalan

dan

pendidikan.(PLO6, CTPS3, A3)

42

peraturan

pemarkahan

dalam

alam

SINOPSIS

Modul ini dibahagikan kepada 11 topik:

Topik 1 Pengujian, Pengukuran Dan Penilaian memperkenalkan konsep dan


kaedah pengujian, pengukuran dan penilaian di institusi pengajian tinggi. Topik ini
juga meliputi ciri-ciri utama ujian, bentuk-bentuk penilaian dan membezakan di
antara penilaian berasaskan norma dan kriteria.

Topik 2 Jenis Penilaian ....

PENILAIAN

Bagi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman pelajar, modul ini menyediakan


ruang untuk membuat tugasan dan pembelajaran kendiri di luar waktu pembelajaran
bersemuka.

RUJUKAN

Senarai rujukan akan dilampirkan di akhir setiap topik.

43

Lampiran 4.7

Jarak 2 baris

TOPIK 1
PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN
(FONT ARIAL BOLD 14)

Jarak 2 baris

Hasil pembelajaran
Jarak 1 baris

(FONT ARIAL BOLD 12)

Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat:


1. Menerangkan konsep-konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan
pentaksiran. (PLO2, C4, LLL2)
2.

Menerangkan

perbezaan

konsep-konsep

pengujian,

pengukuran,

penilaian dan pentaksiran. (PLO2, P5, TS)


3. Menyenaraikan prinsip-prinsip penilaian dalam pengajaran. (PLO6,
CTPS3, A3)
(FONT ARIAL 12)

Isi Kandungan

1.1

Jarak 1 baris

Konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan


supaya pemerhatian tepat dibuang tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu
kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur

44

penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus. Tahap penguasaan pelajar biasanya


dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapn yang diberi. ....

Penilaian

Pengukuran

Pengujian

Rajah 1.1

Hubungan di antara pengujian, pengukuran dan penilaian

Jadual 1.1

Definisi pengujian, pengukuran dan penilaian

Pengujian

Pengukuran

Proses menentukan
perubahan tingkah
laku.

Proses menentukan
peringkat
pencapaian
dan kedudukan
di antara pelajar.

45

Penilaian
Proses membuat
analisis dengan
mentafsir hasil
pengukuran.

Aktiviti 1

1.

Cuba fikirkan apakah cara lain untuk mendapatkan bukti penguasaan pelajar
dalam sesuatu kursus selain daripada pengujian.

2.

Senaraikan apakah ciri-ciri ujian sebagai alat ukur yang sahih.

3.

Fikirkan bagaimanakah ujian yang baik boleh dibina.

4.

Terangkan bagaimanakah pengujian boleh dilaksankan dengan berkesan.

Rujukan

1.
2.
3.
4.
5.

Bhasah Abu Bakar (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung Malim:
Quantum Books Perak.
Mohd Isha Awang (2005). Pengujian, Pengukuran dan Penilaian. Sintok:
Azizi Publicist.
Kubiszyn, T dan Borich (2003). Educational Testing And Measurement:
Classroom Application and Practice (7th ed). New York: John Wiley
Lorin W. Anderson (2003). Classroom Assessment: Enhancing the Quality of
Teacher Decision Making. USA: Prentice Hall.
Linn, R and Gronlund, N. E (2000). Measurement and Assessment in
Teaching. New Jersey: Prentice Hall.

Nota: Kaedah penulisan senarai rujukan perlu mematuhi format APA atau Harvard
melalui pautan berikut:

1.

APA Style:http://library.uws.edu.au/FILES/cite_APA.pdf

2.

Harvard Style:
http://www.unisa.edu.au/ltu/students/study/referencing/harvard.pdf

46

Lampiran 4.8
BORANG MAKLUM BALAS MODUL
Skala: 1 Sangat Tidak Setuju
4 Setuju

2 Tidak Setuju
5 Sangat Setuju

3 Tidak Pasti

Saya berpendapat bahawa...


A

Format Modul

A1

Reka bentuk grafik kulit hadapan, belakang dan tulang modul


bersesuaian dan menarik

A2

Saiz modul adalah sesuai dengan keperluan

A3

Font jenis Arial 12 dan jarak baris 1.5 memudahkan bacaan

A4

Ketebalan modul adalah memadai

A5

Kualiti penjilidan modul adalah bermutu

Kandungan Modul

B1

Hasil pembelajaran modul adalah jelas

B2

Kandungan modul disusun secara teratur dan membantu saya


mencapai hasil pembelajaran

B3

Perincian topik dalam bentuk teks berperenggan, ilustrasi, grafik,


jadual, carta alir dan gambarajah membantu pemahaman

Bahan Pembelajaran

C1

Bahan pembelajaran adalah bersesuaian dan membantu


pembelajaran

C2

Kualiti gambarajah, ilustrasi, carta alir, jadual dan formula adalah


terang dan jelas

C3

Senarai bahan rujukan dan bacaan tambahan yang dicadangkan


mudah didapati

Aktiviti & Latihan

D1

Aktiviti dan latihan adalah bersesuaian

D2

Aktiviti dan latihan yang diberi membantu saya menguasai


keperluan kursus

D3

Bimbingan yang bersesuaian diberi dalam menyelesaikan aktiviti


dan latihan

D4

Komen dan maklumbalas berkaitan hasil aktiviti dan latihan


membantu saya menguasai keperluan kursus

Cadangan terhadap penambahbaikan modul:


.................................................................................................................................

47

Lampiran 4.9

(Warna Royal Blueton gelap)

Kod Modul
Nama Penerbit
Laman Sesawang
Harga

48

Lampiran 4.10

Kod Kursus (font = arial, 12)

Nama Kursus ()font = arial, 12

49

You might also like