Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

CIMB Bank Berhad

(Sila baca Lembaran Penerangan Produk sebelum membuat keputusan untuk mengambil Pinjaman
Kenderaan. Pastikan anda juga membaca terma dan syarat-syarat umum. Sila dapatkan
keterangan lanjut daripada institusi kewangan anda sekiranya anda tidak jelas tentang manamana bahagian maklumat atau terma-terma am di dalam lembaran ini)

Pinjaman Kenderaan

1.

Tarikh : _________________

Produk ini berkaitan apa?


Pinjaman kenderaan ini adalah untuk pembiayaan pembelian kenderaan yang dikira atas kadar faedah tetap ataupun kadar faedah boleh
ubah. Hakmilik kenderaan kekal di pihak Bank sehinggalah penyelesaian pinjaman sepenuhnya. Operasi pinjaman kenderaan ini adalah di
bawah kawalan Akta Sewa Beli 1967.

2.

a. Apakah faedah yang boleh saya nikmati dari produk ini?


Harga Belian

: RM

Jumlah Pinjaman

: RM

Caj Terma

: RM

Kadar Pinjaman

Tempoh Pinjaman

bulan

Kadar Faedah Tetap

Kadar Faedah Boleh Ubah

+ KPA (%)

Kadar Pinjaman Tahunan

Kadar Pinjaman Asas (KPA) Semasa

% pada

b. Untuk Kadar Boleh Ubah : Faedah akan dikira berdasarkan baki berjadual dan akan ditambah ke akaun pada setiap bulan.
Setiap lebihan pembayaran ansuran bulanan akan dikira sebagai bayaran pendahuluan. Ini bagaimanapun tidak akan mengurangkan
jumlah faedah kena bayar dan tidak boleh dikeluarkan.
3.

Apakah tanggungjawab saya?


Ansuran Bulanan
Jumlah bayaran balik termasuk pinjaman pokok

: RM
: RM

Nota:
Jumlah bayaran balik untuk pinjaman kadar boleh ubah akan berbeza bergantung pada Kadar Pinjaman Asas (KPA) semasa yang dikenakan..
4.

Apakah yuran atau caj yang perlu saya bayar?


Duti setem sebanyak RM10 untuk Surat Perjanjian Sewa Beli dan RM10 untuk setiap jaminan, jika ada.
Semua caj pos untuk penghantaran dokumen dan notis, jika ada.

5.

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya gagal memenuhi ketetapan ini?
Caj lewat bayar pada kadar 8% setahun bagi kemudahan caj terma kadar faedah tetap atau 2% melebihi kadar caj terma semasa yang
terpakai setahun bagi kemudahan kadar caj terma faedah boleh ubah, akan dikenakan ke atas jumlah yang tertunggak.
Bank akan menguatkuasakan hak untuk memperoleh semula kenderaan yang dibiayai selepas dua tunggakan berterusan.
Semua perbelanjaan berkaitan urusan perolehan semula kenderaan akan dicaj ke akaun pinjaman peminjam.
Bank akan menjual kenderaan selepas tamat tempoh Notis Jadual Ke 5 (Notis kepada Penyewa - Seksyen 15 Akta Sewa Beli 1967) untuk
mendapatkan balik jumlah pinjaman yang masih ada jika penebusan tidak dibuat oleh peminjam dalam tempoh waktu yang telah
ditetapkan.
Segala kerugian selepas jualan akan dituntut daripada peminjam.
Tindakan undang-undang juga boleh diambil terhadap anda untuk mendapatkan baki tertunggak yang perlu dibayar ke atas kemudahan ini
yang mana akan menjejaskan kedudukan kredit anda.
Hak untuk mengambil alih : Pihak bank berhak untuk mengambil sebarang baki kredit dari mana-mana akaun anda yang diselenggarakan
oleh bank ini bagi membayar tunggakan pinjaman tersebut.

V1.0 (03/16)
PDS_Conv_Act_BM

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

CIMB Bank Berhad

(Sila baca Lembaran Penerangan Produk sebelum membuat keputusan untuk mengambil Pinjaman
Kenderaan. Pastikan anda juga membaca terma dan syarat-syarat umum. Sila dapatkan
keterangan lanjut daripada institusi kewangan anda sekiranya anda tidak jelas tentang manamana bahagian maklumat atau terma-terma am di dalam lembaran ini)

Pinjaman Kenderaan

6.

Tarikh : _________________

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya membayar sebahagian dari ansuran bulanan?
Penerimaan sebahagian dari ansuran bulanan pada bila-bila masa tidak akan menyebabkan variasi atau pindaan terhadap kewajipan anda
untuk membuat bayaran ansuran bulanan sepenuhnya seperti yang termaktub.
Pihak Bank berhak untuk menuntut pembayaran ansuran sepenuhnya pada bila-bila masa berikutnya.

7.

Apa akan berlaku sekiranya saya melunaskan sepenuhnya pinjaman sebelum tempoh matang?
Untuk Pinjaman Dengan Feadah Kadar Tetap :
Anda berhak untuk mendapat rebat ke atas caj bertempoh untuk tempoh pinjaman yang tidak digunakan. Pengiraan adalah berdasarkan
formula yang tercatat di dalam Akta Sewa Beli 1967.
Rebat = n (n+1) X TC
N (N+1)

Iaitu :

n
TC
N

= Baki tempoh pinjaman


= Caj terma
= Tempoh pinjaman asal

Untuk Pinjaman Dengan Kadar Faedah Boleh Ubah :


Penyelesaian pinjaman akan dikira daripada baki pinjaman bersama dengan caj terma terakru dan dikira sehingga ke tempoh bayaran
pinjaman yang seterusnya.
8.

Adakah saya memerlukan insurans atau takaful?


Anda dikehendaki menginsuranskan sepenuhnya kenderaan yang dibiayai untuk sepanjang tempoh pinjaman.

9.

Apakah risiko-risiko utama?


Untuk pinjaman dengan kadar faedah boleh ubah, kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman mungkin berubah sejajar dengan perubahan
kadar pinjaman asas (KPA). Peningkatan KPA mungkin akan menyebabkan peningkatan bilangan ansuran bulanan atau jumlah ansuran
bulanan yang anda perlu bayar. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk memenuhi tanggungjawab ke atas pinjaman ini, sila hubungi kami
untuk berbincang mengenai kaedah pembayaran alternatif.

10. Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?


Penjamin mungkin diperlukan di dalam keadaan tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh tatatertib urusan perniagaan Bank. Cagaran tidak
diperlukan.
11. Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya terdapat perubahan pada nombor telefon atau alamat surat menyurat?
Adalah penting bagi anda untuk menghubungi pihak Bank dan mengemaskini data yang telah berubah seperti alamat surat menyurat atau
nombor telefon supaya anda dapat dihubungi dengan kadar segera.
12. Di mana saya boleh mendapatkan bantuan dan pembelaan?
Sekiranya anda menghadapi masalah di dalam membuat bayaran bulanan, anda diminta untuk menghubungi pihak Bank secepat mungkin
untuk berbincang mengenai alternatif pembayaran. Anda boleh menghubungi kami seperti berikut :
CIMB Bank Berhad
Perkhidmatan Perbankan Automotif
Tel
Faks

: +603 2780 3500


: +603 9235 6380

Anda juga boleh memohon khidmat nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), iaitu sebuah agensi yang telah
ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan
dan penstrukturan semula pinjaman secara percuma kepada individu. Untuk membuat pertanyaan, anda boleh menghubungi AKPK seperti
berikut :
Tingkat 8, Maju Junction Mall
1001, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel
E-mel

: 1 800 88 2575
: enquiry@akpk.org.my

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

CIMB Bank Berhad

(Sila baca Lembaran Penerangan Produk sebelum membuat keputusan untuk mengambil Pinjaman
Kenderaan. Pastikan anda juga membaca terma dan syarat-syarat umum. Sila dapatkan
keterangan lanjut daripada institusi kewangan anda sekiranya anda tidak jelas tentang manamana bahagian maklumat atau terma-terma am di dalam lembaran ini)

Pinjaman Kenderaan

Tarikh : _________________

Sekiranya anda ingin membuat aduan berkenaan produk atau perkhidmatan yang kami sediakan, anda boleh menghubungi kami seperti
berikut :
Customer Resolution Unit
CIMB Bank Berhad
Tingkat 19, Menara Bumiputra Commerce
No. 11, Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur

Tel

: +603 6204 7788

Faks
E-mel

: +603 2691 3248


: CRU@cimb.com

Jika anda tidak berpuas hati dengan maklumat yang telah kami berikan berdasarkan pertanyaan dan aduan yang telah dikemukakan, anda
boleh menghubungi Bank Negara Malaysia LINK or TELELINK di :
Block D, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Tel

: 1 300 88 5465

Faks
E-mel

: +603 2174 1515


: bnmtelelink@bnm.gov.my

13. Di mana saya boleh mendapat maklumat lanjut?


Untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman kenderaan, sila lawati cawangan-cawangan Pusat Perkhidmatan Perbankan Automotif kami di
seluruh negara atau laman web bank di www.cimb.com. Anda juga boleh menghubungi kami di :
Tel

: Pusat Panggilan

+603 6204 7788

Faks : Ibu Pejabat Perkhidmatan Perbankan Automotif

+603 2619 3571

14. Jenis pinjaman kenderaan lain


Tiada.
15. Cukai Barangan dan Perkhidmatan
Tanpa prejudis terhadap sebarang peruntukan di dalam ini, [Anda/Pelanggan/Klien/Peminjam/Pelabur] akan bertanggungjawab ke atas
sebarang cukai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan yang berkaitan atau timbul daripada Perjanjian ini atau [akaun]/
Kemudahan/Produk atau mana-mana perkhidmatan yang berkenaan.

PERINGATAN : KENDERAAN ANDA MUNGKIN AKAN DITARIK DAN SETERUSNYA DIJUAL SEKIRANYA ANDA TIDAK
MENJELASKAN BAYARAN PINJAMAN MENGIKUT TEMPOH MASA YANG TELAH DITETAPKAN.
M

You might also like