Pencemaran Air Dan Kesannya

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 35

Pencemaran Air dan Kesannya

Pencemaran Air dan Kesannya


Pencemaran Air
AIR adalah sumber alam yang sangat penting, tanpa air amat sukar untuk manusia meneruskan
kehidupan, memandangkan air amat penting kepada kelangsungan hidup. Akal manusia tentu sekali
dapat melihat keperluan menjaga kualiti air agar ia akan sentiasa selamat untuk digunakan. Melihat akan
kepentingan air kepada kehidupan samaada kepada manusia atau makhluk yang lain seperti binatang
dan tumbuhan tentunya logik akal akan membantu kita untuk sentiasa memelihara kualiti air.
Pencemaran air termasuklah pencemaran sungai-sungai, tasik-tasik dan laut, yang berpunca daripada
beberapa aktiviti yang dijalankan oleh manusia. Diantara pencemaran air yang kerap berlaku adalah air
sungai menjadi kotor disebabkan pembuangan sampah,sisa bahan buangan kilang-kilang secara haram
dan tidak teratur, tumpuhan minyak daripada kapal-kapal. Kandungan air juga boleh tercemar daripada
air larut resap atau leachate yang mengalir dari tempat pembuangan atau pelupusan sampah,
menyebabkan air berbau busuk.
Kegiatan pembalakan yang tidak teratur juga menyumbang kepada pencemaran air sungai dimana
kebanyakan air sungai menjadi keruh dan berlumpur. Aktiviti pertanian dan perternakan juga
menyumbang kepada pencemaran air, dimana sisa-sisa bahan buangan ternakan seperti najis dibuang
kedalam atau dialirkan kesungai, air seterusnya mengalir kekawasan tadahan atau tempat pengumpulan
air atau empangan.
Pencemaran air adalah satu masalah alam sekitar yang bertambah serious dan sehingga sekarang
masih tiada lagi keadah penyelesaian yang benar-benar efektif untuk menangani masalah ini. Mengikut
kajian hidrologi ada tiga klasifikasi pencemaran air berlaku iaitu pencemaran Fizikal, tak larut dalam air
seperti sampah sarap daripada logam, kertas, kaca, plastik dan kelodok.
Pecemaran Biologi seperti najis binatang menyebabkan kemunculan bakteria seperti Esterichia
coli,cacing nemotad dan mikrob lain.
Pencemaran Kimia, bahan kimia terlarut daripada pencemaran fizikal dan biologi serta logam berat
dikelaskan sebagai pencemar kimia.
Di negara kita punca utama pemcemaran sungai atau air berlaku disebabkan oleh kelodak dan sisa
kumbuhan disamping bahan lain seperti najis binatang, sampah sarap dan logam berat seperti arsenik,
kadium raksa dan plumbum. Kajian yang dijalankan keatas 116 batang sungai diseluruh negara
didapati10% tau 11 sungai paling teruk tercemar, sebanyak 63% lagi atau 73 batang sungai pada tahap
tercemar, Cuma 27% atau 32 batang sungai sahaja dikatagorikan sebagai bersih.
Sungai Sepang, sungai Klang, sungai Buluh, sunagai Selangor dan sungai Golok adalah sungai-sungai
yang teruk tercemar oleh kumbuhan, manakala beberapa sungai didapati mengandungi kandungan
logam raksa, kadium, tembaga,plumbum serta zink yang tinggi seperti sungai Sawit dan sungai Tuaran di
Sabah, sungai Pahang dan sungai Kempas. Lebih 70% masalah pencemaran air sungai disebabkan oleh
kumbuhan dan pembuangan sampah selain itu, kelodok daripada hakisan yang juga sebahagian
besarnya disebaakan oleh aktiviti penerokaan hutan serta perlepasan sisa oleh industri juga menjadi
penyumbang utama masalah pencemaran air.
Kegiatan ternakan terutamanya najis khinzir turut menyumbang kepada pencemaran air. Perangkaan
yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan menunjukkan sebahagian besar ladang terletak
diSelangor dan Negeri Sembilan tidak mempunyai sistem pengurusan sisa najis khinzir yang betul dan
menyebabkan pencemaran air, dengan kebanyakan membuang terus ke sungai. Antara sungai yang
terlibat termasuklah sungai Sepang, sungai Skudai, sungai Sengget,sungai Klang dan sungai Damasara.
Kegiatan darpada Industri telah dikenalpasti sebagai penyumbang kepada masalah pencemaran sungai
atau air. Diantara penyumbang terbesar ialah industri pembersihan dan kerja-kerja logam, operasi
pemprosesan filem, industri elektronik dan semikonduktor, industri makanan dan tapaian serta industri

penghasilan barangan getah.


Terdapat beberapa kesan pencemaran air diantaraanya membahayakan kesihatan apabila air tercemar di
minum. Ia boleh membawa penyakit taun,cirit-berit dan kolera, membunuh kehidupan akuatik seperti
ikan, siput atau kerang yang akan dimakan oleh manusia, boleh mengakibatkan penyakit, selain
menyebabkan penyakit kulit sekiranya kita mandi dengan air yang tercemar.
Pada bulan april 2006 sebagai contoh lebih 2 juta penduduk didearah Kuala Langat,Hulu Langat, Petaling
dan Sepang dilaporkan terputus bekalan air beberapa hari kerana pencemaran air busuk ommania di
sungai Semeyih, yang berpunca akibat pencemaran daripada air kotor atau leachate, dari pusat
pelupusan sampah Sungai Chembung milik Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), yang tidak mempunyai
loji rawatan leachate yang sempurna menyebabkan sungai tercemar dan memasuki kawasan tadahan.

Kesan Pencemaran Air


Implikasi Kesihatan semua jenis pencemaran air mempunyai kesan dan berbahaya kepada manusia
serta spesies lain jika ia terlalu serius. Contohnya, sodium boleh menjadi implikasi kepada masalah
jantung, nitrat pula mampu menyebabkan masalah darah. Merkuri dan plumbum boleh mengakibatkan
masalah saraf. Sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah. DDT (racun serangga)
adalah toksik kepada manusia dan boleh mengubah kromosom. Polychlorinated biphenyls (PCB) boleh
merosakkan hati dan sistem saraf, gangguan kulit, muntah-muntah, demam panas, cirit-birit dan keadaan
tidak normal yang bahaya.
Disenteri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis adalah antara penyakit yang berjangkit menerusi
keracunan air minuman dan air untuk mandi. Sesetengah pantai, sungai dan tasik tidak sesuai untuk
orang ramai bersantai kerana bahan buangan kilang yang mencemari kawasan itu.
Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga di mana jutaan manusia
mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan buangan manusia sendiri.
Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap tahun kerana cirit-birit,
kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak.
Kebanyakan sungai di Malaysia dicemarkan dengan kegiatan yang berikut:
(1) Tumpahan Minyak(2) Buangan Dari Aktiviti Pertanian Dan Ternakan(3) Pelupusan Sampah Sarap
Kumbahan Dan Lain-lain Buangan Perumahan(4) Pelupusan Bahan Buangan Kommersial Dan
Industri(5) Bahan Buangan Pembinaan

PENCEMARAN AIR
1. Air ialah pelarut universal kerana banyak jenis bahan kimia larut di dalamnya.Sifat air sebagai pelarut
juga menyenangkan pencemarannya.
2. Pencemaran air berlaku akibat pembuangan bahan kotoran domestik, industri,pertanian, atau juga
akibat hakisan tanah ke dalam sumber air sehingga menjadikansumber air itu tidak lagi selamat untuk
hidupan air dan kegunaan manusia.
3. Kesemua jenis bahan pencemar air boleh dibahagikan kepada:(a) Agen biologii.Sumber air boleh
dicemari oleh bakteria, protozoa, dan virus yang membawapenyakit.ii.Contohnya, penyakit kolera
disebabkan oleh bakteria Vibrio, penyakit demamkepialu oleh bakteria Salmonella, cirit-birit oleh protozoa
Entamoeba, danhepatitis A oleh virus.b.Baja kimia(i) Ekosistem air dapat di cemar oleh fosfat dan nitrat
yangmeresap ke dalam kolam dan sungai daripada baja yang disembur.(ii) Misalnya, jika kandungan
fosfat dalam air adalah tinggi,ini akan menggalakkan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan akuatik
yangterlampau banyak lalu menyesak dan mengganggu keseimbanganekosistem air tersebut.(c) Toksin

kimiai.Antara toksin kimia inorganik yang mungkin terdapat dalam air yang tercemaradalah arsenik,
kadmium, kromat, sianida, plumbum, selenium, merkuri,kuprum, kromium, dan zink yang dibuang dari
kilang-kilang.ii.Toksin kimia organik pula adalah pestisid seperti DDT,benzena, PCB,
dansebagainya.iii.Toksin kimia ini boleh menyebabkan keracunan makanan, kerosakan organorganbadan, penyakit barah, dan mutasi gen.(d) Agen fizikal(i) Minyak, gris, dan bahan-bahan lain yang
terapung di atasair dapat mengurangkan penembusan cahaya matahari dan resapangas seperti oksigen.
Ini seterusnya boleh menyebabkan hidupanakuatik mati,(ii) Pepejal endapan dan ampaian menurunkan
kualiti air sertamengakibatkan longgokan kelodak sungai yang bokd menyebabkanbanjir.(e) Bahan
buangan radioaktifBahan buangan radioaktif mungkin disalurkan ke dalam sistem airsemasa
pembuangan sisa radioaktif makmal kajian sisa radioaktifbuangan hospital, dan av dari stesen
nuklear.f.Garam-garam inorganik, asid dan akalii.Garam-garam inorganik, asid, dan akali merupakan
hasil pembuangan dariindustri perkilangan dan aktiviti lain manusia.ii.Kehadiran garam-garam inorganik
kalsium semula jadi yang banyak menyebabkanair menjadi keras dan sukar membentuk buih dengan
sabun. Garam-garam inijuga menyebabkan paip air tersumbat apabila garam kalsium diendapkan
padadinding, dalam paip.iii.Kehadiran garam magnesium sulfat yang terlampau banyak dalam air
minumanboleh menyebabkao cirit-birit.iv.Kehadiran asid atau alkali yang berlebihan boleh mengganggu
kemandirianekosistem akuatik kerana haiwan dan tumbuh-tumbuhan akuatik mempunyai julattahanan
terhadap perubahan pH yang sempit.4. Punca-punca pencemaran air boled dibahagikan kepada:(a)
Punca domestiki.Pencemar domesfik terdiri daripada sampah sarap dan kumbahan pembuanganharian
dari rumah kediaman di bandar atau di luar bandar.ii.Sampah sarap dan kumbahan ini disalurkan ke
dalam parit dan seterusnya kedalam sungai.iii.Dalam sungai, sampah organik akan mereput dan
diuraikan oleh bakteria denganoksigen yang terlarut dalam air. Ini akan mengurangkan kandungan
oksigen airdan menyebabkan kematian organisma-organisma akuatik.(b) Punca industrii.Kilang-kilang
yang mengeluarkan barangan seperti bahan kimia, cat, logam,tekstil, dakwat, elektronik, dan sebagainya
akan menghasilkan sisa-sisaberbentuk cecair dan ampaian yang biasanya dibuang ke dalam
sungai.ii.Industri pengilangan yang berasaskan pertanian memproses hasil-hasilpertanian seperti kelapa
sawit, getah, koko, nenas, dan sagu biasanyamembuang sisa-sisa hampas organik ke dalam
sungai.iii.Kilang-kilang industri penghasilan bahan agrokimia seperti insektisid,herbisid, pestisid, dan baja
juga menghasilkan sisa-sisa toksik yangdisalurkan ke dalam sungai secara sengaja atau tidak
sengaja.iv.Industri perlombongan, terutamanya lombong bijih timah paling banyakmencemarkan air
sungai dengan ampaian selut dan kelodak. Sisa-sisa logamlain seperti merkuri, plumbum, kuprum, zink,
dan arsenik juga dicurahkanoleh industri perlombongan ke dalam sistem sungai.v.Industri perlombongan
petroleum di dasar laut juga mencemarkan laut denganpetroleum yang tertumpah keluar semasa
penggerudian perigi minyak dan semasaperlanggaran atau letupan tangki minyak. Kesannya adalah
kawasan pantai akantercemar dan banyak spesies burong laut akan mati akibat minyak yangterlekat
pada bulu pelepahnya. Lapisan minyak di permukaan laut juga bolehmenghalang penembusan cahaya
matahari ke dalam laut lalu menghentikan prosesfotosintesis tumbuh-tumbuhan laut dan fitoplankton. Ini
menjejaskan rantaimakanan dan hidupan akuatik yang bergantung kepada plankton sebagai
makananasasnya. Di samping itu ikan yang tercemar akan membahayakan kesihatanpengguna jika
dimakan.b.Punca pertaniani.Dalam bidang pertanian, penggunaan baja,pestisid, dan insektisid
untukmembunuh haiwan perosak dan herbisid untuk membunuh rumput-rumpai juga bolehmencemarkan
air sungai.ii.Bahan-bahan agrokimia ini yang disembur ke atas tumbuh-tumbuhan akan meresapke dalam
tanah dan akhirnya sampai ke air bawah tanah serta sungai lalumencemarkannya.iii.Sisa baja yang
meresap ke sungai menyebabkan pertumbuhan alga yang cepatlalu menghalang penembusan cahaya ke
bahagian bawah permukaan air dan inimengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan akuatik.i.Seterusnya
rantai makanan dalam ekosistem air sungai akan terganggu.5. Keperluan oksigen biokimia
(BOD)a.Penambahan bahan organik (seperti tumbuh-tumbuhan mati dan sampah sarap) kedalam air
akan meningkatkan aktiviti organisma pengurai.b.Organisma pengurai (pereput) menggunakan bahan
organik sebagai punca tenagadan nutrisi. Semasa aktiviti penguraian bahan-bahan organik berlaku,

banyakoksigen terlarut akan digunakan.c.Apabila terlampau banyak bahan organik hadir dalam air, maka
bekalan oksigenyang terlarut akan dihabiskan untuk aktiviti penguraian lalu melemaskanorganisma
akuatik lain. seperti ikan dan zooplankton.d.Keperluan oksigen biokimia [BOD); "Biochemical Oxygen
Demand"] adalah jumlahkuantiti oksigen yang digunakan oleh mikroorganisma seperti bakteria dankulat
untuk penguraian bahan organik dalam suatu sampel air,i.Nilai BOD yang rendah menandakan kuantiti
oksigen yang terlarut dalam airadalah tinggi manakala semakin tinggi nilai BOD, semakin kurang oksigen
yangterlarut dalam air, iaitu lebih tercemar sesuatu sampel air itu dengan bahanorganik.ii.Contohnya, nilai
BOD yang biasa bagi air yang tercemar dengan najis adalah200 - 400 mg oksigen per liter air [iaitu 200 400 ppm (bahagian per juta)]. Air minuman seharusnya mempunyai nilai BOD yang kurang daripada 1.

1 PENDAHULUAN
TIDAK dinafikan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara kaya dengan sumber air dapat memenuhi
kehendak dan permintaan rakyat bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti harian. Bagaimanapun,
proses globalisasi yang membawa kepada kemajuan negara menyebabkan masalah pencemaran alam

sekitar kian berleluasa.


Masalah itu juga mengakibatkan berlakunya kerosakan sistem sungai yang membekalkan sumber air
mentah kepada rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus, tetapi air yang dapat digunakan oleh manusia
dengan selamat adalah semakin berkurangan.
Setiap isu atau masalah yang timbul telah menyedarkan kita betapa seriusnya masalah pencemaran air
di negara kita. Masalah pencemaran air ini tidak terhad kepada pencemaran sungai sahaja, bahkan turut
melibatkan sumber air bawah tanah, kolam, tasik dan laut. Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan turut tidak terkecuali
memperkatakan tentang keadaan alam sekitar di negara ini. "Apa yang berlaku kepada sumber air di
negara ini amat menyentuh hati saya. Ia sangat menyedihkan," keluh Abdullah. Keluhan itu sepatutnya
cukup untuk memberi mesej kepada kita betapa faktor pencemaran terutamanya yang membabitkan air
kini membimbangkan. Juga bahawa air bukan sahaja berfungsi sebagai penyambung nyawa manusia
tetapi melangkaui peranan ke arah proses memudahkan urusan pembangunan negara.
Pencemaran air mengakibatkan terjadinya krisis air bersih. Di samping kekurangan kesedaran sivik di
antara masyarakat serta sektor perindustrian, kelemahan dalam pemantauan oleh pihak berkenaan serta
kekurangan dalam pemantapan sistem pemantauan pelaksanaan undang-undang yang termaktub
menyebabkan masalah pencemaran air menjadi masalah kronik yang makin lama makin parah.
Perbincangan berkenaan dengan pencemaran air yang seterusnya ini tertumpu kepada pencemaran air
yang berlaku di negara kita.

2 PENCEMARAN AIR DAN KATEGORINYA


Sifat dwikutub air membolehkannya melarutkan pelbagai jenis bahan. Maka sungai dan anak sungai
mampu menjalankan kerja-kerja pemecahan, peresapan, pengoksigenan di hilir sungai pada zaman
primitif di mana populasi manusia adalah kecil. Berikutan proses urbanisasi, sungai tidak mampu lagi
memecahkan kuantiti pencemar yang dimasukkan ke dalamnya dan efluen daripada setiap pusat
populasi bertambah ke dalam bekalan air pusat populasi yang lain. Air mengalir di merata tempat menjadi
air kumbahan dan bolehlah kita menyatakan bahawa pencemaran air berpunca daripada manusia sendiri.
Akta Kualiti Alam Sekeliling mendefinasikan pencemaran sebagai apa-apa perubahan langsung atau
tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia atau biologi mana-mana bahagian alam sekeling
dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa
kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan yang merbahaya atau mungkin merbahaya kepada
kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam, atau kepada binatang, burung, hidupan liar, ikan atau
hidupan dalam air, atau kepada tumbuhan-tumbuhan atau menyebabkan suatu pelanggaran terhadap
apa-apa syarat, atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah akta ini.
Pencemaran air dapat dikategorikan seperti berikut :
i. Keracunan atau toksisiti
Logam berat seperti plumbum, merkuri, kuprum, arsenik dan kromium yang digunakan dalam penyalutan
timah, penyaduran dan larutan penyalutan kromium boleh bertindak sebagai penghalang metabolik atau
penafasan dalam banyak organisma, dan merencat atau memusnahkan enzim yang diperlu untuk
proses-proses kehidupan. Logam-logam berat ini mempengaruhi organism pengurai bersama-sama
kehidupan peringkat tinggi, maka penambahannya yang berlebihan ke dalam sistem akuatik boleh
memusnahkan. Pencemar-pencemar yang beracun ini diserap oleh lumpur di bawah dan dilepaskan
apabila mendapan di bawah diganggu.

ii. Kemasinan atau saliniti


Ini berlaku apabila air garam dari lombong atau telaga minyak dilepaskan ke dalam air tawar. Walaupun
sesetengah organisma boleh bertoleransi terhadap julat kepekatan garam tertentu, kebanyakan yang
akan musnah apabila air tawar bertukar menjadi payau.
iii. Keasidan atau asiditi
Mata air yang keluar daripada rekahan bukit-bikit arang batu mengandungi partikel-partikel bitumen dan
sulphur. Air yang berasid ini meningkat dengan meningkatnya pengeluaran arang batu, dan berterusan
lama walaupun lombong-lombong ditinggalkan. Besi pirit ( hasil perlombongan batu arang ) akan
memasuki anak-anak sungai. Sesetengah bakteria boleh mendapat tenaga dengan menukarkan ferus
kepada ferik untuk pernafasan dan pembiakan. Hasil sampingan pertukaran keadaan pengoksidaan besi
ini, iaitu mendakan ferik hidroksida yang berwarna kuning kemerahan mencemar tebing sungai; dan
pelepasan asid sulfurik menukarkan keasidan air sungai itu dan menurunkan pH anak-anak sungai
secara mendadak. pH boleh jadi di antara 4.5 ke 2.5 pada musim-musim tertentu. Sumbangan besi dan
sulfat dalam kuantiti yang banyak juga mengurangkan keterdapatan oksigen dalam anak sungai. Semua
vertebrat, kebanyakan invertebrat dan banyak mikroorganisma terhapus. Kebanyakan tumbuhan
peringkat tinggi tiada dan hanya beberapa jenis alga dan bakteria yang tinggal.
iv. Kekeruhan atau turbidity
Bahan-bahan lengai ( inert ) dan halus senang terampai dalam air. Ini mengurangkan pemancaran
cahaya dan merencat proses fotosintesis tumbuhan akuatuk dan mikroskopik. Industri porselin ( tanah liat
putih ) adalah sumber pencemaran ini. Industri besi keluli menghasilkan partikel halus juga menyebabkan
sungai yang dimasuki efluen menjadi merah atau hitam. Partikel-partikel terampai ini akan mendak ke
dasar sungai dan menayelubungi kehidupan di bahagian bawah sungai dengan selaput yang luas. Selain
itu, minyak yang boleh dilarut dengan menstabilkan emulsinya dengan detergent, apabila dilepaskan ke
dalam air menyebabkan kekeruhan seperti susu. Pembakaran atau penerangan tanah juga melepaskan
partikel tanah dan tanah liat, menghasilkan kelodak yang boleh memusnahkan habitat bagi larva
serangga seperti mayfly, caddis fly dan stone fly yang merupakan sumber makanan penting bagi
ikan-ikan.
v. Pendeoksigenan (Deoxygenation)
Pencemaran yang lazim adalah organik.walaupun bahan-bahan organik tidak meracuni hidupan sungai,
atau mempengaruhi pH, tetapi apabila bahan organik diserang oleh bakteria dan dipecahkan menjadi
kompaun yang ringkas, oksigen diperlukan. Keperluan oksigen biologi ( BOD - Biological Oxygen
Demand ) menjadi tinggi. BOD adalah indeks pencemaran air yang berguna, terutama yang berkaitan
dengan bebanan organik air. BOD digunakan untuk menentukan jenis hidupan yang boleh ditampung
oleh sungai yang tercemar. Ikan mempunyai keperluan oksigen yang paling tinggi dan biasanya ikan air
sejuk memerlukan lebih oksigen daripada ikan air panas. Invertebrate boleh bertoleransi terhadap
kepekatan oksigen yang rendah dan bakteria terhadap keperluan oksigen yang lebih rendah. Dua jenis
invertebrate yang bertoleransi terhadap paras oksigen telah dikenali sebagai indeks biologi bagi
kesusutan oksigen. Cacing Tubifex dan larva sejenis sreangga kecil yang berwarna merah, Chironomus
hidup dalam lumpur di dasar sungai. Jumlah mereka berkadaran songsang dengan kandungan oksigen
dalam air. Dalam air tang tercemar teruk, populasi Tubifex dalam 20,000 individu/kaki persegi, dan dalam
air yang tidak tercemar, Tubifexi mungkin tidak didapati langsung.

Eutrofikasi Air

Eutrofikasi merupakan pengkayaan bahan organik atau nutrien dalam tasik dan lain-lain dan menampung
pertumbuhan yang banyak. Pelepasan nitrogen dan fosforus ke dalam air dalam kuantiti yang tinggi
adalah salah satu masalah besar dalam pembuangan sisa kerana pertambahan nitrogen dan fosforus
mempercepatkan proses penuaan tasik. Mikroorganisma biasanya terkawal kerana kekurangan fosforus.
Apabila berlaku pertambahan kandungan fosforus dalam air, ia digunakan serta merta menyebabkan
kadar pembiakan organisma yang tinggi. Fosforus adalah faktor penyebab dan nitrogen menjadi faktor
penghad dan organisma seperti alga biru-hijau mengambil alih daripada plankton kerana alga tersebut
bebas daripada penghad nitrogen. Ledakan populasi satu atau lebih spesies alga dipanggil blum alga
( blooms ). Satu kesan merbahaya kepada manusia adalah nitrat ditukar menjadi nitrit di dalam saluran
penghadaman oleh bakteria tertentu. Nitrit bertindak dengan hemoglobin membentuk methemaglobin
yang tidak akan mengambil oksigen menyebabkan seseorang itu sesak pernafasan dan kelemasan dan
keadaan ini lebih teruk pada bayi dan kanak-kanak.
Pelepasan buangan industri dan domestik merupakan komponen utama bahan organik manakala
pembukaan tanah secara besar-besaran, pembangunan yang tidak terkawal, kegiatan pembalakan dan
perlombongan di kawasan tadahan mengakibatkan masalah pemendapan dan kelodakan. Sebagai
contoh, pembalakan di Hutan Ulu Muda ; meliputi 123 000 ha kawasan Hutan Tadahan Air termasuk Ulu
Muda, Chebar Besar, Padang Terap, Pedu Bukit Saiong dan Bukit Keramat menimbulkan kebimbangan
besar bukan sahaja kepada berpuluh NGO alam sekitar, kepenggunaan, hak asasi manusia dan
sebagainya juga kumpulan masyarakat petani dan nelayan juga masyarakat awam dari pelbagai
latarbelakang.

Hutan tadahan air ini antara lain membekalkan air kepada sumber air utama di negeri Kedah iaitu
empangan Muda, Pedu dan Ahning dan Sungai Muda dan Sungai Kedah. Kawasan tadahan air ini
menjadi pergantungan kepada sumber air kepada 96 000 ha kawasan tanaman padi yang melibatkan 63
000 keluaraga petani, sumber air kepada pengguna air di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dan kepada
masyarakat Industri terutamanya di Pulau Pinang dan Kulim dan tidak kurang juga fungsi hutan tadahan
air tersebut sebagai habitat hidupan semulajadi yang dilihatkan sebagai satu kawasan Mega Biodiversiti
yang harus dipelihara.

Pencemaran kumbahan terutamanya dari buangan domestik dan haiwan, seperti yang ditunjukkan oleh
faecal coliform memberi kesan besar terhadap pencemaran organik di kawasan air daratan, dan ini telah
didapati di Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak. Di samping itu, di beberapa muara sungai di
negeri Johor, Kedah, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu juga tercemar.
Kumbahan telah meningkat daripada yang menyamai 6.28 juta penduduk kepada yang menyamai 13 juta
penduduk.
Kumbahan terus merupakan punca utama pencemaran organik memandangkan ianya tiga kali ganda
melebihi jumlah beban pencemaran daripada industri dan buangan haiwan.
Ini adalah disebabkan oleh kepadatan penduduk yang tinggi, pelupusan najis manusia yang tidak teratur
di kawasan setinggan, tahap pembandaran yang meningkat, kawasan penempatan padat yang banyak di
sepanjang pantai dan kemudahan yang tidak mencukupi untuk pengolahan kumbahan. Di samping itu,
tahap pencemaran oleh pepejal terampai terus berlaku akibat daripada aktiviti-aktiviti pembangunan
tanah yang berleluasa di kawasan-kawasan berhampiran dan pedalaman.
Satu kajian ke atas sistem pengolahan dan pelupusan buangan berbahaya telah menunjukkan tidak
kurang daripada 380,000 m3 buangan beracun dan berbahaya daripada kira-kira 1,000 punca
dikeluarkan setiap tahun. Punca-punca industri yang menyebabkan pencemaran air terus tertumpu di
Pantai Barat Semenanjung Malaysia dengan Johor, Pulau Pinang dan Selangor mencatatkan bilangan
hampir 50 peratus. Industri utama yang menyebabkan pencemaran tersebut ialah tekstil, getah, kertas,
makanan dan minuman. Industri minyak sawit mentah dan industri pemerosesan getah asli turut terlibat
dalam pelepasan beban organik.
Masalah pencemaran daripada haiwan ternakan masih lagi belum dapat diselesaikan. Beberapa negeri
masih belum lagi menggubal enakmen yang diperlukan untuk mengawal dan menguatkuasakan kawalan
kebersihan ke atas buangan haiwan ternakan, sementara beberapa negeri yang mempunyai undangundang berkenaan masih belum lagi menguatkuasakannya dengan berkesan. Konsep Kawasan
Ternakan Khinzir yang terkandung di dalam Dasar Pertanian Negara masih belum dilaksanakan
sepenuhnya. Kawalan dan kelolaan ternakan khinzir adalah perlu memandangkan industri tersebut telah
menimbulkan masalah alam sekitar yang ketara terutamanya di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Di
Negeri Sembilan, industri ini telah memberi kesan ke atas punca air di Sungai Linggi yang memerlukan
pengolahan biologi dan kimia yang mahal sebelum airnya dapat digunakan untuk tujuan domestik. Sungai
yang tercemar oleh buangan haiwan ternakan telah memberi kesan ke atas pantai dan perairannya yang
mana telah menggugat Port Dickson sebagai destinasi tarikan pelancong yang terkenal. Di samping itu,
pantai-pantai di beberapa kawasan di Pulau Pinang telah bertambah buruk, dan menjejaskan mutu
kebersihan hasil akuakultur.
Pencemaran air tasik dan air bawah tanah juga berlaku. Pencemaran yang disebabkan oleh buangan
industri yang ditanam dalam tanah serta baja kimia, racun serangga dan racun rumpai dari bidang
pertanian. Penggunaan bahan kimia yang tidak terkawal telah mengurangkan dengan banyaknya ikan air
tawar di beberapa kawasan. Sebagai contoh, Tasik Chini di negeri Pahang yang dibangunkan sebagai
destinasi pelancongan, dan juga oleh sebab penerokaan kawasan sekitar tasik untuk sektor pertanian, di
mana baja dibawa ke tasik oleh air hujan, menyebabkan tumbuhan akuatik seperti tumbuhan terapung
dan tumbuhan tenggelam bertumbuh subur di kawasan tasik itu. Pembangunan berterusan tanpa
kawalan berkemungkinan akan menyebabkan pencemaran pada ekosistem tasik ini.
Pencemaran laut berlaku oleh pembuangan kotoran daripada punca daratan ke laut, dan juga
pembuangan dan limpahan minyak dan sisa berbahaya daripada kapal. Di samping itu, tumpahan minyak
dari pelantar telah dilaporkan lebih banyak berlaku. Walaubagaimanapun, kebanyakan tumpahan minyak

yang berlaku di kawasan pelabuhan telah dapat dibersihkan di mana kos pembersihannya telah dapat
dipungut daripada pihak-pihak yang berkenaan.
Bagi memastikan rakyat terus menikmati taraf kehidupan yang berunsur lestari, di mana tahap kesihatan
kebangsaan tidak menjejaskan pembangunan dan kemajuan negara yang berterusan, kualiti air yang
digunakan oleh rakyat jelata perlulah memenuhi satu piawaian yang standard. Kualiti air dinilai dengan
menggunakan parameter berikut, iaitu :
i. Keperluan Oksigen Biokimia (BOD)
ii. Keperluan Oksigen Kimia (COD)
iii. Nitrogen Ammoniakal (NH3N)
iv. Pepejal Terampai (SS)
v. Nilai pH dan (pH)
vi. Oksigen Terlarut (DO)
Di samping itu, parameter lain seperti logam berat dan bakteria perlu diambilkira kerana air paip yang
dibekalkan mungkin dikontaminasikan dengan kuprum, zink dan plumbum yang melebihi kepekatan
maksimum yang dibenarkan mengikut Akta Pemakanan Malaysia 1985. Perlu diingatkan air paip
kegunaan domestik boleh juga dikantaminasikan kerana tangki yang kotor dan berkarat.
3 Pencemaran Air : Bahan Pencemar dan Kesan-kesannya
Pencemaran air adalah salah satu penyebab penyakit kronik. Akibat meminum air yang tercemar,
manusia akan dijangkit penyakit menular, penyakit ginjal, artritis, sakit kepala, tekanan darah tinggi,
penyakit kulit, kanser, gangguan sistem saraf, penyakit hati, jangkitan sistem penghadaman, penyakit
batu karang, batu dalam hempedu dan sebagainya. Lebih dari 70% tubuh manusia terdiri dari air. Selain
Oksigen, air mempunyai peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Air diperlukankan oleh
semua organ dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan sempurna seperti :
i. Proses pembuangan racun / toxin
ii. Pelicin bagi sendi-sendi
iii. Membantu proses pencernaan
iv. Menstabilkan suhu tubuh
v. Metabolisma tubuh
Berikut menunjukkan jadual berkenaan dengan warna mendapan air yang tercemar bersama dengan
bahan pencemar serta kesan-kesannya terhadap kesihatan.

4 Pencemaran Sungai
Pencemaran sungai-sungai di kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia merupakan satu masalah
alam sekitar yang bertambah serius dan sehingga sekarang masih tiada lagi suatu kaedah penyelesaian
yang benar-benar efektif untuk menangani masalah ini.
Mengikut kajian hidrologi ada tiga klasifikasi pencemaran air berlaku iaitu:
Pencemaran fizikal (tidak larut dalam air seperti sampah sarap daripada logam, kertas, kaca dan kelodak)
Pencemaran biologi (seperti najis binatang menyebabkan kemunculan bakteria seperti Escherichia coli
atau E. Coli, cacing nematod dan mikrob lain).
Pencemaran kimia (bahan kimia terlarut daripada pencemar fizikal dan biologi serta logam berat
dikelaskan sebagai pencemar kimia ).
Di Malaysia, punca utama pencemaran sungai berlaku disebabkan oleh kelodak dan sisa kumbahan, di
samping bahan lain seperti najis binatang, sampah sarap dan logam berat seperti arsenik, kadmium
raksa dan plumbum. Komposisi bahan berkenaan didapati melebihi paras yang ditetapkan oleh Piawaian
Kualiti air Kebangsaan Interim Kelas II. Najis binatang menyebabkan kemunculan bakteria seperti
Escherichia coli, cacing nematod dan mikrob lain dan dikenalpasti penyebab penyakit berbahaya seperti
hepatitis, demam kepialu, taun, disentri, gatal kulit, kusta dan penyakit paru.
Selain itu, pembangunan di negara ini dan proses urbanisasi telah membawa kepada perubahan
penggunaan tanah bagi sesuatu kawasan bagi menampung keperluan kegiatan ekonomi serta
penyediaan kemudahan sosial. Akibat perubahan guna tanah yang berlaku telah mendedahkan sungai
kepada pelbagai masalah yang tidak mampu ditanggung oleh sungai, yang secara langsung
menyebabkan perubahan sistem sungai bukan sahaja dari segi kualiti tetapi juga kuantiti. Keadaan ini
dapat dilihat berdasarkan kepada masalah yang berlaku akibat perubahan yang berlaku.
Seperti yang diketahui, sumber air mentah di negara kita kebanyakannya diperoleh terus dari sungai
utama dan empangan yang dibina untuk menyimpan air. Namun, kualiti air sungai di Malaysia adalah
dalam keadaan yang semakin merosot akibat daripada pencemaran alam sekitar. Kualiti air[1] adalah
dianggapkan bersih untuk kehidupan biologi sekiranya paras ukuran BOD adalah 3 miligram seliter
(mg/liter), kandungan pepejal terampai tidak lebih daripada 50 mg/liter dan kandungan ammonia-nitrogen
tidak melebihi 0.3 mg/liter.

Kualiti Air Semakin Merosot


Tidak ramai di antara kalangan kita yang mengambil berat tentang makna sebenar kualiti bekalan air di
seluruh negara yang semakin merosot kerana pencemaran berikutan kegiatan pembuangan sisa sampah
dalam sistem saliran. Sepatutnya, kita sebagai pengguna merasa bimbang tentang isu ini Kita meyedari
semakin hebat dan pesatnya pembangunan serta pertumbuhan penduduk, semakin buruk pula
pencemaran sumber bekalan air utama khususnya sungai yang berlaku. Kualiti air sungai di negara kita
secara keseluruhannya menurun.
Pencemaran Sungai Kian Kritikal
Berdasarkan statistik[2], sehingga 2005 sebanyak 13 buah sungai di negara ini didapati mengalami
pencemaran teruk manakala 75 buah lagi tercemar sederhana manakala 32 buah lagi masih bersih.
Antara negeri yang mengalami pencemaran sungai paling tinggi adalah Johor, Selangor dan Pulau
Pinang. Statistik ini menunjukkan bilangan sungai yang tidak tercemar mengalami kemerosotan
berbanding dengan statistik[3] pada Tahun 2000, di mana 12 buah sungai yang tercemar teruk, 34 buah
sungai tercemar sederhana dan 74 buah sungai bersih ( Jadual 1[4]).
Sungai yang tercemar teruk ialah Sungai Dondang, Sungai Juru dan Jejawi di Pulau Pinang, Sungai
Kempas, Sungai Tukang Batu, Sungai Rembah, Sungai Benut dan Sungai Pasir Gudang di Johor, Sungai
Sepang, Sungai Klang dan Sungai Buloh di Selangor, Sungai Batu di Perak, Sungai Miri/Lutongdi
Sarawak dan Sungai Jimah di Negeri Sembilan. Sementara sungai Sepang, Sungai Klang, Sungai Buloh,
Sungai Selangor dan Sungai Golok adalah sungai-sungai yang teruk tercemar oleh kumbahan. Sungai
Samit dan Sungai Tuaran di Sabah (yang tertinggi), Sungai Sedili Besar, Sungai Pahang dan Sungai
Kempas didapati mengandungi kandungan logam raksa, kadmium, tembaga, plumbum serta zink yang
melebihi standard yang dibenarkan.

Nota Kaki
[1] Laporan Rancangan Malaysia Ke-6, Bab 15 : Alam Sekitar, para 15.06
[2] Laporan Rancangan Malaysia Ke-8 ( 2001-2005) Bab 19 para 19.05
[3] Water Quality Management in Malaysia - Dr Zulkifli Abdul Rahman, JAS, 2000
[4] Water Quality Management in Malaysia - Dr Zulkifli Abdul Rahman, JAS, 2000

Laporan juga menyatakan bahawa 70 peratus masalah pencemaran sungai disebabkan oleh kumbahan
dan pembuangan sampah. Selain itu, kelodak daripada hakisan yang juga sebahagian besarnya
disebabkan oleh aktiviti penerokaan hutan serta pelepasan sisa oleh industri juga menjadi penyumbang
utama masalah pencemaran ini.

Pengaruh Taburan Tenaga Suria Terhadap Kehidupan Manusia


Pengaruh taburan tenaga suria di permukaan bumi terhadap kehidupan manusia.
Taburan tenaga suria mempunyai pengaruh yang besar terhadap kehidupan manusia. Dalam bidang
pertanian, tenaga suria sangat penting untuk proses tumbesaran tanaman. Ini kerana tumbuhan hijau
memerlukan cahaya matahari dalam proses fotosintesis untuk membuat makanan. Di kawasan yang
menerima banyak pancaran matahari sepanjang tahun seperti di kawasan tropika lembap, pelbagai jenis
tanaman tropika dapat ditanam seperti getah, kelapa sawit, koko, teh dan sebagainya. Hasil tanaman ini
merupakan sumber eksport yang penting bagi negara-negara tertentu dan membuka banyak peluang
perkerjaan kepada penduduk seterusnya memperkembangkan lagi industri hiliran yang berkaitan. Tenaga
suria juga diperlukan dalam pelbagai aktiviti pertanian seperti proses pengeringan, aktiviti pembajakan,
aktiviti meracun dan penanaman. Di kawasan tropika lembap, aktiviti-aktiviti seperti ini dapat dijalankan
sepanjang tahun. Sebaliknya di kawasan yang tidak menerima pancaran matahari sepanjang tahun
seperti negara-negara yang berada di sekitar garis lintang sederhana dan tinggi, tempoh penerimaan
bahangan suria adalah terhad, iaitu antara tiga hingga lima bulan sahaja menyebabkan pertanian
terpaksa diusahakan dengan menggunakan teknik rumah kaca. Pertanian secara terbuka tertumpu
kepada jenis pertanian jangka pendek sahaja seperti penamanan sayur-sayuran. Penanaman tanaman
hawa sederhana giat dimajukan seperti gandum dan buah-buahan hawa sederhana. Namun kegiatan
pertanian hanya dapat dijalankan pada musim bunga dan musim panas sahaja kerana pada musim sejuk
kebanyakan kawasan penanaman dilitupi salji.
Selain daripada kegiatan pertanian, taburan tenaga suria juga penting dalam aktiviti perikanan. Tenaga
suria amat penting dalam menentukan pertumbuhan dan pembiakan plankton. Bekalan plankton yang
mencukupi akan menggalakkan pertambahan pelbagai hidupan ekosistem laut seperti pembiakan dan
pertambahan pelbagai jenis ikan. Di kawasan tropika yang menerima pancaran matahari sepanjang
tahun akan menggalakkan pertumbuhan plankton seterusnya menggalakkan pembiakan pelbagai jenis
ikan. Keadaan ini menyebabkan kegiatan perikanan dapat dilakukan sepanjang tahun. Di kawasan yang
tidak menerima pancaran matahari sepanjang tahun seperti kawasan bermusim, pembiakan plankton
adalah terhad pada musim bunga dan musim panas sahaja. Tambahan pula air laut menjadi sejuk dan
kebanyakan kawasan, air laut mengalami pembekuan pada musim sejuk. Fenomena ini tidak

menggalakkan aktiviti perikanan dijalankan.


Taburan tenaga suria juga mempengaruhi kegiatan penternakan dijalankan. Kawasan tropika yang
bersuhu panas dan menerima hujan yang lebat sepanjang tahun menggalakkan pertumbuhan padang
rumput. Hal ini membolehkan kegiatan penternakan kambing dan lembu secara terbuka dapat dijalankan
pada sepanjang tahun. Sebaliknya, di kawasan bermusim, kebanyakan ternakan dijalankan secara
intensif, iaitu dijalankan dalam kandang bagi mengelakkan binatang ternakan mati kesejukan. Di samping
itu, di Amerika Syarikat, ternakan dipindahkan mengikut tiupan angin Chinook terutama di kawasan
Banjaran Rocky. Di sebelah kawasan yang menghadap angin, lazimnya berkeadaan sejuk tetapi di
kawasan lindungan angin keadaannya lebih panas. Oleh itu, pengembala membawa ternakan ke
kawasan yang beriklim lebih panas. Di sesetengah kawasan pula, kegiatan penternakan terbuka hanya
boleh dilakukan pada musim bunga dan musim panas. Apabila tiba musim sejuk, binatang ternakan
dikurung di dalam kandang dan makanan perlu disediakan.
Taburan tenaga matahari juga mempengaruhi kehidupan manusia dari segi aktiviti pelancongan.
Kawasan tropika lembap yang berkeadaan panas sepanjang tahun menjadi destinasi para pelancong
terutama dari negara-negara yang mengalami musim sejuk. Mereka gemar mandi di laut dan berjemur di
pinggir pantai yang berpasir. Di negara yang bermusim, aktiviti pelancongan terjejas menyebabkan lebih
ramai pelancong ke kawasan beriklim tropika dan juga iklim Mediterranean. Bagaimanapun, aktiviti
pelancongan sukan salji meningkat di kawasan iklim sederhana dunia. Salji yang tebal akibat kekurangan
bahangan suria menjadikan kawasan-kawasan pergunungan amat sesuai untuk aktiviti sukan bermain
luncur ais dan sebagainya. Aktiviti di pantai tidak dapat dilakukan terutama pada musim sejuk. Ini kerana
suhu yang rendah bukan sahaja menghalang aktiviti bahkan membahayakan nyawa.
Taburan tenaga suria juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi kegiatan
pembalakan. Intensiti tenaga suria yang tinggi di kawasan tropika lembap menggalakkan pertumbuhan
pelbagai jenis spesies kayu keras seperti jati, keruing, merbau, jelutong dan sebagainya. Ini menjadikan
negara-negara beriklim tropika menjadi pengeksport utama kayu keras dunia seperti Myanmar, Thailand,
Indonesia dan lain-lain lagi. Namun begitu pada musim hujan, kegiatan pembalakan menghalang kerjakerja memunggah kayu balak kerana jalan berlumpur. Di negara-negara beriklim sederhana seperti
Scadinavia, Finland dan sebagainya, keadaan yang sejuk dan bersalji memungkinkan perusahaan
pembalakan dijalankan dengan lebih giat. Keadaan ini berlaku kerana balak-balak mudah dibawa keluar
dengan menariknya di atas kawasan berais atau bersalji.
Kehidupan harian manusia juga dipengaruhi oleh taburan tenaga suria dari segi tempat tinggal, jenis
pakaian, aktiviti rekreasi dan sebagainya. Di kawasan tropika, aktiviti sosial seperti sukan boleh
dijalankan pada sepanjang tahun, manakala di kawasan bermusim aktiviti berkenaan terhad pada musim
panas. Dari segi pakaian pula, penduduk di kawasan tropika perlu menggunakan pakaian nipis daripada
kain kapas atau nilon pada sepanjang tahun, manakala penduduk di kawasan bermusim memilih pakaian
mengikut musim, iaitu pakaian tebal pada musim sejuk dan pakaian nipis pada musim panas.

KESAN BAHANGAN SURIA TERHADAP LULUHAWA

Bahangan suria banyak memberi kesan kepada luluhawa khasnya luluhawa fizikal. Ini kerana
kebanyakan proses luluhawa fizikal yang berlaku mendapat pengaruh daripada bahangan pensuriaan.
Contohnya proses kembang kecut, penghabluran garam serta proses pembasahan.
Proses kembang kecut dalam luluhawa fizikal giat berlaku di kawasan gurun yang mengalami iklim panas
dan kering. Akibat ketiadaan tompokkan awan dan tumbuhan yang melindungi bumi, cahaya matahari
dapat di pancarkan terus ke muka bumi. Keadaan itu tadi kemudiannya menyebabkan batuan mengalami

pengembangan dan pengecutan pada malam hari ekoran penurunan suhu yang cepat. Proses kembang
kecut ini akhirnya menyebabkan batuan pecah dalam pelbagai cara iaitu pengelupasan, serpihan dan
relaian bijian.
Selain itu,proses penghabluran garam yang berlaku dalam kejadian luluhawa yang adalah kesan
pengaruh bahangan suria juga. Buktinya proses ini juga giat di kawasan gurun yang panas.Ini kerana
kadar sejatan yang tinggi kesan daripada bahangan suria boleh menyebabkan air di bawah tanah tertarik
ke permukaan lalu tersejat.
Di samping itu, proses pembasahan dan pengeringan yang berlaku di kawasan yang mengalami kemarau
dan lembab yang nyata adalah kesan daripada bahangan suria juga. Ini kerana batuan yang terkena
bahangan suria atau suhu yang tinggi semasa musim kemarau akan mengalami pengeringan lalu
mengecut dan kemudiannya membentuk tegasan pada struktur batuan tadi.
Tema Sistem Bumi
Kesan Bahangan Suria Terhadap Hakisan
KESAN BAHANGAN SURIA TERHADAP HAKISAN
Hakisan bermaksud proses penghausan atau pengukiran permukaan bumi oleh agen-agen yang
bergerak seperti air mengalir, titisan hujan, angin, glasier dan ombak. Hakisan berlaku dengan adanya
tenaga kinetik dan bahan yang dibawa oleh agen yang bergerak seperti pasir, kelikir, batu tongkol dan
lain-lain yang berfungsi sebagai alat penghakis. Kesan-kesan hakisan ialah sesuatu permukaan bumi
mengalami penghausan, kelaran tergondol dan perendahan.
Kewujudan agen-agen bergerak seperti air mengalir, titisan hujan, angin, glasier dan ombak berpunca
daripada satu sumber tenaga utama iaitu matahari. Kewujudan hujan yang menjadi punca kepada
pembentukan sungai bermula daripada proses sejatan yang berlaku apabila matahari memanaskan
permukaan bumi, laut, tasik, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Lanjutan daripada proses sejatan, wapwap air yang naik ke atmosfera akan mengalami proses pemeluwapan sebelum terbentuknya awan dan
kerpasan. Kerpasan yang turun akan membentuk hujan atau salji yang menjadi punca kepada
pembentukan sungai dan penghasilan glasier. Pengaliran sungai dan pergerakan glasier menuruni
sesuatu cerun akan menghasilkan pelbagai bentuk muka bumi hakisan.
Bahangan suria juga bertanggungjawab terhadap pembentukan perbezaan tekanan udara di permukaan
bumi. Kawasan yang menerima lebih banyak bahangan suria akan menjadi kawasan tekanan rendah
kerana udaranya menjadi lebih ringan manakala kawasan yang lebih sejuk akan menjadi kawasan
tekanan tinggi. Udara akan bergerak dari kawasan tekanan tinggi (kawasan sejuk) ke kawasan tekanan
rendah (kawasan panas). Pergerakan udara ini akan mewujudkan pergerakan angin. Angin pula
merupakan satu agen hakisan yang penting terutamanya di kawasan gurun. Angin juga menjadi punca
kepada pembentukan ombak yang merupakan agen hakisan yang paling dominan di kawasan pinggir
pantai.
Jelaslah bahawa bahangan suria merupakan tenaga penggerak utama kepada semua proses hakisan.
Bermula daripada hakisan di permukaan seperti hakisan percikan dan hakisan lembaran (hakisan
meluas) semasa hujan turun, hakisan air mengalir terutamanya hakisan di lembangan sungai, hakisan
ombak di pinggir pantai, hakisan glasier di kawasan tanah tinggi terglasier dan hakisan angin di gurun.
Pelbagai bentuk muka bumi hakisan telah dihasilkan akibat kewujudan agen-agen hakisan di atas.
Hakisan percikan dan hakisan meluas telah menghasilkan lekukan-lekukan dan kelaran-kelaran di
permukaan bumi di kawasan tadahan hingga terbentuknya alur-alur sementara seperti galir dan galur.
Alur-alur kekal seperti anak-anak sungai, cawangan-cawangan dan sungai-sungai utama. Di alur-alur
sungai pula pelbagai bentuk muka bumi hasil hakisan terbentuk seperti lurah bentuk V, lubuk, jeram dan
air terjun.

Pembentukan ombak juga tidak kurang pentingnya dalam penghasilan pelbagai bentuk muka bumi
hakisan terutamanya di pinggir laut. Antaranya penghasilan bentuk muka bumi seperti tebing tinggi,
pelantar hakisan ombak, tanjung dan teluk, gua laut, geo, gerbang laut, batu tunggul dan tunggul sisa. Di
gurun, angin menghasilkan pelbagai bentuk muka bumi hakisan seperti lekukan layangan angin dan
oasis, pembentukan batu tenggek dan gerbang batu, zeugen dan yardang, serta pembentukan ventifact
dan drikenter. Glasier pula menghasilkan pelbagai bentuk muka bumi hakisan yang menarik seperti
puncak piramid, kori dan rabung aret, lurah gantung dan lurah bentuk U.

Peranan Tenaga Suria Terhadap Haiwan


Cahaya matahari ialah sumber tenaga yang utama bagi bumi kita. Sumber tenaga ini boleh diubah dari
satu bentuk kepada satu bentuk yang lain dan menjadi pelbagai sumber tenaga yang diperlukan oleh
kehidupan dalam bumi. Cahaya matahari membekalkan sumber tenaga yang mencukupi untuk
kehidupan tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
Tenaga suria boleh disimpan dalam pelbagai bentuk. Ia membekalkan tenaga kepada pelbagai benda
hidup di dalam bumi dan membolehkan segala hidupan dapat hidup di atas bumi kita. Bermula daripada
proses fotosintesis, tumbuh-tumbuhan menukarkan tenaga suria kepada glukosa. Tenaga ini akan masuk
ke dalam rantaian makanan apabila haiwan herbivor memakan tumbuh-tumbuhan. Haiwan karnivor pula
akan memakan haiwan herbivor. Tenaga ini akan seterusnya mengalir berterusan mengikut aras trofik
sesuatu rantaian makanan.
Tenaga suria juga membekalkan cahaya dan haba yang mencukupi untuk pembiakan haiwan. Haba
diperlukan dalam proses pembiakan. Terdapat haiwan seperti burung, reptilia dan amfibia memerlukan
haba yang mencukupi untuk menetaskan telurnya. Pembentukan musim oleh peredaran matahari akan
memberi peluang kepada haiwan tertentu untuk proses mengawan. Ada juga haiwan akan menyesuaikan
proses pembiakan mengikut musim. Pada musim sejuk, haiwan mengawan dan akan membiak pada
musim bunga dan musim panas terutamanya di kawasan sejuk dan sederhana dunia. Contohnya proses
pembiakan beruang kutub, musang, rusa dan haiwan-haiwan di kawasan kutub mempunyai musim
pembiakan yang hampir sama.
Tenaga membentuk peredaran musim sangat mempengaruhi kehidupan haiwan. Perubahan musim
tentunya memberi kesan kepada habitat haiwan yang tinggal di sesuatu kawasan yang berubah musim.
Pertamanya apabila berlaku musim sejuk, haiwan lazimnya akan berpindah ke kawasan baru atau
berhijrah ke kawasan yang lebih panas. Sebagai contoh, burung layang-layang akan berpindah ke
kawasan Asia Tenggara dari Negara China apabila tibanya musim sejuk di Negara berkenaan. Oleh itu,
dalam bulan-bulan musim sejuk di Hemisfera Utara, terdapat banyak burung layang-layang di Malaysia.
Perpindahan haiwan juga berlaku untuk mencari makanan. Kawasan-kawasan yang mengalami musim
sejuk, lebih sukar untuk memperolehi makanan kerana permukaan bumi dilitupi salji. Oleh itu, haiwan
terpaksa berhijrah ke kawasan yang lebih panas yang menjamin makanan yang mencukupi. Kebanyakan
haiwan dapat mencari makanan mengikut musim. Pada musim bunga dan musim panas, Banyak
tumbuhan yang mulai tumbuh. Tumbuhan akan membekalkan makanan kepada haiwan.
Sesetengah haiwan yang tidak memperolehi cahaya suria yang mencukupi akan berhibernasi untuk
memperolehi tenaga. Misalnya hidupan di dasar kolam yang dalam akan mengurangkan pergerakannya
untuk mengelakkan kehilangan tenaga.

Rajah di bawah menunjukkan komponen-komponen biotik yang penting bagi sesebuah ekosistem.
Berdasarkan rajah di bawah, jawab soalan-soalan yang berikut:
(a) Tunjukkan aras-aras trofik yang wujud dalam ekosistem di atas ini. (10 markah)
(b) Berdasarkan kepada sesebuah ekosistem yang telah anda kaji, huraikan langkah-langkah yang boleh
diambil bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem tersebut. (15 markah)
Posted by smkrantaupanjang at 10:28 PM 0 comments Links to this post
Ekosistem daratan dan lautan
EKOSISTEM DARATAN
Di dalam dunia ini terdapat pelbagai haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma yang hidup di dalam alam
sekitar yang tertentu. Haiwan, tumbuhan dan miroorganisma yang terdapat dalam ekosistem dataran
seperti hutan dan kawasan padang rumput, kawasan pertanian merupakan komuniti biotik. Dalam
ekositem daratan, komuniti seperti tumbuhan yang kecil seperti algae dan berupa pokok besar, haiwan
yang terdiri daripada mamalia, reptilia, amfibia, burung, serta komuniti mikroorganisma iaitu bakteria,
fungi dan protozoa adalah komponen biotik. Semua komuniti biotik yang terdapat di dalam sesuatu
kawasan daratan kebanyakannya ditentukan oleh faktor abiotik yang terdiri daripada tenaga matahari,
kuantiti air, suhu, tanah dan bentuk muka bumi kawasan persekitarannya.
Keadaan abiotik ini membolehkan jenis komuniti biotik tertentu dapat hidup di dalam kawasan tertentu.
Contohnya jika kawasan kekurangan air, kebanyakan pokok-pokok besar tidak sesuai tumbuh, tetapi
dapat menampung pokok seperti kaktus yang tidak perlukan banyak air. Dalam ekosistem daratan
komuniti biotik seperti haiwan dan tumbuhan hidup di dalam keadaan abiotik yang berlainan seperti hutan
dan padang rumput membentuk sistem hidupan yang saling berkaitan.
Dalam proses ekosistem terdapat aliran tenaga antara komponennya. Terdapat input dan bahan yang
digunakan untuk tumbuhan dan haiwan untuk hidup. Bahan dan tenaga juga dieksport keluar dari
ekosistemnya. Contohnya dalam ekosistem hutan, tumbuh-tumbuhan menerima tenaga cahaya matahari
dan melalui proses fotosintesis menggunakan tenaga bersama dengan karbon dioksida dari udara dan air
dan larutan galian dari tanah untuk membentuk makanan. Tumbuh-tumbuhan menjadi sumber tenaga /
makanan yang asas kepada komponen biotik yang lain.
Oleh itu tumbuh-tumbuhan merupakan pengeluar utama yang membekalkan makanan / tenaga kepada
haiwan dan juga tumbuhan lain seperti tumbuhan parasit yang hidaup dalam hutan. Hidupan dari jenis
haiwan yang menggunakan tumbuhan sebagai makanannya yang utama adalah pengguna primer atau
herbivor. Haiwan yang memakan haiwan lain atau yang menjadikan daging makanan utama adalah
pengguna sekunder dan tertier atau dikenali sebagai karnivor. Manusia adalah pengguna yang dikenali
sebagai Omnivor kerana menjadikan sumber dari kedua-duanya iaitu tumbuhan dan haiwan sebagai
makanannya. Haiwan dan tumbuhan yang mati dan reput dimakan oleh pengurai yang menghasilkan
humus yang kaya dengan mineral yang dapat digunakan semula oleh tumbuhan yang hidup untuk
membesar.
Tumbuhan juga berfungsi dalam ekosistem hutan sebagai pengimbang kandungan oksigen dan karbon
dioksida dalam udara. Tumbuhan dalam hutan yang tebal banyak menggunakan karbon dioksida dan
membebaskan oksigen melalui proses fotosintesis. Sebaliknya dalam proses respirasi tumbuhan dan
haiwan, proses pereputan, pembakaran banyak menggunakan oksigen dan mengeluarkan karbon
dioksida. Ini berlaku satu kitaran dalam bahan nutrien.
Pokok yang mempunyai silara dan daun-daun yang lebat dalam hutan sering menghalang cahaya
matahari terus sampai ke permukaan lantai hutan. Ini membolehkan permukaan tanah dalam hutan
berkeadaan lembap dan sejuk. Keadaan ini pula akan menggalakkan hidupan mikroorganisma hidup di
atasnya bagi menguraikan bahan organik dari sisa tumbuhan dan haiwan yang mati membentuk humus.

Seluruh ekosistem berkecenderungan untuk mencapai keseimbangan antara proses dan kegiatan yang
berlaku di dalam persekitarannya. Oleh itu dalam hutan semula jadi self sustainable akan tercapai dan
ekosistem akan kekal selama-lamanya jika tidak terganggu.
EKOSISTEM AKUATIK
Dalam ekosistem akuatik, komponen abiotik ialah tenaga suria, air, tanah, larutan mineral, suhu air dan
kemasinan atau keasidan air. Komponen biotik pula terdiri daripada tumbuhan hijau, fitoplankton,
zooplankton, ikan kecil, ikan besar, labi-labi, bakteia, kulat dan lain-lain.
Di kawasan pinggir pantai terdapat tumbuhan hijau seperti rumpai, pokok bakau dan lain-lain. Kawasan
air laut yang lebih dalam, terdapat fitoplankton yang berupa organisma yang mempunyai klorofil.
Tumbuhan hijau ini menjadi pengeluar dalam ekosistem akuatik. Zooplankton adalah pengguna primer
yang akan memakan fitoplankton. Zooplankton pula menjadi makanan kepada ikan-ikan kecil, udang,
ketam dan lain-lain. Ikan besar dan labi-labi pula menjadikan ikan- ikan kecil sebagai makanannya.
Pengurai yang terdiri daripada kulat dan bakteria akan menguraikan organisma-organisma dalam
ekosistem akuatik yang telah mati dan membekalkan mineral di dalam air laut.
Begitu juga dalam ekosistem daratan, ekosistem akuatik akan mencapai keseimbangan dan self
sustainable jika tidak ada apa-apa gangguan yang besar.

STRUKTUR BIOTIK
Komponen biotik ialah benda-benda hidup dalam ekosistem dan ianya terdiri daripada tiga komponen
yang utama iaitu pengeluar, pengguna dan pengurai.
Komponen Pengeluar ditakrifkan sebagai organisma autotrof. Ia terdiri daripada tumbuhan hijau yang
mensintesiskan bahan makanan organik melalui proses fotosintesis. Tumbuhan hijau menggunakan
tenaga matahari dari cahaya matahari dan menukarkan karbon dioksida serta larutan galian / mineral dari
tanah yang membentuk gula/ glukos dan mengeluarkan oksigen ke udara sebagai bahan sampingan.
Bahan gula / glukos kemudian ditukarkan menjadi bahan organik yang lebih kompleks untuk menjadi
bahan asas bagi tumbuhan membesar. Proses ini berlaku dengan menggunakan bahan mineral seperti
nitrogen, kalium, fosforus, sufur yang diserapkan daripada tanah. Dengan proses fotosintesis, autotrof
menghasilkan makanan untuk terus membesar dan tumbuh dengan subur.
Komponen pengguna pula ditakrifkan sebagai organisma heterotrof yang makan organisma lain. Ia terdiri
daripada jenis haiwan yang berlainan sebagai pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna
tertier. Organisma ini juga dikenali sebagai herbivor, karnivor dan omnivor.
Herbivor ialah haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan. Makanan yang dihasilkan oleh tumbuhtumbuhan disimpan dalam daun, batang, akar dan sebagainya dimakan oleh herbivor untuk memperolehi
tenaga untuk kehidupan dan pembesarannya. Contoh herbivor kecil seperti beluncas ( ulat ), belalang
dan herbivor besar arnab, kambing, biri-biri dan lembu.
Karnivor adalah haiwan yang memakan daging sebagai makanan utamanya. Contohnya harimau dan
singa yang memakan kambing, lembu adalah karnivor yang besar. Kanivor yang kecil pula contohnya
seperti burung, katak yang memakan serangga dan belalang.
Omnivor pula ialah kumpulan biotik/hidupan yang memakan tumbuhan dan haiwan. Contohnya seperti
manusia.
Komponen pengurai pula ialah organisma yang terdapat dalam tanah yang dapat menguraikan bahan
organik iaitu daripada sisa tumbuhan dan haiwan yang telah mati serta bahan kumuh daripada organisma
tertentu. Pengurai akan menukarkan bahan organik kepada bahan bukan organik seperti humus, kalium,
nitrogen dan lain-lain yang dapat digunakan semula oleh tumbuh-tumbuhan atau pengeluar.
STRUKTUR ABIOTIK
Komponen abiotik dalam ekosistem terdiri daripada benda bukan hidup yang boleh dibahagikan kepada

dua kumpulan iaitu sumber nutrien dan sumber tenaga. Sumber nutrien membekalkan keperluan asas
kepada organisma untuk menghasilkan bahan-bahan organik. Contoh sumber bahan organik mati dan
sumber bukan organik seperti karbon dioksida, nitrogen, fosfat, kalium dan lain-lain.
Sumber tenaga merupakan yang terpenting kepada organisma dalam sistem kehidupannya. Sumber ini
ialah tenaga matahari yang boleh mempengaruhi keadaan iklim dan cuaca khususnya berkaitan dengan
suhu, bekalan air, angin, kelembapan dan tekanan udara.
ALIRAN TENAGA MELALUI RANTAIAN MAKANAN
Rantaian makanan merupakan aliran tenaga yang ringkas yang berpindah dari satu individu ke satu
individu yang lain. Pemindahan ini adalah dari tenaga matahari kepada pengeluar, seterusnya kepada
pengguna-pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier.
Dalam rantaian makanan tumbuh-tumbuhan hijau merupakan pengeluar. Pengeluar menggunakan
tenaga matahari untuk mensintesiskan makanan melalui proses fotosintesis untuk menghasilkan gula dan
bertukar pula kepada makanan lain seperti karbohidrat,, protin untuk disimpan dalam tisu tumbuhan iaitu
dalam tumbesaran tumbuhan. Apabila tumbuhan dimakan oleh pengguna primer, tenaga dipindahkan ke
badan pengguna primer itu. Contohnya seperti tenaga daripada tumbuhan hijau berpindah ke badan
beluncas. Pengguna menggunakan tenaga ini untuk pernafasan, bergerak dan membesar. Sebahagian
tenaga yang dipindahkan ke badan pengguna primer adalah untuk menjadi tisu dalam dagingnya.
Selepas pengguna primer dimakan oleh pengguna sekunder, tenaga akan berpindah pula ke badan
pengguna sekunder. Contohnya belucas dimakan oleh burung. Burung ini pula akan dimakan oleh
pengguna tertier seperti helang dan sekali lagi tenaga berpindah menjadi daging dan membesar kepada
helang di samping untuk bergerak dan bernafas.
Tenaga akan dibebaskan apabila tumbuhan, haiwan mati dan diuraikan oleh pengurai seperti bakteria.
Hasilnya bahan geokimia seperti nitrogen, potasium, karbon dioksida dan zat besi dapat dipulangkan
kembali kepada alam sekitar seperti tanah dan udara. Oleh itu tumbuhan dapat menggunakan semula
bahan tersebut rantaian makanan.
ALIRAN TENAGA DALAM SIRATAN DAN JARINGAN MAKANAN
Aliran tenaga dalam siratan makanan menjelaskan bahawa pengguna-pengguna tidak berbagtung
kepada satu jenis makanan sahaja. Contohnya harimau menjadikan rusa, kambing, lembu dan
sebagainya sebagai makanannya. Manusia bukan sahaja memakan tumbuhan tetapi juga menjadikan
haiwan-haiwan tertentu sebagai makanannya. Oleh itu didapati beberapa rantaian makanan akan tersirat
dan menghasilkan siratan makanan.
Didapati bahawa dalam kebanyakan ekosistem, terdapat beberapa rantaian makan yang saling berkaitan
antara satu dengan yang lain dan bertindih lapis untuk menghasilkan siratan jaringan makanan. Lihat
Contoh Rajah Siratan Jaringan Makanan yang diberikan.
Rajah tersebut menunjukkan rumput dan rumpai serta plankton merupakan pengeluar yang menjadi
punca makanan utama kepada hidupan pengguna primer seperti siput, belalang, tikus, arnab, burung
pipit, ikan kecil dan udang. Siput, belalang, ikan kecil dan udang pula menjadi makanan kepada
pengguna sekunder seperti burung pipit, tikus, burung bangau dan burung kedidi. Tikus, arnab, burung
pipit, burung kedidi akan menjadi makanan kepada pengguna tertier seperti burung hantu dan helang.
Dalam rajah tersebut juga terdapat pertindihan rantaian makanan dengan yang lain.
Dalam keadaan semulajadi terdapat banyak rantaian makanan dalam sebuah ekosistem yang
menunjukkan saling berkaitan antara satu sama lain untuk menghasilkan jaringan makanan.
KEHILANGAN TENAGA DALAM ALIRAN TENAGA
Berdasarkan rajah aliran tenaga, banyak tenaga habis digunakan apabila berlaku pemindahan tenaga
daripada satu peringkat aras trof yang bermula daripada tenaga matahari kepada pengeluar, kepada

pengguna primer, kepada pengguna sekunder dan kepada pengguna tertier. Ini bermakna bukan semua
tenaga matahari digunakan oleh pengeluar. Tenaga yang telah disimpan daripada pengeluar pula setelah
berpindah kepada pengguna primer, sebahagian dariapdanya akan hilang dalam bentuk haba dan
sebahaigan sahaja aka tersimpan ke badan pengguna primer. Kehilangan tenaga ini berlaku melalui
respirasi, pergerakan dan pembiakan. Apabila pengguna sekunder memakan pengguna primer sekali lagi
tenaga hilang dan sebahagian sahaja tersimpan sebagai tisu badannya dan begitulah seterusnya apabila
berpindah kepada pengguna tertier.
Oleh itu didapati dalam proses pengaliran tenaga terjadi penyusutan jumlah tenaga yang tersedia untuk
peringkat-peringkat pengguna tenaga yang tertentu. Aliran tenaga ini menunjukkan bahawa ianya
semakin berkurangan ke arah peringkat yang lebih tinggi. Akibatnya semakin tinggi peringkat rantaian
makanan maka semakin kurang tenaga. Apabila kandungan tenaga menghampiri sifar, rantai makanan
akan terhenti di situ. Biasanya bilangan peringkat di dalam rantaian makanan jarang melebihi enam.
PIRAMID EKOSISTEM/ EKOLOGI
Bilangan pengeluar adalah paling banyak dan bilangan pengguna adalah semkain berkurangan ke atas
peringkat yang lebih tinggi dalam sesebuah rantaian makanan. Dengan ini ia membentuk satu piramid
ekosistem / ekologi. Ia merupakan satu hieraki yang menggambarkan hubungan rangkaian makanan di
kalangan organisma di dalam set komuniti tertentu.
Tapak piramid merupakan pengeluar yang terdiri daripada tumbuhan hijau yang banyak bilangannya
berbanding dengan bilangan herbivor yang memakannya. Bilangan herbivor pula lebih banyak daripada
bilangan pengguna karnivor kecil yang memakan herbivor. Lazimnya di puncak piramid hanya terdapat
satu atau dua pengguna karvivor besar yang memakan karnivor kecil. Ini bermakna bilangan organisma
menjadi berkurangan apabila semakin tinggi di atas piramid dan saiz fizikal organisma juga bertambah
besar apabila terletak di peringkat tinggi dalam piramid tersebut.

SISTEM EKOLOGI

Ekologi ialah kajian tentang hubungan komponen hidup dengan alam persekitarannya. Semua benda
hidup atau boitik terpaksa saling bergantungan sesama sendiri
dalam komuniti masing-masing atau dengan hidupan lain dalam komuniti yang lain. Komuniti hidupan ini
juga perlu berinteraksi dengan alam persekitaran mereka yang berupa komponen bukan hidup atau
abiotik..
Dalam aspek ini ahli ekologi membuat pelbagai kajian dengan mengkaji hubungan manusia dengan alam
sekelilingnya, kemerosotan atau pengurangan sumber-sumber semulajadi, pencemaran udara, air dan
tanah, dimana pelbagai masalah alam sekitar akan mempengaruhi secara langsung dan tidak secara
langsung kepada kehidupan manusia, tumbuhan dan haiwan. Ahli ekologi menggunakan pelbagai bidang
lain seperti fizik,kima dan geografi untuk membantu mereka dalam memelihara dan memulihara alam
sekeliling mereka.
EKOSISTEM
Ekosistem ialah sistem yang melibatkan interaksi antara satu komuniti samada komuniti hidup (biotik iaitu
seperti tumbuh-tumbuhan , haiwan dan manusia) dengan alam persekitaranya yang bukan hidup
(abiotik : iaitu air, cahaya matahari, udara, tanah ). Istilah ekologi dan sistem membentuk istilah
Ekositem. Ekologi adalah bidang yang lebih luas daripada ekosistem kerana ekosistem adalah

sebahagian daripada unit-unit yang dikaji oleh ahli ekologi.


Ekosistem terdiri daripada unit individu yang membentuk populasi dan dari beberapa populasi pula akan
membentuk komuniti dan beberapa komuniti akan saling berinteraksi atau saling bergantungan antara
satu sama lain , sesama sendiri dan juga dengan alam persekitaran mereka. Saiz unit ekologi atau
ekosistem yang dikaji oleh ahli ekologi adalah berbeza-beza. Ekosistem yang dikaji boleh terdiri daripada
ekosistem semulajadi yang kecil seperti kolam, kawasan pertanian dan boleh jadi besar seperti kawasan
hutan semulajadi malah ekosistem bumi ini sendiri.
Dalam sistem kolam misalnya ikan-ikan yang besar mendapat makanan daripada adanya ikan-ikan yang
lebih kecil. Ikan-ikan kecil pula akan memperolehi makanan daripada zooplankton dan zooplanton pula
mendapatkan makanan daripada fitoplankton dan tumbuh-tumbuhan seperti lumut. Lumut pula
memerlukan oksigen dan matahari untuk terus hidup. Ini bermakna kesemua hidupan dalam kolam itu
memerlukan satu sama lain untuk terus hidup di samping memerlukan alam persekitarannya yang
bersifat kekal.
Ekosistem mempunyai dua komponen utama iaitu komponen biotik atau benda-benda hidup dan
komponen abiotik iaitu benda-benda bukan hidup yang membentuk persekitaran bagi komponen biotik.
Komponen biotik pula dapat dikategorikan kepada berikut:
a) Pengeluar ; iaitu tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan makanan dari persekitaran benda-benda
bukan hidup.
b) Pengguna ; iaitu benda-benda hidup yang menggunakan pengeluar sebagai sebagai sumber
makanannya..
c) Pengurai ; iaitu agen-agen seperti bateria , kulat yang membantu pereputan haiwan dan tumbuhtumbuhanyang telah mati.
Sungguhpun agen-agen pengurai merupakan unit yang paling kecil dari segi saiznya tetapi
kepentingannya adalah amat besar dan berkesan dalam menghasilkan bahan-bahan seperti nutrien ke
dalam persekitaran abiotik seperti tanah. Ini bererti tanpa agen pengurai, kitaran makanan dalam
ekosistem tidak akan sempurna.
Pengguna pula boleh dibahagikan kepada herbivor yang hanya memakan tumbuh-tumbuhan sahaja
seperti binatang ternakan iaitu kambing, biri-biri, ayam dan sebagainya. Karnivor ialah pengguna hanya
memakan daging dariapada binatang lain yang memakan tumbuhan. Haiwan karnivor ini ialah binatang
buas seperti singa, harimau dan sebagainya. Omnivor pula terdiri daripada manusia yang memakan
kedua-duanya samada tumbuh-tumbuhan dan binatang ternakan mereka.
Hubungan Komponen Biotik Dengan Komponen Abiotik
Komponen biotik atau benda-benda hidup terdiri daripada tumbuh-tumbuhan , haiwan dan manusia.
Dalam komponen bioptik ini, tumbuhan adalah sebagai pengeluar yang membekalkan makanan utama
kepada komponen biotik yang lain.
Tumbuh-tumbhan berupaya untuk menghasilkan makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Walau
bagaimanapun tumbuh-tumbuhan memerlukan sinaran matahari daripada lapisan atmosfera dan bahanbahan larutan iaitu nutrien yang terdiri daripada air dan zat-zat galian dari tanah untuk membolehkan
proses fotosintesis berfungsi. Oleh itu tumbuh-tumbuhan sangat bergantung kepada persekitaran
abiotiknya seperti tanah air dan udara serta tenaga matahari.

Manusia dan haiwan dalam kumpulan biotik ini dikenali sebagai pengguna. Terdapat tiga kumpulan
utama pengguna iaitu herbivor atau pengguna primer yang memakan tumbuh-tumbuhan seperti ulat,
serangga, arnab, kambing, lembu dan sebagainya. Karnivor atau pengguna sekunder pula

adalah terdiri daripada bi

ang yang memakan daging iaitu harimau, ular, singa, serigala dan sebagainya.
Omnivor pula boleh dikaitkan dengan pengguna tertier iaitu terdiri daripada
manusia yang memakan tumbuh- tumbuhan dan juga daging.
Kumpulan pengurai yang dikenali sebagai saprolit terdiri adalah bakteria, kulat, dan jenis hidupan
seperti protozoa. Organisma seni pengurai ini akan menguraikan bahan-bahan organik dan dalam proses
tersebut akan terbentuk nutrien-nutrien bukan organik seperti nitrogen, karbon dan potassium yang
sangat berguna untuk pertumbuhan dan pembesaran tumbuh-tumbuhan yang berperanan sebagai
pengeluar.
Kitaran tenaga dalam ekosistem ini secara ringkasnya bermula daripada tumbuh-tumbuhan yang
memakan bahan-bahan nutrien dalam tanah, menyediakan pula sumber makanan untuk dimakan oleh
haiwan herbivor seperti kambing dan lembu. Haiwan seperti harimau pula akan memakan kambing
kerana ia merupakan pengguna tertier yang memakan daging sahaja. Apabila harimau mati, bakteria
akan menguraikan jasad harimau sehinga mereput dan menjadi bahan-bahan nutrien bukan
organik.Nutrien-nutrien ini pula akan digunakan semula oleh tumbuh-tumbuhan untuk hidup. Begitulah
kitaran tenaga yang berlaku berterus tanapa henti jika tidak terdapat gangguan. Kitaran tenaga ini juga
dikenali sebagai kitaran makanan dalam ekosistem.
Hubungan Komponen Abiotik Dengan Komponen Biotik.
Kumpulan abiotik ini terdiri daripada benda-benda bukan hidup yang membentuk alam persekitaran di
sekeliling terdiri daripada cahaya matahari, air, udara, tanah dan mineral dalam tanah. Kesemua unsur ini
amat diperlukan oleh kumpulan biotik dalam pelbagai cara dalam keadaan yang berbeza. Misalnya
hidupan air memerlukan air untuk hidup serta udara (gas oksigen)yang bersih dalam air untuk
pernafasan. Tumbuh- tumbuhan pula memerlukan cahaya matahari dan udara (gas karbon
dioksida)untuk proses fotosintesis bagi menghasilkan makanan. Ini bermakna tumbuh- tumbuhan tidak
dapat hidup tanpa adanya matahari. Nutrien-nutrien tertentu dalam tanah juga amat diperlukan oleh
tumbuh-tumbuhan untuk proses tumbesaran nya.
ALIRAN TENAGA DALAM SIRATAN MAKANAN
(a) Rantaian atau siratan makanan.
Rantaian atau siratan makan menerangkan tentang peredaran makanan di kalangan unit-unit dalam satusatu komuniti dalam mana-mana ekosistem. Contohnya , di kawasan sawah padi ,tumbuh-tumbuhan
seperti padi menjadikan sinar matahari, bahan organik dan bahan bukan organik sebagai makanannya.
Tumbuh-tumbuhan itu pula akan menjadi makanan kepada belalang, ulat dan serangga. Ulat , belalang
dan serangga itu pula akan menjadi makanan kepada burung dan ikan dalam air di sawah. Burung ini
pula akan menjadi sumber makanan kepada seekor helang.
Apabila helang mati, bakteria akan memakannya. Dalam proses ini, jasad helang akan diurai / direputkan
dan bertukar menjadi nutrien dalam tanah. Oleh itu ianya akan menjadi makanan pula kepada tumbuhtumbuhan. Proses ini akan berulang-ulang tanpa henti di kalangan pelbagai unit dalam mana-mana
komuniti.
Dalam sesuatu rantaian makanan, tumbuhan hijau merupakan pengeluar kerana mampu menghasilkan
makanan seperti gula (karbohidrat) daripada tenaga matahari dan gas karbon dioksida melalui proses
fotosintesis. Haiwan pula samaada herbivor, karnivor dan omnivor adalah sebagai pengguna. Contohnya
haiwan herbivor seperti kambing, lembu memakan tumbuh tumbuhan. Haiwan karnivor seperti harimau
dan ular memakan kambing. Manusia sebagai omnivor memakan tumbuh-tumbuhan dan juga memakan
haiwan herbivor. Apabila haiwan-haiwan ini mati, organisma pengurai akan menguraikan jasad mereka
sehingga menghasilkan nutrien-nutrien yang akan dibebaskan ke dalam tanah. Seterusnya digunakan
semula oleh tumbuh-tumbuhan untuk proses tumbesarannya.

(b) Matahari sebagai punca tenaga.


Matahari adalah ounca utama tenasga dalam rantai makanan. Ini kerana tumbuh-tumbuhan yang
dianggap sebagai pengeluar itu mendapatkan tenaga daripada matahari untuk memulakan proses
fotosintesis. Tanpa tenaga matahari, proses fotosintesis tidak akan berlaku. Tanpa matahari juga , segala
jenis tumbuh-tumbuhan / tanaman tidak akan menjadi. Ini boleh menyebabkan haiwan herbivor tidak
akan dapat makananya. Apabila haiwan ini pupus. Pemangsa iaitu haiwan karnivor juga akan pupus.
Contohnya, burung helang memakan ayam dan tikus. Jika kedua-duanya lenyap dari dunia ini , maka
burung helang tidak lagi memperolehi sumber makanan dan akan pupus. Ini menunjukkan bahawa
cahaya matahari adalah sumber utama tenaga dalam rantaian makanan.

(c) Piramid aliran dan kehilangan tenaga


Piramid ekologi menunjukkan peringkat-peringkat rantaian makanan dengan bilangan organisma atau
haiwan yang terlibat dalam setiap peringkat dalam setiap peringkat tersebut. Peringkat-peringkat ini
berbentuk piramid kerana bilangan daripada punca punca makanan bagi setiap peringkat adalah tidak
sama jumlahnya.
Mengikut penyesuaian dengan hukum alam , peringkat bawah yang menjadi pengeluar merupakan
peringkat yang paling banyak , tetapi jumlah haiwan herbivor yang memerlukan sumber tumbuhan
sebagai makanannya pula lebih kecil bilangannya daripada jumlah peringkat pengeluar. Begitu juga
semakin ganas haiwan seperti karnivor jumlahnya adalah semakin kecil pula daripada binantang
herbivor.Begitulah seterusnya di mana keadaan ini sebenarnya amat penting dalam mengekalkan
keseimbangan dan penerusan dalam ekosistem yang melibatkan rantaian makanan atau aliran
tenaga.Piramid ekologi ini juga menunjukkan bahawa bilangan tenaga juga semakin berkurangan dan
menghilang di puncak piramid.
(d) Persaingan antara spesis sama ada tumbuh-tumbuhan atau haiwan untuk mendapatkan tenaga
Secara semulajadinya persaingan dalam benda-benda hidup akan sentiasa wujud untuk mendapatkan
sumber makanan atau sumber tenaga dalam meneruskan kehidupan mereka. Persaingan ini akan
berlaku samada disedari ataupun tanpa disedari. Oleh itu ianya juga menjadi sebahagian daripada
hukum alam dimana persaingan ini akan sentiasa wujud.
Tumbuh-tumbuhan misalnya akan berebut-rebut untuk menjadi tinggi dan melepaskan pucuknya
bertujuan mendapatkan cahaya matahari.Contohnya sebagaimana peribahasa melayu menyebut seperti
enau dalam belukar, masing-masing mahu melepaskan pucuknya. Ini disebabkan betapa pentingnya
tenaga suria kepada matahari untuk membuatkan makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.
Hidupan seperti serangga ,haiwan herbivor dan manusia sendiri samada dari satu kumpulan atau dari
kumpulan-kumpulan yang berbeza turut mendapatkan peluang bersaing mendapatkan sumber makanan
daripada tumbuh-tumbuhan seperti daun, buah dan sebagainya. Begitu juga haiwan karnivor lebih jelas
wujudnya perebutan untuk mendapatkan makanan mereka terutama dalam kumpulan-kumpulan yang
berlainan. Misalnya persaingan antara singa dengan harimau.
KEPENTINGAN KESEIMBANGAN DALAM EKOSISTEM
Kebanyakan ahli ekologi mengkaji komuniti dalam konteks ekosistem, yang mana melibatkan interaksi
kitaran mineral, aliran tenaga dan pengawalan penduduk meliputi jumlah haiwan, manusia dan tumbuhtumbuhan).

(a) Kitaran Mineral / nutrien


Ia berkaitrapat dengan bagaimanakah organisma hidup mengekal dan mengitar mineral dalam satu-satu
ekosistem. Semua mineral yang digunakan oleh organisma hidup adalah amat penting. Sesetengah
dariapadanya terdiri daripada bahan nutrien yang kaya dengan nitrogen dan fosferos dan digunakan
dalam kuantiti yang banyak dan sukar di perolehi.
Haiwan yang merupakan pengguna dari jenis herbivor mampu menambahkan kepesatan kitaran
makanan dengan cara memakan tumbuh-tumbuhan dan kemudiannya membuangkan semula sisa
makanan melalui perkumuhan. Mineral yang dihasilkan dalam najis haiwan ini kemudiannya dikembalikan
semula ke dalam tanih. Dengan cara ini mineral tersebut akan dikitarkan secara yang lebih pantas
daripada tumbuh-tumbuhan itu sendiri. Haiwan pemakan bangkai seperti burung gagak, helang dan
sebagainya dapat mempercepatkan proses pemecahan dan pereputan organisma yang mati jika di
bandingkan dengan aktiviti yang dilakukan oleh bakteria dan kulat. Sisa-sisa makanan / bangkai tadi yang
sudah hancur lebih mudah diuraikan oleh bakteria dan kulat untuk menjadi nutrien semula. Begitu juga
haiwan karnivor yang memakan haiwan herbivor juga membantu mengitarkan mineral yang terdapat
dalam badan haiwan herbivor.
Setelah dibebaskan semula ke dalam tanih, nutrien tadi akan digunakan kembali oleh tumbuh-tumbuhan
yang diambil melalui akar-akar mereka. Namun terdapat juga nutrien yang tidak dapat digunakan semula
oleh sesuatu komuniti kerana terlepas hingga memasuki lautan yang luas.
(b) Aliran Tenaga
Ekosistem banyak membantu aliran tenaga dalam sesuatu komuniti. Pada tahun 1920 an, Charles Elton
memperkenalkan piramid ekologi yang menggambarkan peringkat-peringkat pengeluar, pengguna dalam
ekosistem sesuatu komuniti. Dasar piramid ekologi tersebut , pada bahagian dasarnya terdiri terdiri
daripada pengeluar iaitu tumbuh-tumbuhan . Di atas daripada peringkat dasar ini pula terdapat peringkat
pengguna iaitu herbivor yang semakin mengecil jumlahnya, Haiwan herbivor inilah yang menjadikan
tumbuh-tumbuhan sembagai makanan utama mereka.. Peringkat pengguna lebih atas daripadanya ialah
haiwan karnivor yang semakin mengecil lagi yang merupakan komuniti haiwan yang memakan haiwan
herbivor atau makan daging.
Ahli ekologi ekosistem menghuraikan keadaan ini sebagai jumlah tenaga Yang dialirkan daripada
peringkat pengeluar hinggalah ke peringkat pengguna terakhir. Secara asasnya, aliran tenaga ini adalah
semakin berkurangan dan mungkin akan hilang terus dari sesuatu komuniti itu jika keseimbangan
ekosistem terganggu. Namun jumlah tenaga yang dialirkan oleh pengeluar adalah semakin bertambah
mengikut masa. Tanpa gangguan karnivor pula aliran tenaga ini mungkin menjadi lebih lambat dikitarkan
semula.
Dalam sesuatu ekosistem, sumber tenaga utama adalah daripada matahari. Sebahagian kecil daripada
tenaga ini (antara 1 hingga 2 % akan diambil / digunakan oleh tumbuh-tumbuhan untuk dan disimpan
sebagai bahan kimia bertenaga tinggi yang terkandung dalam protoplasma mereka. Hanya 1 20%
daripada tenaga ini akan digunakan semula oleh pengguna herbivor. Ini bermakna pada setiap peringkat
ekologi, sejumlah tenaga akan hilang begitu sahaja.
Fenomena kehilangan tenaga ini memberikan tiga kesan utama iaitu: mengurangkan jumlah peringkat
sesuatu piramid ekologi (yang biasanya tidak lebih daripada lima peringkat) , semakin mengurangkan
jumlah organisma apabila semakin tinggi peringkat piramid, dan semakin mengurangkan jumlah tenaga
dengan meningkatnya peringkat piramid.
Tenaga pada umumnya boleh hilang pada setiap peringkat piramid ekologi kerana beberapa faktor.
Antaranya ialah kerana tenaga haba akan dikeluarkan setiap kali bila tindak balas kimia berlaku. Tenaga
haba juga digunakan dalam proses metabolisma terutama semasa pernafasan. Tambahan pula, tidak
semua makanan yang dimakan oleh herbivor itu dicernakan dengan sempurna. Misalnya hanya 10%

daripada daun-daun pokok atau akar-akarnya dimakan oleh serangga atau haiwan lain.
(c) Pengawalan jumlah komuniti.
Peranan ekosistem yang lain adalah mengawal jumlah penduduk sesuatu organisma. Misalnya peranan
pengguna herbivor akan mengawal jumlah tumbuh-tumbuhan. Di Australia, kupu-kupu dari spesis
cactoblastis cactorum digunakan untuk mengawal percambahan sejenis kaktus. Diladang-ladang kelapa
sawit yang luas di Malaysia, terdapat pembiakan burung hantu untuk menjadi pangawal haiwan perosak
seperti tikus yang sering memakan buah kelapa sawit.Di sawah padi ular tedung dan ular senduk untuk
mengawal tikus yang merosakkan batang dan buah padi. Di rumah-rumah pula kucing dipelihara untuk
tujuan menangkap tikus.
EKOSISTEM KOLAM
Dalam Ekosistem sesebuah kolam, terdapat pelbagai jenis haiwan ikan, serangga air dan tumbuhtumbuhan. Air tawar dalam kolam merupakan abiotik atau benda bukan hidup yang menjadi habitat yang
sesuai untuk pelbagai jenis hidupan yang masing-masing memainkan peranan tertentu dalam ekologi
kolam tersebut. Komponen biotik sesebuah kolam terdiri daripada tumbuh-tumbuhan hijau, fitoplankton,
zoo planton, ikan kecil, ikan besar , labi-labi dan serangga. Komponen abiotik pula ialah air, udara, tanih,
bahan larutan dalam air dan tenaga suria.
Tumbuh-tumbuhan di dalamnya termasuklah tumbuh-tumbuhan air samada yang terapung di permukaan
seperti pokok teratai dan yang berada dalam air kolam itu sendiri seperti lumut dan rumpai air. Haiwan
dalam kolam pula seperti ikan, ular air, serangga ,berudu dan labi-labi.
Dalam ekosistem kolam, pengeluar ialah tumbuh-tumbuhan seperti rumpai air, tumbuh-tumbuhan
berdaun dan fitoplankton. Pengguna primer atau herbivornya pula ialah zoo plankton, iaitu ikan-ikan yang
kecil, serangga air dan larva serangga. Pengguna sekunder atau karnivornya pula terdiri daripoada ikan
besar , ular air dan labi-labi.
Secara umumnya, setiap kumpulan komuniti dalam ekosistem ini memerlukan antara satu sama lain atau
saling bergantungan untuk hidup. Misalnya tumbuh-tumbuhan memerlukan tenaga suruia / cahaya
matahari, air , larutan nutrien dan udara untuk hidup. Ikan-ikan kecil pula memerlukan air dan tumbuhtumbuhan seperti lumut atau plankton untuk hidup. Haiwan karnivor pula perlukan ikan-ikan kecil untuk
menjaikan makanannya. Begitu juga labi-labi menjadikan semua jenis ikan sebagai pemangsanya.
Apabila timbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan ini mati ia akan diuraikan oleh organisma yang terdapat dalam
kolam untuk membentuk kitaran mineral atau nutrien. Kemudiannya nutrien ini pula berguna kepada
tumbuh-tumbuhan kolam dan begitulah kitaran akan berlaku tanpa henti jika ianya tidak terganggu.

Ekologi

Ekologi adalah cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda hidup dengan alam
sekitar. Perkataan ini dicipta oleh pakar biologi Jerman dan pengikut Darwin pada tahun 1866 Ernst
Haeckel dari perkataan Greek (oikos beerti " rumah" dan logos beerti "sains").
Kini, istilah ekologi ini telah digunakan secara meluas dan merujuk kepada kajian saling hubungan antara
organisma dengan persekitaran dan juga saling hubungan di kalangan kumpulan organisma itu sendiri.
Alam sekeliling merangkumi kedua persekitaran abiotik -- benda bukan hidup seperti cuaca dan geologi -dan persekitaran biotik -- benda hidup seperti tumbuhan dan haiwan. Kebanyakan penyelidikan ekologi
menumpu kepada taburan dan jumlah organisma dan bagaimana ini mempengaruhi ciri dan sifat alam
sekitar; pengaruh organisma terhadap alam sekitar, dan pengaruh alam sekitar terhadap organisma
tersebut.

Sistem Ekologi
TEMA : SISTEM EKOLOGI
Ekologi merupakan satu kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam sekitar.
Terjadinya saling pergantungan di antara satu komuniti masing-masing dengan alam persekitarannya.
Contohnya: mengkaji tentang hubungan manusia (komuniti hidup) dengan alam seperti tanah untuk
kediaman, air untuk minuman, udara untuk pernafasan dan sebagainya.
Ekosistem
Merupakan satu sistem yang melibatkan interaksi antara satu komuniti yang bernyawa iaitu manusia,
haiwan dan tumbuhan dengan alam sekitarnya yang tidak bernyawa
Komponen ekosistem
Ekosistem mempunyai dua komponen yang utama iaitu:
komponen biotikkomponen abiotik
Komponen biotik
Merangkumi benda-benda hidup yang terdapat di dalam sesebuah ekosistem iaitu merangkumi
- manusia
- haiwan
- tumbuh-tumbuhan
- mikro organisma
Komponen ini boleh dipecahkan kepada tiga kumpulan utama iaitu:
1 pengeluar
2. Pengguna
3. Pengurai
Pengeluar
Dikenali sebagai tumbuh-tumbuhan. Ia mampu menghasilkan makanannya sendiri dengan bergantung
kepada alam persekitarannya yang tidak bernyawa seperti cahaya matahari, nutrien dalam tanah, air dan
lain-lain melalui proses fotosintesis.
Pengguna
Merangkumi benda hidup selain daripada tumbuh-tumbuhan iaitu manusia dan haiwan. Pengguna boleh
dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu
Pengguna primer (herbivor) merupakan pengguna yang berada ditahap paling rendah/bawah, biasanya
merangkumi binatang yang hanya memakan agen pengeluar iaitu tumbuh-umbuhan. Contoh- ulat dan

belalang.
Pengguna sekunder (karnivor) merupakan haiwan yang berada pada tahap kedua iaitu selepas
pengguna primer. Ia biasannya akan mendapat makanan dengan memakan pengguna peringkat primer.
Contoh: ayam sebagai sebagai pengguna sekunder akan memakan ulat iaitu pengguna primer sebagai
makanannya.
Pengguna tertier (omnivore) merupakan pengguna peringkat ketiga dan yang paling atas. Pengguna
tertier akan menjadikan pengguna sekunder sebagai makanannya. Contoh: burung helang- burung
helang akan memakan ayam sebagai makanannya
Pengguna juga boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan iaitu
1. pengguna herbivor- merupakan binatang yang hanya memakan tumbuhan sahaja sebagai
makanannya. Contoh: ulat, belalang, kambing, lembu, dan lain-lain
2. pengguna karnivor- merupakan haiwan yang memakan daging sebagai makanannya. Contoh:
harimau, burung helang dan ular.
3. Pengguna omvivor- merupakan haiwan yang memakan tumbuhan dan
daging. Contoh: manausia
Pengurai merupakan egen saprofik iaitu terdiri daripada bakteria, kulat dan cacing. Ia berperanan untuk
mengurai bahan-bahan organik seperti bangkai haiwan, manusia dan tumbuh-tumbuhan yang mana ia
akan membebaskan nutrien-nutrien bukan organik seperti nitrogen, karbon dan lain-lain dan akan
digunakan kembali oleh tumbuhan untuk pembesarannya.

Komponen Abiotik
Komponen abiotik terdiri daripada benda-benda yang membentuk alam persekitaran di sekeliling
kehidupan seperti cahaya matahari, air, udara, mineral dalam tanah- kesemua unsur ini akan digunakan
oleh kumpulan biotik dalam pelbagai cara dan pelbagai keadaan. Contohnya: hidupan air perlukan air
untuk hidup dan udara dalam air diperlukan unuk bernafas.
Aliran tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan
Rantaian makanan merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia, dan beberapa jenis
sebatian daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang satu hala.
Contoh; tumbuhan---------- belalang----------- ayam------------berung helang
(pengeluar ) (pguna Pertama) (pguna Kedua) (pguna ketiga)
Siratan makanan pula merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dalam satu jaringan
yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantaian makanan yang saling berkaitan dan berinteraksi.
Matahari sebagai punca tenaga
Matahari merupakan punca utama tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan. Ini kerana
tumbuhan (pengeluar) mendapat tenaga daripada cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis
bagi membolehkan proses pembesaran dilakukan. Tanpa tenaga dari matahari tumbuhan tidak dapat
menjalankan aktiviti pembesaran walaupun mendapat bekalan iaitu air, tanah dan nutrien di dalam tanah.
Di dalam ekosistem ia wujud secara saling berkait sekiranya salah satu daripada komponen di dalam
ekosistem terjejas ia akan mempengaruhi komponen yang lain.

Sekiranya tumbuhan tidak mendapat cahaya matahari ia tidak dapat melakukan pembesaran dan akan
mati. Apabila tumbuhan mati ia akan mempengaruhi pengguna yang memakan tumbuhan kerana
ketiadaan makanan akan menyebabkan pengguna primer akan mati apabila pengguna pertama telah
pupus, ia akan mengancam pengguna sekunder yang bergantung hidup kepadanya dan begitulah
seterusnya.
Contoh:
Tumbuhan (rumput)- mati kerana tidak boleh melakukan proses
fotosintesis
pengguna primer - juga akan pupus kerana kekurangan
(belalang) makanan
Pengguna sekunder - juga menghadapi masalah makanan kerana
(ayam) makanan pengguna primer pupus

Pengguna tertier - juga akan pupus kerana kekurangan makanan


(helang)
Jelasnya matahari adalah sumber tenaga di dalam rantaian dan siratan makanan kerana ia membantu
kepada perkembangan tumbuhan.
Aliran tenaga dalam rantaian makanan (ekosistem, hutan hujan tropika)
Matahari merupakan punca tenaga bagi semua kehidupan. Pengeluar (tumbuhan) akan menggunakan
cahaya matahari unuk melakukan proses fotosintesis bagi menghasilkan karbohidrat, protein bagi
membantu proses pembesaran dan pembiakan. Ini menunjukkan tenaga haba dan cahaya dipindahkan
dari cahaya matahari kepada tumbuhan. 90% tenaga itu hilang melalui proses tumbesaran, pernafasan
dan lain-lain. 10% disimpan dalam tisu badan (daun, akar, batang dan lain-lain)
Tumbuhan dimakan oleh pengguna pertama (ulat/belalang) bagi menambahkan tenaga supaya
ulat/belalang dapat bergerak, membesar dan membiak dengan sempurna. Tenaga kimia dan haba
dipindahkan dari pengeluar kepada pengguna pertama. 90% dari tenaga itu digunakan untuk
pembesaran dan 10% disimpan.
Pengguna primer (ulat/belalang) dimakan oleh pengguna sekunder (ayam) bagi menambahkan tenaga
supaya pengguna sekunder dapat bergerak, membesar dan membiak dengan sempurna. Ini
menunjukkan tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengguna primer kepada pengguna sekunder.
90% tenaganya digunakan dan 10% disimpan.
Pengguna sekunder (ayam) dimakan oleh pengguna tertier (helang). Helang makan ayam untuk
mendapatkan tenaga supaya ia dapat bergerak, membiak dan membesar dengan sempurna. Tenaga
kimia dan haba dipindahkan dari pengguna sekunder kepada pengguna tertier. 90% dari tenaga itu
digunakan untuk proses pembesaran dan 10% disimpan.
Apabila semua organisma hidup ini mati, berlakulah proses penguraian oleh bakteria pengurai seperti
bakteria, cacing dan kulat. Organisma pengurai mendapat tenaga kimia daripada pengeluar dan

pengguna yang mati. Proses ini menambah nutrien ke dalam tanah dan seterusnya digunakan oleh
pengeluar semula.
Aras trofik
Aras trofik merujuk kepada kedudukan organisma-organisma yang dihubungkaitkan oleh tenaga dalam
rantai makanan di mana pengeluar pada aras pertama, herbivor (pengguna primer) aras kedua, Karnivor
(pengguna sekunder) pada aras ketiga dan omvivor (pengguna tertier) pada aras ke empat.

Piramid ekologi (Piramid aliran) dan kehilangan tenaga


Piramid aliran bermaksud peringkat-peringkat atau tahap-tahap di dalam rantaian makanan dengan
bilangan organisma atau haiwan yang terlibat di dalam setiap peringkat.
Aliran tenaga dalam siratan makanan boleh dilihat dalam bentuk piramid kerana bilangan di setiap
peringkat adalah tidak sama. Bilangan pengeluar adalah bilangan yang paling banyak dan berada di
peringkat paling bawah di dalam piramid kerana bilangan pengeluar ini tidak menggnakan tenaga yang
terlalu banyak untuk terus hidup.
Selepas pengeluar pengguna primer pula berada di lapisan yang kedua. Ini kerana bilangan pengguna
primer sedikit berbanding dengan pengeluar tetapi lebih berbanding dengan pengguna sekunder.
Pengguna primer berada di atas pengeluar dalam piramid menunjukkan pengguna primer memerlukan
tenaga yang lebih berbanding dengan pengeluar. Bilangan pengguna primer sedikit berbanding dengan
pengeluar juga penting untuk memastikan pengguna primer mendapat makanan yang secukupnya.
Pada peringkat ketiga piramid dihuni oleh pengguna sekunder. Bentuk piramid yang semakin mengecil ke
atas mengambarkan bilangan pengguna sekunder lebih sedikit berbanding dengan pengguna primer.
Dan ia berada di atas pengguna primer menggambarkan pengguna sekunder memerlukan tenaga yang
banyak berbanding dengan pengguna primer. Bilangan pengguna sekunder sedikit berbanding dengan
pengguna primer penting untuk memastikan supaya pengguna sekunder mendapat makanan yang
secukupnya.
Pada peringkat keempat atau puncak piramid dihuni oleh pengguna tertier. Ia berada di puncak
menunjukkan tenaga yang diperlukan oleh pengguna tertier ini sangat banyak berbanding dengan
pengguna-pengguna yang lain. Ruang yang runcing dan kecil menunjukkan bilangan pengguna ini adalah
sangat sedikit. Ini penting untuk memastikan pengguna tertier ini mendapat makanan yang secukupnya.

Piramid aliran dan kehilangan tenaga


Sebenarnya susunan di dalam piramid ini penting kerana ia adalah bertujuan untuk memastikan
berlakunya keseimbangan dan penerusan rantaian makanan di dalam satu-satu ekosistem.

Sekiranya bilangan pengguna sekunder dan pengguna tertier lebih besar daripada pengguna primer dan
pengeluar akan berlaku ketidakseimbangan di dalam sesebuah ekosistem
Konsep kitar nutrien
Kitaran bahan kimia/unsur kimia dalam biosfera/sebuah ekosistem berlaku secara berterusan melalui tiga
fasa dalam edaran yang lengkap (oksigen, karbon, nitrogen)
a) Kitar Nitrogen (dalam ekosistem pertanian)
Fasa atmosfera- nitrogen wujud di atmosfera sebagai gas yang tidak boleh digunakan secara langsung
oleh kebanyakan organisma. Nitrogen di atmosfera datang dari kilat, aktiviti perindustrian dan bakteria
pengurai nitrogen dan juga pembakaran hutan.
Fasa biosfera (manusia/tumbuhan/haiwan)- tumbuhan mendapat nitrogen melalui akar dalam bentuk
ammonia atau nitrat dan ditukar kepada molekul organik (asid ammonia, protein dan lain-lain). Nitrat ke
dalam tanah juga melalui bakteria pengikat nitrogen pada tumbuhan kekacang. Nitrat ini di serap oleh
akar tumbuhan seterusnya tumbuhan dimakan oleh haiwan. Bahan kumuhan haiwan /manusia juga
mengandungi ammonia.
Fasa dalam tanah- Organisma mati mengalami proses pereputan menghasilkan ammonia atau nitrat ke
dalam tanah. Nitrat ke dalam tanah juga daripada bakteria pengikat nitrogen menghasilkan baja nitrat dan
baja ini akan diserap oleh tumbuhan terutama dalam aktiviti pertanian.
Kitar Oksigen
Oksigen yang terdapat dalam atmosfera/udara untuk pernafasan oleh haiwan dan manusia. Oksigen ini
terhasil daripada proses fotosintesis oleh tumbuhan. Manusia bernafas membebaskan karbon dioksida,
karbon dioksida juga terhasil dari proses pengaratan, proses pereputan dan proses pembakaran. Karbon
dioksida ini digunakan /diambil oleh tumbuhan untuk fotosintesis. Melalui proses fotosintesis tumbuhan
membebaskan oksigen ke atmosfera.

Kitar Karbon
Karbon dalam atmosfera dalam bentuk gas karbon dioksida yang terhasil daripada aktiviti pembakaran
terutama yang menggunakan bahan api fosil dan juga dari proses pereputan jirim organik yang telah
mati.
Gas karbon dioksida ini digunakan oleh tumbuhan untuk proses fotosintesis bagi menghasilkan
makanannya sendiri untuk proses pembesaran. Tumbuhan ini dimakan oleh organisma hidup iaitu
haiwan.
Apabila semua organisma hidup ini mati akan mengalami proses pereputan dan akan menghasilkan
mendapan berkarbon minyak, arang batu, bahan gambut dan lain-lain) dalam tanah dan bahan ini akan
digunakan pula untuk aktiviti pembakaran yang akan menghasilkan gas karbon dioksida semula ke
atmosfera.
Kepentingan ekosistem

kepentingan ekosistem hutan


1 Sumber kayu kayan-menghasilkan sumber kayu dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan tempatan dan
eksport ini akan menghasilkan pendapatan negara. Di Malaysia terdapat 677 spesies pokok balak yang
mempunyai nilai dagangan yang tinggi seperti cengal, meranti, seraya, keruing dan balau
2 Sumber makanan- kepelbagaian spesies tumbuhan hutan kaya dengan sumber makanan kepada
hidupan
3 Ekonomi tradisional- orang-orang asli yang masih menjalankan pertanian pindah, mengutip dan
berburu. Ekosistem hutan juga menjadi habitat atau tempat tempat tinggal orang-orang asli di samping
sumber hutan sebagai sumber makanannya. Sumber hutan juga menjadi sumber ekonomi orang-orang
asli dengan menjual rotan, akar-akar kayu, damar dan lain-lain.
4. Sektor pelancongan- Kepelbagaian spesies flora dan fauna mampu menarik pelancongan dan
seterusnya akan menambahkan pendapatan penduduk dan Negara. Kawasan hutan seperti Taman
Negara di Pahang. Hutan Endau Rompin, Taman Negara Sepilok di Sabah dan lain-lain terkenal dengan
destinasi pelancongan utama kerana keindahan khazanah kepelbagaian biologi hutannya.
5 Kawasan tadahan air- bagi membekalkan air kepada empangan untuk keperluan manusia dan hidupan.
6 Habitat flora dan fauna- Contoh hutan Amazon bagi satu hektar hutan terdapat 750 spesies haiwan dan
1500 jenis spesies tumbuhan. Haiwan ini hidup, membesar dan membiak dengan sempurna di dalam
hutan.
7 Elak hakisan tanah-litupan tumbuhan melindungi tanah daripada hakisan percikan atau hempasan air
hujan dan mengurangkan hakisan larian air permukaan melalui cengkaman akar.
8 Menyederhanakan suhu sekitar- berkaitan dengan kelembapan udara yang tinggi di kawasan hutan
tebal maka suhu persekitaran juga adalah sederhana. Udara yang nyaman ini menjamin habitat yang
sesuai untuk kepelbagaian spesies fauna dan flora hidup, membesar dan membiak.

9. Mengurangkan kelajuan angin- Di kawasan hutan hujan tropika tiupan angin sentiasa tenang dan
nyaman. Dirian pokok dan kanopinya mampu mengurangkan halaju angin dengan berkesan.
10. Membekalkan oksigen- tumbuhan melakukan proses fotosintesis dengan adanya cahaya matahari,
air dan bahan-bahan mineral dalam tanah. Melalui proses tersebut oksigen dapat dibebaskan.

Kepentingan Hutan Paya Bakau


(kepada manusia)
1. Sumber kayu arang,kayu api dan lain-lain. Kepada manusia
2 Untuk bahan binaan- cerucuk dan pancang kayu dalam pembinaan benteng dan jambatan dan tiang

rumah.
3. Sumber perubatan ubat sakit kerongkong dari bakau minyak dan ubat tahan muntah dari bakau
perepat.
4. Sumber makanan yang menghasilkan pendapatan tambahan kepada nelayan pantai dari tangkapan
pelbagai jenis ikan, ketam nipah, lokan, kerang, Kepah dan lain-lain.
5. Kawasan hutan bakau telah diubah menjadi kolam-kolam ternakan akuakultur seperti ternakan ikan
kerapu dan udang harimau.
6. Sesetengah tempat- hutan dikekalkan dalam keadaan semula jadi sebagai
Satu tarikan pelancong- ia berfungsi sebagai eko pelancongan.
(kepada alam sekitar)
7. Membekalkan oksigen tumbuhan bakau yang menghijau menyerap karbon dioksida dan
membebaskan oksigen menerusi proses fotosintesis
8. Mengawal hakisan/menstabilkan muara sungai/pesisir pantai- pokok-pokok bakau yang berakar
ceracak dan tumbuh dengan padat dapat mengurangkan pengaliran sedimen dan mencengkam struktur
tanah di kawasan pesisir pantai tersebut.
9 Menghalang angin kencang- hutan bakau sebagai zon penampang yang boleh menghalang tiupan
angin kencang dari laut ke kawasan pedalaman.
10 Penapis bahan pencemar- hutan paya bakau berupaya menyerap bahan pencemar seperti sebatian
nitrogen dan fosforus.
11. Habitat pelbagai jenis hidupan air. Berfungsi sebagai tempat pembiakan dan perlindungan pelbagai
jenis udang, ketam, kepah, kerang dan lain-lain. Kawasan ini sesuai untuk pembiakan kerana air yang
tenang dan banyak plankton sebaqgai sumber makanan.
Keseimbangan ekosistem
Merupakan usaha mengekalkan keseimbangan sesuatu ekosistem dengan melibatkan pengekalan
komponen biotik dan abiotik secara seimbang dari segi interaksi di antara satu dengan yang lain.
Perubahan yang berlaku pada sesuatu komponen ekosistem boleh mencetuskan reaksi daripada
komponen lain bagi penyesuaian satu keseimbangan ekosistem baru. Faktor utama yang menyebabkan
sesebuah ekosistem terganggu ialah:
1. faktor fizikal/semulajdi serangan penyakit
2 Faktor alam sekitar/bencana alam
- kemarau
- banjir
- hakisan
- tanah rutuh
- rebut taufan

3. Faktor aktiviti manusia


- Gangguan ekosistem hutan
Perubahan cuaca dan iklim- kemarau- tumbuhan mati-berlaku kepupusan terhadap pengeluar- pengguna
menghadapi ketidakcukupan makanan dan Ini mengganggu proses rantaian makanan dan pengaliran
tenaga seterusnya menyebabkan ekosistem tersebut terganggu.
Fenomena kebakaran hutan akibat cuaca yang panas- tumbuhan semula jadi yang berfungsi sebagai
pengeluar dan pelindung/habitat akan musnah. Ini akan mengganggu bekalan makanan kepada herbivor,
karnivor dan omvivor seterusnya pereput /pungurai.
Gempa bumi dan pergerakan jisim- kemusnahan kepada tumbuhankepupusan pengeluar merupakan gangguan kepada rantaian makanan dan tenaga seterunya member
kesan kepada pengguna herbivor dan pengguna-pengguna lain.
Pembinaan empangan hidroelektrik melibatkan penebangan dan pembersihan untuk pembinaan
empangan dan juga penenggelaman kawasan hutan bagi tujuan menakung air. Rantaian makanan hutan
hujan tropika termusnah dengan cepat.
Pembalakan tanpa kawalan- menyebabkan kemusnahan spesies fauna dan flora secara besar-besaran.
Kemusnahan rantaian makanan, kehilangan habitat mejejaskan ciri ekologi dan mengganggu ekosistem
tersebut.
Pemburuan dan pemungut sumber hutan- kepupusan hidupan dan kepupusan kepelbagaian biologi.
Unsur-unsur biotik dalam hutan tersebut pupus dan ini menjejaskan proses pengaliran makanan
Aktiviti pertanian pindah- aktiviti penebangan/pemusnahan hutan semula jadi dilakukan secara besarbesaran untuk dijadikan ladang-ladang pertanian. Pembakaran hutan akibat pertanian pindah boleh
memusnahkan ekosistem hutan dan ini mengganggu pengaliran makanan dan tenaga.
Pembangunan bandar di kawasan tanah tinggi-Pembinaan kawasan rumah-rumah mewah bangunanbangunan, infrastruktur dan lain-lain melibatkan penebangan hutan secara besar-besaran yang
menyebabkan pengeluar mati dan musnah, yang secara tidak langsung membawa kemusnahan rantaian
makanan.
2. Gangguan ekosistem pertanian
1. Serangan penyakit- penyakit terhadap pokok-pokok padi dan populasi dalam sawah padi-kepupusan
spesies
2. Kemarau- kekeringan kawasan pertanian-tanaman mati dan pupus
3 Banjir-air menenggelami kawasan pertanian- tanaman mati dan kepupusan hidupan
4. ribut- memusnahkan tanaman di kawasan pertanian
5 Penambakan-pembinaan kawasan perumahan, infrasruktur, industri, pembandaran dan lain-lainkemusnahan kawasan pertanian

6 penggunaan baja kimia dan racun serangga secara berlebihan yang


membawa kepada kepupusan spesies.
7 Menjerat haiwan- yang membawa kepada kepupusan haiwan dalam kawasan tersebut.
8 Industri-pengaliran sisa toksid ke kawasan pertanian-bertambah keasidan tanah-membawa kepada
tanaman mati
3. Gangguan ekosistem tasik/kolam
1. Aktiviti penebusgunaan tasik
Tasik yang ada mungkin ditimbus untuk dijadikan pelbagai tapak bina seperti kawasan perumahan,
industri dan lain-lain. Ini memusnahkan semua ekosistem di dalamnya. Habitat tasik berkenaan akan
hilang dan semua jenis hidupan air akan mati.
2. Pembangunan pertanian
Penggunaan racun seperti DDT dan penggunaan baja kimia menyebabkan
Sumber-sumber air tasik tercemar apabila bahan kimia tersebut dilarut resapkan oleh air dan menuju ke
sungai/tasik. Kemerosotan kualiti sumber air tasik ini menyebabkan hidupan air tersebut mati seperti
zooplankton dan tumbuhan hijau yang lain dan ini juga menyebabkan
Rantaian makanan dalam tasik akan musnah.
3. Aktiviti perindustrian
Berlakunya penyaluran dan pembuangan sisa toksik oleh sesetengah kilang memproses seperti kilang
getah, kelapa sawit, kilang membuat cat dan lain-lain. Ini menyebabkan air tasik tercemar dan
memusnahkan segala hidupan di dalam tasik tersebut sekaligus keseluruhan ekosistem tasik akan
musnah
4. Aktiviti penternakan
Pembuangan najis binatang ternakan ke dalam tasik juga merosakkan kitaran ekosistem tasik. Contoh
najis khinzir ke dalam tasik akan menjejaskan ekosistem tasik berkenaan. Air tasik akan berbau busuk
dan berasid ini mematikan hidupan dalam tasik berkenaan.
5. Aktiviti pelancongan
Melibatkan penyaluran dan pembuangan sisa kumbahan dari hotel, resort,
chalet ke kawasan tasik yang berdekatan. Ini menambahkan kandungan bakteria ini menyebabkan kualiti
air tasik kian merosot dan seterusnya mematikan pelbagai sumber seluruh hidupan akuatik dalam tasik
termasuklah zooplankton yang menjadi sumber makanan utama kepada hidupan dalam tasik.
6 Pembangunan sektor pembandaran
Pertambahan penduduk bandar, kewujudan kawasan setinggan yang membuang sisa domesik seperti
sampah sarap dan air kumbahan ke tasik atau takungan air yang berhampiran termasuk juga
pembuangan sisa makanan oleh peniaga kecil. Ini menyebabkan air tasik menjadi busuk dan seterusnya
mengganggu keseimbangan ekosistem tasik berkenaan.
7. Aktiviti perlombongan

Sisa perlombongan bijih timah, emas dan tembaga mencemarkan tasik apabila ia dialirkan/dibuang ke
dalam tasik. Contoh, perlombongan tembaga di Mamut Sabah. Air tasik berkelodak dan tercemar dan ini
menyebabkan terganggunya hidupan dalam tasik berkenaan.
Kesan kemusnahan ekosistem hutan hujan tropika
1 Kesan terhadap alam sekitar fizikal
Gangguan terhadap kepelbagaian biologi- spesies flora dan fauna diancam kepupusan sehingga ada
antaranya tidak sempat dijalankan pemuliharaan. Contoh: hutan hujan amazon seluas 0.5 bilion hektar
mempunyai berjuta spesies haiwan dan tumbuhan yang sekarang sudah terancam.
Habitat semula jadi musnah- apabila habitat musnah haiwan juga turut musnah atau berlakunya
penghijrahan spesies untuk mencari habitat baru
Kerosakan ekosistem kemusnahan rantaian makanan, kitar tenaga dan lain-lain. komponen biotik dan
abiotik musnah menyebabkan gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku.
Kesan terhadap cuaca- kemusnahan hutan boleh mengubah cuaca dunia. hutan berfungsi menyerap
karbon dioksida dan membebaskan oksigen dan ini juga boleh mengurangkan kesan rumah hijau.
Kemusnahan hutan menyebabkan pelepasan karbon dioksida akan terus berlaku sehingga menyumbang
kepada pemanasan global. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan suhu.
Pengurangan kelembapan udara- ini terjadi kerana fungsi tumbuhan untuk membebaskan wap-wap air
telah hilang ini menyebabkan wap air dalam udara berkurangan. Dalam suasana udara kering
memudahkan lagi
wujudnya partikel terampai dalam udara yang secara langsung memudah terjadinya fenomena jerebu.
Tiupan angin yang lebih kencang- angin kering menyebabkan tekanan udara rendah ini menambahkan
halaju angin, dengan ketiadaan tumbuhan sebagai penghalang menyebabkan tiupan angin lebih
kencang.
Kesan terhadap hidrologi- Ketiadaan tumbuhan menyebabkan kadar susupan air ke dalam tanah
berkurangan, menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan air ke dalam sungai atau tasik. Di samping
mengurangkan jumlah hujan tempatan kerana kurangnya proses transpirasi. Juga meningkatkan kadar
larian air permukaan yang membawa banyak kelodak dan lumpur ke dalam sungai
Kesan terhadap manusia
Kekurangan sumber makanan- Banyak spesies tumbuhan hutan sebagai sumber makanan. Kesan utama
kepada masyarakat orang asli yang banyak bergantung sumber makanan dari memungut hasil hutan dan
memburu binatang.
Mengurangkan sumber kayu balak- pokok-pokok balak yang berharga seperti cengal, meranti, seraya,
keruing dan lain-lain akan musnah. Ini akan mengganggu aktiviti ekonomi berasaskan sumber
pembalakan industri perabot, industri kayu dan lain-lain, ini menjejaskan pendapatan penduduk dan
negara.
Mengurangkan bekalan oksigen- untuk keperluan pernafasan kepada benda hidup.

Menjejaskan sumber air- simpanan air dalam tanah akan berkurangan yang akan mengurangkan bekalan
air kepada sungai dan empangan. Kesannya manusia juga akan mengalami krisis bekalan air.
Langkah mengawal kemusnahan ekosistem hutan hujan
Langkah pemeliharaan
1. Mewarta kawasan hutan simpan. Kawasan hutan seperti ini dinamakan
sebagai hutan perlindungan, hutan berhasil dan hutan lipur.
2. Penguatkuasaan undang-undang- kerajaan telah meluluskan akta per hutanan Negara dan akta
industri berasaskan kayu pada tahun 1984. Di bawah akta ini telah menggariskan beberapa larangan
seperti, memasuki kawasan hutan kekal, menebang, memotong dan lain-lain. Mereka yang melakukan
kesalahan akan dibawa ke mahkamah dan didenda sehingga RM 50 000 atau 2 tahun penjara.
3. Pendidikan pendidikan tentang alam sekitar boleh dilaksanakan pada dua peringkat iaitu peringkat
sekolah sebagai kurikulum formal yang diajar dalam mata pelajaran geografi. Secara tidak formal melalui
pembacaan dan kempen kesedaran.
4. Kempen kesedaran- biasanya dilaksanakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pencinta Alam
Sekitar Malaysia dan juga Sahabat Alam Sekitar (SAM)
Langkah pemuliharaan
1. Penanaman semula menanam semula hutan di kawasan yang telah mengalami kepupusan. Dengan
kaedah satu spesies atau pelbagai spesies
2. Silvikultur- iaitu cara pemulihan hutan yang melibatkan penubuhan ladang hutan
Langkah /usaha untuk mengekalkan ekosistem hutan paya
1. Langkah perundangan- menghadkan lesen penebangan hutan dan mengenakan tindakan undangundang kepada pesalah.
2. Bukan perundangan- mengadakan projek tanam semula hutan (pemuliharaan)
3. Mewartakan hutan simpan
4 Kependidikan- tentang pentingnya hutan pada masa depan.
5 Tubuh satu jawatankuasa untuk pemantauan kawasan hutan paya

You might also like