10 Alasan Termoden Kenapa Masyarakat Islam Enggan Membayar Zakat Pendapatan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

10 Alasan Termoden Kenapa Masyarakat Islam Enggan Membayar Zakat Pendapatan

Sejarah telah membuktikan bahawa zakat di dalam Islam telah memainkan peranan
yang penting di dalam membentuk masyarakat Madani yang unggul dan sentiasa
mempunyai sifat prihatin terhadap golongan yang memerlukan. Walaupun
kewujudan zakat pendapatan yang merupakan salah satu daripada beberapa jenis
zakat yang baru wujud telah menyebabkan wujudnya golongan yang enggan
membayar zakat pendapatan. Masyarakat Islam di Malaysia masih lagi keliru
tentang kewajipan membayar zakat pendapatan kerana mereka telahpun
membayar cukai pendapatan manakala zakat pendapatan masih baru kewujudanya.
Bagi mereka di zaman awal Islam dahulu, jenis-jenis zakat agak terhad kerana
kepelbagaian harta pada masa itu masih tidak banyak dan terhad. Namun pada hari
ini, dunia menjadi semakin canggih. Kewujudan negara tanpa sempadan telah
wujud di alam maya. Penggunaan internet menyebabkan dunia tanpa sempadan
semakin maju serta penuh dengan cabaran. Rentetan itu, wujudlah sekelompok
masyarakat yang enggan membayar zakat pendapatan dengan alasan:
a. BANYAK TANGGUNGAN DAN KOMITMEN
b. TIADA MASA KERANA SIBUK DENGAN KERJA DAN URUSAN KELUARGA
c. ZAKAT PENDAPATAN TIDAK PERNAH WUJUD ZAMAN RASULULLAH SAW
d. CUKAI PENDAPATAN SAMA DENGAN ZAKAT PENDAPATAN
e. MASALAH LOGISTIK SEPERTI PUSAT ZAKAT NEGERI JAUH
f. LAMAN WEB PUSAT ZAKAT NEGERI YANG TIDAK MESRA PELANGGAN DAN KURANG
INFO
g. TIDAK ADA DALIL KHUSUS DARI SUMBER UTAMA ISLAM YANG MEWAJIBKAN ZAKAT
PENDAPATAN
h. TERLUPA
i. HUTANG MESTI DIDAHULUKAN BERBANDING ZAKAT PENDAPATAN
j. ZAKAT SIMPANAN DAH BAYAR, MAKA ZAKAT PENDAPATAN TIDAK PERLU
Inilah alasan-alasan yang sering dijadikan oleh sekelompok manusia yang degil
membayar zakat pendapatan. Molek kiranya mereka ini melayari laman web
lembaga zakat selangor ataupun pusat zakat wilayah persekutuan dan juga pusat
zakat melaka bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang kewajipan membayar
zakat pendapatan

You might also like