Sistem Perkhidmatan Dalam Talian

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ESEI LP P1

TADBIR URUS BAIK

SMK KANOWIT

Soalan 2 : Wujud kerenah birokrasi merupakan satu daripada beberapa alasan kerajaan
menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam perkhidmatan awam. Ternyata
penggunaan aplikasi elektronik ini dalam tadbir urus negara memberi banyak kebaikan.
Bincangkan.

E-Government merupakan budaya kerja yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi
yang banyak memberi kebaikan sama ada kepada rakyat ataupun kerajaan (Isu Semasa). E-Government
atau kerajaan elektronik telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk memberi kemudahan kepada rakyat
apabila berurusan dengan kerajaan (Fokus Soalan).
Rasional kerajaan mengaplikasi sistem perkhidmatan dalam talian ialah kerana karenah
birokrasi (H.I.U). Karenah birokrasi di dalam pengurusan dokumentasi dan operasi memang tidak dapat
dielakkan (H.1). Penggunaan dokumen mengambil masa yang terlalu lama untuk dicari kerana perlu
melalui banyak peringkat jika sesuatu fail ingin dicari dan disemak semula (H.2). Wujud banyak masalah
yang melibatkan aspek layanan pelanggan (H.3). Misalnya, gaya pentadbiran yang lapuk menyebabkan
ketidakpuasan hati orang ramai kerana sesuatu urusan mengambil masa yang terlalu lama untuk
diselesaikan (H.4).
Rasional kerajaan mengaplikasi sistem perkhidmatan dalam talian berikutnya ialah wujud
ketirisan dalam sistem penyampaian khidmat awam (H.I.U). Ketirisan yang dimaksudkan ialah kerap
berlaku penyelewengan urusan di peringkat awal (H.1). Misalnya, pihak yang mempunyai sumber
kewangan yang banyak kebiasaannya akan bertindak merasuah penjawat awam terutama berkaitan urusan
penting seperti tender dan pendaftaran institusi awam dengan harapan mendapat kelulusan segera tanpa
melalui sebarang proses tapisan (H.2).Ketirisan juga selalu berlaku di dalam sistem penyampaian khidmat
awam berkaitan hak milik tanah (H.3). Misalnya, pihak penjawat awam yang bekerja di pejabat tanah
mudah melakukan pengubahsuaian dokumentasi bila dirasuah pihak-pihak tertentu dalam mendapatkan
hak milik tanah yang tidak mempunyai pemilik (H.4).
Kepentingan perlaksanaan sistem perkhidmatan dalam talian untuk perkhidmatan awam ialah
dapat memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan ( H.I.U). Setiap urusan jabatan kerajaan telah
dipermudah dan dipercepat (H.1).Misalnya, urusan memperbaharui lesen memandu boleh diperbaharui
secara elektronik tanpa perlu susah pergi ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (H.2).
Perkhidmatan kaunter dapat dikurangkan yang secara tidak langsung dapat menghapuskan karenah

ESEI LP P1

TADBIR URUS BAIK

SMK KANOWIT

birokrasi melalui kewujudan aplikasi yang memudahkan pelanggan (H.3). Misalnya, aplikasi seperti eSILA, e-filing dan e-Local Government (PBT) antara aplikasi yang memudahkan pelanggan ( H.4).
Kepentingan seterusnya perlaksanaan sistem perkhidmatan dalam talian untuk perkhidmatan
awam ialah rakyat mendapat perkhidmatan dan maklumat atas talian (H.I.U). Kemudahan yang
disediakan mudah diakses pada bila-bila masa, di mana berada dan dalam semua keadaan (H.1).
Misalnya, segala pembayaran bil, semakan saman dan sebagainya dapat dilakukan dengan mudah
menerusi perkhidmatan pembayaran dalam talian (H.2). Kemudahan capaian sudah meluas memudahkan
pelanggan memperoleh maklumat dengan cepat (H.3). Misalnya, borang tender, pendaftaran pendidikan
dan pengajian dapat diperolehi melalui online seperti laman web Jabatan Perkhidmatan Awam dan
laman web IPTA yang terlibat dalam urusan pengambilan pelajar (H.4).
Kepentingan berikutnya perlaksanaan sistem perkhidmatan dalam talian untuk perkhidmatan
awam ialah menjimatkan perbelanjaan dan masa orang ramai ( H.I.U). Kendalian urusan mencari
pekerjaan boleh dibuat di rumah dapat mengurangkn kos bahan bakar, tenaga dan caj perkhidmatan lain
(H.1). Misalnya, pencari kerja boleh melihat kekosongan jawatan di laman web SPA tanpa perlu pergi
beratur panjang untuk mendapatkan borang kerana segala maklumat dan borang boleh didapati di laman
web SPA (H.2). Sistem perkhidmatan dalam talian juga dapat mengurangkan konflik masa dan stress
(H.3). Misalnya, kewujudan sistem ini secara tidak langsung membolehkan orang ramai memberi
tumpuan untuk menyelesaikan urusan lain serta dapat membahagikan masa dengan baik (H.4).
Kesimpulannya, pengaplikasian sistem perkhidmatan dalam talian dapat membantu kerajaan
menambahbaik sistem perkhidmatan awam (Isu Semasa). Justeru, semua pihak perlu melaksanakan
sistem perkhidmatan dalam talian ini agar dapat memberi kemudahan kepada masyarakat di samping
dapat memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan awam (Fokus Soalan).

You might also like