Semangat Malaysia Boleh

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEMANGAT MALAYSIA BOLEH

Semangat malaysia boleh telah lama wujud dalam kalangan rakyat di negara kita.
Semangat inilah yang telah membawa beberapa nama rakyat ini ke pesada antarabangsa
seperti Dato Lee Chong Wei, Dato Nicol David yang telah berhempas pulas merebut
gelaran antara yang terbaik didunia dalam bidang masing-masing.
Baru-baru ini, Jurulatih bola sepak negara , Dato K. Rajagobal menyemai sikap 'tidak
gentar dalam bola sepak' kepada anak buahnya apabila pasukan pilihan Malaysia tewas
tipis 2-3 kepada Manchester United pada perlawanan persahabatan Sabtu lepas.
Semangat juang dan keazaman tinggi anak buah Rajagobal membuahkan hasil apabila
ketua pasukan Selangor Mohd Amri Yahyah merapatkan jaringan pada minit ke-43
sebelum menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-62.
Banyak lagi tokoh-tokoh yang telah berjaya membuktikan bahawa MALAYSIA BOLEH
seperti angkasawan negara, Dato syed muzaffar dan Dato Azhar Mansor.
Jika negara Amerika boleh berbangga dengan pengeluaran filem animasinya, rakyat
Malaysia juga apa kurangnya, filem animasi Seefood hasil seni rakyat tempatan telah
ditayang di lebih 80 buah negara dan mendapat sambutan yang sangat baik.
Kesimpulannya, rakyat negara ini mampu dan setanding dari rakyat negara-negara maju
dan jejak inilah yang perlu kita ikut kerana rakyat MALAYSIA BOLEH.

You might also like