Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KALI 1/2016

SK Telok Pial
34350 Kuala Kurau,
Perak.

Tarikh
Masa
Tempat

: 24.1.2016
: 12.50 Tengah hari
: Bilik Mesyuarat

Kehadiran:
1. Pn. Azizah Bt Abu Bakar
2. En. Mohamad Rizal B Ramli
3. En. Mohd Hafis B Ab Rahman
4. En. Ismail Ishak
5. En. Hassan B Jurai
6. En. Azami B Mat Amin
AGENDA 1: UCAPAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN
KESIHATAN
1.1Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan
Jasmani Kali -1 bagi sesi 2016
1.2Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang
dirancang dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.
AGENDA 2 : RANCANGAN MENGAJAR
2.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani menjelaskan Buku Rancangan Mengajar ditulis
dengan berpandukan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)
yang terkini dan mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas iaitu [ PU(A) 531 Per 7&PU (A)
531 Per 8 ].
2.2 Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran diserahkan kepada semua guru.
2.3 Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah
disiapkan. Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang menyediakan RPT
2016. RPT Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan dibuat dalam bentuk Hard Copy
dan Soft Copy.
2.4 Pengerusi menerangkan format penulisan Buku Rancangan Harian sekurangkurangnya perlu ada tunjang, tajuk, sub tajuk, objektif, aktiviti, BBM dan catatan.
AGENDA 3 : AKTIVITI TAHUNAN
3.1 Aktiviti Kuiz Pendidikan Jasmani dan Kesihatan berbentuk pengetahuan am akan
diadakan pada bulan Pendidikan Jasmani.
3.2 Memaklumkan bahawa buku tulis mesti ada untuk pendidikan kesihatan. Wajib
ada aktiviti dalam buku tulis sebagai bukti kita menjalankan sesi pendidikan
kesihatan.
3.3 Memaklumkan aktiviti ujian SEGAK perlu dilakukan 2 kali setahun iaitu pada
bulan 3 untuk penggal pertama dan bulan 8 untuk penggal ke 2. Ujian tersebut

perlu direkodkan di dalam kad rekod ujian SEGAK dan di masukkan ke dalam
aplikasi yang telah di sediakan.
AGENDA 4: ANGGARAN PERBELANJAAN
4.1 Ketua Panitia meminta kepada semua guru menyenaraikan peralatan PJK yang
diperlukan untuk tahun ini dan diserahkan kepadanya untuk atau boleh meminta
peralatan tersebut melalui nota minta yang boleh didapati di pejabat.
4.2 En. Hafis mencadangkan segala aktiviti seperti pembelian hadiah Pertandingan
kuiz menggunakan sumber kewangan PCG.
4.3 En. Rizal mencadangkan supaya membeli lebih banyak bola sepak dan bola
baling memandangkan kita kekurangan bola sepak dan bola baling di stor PJ.
4.4 En. Azami Mencadangkan supaya menambah bilangan pundi kacang dan juga
sebuah bangku gimnastik memandangkan ia perlu bagi memenuhi keperluan
pengajaran dalam KSSR. Beliau juga mencadangkan supaya membeli peralatan lain
yang bersesuaian untuk murid tahap 1.
AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN
5.1 Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan PJK dan
memastikan peralatan tersebut disimpan semula di tempat asalnya. Selain itu juga
segala peminjaman peralatan dicatatkan dalam buku catatan peminjaman
peralatan.
5.2 Pastikan buku latihan Pendidikan Kesihatan di tanda dan digunakan sebaik
mungkin bagi mengelakkan aduan dari ibu bapa penggunaan buku tulis PJK yang
terlalu sedikit untuk setahun.
5.3 Guru-guru diminta menyenaraikan peralatan yang diperlukan dengan kadar
yang segera untuk proses membuat tempahan barang.
AGENDA 6 : UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Mesyuarat disudahi dengan bacaan surah Al Asr.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.20 petang.
Disediakan oleh :

Disemak oleh:

( EN. ISMAIL B ISHAK )


Setiausaha ,
Panitia PJK
SK Telok Pial

..
( MOHD HAFIS B AB RAHMAN )
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
SK Telok Pial

You might also like