Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL DENGKIL
MINIT MESYUARAT AJK PEPERIKSAAN BIL 1 / TAHUN 2016
Tarikh

: 05 FEBRUARI 2016

Masa

: 1.30 Petang

Tempat

: Bilik Mesyuarat

Pengerusi

: Pn.Uma a/p Perumal

Kehadiran(Bilangan) : 12 Guru
1. UMA A/P PERUMAL
2. SAROJA A/P PARASURAMAN
3. RAJOO A/L SUNDARAM
4. SATTHIAVANY A/P VENGU
5. HASLINDA BINTI CHE HUSIN
6. MANISEGAR A/L SEERANGAN
7. RAJINI A/P MANICKAM
8. JANEGI A/P KORAN
9. ASOKAN A/L PERIYASAMY
10. LATHA A/P PERUMAL
11. BADMANATHAN A/L SUBRAMANIAM
12. PARAMESWARY A/P RAMASAMY

- Guru Besar
- Penolong Kanan Kurikulum
- Penolong Kanan HEM
- Penolong Kanan KoKurikulum
- GAB
- GAB
- GAB
- GAB
- GAB
- GAB
- GAB
- Setiausaha Peperiksaan Dalaman

Tidak hadir :
-Tiada 1

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1.1 Beliau mengucapkan syabas kepada Unit Peperiksaan dan Penilaian kerana berjaya
mengadakan mesyuarat pada petang ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih
kepada semua guru kerana berjaya menghadirkan diri ke mesyuarat Pengurusan Peperiksaan
dan Penilaian buat kali pertama tahun 2016. Beliau berharap segala program yang
telah disusun pada tahun 2016 akan berjalan lancar dan berjalan mengikut tarikh yang telah
ditetapkan dalam Takwim.

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.


-Tiada-

PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Tiada perkara berbangkit.

PERBINCANGAN ISU SEMASA :


4.1.1 Unit Peperiksaan dan Penilaian akan menggunakan semula Sistem Analisa
Peperiksaan ( SAPS ) untuk mengisi markah untuk peperiksaan yang dijalankan
diperingkat sekolah.Guru-guru matapelajaran bertanggungjawab untuk memasukkan
markah dari Tahun 1 hingga Tahun 6 ke dalam SAPS.Setiausaha SAPS akan
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor.2010
| 1 November 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

memasukkan dan mendaftar semua nama murid tahun 1 hingga tahun 6.Manakala
guru-guru mata pelajaran pula bertanggungjawab untuk memasukkan markah murid ke dalam
SAPS.
Tindakan: Semua guru dan Setiausaha SAPS
4.2 Waktu Peperiksaan
4.2.1 Pentaksiarn Berasaskan Sekolah adalah diselaraskan mengikut aliran iaitu 4
kali setahun.( Bulan Mac,Mei,Ogos dan Bulan Oktober).Penolong Kanan Kurikulum
telah menyediakan takwim peperiksaan untuk makluman dan tindakan semua guru.
Tindakan: Semua guru
4.2.2 Jadual Pentaksiran Berasaskan Sekolah akan disediakan oleh Setiausaha
Peperiksaan Dalaman.
Tindakan: Semua guru
4.3 Penyediaan Kertas Soalan dan Pengambilan Kertas Soalan
4.3.1 Kertas soalan hanya akan disediakan bagi untuk matapelajaran teras dan
bukan teras.Ianya menyentuh beberapa perkara penting seperi berikut:
a) Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kali Pertama( Bulan Mac ) akan
dijalankan pada 07.03.2016 ( Isnin ) hingga 10.03.2016 ( Khamis )
b) Kertas soalan hendaklah diserahkan kepada Ketua Panitia pada
17.02.2016. ( Rabu )
c) Kertas soalan yang telah disemak dan ditandatangani oleh Ketua Panitia
hendaklah diserahkan untuk pemerhatian PK Kurikulum pada 19.02.2016.(
Jumaat )
d) Guru kelas harus menghantar analisa markah dan post mortem kepada
Guru Besar sebelum atau pada 28.03.2016.( Isnin )
e) Semua guru kelas perlu menyediakan kad kemajuan murid dan
menyerahkan kepada pemerhatian Guru Besar pada atau sebelum
28.03.2016.( Isnin )
f) Kad kemajuan yang ditandatangani oleh guru besar akan diserahkan
kepada ibu bapa pada 30.03.2016.( Isnin )
g) Semua guru perlu memasukkan markah dalam data SAPS sebelum .
( Khamis )
Tindakan: Semua guru
4.3.2 Semua Ketua Panitia harus memastikan guru-guru menunjukan kertas soalan
yang telah diperiksa oleh mereka dan mengisi borang check counter.
Tindakan : Ketua Panitia dan Semua guru
4.3.3 Pada hari Pentaksiran Berasaskan Sekolah guru-guru dikehendaki mengambil
kertas soalan di pejabat.
Tindakan : Semua guru

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor.2010


| 1 November 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

HAL-HAL LAIN
5.1.1 Mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bil 2/2016 akan diadakan pada
05 April 2016.
Tindakan : Makluman

PENUTUP
6.1.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada petang dengan mengucapkan terima kasih dan
tahniah kerana berjaya mengadakan mesyuarat kali pertama. Pengerusi berharap semua
aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya bagi sesi 2016.
Tindakan:Makluman
6.1.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 pm.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

..........................................
( Pn.R.Parameswary )
Setiausaha
Tarikh : 12 Februari 2016

................................
(
)
Pengerusi
Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor.2010


| 1 November 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

You might also like