Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

ABSTRAK:

Seringkali ungkapan kecemerlangan diperkatakan kepada guru-guru


pendidikan seni. Indikator kecemerlangan kebanyakannya tertumpu pada
sifat umum, Tulisan ini memberi fokus indikator guru pendidikan seni yang
cemerlang. Kecemerlangan dalam konteks pengajaran-pembelajaran,
Keilmuan, kualiti peribadi, pengurusan ko-kurikulum, sumbangan dan hasil
karya dan perhubungan sejawatan.
Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat yang jelas sama ada
secara tersurat dan tersirat iaitu melahirkan insan dan bangsa yang
cemerlang melalui Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Justru itu guru sebagai
'imput' seharuslah 'cemerlang' terlabih dahulu sebelum menentukan 'output'
yakni murid yang cemerlang seperti dikehendaki oleh FPN. Jika kita amati
matlamat keseluruhan FPN dan Wawasan Pendidikan yang diutarakan oleh
bekas Ketua Pengarah Pendidikan, budaya kerja cemerlang adalah menjadi
agenda utama. Penegasan wawasan pendidikan ialah budaya kerja
cemerlang perlu dibina berlandaskan sikap amanah, bertanggungjawab dan
akauntabiliti terhadap tugas.
" Satu konsep utama yang menjadi landasan untuk membangunkan budaya
cemerlang ialah amanah. Amanah ialah tanggungjawab dan juga
penaggungjawab (akauntabiliti) terhadap sesuatu yang telah ditugaskan
atau diberi keparcayaan. Menurut Islam seluruh diri dan hidup manusia
adalah amanah"
(Wan Zahid.13)
Peranan guru amat penting bagi menentukan kemajuan murid dan sekolah.
Bagi guru mata pelajaran pendidikan seni peranan mereka amat penting
bagi menentukan mata pelajaran pendidikan seni boleh di manfaatkan. Dua
peranan penting bagi seseorang guru pendidikan seni disekolah; pertama
menentukan mata pelajaran pendidikan seni di ajar kepada murid-murid
dengan sempurna dan berkesan dan kedua menggunakan kemahiran
pendidikan seni berguna kepada kemajuan sekolah dari segi fizikal dan
kemudahan.
Ciri-ciri Cemerlang
Indikator cemerlang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan
Kementerian Pendidikan, terutama untuk menentukan prestasi guru.
Indikator tersebut lebih menekankan penilaian prestasi seseorang guru biasa
bagi menentukan pergerakan gaji. Walau bagaimanapun indikator ini boleh
diambil kira awal untuk menentukan kecemerlangan seeorang guru terutama
guru mata pelajaran pendidikan seni. Indikator tersebut mengambilkira :
1. Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi.
2. Penghasilan kerja dari segi kualiti, mutu kerja, keberkesanan kos,
ketepatan masa dan pelaksanaan peraturan dan arahan pentadbiran.

3. Pengetahuan dan kemahiran yakni meliputi pengetahuan dalam bidang


kerja, kebolehan mengelola, kebolehan membuat keputusan, keberkesanan
komunikasi dan kebolehan menyelesaikan masalah.
4. Kualiti Peribadi - dari segi integriti (jujur, amanah dan berakhlak)
komitmen, ikram, adil dan saksama, berdisiplin dan kepimpinan.
5. Jalinan hubungan dan kerjasama samada dengan pegawai atasan, rakan
sekerja, pegawai bawahan dan pelanggang( murid-murid).
6. Potensi: adakah guru itu ada wawasan, perspktif menyeluruh,
penganalisisan, kesedaran kepada kenyataan, proaktif, daya kreatif dan
inovasi, serta kebolehan menghadapi cabaran.
Perkhidmatan awam menyenaraikan ciri-ciri budaya kerja cemerlang yang
perlu diamalkan pekerja kerajaan, antaranya:
1. Ketepatan masa dalam memberikan perkhidmatan.
2. Ketepatan fakta dan maklumat yang diberikan kepada pelanggan.
3. Sentiasa responsif kepada kehendak pelanggan.
4. Menyempurnakan tugas dengan cara yang adil dan jujur.
5. Bersopan santun ketika berurusan dengan pelanggan.
6. Menepati temujanji yang dibuat dengan pelanggan.
7. Tidak melakukan pembaziran sumber.
(Ahmad Sarji.210)
Indikator-indikator di atas merupakan indikator secara menyeluruh bagi
menentukan kecemerlangan bagi seseorang guru. Amalan budaya kerja
cemerlang memerlukan amalan yang berterusan. Seseorang guru yang
cemerlang sewajarnya sentiasa cemerlang dari segi indikator-indikator di
atas.
Bagi guru pendidikan seni, indikator kecemerlangan akan berpusat kepada
enam faktor utama. faktor-faktor tersebut boleh dipecahkan dalam huraian
selanjutnya:
1. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
2. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendididikan seni.
3. Kualiti diri dari segi kepimpinan, kreatif dan wawasan.
4. Pengurusan Ko-kurikulum.
5. Sumbangan kepada sekolah dan hasil kerja dalam bentuk karya seni dan
penulisan.
6. Komunikasi dan hubungan dengan pentadbiran, rakan sejawat dan pelajar.
Namun demikian guru pendidikan seni cemerlang pada keseluruhannya ialah
seorang guru yang berwibawa tinggi, kreatif, kecindan dan peka terhadap
perkembangan individu, simpatik dan empatik serta menjadi contoh kepada
guru-guru lain dan pelajar.
Berbagai-bagai teori dan model pengajaran yang berkesan. Mengikut Borich

& Fenton (1977), kecemerlangan pengajaran adalah melibatkan perlakuan


guru, peningkatan keilmuannya, dan beberapa variabel yang mempengaruhi
proses pengajaran dan pembelajaran P&P, misalnya hubungan dengan
pengetua/gurubesar dan dan faktor persekitaran . Yang dimaksudkan
pelakuan guru ialah cara-cara guru menyampaikan ilmu kepada muridmuridnya. Ini termasuklah bagaimana guru interaksi dengan murid,
pengurusan kelas, penggunaan masa dan sebagainya yang berkaitan
dengan P&P. Satu faktor yang penting ialah sikap guru itu penentu utama
bagi kecemerlangan dalam P&P. Dalam model yang dikemukan oleh John
Carroll (1963) iaitu "A Model of Scholl Learning'; menghuraikan lima elemen
yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran, iaitu:
1. 'Aptitude' - bakat/kebolehan murid untuk belajar.
2. Kemampuan murid me- mahami arahan/ pengajaran guru atau kesediaan
murid belajar sesuatu tajuk pelajaran. Kemampuan murid ini bergantung
kepada pengetahuan atau kemahiran yang sedia ada pada murid.
3. Daya tahan (persever- rance) murid - kesanggupan murid secara aktif
terlibat dalam pembelajaran. Faktor ini ditentukan oleh motivasi/kemahuan
dalam diri murid untuk belajar.
4. Peluang - masa yang diperuntukan kepada murid untuk belajar atau masa
yang digunakan oleh guru untuk mengajar sesuatu kemahiran dan konsep.
5. Kualiti pengajaran - keberkesanan sesuatu pelajaran itu diajar.
(Wan Fatimah .19)
Kualiti pengajaran merupakan perkara penting kepada seseorang guru
pendidikan seni untuk menentukan keberkesanan pengajaran. Guru yang
cemerlang berjaya menentukan corak pengajaran yang berkesan dan
menyesuaikan situasi pengajaran dengan situasi semasa. Berbagai kaedah
dan strategi pengajaran dimanipulasikan agar murid menikmati pengajaran
dengan sempurna dan berkesan. Berikut adalah kuliti pengajaran pendidikan
seni yang berkesan:
pengajaran/maklumat pendidikan seni secara tersusun, mudah difahami
serta bermakna kepada murid. Misalnya mengajar anyaman guru harus
menerangkan jenis-jenis kelerai terlebih dahulu sebelum pergi kepada teknik
mengayam.
pengajaran pendidikan seni dapat menarik minat murid.
berkesan, mudah diingat dan digunakan oleh murid.
guru menggunakan contoh-contoh yang mudah.
pengajaran pendidikan seni dikaitkan dengan maklumat/pengetahuan dan
kemahiran yang sedia ada pada murid.
guru sentiasa menunjukkan minat dan ghairah semasa pengajaran
pendidikan seni.
guru menggunakan kaedah-kaedah dan bahan-bahan pengajaran tertentu
sesuai dengan pelajaran pendidikan seni berjalan.
guru bersifat humor dan penyayang.
Guru pendidikan seni yang baik sentiasa mengadakan penilaian secara

formal atau tidak format kepada murid dan membuat penilaian


keberkesanan pengajaran.
guru pendidikan seni perlu membetulkan segera kesilapan yang dilakukan
oleh murid.
guru pendidikan seni yang baik sentiasa memberi motivasi dan insentif
kepada murid semasa pengajaran berlaku.
guru pandai menyesuaikan pengajaran pendidikan seni mengikut
keupayaan kebolehan murid.
pengajaran yang berkesan dibantu dengan suasana bilik seni yang bersih
dan kemas.
Pengetahuan dan Kemahiran Pendidikan Seni
Guru pendidikan seni banyak terlibat dalam kerja-kerja praktikal dan kurang
dalam kerja-kerja amali. Lantaran itu guru pendidikan seni kurang
mendalami pengetahuannya melalui banhan-bahan bacaan ilmiah. Guru
pendidikan seni lebih berminat sekiranya diadakan latihan berbentuk
bengkel. Ini merupakan fenomena yang negatif.
Pendidikan seni perlu ditekankan dari aspek teori dan amali. Bagi guru
pendidikan seni cemerlang perlu mendalami keseluruhan bidang-bidang
yang ada dalam pendidikan seni. Sebagai contoh sekarang pendidikan seni
diperkenalkan bidang rekacipta, maka guru pendidikan seni perlu membaca
dan mendalami bidang tersebut hingga boleh menguasainya.
Kebolehan guru pendidikan seni menguasai sesuatu bidang-bidang lain akan
menentukan mutu pengajaran yang berkesan. Misalnya penggunaan
komputer dalam pengajaran pendidikan seni, walaupun belum disediakan
dalam kurikulum, tetapi sekarang banyak perisian komputer yang boleh
digunakan dalam pendidikan seni. Misalnya perisian Grafik seperti
PageMaker, CorelDraw, CAD dan sebagainya. Perisian ini dapat membantu
guru dari segi alat bantu mengajar penggunaan dalam mata pelajaran.
Kualiti Peribadi
Penekanan kuliti peribadi sangat penting kepada guru-guru pendidikan seni.
Seseorang guru pendidikan seni cemerlang tentunya kualiti pribadi yang
konsisten. Menunjukkan akhlak mulia dengan rakan sejawat dan muridmuridnya. Ia sentiasa menjadi model kepada guru-guru lain dari segi
kemasan diri. Contohnya guru-guru pendidikan seni perempuan boleh
menjadi contoh dan kosaltan dari segi memilih warna dan fesyen baju untuk
guru wanita lain.
Guru pendidikan seni sentiasa senang untuk membuat rujukan dalam hal-hal
yang berkaitan dengan kreativiti. Justru itu guru pendidikan seni haruslah
seorang kreatif dan inovatif.
Pengurusan Ko-kurikulum

Seorang guru yang cemerlang tidak akan lengkap sekiranya tidak terlibat
dalam organisasi kelab dan persatuan, unit beruniform dan sukan di bawah
ko-kurikulum. Kelab seni dan kreatif merupakan kelab yang membantu
mengembangkan mata pelajaran pendidikan seni di sekolah. Melalui kelab
tersebut dapat menentukan daya minat yang lebih dari murid yang diajar
semasa pendidikan seni. Pelengkap dari pengajaran pendidikan seni boleh di
salurkan dalam bentuk aktiviti kelab seni dan kreatif.
Banyak aktiviti-aktiviti boleh dijalankan melalui kegiatan kelab. Misalnya
lawatan ke pusat-pusat yang berkaitan dengan seni tampak, Balai senilukis
dan Pusat kraftangan. Melalui kelab pendidikan seni guru boleh membina
kepimpinan murid dalam bidang kesenian disamping melahirkan senimanseniman kecil melalui penghasilan karya seni.
Kejayaan dalam kegiatan ko-kurikulum kebiasaannya adalah bergantung
kepada keupayaan guru dalam melibatkan diri bersama murid dan memberi
keyakinan kepada mereka.
Sumbangan dan Hasil Kerja
Sewajarnya guru pendidikan seni merupakan orang terpenting untuk
mencantikkan sekolah. Tidak dinafikan tanggungjawab utama untuk
keceriaan sekolah kebiasaannya terpikul pada guru pendidikan seni.
Sumbangan ini amat wajar kerana dalam mata pelajaran pendidikan seni
(sekolah menengah), Seni dan Persekitaran boleh dipraktikkan melalui kerjakerja keceriaan sekolah.
Sumbangan guru pendidikan seni tidak tertumpu kepada sekolah sahaja.
Guru pendidikan seni boleh memberi khidmat kepada projek-projek
diperingkat daerah misalnya hiasan pentas dan sebagainya. Subangan
kreatif itu akan menambahkan lagi kesuburan kemahiran bidang kerja.
Komunikasi dan hubungan
Melalui sumbagan yang diberikan kepada pihak sekolah, guru pendidikan
seni sewajarnya mempunyai tingkahlaku yang baik terutama dari segi
hubungan dengan pengetua/gurubesar, rakan sejawat dan pelajar. Hubungan
ini penting, kerana prestasi guru yang baik adalah melalui imej hubungan
yang berkesan dan baik.
Penutup
Sebenarnya tugas dan tanggungjawab guru pendidikan seni semakin
mencabar. Namun demikian bagi guru pendidikan seni yang aktif dan
cemerlang, cabaran dan rintangan yang berat dapat dipikul dengan mudah.
Kerja-kerja yang ada kaitan dengan tugas dan dan ada kaitan dengan

pendidikan seni merupakan kerja yang menyeronokkan bagi guru pendidikan


seni yang cemerlang. Kebiasaannya guru cemerlang ini mahukan setiap
kerjanya dilakukan dengan kualiti yang tinggi. Indikator utama guru
pendidikan seni yang cemerlang ialah sikap amanah dan
bertanggungjawaban.
Tahap kesempurnaan tugas datang dari diri yang ikhlas dan sentiasa mahu
mengingkatkan pengetahuan, menguasai kemahiran, sikap terbuka,
berfikiran secara fleksibel, kreatif dan inovatif. Sesungguhnya guru yang
cemerlang itu sentiasa menjadi guru 'popular' disekolah.
Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan dalam kertas kerjanya bertajuk
Keguruan menjelang abad ke-21: Cabaran dan Harapan; Menjamin kualiti
perkhidmatan dalam profesion keguruan pada abad ke -21 merupakan satu
cabaran. Stakeholders dan juga pelanggan pendidikan pasti akan membuat
tuntutan peningkatan mutu pendidikan. Sejauh mana sesorang guru atau
kakitangan pendidikan dapat memuaskan tuntutan dan keperluan
stakeholders dan pelanggan bergantung kepada sejauh mana tingginya
kualiti perkhidmatan yang dicurahkan. ( Wan Zahid. ms 121).

You might also like