Aura Warna Mengikut Hari

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

AURA WARNA MENGIKUT HARI

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..


Warna-warni hari ini tanda kemenangan kita..syukur di panjatkan pada Maha
Esa..Eh, lagu raya pulak.. teringat plak lagu raya tu,penyanyi tu tak ingat la pulak..
Hihi
Apa warna kegemaran u ols..Dalam dok google tentang personaliti mengikut warna,
jumpa plak dengan yang ni. Ai tahu pasal warna-warna pilihan harian ni dari my
lecturer dulu.
Hari ini hari selasa kan, u ols pakai baju warna apa? Tahu tak setiap hari ada warnawarna yang tertentu, meh nak listkan ..

1. Isnin - putih

Hari isnin adalah hari untuk kesucian rohani dan semangat. Kira nak mula cycle baru untuk minggu baru (bapa banyak baru daa). Pada
hari isnin juga kita disunatkan berpuasa. Nabi S.A.W dilahirkan pada hari isnin.

Hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru,
merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik
untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari
Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.
Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok
bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau
berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.
2. Selasa- Merah jambu / Ungu
Hari selasa adalah hari kasih sayang atau tumpuan.

Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih
sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk
mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau
keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang
tinggi pada hari ini.
Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil
bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin
membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana
mereka akan menentangnya dengan serta merta dan akan meneruskan hasratnya
untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian
ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.
3. Rabu - Biru
Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid . Biru dikatakan mampu
melancarkan dan memudahkan komunikasi.
Hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah,
bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya.
4. Khamis - Oren / Kuning
Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren ialah
warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi.
Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar
kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem
penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang
amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di
dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan.
Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati
dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari
Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar
menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak. Sebab tu digalakan berpuasa pada hari
khamis.
Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis
ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat. Ops!..
5. Jumaat - Hijau
Hijau lambang iman dan keseimbangan dalam kehidupan.

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen
pada tahap yang paling maksimum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu
tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat
Jumaat).
Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan,
bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang
dijalankan pada hari Jumaat akan memberi kesan menakjubkan pada hari ini
berbanding hari-hari yang lain.
Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam
himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana ketika di dalam masjid
pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun
saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.
6. Sabtu - Merah
Merah melambangkan keberanian, kemewahan dan tuah.
Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakanrakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan,
menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.
7. Ahad- Hitam
Hitam melambangkan privasi atau keselesaan.
Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya
bercutilah pada hari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga
tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan
mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.
Fakta diatas daripada pandangan pakar motivasi. Ianya mungkin berlainan sedikit
mengikut pelbagai pendapat.
P/s: hari ini hari selasa, so ai pakai baju warna pink. :)
Anda mungkin juga meminati:

You might also like