Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

penghargaan

pengenalan

sejarah

agama

budaya

pakaian

isu-isu semasa

perkahwinan

tokoh-tokoh

10

12

bahasa

masakan

muzium

13

14

16

budaya popular

hubungan politik

sosio ekonomi

17

18

19

refleksi diri

kesimpulan

senarai rujukan

20

24

25

penghargaan

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak universiti

Taylors University kerana memberi peluang kepada kami menyertai kursus MPU, iaitu
Hubungan Etnik. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima
kasih Encik Serit Banyan memberi banyak bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami sejak
tugasan ini diedarkan sehingga kami menyelesai tugasan ini. Di samping itu, kami ingin
mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan keyakinan Encik Serit Banyan terhadap
kami selama proses menyiapkan tugasan ini.

Bukan itu sahaja, ibu bapa kami yang sering memberi dorongan dan bimbingan

kepada kami juga tidak boleh diabaikan. Juga tidak lupa merakam setinggi-tinggi
penhargaan kepada semua rakan yang bagai lebah menghimpun madu dan tidak mengadu
untuk mengabai tanggungjawab dan tugasan masing-masing. Seterusnya, tanpa rakanrakan yang bertungkus lumus dan sering bertukar fikiran, tugasan ini tak akan dihabiskan
dalam tempoh yang ditetapkan.

Akhir sekali, dalam menghasilkan tugasan ini, kami telah menambah banyak ilmu

pengetahuan tentang etnik Baba dan Nyonya bukan sahaja kehidupan, kebudayaan dan
sejarah mereka tetapi juga orang terkenal yang berkaum Baba dan Nyonya. Haraplah
tugasan ini menambah ilmu pengetahuan kami yang banyak memberi faedah dan manfaat
kepada kami dan juga mengukuhkan perpaduan antara semua etnik.

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 2

pengenalan

Baba dan Nyonya merupakan etnik minoriti yang berasal dari Melaka. Nenek

moyang Baba dan Nyonya datang dari China ketika zaman kegemilangan kesultanan
Melayu Melaka untuk berdagang serta tinggal di Tanah Melayu dan juga berkahwin
dengan wanita tempatan. Mereka mengakui bahawa mereka ialah rakyat British dan
juga orang Cina. Oleh itu mereka memanggil diri sebagai Baba ataupun Peranakan.
Ketika penjajahan British, sebahagian etnik ini bermula berpindah ke negeri-negeri selat,
terutamanya Pulau Pinang dan Singapura.

Etnik ini mewarisi budaya Cina dan Melayu, oleh itu banyak pantang larang

masyarakat Melayu dan Cina masih diamalkan dalam kalangan Baba dan Nyonya. Bahasa
yang digunakan ialah Bahasa Baba iaitu campuran dialek Hokkien dan Bahasa Melayu
kerana majoriti nenek moyang mereka berasal dari wilayah Hokkien, China. Budaya,
agama, muzik, masakan, perkahwinan banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Melayu dan
Cina melalui perkahwinan campur antara Cina dengan Melayu. Budaya mereka mula
menyesuai dengan sosia-budaya di persekitaran mereka pada zaman dahulu. Lebihlebih lagi iman Baba dan Nyonya dahulu masih mengekalkan agama tradisional Cina atau
Buddha tetapi generasi muda mula tukar memeluk agama lain seperti Kristian.

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 3

sejarah

Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara

agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan
yang lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai.

Pada

kurun

ke-15,

wilayah-wilayah

kepulauan

Melayu

selalunya

memberi

penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan
diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara,
apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan
traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan
Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya. Pengikut-pengikut
puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan
mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi
bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang
unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan
orang Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari daripada factor pengikut-pengikut
puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan
berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruahan
telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina.

Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan

mengkekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan
Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat tandatanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba
dan Nyonya. Disebabkan interaksi daripda pelbagai budaya dan bahasa, kabanyakan
Peranakan bertutur tiga bahasa, dan dapat bercakap dengan Cina, Melayu dan British.
Biasanya mereka bekerja sebagai pedagang, dan pertenggahan antara Cina, Melayu dan
Barat; terutamanya, British.

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 4

agama

Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina iaitu Taoism,

Confucianism dan Buddhism Cina dan turut menyambut Tahun Baru Cina dan Perayaan
Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat. Oleh sebab itu,
Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam
budaya Peranakan.

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 5

budaya

Baba merujuk kepada golongan lelaki Perankan manakala nyonya merujuk

kepada golongan perempuan Peranakan. Lokasi-lokasi golongan Peranakan terletak


di Malaysia, Singapore, dan Indonesia. Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila
Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka
yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud
pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami
oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh
cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan
menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Generasi Nyonya (Baba
perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana
yang dipakai oleh orang-orang Melayu.

Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka

masih bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka
di China. Ini digambarkan melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem
kekeluargaan dan agama yang mereka masih kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai
lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaum wanita
yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat Baba masih
mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh
masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional
yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan
berwarna warni warisan budaya Cina tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan
pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan Melayu.

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 6

pakaian

Pakaian Nyonya terpengaruh dengan budaya pemakaian kaum Melayu serta

mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan pakaian tradisi Melayu, iaitu mengandungi baju
kebaya, kerongsang dan kain sarong.

Baju kebaya merupakan simbol identiti bagi masyarakat Baba dan Nyonya dibuat

daripada kain atau benang yang menggunakan seni sulaman tangan yang halus dan
terperinci. Baju Kebaya Nyonya memerlukan 3 pasang kerongsang untuk dijadikan butang
yang berlainan dengan baju kebaya masyarakat Melayu tidak mempunyai sebarang
butang.

Kasut manek ialah kasut kaki buatan tangan dalam masyarakat Baba dan Nyonya

yang memerlukan kemahiran dan kesabaran tinggi untuk menghasilkannya. Kasut manek
dihasilkan daripada jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain terpal.
Mula-mulanya, manik-manik yang diperlukan sebagai penghiasan kasut manek berasal
dari Eropah, tetapi akhirnya banyak diperoleh dari Jepun. Rekaan kasut manek tradisional
sentiasa memperlihatkan bunga Eropah. Pada tahun 1930-an, kasut manek tradisional
mengalami perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit.

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 7

Pakaian Nyonya - Baju Kebaya dan Sarong

Kasut Manek

Kerongsang

Baju Kebaya Nyonya

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 8

isu-isu semasa

Budaya Baba dan Nyonya mulai hilang di Malaysia pada masa kini. Setelah mendapat

kemerdekaan daripada penjajah British, sokongan daripada pihak British untuk berkecuali
kaum anggapan telah hilang, dasar-dasar kerajaan di Malaysia selepas kemerdekaan
menyebabkan asimilasi Baba dan Nyonya kembali ke dalam budaya Cina. Bahasa Melayu
yang dijadikan bahasa rasmi di Malaysia telah membawa kehilangan ciri-ciri istimewa
Bahasa Baba Melayu. Pada era globalisasi ini, penggunaan Bahasa Melayu Baba telah
dicairkan terutamanya di kalangan generasi muda.

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 9

perkahwinan

Pedagang-pedagang Cina di Melaka zaman dahulu menyukai memperisterikan

wanita Melayu dari Tanah Melayu atau Sumatera. Oleh demikian, kemunculan campuran
budaya Melayu dan cina dalam sebahagian masayarakat Baba dan Nyonya.

Menurut catatan abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa golongan

lelaki Baba biasanya mengahwini golongan wanita Nyonya. Kadang kala, keluarga Baba
dan Nyonya menghantar anak perempuan ke China untuk perkahwinan atau membawa
masuk pengantin dari China.

Golongan Baba dan Nyonya biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang

sama darjatnya. Golongan lelaki yang berasal daripada keluarga yang kaya menyukai
chin choay atau perkahwinan matrilocal, iaitu golongan suami menyertai keluarga isteri.
Lamaran untuk perkahwinan dalam masyarakat Baba dan Nyonya memerlukan buah
tangan pinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh wakil pelamar kepada
ibu bapa atau penjaga pengantin idaman. Kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya
tidak beragama Islam, sebaliknya mereka memelihara adat penyembahan nenek moyang
yang berasal dari kaum Cina, tetapi ada juga sebahagian yang memeluk agama Kristian.

Majlis perkahwinan Baba dan Nyonya banyak mengetengahkan tradisi Cina adalah

antara perkahwinan tradisi yang paling menarik di Malaysia. Majlis perkahwinan diserikan
dengan lagu berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam bahasa Melayu
dengan tarian para hadirin di jamuan. Pendondang mengambil giliran menyambungkan
lagu bertema asmara sambil menari dengan perlahan-lahannya.

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 10

Perkahwinan Baba dan Nyonya

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 11

tokoh-tokoh

Tun Tan Cheng Lock dan Tun Tan Siew Sin merupakan tokoh-tokoh utama dalam

masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia. Tun Tan Cheng Lock adalah seorang ahli
perniagaan dan kemudian menjadi pengasas Persatuan Cina Malaysia (MCA). Beliau
berusaha memperjuangkan hak dan kebajikan sosial masyarakat Cina di Malaya sewaktu
beliau masih hidup. Di samping itu, Tun Tan Siew Sin merupakan Menteri Perdagangan
dan Industri Malaya yang pertama. Beliau kemudian menjadi Menteri Kewangan pada
tahun 1959.

Tun Tan Cheng Lock

Tun Tan Siew Sin

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 12

bahasa

Bahasa Melayu Baba adalah bahasa tradisional dalam masyarakat Baba dan Nyonya.

Bahasa Baba serupa dengan Bahasa Melayu tetapi ia mengandungi banyak perkataan
Hokkien, khususnya ditutur di negeri Melaka dan Pulau Pinang. Bahasa Melayu Baba
adalah Bahasa yang hampir pupus dan penggunaan bahasa Melayu Baba terhad kepada
golongan generasi yang lebih tua.

Bahasa Baba juga menyerap beberapa perkataan Cina, sebagai contoh, lai untuk

datang. Masyarakat Baba dan Nyonya telah mengubah kebanyakan sebutan Bahasa Melayu
tradisional, termasuk sebutan Bahasa Hokkien. Mereka juga menggunakan peribahasa
bahasa Cina yang lebih meluas berbanding dengan peribahasa bahasa Melayu. Bentuk
ayat Bahasa Melayu Baba lain daripada bahasa basahan masyarakat Melayu. Di samping
itu, mereka menggunakan kata ganti ini dan itu sebelum kata nama yang berlainan
dengan Bahasa Melayu tradisional.

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 13

masakan

Masakan masyarakat Baba dan Nyonya menggunakan rempah ratus yang serupa

dengan masakan Melayu kerana dipengaruhi oleh masyarakat Melayu. Sebagai contoh,
inci kabin, sejenis ayam goreng cara Nyonya serta pindang bandeng, iaitu kuah ikan yang
dihidangkan semasa perayaan Tahun Baru Cina.

Nyonya Laksa, juga dikenali sebagai Asam Laksa merupakan hidangan yang disukai

ramai terutamanya di Melaka sehingga kini. Asam laksa merupakan sejenis mee sup ikan
yang dihidangkan dengan cincangan ikan, timun, nanas, bawang besar dan cili merah.
Pongteh juga satu hidangan utama dalam masyarakat Baba dan Nyonya. Bahan utamanya
ialah bawang, cendawan hitam, ayam dan ditapai sos kacang.

Tambahan pula, masyarakat Baba dan Nyonya juga terkenal dengan kuih-muih

tradisional seperti Ang Ku Kue, juga dikenali sebagai Kueh Ku Hitam, Lepak Kacang, Kueh
Tae I Nastar, Apam balik, Kueh Kochi dan sebagainya. Kueh tradisional Nyonya kadangkala dibuat sewaktu musim perayaan seperti Tahun Baru Cina. Sebagai contoh, Kueh
Lapis atau Kueh Genggang adalah sejenis kuek lapis, yang sering dihidangkan sempena
Tahun Baru Cina untuk melambangkan tangga kemakmuran berterusan.

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 14

Asam Laksa

Ayam Kapitan

Inci Kabin

Pongteh

Ang Ku Kueh

Kueh Genggang (juga dekenali Kueh Lapis)

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 15

muzium

Dalam Mansion Peranakan Pinang, perumahan biasa untuk seorang Baba yang

kaya dalam abad yang lalu dicipta semula untuk menunjukkan gaya hidup mewah, adat
dan tradisi mereka dengan selebih 1,000 barang antik dan koleksi yang dipamerkan. Di
samping itu, bahan-bahan bersejarah dari kebudayaan Baba dan Nyonya juga dipamerkan
di pusat-pusat kebudayaan seperti di Jonker Street, Melaka.

Mansion Pinang Peranakan

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 16

budaya popular

Kepentingan budaya Peranakan dalam masa kini dimulakan pada awal 1950an

dengan filem dari Hong Kong. Di Malaysia pada tahun 1990an, satu perwatakan komedi
bernama Baba Nyonya terkenal dan diiktirafkan sebagai siri TV yang paling lama
ditayangkan di dalam negara dari Buku Rekod Malaysia.

Dalam filem Sepet dan Gubra perwatakan Peranakan turut dimasukkan. Pelakon-

pelakon utama dalam siri TV Baba Nyonya diketengahkan dalam filem Namewee, Nasi
Lemak 2.0 pada tahun 2011.

Siri TV "Baba & Nyonya"

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 17

hubungan politik

Pada zaman pendudukan kuasa Barat, kaum Baba Nyonya lebih berada berbanding

pendatang China yang baru. Kekayaan dan jalinan erat keluarga membolehkan suku
Peranakan membentuk sebuah golongan atasan berbangsa Cina yang amat setia
kepada kuasa British atau Belanda, sehingga sukar menerima kemerdekaan Malaysia dan
Indonesia.

Menjelang pertengahan abad ke-20, kebanyakan suku Peranakan menerima

pendidikan Inggeris atau Belanda, kesan penjajahan kepulauan Melayu oleh kuasakuasa Barat. Suku Peranakan sanggup memeluk kebudayaan dan pendidikan Inggeris
sebagai cara memajukan diri mereka dari segi ekonomi. Masyarakat Peranakan menjadi
amat berpengaruh di Melaka dan Singapura, sehingga diberi gelaran King's Chinese
kerana kesetiaan mereka kepada pihak British. Hasil dari perhubungan mereka dengan
pelbagai budaya dan bahasa, kebanyakan orang Peranakan fasih berbahasa Cina, Melayu
dan Inggeris. Antara kerjaya-kerjaya yang banyak diceburi mereka termasuk saudagar,
pedagang, dan orang tengah yang menguruskan perhubungan antara China, Tanah
Melayu dan kuasa-kuasa Barat yang amat dihargai oleh British dan Belanda.

Orang Cina Peranakan juga menyertai peloporan akhbar Indonesia. Mereka

menerbitkan impian politik mereka di samping sumbangan dari penulis tempatan yang
lain dalam syarikat penerbitan mereka. Pada bulan November 1928, akhbar mingguan
berbahasa Cina iaitu Sin Po yang menjadi akhbar pertama yang menerbitkan lirik
lagu kebangsaan Indonesia Raya. Kadang-kala, sesiapa yang terlibat dalam kegiatan
sedemikian menghadapi ancaman dipenjara atau dihukum mati kerana pihak berkuasa
penjajah Belanda mengharamkan penerbitan dan kegiatan nasionalis.

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 18

sosio ekonomi

Jawatan-jawatan pentadbiran dan perkhidmatan awam selalu diisi oleh orang Cina

Peranakan terkemuka. Ramai orang Baba dan Nyonya memeluk agama Kristian kerana
menganggap agama itu lebih berprestij dan amat rapat dengan kebudayaan sekutu
mereka yang berbangsa British dan Belanda.

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 19

refleksi diri
EE HUI TENG 0322548
Melalui tugasan ini, saya sebagai ketua kumpulan telah mengagihkan tugasan yang
diberi kepada ahli-ahli kumpulan saya dan memberi bimbingan kepada sesiapa yang
memerlukan bantuan dalam menyelesaikan tugasan masing-masing. Saya juga diberi
peluang untuk mempelajari dan memahami adat resam Baba Nyonya. Baba Nyonya
merupakan etnik yang sangat unik kerana ia mengabungkan adat resam kaum Cina dan
Melayu. Mereka tetap mengamalkan cara hidup mereka yang amat unik hingga ke hari
ini. Saya berasa amat bangga dan bersyukur sebagai rakyat Malaysia kerana kita hidup
aman damai bersama walaupun kita mengamalkan cara hidup masing-masing. Rakayat
Malaysia bertoleransi antara satu sama lain dan saya berharap agar harmoni rakyat-rakyat
negara kita dapat dikekalkan.
"Bersatu teguh, bercerai roboh."

ELISSA CHANG YUH TING 0326909


Dalam tugasan ini, saya telah mempelajari dan memahami lebih mendalam tentang
masyarakat Baba dan Nyonya. Saya telah diagihkan tugasan untuk mencari maklumat
serta bertanggungjawab untuk menyiapkan isi kandungan dalam portfolio ini dengan
kawan karib saya, Gillian Chong. Saya amat bersyukur kerana diberi peluang mengetahui
budaya dan sejarah kaum Baba dan Nyonya. Walaupun saya bukan kaum Baba dan
Nyonya, tetapi saya telah menambah ilmu pengetahuan tentang masyarakat Baba dan
Nyonya di Malaysia dan dapat memahami negara kita dengan lebih baik. Saya berharap
untuk diberi peluang keemasan lagi untuk mengetahui lebih banyak tentang negara kita,
Malaysia.

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 20

ESTHER OO PUI YING 0326915


Melalui projek ini, saya dapat mengembangkan pengetahuan saya terdahap Hubungan
Etnik di Malaysia. Pertamanya, saya ingin panjatkan syukuran saya kerana dengan
tugasan dalam projek ini saya telah dapat banyak pengalaman baru. Dengan peluang
pemggambarkan video tentang kehidupan masyarakat Malaysia, Saya dapat
meningkatkan pegetahuan saya mengenai kepentingan menyuburkan dan menjaga
kerharmonian di Malaysia sebagai suatu rakyat.
Selain itu, saya dapat mengeratkan hubungan antara kaum-kaum di Malaysia dengan
proses berkerjasama dalam projek ini. Tanpa berkerjasama, projek tidak akan dapat
dijalankan dengan lancar.
Walaupun terdapatnya kaum-kaum dari pelbagai latar belakang di Malaysia, kita haruslah
mengabaikan perbezaan itu untuk membangkitkan semangat patriotik antara kaum.

FONG KAH YAN 0322815


Melalui projek ini, saya lebih memahami terhadap sifat perpaduan luar Negara dengan
Negara kita. Sebagai rakyat Malaysia, saya bergangga dengan kaum-kaum kita boleh
berkomunikasi walaupun perbahasaan tidak sama. Selain itu, kita boleh jadi kawan-kawan
tanpa mengira kaum. Demikian itu, kita tahu banyak bahasa dan juga bahasa kita campur
dengan pelbagai bahasa dalam satu ayat. Walaupun percakapan dengan bahasa kita
tidak sama dengan luar Negara, tapi inilah Negara kita, inilah kebudayaaan kita, inilah
semangat kita.

FOO JI SUN 0323550


Tugas saya diberikan adalah untuk filem video kumpulan dan membuat reka bentuk
halaman bagi portfolio. Setiap orang diberikan tugas-tugas yang berbeza untuk
memastikan projek ini berjalan lancar. Semasa penggambaran video, saya belajar
bagaimana untuk bekerjasama dengan ahli-ahli pasukan saya untuk menyelesaikan tugas
kami dengan berkesan. Bagi membuat reka bentuk halaman, saya mempunyai peluang
untuk mengasah kebolehan photoshop saya.
Melalui projek ini, saya berpeluang untuk belajar tentang budaya Baba Nyonya, rakyat,
makanan, pakaian, sejarah dan seni bina. Saya ingin mungucapkan ribuan terima kasih
kepada kerjasama yang diberi oleh ahli kumpulan saya supaya kami dapat melaksanakan
tugas kami dengan sempurna.
HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 21

GILLIAN CHONG YEONG LIN 0323941


Melalui laporan ini, saya dapat memahami dan mengetahui dengan lebih lanjut, mengenai
kaum Baba dan Nyona. Sejarah dan Budaya kaum tersebut merupakan satu kesenian
dan walaupun kaum ini diserang daripada pemodenan dunia, kaum tersebut tabah
menghadapi masalah yang dihadapi. Oleh sebab itu, laporan ini telah menyebabkan
saya merendahkan diri dan sedar kepada tradisi-tradisi dan adat yang terdapat dalam
kaum kita masing-masing. Cabaran untuk mengekalkan tradisi kita dan tabah mengahapi
cabaran telah dipupuk dalam minda saya selepas membuat laporan ini.

GOH JIA JUN 0323302


Dalam menghasilkan tugasan tersebut, saya mengenal dan lebih memahami kebudayaan
Baba dan Nyonya. Baba dan Nyonya merupakan salah satu masyarakat yang mempunyai
contoh proses asimilasi dan juga asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan
anutan kepercayaan atau agama. Etnik Baba dan Nyonya merupakan kaum yang teguh
mengamalkan cara hidup mereka yang unik sehingga kini. Inilah telah membuktikan
perpaduan dalam masyarakat Baba dan Nyonya dan juga dapat mewarisi dari satu
generasi ke satu generasi. Saya amat bangga sebagai salah satu rakyat Malaysia kerana
banyak etnik dapat hidup dalam harmoni dan aman. Hal ini kerana kerjasama dan toleransi
antara etnik tidak boleh dinafikan sejak kemerdekaan hingga kini. Haraplah harmoni dan
aman dalam kalangan etnik dapat dikekalkan dan diwariskan dari satu generasi ke satu
generasi.

GOH SONG KIT 0322013


Melalui tugasan ini, saya diberikan peluang untuk mengetahui lebih tentang kaum
Baba Nyonya yang banyak berunik. Saya memahami ciri kehidupan masyarakat Baba
Nyonya pada zaman dahulu. Contohnya, bagaimana kaum Baba Nyonya memperoleh
pendapatan mereka. Sebelum projek ini, saya tidak mempunyai pengetahuan yang paling
asas tentang kaum tersebut. Jadi, tugasan ini telah banyak membuka mata saya. Pada
pendapat peribadi saya, projek ini telah membantu saya medapat lebih pengetahuan
minoriti yang lain. Saya amat berterima kasih kepada lecturer Encik Serit Banyam kerana
memberi kita peluang untuk mengetahui tentang budaya-budaya etnik lain.

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 22

HARWINDER SINGH GIRN A/L MANJEET SINGH 0319881


Melalui tugasan yang telah diberikan kepada kumpulan kita, saya telah memperolehi
banyak pengajaran yang bernilai. Contohnya, keistimewaan budaya etnik Baba Nyonya
dan belajar tentang kepelbagain pakaian dan makanan tradisional yang terdapat oleh etnik
ini. Pengetahuan tentang pelbagai kumpulan etnik di Malaysia, bukan sahaja kumpulan
ini, amat penting kerana kita dapat menhalang kejahilan antara kaum. Selain itu, projek
ini telah memberikan peluang kepada saya kerana tugasan yang telah diberi oleh ketua
kumpulan ialah untuk menghasilkan video yang berkaitan degan tema yang kita pilih iaitu
kehidupan masyarakat Malaysia. Akhir sekali, saya telah meningkatkan kemahiran saya
apabila bekerja antara satu sama lain.

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 23

kesimpulan

Melalui tugasan ini, kami telah banyak mempelajari dan memahami adat resam

Baba Nyonya. Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik
kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu
(kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Mereka memanggil diri mereka
sebagai "Baba Nyonya" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal
daripada warisan tradisi Cina dan mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran
mereka berlaku zaman silam melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaumkaum Cina dan Melayu.

Selain itu, kami berkerjasama untuk menyiapkan tugasan yang telah diagihkan

kepada masing-masing.Kami juga berasa amat bangga sebagai rakyat Malaysia. Walaupun
rakyat-rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, kita tetap hidup amai damai. Kita
bersifat toleransi dan saling hormat-menghormati. Kami berharap agar kedamaian negara
kita akan tetap dikekalkan dari generasi ke generasi.

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 24

senarai rujukan
Anonymous. (2004). Pinang Peranakan Mansion Home Page. Diperoleh October 05, 2016, dari
http://www.pinangperanakanmansion.com.my/index.htm#About_Us
Anonymous. (2015, February 27). Baba dan Nyonya. Diperoleh October 04, 2016, dari
https://ms.wikipedia.org/wiki/Baba_dan_Nyonya
Anonymous. (2015, January 10). Bahasa Baba. Diperoleh October 05, 2016, dari
https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Baba
Anonymous. (2016). An Overview of the Baba Nyonya Culture. Diperoleh October 05, 2016, dari
http://www.pitlanemagazine.com/cultures/an-overview-of-the-baba-nyonya-culture.html
Anonymous. (2016, September 19). Tan Cheng Lock. Diperoleh October 05, 2016, dari
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tan_Cheng_Lock
Anonymous. (2016, September 24). Tan Siew Sin. Diperoleh October 05, 2016, dari
https://en.wikipedia.org/wiki/Tan_Siew_Sin
Anonymous. (2016, September 29). Peranakan. Diperoleh October 04, 2016, dari
https://en.wikipedia.org/wiki/Peranakan
Baba&Nyonya. (2009, July 13). Religion of Baba and Nyonya. Diperoleh October 05, 2016, dari
http://nyonyaandbaba.blogspot.my/2009/07/religion-of-baba-and-nyonya.html
Chan, K. H. (2012, June 06). PAKAIAN MASYARAKAT BABA DAN NYONYA. Diperoleh October 05, 2016,
dari
http://pakaitradisional.blogspot.my/2012/06/pakaian-masyarakat-baba-dan-nyonya.html
Fizz. (1970). Masyarakat Baba Nyonya di Melaka Bandaraya Bersejarah (samb). Diperoleh 25 Sep 2016, dari
http://hafizahkaab.blogspot.my/2008/07/masyarakat-baba-nyonya-di-melaka_26.html
Han Han. (n.d.). Asal Usul Baba Dan Nyonya. Diperoleh 25 Sep 2016, dari
http://www.academia.edu/8526027/Asal_Usul_Baba_Dan_Nyonya
Keunikan Masyarakat Baba dan Nyonya. (n.d.). Diperoleh 25 Sep 2016, dari
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/8718-keunikan-masyarakat-baba-dan-nyonya.html
Nyonya, P. (2009, July 05). Peranakan/BabaNyonya - Its Historical Beginning And Culture At A Glance.
Diperoleh October 05, 2016, dari
http://nyonyapendekmelaka.blogspot.my/2009/07/peranakan-its-historical-beginning-and.html
Zainudin, Z. (1970). Masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Diperoleh 25 Sep 2016, dari
http://zahirzainudin.blogspot.my/2015/12/masyarakat-baba-dan-nyonya-di-melaka.html

HUBUNGAN ETNIK MPU3113 | 25

You might also like